Bab 76

Romance Series 548166

Dang menekan pedal minyak lagi, laju kereta dipandunya meluncur pergi walaupun keretanya sekejap ke kiri dan sekejap lagi ke kanan bagi mengelak dari bertembung dengan kenderaan yang datang dari arah hadapan. Matanya pula sesekali melingas pandang pada cermin pandang belakang melihat kereta yang mengekori mereka.

"Cepat Dang! Laju lagi!." Jerit Chakan yang berada di tempat duduk di belakang.

"Chi! Man rwdrew!." (Ya! Cepat la ni!.) Balas Dang kalut.

+++

Reno yang sedang memandu memandang sekilas pada cermin pandang belakang pada kereta yang memasang police beacon alarm di belakang kereta dipandunya dan dia tahu itu adalah Kasturi.

"Miran." Panggil Reno. Kepalanya dianggukkan ke arah cermin pandang belakang.

"Edan." Tambah Reno lagi. Miran menoleh pandang ke belakang dan dia yakin itu adalah Kasturi yang turut sama mengejar dan tidak lama Miran dan Reno dapat melihat Kent memandu kereta tersebut apabila kereta itu memintas kereta dipandu Reno lalu terus ke hadapan dan melanggar bahagian belakang kereta dipandu Dang.

'Bump!'

+++

Memerah muka Kasturi apabila kereta yang membawa lari Kira begitu hampir dengan keretanya, mahu sahaja dia melompat keluar tetapi Kasturi masih lagi berfikiran waras. Setiap tindakan yang dibuat perlu difikirkan kesannya kerana di dalam kereta yang dikejar mereka ada nyawa yang perlu diselamatkan. Kasturi bimbang, jika tersalah langkah, nyawa Kira yang menjadi taruhan.

Kereta yang dipandu Kent memintas kereta yang dipandu Reno, kenderaan yang datang dari hadapan semuanya sudah ke tepi kerana memberi ruang.

'Bump!.'

Kent melanggar bahagian belakang kereta yang dipandu Dang menyebabkan Dang semakin hilang arah pemanduan dan..

'Bump!.'

Kuat dentuman berbunyi apabila kereta dipandu Dang bertembung dengan sebuah kereta yang datang dari arah hadapan yang tidak sempat mengelak.

Kasturi terus melompat keluar apabila dia melihat pintu kereta di bahagian penumpang hadapan dibuka.

+++

"Tak guna!." Jerit Chakan sambil sesekali kepalanya menoleh ke belakang.

Rambut Kira yang bertudung ditarik kasar hingga tercekik leher disebabkan kerongsang tudung pada dagu. Rapat wajah Kira dengan Chakan sehinggakan hidung Chakan berlaga dengan pipi Kira, kuat deruan nafas Chakan dirasa pada wajah Kira.

"Hey betina! Macam mana polis boleh tahu hah?!." Marah Chakan pada Kira. Kira ketawa kecil.

"Kau ingat, kau boleh lari?." Balas Kira dan serentak dengan itu dahinya dihantuk kuat pada batang hidung Chakan.

"Arrgghh!." Jerit Chakan. Laju darah merah mengalir dari hidung Chakan.

"Ri prayochn! Kheraah ray!." (Tak guna! Memang sial!). Marah Chakan dan serentak itu wajah Kira ditumbuk bertubi-tubi. Geram sungguh dia dengan tindakan Kira.

'Bump!.'

Kereta dipandu Dang melanggar sebuah kereta yang datang dari arah depan. Terhenti tindakan Chakan apabila dia terdorong ke celah kerusi antara pemandu dan penumpang hadapan manakala Dang pula sudah terhentak ke cermin hadapan hingga kepalanya tercedera.

Kira mengambil peluang yang ada dengan menyauk leher Chakan dengan tangannya yang berikat dan leher Chakan ditarik dengan kuat ke belakang.

'Buk!.'

"Arghh!." Jerit Kira apabila perutnya yang sememangnya sudah sakit disiku lagi dengan Chakan. Terketap gigi Kira menahan rasa.

Chakan kemudian menarik kedua-dua lengan Kira dengan tanggannya hingga cekikan di lehernya longgar serta berjaya dilepaskan. Kira sudah tertunduk di kerusi belakang menahan sakit, tiba-tiba Kira dapat rasanya ada cairan yang keluar dari celahan pahanya. Kepala Kira sudah berpinar-pinar, mata pula sudah menjadi semakin kelam dan gelap. Akhirnya Kira terkulai di tempat duduk belakang.

Melihat keadaan yang sudah tidak terkawal, Chakan tidak mahu menunggu lagi. Chakan pantas meloloskan diri ke tempat duduk hadapan dan pintu kereta penumpang hadapan ditolaknya. Belum sempat Chakan mahu melarikan diri. Kolar bajunya ditarik kasar Kasturi dan dia dihumban di atas jalan raya yang keras. Tanpa sempat berkata apa, tubuh Chakan dihenyakknya dan wajah Chakan dilayangkan penumbuk bertubi-tubi. Geram sungguh rasa hatinya. Biar mati pun tidak apa!

"Kasturi!." Jerit Kent apabila melihat Kasturi seperti sudah hilang akal. Mau hancur muka Chakan kalau dibiarkan.

"Kasturi! Sudah! Kau nak bunuh dia ke?.!" Jerit Kent sambil menahan lengan Kasturi dan waktu yang sama Reno juga turut sama memegang lengan Kasturi.

"Edan! Enough!." Marah Reno yang berada di sebelah kanan.

"El!." Jerit Miran pula apabila dia melihat Kira yang sudah tidak sedarkan diri ditambah pula dengan wajah Kira yang berdarah dan luka. Tak guna Chakan!

Laju kepala Kasturi menoleh pada suara Miran. Berubah wajahnya apabila melihat Kira yang sudah lembik dalam pangkuan Miran. Laju tubuh dibawa berdiri mendapatkan Kira.

"Sayang!." Jerit Kasturi. Wajah Kira yang bengkak dan berdarah dipandang geram.

"Edan.!" Panggil Miran pada Kasturi sambil menunjukkan tangan kanannya yang basah dengan darah yang mengalir dari celahan paha Kira. Kuat Kasturi menahan marah, memerah matanya.

"Chakannn!!!" Jerit Kasturi lalu Kira diserahkan pada Miran dan tubuhnya dibawa bangun bersama kedua-dua tangan digenggam penumbuk.

Terketar tangannya menahan amarah. Langkah kaki laju dibuka ke arah Chakan lalu Kasturi terus menarik kolar baju Chakan yang waktu itu Chakan sudah pun digari Kent. Chakan dihentak ke atas jalanraya dan wajah Chakan yang sudah bengkak ditumbuknya tadi tetapi dihentam lagi. Penumbuknya yang sudah berdarah dan cedera tidak dipeduli. Naik lunyai wajah Chakan dikerjakannya. Kelam kabut Kent dan Reno menarik Kasturi. Mau mati juga Chakan ni kalau dibiarkan.

"Sudah! Sudah Kasturi! Takkan kau nak bunuh dia?! Kira tu yang patut kau selamatkan sekarang ni!." Marah Kent sambil kedua-dua tangan Kasturi ditarik dari belakang manakala Reno pula menarik Chakan dari terus dibelasah Kasturi. Kuat Kasturi mendengus, sudah seperti kerbau hendak disembelih bunyinya.!

Dari jauh terdengar bunyi siren polis dan juga ambulans, tidak pasti siapa yang menghubungi pasukan bantuan tersebut. Mungkin orang ramai yang melihat kejadian yang berlaku.

"Cik!." Jerit Miran pada anggota perubatan yang baru tiba dengan ambulans. Kira diberi bantuan awal dan terus di letakkan ke stretcher lalu ditolak masuk ke ambulans.

"Kau pergi ikut Kira!." Marah Kent lalu menolak tubuh Kasturi ke arah Kira yang sedang dirawat.

"Sekejap lagi saya dengan Reno ikut dari belakang." Kata Miran pada Kasturi yang seperti orang sudah hilang semangat. Angguk tak, menggeleng pun tidak. Menonong sahaja masuk ke dalam ambulans.

"Kau gerak dulu, hal di sini biar aku uruskan." Kata Kent pada Reno dan Miran.

+++

Tidak lama Miran dan Reno sampai di Jabatan Kecemasan hospital dan terus ke bilik pembedahan tetapi tiada kelibat Kasturi di situ. Tidak lama terdengar suara orang bertingkah dan makin lama makin dekat dan rupa-rupanya Kasturi yang lari dari menerima rawatan. Belakang tangan Kasturi mahu dirawat oleh seorang jururawat tetapi Kasturi enggan.

"Cik." Panggil Miran pada jururawat yang mengekori Kasturi bersama peralatan perubatan di tangan. Kasturi dan jururawat tadi menoleh serentak pada Miran.

"Tak apa, sekejap lagi saya bawa dia ke sana untuk rawatan ya." Kata Miran pada jururawat tadi.

"Baiklah." Balas jururawat bersama wajah yang masam. Reno pula sudah tergeleng kepala.

"Miran, aku call Am sekejap." Kata Reno lalu meninggalkan Miran bersama Kasturi.

Kasturi waktu itu sudahpun melabuhkan duduk di kerusi di tepi dinding bersama pandangan yang dibuang ke arah pintu bilik pembedahan. Miran melangkah perlahan menuju ke arah Kasturi lalu dilabuhkan duduk di sebelah kanan Kasturi. Perit rasa tekak untuk memulakan kata. Lama Miran beku di sisi Kasturi.

"I'm sorry." Ucap Miran. Terluah juga perkataan tersebut. Jenuh dikumpul kekuatan untuk menyebutnya. Wajah Kasturi dari sisi dipandang tidak berkelip tetapi lelaki itu hanya diam tanpa membalas.

"Saya.."

"Stop! No need to explain anything." Sampuk Kasturi. Terdiam Miran apabila ditegur begitu. Terus terkunci bibirnya.

Kasturi memalingkan kepalanya pada Miran yang berwajah suram di sisi. Kasturi tahu, 'hari ini' pasti tiba cuma dia tidak menyangka, 'hari ini' terjadi ketika bukan dia yang membawa Kira ke hospital untuk temujanji. Memang ada terdetik rasa terkilan tetapi dipendamkan sahaja. Semua orang tertekan pada waktu sekarang, lebih baik dia berdiam sehingga semuanya reda.

"Miran." Panggil Reno. Miran menoleh pandang pada Reno yang baru tiba.

"Kau balik dulu, biar aku temankan Edan." Kata Reno pada Miran sambil menyerahkan kunci kereta pada Miran. Miran hanya memandang kunci kereta yang diserahkan Reno tanpa rasa mahu menyambutnya.

"Ambil.." Kata Reno lalu tangan kanan Miran dicapai dan kunci kereta diletakkan di atas tapak tangan.

"Kau balik." Arah Reno lagi. Mahu tidak mahu terpaksa juga Miran mengikutnya. Nafas dihela panjang sebelum tubuh dibawa berdiri. Baru sahaja mahu melangkah, telefon di dalam poket berbunyi. Telefon dari bahagian dalam poket jaket diambil dan nombor telefon hospital tertera. Pucat muka Miran.

"Kenapa?." Soal Reno apabila melihat wajah Miran berubah. Miran tidak menjawab pertanyaan Reno sebaliknya icon hijau disentuh dan panggilan dijawab. Kasturi pula tidak berkutik, masih di tempatnya tadi.

Selepas beberapa minit, Miran kembali semula apabila panggilan dimatikan.

"Reno, aku ke wad Mika. Doktor panggil aku ke sana." Kata Miran pada Reno. Wajah Kasturi dipandang sekilas. Miran tahu Kasturi mendengar apa yang dia katakan pada Reno cuma tiada reaksi dipamerkan. Reno hanya anggukan kepala pada Miran sebelum Miran hilang di sebalik dinding. Reno kemudian melabuhkan duduk di sisi Kasturi. Tidak lama Am sampai bersama beg kertas mengandungi pakaian dan juga ubatan untuk luka pada belakang tangan Kasturi.

"Ambil ni. Pergi tukar baju, ubat pun ada dalam tu." Kata Am pada Kasturi sambil meletakkan beg kertas di atas riba Kasturi.

"Pergilah tukar baju yang penuh darah tu dulu.. Tangan jangan lupa letak ubat pulak. Semua ada dalam tu. Aku tahu kau bimbangkan El tapi kalau iya pun, bersihkan badan tu dulu. Lepas tu kita sama-sama tunggu." Tegur Am. Kasturi masih keras tidak bergerak. Am menggelengkan kepala.

"Pergilah.." Pujuk Am lagi. Kasturi tarik nafas panjang sebelum tubuh dibawa berdiri dan beg kertas di atas riba diambil.

Reno melabuhkan duduk di kerusi. Rambut diraup kasar.

"Kalau tadi tak ada kereta yang halang aku nak keluar dari parking hospital, pasti perkara ni tak berlaku." Kata Reno pada Am yang sudah melabuhkan duduk di kerusi. Am geleng kepala. Aduh.. Ni seorang lagi..!

"Sudah.. Ini semua sudah ditakdirkan, tak payah nak salahkan diri sendiri. Aku tahu kita semua sayangkan El tapi perkara dah berlaku, nak buat macam mana.. Kita hanya mampu berdoa supaya El dan kandungannya selamat." Kata Am. Belakang Reno ditepuk perlahan. Dia tahu Reno dan Miran rasa bersalah dengan apa yang telah berlaku pada El tetapi itu semua bukan di atas kehendak mereka.

"Tadi aku jumpa Kent." Kata Am. Reno menoleh pandang pada Am.

"Kent nak datang ke sini ke?." Soal Reno.

"Tak, dia bawa Chakan untuk rawatan kecederaan. Boleh tahan teruk juga dia kena belasah." Balas Am.

"Huh! Ingatkan dah mati!." Balas Reno geram. Am hanya menggelengkan kepala. Dia tahu Reno geram dan marah pada Chakan, dia pun rasai perasaan yang sama. Ikutkan memang dia pun nakkan si Chakan tu mati baru puas hati!

Tidak lama Kasturi kembali bersama pakaian yang sudah ditukar dan kebetulan juga pintu bilik pembedahan ditolak dan keluar seorang lelaki.

"Siapa waris pesakit nama Elvaretta Kirana Binti Mirwan?." Soal lelaki tadi. Kasturi yang mendengar terus mendapatkan lelaki tadi selepas beg kertas diserahkan pada Am.

"Saya. Saya suami kepada pesakit." Balas Kasturi yang sudahpun berdiri di sisi lelaki tadi.

"Saya Doktor Nizam yang merawat pesakit. Kecederaan pesakit telah dirawat tetapi buat masa sekarang pesakit masih tidak sedarkan diri walaubagaimana pun keadaan pesakit stabil." Terang Doktor Nizam.

"Bagaimana dengan kandungannya?." Soal Kasturi ingin tahu.

+++

"Doktor." Panggil Miran sebaik pintu bilik wad Mikael ditolak. Tergamam Miran di tengah-tengah pintu apabila dia melihat Mikael sedang memandangnya bersama senyuman walaupun dalam keadaan payah.

"Mika!.." Seru Miran lalu langkah dibuka laju menuju ke arah Mikael di katil. Tubuh Mikael dipeluk erat tanpa rasa mahu melepaskannya. Tanpa sedar, berjurai air mata meleleh di pipi.

"Miran.. Miran.." Panggil Mikael perlahan. Mendengar namanya dipanggil Mikael, makin sendat rasa dadanya. Tubuh Mikael dilepaskan dan Mikael dibantu untuk duduk bersandar di kepala katil. Bantal di letakkan di belakang bagi menyokong Mikael untuk duduk dengan lebih selesa.

"Kau menangis ke?." Usik Mikael sebaik Miran melabuhkan duduk di birai katil.

"Mana ada." Laju Miran membalas. Bagaikan baru tersedar, pantas Miran menyeka air mata dan pipi dikesat dengan hujung jari. Mikael ketawa suka.

"Aku belum mati lagi.." Tambah Mikael.

"Kau ni!." Laju Miran menyampuk.

"Ehem.." Doktor Ananth berbunyi.

21/05/2023 @ 0215hrs

Share this novel

kimmi wong
2023-11-22 07:00:28 

Fifi kan police so paham2 je la

Dyan Musa
2023-10-09 20:29:15 

lama betul nak habis citer ni. Dr install ke uninstall, pastu install balik, pun x finish lagi citer ????. cepatla update. ke dah beralih ke ?

Rohani Hussin
2023-06-05 13:17:32 

update pleasee


NovelPlus Premium

The best ads free experience