Bab 20

Romance Series 548166

Kira memicit leher yang lenguh dengan tangan kanannya. Lama sangat asyik menunduk tadi hingga terasa tegang lehernya. Tubuh disandarkan ke belakang sambil mata memandang ke arah Kasturi yang kusyuk dengan kerjanya.

"Apa la yang dia buat tu ya.. asyik sangat" kata Kira perlahan. Diperhatikan Kasturi dari rambutnya yang dipotong kemas, berbeza dengan kali pertama berjumpa dahulu. Rambutnya waktu itu sedikit panjang dari sekarang. Dari rambut turun ke dahinya yang licin dan matanya yang.. berparut. Macam mana boleh jadi macam tu ya..? nak sangat dia tahu apa kisah disebalik parut tu, harap-harap, satu masa nanti dia akan tahu juga apa yang berlaku hingga matanya berparut begitu. Mata Kira kemudiannya terus turun ke hidung Kasturi yang mancung.

"Tajam juga hidung dia.." kata Kira sambil jarinya naik menyentuh hidung sendiri.

"Hm.. hidung aku mancung juga kan?" soal Kira sendiri. Diperhatikan wajah itu lagi hingga turun ke bibir Kasturi yang tidak terlalu tebal dan tidak juga nipis.

"Seksi" kata Kira kemudian bibir bawahnya digigit perlahan. Tiba-tiba mata Kasturi tegak memandang ke arah Kira. Kalut Kira menunduk memandang skrin note booknya sambil hujung mata curi-curi memandang pada Kasturi.

"Aduh.. macam mana dia boleh tengok sini pula.." kata Kira. Dari hujung mata diintai lagi pada Kasturi. Dia tengok sini lagi la.. Tangannya pantas mencapai fail di atas meja lalu dibawa ke hadapan wajahnya. Tinggi fail diangkat menutup wajah. Setelah agak reda, perlahan diturunkan sedikit failnya dan diintai dari bahagian atas fail.

"Arghh..!" kuat Kira menjerit apabila wajah Kasturi berada betul-betul di hadapannya. Mujurlah tangannya tidak pantas naik, jika tidak ada juga yang bengkak muka.

"Awak!!" marah Kira lalu ditepuk bahu Kasturi dengan fail di tangan. Terkekek Kasturi ketawa lalu dia bangun dan dilabuhkan duduk di sisi Kira dan tanpa isyarat Kasturi terus membaringkan diri di sofa panjang itu dengan kepalanya berbantalkan ribaan Kira. Terangkat tinggi tangan Kira apabila Kasturi berbaring di pahanya begitu. Rapat mata Kasturi terpejam sambil tangan memeluk tubuh. Tidak sampai hati Kira mahu menolaknya kerana nampak wajah Kasturi yang penat. Fail di tangan diletakkan semula di atas meja. Tanpa Kira sedari mata Kasturi sempat melihat skrin note book yang mengandungi task yang perlu dia selesaikan itu sebelum notnya ditutup.

Kira pandang wajah Kasturi. Cukup sempurna walaupun berparut. Tangan kanannya kemudian naik memicit kepala Kasturi. Perlahan dan lembut sahaja urutannya. Manakala tangan kirinya pula diletakkan di atas tangan Kasturi di dadanya sambil diusap perlahan lengan lengan itu lalu disulamkan jemarinya bersama jemari besar suaminya itu. Kasturi pula bagaikan di hembus-hembus sahaja matanya ini, berat terasa. Selesa dengan urutan Kira hingga terlena Kasturi ditambah pula dengan keadaan bilik kerjanya yang sejuk berpenghawa dingin, memang gabungan yang sesuai sekali.

Kasturi tersedar dari lena. Terpisat-pisat matanya dan baru dia teringat yang dirinya sudah terlena di ribaan Kira. Kasturi pandang Kira yang sudah terlentuk di sofa dengan tangan kanan yang sudah terkulai di atas sofa manakala tangan kirinya pula masih elok berada di atas dadanya. Perlahan Kasturi mengangkat tangan kiri Kira dari dadanya dan dia bangun duduk. Wajah Kira ditatap lama. Rambut yang berjuntai menutup wajah disangkut ke telinga, tersenyum dia seketika. Kira yang terasa ada gerakan pada wajahnya pantas duduk tegak dan mata dibuka sambil dikerlipkan beberapa kali. Tangan kanan naik menggosok perlahan matanya yang kelabu.

"Eh, awak dah bangun?" soal Kira. Mulut yang menguap ditutup dengan belakang tangan. Berair tubir mata.

"Kita naik bilik" kata Kasturi lalu dia bangun berdiri. Kira tolah jam di dinding. Dua pagi? awal lagi. Lalu dia bangun sambil memicit leher. Makin lenguh pula lehernya ini kerana tidur dalam keadaan duduk begitu.

"Sini" kata Kasturi lagi setelah suis penghawa dingin dimatikan. Kasturi terus memaut bahu Kira dan dipimpin keluar dari bilik hingga ke tingkat atas. Masuk sahaja ke dalam bilik, Kira terus merebahkan tubuhnya di atas katil. Berat sungguh matanya, tidak mampu untuk dia buka walaupun untuk sekejap cuma. Kasturi membetulkan bantal Kira lalu diselimutkan tubuh isterinya itu dan dahi Kira dicium sekilas. Kira hanya tersenyum seketika sebelum dia terlena semula.

Kasturi turun dari katil dan melangkah keluar dari bilik tidur. Dia turun semula ke bilik kerjanya untuk mengemas fail-failnya tadi. Setelah selesai mengemas, Kasturi terpandangkan not dan fail kerja Kira. Not dibuka tetapi skrin sudah gelap dan tidak dapat diakses kerana memerlukan password. Kasturi mengambil fail di atas meja kopi lalu diteliti isi kandungannya sebelum diletakkan kembali seperti dalam keadaan asal tadi. Setelah itu, Kasturi menutup suis lampu dan daun pintu di tutup rapat. Dia kemudian kembali semula ke bilik untuk menyambung tidurnya.

+++

Pagi itu Kira buatkan sarapan roti telur dan coklat panas untuk dirinya manakala kopi o untuk Kasturi. Lelaki itu jarang bersarapan, cukup dengan air kopi panas. Pagi ini Kira sudah berkira-kira di dalam fikirannya, andai Kasturi mahu menghantarnya ke tempat kerja, dia akan minta Kasturi menurunkannya di hujung blok bangunan pejabatnya sahaja. Dia masih belum bersedia untuk menerangkan pada Kasturi pekerjaan sebenarnya.

"Sayang tak pergi kerja lagi ke?" soal Kasturi pada Kira yang dilihat seakan menanti-nantikan dirinya.

"Hah! nak pergi la ni. Saya nak bungkuskan roti ni dalam bekas sekejap" balas Kira lalu dia bangun melangkah ke arah kabinet untuk mengambil bekas makanan bagi mengisi roti telur. Kasturi hanya angguk. Kira toleh pada Kasturi seketika sebelum daun pintu almari kabinet dibuka.

"Dia tak nak hantar aku ke?" soal Kira perlahan. Berkerut dahinya. Biarlah, dia tak nak hantar lagi senang kerja aku.

"Awak tak kerja ke?" soal Kira pula sebaik dia hampiri meja makan.

"Kerja la sayang.. naik motorkan, sekejap saja dah sampai pejabat" balas Kasturi. Mug yang telah kosong dibawa ke sinki lalu dicuci. Tangannya kemudian dikeringkan dengan tuala.

"Dah siap?" soal Kasturi. Kira angguk lalu beg kerja digalas dan bekas makanan dipegang di tangannya.

"Jomlah gerak sekali" kata Kasturi lalu kakinya melangkah ke arah pigeon hole untuk mengambil helmet dan glove. Jaket awal-awal lagi sudah disarung ke tubuh. Kira tidak menegur sebaliknya hanya memerhatikan tindakan Kasturi.

'Oh, betullah dia tak nak hantar aku.. lega' kata Kira di dalam hati.

Tengah hari itu seperti yang dijanjikan, Burn datang mengambil Kasturi di pejabatnya di Bukit Aman.

'Tok tok tok'

Cermin tingkap sebelah penumpang diketuk. Burn menekan suis unlock apabila melihat Kasturi yang mengetuknya.

"Sorry, lambat" kata Kasturi sebaik tubuh dilolos masuk ke bahagian penumpang hadapan.

"Aku pun baru sampai" balas Burn lalu pedal minyak ditekan memulakan pemanduan.

"Nak makan mana ni?" soal Burn sambil menoleh seketika pada Kasturi.

"Mana-mana pun okay" balas Kasturi. Akhirnya mereka berdua memilih restoran makanan selera kampung. Mujur juga mereka datang awal. Jika tidak, waktu-waktu tengah hari begini memang penuh dengan pelanggan.

"Edan" panggil Burn selepas dia datang kembali bersama tisu di tangan. Makan lauk kampung, guna tangan baru puas.

"Apa?" soal Kasturi sebaik meletak gelas limau suam di atas meja. Pinggan yang kosong dipandang. Memang sedap masakannya.

"She's back" kata Burn. Terdiam Kasturi seketika. Wajah Burn dipandang tepat.

"Mana kau tau?" soal Kasturi ingin tahu.

"I just know it" balas Burn. Kasturi hela nafas panjang. Lama dia diam. Mata dikalih pandang ke luar kedai.

"Kau okay?" soal Burn apabila melihat perubahan pada raut wajah Kasturi.

"Aku okay. Don't worry, I'll will handle it" balas Kasturi lalu bangun berdiri. Burn capai gelas air sirap limaunya lalu disisip hingga kosong sebelum dia juga turut berdiri dan berjalan ke arah kaunter untuk membuat bayaran.

+++

"Burn" panggil Kasturi bersama pegangan pada lengan lelaki itu. Tidak jadi Burn mahu keluar dari kereta. Kasturi di tempat duduk penumpang dipandang.

"Apa?" soal Burn.

"Kalau aku masuk ni.. tak terserempak dengan Kira ke?" soal Kasturi bimbang. Burn senyum senget.

"Kenapa, kalau jumpa dengan wife kau pun?" soal Burn.

"Bukan aku tak nak jumpa cuma.. masanya macam tak sesuai" balas Kasturi lalu tubuh disandarkan ke belakang.

"Tak payah risau la, kita guna pintu lain. Direct from basement lagipun sekarang ni kan waktu lunch. Kau pun dah mesej tanya tadikan, dia cakap dia keluar makan dengan kawan-kawan. Kau nak risau apa? dah lah. Dia punya takut macam nak curang dengan bini" usik Burn lalu dia keluar dari perut kereta. Kasturi jeling tajam sebelum dia juga turut keluar bersama. Cap yang berada di atas kepala dibetulkan.

Sampai sahaja di pintu lift, Burn menekan password pada panel di tepi pintu lift dan kemudian keluar satu lagi panel lain. Ibu jarinya disentuh pada ruang yang tersedia lalu pintu lift terbuka.

"Jom. Nanti aku cakap pada Am, set tumbprint dengan password untuk kau. Senang sikit kalau kau nak datang sendiri ke sini. Bila-bila masa pun tak ada masalah" kata Burn sebaik pintu lift tertutup. Kasturi hanya angguk. Tidak lama pintu lift terbuka. Burn melangkah keluar dan terus berjalan hingga ke pintu paling hujung dan macam tau-tau sahaja Am sudah tegak berdiri di muka pintu. Kasturi pamer senyum lalu tubuh Am dipeluk erat dan belakangnya ditepuk beberapa kali.

"I'm glad to see you here Edan" kata Am.

"Edan je? aku tak?" usik Burn. Am ketawa sebelum bahu Burn ditumbuk perlahan.

"Marilah masuk. Tak ada sesiapa pun. Aku je. Diaorang semua dah keluar lunch" kata Am lalu dia melabuhkan duduk di kerusi mejanya. Kasturi memandang dari dalam pejabat Am keluar. Kosong pejabatnya, tiada seorang pun yang tinggal. Tiba-tiba matanya tertancap pada beg milik Kira di atas salah satu meja di ruang pejabat itu. Bibir kuntum senyum.

"Edan, kau tengok apa tu? duduk la dulu.." kata Am. Kasturi angguk lalu dilabuhkan duduk.

"Cermin bilik kau ni.. orang di luar boleh nampak tak?" soal Kasturi. Am kerut kening tetapi soalan Kasturi dijawab juga.

"Nope, it's one-way. Only me can see them" balas Am tanpa rasa curiga. Burn sudah tergeleng kepala. Am angguk sekali pada Burn. Burn senyum senget.

"Kau tanya la dia" kata Burn.

"Apasal kau tanya macam tu?" soal Am pelik. Tidak lama soalannya tadi dijawabnya sendiri.

"Oh.. kau tak nak diaorang nampak kau ke?" soal Am.

"Betul dah soalan kau tu cuma bukan diaorang tapi dia.." sampuk Burn.

"Hah! dia? dia siapa pula" soal Am. Kepala tak gatal digaru.

"Ish, pelik-pelik la kawan aku ni.." kata Am. Kasturi jeling Burn yang sudah terkekeh ketawa. Kasturi kemudian serahkan sampul yang sama diberikan pada Burn semalam. Am sambut huluran Kasturi lalu isi kandungan dikeluarkannya.

"Eh, ini El" kata Am lalu wajah Kasturi dan Burn dipandang bergilir.

"Kau jangan tengok sini, aku tak ada kena mengena dengan perkara tu" laju Burn bersuara.

"Kenapa kau nak tahu pasal El?" soal Am cuak.

"Ada masalah ke?" soal Am lagi. Setahu dia, El tak pernah datangkan masalah dalam task yang diberi. Always perfect.

"Aku cuma nak tau siapa dia" balas Kasturi. Am ketawa sambil helaian kertas di tangannya di teliti satu-satu. Tergeleng kepalanya.

"Rare ni.. ini bukan macam Edan yang aku kenal. Edan tak pernah nak ambil tahu pasal perempuan. Lainlah kalau perempuan tu.." tiba-tiba bulat mata Am, terus dipandang wajah Kasturi.

"Kau jangan cakap yang El ni.." tergantung ayat Am.

"Yup, she's my wife" kata Kasturi.

"What?!" jerit Am.

"Eh, kau tak payah la nak jerit sangat" marah Kasturi. Burn hanya diam melihat gelagat kedua sahabatnya itu. Am sudah terkebil-kebil matanya seakan tidak percaya. Edan, kahwin? dengan El?

(12/02/2021 @ 1305hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience