Bab 66

Romance Series 548166

"What do you mean by that?." Soal Kira bersama raut yang tidak percaya.

Kasturi tidak membalas, dia terus bangun lalu berdiri tegak di hadapan cermin sambil memandang ke luar. Kira yang melihat riak Kasturi begitu timbul rasa cuak di hatinya. Jika benar Mika tahu adakah mungkin Mika juga terlibat dengan Cecilia. Bila diingat-ingakan semula, sewaktu di hospital melawat Mirwan, orang-orang Cecilia hanya cari masalah dengan Miran tetapi tidak pada Mika dan mereka juga seakan menurut perintah Mika. Tubuh Kira tersandar ke belakang. Pelipis dipicit perlahan bersama mata yang terpejam.

"Sayang, I have someting to do." Kata Kasturi pada Kira sambil dia membuka langkah menghampiri Kira. Baru sebentar tadi Kent menghantar mesej padanya supaya hadir ke Ibu Pejabat dengan segera kerana operasi akan dimulakan pada bila-bila masa sahaja. Kira yang mendengar tutur kata Kasturi terus membuka mata dan ditegakkan tubuhnya.

"Abang nak ke mana?." Soal Kira sambil tubuh dibawa berdiri.

"I have mission tonight. Operasi sulit." Balas Kasturi bersama tangan kanannya naik mengusap lembut pipi Kira. Kalaulah Kira tahu operasi malam ini melibatkan ibu tirinya. Bagaimanalah agaknya tindakan isterinya itu.

"Okay.." Angguk Kira bersama wajah yang sedikit muram. Tangan Kasturi yang berada di pipi ditarik dan dibawa ke bibir lalu dicium bersama mata yang terpejam. Kasturi yang melihat tingkah Kira terus menarik rapat tubuh Kira ke dalam pelukannya. Ubun-ubun Kira dicium. Lama keduanya dalam keadaan tersebut seakan masing-masing mengambil semangat dan kekuatan untuk menghadapi apa yang bakal terjadi nanti.

Kasturi longgarkan pelukan dan bibir Kira disapa sekilas sebelum tubuh Kira dilepaskan dan dia terus melangkah masuk ke dalam bilik untuk bersiap.

"Abang." Panggil Kira. Kasturi yang sedang berjalan ke arah bilik menghentikan langkah kaki dan terus menoleh ke arah Kira.

"Nak sayang tolong abang kemaskan beg?." Soal Kira. Kasturi geleng perlahan bersama senyuman nipis.

"It's okay, I'll do it myself." Balas Kasturi lalu terus menyambung langkahnya masuk ke bilik.

Kira angguk sambil kembali melabuhkan duduknya di sofa. Telefon bimbitnya yang berada di atas meja kopi dipandang lalu dengan pantas dicapainya. Nombor seseorang dicari dan didail. Tidak lama panggilan disambut.

"Hello". Kira bersuara sambil mata menjeling ke arah pintu bilik. Bimbang andai Kasturi tiba-tiba muncul.

"Hello El." Balas Mika di sebelah sana.

"Aku nak jumpa kau sekejap lagi." Kata Kira tanpa mukadimah.

"Jumpa?." Soal Mika pelik. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba sahaja mahu berjumpa.

"Ya. Nanti aku send location." Balas Kira lalu talian dimatikan dan tidak lama elok Kasturi melangkah keluar dari bilik bersama pakaian yang sudah lengkap di tubuh dan sebuah beg kecil. Telefon di tangan terus dicampak ke sofa di sisi dan tubuh dibawa berdiri menghampiri Kasturi yang sudah berdiri di muka pintu.

"Abang. Please.. be careful." Pesan Kira. Kasturi tarik Kira ke dalam pelukannya. Rapat sekali.

"Okay sayang. I will." Balas Kasturi bersama dengan sekilas ciuman di ubun-ubun kepala Kira.

"Promise?" Soal Kira sambil mendongak memandang Kasturi dengan wajah bimbang. Kasturi pamer senyum nipis bersama anggukan walaupun agak sukar untuk dia pastikan samada janji tersebut dapat ditunaikan atau pun tidak tetapi demi untuk redakan kebimbangan hati Kira, kepala dianggukkan juga.

"Ya, janji." Balas Kasturi pendek. Kira angguk sambil tubuh Kasturi dilepaskan. Kasturi pula terus menyarungkan kasut dan bersedia untuk keluar bertugas. Kira capai tangan kanan Kasturi lalu kekura tangan lelaki itu dicium lama. Sebaik Kira tegakkan tubuh, bibir wanita itu disapa lembut.

"Abang pergi dulu." Kata Kasturi. Kira angguk. Sebelum Kasturi melangkah pergi, Kasturi menoleh pada Kira.

"Please sayang, stay at home." Pesan Kasturi. Hatinya rasa tidak enak, seakan-akan ada sesuatu yang tidak elok bakal terjadi. Kira hanya mempamerkan senyumannya sehingga Kasturi hilang di sebalik pintu.

Selepas pintu ditutup rapat, Kira pantas kembali ke sofa lalu telefon bimbit dicapai. Nombor telefon Miran dihubungi. Kertas yang tertera gambar Cecilia diambil sambil kaki melangkah ke arah bilik tidur.

"Hello. Miran, datang rumah saya sekarang." Kata Kira tanpa sempat Miran membalas dan talian terus dimatikan. Kemudian nombor telefon Mika pula dicari dan location dihantar. Selepas itu Kira terus membuka langkah ke arah closets. Pakaian dicapai dan ditukar. Tudung sporty warna hitam disarung dan dipadankan dengan cap berwarna hitam milik Kasturi. Dia perlu berjumpa dengan Miran dan Mika untuk selesaikan perkara ini. Dia tidak pasti samada Miran dan Mika tahu siapa ibu mereka yang sebenarnya dan yang paling penting, adakah ayahnya tahu mengenai hubungan isterinya itu dengan lelaki yang ada di dalam gambar tersebut. 

Sedang Kira bersiap, loceng pintu berbunyi. Kira yang berada di ruang tamu bersama walter di tangan menoleh ke arah pintu.

"Cepatnya Miran sampai." Kata Kira sendiri sambil walter diselitkan di pinggang. Kaki pula laju melangkah ke arah pintu dan pemegang pintu dipegang lalu dibuka tanpa melihat pada skrin terlebih dahulu. Dalam masa yang sama, telefon bimbit yang berada di dalam pouch berbunyi. Telefon diambil dan nama Miran tertera di skrin. Kira kerut kening sambil memandang skrin.

"Dah sampai pun masih nak call?." Kata Kira dalam hati sambil jari menyentuh icon hijau.

"Hai.. Dah depan pintu masih nak call juga ke?. Masuk je lah.." Kata Kira pada Miran sambil kepala sedikit tergeleng.

"Sampai?" Soal Miran pelik.

"I'm on my way." Tambah Miran di sebelah sana lagi. Waktu itu pintu rumah sudah elok terbuka dan mata Kira terus tertoleh ke arah muka pintu apabila mendengar ayat Miran di sebelah sana.

"Tak guna!." Jerit Kira apabila baru dia tersedar bahawa orang yang berada di hadapan pintu bukanlah Miran sebaliknya lelaki yang tidak dikenali.

Tidak sempat untuk Kira menutup kembali pintu rumah, ada tangan yang menghalang daun pintu dari ditutup rapat. Kira cuba sehabis daya untuk menolak kembali tetapi sudahnya Kira tertolak hingga jatuh ke lantai dan dalam waktu yang sama dua orang lelaki memakai topeng muka sudah laju menerjah ke dalam rumah. Tanpa lengah Kira bingkas bangun untuk bersedia menghadapi lawannya yang nampak gagah di hadapan yang terus menyerang secara serentak. Pisau spring yang diselit di paha terus dicapai dan bersedia dengan serangan.

+++

"El!" Jerit Miran sebaik sampai di hadapan pintu rumah Kira yang sudah terbuka luas. Pantas langkah dibuka dan terus dia meluru masuk ke dalam rumah dengan riak bimbang. Hati diserang rasa tidak senang. Tidak mahu apa yang difikirkannya menjadi kenyataan.

"El! El! El!." Seru Miran bersama bibir yang tidak henti-henti memanggil Kira. Habis semua ceruk di dalam rumah tersebut dicari tetapi kakaknya tidak juga dijumpai hanya telefon bimbit milik Kira yang berada di atas lantai yang ditemui. Itupun skrinnya telah retak. Semasa Miran menunduk mahu mengutip telefon milik Kira, matanya terpandang di atas lantai berhampiran telefon bimbit terdapat percikan dan tompokan darah. Terketap gigi Miran menahan marah. Kuat tangan digenggam.

"Arghhh!!" Kuat Miran menjerit bersama tangan naik meraup rambut dengan kasar. Telefon di dalam poket pantas dikeluarkan lalu nombor telefon Mika didail. Tidak lama panggilan disambut.

"El hilang.!" Tanpa salam, ayat tersebut yang meluncur keluar dari bibir Miran.

"What?" Soal Mika yang nyata terkejut dengan apa yang dikatakan Miran. Baru sahaja sebentar tadi Kira menghantar location untuk mereka berjumpa, bagaimana pula dia boleh hilang.

"Kau biar betul?!." Soal Mika tidak percaya.

"Ya, El hilang!. Aku ada di rumah dia sekarang ni. Pintu terbuka tapi El tak ada." Terang Miran bersungguh.

"Oh, shit!" Marah Mika di sebelah sana.

"Aku rasa aku tau ini kerja siapa!." Keras suara Mika berbunyi.

"Siapa?." Soal Miran pula.

"Kau datang jumpa aku tempat biasa." Balas Mika ringkas.

"Wait!." Panggil Miran tetapi talian telahpun dimatikan. Kuat Miran mendengus. Keadaan ruang tamu rumah yang berselerak diperhatikan, pasti kakaknya itu bergasak sebelum dia dibawa entah ke mana. Tak guna! Tanpa lengah Miran mengatur langkah ke arah pintu untuk keluar, belum sempat sampai di pintu tiba-tiba langkah kakinya terhenti.

"Mr. K!." Terluah nama Kasturi di bibir. Telefon bimbit yang masih berada di tangan diperhatikan. Hatinya berbelah bahagi samada mahu memberitahu pada Kasturi ataupun tidak. Kalau ikutkan pada apa yang diberitahu Reno tadi, Kasturi ada tugasan di Bukit Aman. Bimbang perkara ini mengganggu fokus lelaki itu pula. Sedang Miran berkira-kira mahu memaklumkan pada Kasturi atau pun tidak, telefon bimbitnya berbunyi. Tertera nama Mika di skrin. Icon hijau digesek.

"Where are you? Aku dah sampai ni!" Kuat suara Mika berbunyi.

"I'm on my way." Balas Miran.

"Cepat sikit!." Marah Mika. Klik! Talian dimatikan. Miran tarik nafas panjang bersama kepala digeleng perlahan.

"Sorry Sir, she's my sister. I will protect her no matter what." Kata Miran sebelum langkah kaki dibuka terus ke arah pintu. Sebaik melangkah keluar, pintu ditutup rapat kembali.

+++

"Edan!." Panggil Kent.

"Edan!." Panggil Kent lagi tetapi Kasturi masih tegak memandang ke hadapan. Kent kerut kening.

"Edan!." Panggil Kent kali ini bersama tepukan di bahu sahabatnya itu. Terus tertoleh Kasturi ke arah Kent.

"Edan. Kau kenapa? Aku panggil banyak kali tapi kau tak dengar. Dah hilang ke planet mana ni?." Soal Kent sambil menarik Kasturi ke tepi memberi laluan kepada yang lain untuk masuk ke dalam lif.

"Kalau kau rasa tak sihat, tak payah ikut operasi ni. Biar aku maklumkan pada Tuan.." Kata Kent tetapi pantas ayatnya dipotong Kasturi.

"No! Aku okay." Kata Kasturi.

"Are you sure? Tak ganggu fokus nanti?." Soal Kent bimbang.

"Sorry.. Aku cuma rasa tak sedap hati. She did not reply to my message." Balas Kasturi dengan wajah bimbang.

"Siapa?" Soal Kent bersama kening berkerut.

"Your wife?" Sambung Kent lagi. Kasturi angguk perlahan. Kent senyum senget.

"Dia sibuk la tu agaknya tu. Tak pun dalam toilet ke.." Balas Kent cuba menyedapkan hati sahabatnya itu. Kasturi pula masih lagi terdiam di tempatnya tadi. Kent yang melihat keadaan Kasturi mengeluh perlahan.

"Macam ni, apa kata aku minta budak-budak kita pergi rumah kau untuk pastikan keadaan Kira." Cadang Kent. Pantas Kasturi menggeleng.

"Pulak. Dah tu?." Soal Kent.

"Not to my house." Balas Kasturi.

"Bukan rumah kau? Dah tu, ke mana?." Soal Kent tidak mengerti.

"Kira's house." Balas Kasturi.

"Oh, okay. Boleh. Tak ada masalah. Nanti aku minta budak-budak ke sana. Dah, jangan nak fikir yang bukan-bukan." Kata Kent sambil menepuk perlahan bahu Kasturi sebelum jarinya naik menekan butang lif. Kasturi angguk perlahan dan sebaik pintu lif terbuka, kedua-dua lelaki tersebut terus meloloskan diri ke dalam lif.

+++

"Miran!." Panggil Mika sebaik melihat Miran sedang berjalan masuk ke dalam restoran. Sebaik melihat Mika, Miran melajukan langkah dan terus dilabuhkan duduk di kerusi di hadapan Mika.

"Kau cakap kau tahu itu kerja siapa. So, who?" Soal Miran tanpa lengah. Mika hela nafas kasar lalu tubuh disandar ke penyandar kerusi. Miran pula tajam memandangnya.

"Aku tak pasti samada kau tau atau tidak siapa sebenarnya mummy kita." Mika memulakan kata. Miran kerut kening.

"Apa maksud kau ni?." Soal Miran pula.

"Kenapa tiba-tiba kau kaitkan mummy dalam hal ni?." Soal Miran pelik. Mika hela nafas panjang.

“Takkan kau tak pernah dengar bisik-bisik pasal mummy?.” Soal Mika bersama renungan yang tepat ke mata. Miran diam. Bukan dia tidak pernah mendengar cerita mengenai mummy mereka tetapi pada fikirnya itu semua adalah tindakan dan agenda dari musuh daddy mereka yang mahu menjatuhkan reputasi syarikat daddynya.

“Kenapa diam?.” Soal Mika. Miran hela nafas dihela panjang. Tidak pasti apa yang patut dia katakan.

“Aku memang tak setuju dan tak pernah setuju dengan apa yang mummy buat selama ini tetapi aku hanya pejam sebelah mata tetapi apabila perkara ini melibatkan El, aku tak boleh berdiam diri. Cuma..” Terang Mika. Miran yang mendengar hanya diam tanpa menyampuk kerana masih tidak mengerti dengan apa yang dikatakan Mika mengenai mummy mereka.

“Apa maksud kau ni? Aku tak faham. Apa yang dah mummy buat pada El?.” Soal Miran bertalu.

"Kau jangan cakap mummy yang tangkap El pulak!." Tinggi suara Miran berbunyi.

“Mummy sebenarnya..” Mika mulakan kata tetapi tidak sempat dihabiskan apabila tiba-tiba..

'Bang! Bang! Bang!'

Bunyi tembakan. Beberapa orang pelanggang yang turut berada di dalam restoran tersebut menjerit ketakutan apabila mendengar bunyi tembakan termasuk pekerja di dalam restoran tersebut. Keadaan serta merta menjadi kecoh. Mika dan Miran pantas menggelongsor ke lantai dan bersembunyi di sebalik dinding. Tegang raut wajah masing-masing. Senjata api yang tersisip di pinggang terus dicapai.

“Tak guna! Diaorang memang cari nahas!.” Marah Mika. Kuat suaranya berbunyi.

+++

‘Ptui!’

Kira meludah darah ke lantai diikuti ketawa sinis bersama gigi yang memerah. Lelaki tadi yang masih berdiri di hadapan Kira semakin membengkak hatinya kerana tiada sedikit pun riak sakit atau sengsara yang dipamerkan di wajah Kira yang berada di hadapannya yang nyata sudah agak teruk dikerjakan.

“Phuhying khn ni pen khir kab? (siapa perempuan ni?).” Soal lelaki yang memakai baju tidak berlengan mempamerkan tato wanita berambut panjang di bahu kanannya sambil memerhatikan wajah Kira yang sudah bengkak dan berdarah. Lelaki bert-shirt hitam lengan pendek yang baru sahaja melangkah masuk memandang Kira sekilas sebelum berdiri di tepi dinding sambil mengeluarkan rokok dari kotak dan hujung rokok dibakar. Pemetik api dimasukkan ke dalam kotak rokok lalu disimpan di dalam poket. Rokok disedut dalam sebelum asap dihembus memutih.

Lelaki tadi yang masih berdiri di hadapan Kira terus memaut dagu runcing itu lalu didongakkan ke atas. Kuat Kira mendengus kerana tidak suka dengan tindakan lelaki itu. Tanpa lengah Kira terus menanduk kepalanya ke hidung lelaki tersebut. Kuat jeritan keluar dari mulut lelaki tadi sehingga dia terundur ke belakang kerana penangan tandukan Kira. Pantas tangannya naik memegang hidung yang sudah mula mengalir cairan merah. Panas sahaja rasanya.

‘Pang!’

Pipi Kira ditampar. Tertoleh ke kanan wajah Kira bersama gigi yang diketap kuat tetapi puas.

“Chokh ray!! Chan kha khun!. (Sial!! Aku bunuh kau!).” Jerit lelaki tadi bersama tangannya pantas mencapai Magnum yang diselit di pinggang lalu diacukan rapat ke dahi Kira bersama pandangan mata yang memerah tajam. Tanpa gentar Kira melawan pandangan lelaki tersebut bersama mata yang tidak berkelip.

“Xya Chakan! Khun ba hrux pela? Khun txngkar thi ca kha Madam kab? (Jangan Chakan! Kau dah gila? Nak kena bunuh dengan Madam ke?.” Marah lelaki yang sedang menghisap rokok di tepi dinding tadi bersama tangannya pantas merampas Magnum yang berada di tangan lelaki bernama Chakan tersebut.

“Huh! Phuhying baeb ni smkhwr don kha kab!.” (Perempuan macam ni patut bunuh je!) Balas lelaki tadi sambil Magnum di tangan lelaki tadi dirampas semula. Meja yang berada di tepi dinding ditendang sebelum dia melangkah keluar dari bilik tersebut bersama wajah yang berang. Tidak lama Chakan masuk semula.

“Sonchai. Kun mi txng ptibati kab phuhying khn ni mak nak!.” (Kau tak payah nak layan sangat perempuan ni). Kata Chakan lalu dia kembali keluar. Lelaki tadi hanya diam sambil bersandar ke dinding dan menikmati rokok di tangan. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.

"Hello. Yes Madam. I got it." Balas Sonchai lalu talian dimatikan dan seraya dengan itu Chakan melangkah masuk bersama sebotol air mineral di tangan. Sonchai terus menyimpan semula telefon bimbit ke dalam poket seluarnya.

"Madam xyak ca ma cha hnxy. Khea txngkar phb phuhying khn ni kab." (Madam nak datang sekejap lagi. Dia nak berjumpa dengan perempuan ni.) Kata Sonchai pada Chakan. Chakan angguk sambil melangkah merapati Kira lalu air mineral yang ada di tangan dicurahkan di kepala Kira. Terketap-ketap gigi Kira menahan geram. Nasib baik dia diikat pada kerusi, jika tidak sudah lama lelaki itu dikerjakannya.

Chakan ketawa melihat Kira yang basah dengan air.

"Tangan aku berikat boleh la setan! Cuba buka, satu lawan satu. Hilang telor tu aku kerjakan!" Ngumam Kira perlahan bersama tangan digenggam penumbuk.

"Khun kalang phud xari kab?." (Apa kau cakap?). Soal Chakan sambil menarik leher baju Kira. Terangkat Kira dari duduknya di atas kerusi.

"Apa hal kau ni?." Soal Kira semula.

(14/09/2022 @ 2200hrs)

Share this novel

Wan Hamilah E'lah
2022-09-15 16:16:01 

welcome back... lama menghilang cri idea ye... hehe... tq update... nt mlm ai baca

Norasimah Zainudin
2022-09-14 23:24:53 

tq update..

Nor Azlina
2022-09-14 22:38:59 

tq update tetap mantap


NovelPlus Premium

The best ads free experience