Bab 16

Romance Series 548166

"Assalamualaikum Tuan" sapa Pak Mail. Kasturi yang sedang mengambil kad akses dari dalam kereta Kira terus menoleh ke belakang.

"Pak Mail, Waalaikumsalam" balas Kasturi. Kad akses yang diambil disimpan di dalam pouchbagnya lalu kereta Kira dikunci semula.

"Tuan nak keluar ke?" soal Pak Mail yang baru sampai.

"Ya Pak Mail, saya nak keluar sekejap. Beli barang dapur" balas Kasturi. Pak Mail angguk.

"Awak" panggil Kira yang baru keluar dari rumah. Kasturi dan Pak Mail yang sedang berbual menoleh pada Kira yang sedang berjalan mendapatkan Kasturi.

"Pak Mail, ini Kira. Isteri saya" Kasturi kenalkan pada Pak Mail.

"Sayang, ni Pak Mail. Pak Mail yang bantu abang bersihkan kawasan rumah" kata Kasturi sambil memandang Kira. Kira hanya angguk dan tersenyum pada Pak Mail.

"Okaylah Pak Mail. Kami kena gerak dulu" kata Kasturi.

"Mari sayang" ajak Kasturi lalu di berjalan mendahului Kira. Sebaik sampai di sisi kereta Kira, Kasturi tidak berhenti sebaliknya terus melangkah hingga ke porch hujung. Kira dah pelik lalu laju dia berlari hingga berjalan beriringan dengan Kasturi. Hujung jaket Kasturi ditarik. Kasturi toleh.

"Awak nak ke mana? kereta saya kat sana" kata Kira sambil menoleh ke belakang ke arah keretanya.

"Kita naik kereta saya" balas Kasturi lalu berhenti di porch paling hujung.

"Eh, kereta awak bukan dah terbakar ke?" soal Kira pelik. Kasturi tidak membalas sebaliknya remote yang berada di tangan ditekan suisnya lalu pintu porch perlahan naik ke atas. Ada sebuah kereta yang bertutup elok di dalam. Kasturi terus menarik canvas warna silver yang menutupnya tadi. Nampak riak terkejut dari wajah Kira. Chevrolet Tahoe z71 hitam berkilat elok terletak di tengah porch.

"Kereta siapa ni?" soal Kira tanpa mengalih pandangan dari kereta yang berada di hadapannya.

"Jom" kata Kasturi yang sudah ke bahagian kiri kereta. Daun pintu ditarik dan terus dilolos masuk manakala Kira pula ke bahagian kanan penumpang hadapan. Enjin kereta dihidupkan dan kereta bersedia untuk bergerak. Kira toleh ke kiri memandang Kasturi. Dia kerja apa? banyak duit dia beli kereta ni, mahal kot. Takkan jual dadah!

"Kenapa?" soal Kasturi yang sedang memandu.

"Awak.. sebelum ni lagi saya ada tanya kan, awak kerja apa?" soal Kira. Kasturi tidak membalas sebaliknya satu button ditekan dan kemudian satu panel di bahagian bawah dashboard terbuka. Kasturi capai tag bewarna kuning yang tergantung pada tali juga bewarna kuning. Tag itu diserahkan pada Kira. Kira capai lalu tag dibelek.

"ASP Edan Kasturi. Cawangan E8 Bukit Aman" Kira membaca tulisan yang tertera pada tag. Kira pandang Kasturi.

"Awak pegawai polis.. E8 tu Counter Terrorismkan?" soal Kira.

"Yup" balas Kasturi pendek. Terdiam Kira, tidak tahu apa yang patut dia katakan. Hanya wajah Kasturi dipandang.

"Speechless?" soal Kasturi.

"Little bit" balas Kira.

"Why?" soal Kasturi ingin tahu.

"Sebab awak tak nampak gaya macam polis" balas Kira.

"Dah tu macam apa?" soal Kasturi.

"Macam gangster" balas Kira jujur.

"Jujurnya jawapan awak, sayang" kata Kasturi. Kira sudah tertawa. Gambar Kasturi yang memakai uniform pada tag diusap. Segak, tetapi waktu itu matanya masil belum berparut.

"Cawangan ni yang orang cakap 'Wira dalam diam' tu kan?" soal Kira. Kasturi tidak membalas, dia hanya tersenyum nipis sambil menoleh sekilas pada Kira yang sedang mengusap gambarnya pada tag.

"Buat apa usap gambar kalau orangnya ada di sebelah" usik Kasturi. Terhenti jemari Kira yang sedang mengusap gambar tadi. Memerah wajahnya apabila ditangkap Kasturi begitu. Terus diserahkan kembali tag tadi pada Kasturi. Tag itu disimpan srmula.

"Dah lama jadi polis?" soal Kira sambil memandang wajah Kasturi.

"Almost ten years" balas Kasturi.

"Lama juga tu.. mesti parut pada mata tu awak dapat semasa jalankan tugaskan?" soal Kira. Terus berubah wajah Kasturi. Tangan yang memegang stereng digenggam kuat. Sebaik Kira melihat perubahan pada riak wajah Kasturi, terus tangannya naik menekan bibir. Salah soalan ke..?

"Sorry.." kata Kira perlahan. Selepas itu keadaan terus senyap. Kira pandang ke luar dan kemudian dia pandang pada Kasturi.

"Eh, mana awak tau saya tinggal di sini? rasanya saya tak bagitau pun. Masa nikah hari tu alamat saya letak alamat rumah Pak Chaq" kata Kira. Kasturi tidak membalas sebaliknya kad akses tadi diserahkan pada Kira untuk disentuh pada sensor. Kira pandang kad yang dihulur Kasturi. Ni kad akses aku! laju ditoleh ke kiri.

"Kira, touch the sensor" kata Kasturi selepas cermin tingkap Kira diturunkan. Kira toleh ke kanan dan sensor disentuh. Gate terbuka dan kereta dipandu Kasturi terus masuk hingga ke tempat parking lot milik Kira. Kira pula sudah tegak memandang Kasturi. Kecil sahaja matanya. Kereta elok diparking di dalam petak.

"What?" soal Kasturi.

"Are you running my background?" soal Kira. Kasturi pandang Kira lama sebelum dia menjawab.

"Yup, I do that" balas Kasturi.

"Kenapa?" soal Kira.

"For safety. I know, you do the same things to me" balas Kasturi selamba lalu dia terus melolos keluar dari kereta.

"But I did not get any info about you! Not fair" marah Kira sebaik dia keluar dari perut kereta. Laju dia bersaing langkah dengan Kasturi menuju ke lift. Kasturi pandang ke sisi sambil ketawa kecil. Tergeleng kepalanya.

"Dah tentulah sayang tak akan dapat apa-apa maklumat. Kalau ada pun, just basic info" balas Kasturi. Memuncung bibir Kira tidak puas hati. Patutlah hari tu Shah tak dapat apa-apa maklumat mengenai Kasturi. Cis! Button lift ditekan.

'Ting'

Pintu lift terbuka, laju Kira melangkah masuk. Tegak dia berdiri sambil memeluk tubuh. Tak puas hatilah tu.. Kasturi sudah tergeleng dengan tingkah Kira. Kad akses disentuh pada skrin dan pintu lift tertutup. Tidak lama pintu lift terbuka apabila sudah sampai ke tingkat rumahnya.

"Ladies first" kata Kasturi. Menjeling tajam Kira. Kaki melangkah keluar dari lift dan menuju ke rumahnya dengan diekori Kasturi di belakang. 1560 nombor rumah Kira. Password ditekan dan pintu terbuka.

"Masuklah" kata Kira. Kasturi melangkah masuk dan kemudian kasut ditanggalkan. Hiasan dalaman rumah diperhati, simple but nice. Kira pula sudah menghilang di dalam bilik tidur untuk mengambil pakaian dan juga menukar baju. Apabila dia keluar semula bersama beg pakaian di tangan, dapati Kasturi sedang berdiri tegak mengadap dinding cermin yang kalau dilihat dari atas ini, dapat melihat pemandangan bandar Kuala Lumpur yang sentiasa sibuk dan penuh cahaya lampu nion berwarna-warni.

"Awak tengok apa?" soal Kira setelah beg diletakkan di tepi sofa ruang tamu. Kasturi toleh ke belakang.

"Nothing, just looking out there. Dah siap?" soal Kasturi lalu mendapatkan Kira.

"Dah. Hm.. awak tunggu sekejaplah, saya buatkan sarapan" kata Kira lalu mengatur langkah ke arah dapur. Kasturi turut mengekori Kira dan kemudian dilabuhkan duduk pada stig bar stool putih sambil memerhatikan Kira yang sedang membuka peti ais.

"Sandwic okay tak?" soal Kira sambil menoleh ke belakang. Kasturi angkat jari lalu menunjukkan tanda OK. Sandwic adalah makanan yang paling mudah, ringkas dan cepat disediakan. Bahan-bahan semua sudah ada jadi tidak memerlukan masa yang lama untuk menyiapkannya. Tidak lama Kira datang ke meja bersama dulang di tangan. Air kopi panas untuk Kasturi dan fresh orange untuk dirinya bersama sandwic tuna untuk mereka. Dia kemudian melabuhkan duduk di hadapan Kasturi.

Selepas selesai sarapan, Kira mengemas meja dan kemudian terus mendapatkan Kasturi yang masih berada di tempatnya tadi.

"Jomlah. Awak cakap semalam nak beli barang dapurkan?" soal Kira. Kasturi bangun berdiri dan kepala diangguk sekali. Beg pakaian di tepi sofa diambil dan dibawa ke pintu. Kira memandang seketika rumahnya sebelum dia menuju ke arah pintu dan kasut disarung.

"Kenapa?" soal Kasturi yang sudah siap bersama beg di tangan.

"Tak.. rasa sayang pula nak tinggalkan rumah ni" kata Kira lalu ditoleh sekilas pada Kasturi. Daun pintu ditarik dan dia melangkah keluar dan diikuti Kasturi.

"Kenapa cakap macam tu? boleh saja datang lagi selepas ini. Tak ada masalah pun" kata Kasturi.

"Betul ke?" soal Kira sambil melangkah ke arah lift.

"Betullah tapi hanya dengan abang. Can't come alone" balas Kasturi.

"Okay" kata Kira yang sudah tersenyum. Button lift tanda ke bawah ditekan.

Sampai sahaja di tempat parking, Kasturi terus meletakkan beg pakaian Kira di bahagian belakang kereta dan kemudian Kasturi melolos masuk ke bahagian pemandu. Kira pula ke bahagian penumpang. Kereta dipandu keluar dan terus meluncur ke destinasinya. Tidak lama mereka berdua sampai di pasaraya. Kereta diparking di tempat parking berbumbung, disebabkan masih lagi awal pagi, banyak tempat parking yang kosong di parking berbumbung ini. Setelah itu kedua mereka melangkah masuk ke dalam pasaraya dan terus ke bahagian barang basah. Kasturi tolak troli kosong mengekori langkah Kira di belakang. Barang-barang keperluan dipilih dan dimasukkan ke dalam troli.

"Awak ada allergic makan apa-apa tak?" soal Kira sambil memilih daging yang telah siap dibungkus dan diletakkan pada tempat sejuk.

"Nope" balas Kasturi sepatah. Kira angguk lalu diambil sepaket daging import dan diletakkan ke dalam troli.

"Rasanya cukuplah, dah banyak ni" kata Kira. Kasturi angguk lalu troli ditolak ke kaunter. Semasa sedang berjalan ke arah kaunter, Kasturi dapat rasakan yang mereka sedang diperhatikan oleh dua lelaki. Apabila Kasturi toleh, dua lelaki tersebut pantas berlindung di sebalik tiang berhampiran kaunter. Kasturi pandang Kira dan waktu itu mata Kira tajam memandang ke arah tiang tadi. Oh, Kira dan perasan rupanya.

"Stay still" bisik Kasturi pada Kira. Kira angguk. Kasturi kemudian meninggalkan Kira bersama troli dan pantas dia menghampiri kaunter. Sebatang lolipop diambil dan dia kembali pada Kira. Kira pandang lolipop yang berada di tangan Kasturi dengan dahi berkerut. Dia makan lolipop? Kasturi kemudian menolak kembali troli ke dalam. Kira pantas ekori Kasturi dan dia pandang ke sisi.

"Just follow me" kata Kasturi. Troli ditolak hingga sampai ke bahagian peralatan dapur. Sebilah pisau diambil dan hujung lolipop dipotong menyerong. Kira perhatikan tindakan Kasturi yang agak pelik pada pandangannya. Kemudian troli ditolak semula ke kaunter. Mata Kasturi tajam memerhatikan kedua lelaki tadi. Kira juga sama dan sambil itu dia membantu Kasturi keluarkan barang-barang lalu diletakkan di atas kaunter. Setelah bayaran dibuat Kasturi mengambil lolipop tadi lalu dimasukkan ke dalam poket jaket hitamnya.

Setelah barang-barang dibayar oleh Kasturi, kesemuanya dimasukkan semula ke dalam troli tadi. Niat di hatinya mahu membawa Kira makan di sini tetapi melihat pada lelaki tadi, niatnya terpaksa dibatalkan. Kasturi menolak perlahan troli keluar dari kaunter. Semasa sedang berjalan, Kasturi berbisik sesuatu pada Kira.

"Take out your phone and take a selfie" kata Kasturi. Kira angguk lalu dia keluarkan telefon bimbit dan icon kamera disentuh. Kira beraksi seperti sedang berselfie tetapi sebenarnya dia sedang mengambil gambar dua orang lelaki yang mengekori mereka di belakang. Setelah itu telefon disimpan semula.

Kasturi kemudian menolak troli keluar dari pasaraya hingga ke bahagian hujung parking di sebalik dinding lalu kedua-dua mereka berselindung disebalik tiang. Tidak lama terdengar bunyi tapak kasut orang berlari dan berhenti di tepi dinding. Dari pantulan cermin kereta di hadapan Kasturi pasti mereka adalah lelaki tadi. Tanpa lengah Kasturi keluar dari sebalik tiang dan ditarik lelaki yang hampir dengannya lalu digrip lengan kirinya pada leher lelaki tadi dan dengan pantas batang lolipop tadi ditikam beberapa kali dileher dan kemudian tubuh lelaki itu ditolak ke bawah. Tanpa sempat menyerang, dia dahulu diserang. Kalut lelaki itu memegang lehernya dengan tapak tangan kanan dengan nafas yang sudah tercungap-cungap.

Seorang lagi rakannya yang melihat keadaan tersebut terus terkaku dan cuba mahu menyerang Kasturi tetapi dibatalkan niatnya apabila melihat rakannya yang sudah berlumuran darah. Tanpa lengah terus dipapah rakannya itu beredar tanpa menoleh ke belakang lagi. Terkaku Kira apabila melihat tindakan pantas Kasturi tadi. Tidak sampai beberapa saat serangannya dengan hanya menggunakan batang lolipop.

Dengan langkah berhati-hati Kira menghampiri Kasturi. Tegang wajah Kasturi waktu itu.

"Awak.." panggil Kira perlahan. Kasturi toleh Kira di sisi tanpa sebarang riak. Lolipop yang masih berada dalam tangannya dipandang.

"Tisu" pinta Kasturi sambil tangan kiri ditadah. Kalut Kira keluarkan beberapa helai tisu pocket dan diserahkan pada Kasturi. Lolipop tadi dibungkus dengan tisu dan disimpan di dalam poket jaketnya.

"Let's go" kata Kasturi lalu troli ditolak ke tempat parking mereka tadi. Setelah barang disimpan di dalam kereta, Kira terus melolos masuk ke dalam kereta. Kasturi pula masih berada di luar. Telefon bimbit dikeluarkan dan nombor Burn didail.

"Hello" Kasturi bersuara.

"Aku nak kau semak CCTV pasaraya ni, dan kau buat apa yang patut. I'll send you the details in a moment" kata Kasturi lalu talian dimatikan. Mesej ditaip dan dihantar pada Burn. Kemudian dia terus masuk ke dalam kereta. Kira hanya memerhatikan Kasturi yang baru masuk ke dalam kereta. Terkejut juga dia tadi apabila melihat tindakan Kasturi. Bila diingatkan kembali kejadian itu, gerun pun ada. Kasturi seperti tiada rasa semasa menikam leher lelaki itu tadi. Kasturi yang menyedari Kira masih lagi memandangnya terus menoleh ke kanan.

"What?" soal Kasturi. Mendatar sahaja intonasinya. Dapat dilihat riak Kira yang sedikit cuak. Kasturi hela nafas panjang.

"Are you afraid of me?" soal Kasturi. Laju Kira geleng walaupun dalam hatinya ada sedikit goyah.

"Good" balas Kasturi lalu enjin dihidupkan dan dia terus memandu keluar dari pasaraya. Tegak sahaja pandangannya ke hadapan. Kira pula sudah diam tidak berbunyi.

(09/02/2021 @ 1720hrs)

Share this novel

liyana
2021-02-09 17:34:22 

alolo sweetnya

liyana
2021-02-09 17:24:06 

tqvm fifi sbb update


NovelPlus Premium

The best ads free experience