Bab 60

Romance Series 548166

"Abang!." Jerit Kira. Laju Kira meluru mendapatkan Kasturi yang sudah terjatuh.

"Abang! Abang!." Panggil Kira sambil pipi Kasturi ditepuk perlahan tetapi Kasturi masih belum menunjukkan tanda untuk sedar. Kira bangun semula lalu mengambil botol airnya tadi dan kemudian dituangkan di atas tapak tangannya sebelum disapu pada muka Kasturi. Kemudian disapu pula pada kepala. Tidak lama mata Kasturi terbuka. Perlahan Kasturi bangun duduk dibantu Kira. Kasturi memicit kepalanya yang sakit. Kira tarik nafas lega.

"Abang.. Er.. Awak okay tak?." Soal Kira pada Kasturi yang tertunduk. Pakaiannya yang basah dengan air dipandang.

"Sorry, saya sapukan air tadi." Kata Kira apabila dia melihat Kasturi memandang bajunya yang basah.

"It's okay." Balas Kasturi lalu menanggalkan bajunya yang basah dengan air. Tertoleh ke sisi Kira apabila melihat tubuh Kasturi yang sasa begitu. Terus dibawa tubuhnya berdiri. Dia takut nanti tangannya dahulu sampai di situ sebelum otaknya sempat berfikir.

"Awak betul okay ni?." Soal Kira yang hanya memandang sipi-sipi sahaja tubuh Kasturi.

"Ya, I'm okay." Balas Kasturi lalu dia juga turut bangun berdiri sambil mengesat wajahya yang basah dengan baju yang ditanggalkan tadi.

"Kalau macam tu, awak pergilah rehat. Biar saya kemas." Kata Kira pada Kasturi.

"Thanks." Ucap Kasturi lalu dia terus berjalan keluar dari gym. Kira pula hanya memandang belakang tubuh Kasturi yang sudah hilang disebalik pintu.

Malam itu Kasturi tidak turun makan, dia hanya minta Mak Leha buatkan sandwic tuna bersama teh panas sahaja. Kira yang baru selesai makan malam melabuhkan duduk di sofa sambil menonton tv. Mak Leha pula sudah pulang selepas selesai makan malam tadi bersama Pak Mail. Hampir jam sebelas malam Kira masuk ke dalam bilik apabila matannya sudah mulai mengantuk.

Sementara Kasturi yang berada di dalam biliknya memandang lap top di hadapan, setelah pasti semua maklumat disimpan di dalam folder lap top ditutup. Dulang yang mengandungi piring sandwic dan cawan yang sudah kosong yang berada di atas meja kopi dipandang lalu dicapai dan dibawa berdiri.

'Ktang!'

Bunyi benda jatuh di luar rumah. Dulang yang dipegang tadi diletakkan semula di atas meja. Kasturi melangkah perlahan menghampiri sliding door. Langsir diselak sedikit untuk melihat dengan lebih jelas. Dari celah langsir Kasturi lihat ada kelibat dua orang lelaki berpakaian hitam sudah melompat masuk dari pagar belakang rumah. Kasturi pantas berlari ke bilik closet. Seluar pijama ditanggalkan lalu pants tactical dan tshirt dicapai dan disarung ke tubuh. Tidak menunggu lama, Kasturi terus membuka langkah ke arah meja sisi di tepi katil lalu laci paling bawah ditarik. Sepucuk Glock 17 19mm diambil bersama silencer. Kasturi kembali ke sliding door tetapi lelaki-lelaki tadi telah tiada. Kasturi teringat pada Kira yang berada di bilik tetamu di bawah. Telefon bimbit di atas meja sisi dicapai lalu nombor Am didail. Tidak lama panggilan disambut.

"Hello, Am. I want you to come here with back up, now!." Kata Kasturi lalu talian dimatikan dan telefon dimasukkan ke dalam poket dan kemudian dia pantas berlari ke tingkat bawah. Pemegang pintu bilik tetamu dipegang dan daun pintu ditolak perlahan. Kasturi memandang katil yang kosong dengan dahi berkerut.

"Kira.." Tertahan-tahan suara Kasturi memanggil sambil matanya melilau di serata bilik mencari kelibat Kira.

Kira yang berada di belakang pintu sudah sedia mahu menyerang tidak jadi memulakan tindakannya apabila mendengar suara Kasturi yang memanggilnya.

"Awak!." Panggil Kira yang muncul di sebalik pintu. Pantas Kasturi menoleh ke kanan bersama jari telunjuk naik tegak di hadapan bibir.

"I saw two men in the backyard." Kata Kasturi pada Kira.

"Who?." Soal Kira dengan nada berbisik.

"I'm not sure." Balas Kasturi sambil menarik semula daun pintu bilik.

"Saya dengar ada bunyi sesuatu di luar rumah." Kata Kira pula. Kasturi hela nafas kasar. Tak guna!

"Awak nak ke mana?." Soal Kira apabila melihat Kasturi yang sudah sedia senjata di tangan dan mahu keluar dari bilik itu.

"Bilik CCTV." Balas Kasturi.

"Wait, saya nak ikut." Kata Kira lalu dia berlari ke almari dan pakaiannya ditukar kepada yang lebih sesuai. Setelah siap Kira berlari mendapatkan Kasturi semula.

"Stay close with me." Pesan Kasturi. Daun pintu ditarik dan Kasturi bergerak perlahan keluar dari bilik tetamu diikuti Kira di belakangnya. Kedua mereka berjalan hingga sampai di bilik hujung, bilik CCTV. Sebaik sampai di hadapan pintu, glock yang berada di tangan diselit di belakang pinggang lalu daun pintu ditolak. Kasturi pantas melabuhkan duduk di kerusi untuk memeriksa rakaman CCTV dan dapati kelibat lelaki tadi, telah tiada. Puas dicari tetapi tidak berjumpa. Kasturi rasa tidak sedap hati.

"Kenapa?." Soal Kira apabila melihat Kasturi yang merenung lama skrin di hadapannya.

"Their gone." Kata Kasturi.

"What?." Soal Kira. Laju matanya melekat di skrin monitor. Kira cuba mencari kelibat lelaki yang dikatakan Kasturi tetapi tidak berjumpa, joystick digerak ke kanan dan ke kiri tetapi tiada apa yang dapat dilihat. Tiba-tiba telefon bimbit Kasturi yang berada di atas meja berkelip-kelip skrinnya berwarna merah, tanda amaran. Kasturi dan Kira saling memandang. Kasturi kemudian menarik laci meja di sebelah kanan lalu sepucuk Sig Sauer P226 warna hitam siap dengan holster diambil dan diserahkan pada Kira bersama dua magazine dan silencer.

"Take this, I think they already in the house." Kata Kasturi pada Kira.

"Where?." Soal Kira sambil mengambil hoster lalu dipasang di pinggang kemudian pistol dikeluarkan dan dipasang silencer.

"I want that blade." Kata Kira pada Kasturi apabila dia melihat ada sebilah pisau spring di dalam laci tersebut.

"This?." Soal Kasturi sambil mengambil pisau tadi. Kira angguk lalu diserahkan pisau spring bersarung pada Kira. Kira sambut huluran lalu holster bersama pisau dipakai di paha.

Kasturi kemudian bangun dari kerusi dan dia melangkah ke arah kabinet di hujung bilik. Daun pintu kabinet bahagian atas ditarik dan terdapat sebuah safebox di dalamnya. Password dimasukkan dan pintu safebox terbuka. Kasturi mengambil dua unit stun grenade lalu dimasukkan ke dalam poket di bahagian tepi.

"Ready?." Soal Kasturi apabila dia sudah bersedia dengan alatan. Kira angguk bersama senjata di tangan. Kasturi mendahuli langkah. Daun pintu ditarik dan perlahan langkah diatur diikuti Kira. Tiba-tiba gelap. Seluruh rumah menjadi gelap gelita. Terhenti langkah kaki mereka.

"Wait!." Kata Kasturi pada Kira lalu dia masuk semula ke dalam bilik CCTV dan kemudian tidak lama Kasturi kembali bersama night vision goggle. Satu diserah pada Kira dan satu lagi dipakainya. Setelah kedua mereka bersedia, langkah kaki diatur semula.

"Be careful." Pesan Kira apabila mahu melangkah.

"You too." Balas Kasturi. Kedua mereka saling mengangguk.

"Upstairs." Balas Kasturi. Berdasarkan alarm di telefonnya tadi, lelaki-lelaki tadi mungkin berada di tingkat atas. Kasturi merapatkan belakang tubuhnya ke dinding, begitu juga dengan Kira. Perlahan langkah kaki diatur hingga ke anak tangga. Tiba-tiba Kasturi menghentikan langkah kaki dan tangan kirinya menunjukkan isyarat bahawa mereka berada di atas.

"I'll go first." Bisik Kasturi. Kira angguk bersama muncung senjata dihalakan ke hadapan. Kasturi mendaki satu-satu anak tangga bersama senjata yang sentiasa ke hadapan, mata memandang ke tingkat atas dan sebaik kaki melangkah di lantai tingkat atas..

'Thud thud'

Terus menunduk dan berguling ke kabinet di tepi dinding Kasturi apabila tembakan disasarkan padanya. Tembakan tersebut datang dari bilik hujung di tingkat atas. Pasti kedua-dua lelaki tadi masuk melalui balkoni bilik tersebut. Kira yang berada di bawah mengambil tempat di tepi tangga. Dengan langkah berhati-hati Kira mendaki anak tangga dan belum sempat sampai tingkat di atas tembakan dilepaskan pada Kira pula. Kasturi pantas mengambil peluang dengan melepaskan tembakan ke arah bilik hujung. Kira pula terus berlari dan menggelongsor di tepi dinding berhadapan dengan Kasturi. Kasturi beri isyarat pada Kira dalam kiraan tiga dengan jarinya. Kira angguk dan cukup sahaja kiraan, Kira melepaskan tembakan ke arah pintu bilik yang sudah terbuka dan lelaki yang berada di dalam sana turut membalas tembakan ke arah Kira. Kasturi waktu itu menyusup di tepi dinding hingga dia sampai di tepi pintu bilik dan dua unit stun grenade dibaling ke dalam bilik lalu terus dia berselindung di sebalik dinding bilik dan tidak lama bunyi letupan yang kuat dari dalam bilik. Kasturi waktu itu tiba-tiba rasa berdegung di kedua-dua telinganya dan kepala berdenyut tetapi hanya seketika dan dalam waktu yang sama..

"Argghh!." Bunyi jeritan dari dalam bilik.

Kasturi bersama Kira terus menyerbu masuk dan kedua lelaki tadi pantas dikilas tangan mereka ke belakang dan diikat dengan cable tie. Setelah itu kedua lelaki tadi ditarik hingga ke ruang legar di hadapan tangga di tingkat atas. Tidak lama telefon Kasturi berbunyi. Nama Am tertera di skrin.

"We got them." Kata Kasturi.

"Roger, same here. Ada seorang di luar. Everything is under control." Balas Am.

"You get in here!." Pinta Kasturi.

"Okay." Balas Am. Sebaik panggilan dimatikan, lampu kembali bernyala. Night vision goggle yang dipakai Kasturi ditanggalkan. Begitu juga Kira.

"Edan!." Panggil Am yang muncul di tangga bawah bersama Reno yang sedang mengheret seorang lelaki yang berjaya ditangkap dan diikat. Melihat sahaja Am sampai, dua lelaki tadi terus ditendang ke atas anak tangga hingga jatuh bergolek ke bawah diringi Kasturi dan Kira yang turut sama berjalan menuruni tangga. Mengaduh sakit kedua lelaki tadi apabila tubuh badan dan kepala terhantuk ke bucu anak tangga.

Sebaik sampai di bawah, Am dan Reno mendudukkan kedua lelaki tadi dan ditarik rapat pada lelaki yang dibawa masuk tadi yang topengnya sudah ditanggalkan.

"Open their masks!." Arah Kasturi. Pantas kedua-dua topeng lelaki tadi ditarik.

"Who sent you'all here!?." Soal Kasturi kasar. Tajam dipandang lelaki yang berada di hadapannya tetapi tiada jawapan, begitu juga dengan dua orang lelaki lagi. Rapat bibir mulut kedua mereka tertutup. Kalau dilihat dari rupa dan warna kulit, mereka seperti orang Malaysia. Seorang rambut kerinting dan seorang lagi berambut pendek manakala yang dibawa dari luar tadi agak gelap kulitnya. Sudah lunyai wajah lelaki itu dikerjakan mereka.

"Don't make me repeat the question!." Tinggi suara Kasturi berbunyi. Kedua lelaki tadi masih memilih untuk berdiam.

"Hey! Kau pekak ke sengaja buat-buat pekak?." Soal Am lalu dilepaskan tendangan di perut lelaki berambut kerinting. Tertunduk lelaki itu menerima penangan Am. Lelaki berambut pendek yang berada di hadapan Am jungkit bibir. Kira sudah genggam tangan.

Tanpa amaran, blade disisi paha ditarik lalu dibenamkan ke bahu lelaki berambut pendek yang hampir dengannya. Bergema bunyi jeritan lelaki itu. Blade yang masih melekat dibahu, ditekan lagi dan diputar-putarkan untuk mengoyakkan luka yang sudah sedia parah. Meleleh cairan merah pada tubuh lelaki itu. Kedua rakannya yang berada di sebelah terkaku memandang rakannya yang sudah cedera, pucat wajahnya apabila melihat bahu rakannya sudah dirobek Kira. Kasturi, Am dan Reno sudah terkelip-kelip mata memandang Kira. Sungguh mereka tidak sangka dengan tindakan Kira.

"Kalau kau tak nak jadi macam ni, baik kau cakap. Siapa hantar kau ke sini?!." Soal Kira sambil dengan kasar mencabut blade dari bahu lelaki tadi. Kemudian darah pada mata blade dikesat pada pipi lelaki seorang lagi sebelum disarung semula blade ke holster.

"Eh, kau ni. Orang dah tanya jawab la.!." Marah Reno lalu kakinya menghentak wajah lelaki tadi hingga terlentang tetapi tidak menjawab sebaliknya dia hanya tersengih. Kira sudah hilang sabar dan laju tangannya mahu mencapai blade tadi tetapi belum sempat Kira mencapainya Kasturi dahulu mencabut dari holster. Dengan wajah yang menyinga, Kasturi terus menyerbu lelaki tadi dan blade diangkat tinggi seakan mahu dibenamkan ke tenggorok. Terjerit lelaki tadi bersama mata yang terpejam. Sikit lagi mata blade nak mencecah kulit.

"Okay.. Okay.. Aku cakap." Lelaki berambut kerinting tadi menjawab. Kasturi terus bingkas bangun dan blade tadi diserah semula pada Kira.

Lelaki yang cedera dibahu tadi sudah terbaring di atas lantai menahan sakit, begitu juga dengan lelaki yang nyaris-nyaris tenggoroknya ditembusi blade.

"Dalam poket." Kata lelaki tadi sambil bibirnya menunjukkan ke arah poket kanan jaket yang dipakainya.

"Poket?." Soal Am. Laju kepala diangguk. Am tunduk menyeluk poket lelaki tadi dan ditarik keluar.

"Kertas?." Soal Am lalu kertas yang berlipat diserah pada Kasturi. Kasturi membuka lipatan kertas. Tertegak pandangannya pada kertas dan kemudian memandang Kira yang berada di sisinya.

"Kenapa?." Soal Kira lalu kertas di tangan Kasturi diambil. Bulat matanya apabila melihat gambar dan butiran dirinya terpapar di dada kertas tersebut.

"Where did you get this?." Soal Kasturi sambil tubuh lelaki berambut kerinting yang masih terbaring di atas lantai diserbu. Ditekan dada lelaki itu dengan lututnya hingga tercungap-cungap mahu bernafas.

"Aku tanya, mana kau dapat ni!?." Jerit Kasturi sambil kertas tadi ditenyeh ke wajah lelaki itu.

"Madam! Madam! Yang beri." Jawab lelaki tadi sangkut-sangkut.

"For what?." Sampuk Kira pula. Lelaki tidak membalas, dia hanya memandang Kira dari bawah.

"Answer her question!." Marah Kasturi dan bersama itu penumbuk dilayang ke wajah lelaki tadi. Meleleh cairan merah dari celah bibir dan gigi yang sudah bertukar warna.

"Our mission is.. to kill.. the woman in this picture!." Balas lelaki tadi terbatuk-terbatuk.

'Buk!.'

Kasturi melepaskan tumbukan lagi pada wajah lelaki itu sebelum dia bingkas bangun. Kira sudah terdiam. Dia rasa, dia tahu siapa yang dimaksudkan dengan 'Madam'.

"Am, Reno, clear all this!." Kata Kasturi. Kira masih lagi kaku di tempat tadi. Am dan Reno angguk membalas.

"Kira." Panggil Kasturi.

"Ya." Kira membalas sambil menoleh ke sisi memandang Kasturi.

"Give me your blade." Pinta Kasturi sambil tangan ditadah. Kira angguk lalu blade bersama holster ditanggalkan dan diserah pada Kasturi. Kasturi pula menyerahnya pada salah seorang lelaki yang sedang menguruskan tempat tersebut. Kira waktu itu dilihat hanya terdiam dan berdiri kaku seakan sedang memikirkan sesuatu.

"Are you okay?." Soal Kasturi. Kira tarik nafas panjang sebelum dia menghampiri Kasturi dan kedua mereka beriringan berjalan menuju ke bilik kerja Kasturi.

"Awak kenal siapa 'Madam'?." Soal Kasturi sebaik dia melabuhkan duduk di kerusi kerjanya. Kira angguk perlahan sambil dia juga turut melabuhkan duduk di kerusi di hadapan Kasturi.

"She's my stepmother." Balas Kira. Kasturi hanya diam tanpa membalas.

"Sorry.. I just found out about this." Tambah Kira lagi.

"It's okay." Balas Kasturi.

"Awak masuk bilik dulu. Rehat, let me take care of this." Kata Kasturi lagi. Kira pandang wajah Kasturi. Nampak berkerut wajah itu.

"Awak okay ke ni?." Soal Kira bimbang.

"Yup, I'm okay." Balas Kasturi bersama tangannya naik memicit pelipis kepala. Kira tarik nafas panjang lalu tubuh dibawa berdiri. Holster side-arm bersama holster ditanggalkan dan diletakkan di atas meja.

"Don't. Keep it with you." Kata Kasturi. Kira pandang Kasturi dengan kening berkerut. Lama Kira berdiam sebelum dia berkata.

"Hurm.. Awak nak ikut saya?." Soal Kira pada Kasturi. Kasturi yang masih lagi pening mendongak memandang wajah Kira.

"Where?." Soal Kasturi.

+++

"Am." Panggil Kasturi pada Am yang sedang sibuk di luar rumah.

"Eh, kau nak ke mana ni?." Soal Am apabila melihat Kasturi dan Kira sudah siap berpakaian dan turut ada sebuah beg di tangan Kasturi.

"Kira, awak masuk dalam kereta dulu." Kata Kasturi. Kira angguk lalu dia terus melangkah ke arah SUV hitam setelah kasut disarung. Daun pintu ditarik di bahagian penumpang hadapan dan tubuh dilolos masuk. Kira memerhatikan Kasturi dan Am yang berbual di luar. Nampak riak terkejut di wajah lelaki itu dan Am menoleh seketika ke arah kereta. Sebelum Kasturi melangkah, bahunya ditepuk Am bersama kepala yang teraguk. Kasturi kemudian melangkah ke arah kereta dan terus dia melolos masuk ke tempat pemandu.

"Kenapa dengan Am?." Soal Kira sebaik Kasturi masuk ke dalam kereta.

"He was shocked." Balas Kasturi sambil enjin kereta dihidupkan. Kira kerut kening sambil menoleh pada Kasturi.

"About what?." Soal Kira. Kasturi tidak membalas sebaliknya dia terus menekan pedal minyak dan kereta terus meluncur laju keluar dari perkarangan rumah.

31/07/2021 @ 2105hrs.

Share this novel

Hawani Hashim66
2021-08-10 22:35:14 

xda sambungan lagi

Syakira Ieyra
2021-08-08 23:41:55 

update plsss


NovelPlus Premium

The best ads free experience