Bab 31

Romance Series 548166

"Sayang, makan sikit." Kata Kasturi pada Kira yang masih menoleh ke kiri. Enggan memandang ke arahnya. Kasturi tarik nafas panjang. Dia tau apa yang menyebabkan Kira berkelakuan begitu.

"Abang tau sayang marahkan abang but please.. Makan sikit, lepas tu makan ubat." Pujuk Kasturi. Kira masih keras begitu.

"Abang tinggalkan makanan dan ubat di sini." Kata Kasturi lalu dia bangun dari birai katil dan terus melangkah ke arah pintu bilik. Sebelum daun pintu ditarik, Kasturi menoleh seketika pada Kira yang berada di atas katil sebelum daun pintu ditarik dan tubuhnya dilolos keluar.

Kasturi bukan sengaja. Dia juga tidak sangka yang Liona akan datang ke rumah. Rambut diraup kasar.

"Tuan, Puan dah sarapan ke?." Soal Mak Leha sebaik melihat Kasturi yang sedang melangkah turun dengan tangan kosong.

"Belum. Tak apa Mak Leha. Saya dah tinggalkan di bilik." Kata Kasturi. Mak Leha angguk.

"Kalau macam tu, marilah sarapan. Mak Leha dah siapkan." Kata Mak Leha pada Kasturi.

"Saya kenyang lagi. Nanti kalau lapar, saya ambil sendiri." Balas Kasturi lalu dia terus melangkah ke arah bilik kerjanya. Mak Leha hanya mampu anggukkan kepala sahaja. Kesian pada majikannya ini, baru hendak bahagia. Ada sahaja yang datang mengganggu.

Kasturi menolak daun pintu bilik kerjanya dan tubuh dilolos masuk. Dia kemudian terus melangkah ke arah meja kerja dan dilabuhkan duduk. Tersandar dia ke belakang dengan mata yang terpejam. Berdenyut kepalanya bila memikirkan masalah yang bertimpa-timpa. Sedang asyik melayan perasaan, telefon bimbitnya berbunyi. Kasturi capai telefon yang berada di atas meja, skrin dipandang dan nama Am yang tertera. Pantas icon hijau digesek.

"Hello Dan." Sapa Am.

"Hm.." Balas Kasturi bersama tubuh yang disandarkan semula ke belakang.

"El macam mana?." Soal Am.

"Dia okay. Malam tadi Sany dah datang tengokkan. Tiada apa yang serius cuma, luka dan lebam tu akan ambil masa untuk pulih." Balas Kasturi.

"Kau pula, okay?." Soal Am lagi. Dia tahu Kasturi sedang bergelut dengan pelbagai masalah sekarang ini.

"I'm okay. You just don't worry." Balas Kasturi. Okaynya hanya di bibir sahaja.

"Betul ke Liona datang ke rumah kau?." Soal Am.

"Ya. Aku tak sangka yang dia akan datang ke rumah aku. Kalau dulu tak apa lah, sebab dia datang pun bukan seorang." Kata Kasturi.

"Dah tu, El macam mana?." Soal Am bimbang.

"She says nothing but I know, she mad at me." Balas Kasturi.

"Kau tak pernah ceritakan mengenai Liona pada El ke?." Soal Am.

"Am, kau pun tahukan. Aku berkahwin dengan Kira tak sampai sebulan pun lagi. What do you expect about that?." Soal Kasturi. Am terdiam. Betul juga.

"Anyway, aku call kau ni ada sebab lain." Kata Am.

"Sebab lain?." Soal Kasturi. Terus tertegak duduknya.

"Yup. About Jeff." Kata Am.

"Huh! Kenapa dengan dia?." Soal Kasturi ingin tahu.

"Luka di leher yang menyebabkan kematian bukan kesan dari gunting yang El pegang." Kata Am. Berkerut dahi Kasturi.

"What do you mean by that?." Soal Kasturi tidak faham.

"Luka di leher Jeff dan seorang lagi lelaki tersebut licin. Smooth. Nyata bukan gunting senjatanya." Kata Am.

"Cuba kau terus terang Am, jangan nak buat aku tambah pening." Marah Kasturi.

"Maksud aku Jeff dan lelaki seorang lagi tu bukan mati disebabkan ditikam oleh El tetapi ada orang lain yang membunuh mereka dan pembunuh tersebut bukan biasa-biasa kerana kelaran yang dibuat licin. Tidak teragak-agak." Terang Am. Terdiam Kasturi.

"Maksud kau, Kira jadi kambing hitam?." Soal Kasturi bimbang.

"I think so. Cuba kau fikir. Mampu ke El nak tewaskan dua lelaki bertubuh sasa macam tu? Aku tak nafikan El hebat tapi kalau dah dua lawan satu, boleh ke? Kalau setakat Jeff seorang aku tak hairan, memang El boleh 'makan'." Kata Am panjang lebar. Terdiam seketika Kasturi. Betul juga kata Am.

"Tetapi semasa kita sampai, hanya ada Kira di dalam bilik tu dan waktu itu dia berada di atas badan Jeff dengan memegang gunting." Kata Kasturi pelik.

"Ya, aku tahu. Tapi itu kenyataannya. Bukan El yang menyebabkan kematian mereka berdua. I checked the marks on their necks. I'm sure, Edan. There are others involved in this case." Kata Am lagi. Kasturi garu kepala yang tidak gatal. Siapa pula yang membunuh Jeff dan pembantunya dan macam mana Kira boleh tidak sedar? Arghh! Pening.

"Macam ni lah, nanti kau datang office. Kita bincang. Aku kena letak dulu. Nanti ada apa-apa, kau call aku." Kata Am.

"Thanks Am." Ucap Kasturi lalu talian dimatikan. Kata-kata Am tadi masih terngiang-ngiang di telingannya. Kalau betul seperti apa yang Am cakap, maknanya ada orang lain yang mengambil kesempatan di atas kejadian tersebut. Hm.. Siapa pula yang mahu hapuskan Jeff? Tetapi bila difikirkan kembali, orang seperti Jeff sudah tentu mempunyai musuh yang ramai. Itu Kasturi tidak peduli cuma yang menjadi masalah, dia bimbangkan Kira yang akan menjadi target oleh abangnya pula nanti. Sedangkan bukan Kira yang melakukannya.

Makin berserabut fikira. Masalah yang ada pun belum selesai, tambah pula masalah lain.

+++

Kira memandang pada dulang yang terletak elok di atas meja di sisi katil. Ubat diambil bersama air kosong lalu tubuh dibaringkan semula. Selimut ditarik menutup tubuh. Kepala yang berat menyebabkan mata semakin berat untuk dibuka. Sudahnya lena kembali menyapa.

Kira buka mata. Rasa sedikit ringan tubuhnya. Kepala ditoleh ke meja sisi. Dulang makanan pagi tadi telah tiada. Kira menggeliat membetulkan tubuh yang lenguh. Leher dipicit-picit dengan tangan.

"Dah pukul berapa ni?." Soal Kira sendiri. Jam di dinding dipandang, hampir jam satu tengah hari rupanya. Tanpa lengah Kira turun dari katil dan katil dikemaskan sebelum dia terus melangkah ke bilik closet. Tuala dicapai dan kaki diatur ke bilik air. Pakaian pada tubuh ditanggalkan lalu dimasukkan ke laundry bag dan tuala dipakai pada tubuh sebelum dia masuk ke bilik air.

Segar rasa tubuh apabila air sejuk menjamah kulit. Kira terpejam di bawah pancuran air. Teringat kembali dengan peristiwa yang berlaku. Ingatannya kabur-kabur, apa yang dia ingat sewaktu dia bersama Jeff sedang bergelut, tiba-tiba belakang kepalanya dihentak sesuatu yang keras. Selepas itu dia tidak sedar apa yang berlaku hinggalah Kasturi dan Encik Am melangkah masuk. Waktu itu apa yang dia nampak, Jeff terbaring di bawah tubuhnya dengan berlumuran darah dan di tangannya pula ada gunting yang Jeff gunakan untuk memotong tali di kaki dan tangannya.

Kira buka mata besar. Air yang terus menimpa wajahnya disapu dengan tangan. Tertunduk Kira memandang lantai. Dia keliru dengan apa yang berlaku. Nafas ditarik panjang lalu tubuh ditegakkan semula.

Hampir empat puluh minit berada di dalam bilik air, Kira melangkah keluar bersama rambut yang masih menitis airnya. Sebaik keluar dari bilik air, dia terkejut dengan kehadiran Kasturi yang baru melangkah masuk ke dalam bilik. Terkaku kaki Kasturi di tengah bilik apabila melihat Kira yang tegak memandangnya.

"Sayang." Sapa Kasturi.

Kira tidak membalas sapaan Kasturi sebaliknya dia terus melangkah ke bilik closet. Melihatkan Kira yang masih enggan bercakap dengannya, Kasturi tahu Kira masih terasa hati. Dia tidak sanggup untuk teruskan hubungan yang beku dan dingin begini lalu kakinya terus melangkah ke arah bilik closet. Waktu itu Kira hanya berseluar panjang dan berbaju dalam sahaja. Bajunya masih belum diambil dari lipatan di dalam kabinet. Kasturi pandang pada rusuk Kira yang lebam. Perlahan kakinya melangkah ke arah Kasturi. Tangannya naik menyentuh rusuk Kira. Kira yang terkejut dengan sentuhan Kasturi terjerit kecil.

"Sorry.. does it hurt?." Soal Kasturi bimbang. Tajam pandangan Kira pada Kasturi. Pantas tangannya ditarik dari menyentuh tubuh Kira. Baju yang sudah diambil terus disarung ke tubuh. Kira capai tuala, dia mahu keringkan rambutnya yang masih basah namun pantas Kasturi mencapainya dahulu.

"Let me help you." Kata Kasturi. Kira tidak membalas sebaliknya dia terus melabuhkan duduk di sofa bulat di dalam bilik closet. Kasturi masih kaku di tempat tadi. Lama Kira menunggu tetapi Kasturi masih diam seperti tadi.

"Kalau tak nak tolong, bak sini tuala tu." Marah Kira.

"Sorry.. Abang ingat sayang tak nak bagi abang buatkan." Kata Kasturi bersama langkah yang diatur ke arah Kira. Rapat dia berdiri di belakang tubuh Kira. Rambut yang basah dikeringkan dengan hati-hati. Sambil itu matanya memerhatikan andai ada sebarang kecederaan lain pada tubuh isterinya itu. Tiba-tiba..

"Auch!." Kira mengaduh apabila belakang kepalanya terkena tekanan dari tangan Kasturi. Terhenti tangan Kasturi yang tadi ligat mengeringkan rambut panjang Kira.

"Sakit." Kata Kira lalu tangannya naik memegang belakang kepala. Kasturi menyelak perlahan rambut Kira untuk memeriksa belakang kepala Kira. Ada sedikit bengkak di bahagian itu.

"Kita ke hospital?." Soal Kasturi.

"No need." Balas Kira lalu dia terus bangun berdiri dan bersedia untuk pergi tetapi lengannya pantas dipegang Kasturi. Kira menoleh pandang pada Kasturi. Tajam pandangannya.

"Sayang.. Let me explain." Kata Kasturi.

"Explain what?." Soal Kira. Tegang wajahnya menentang pandangan Kasturi.

"That lady. Her name, Liona. She is the younger sister of my close friend." Terang Kasturi.

"Do I care?." Marah Kira. Lengannya ditarik kasar.

"Sayang.. Wait." Kata Kasturi lalu pantas dia mengekori langkah Kira keluar dari bilik closet.

"I caused his brother died." Kata Kasturi. Terhenti kaki Kira yang melangkah. Tubuh dipusingkan ke belakang.

"It was an accident.. not my fault, but I still feel guilty because it happened because he wanted to save me." Terang Kasturi. Terdiam Kira.

"Tapi apa kaitan adik dia dengan abang sampai nak ikut naik ke bilik?." Marah Kira sambil berpeluk tubuh. Kasturi hela nafas panjang lalu dilabuhkan duduk di birai katil.

"Irwan satu-satunya saudara yang Liona ada dan apabila Irwan terbunuh, Liona salahkan abang dengan apa yang berlaku pada Irwan." Kata Kasturi.

"Sepanjang abang mengenali Irwan, dia akan bawa Liona ke mana sahaja dia pergi termasuk ketika menjalankan tugasan cuma Liona tidak terlibat sekali tetapi dia tetap akan dibawa ke mana juga." Kata Kasturi.

"Dan.. Apabila Irwan tiada, Liona jadi hilang arah." Tambah Kasturi dengan wajah yang sudah tertunduk.

"Abang serba salah, sayang." Lemah sahaja suara Kasturi berbunyi.

"Kalaulah hari itu.." Ayat Kasturi tergantung tanpa penghujung. Dia terus bangun melangkah ke arah bilik closet. Tuala disangkut pada penyidai dan laju kakinya mahu keluar dari bilik tidur tersebut. Daun pintu bilik ditarik.

"Ajal dan maut sudah ditentukan dan punca kematian hanyalah asbab. Manusia tiada kuasa untuk mengubahnya, kita hanya perlu terima dengan hati yang redha. Semua itu sudah ditentukan sejak di dalam kandungan ibu lagi." Kata Kira mendatar. Terhenti tangan Kasturi. Daun pintu ditutup rapat kembali dan besar langkahnya mendapatkan Kira lalu tubuh itu dipeluk erat. Ubun-ubun Kira dicium berkali.

"I love you so much, sayang. So much." Bisik Kasturi di telinga Kira. Pelukan Kasturi dibalas.

"I love you to abang." Balas Kira. Tangan kanan Kasturi menarik dagu Kira lalu bibir Kira ditindih lembut.

"Auch." Kira terjerit kecil. Pantas pautan dilepaskan.

"Sorry.." Ucap Kasturi. Kira menggeleng perlahan.

"It's okay." Kata Kira sambil jari naik mengusap hujung bibir yang luka. Kasturi menarik kembali tubuh Kira ke dalam pelukannya. Erat.

"Kita turun makan." Kata Kasturi sebaik pelukan dilepaskan. Kira angguk bersama langkah yang diatur ke arah pintu.

Kira dan Kasturi menikmati makan tengah hari berdua. Mak Leha dan Pak Mail sudah awal-awal lagi makan, orang tua tidak tahan jika makan lewat.

"Sayang tanya sikit boleh?." Soal Kira pada Kasturi yang sedang mencuci tangan di sinki. Kasturi toleh ke sisi sambil kepala diangguk sekali.

"Er.. Irwan tu.. Pegawai polis juga?." Soal Kira. Terhenti tangan Kasturi yang sedang mencuci. Nafas ditarik panjang. Soalan Kira tidak dijawab sebaliknya paip air ditutup dan tangan dikeringkan. Jemari Kira dicapai dan ditarik supaya mengikut langkahnya.

"Here, I show you." Kata Kasturi sambil membuka langkah ke arah bilik kerjanya. Sebaik sampai, daun pintu ditolak dan kakinya diatur ke meja kerja. Kasturi labuhkan duduk di kerusi kerjanya dan Kira ditarik ke ribaan. Laci meja yang paling bawah ditarik dan satu bingkai gambar dikeluarkan. Terkelip-kelip mata Kira. Ini bingkai gambar yang dia tengok tempoh hari. Gambar tersebut ditunjukkan pada Kira.

"Rasanya tiga dari empat orang di dalam gambar ni, pasti sayang kenal. Kan?." Soal Kasturi. Kira kerut kening.

"Hm.. Sayang kenal dua je. Encik Am dengan Encik Burn." Usik Kira. Masam wajah Kasturi. Kira simpan senyum.

"Ya.. Ya.. Dah tentulah tiga." Balas Kira bersama ketawa kecil. Pipi Kasturi dicubit. Menjeling Kasturi apabila dia dimainkan begitu.

"Yang inilah Irwan." Kata Kasturi sambil ditunjukkan pada Kira. Kira capai bingkai gambar, gambar Irwan diperhatikan tetapi tak berapa jelas.

"Tak ada gambar besar sikit ke?. Tak jelas la yang ni." Kata Kira sambil menyerahkan bingkai gambar pada Kasturi kembali.

"Abang tak suka sangat bergambar. Nantilah kalau jumpa, abang tunjuk. Okay." Kata Kasturi lalu gambar disimpan semula.

"Dah lama kenal dengan Irwan?." Soal Kira. Kasturi angguk.

"Lama juga, hampir sepuluh tahun." Balas Kasturi.

"Lama juga.. Maknanya dah sepuluh tahun la si Lion tu ikut abang?." Soal Kira. Tidak puas hati sahaja bunyinya. Kasturi kerut kening.

"Lion?." Soal Kasturi. Kira juling mata.

"Liona tu la.. Ish!" Balas Kira. Kasturi tertawa.

"Oh.. Liona. Eh tak, masa tu dia masih study tapi sebelum itu pun Irwan kerap bawa Liona jumpa abang, Am dan Burn. Liona tu dah macam adik sendiri dah. Lepas habis study ayah dan ibu mereka meninggal dalam kemalangan dan sejak itu la Irwan selalu bawa Liona bersama." Kata Kasturi.

"Liona tu tak kerja ke?." Soal Kira.

"Kerja, di syarikat arwah ayah mereka." Kata Kasturi. Hm.. Patutlah kerek semacam. Big boss rupanya. Terherot-herot bibir Kira.

"Hey, fikir apa?." Soal Kasturi.

"Nothing." Balas Kira.

"Kenapa abang tak kahwin je dengan Liona tu?." Soal Kira tiba-tiba. Kasturi ketawa, pinggang Kira dipeluk erat.

"Macam mana pula boleh timbul isu kahwin ni?." Soal Kasturi yang masih dengan ketawanya.

(07/03/2021 @ 2340hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience