Bab 25

Romance Series 548166

"Eh, Edan. Kenapa dengan muka kau ni?." Soal Kent sebaik melihat Kasturi yang sedang melangkah masuk ke pejabatnya.

"Tak ada apa." Balas Kasturi tanpa menoleh pada Kent lalu dia terus melangkah masuk ke pejabatnya. Kent yang melihat seakan ada yang tidak kena terus mengekori Kasturi hingga ke dalam pejabatnya.

"Kau okay ke tak ni?." Soal Kent sambil daun pintu ditutup rapat. Wajah Kasturi diperhatikan lalu dihampiri lelaki itu. Tangan kanannya naik mahu memegang wajah Kasturi tetapi pantas Kasturi mengelak.

"Aku okay." Balas Kasturi sambil menanggalkan jaket dan diletakkan di kerusi lalu dilabuhkan duduk di sofa. Tubuh disandarkan ke belakang bersama mata yang terpejam.

"Kau bertumbuk dengan siapa ni?." Soal Kent sambil turut melabuhkan duduk di sofa di sisi Kasturi. Wajah Kasturi yang sudah agak lebam ditilik dari jauh.

"Cuba kau cakap, apa yang berlaku?." Soal Kent lagi. Tidak puas hati selagi Kasturi tidak menceritakan apa yang berlaku.

"Kau yang aku kenal bukan jenis ringan tangan kecuali kalau orang provoke kau dulu." Kata Kent lagi. Kasturi lepas nafas panjang. Kent ni, kalau selagi tak dicerita selagi itu akan diasak soalan.

"Kira." Kata Kasturi sepatah.

"Wife kau? Takkan dia yang tumbuk kau pulak." Kata Kent tidak percaya. Tergeleng kepalanya bersama ketawa kecil.

"It's true but she did not mean to do this to me." Kata Kasturi. Tertegak tubuh Kent.

"Maksud kau, dia tak sengaja tumbuk ke macam mana ni? Eh.. bergurau apa korang ni sampai bertumbuk sakan?." Soal Kent pening.

"Orang lain pun bergurau juga tapi tak ada la macam kau ni." Tambah Kent lagi.

"Hm.. Kau ingat tak pasal syarikat arwah ayah aku?." Soal Kasturi. Tubuh dibawa duduk tegak. Wajah Kent dipandang.

"Syarikat Security yang sekarang ni kau jadi pemiliknya tu?." Soal Kent. Kasturi angguk.

"Kenapa dengan syarikat tu?." Soal Kent tidak mengerti.

"Syarikat tu bukan Syarikat Security." Kata Kasturi. Kent terus merapatkan sedikit tubuhnya pada Kasturi.

"Dah tu syarikat apa?." Soal Kent bersama kerutan di kening. Wajah Kasturi dipandang. Panjang nafas ditarik sebelum soalan Kent dijawab.

"This company is a contractor who works with the government and there are also private individuals but the requested target will be researched from various angles and approval from the government before they receive the task." Kata Kasturi senafas. Terkebil-kebil mata Kent.

"Sejak dari dulu lagi?." Soal Kent bersama riak terkejut. Kasturi angguk.

"So, apa masalahnya?." Soal Kent.

"Kira kerja di syarikat aku." Balas Kasturi pendek.

"What?." Soal Kent. Tertegak tubuhnya.

"Tak payah la nak jerit sangat." Marah Kasturi.

"Ya, Kira kerja di syarikat aku. Sejak mula lagi tiada yang kenal dengan siapa pemiliknya kecuali beberapa orang sahaja hinggalah ayah aku meninggal dan beralih pada aku." Terang Kasturi.

"Kau tak pernah terus terang pada Kira?." Soal Kent. Kasturi geleng perlahan.

"Jadinya Kira dapat tahu sendiri yang kau pemiliknya dan dia.." Terangguk-angguk ayat Kent tanpa penamat.

"Yup. So.." Sambung Kasturi.

"So.. bila Kira dah tahu, dia pukul kau. Macam tu?." Sampuk Kent.

"Sort of." Balas Kasturi. Tersandar ke belakang Kent dengan cerita Kasturi. Lama juga kedua mereka diam. Tidak tahu pula dia yang ayah Kasturi terlibat dengan perkara begini dan Kasturi juga tidak pernah mahu mengambil tahu mengenai syarikat ayahnya selama ini. Kasturi pun tidak pernah bercerita mengenai syarikat itu pada Kent dan bila Kasturi beritahu padanya tadi, Kent agak terkejut dengan kenyataan yang diberi. Banyak persoalan yang ingin Kent tanyakan pada Kasturi tetapi waktu sekarang, masanya agak tidak sesuai.

"Kenapa kau tak bagitahu yang kau pemilik syarikat tu?." Soal Kent. Kasturi hanya diam tidak membalas. Kent tarik nafas, dia faham. Kasturi pasti ada sebab tersendiri mengapa dia lakukan begitu.

"Kau rehat la dulu. Aku nak ke pejabat aku. Nak siap-siap apa yang patut." Kata Kent lalu dia bangun berdiri dan terus melangkah ke arah pintu. Sebaik tombol pintu dipegang, Kasturi ditoleh.

"Kau nak apa-apa tak untuk bengkak muka tu?." Soal Kent. Kasturi geleng.

"No need, bukan orang nampak. Lagi pun ops nanti kita pakai mask." Balas Kasturi. Kent angguk lalu dia keluar dari pejabat Kasturi.

Kasturi keluarkan telefon bimbit dari poket. Skrin gelap dipandang. Ingin sahaja dihubungi Kira tetapi dia pasti panggilannya tidak akan disambut dan rasanya lebih baik dia biarkan Kira tenang dahulu.

+++

Kasturi yang sudah bersedia dan lengkap dengan peralatan berjalan ke arah Kent dan Syamill yang menantinya di dalam kenderaan pasukan. Daun pintu ditarik dan tubuh dilolos masuk. Sebelum keluar tadi, kesemua pegawai dan anggota telah diberi taklimat mengenai operasi yang akan dijalankan pada hari ini yang melibatkan kes pelcuran dan wanita yang terlibat semuanya adalah perempuan warga negara Malaysia dan majoriti kesemuanya masih muda.

Sebaik tiba di lokasi iaitu sebuah rumah dua tingkat. Kenderaan diletakkan agak jauh supaya kehadiran mereka tidak disedari. Dari jauh dapat diperhatikan pergerakan keluar beberapa wanita yang dibawa dan dihantar pada pelanggan yang sudah sedia menanti di dalam kereta masing-masing, ada juga pelanggan yang terus menerima perkhidmatan di tempat tersebut. Setelah mendapat signal, kesemua pegawai dan anggota mula bergerak dan mengambil tempat masing-masing kecuali Kasturi dan Kent. Mereka berdua akan bertindak sekiranya berlaku keadaan di luar kawalan. Tidak lama terdengar bunyi tembakan di bahagian belakang rumah, Kasturi dan Kent pantas bergerak ke bahagian belakang rumah untuk membantu apabila terdengar di set waklie taklie bantuan diperlukan.

Kasturi mendahului langkah dan diikuti Kent di belakang. Kasturi perlahan mengatur langkah di sebalik dinding batu dan tembakan berbunyi lagi. Kali ini tembakan tersebut adalah di sebalik dinding Kasturi dan Kent. Kasturi beri isyarat pada Kent yang dia akan masuk melalui pintu pagar kecil tersebut.

Dengan berhati-hati pintu pagar ditolak perlahan dengan tangan kiri dan tangan kanan pula tegak mengacu senjata ke hadapan dan..

'Buk!'

Kepala salah seorang suspek dihentak dengan HKMP5. Tersungkur lelaki tersebut bersama senjata di tangan yang terpelanting. Kent pantas masuk dan membantu. Suspek diikat tangannya dengan cable tie hitam disungkurkan ke tanah. Senjata apinya pula diambil dan diselit di belakang pinggang. Setelah memastikan tiada suspek yang lain, Kent beri isyarat pada Kasturi yang dia akan masuk ke dalam rumah. Sedang Kent melangkah menghampiri pintu..

'Bang bang bang'

Tembakan dilepaskan pada Kasturi dan Kent dari tingkat atas rumah. Kasturi berlindung di sebalik stor belakang rumah manakala Kent pula sudah masuk ke dalam rumah melalui pintu belakang. Kasturi mengintai dari tepi dan apabila tembakan berhenti, Kasturi terus mengambil peluang melepaskan tembakan dan suspek tumbang dengan peluru milik Kasturi. Kent yang melihat keadaan reda, terus melangkah ke dalam.

Kasturi pula memandang ke kiri dan kanan bersama senjata masih diacu ke hadapan bagi memastikan keadaan selamat. Kaki diundur dengan tubuh mengadap ke luar bangunan. Perlahan langkah diatur.

'Zup'

Tertoleh ke kiri apabila lengannya dikelar. Entah bila lelaki tadi keluar di sebalik dinding rumah tersebut pun tidak pasti. Tertegak Kasturi apabila ada seorang lelaki bertubuh sasa yang turut memakai topeng berdiri tegak di sisinya memegang pisau spring dengan tangan melintang di hadapan tubuhnya. Lengan yang sudah mulai basah dengan darah tidak dihiraukan. HKMP5 yang tersandang di tubuh di bawa ke belakang. Pisau lipat di kaki dicapai. Tanpa sempat Kasturi bersedia lelaki tadi terus menyerang bersama pisau yang dihayun di hadapan wajah, mujur juga Kasturi sempat mengelak. Lelaki tadi menggasak semula dengan pisau yang dihunus ke perut Kasturi dan dengan tangkas pergelangan kanan lelaki tadi dicekak dan pisau ditangan cuba dijatuhkan. Lawan Kasturi bukan calang-calang orang apabila lengan kanan Kasturi pula dipegang dan dibanting ke hadapan. Terjatuh pisau dari tangan kedua-dua mereka.

Kasturi melonjakkan tubuh ke hadapan untuk bangun. Pedih luka di lengan sudah semakin terasa tetapi ditahan. Tanpa pisau di tangan Kasturi mengatur serangan tangkas dan kedua mereka saling berbalas dan bertahan. Lelaki tadi yang terjatuh kerana tendangan belakang dari Kasturi terus mencapai pisaunya yang jatuh di tanah dan Kasturi diserbu dengan pisau yang tegak diacu ke perut. Kedua tangan Kasturi kuat menahan pisau tersebut dari menikam bahagian perutnya yang tidak dilapisi baju kelis peluru. Rapat kedua-dua tubuh mereka dan dengan sepenuh tenaga Kasturi memegang pergelangan lelaki tadi dan terus ditolak pisau yang dihunus ke arahnya ke perut lelaki tadi.

'Zup!'

Melihat pisau yang tercacak di perut membuatkan lelaki tadi terundur ke belakang dan dengan pisau yang masih berada di perut, lelaki tadi terus berlari keluar melalui pintu pagar kecil tadi. Kasturi mahu mengejar tetapi luka di tangannya semakin mencengkam dan tambahan pula arahan dari set walkie talkie maklumkan operasi stand down kerana suspek berjaya ditahan. Kent keluar dari pintu belakang untuk mendapatkan Kasturi.

"Edan!." Kent memanggil Kasturi. Waktu itu tangan kanan Kasturi sudah naik memegang lengan kirinya yang luka. Kasturi toleh pada Kent.

"Semua suspek dah diberkas." Kata Kent sambil berjalan menghampiri Kasturi. Terkejut Kent apabila melihat lengan kiri Kasturi luka.

"Edan! Kenapa ni?." Soal Kent sambil memandang lengannya yang sudah basah dengan cairan darah.

"Sikit je ni." Balas Kasturi sambil tangannya masih memegang lengan yang luka.

"Kau tunggu sini. Aku panggil Syamill, kita ke hospital." Kata Kent. Kent kemudian memanggil Syamill melalui call sign walkie talkienya. Tidak lama Syamill datang ke bahagian belakang.

"Tuan." Sapa Syamill.

"Eh Tuan Edan, kenapa ni?." Soal Syamill pada Kasturi yang lengannya sudah diikat dengan bandana milik Kent.

"Kita ke hospital. Tuan Edan cedera. Nanti saya maklumkan pada pegawai operasi." Kata Kent. Syamill angguk lalu terus dia berlari untuk mengambil kereta.

+++

"Tuan pasti ke? Luka ni teruk juga." Kata doktor yang merawat luka Kasturi.

"It's okay. You just don't worry." Kata Kasturi sambil menyarung semula pakaiannya. Berkerut juga wajahnya kerana menahan sakit.

"Doktor." Sapa Kent yang baru masuk ke bilik rawatan. Doktor yang merawat memandang Kent.

"Hm.. Tuan Edan nak balik rumah." Adu doktor tersebut. Kent geleng kepala.

"Biarkan je lah Doc, dia memang dah biasa. Kalau paksa pun memang dia tak akan mahu." Kata Kent. Tarik nafas panjang doktor lelaki tersebut.

"Kalau dah macam tu, saya tak boleh nak paksa. Tapi ubat kena ambil. Makan seperti yang diarahkan. Okay." Pesan doktor itu lagi.

"Thanks Doc." Kata Kasturi dan Kent lalu kedua mereka melangkah keluar dari bilik rawatan. Kasturi melabuhkan duduk di kerusi sementara menunggu untuk mengambil ubat. Apabila nama Kasturi disebut, Kent laju bangun ke kaunter mengambil ubat dan kemudian dia kembali pada Kasturi.

"Dah jom balik." Kata Kent.

"Kita balik pejabat dulu. Senjata dengan peralatan lain kena hantar." Kata Kasturi lalu melolos masuk ke dalam perut kereta. Kent yang juga sedang melolos masuk ke bahagian tempat duduk penumpang hadapan laju melompat masuk.

"Balik rumah." Kata Kent sambil menoleh ke tempat duduk belakang.

"It's okay. Bukan teruk pun. Balik office dulu." Balas Kasturi. Berkerut dahi Kent. Dia ni hilang deria rasa ke apa? Macam tu punya panjang luka dia cakap tak teruk.

"Tak teruk kau cakap? Hey, luka punya panjang macam tu kau cakap tak teruk?." Marah Kent. Syamill yang memandu hanya diam mendengar dua sahabat bertekak. Kasturi hanya diam sambil membuang pandang ke luar. Fikirannya terganggu dengan kejadian bersama lelaki bertopeng tadi.

"Ikut kau lah." Kata Kent. Malas dia mahu bertekak.

"Kita balik pejabat Mill." Kata Kent. Syamill hanya angguk lalu pedal minyak ditekan.

Sebaik sampai di pejabat, Kasturi terus ke stor persenjataan untuk menyimpan senjata dan juga peralatan lain. Setelah itu dia bergegas ke pejabat untuk mengambil beg, jaket yang tersangkut di belakang kerusi dicapai lalu disarung ke tubuh walaupun payah. Jam di pergelangan tangan dipandang, sudah pun menginjak ke dua pagi.

'Tok tok tok'

"Masuk." Kata Kasturi yang sudah siap untuk pulang.

"Tuan." Sapa Kasturi pada Tuan Mazlan yang muncul di pintu pejabatnya.

"Macam mana dengan luka?." Soal Tuan Mazlan sambil matanya memandang pada lengan kiri Kasturi.

"Sikit saja Tuan. Tak serius pun." Balas Kasturi sambil lengan kirinya diangkat sedikit. Tuan Mazlan hela nafas panjang.

"Awak ni Edan, cedera macam tu pun awak cakap tak serius? Dah, sekarang ni balik. Rehat. Saya tau awak dapat cuti sakit. Laporan tu awak email saja pada saya. Tak perlu datang pejabat. Kalau saya perlu apa-apa, Kent ada. Jangan nak bantah." Kata Tuan Mazlan panjang lebar. Kasturi yang berdiri di sisi Tuan Mazlan terdiam tidak terkata.

"Saya keluar dulu." Kata Tuan Mazlan.

"Terima kasih Tuan." Kata Kasturi lalu daun pintu dibukakan untuk Tuan Mazlan. Tuan Mazlan hanya angguk sebelum dia berlalu ke arah pejabatnya. Kasturi pula terus keluar dan mengatur langkah ke arah lift. Butang lift ditekan. Sementara menunggu, Kasturi menghantar pesanan pada Hud supaya menunggunya di pintu keluar.

'Ting'

Pintu lift terbuka dan terjengul wajah Kent. Pantas Kent menahan pintu lift dengan tangan daripada tertutup.

"Kau nak balik ke?." Soal Kent pada Kasturi. Kasturi hanya angguk sambil telefon bimbit disimpan di dalam poket.

"Nak aku hantarkan ke.?" Soal Kent.

"It's okay." Balas Kasturi sambil kepala digelengkan.

"Aku balik dulu." Kata Kasturi lalu tubuh dilolos masuk ke dalam perut lift. Kent hanya memandang Kasturi yang hilang di dalam perut lift bersama gelengan.

(01/03/2021 @ 1750hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience