Bab 71

Romance Series 548166

"Encik tak boleh masuk. Tunggu sini." Kata salah seorang jururawat yang sedang menolak stretcher trolley masuk ke bilik pembedahan.

Miran yang melangkah terus perlahankan hayunan kaki apabila ditegur begitu. Dia terus berdiri kaku di hadapan pintu bilik pembedahan. Sungguh dia takut untuk fikirkan apa yang bakal berlaku pada Mikael pada waktu ini. Akan tetapi apa yang paling tidak disangka adalah tindakan mummy mereka yang sanggup meninggalkan Mikael yang cedera parah dan terus melarikan diri. Keras sungguh hati mummynya itu, dibuat Mikael seperti patung sahaja. Panjang nafas ditarik sebelum dilabuhkan duduk di kerusi. Tertunduk sahaja kepalanya. Di sini abang, di sana kakak. Entah apa pula nasib kakaknya, mudah-mudahan kakaknya selamat.

"Miran." Sapa Am sambil bahu kanan Miran dipegang. Miran mendongak lalu berbalas pandangan dengan Am.

"I'm sorry.." Ucap Am sambil dilabuhkan duduk di tepi Miran. Laju Miran menggeleng kepala.

"No! Bukan salah Encik Am." Potong Miran pantas.

"Tapi, Mika cedera disebabkan peluru aku!." Keras suara Am berbunyi. Terketap gigi menahan rasa bersalah. 

"Mika cedera kerana mahu selamatkan mummy dan Encik Am pula lepaskan tembakan demi menyelamatkan nyawa Mr.K. That's all. Tiada salah dan betulnya di sini. Takdir sudah tertulis begini akan jadinya. Encik Am tak perlu minta maaf, not your fault dan saya takkan salahkan Encik Am. Tindakan yang Encik Am lakukan adalah wajar pada ketika itu!." Tinggi suara Miran bersama ayatnya yang panjang lebar. Dia tahu bukan niat Am, walaupun payah tetapi itu adalah kebenarannya yang harus dia akui.

Am memandang Miran tanpa berkelip lalu tubuh Miran ditarik dan dipeluk bersama tepukan di belakang lelaki itu. Miran sungguh tabah dan redha dengan apa yang berlaku pada Mikael, jika perkara ini yang berlaku pada dirinya, Am tidak pasti samada dia akan sabar seperti ini.

"Thanks Miran.. Thanks." Ucap Am bersama pelukan dilepaskan diikuti anggukan kecil.

Miran pula nampak tenang sahaja di luar seperti tiada apa-apa, tetapi tidak pasti apa yang ada di dalam hati lelaki itu.

"Saya tanya sikit boleh?." Soal Am pada Miran.

"Tanya apa?." Soal Miran. Wajah Am dipandang serius.

"Erm.. Tuan Mirwan macam mana? Dia dah tahu ke dengan apa yang berlaku?." Soal Am berhati-hati. Miran hela nafas panjang bersama gelengan kepala.

"Sekejap lagi saya akan hubungi daddy, saya tidak mahu daddy dengar dari orang lain." Balas Miran. Am anggukan kepala tanda setuju. Selepas itu keduanya diam tanpa kata. Am mengambil keputusan untuk beredar bagi menemui Kasturi pula.

"Saya gerak dulu. Saya nak cari Edan, bagaimana pula agaknya keadaan dia." Kata Am pada Miran sambil tubuh dibawa berdiri. Miran angguk dan dia juga turut bangun berdiri.

"Encik Am tak perlu risau. Saya baik-baik sahaja di sini." Kata Miran.

"Call saya segera kalau perlu apa-apa." Pesan Am sambil bahu Miran ditepuk. Miran hanya angguk.

"Saya pergi dulu." Tambah Am lagi. Kaki dihayun meninggalkan Miran di kerusi. Senak dan sempit rasa dada kerana terkilan Mikael yang menjadi mangsa. Sungguh tidak berhati perut Cecilia yang sanggup buat begitu pada Mikael yang cuba menyelamatkan nyawanya. Namun begitu, nyawa Cecilia tetap tidak panjang apabila mati juga akhirnya ditembak pasukan khas. Terkilan rasa hatinya.

Miran melabuhkan kembali duduknya di kerusi. Wajah yang berpeluh dan pakaian di tubuh yang masam dipandang dan dalam masa yang sama soalan Am tadi bermain di fikiran.

"Macam mana aku nak sampaikan pada daddy?." Rintih Miran yang sudah terduduk di atas lantai di tepi kerusi.

Kedua-dua tangan naik memegang rambut. Tidak tahu apa yang patut dia lakukan sekarang. Lama Miran berfikir, bimbang tersilap kata akan membahayakan kesihatan daddynya pula tetapi mahu tidak mahu terpaksa juga dia khabarkan perkara ini pada daddy. Cuma penerimaan daddy terhadap perkara ini yang menjadi kebimbangannya. Panjang nafas ditarik. Sudahnya Miran ambil keputusan untuk pergi ke tandas sebelum dia menghubungi Mirwan. Setelah wajah dibersihkan dan tangan dikeringkan. Miran melangkah keluar dari tandas. Telefon bimbit diambil dan nombor Mirwan didail. Tidak lama deringan bersambut.

"Hello. Assalamualaikum daddy." Mendatar sahaja lantunan suara Miran.

"Waalaikummussalam." Jawab Mirwan dengan ceria walaupun hari sudah melewati tengah malam dan menghampiri subuh.

"Kenapa ni, lain sahaja suaranya?." Soal Mirwan seakan-akan dapat meneka perasaan Miran waktu itu. Ingin sahaja dihamburkan sedihnya pada Mirwan tetapi dia perlu kuat. Nafas ditarik panjang sebelum diceritakan apa yang berlaku pada Mirwan. Lama daddynya itu diam di sebelah sana tanpa balasan.

"Daddy.." Panggil Miran bimbang. Lama baru Mirwan membalas.

"Ya." Jawab Mirwan sepatah.

"I'm.. sorry.." Ucap Miran sangkut-sangkut. Lekat rasa tekaknya untuk lepaskan kata-kata.

"No.. I'm sorry. Daddy yang salah. Sepatutnya dulu lagi daddy dah ambil tindakan dengan apa yang mummy telah lakukan." Balas Mirwan. Bulat mata Miran apabila mendengar balasan Mirwan.

"Apa maksud daddy?." Soal Miran walaupun dia seperti dapat mengagak apa yang dimaksudkan daddynya itu. Mirwan lepas nafas berat.

"Ya, daddy baru dapat tahu setahun yang lepas dengan apa yang mummy buat selama ini tetapi daddy bimbang andai daddy bertindak, kamu berdua yang menjadi mangsa. Rupa-rupanya.. Kesannya tetap sama. Daddy bersalah pada kamu berdua. Maafkan daddy." Ucapkan Mirwan bersama suara yang bergetar. Miran tidak tahu apa yang patut dibalas. Sudahnya dia ambil keputusan hanya berdiam sahaja. Mirwan tahu Miran kecewa dengannya. Setelah agak tenang, Miran bersuara.

"Daddy jangan bimbang, kejadian yang berlaku ini hanya orang tertentu sahaja yang tahu. DSP Farokh akan tapis butiran kes sebelum diserahkan kepada pemberita. Jadi ianya tidak akan memberi kesan pada syarikat dan nama daddy." Terang Miran. Mujur juga DSP Farokh mahu mendengar permintaannya itu semasa di tempat kejadian tadi. Jika tidak tidak tahu apa yang akan berlaku pada syarikat daddynya itu.

Setelah panggilan dimatikan, Miran membuang pandang ke laluan hadapan. Tiba-tiba tekak terasa haus, vending machine yang berada di tepi dipandang. Baru beberapa langkah dibuka menuju ke arah mesin tersebut, muncul Sean bersama beg di tangan.

"Miran." Panggil Sean bersama larian kecil ke arah Miran.

"Sean, kau buat apa kat sini?." Soal Miran sebaik kedua mereka bertemu.

"Ni, Encik Am minta aku hantarkan pakaian dan makanan untuk kau dan dia minta aku temankan kau kat sini." Kata Sean.

"Eh, tak perlulah susah-susah macam ni. Aku okey je kat sini lagipun bukan kau ada task ke?." Soal Miran.

"Tak payah risaulah, task aku baru settle, tu pasal aku boleh datang sini." Balas Sean bersama senyuman.

"Lagipun takkan kau nak tunggu sini dengan pakaian macam ni." Tambah Sean sambil matanya memandang pakaian pada tubuh Miran yang penuh dengan darah dan kotor. Miran turut sama memandang diri sendiri apabila mendengar kata-kata Sean.

"Dah, ambil ni pergi tukar, nak mandi pun boleh. Semua lengkap dalam ni. Aku tunggu sini. Makanan pun aku bawakan sekali. Cepat, sejuk air ni tak sedap." Kata Sean sambil beg di tangan disuakan pada Miran. Mahu tak mahu terpaksa juga lelaki itu mengambilnya bersama anggukan.

Tidak lama Miran kembali dengan pakaian yang sudah ditukar dan wajah yang sedikit segar bersama beg di tangan. Dari jauh dia lihat Sean masih setia menanti di tempat tadi sambil berbual di telefon dan sebaik menyedari Miran yang berjalan semakin menghampirinya, Sean terus meletakkan panggilan.

"Encik Am call, tanyakan aku dah sampai atau belum." Kata Sean pada Miran sambil menyerahkan cup air panas dan bungkusan makanan. Bukan makanan berat cuma roti sekadar alas perut.

"Kau tak payah la temankan aku. Kau pun tentu penat." Kata Miran sambil meletakkan beg di kerusi dan melabuhkan duduk. Sean hanya senyum sambil bersandar ke kerusi.

+++

Sebaik sahaja sampai di hospital, Kira terus dibawa masuk ke bilik pembedahan. Kasturi tertegak berdiri melihat Kira ditolak masuk ke dalam bilik tersebut bersama beberapa orang jururawat dan doktor yang bertugas.

"Edan." Am yang datang dari arah belakang memanggil Kasturi.

Kasturi menoleh seketika sebelum holster di tubuhnya ditanggalkan dan diserah pada Am. Tadi, sebaik sahaja ambulan yang membawa Kira bertolak, Am bersama Reno terus laju turun ke tingkat bawah bersama Kent tetapi telah ditahan oleh Tuan Mazlan yang turut sama ada pada waktu itu tetapi DSP Farokh telah mengarahkan supaya ketiga-tiga mereka dibenarkan pulang cuma dikehendaki hadir ke Bukit Aman bagi memberi keterangan untuk membantu siasatan.

"Edan. Kita duduk dulu." Ajak Am sambil menarik lengan Kasturi supaya berehat di kerusi yang ada di laluan di hadapan bilik pembedahan.

"Sir. Encik Am." Sapa Reno yang baru sampai. Waktu itu Kasturi sedang melabuhkan duduknya di kerusi menoleh pandang seketika pada Reno manakala Am pula membalas sapaan Reno dengan sedikit anggukan sambil menghulurkan holster yang masih tersarung senjatapi milik Kasturi padanya. Reno sambut dan kemudian terus berlalu pergi.

"Tadi aku sempat jumpa Miran." Kata Am pada Kasturi yang sudah tersandar kepalanya ke dinding bersama mata terpejam.

"Mika macam mana?." Soal Kasturi bersama tubuh yang dibawa tegak duduknya. Hampir lupa dia pada Mikael yang turut cedera dalam operasi tadi.

"Aku pun tak pasti. Miran pun sama sebab Mika masih berada di dalam bilik OT. Kecederaan dia agak parah." Balas Am yang sudah tertunduk ke lantai. Rasa bersalah pada Mikael kerana lelaki itu cedera akibat dari terkena tembakannya.

"Aku sungguh tak nampak yang Mika nak halang Cecilia dari ditembak. Kalau aku nampak, memang aku tak petik picu HK aku tu." Kata Am dalam nada kesal. Kasturi hela nafas panjang. Belakang tubuh sahabatnya itu ditepuk perlahan beberapa laki.

"It's not your fault. Kalau pun bukan kau yang tembak, mungkin waktu itu peluru dari senjata aku pula yang kena pada Mika." Pujuk Kasturi. Lama Am diam bersama wajah yang tertunduk ke lantai. Kasturi yang faham dengan emosi Am saat itu terus mengunci mulut, tidak mahu Am semakin tertekan dengan apa yang telah berlaku. Tidak lama Reno muncul semula bersama tiga cup kopi panas.

"Sir, Encik Am. Silakan. Kopi panas." Kata Reno sambil disuakan cup kopi panas pada Kasturi dan Am.

Kedua-dua lelaki tersebut menyambutnya dan kopi panas disisip perlahan. Masing-masing senyap tanpa kata dan tiba-tiba telefon milik Kasturi yang berada di dalam poket bergetar menandakan ada panggilan masuk. Telefon di dalam pouch diambil dan sebaik nama DSP Farokh yang tertera di skrin dipandang, Kasturi terus meletakkan cup di kerusi di sebelah dan dia bingkas bangun. Icon hijau disentuh.

"Edan, awak masih di hospital ke?." Soal DSP Farokh di sebelah sana.

"Ya Tuan. Saya masih di hospital." Balas Kasturi bersama kerlingan pada pintu masuk ke bilik pembedahan.

"Any news about your wife?." Soal DSP Farokh lagi.

"Not yet Sir. Still inside." Balas Kasturi sambil memandang Am dan Reno yang tegak memandangnya.

"Saya cuma nak maklumkan bahawa Khemkhaeng Klahan atau lebih dikenali dengan nama Chakan salah seorang dari orang Cecilia telah berjaya melarikan diri." Kata DSP Farokh.

"Apa Tuan, escape? Tapi Tuan, semasa operasi saya sendiri melihat dia terbaring di tepi dinding dengan kecederaan yang agak serius." Balas Kasturi tidak percaya.

"I know, Kent also told the same thing because when he went upstairs, Chakan was still there." DSP Farokh mengiyakan kata-kata Kasturi.

"I'm sorry Sir. Salah saya, patut saya gari dia terlebih dahulu. Cedera atau tidak, itu bukan persoalan." Kata Kasturi kesal. Rambut diraup kasar.

"Tak apa, dia cedera teruk. Pasti tak lari jauh. Dah, biar Kent yang uruskan hal ni. Awak, selesaikan urusan di hospital." Pujuk DSP Farokh.

"Thank you Sir." Balas Kasturi dan kemudian talian dimatikan dan duduk dihempas kasar pada kerusi.

"Ada masalah ke?." Soal Am apabila melihat riak Kasturi yang semakin tertekan begitu. Kasturi menoleh pandang pada Am yang berada di sebelahnya.

"Chakan terlepas." Balas Kasturi geram.

"What?." Soal Am terkejut. Reno yang mendengar juga sudah tertegak duduknya.

"Bukan ke dia cedera teruk masa kita sampai tu?." Soal Am pada Kasturi.

"Ya, memang dah teruk tapi tak sangka dia berjaya melarikan diri sebelum sempat diberkas." Balas Kasturi geram.

"Tak guna!." Sampuk Reno pula.

"Aku rasa kau kena hati-hati Edan." Kata Am pada Kasturi. Kasturi kerut kening.

"For what?." Soal Kasturi pelik.

"Aku cuma tak sedap hati." Balas Am. Kasturi tidak membalas, sebaliknya dia capai cup kopi panas dan air disisip bersama pandangan yang dibuang ke depan.

Sedang Kasturi dan Am menanti di luar bilik pembedahan, pintu bilik terbuka dan seorang lelaki keluar dan berjalan ke arah Kasturi dan Am. Terus kedua-duanya bingkas bangun.

"Doktor, macam mana dengan isteri saya?." Soal Kasturi pada Doktor Bani sebaik lelaki itu berhenti di hadapannya. Doktor Bani senyum sebelum pertanyaan Kasturi dijawab.

"Tak ada apa-apa yang serius pada Puan Kira. Luka di lengan kanan dan kaki kiri sudah dirawat dan dijahit. Selain dari itu hanya bengkak-bengkak di muka dan badan. Puan Kira perlu ditahan beberapa hari di wad untuk pemerhatian lanjut bukan sahaja pada luka dan kecederaan tetapi juga terhadap kandungannya kerana masih baru dan belum stabil sebelum dibenarkan pulang." Terang Doktor Bani. Kasturi yang mendengar terus terkelip-kelip matanya.

"Sorry, kandungan?." Soal Kasturi inginkan kepastian.

"Ya, kandungan. Er.. Tuan Edan belum tahu ke?." Soal Doktor Bani keliru. Kasturi hanya menggeleng perlahan

"Mungkin Puan Kira juga tidak sedar dirinya mengandung kerana usia kandungan masih baru masuk empat minggu. Puan Kira memang kuat kerana kandungannya tidak apa-apa." Tambah Doktor Bani.

"Tapi selepas ini nanti Tuan Edan kena pastikan Puan Kira rehat secukupnya ya." Kata Doktor Bani lagi.

"Baik Doktor." Balas Kasturi bersama anggukan.

"Sebentar nanti Puan Kira akan ditolak ke wad dan Tuan Edan bolehlah tunggu Puan Kira di sana." Kata Doktor Bani.

"Kalau tak ada apa-apa, saya pergi dulu." Kata Doktor Bani.

"Baik, terima kasih Doktor." Ucap Kasturi. Doktor Bani anggukkan kepala pada Kasturi dan Am sebelum dia melangkah pergi. Kasturi dan Am saling memandang.

"Kau memang tak tahu pasal ni ke?." Soal Am. Dia juga agak terkejut dengan berita yang disampaikan Doktor Bani tadi.

"Aku tak tahu." Balas Kasturi yang masih lagi terkejut. Am menepuk perlahan bahu sahabatnya itu.

"Mungkin El pun tak tahu yang dia mengandung, macam Doktor Bani maklumkan tadi." Kata Am pada Kasturi yang masih lagi seakan tidak percaya tetapi tidak lama kedua tangannya naik menutup muka dan diraup.

"Alhamdulillah.. Syukur, tak sangka aku akan jadi ayah." Kata Kasturi bersama senyum kecil.

"Tahniah Edan." Kata Am pula dan sedang mereka berbual pintu bilik pembedahan terbuka dan Kira yang masih belum sedarkan diri ditolak keluar. Pantas Kasturi dan Am mengekori dari belakang.

+++

"Cik." Panggil satu suara. Miran dan Sean yang terlelap di kerusi pantas bangun berdiri apabila seorang wanita berdiri di hadapan mereka.

"Saya Doktor Nadia." Kata Doktor wanita tersebut.

"Cik ahli keluarga pesakit nama Azuma Mikael Bin Mirwan?." Soal Doktor Nadia.

"Ya, saya Miran adiknya. Macam mana dengan keadaan abang saya Doktor?." Soal Miran yang sudah berdiri tegak di hadapan Doktor wanita muda itu. Panjang nafas Doktor Nadia tarik sebelum bicara dimulakan, semoga lelaki ini sabar dan tabah apabila mendengarnya nanti.

(03/10/2022 @ 0110hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience