Bab 78

Romance Series 548166

Dua minggu sudah berlalu sejak Kira pulang dari kampung dan Kasturi masih lagi tidak membenarkan Kira bekerja. Sepanjang berada di rumah, Kira dapat rasakan Kasturi seakan mengelak untuk berhubungan intim dengannya. Jika ada pun, pastinya akan terhenti di tengah jalan, ada sahaja alasan atau perkara yang menyebabkan hubungan mesra mereka tidak sampai ke kemuncaknya.

"Takkan abang merajuk.. tapi kalau merajuk, abang takkan layan aku kan.. ke.. abang ada perempuan lain? Jangan macam-macam..!" Kepala yang tidak gatal digaru. Kira sudah berfikir yang bukan-bukan.

"Ish! Tak mungkin.. tak mungkin.." Kata Kira sendiri sambil kepala tergeleng-geleng. Mana mungkin Kasturi akan menduakannya tapi..

'Cup'

Pipi kiri Kira disapa. Pantas Kira menoleh ke sisi. Besar senyuman diberi apabila melihat Kasturi sudah pulang dari kerja.

"Abang.. bila abang balik? Tak dengar pun bunyi enjin motor." Kata Kira sambil mata memandang ke arah motorsikal Kasturi yang elok diparking di bawah pouch. Kasturi pamerkan senyum nipis sebelum soalan Kira dijawab.

"I'm just arrived a few minutes ago." Balas Kasturi sambil meletakkan topi keledar di atas meja batu manakala jaket disangkut di penyandar kerusi sebelum dilabuhkan duduk di sisi Kira yang sedari tadi memandangnya.

"Sayang fikir apa ni.. jauh sangat termenung sampai tak sedar abang balik." Kata Kasturi sambil tangan kanannya naik membetulkan rambut yang sudah tidak betul duduknya kerana memakai topi keledar tadi.

"Mana ada fikir apa-apa.." Balas Kira. Wajah Kasturi yang rapat di sisi masih lagi dipandang tidak berkelip. Kasturi jungkit kening. Ekor mata Kasturi melirik pada Kira.

"What?." Soal Kasturi lalu memalingkan wajahnya menghadap Kira. Kira menggeleng perlahan.

"Nothing." Balas Kira bersama mata yang masih lagi tidak berkalih.

"Is there any problem?" Soal Kasturi tetapi pantas sahaja Kira menggeleng.

"Ke.. sayang sakit?." Soal Kasturi bimbang. Berubah raut wajahnya, bimbang jika Kira sakit.

"Nope. I'm okay.. tak ada apalah." Balas Kira dengan senyuman di bibir.

"Tak ada apa.. Dah-dah, kita masuk dalam. Dah lewat ni. Abang naik mandi, sayang nak siapkan lauk makan malam." Kata Kira.

Semenjak Kira masih bercuti, Mak Leha hanya membantu mengemas rumah sahaja, manakala memasak Kira yang mahu lakukannya sendiri memandangkan dia tidak bekerja dan banyak masa terluang.

"Mak Leha mana?." Soal Kasturi bersama tubuh dibawa bangun lalu mengambil topi keledar, jaketnya pula sudah diambil Kira dan disangkut di lengannya.

"Sayang benarkan Mak Leha balik tengah hari tadi, katanya anak saudara nak datang." Terang Kira sambil berjalan beriringan bersama Kasturi ke pintu rumah. Kasturi hanya anggukkan kepala tanda faham.

Malam itu selepas makan malam, Kasturi seperti biasa berada di bilik kerjanya menyiapkan laporan dan juga menyemak fail-fail kerja. Kira pula sudah masuk ke dalam bilik selepas mengemas meja makan. Sambil menyapu losyen pada lengan, Kira teringat dengan perbualannya bersama Mak Leha pagi tadi. Disebabkan bimbang dengan masalah hubungannya dengan Kasturi, Kira terpaksa tebalkan muka bertanya pendapat pada Mak Leha yang mungkin boleh memberi pandangan terhadap masalahnya itu.

"Apa yang patut saya buat Mak Leha.. saya sayangkan abang tapi kenapa hubungan suami isteri kami macam.. ada yang tak kena, permulaannya baik tetapi pasti terhenti separuh jalan." Kata Kira bersama wajah yang tertunduk memandang gelas minuman di hadapannya. Mak Leha pandang wajah Kira dengan rasa belas.

"Puan ada berbincang dengan Tuan mengenai perkara ni?." Soal Mak Leha. Kira menggeleng perlahan. Mak Leha diam berfikir.

"Saya tak tahu macam mana nak tanya.. saya takut nanti abang salah faham pula.." Balas Kira sayu.

"Takkan Tuan kena sakit 'tu' pulak.." Mak Leha bercakap sendiri.

"Sakit tu? Sakit apa Mak Leha?." Kira sudah bimbang. Wajah Mak Leha yang ada di hadapan dipandang.

"Hurm.. serba salah pula Mak Leha nak cakap." Balas Mak Leha.

"Tak apa, Mak Leha cakap saja. Saya tak marah."Kata Kira pula.

"Mungkin ke Tuan tu mati pucuk." Balas Mak Leha pendek. Berubah wajah Kira.

"Takkan lah.." Bibir Kira berbunyi.

"Kalau bukan.. kenapa separuh jalan saja? Pasti sampai ke penamat." Balas Mak Leha walaupun tidak yakin dengan kata-kata sendiri. Kira sudah terdiam berfikir. Tak kan lah.. abang nampak sihat je.. tapi bila difikir-fikirkan balik, macam ada benarnya kata-kata Mak Leha tadi. Ah..! Kira serabut.

"Mak Leha pun tak pasti tapi Puan kena pastikan dahulu, kalau betul Tuan sakit, kena cepat-cepat dapatkan rawatan." Kata Mak Leha bersama riak bimbang. Takut juga andai telahannya salah.

"Nak pastikan macam mana? Saya bukannya doktor." Balas Kira pelik. Mak Leha sudah senyum senget.

"Ehem.. Mak Leha cuma beri pendapat tetapi kalau Puan tak pasti, tak perlulah buat." Kata Mak Leha teragak-agak.

"Tak apa, Mak Leha bagitau saja. Nanti saya fikirkan macam mana." Laju Kira membalas.

"Macam ni.."

Ting Ting

Bunyi mesej di telefon Kira menghentikan lamunan sebentar tadi. Telefon di atas meja sisi diambil dan mesej dibaca. Sara menghantar mesej bertanyakan keadaan Kira dan bila Kira akan masuk bekerja semula

Selepas hampir sepuluh minit berbalas mesej bersama Sara. Kira meletakkan telefon di meja sisi dan tubuh dibawa berbaring sambil selimut ditarik hingga ke paras dada. Jam di dinding dipandang bersama fikiran yang masih lagi berkisar mengenai perkara yang dibincangkan dengan Mak Leha pagi tadi sehinggakan Kira tidak sedar matanya sudah terlelap. Kasturi yang masuk ke bilik pun tidak disedarinya.

Kira terjaga dari tidurnya dan waktu itu Kasturi sudah berada di sisi sambil tangan kanan Kasturi naik melingkar di pinggang Kira. Hati berbelah bahagi sama ada mahu mencuba ataupun tidak.

"Ah.. Try and error." Bisik Kira dalam hati. Kasturi yang berada di sisi dipandang sekilas.

+++

"Kes terhadap Tatoo telah dibacakan di Mahkamah atas tuduhan mengedar senjata api, pemerdagangan manusia dan mencederakan pegawai polis. Walaupun dia tidak mengaku bersalah dan tarikh bicara telah ditetapkan, Mahkamah tidak menawarkan jamin begitu juga dengan Chakan." Miran membaca petikan akhbar di telefon bimbitnya dengan rasa puas hati.

"Asyik sangat dengan telefon, ada yang menarik ke?." Soal satu suara. Miran yang sedang asyik dengan telefon terus mendongak. Bulat matanya apabila melihat pemilik suara yang menegur.

"Yan! Bila balik?." Soal Miran yang terus bangun sambil tangan dihulur dan tubuh sahabatnya itu ditarik ke dalam pelukan.

"Senyap-senyap je kau kan." Kata Miran sebaik pelukan dilepaskan.

"Baru dua hari lepas." Balas Aryan sambil melabuhkan duduk di hadapan Miran dan Miran juga turut melabuhkan duduknya kembali.

"Lama betul tak jumpa, masih hendsome macam dulu." Usik Miran. Aryan senyum senget.

"Kau pun apa kurangnya." Balas Aryan. Lepas ketawa dua-dua lelaki tersebut.

"I'm sorry Miran, takziah untuk kau." Kata Aryan sebaik kedua-dua mereka diam.

"Baru minggu lepas aku tahu mengenai apa yang berlaku pada mummy dan daddy kau." Kata Aryan. Miran menggeleng perlahan.

"Thanks.. and it's okay. Yang penting semuanya sudah selesai. Aku harap selepas ini tak ada lagi masalah yang timbul. Yang paling penting, aku dah dapat kakak aku semula dan Mika juga." Balas Miran bersama riak lega. Aryan angguk perlahan.

"Yang kau ni, berapa lama pulak balik kali ni?." Soal Miran menukar topik yang agak suram tadi.

"Aku.. balik terus rasanya.." Balas Aryan acuh tak acuh. Miran pamer riak pelik.

"Ai.. main rasa-rasa pulak ni. Ada masalah ke?." Soal Miran apabila dia melihat perubahan pada raut wajah Aryan.

Keluhan berat Aryan lepaskan.

"Ntah la, ikutkan.. aku malas nak balik. Kau pun tahukan yang aku memang tak suka nak campur urusan business family. Aku pun dah selesa dengan apa yang aku ada sekarang." Luah Aryan.

"Maksud kau?." Soal Miran.

"Ha..! Itu la dia, dah jumpa kawan, aku pun kau lupa Miran." Sapa Mikael yang datang dari arah belakang.

"Mika. Sorry.. Dah lama ke sampai?." Soal Miran pada Mikael yang sudah berpelukan dengan Aryan.

"Baru lagi.. kau pun satu, balik bukan nak bagitau." Tegur Mikael pada Aryan. Aryan tersenyum sambil dahi yang tidak gatal digaru.

"Eh, kau masih pakai lagi bracelet tu?." Soal Mikael apabila ternampak gelang hitam berjalur silver dan di tengah-tengahnya diikat sebutir batu segiempat putih. Simple tetapi sangat bermakna buat Aryan.

"Selagi aku belum berjumpa dengan pemiliknya." Balas Aryan sambil bracelet di pergelangan tangan dimain-mainkan.

"Kau nak cari dia di mana..?." Soal Miran pula.

"Who know I will find here." Balas Aryan bersama senyum nipis. Mikael dan Miran hanya mampu menggelengkan kepala.

+++

Sedang Kasturi lena diulit mimpi, tiba-tiba dapat dia rasakan ada sesuatu yang bergerak di kaki di bawah selimut dan terasa seperti ada tangan yang memegang di bawah sana. Pantas Kasturi membuka mata dan waktu itu dalam samar-samar cahaya dapat dia lihat ada sesuatu di bawah selimut, tanpa lengah selimut ditarik.

"Sayang.!" Terkejut Kasturi apabila melihat Kira yang berada di bawah sana. Kira pandang Kasturi bersama senyuman dan kemudian milik Kasturi yang sudah tegak berdiri diusap perlahan dan dicium lembut bahagian atas yang sudah sedikit basah serta berkilat. Terpejam mata Kasturi dengan rasa yang satu itu.

"Hm.. So warm and hard. I like it.." Kata Kira dan kemudian meneruskan kembali apa yang terhenti sebentar tadi.

"Aahh.. sayang.." Suara Kasturi sudah tersekat-sekat menikmati belaian dari Kira.

Dada yang sendat dan rasa yang sudah memuncak membuatkan Kasturi bangun dan Kira yang masih berada di bawah sana dipandang dan dengan sekelip mata, posisi bertukar dan kini Kira sudah berada di bawah. Baju tidur Kira yang nipis dan berbayang ditarik lalu terserlah kedua-dua dada yang mekar dan montok. Dengan bibir yang sedikit terbuka dan nafas yang sudah tidak teratur, terus dituju puncak yang seperti memanggil-manggil untuk dinikmati keenakkannya. Basah kedua-dua dada Kira dengan liur, tidak cukup dengan itu leher putih Kira pula yang menjadi sasaran dan kemudian semakin turun ke bawah hingga ke celahan yang satu itu yang sudah semakin basah. Dicium lembut sebelum panties ditarik dan bibir Kasturi terus memainkan peranannya hingga terangkat pinggul Kira menikmati belaiannya.

"Abang.." Panggil Kira yang sudah tidak tertahan.

"Yes, dear.." Balas Kasturi di telinga.

"I want.." Balas Kira bersama kedua tangannya naik menyangkut di leher Kasturi. Keras hembusan nafas Kasturi dan..

'Zapp!'

Milik Kasturi dibenam hingga ke hujung. Menggeliut Kira menerimanya bersama mata yang terpejam keasyikan. Malam itu dua menjadi satu. Hubungan yang tiada hala tuju selamat sampai ke penghujungnya.

+++

Belakang tubuh Kira diusap perlahan dan ciumam sekilas dilabuh di ubun-ubun. Kira mendongak memandang Kasturi bersama senyum manis.

"Naughty." Kata Kasturi sambil pucuk hidung Kira dicuit. Kira terkekeh ketawa suka.

"Maknanya abang tak sakit la kan?." Soal Kira tiba-tiba. Kasturi kerut kening tidak faham.

"Sakit? Bila masa abang sakit?." Soal Kasturi semula.

"Kalau tak sakit kenapa sejak sayang balik, abang tak pernah nak tamatkan hubungan mesra kita, mesti separuh jalan.. ada saja benda yang mengganggu." Balas Kira dengan bibir yang memuncung. Kasturi tarik nafas dalam.

"I'm sorry sayang.." Ucap Kasturi bersama pelukan yang dieratkan.

"I'm worried that you're not ready yet and I'm afraid that what we're going to do bukan atas kerelaan sayang tetapi kerana rasa tanggungjawab sebagai isteri." Luah Kasturi.

"Kenapa pula sayang nak rasa terpaksa? Sebab sayang pernah keguguran?." Soal Kira. Wajah Kasturi ditatap dalam-dalam.

"Abang takut sayang belum bersedia dengan apa yang terjadi sebelum ni.." Terang Kasturi. Tangan kiri Kira naik memegang pipi kanan Kasturi.

"Abang.. sayang tau, sayang tidak adil pada abang sebelum ini dengan menyisihkan abang dan pulang ke kampung tapi selepas abang datang mengambil sayang, sayang tahu itu bukan penghujungnya dan kita masih boleh mencuba. Semua itu rezeki dari tuhan dan sayang bersyukur andai kita diberi peluang untuk mempunyai anak selepas ini." Panjang kata-kata Kira.

"Thank you sayang." Ucap Kasturi. Bibir Kira disapa lama dan kemudian dilepaskan tetapi dipaut lagi dan kali ini Kasturi memulakan semula apa yang sudah berakhir tadi. Kira terpejam sambil menikmati keasyikan belaian Kasturi.

+++

"Tuan, Puan." Sapa Mak Leha sebaik melihat kedua-dua mereka berjalan beriringan menuruni anak tangga. Kira tersenyum lepas bersama wajah yang ceria. Mak Leha dapat mengagak pasti sesuatu yang indah telah berlaku. Syukurlah semuanya selesai.

"Mak Leha, dah kenapa tersenyum sendiri ni." Soal Kasturi. Hilang terus senyuman Mak Leha tadi.

"Hah? Tak ada apa-apa Tuan." Balas Mak Leha dan kemudian laju langkah kaki diatur ke dapur untuk mengambil air dalam teko yang siap dibancuh. Kasturi hanya tergeleng perlahan. Kira pula sudah tersenyum nipis.

+++

"Dah muktamat ke keputusan kau ni?." Soal Mikael pada Miran yang berada di kanannya. Miran angguk yakin.

"Laith?." Soal Mikael pada Laith. Wasiat Tuan Mirwan selesai dibacakan di hadapan Kira, Mikael dan Miran. Kira awal-awal lagi tidak sanggup dan menyerahkan hal-hal syarikat pada Mikael yang lebih layak begitu juga dengan Miran. Katanya dia masih belum puas dengan apa yang dia lakukan sekarang. Mikael hela nafas panjang.

"Kalau suatu hari nanti kau rasa masanya sudah tiba, aku dengan berbesar hati menerima kau di syarikat ni Miran." Kata Mikael bersama tepukan di bahu Miran.

"Ya.. i will.." Balas Miran.

"Kau pun El, jangan nak rehat lama sangat. Kesian kat aku ni, siapa pun tak ada yang nak tolong." Luah Mikael.

"Ehem.." Laith berdeham. Tiga-tiga pasang mata melepas pandang pada Laith yang berada di belakang Mikael.

"Ye.. ye.. aku tau kau ada.. maksud aku sekarang ni diaorang ni ha." Kata Mikael. Terhambur ketawa ketiga-tiga mereka dengan ulah Laith. Semasa Tuan Mirwan masih ada, Laith memang sudah rapat dengan Mikael dan disebabkan Laith jugalah syarikat Tuan Mirwan kembali pulih, jika dibiarkan di tangan mummynya mungkin sudah bungkus barangkali.

05/12/2023 @ 2045hrs

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience