Bab 10

Romance Series 548166

"Hello" Kasturi bersuara.

"Aku dah buat apa yang kau minta. Kemalangan tu memang disengajakan, ada kesan tayar kenderaan lain di sana. Tapi kawasan kampung, tak ada CCTV. Saksi pun tiada" kata Burn di sebelah sana.

"Aku dah agak. Memang tak guna!" marah Kasturi yang sudah tegak berdiri di beranda rumah.

"Kau jangan bimbang, aku akan cari orangnya" balas Burn.

"Thanks Burn" kata Kasturi.

"Edan" panggil Burn.

"Kau.. bila nak balik?" soal Burn.

"Two or three more days after all is done" balas Kasturi.

"Okay. I will let you know if there is any news later" balas Burn.

"Thanks Burn" balas Kasturi lalu talian dimatikan.

"Awak" panggil Kira. Kasturi toleh ke belakang.

"Ya, dah siap?" soal Kasturi lalu dia berjalan ke arah Kira yang berada di muka pintu.

"Dah" balas Kira sambil kepala dianggukkan. Selepas pintu dikunci, Kasturi memimpin Kira turun dari tangga hingga ke kereta Kira di tepi halaman rumah. Daun pintu dibukakan dan Kira melolos masuk ke bahagian penumpang hadapan. Selepas itu Kasturi terus ke bahagian pemandu.

"Ada mana-mana klinik yang awak biasa pergi?" soal Kasturi sebaik memulakan perjalanan.

"Tak ada la pula, biasa kalau demam pun saya ambil panadol je" balas Kira sambil memandang Kasturi di sisinya yang sedang tekun memandu.

"Okay, kalau macam tu kita ke klinik kawan saya la" kata Kasturi sambil memandang sekilas pada Kira.

"Awak ada kawan buka klinik kat sini?" soal Kira tidak percaya.

"Ya, kawan sekolah" balas Kasturi.

"Oo.." balas Kira sambil anggukkan kepala dan dia menoleh ke sisi. Nampak tenang sahaja Kasturi memandu. Kira memerhatikan parut pada kening Kasturi. Agak-agak macam mana boleh jadi macam tu ya. Mesti sakit.. macam nak dipegang-pegang sahaja parut tu. Rasa gatal sahaja tangannya ini.

"Don't look at me like that, you will drill a hole in my face" kata Kasturi tanpa menoleh pada Kira.

Laju Kira toleh ke hadapan. Memerah wajahnya apabila ditangkap sedang memerhatikan wajah Kasturi. Bibir diketap kuat. Aduh, macam mana dia boleh perasan. Bukan mata dia tengok depan ke?

"Don't bite your lips" kata Kasturi. Kira toleh pada Kasturi dengan dahi berkerut.

"Kenapa?" soal Kira tidak mengerti. Kasturi tidak membalas. Dia hanya diam sambil meneruskan pemanduan.

"Awak!" panggil Kira.

"What?" soal Kasturi.

"Kenapa awak tak bagi saya buat macam tu?" soal Kira tidak puas hati. Kasturi angkat bahu.

"Ish!" Kira juih bibir. Sunyi seketika. Tidak lama Kira bersuara.

"Awak" panggil Kira.

"Hm" balas Kasturi.

"Boleh saya tanya sikit?" soal Kira. Wajah Kasturi dipandang.

"Tanya apa?" soal Kasturi yang masih lagi tekun memandu.

"Er.. awak kerja apa ya? mata awak.. kenapa jadi macam tu?" soal Kira lalu dipusingkan sedikit tubuhnya mengadap ke arah Kasturi.

"Dah kahwin baru nak tanya?" soal Kasturi. Kira menjeling. Tubuhnya terus dibawa tegak ke hadapan semula.

"Mana sempat saya nak tanya.. baru hari ni teringat. Dah la, tak nak jawab pun tak apa" merajuk sahaja bunyinya. Kasturi senyum nipis, ekor matanya memandang Kira yang memuncung bibir.

"Jauh lagi ke klinik kawan awak tu?" soal Kira sambil mata memerhatikan kiri dan kanan deretan kedai. Tiba-tiba Kasturi memberi signal ke kiri dan kemudian kereta diparking ke dalam petak parking di tepi jalan. Kira toleh ke keluar tingkap, signboard klinik dipandang.

"Poliklinik dan Surgeri Hannah?" kata Kira sambil memandang semula ke arah Kasturi di sisi.

"Ni kawan sekolah ke girlfriend?" soal Kira curiga. Kasturi tidak membalas.

"Let's go" kata Kasturi lalu seatbelt ditanggalkan dan daun pintu ditolak.

"Ish! suka sangat tak nak jawab soalan aku la dia ni" bebel Kira sambil klip seatbelt ditekan.

"Tak nak keluar ke?" soal Kasturi yang sudah membukakan daun pintu Kira.

"Ya, cheq nak keluaq la ni" balas Kira lalu kakinya melangkah keluar dari perut kereta.

"Ingatkan tak mau keluaq, dok keraih dalam tu" kata Kasturi sambil daun pintu ditutup. Kira yang mahu melangkah terus menoleh ke belakang.

"Awak cakap apa tadi?" soal Kira. Aku salah dengar ke? Kasturi angkat kening sambil memegang lengan Kira untuk memimpinnya berjalan.

"Awak.." panggil Kira sambil memandang ke sisi. Wajah Kasturi dipandang lagi. Kasturi hanya pamerkan senyum.

"Ish.. dia ni kan!" tidak puas hati Kira apabila Kasturi tidak membalas.

"Shh.. di klinik tak boleh bising-bising" kata Kasturi sambil berbisik di telinga Kira lalu tangan kirinya naik menarik daun pintu klinik.

"Selamat datang" sapa jururawat yang bertugas di kaunter pada Kasturi dan Kira. Kasturi hanya angguk.

"Cik pernah datang ke sini?" soal jururawat tersebut. Belum sempat Kasturi hendak menjawab ada satu suara dari belakang menegur.

"Edan" sapa seorang perempuan tinggi lampai dari belakang. Kasturi toleh lalu tersenyum. Perempuan tersebut pandang Kira dan kemudian pandang Kasturi semula.

"Chi è questa bella donna? (siapa wanita cantik ni?)" soal perempuan tadi pada Kasturi.

"Mia moglie (isteri saya)" balas Kasturi. Bulat mata perempuan. Kemudian dia tersenyum.

"Come" panggil perempuan tersebut lalu mengatur langkah ke arah pintu yang bertanda nama Dr. Hannah.

"Jom" kata Kasturi sambil memimpin Kira. Kira toleh pandang pada Kasturi sambil kaki turut melangkah masuk ke pintu bilik yang dimasuki perempuan tadi.

"Have a seat, saya Hannah schoolmate Edan" kata Dr. Hannah tadi lalu dihulurkan salam pada Kira. Teragak-agak Kira sambut salam yang dihulur sambil dia turut memperkenalkan diri.

"Saya Kira" balas Kira pula.

"Nice to meet you" balas Dr. Hannah sambil melabuhkan duduk.

"Sampai hati you kan Edan, kahwin tak ajak" kata Dr. Hannah sambil menjeling pada Kasturi yang sedang membantu Kira melabuhkan duduk di kerusi di tepi meja manakala Kasturi pula melabuhkan duduk di kerusi di tepi dinding. Kasturi hanya senyum nipis dengan kata-kata Dr. Hannah.

"Sakit apa?" soal Dr. Hannah. Wajah Kira dipandang.

"Kaki terseliuh" kata Kira.

"Oh, boleh saya periksa?" soal Dr. Hanna. Kira angguk.

"Kira duduk di atas katil ni" kata Dr. Hannah sambil berdiri. Kira juga turut berdiri dan melangkah ke arah katil di tepi bilik. Kasturi membantu Kira untuk memanjat naik. Dr. Hannah kemudian membuat pemeriksaan pada kaki Kira.

"Tak ada apa yang serius tapi kaki ni kena bandage supaya bengkak boleh surut" kata Dr. Hannah lalu dia memanggil jururawat dan arahan diberikan. Tidak lama jururawat tadi kembali semula bersama bandage dan ubat-ubatan. Dr. Hannah ambil krim dan sapukan pada kaki Kira, kemudian dibalut dengan bandage.

"Okay, siap" kata Dr. Hannah lalu melabuhkan duduk di tempatnya semula. Kira pula sudah turun dari katil dengan bantuan Kasturi lalu melabuhkan duduk di kerusinya tadi manakala Kasturi hanya berdiri di sisi Kira.

"Ini ada ubat tahan sakit, ubat kurangkan bengkak dan krim, bandage pun ada. Bandage kena tukar selalu ya dan selepas mandi sapu krim sebelum dibalut semula. Ubat tahan sakit makan bila perlu tapi ubat bengkak kena makan 3 kali sehari selepas makan" kata Dr. Hannah sambil menunjukkan ubat, krim dan bandage yang ada di atas meja.

"That's all dan ini ubatnya" kata Dr. Hannah sambil tersenyum. Ubat yang sudah dimasukkan ke dalam plastik diserahkan pada Kasturi.

"How much?" soal Kasturi.

"Tak payah. Macam tak biasa pula you ni kan" kata Dr. Hannah. Kasturi tersenyum senget.

"Thanks Hannah" kata Kasturi sambil membantu Kira untuk bangun berdiri.

"Terima kasih doktor" kata Kira.

"Just Hannah" kata Dr. Hannah yang turut sama berdiri.

"Terima kasih Hannah" ulang Kira. Hannah tersenyum.

"Aku balik dulu" kata Kasturi pada Dr. Hannah. Dr. Hannah angguk sambil melabuhkan duduknya kembali. Kasturi memimpin Kira berjalan hingga ke kereta yang diparking di tepi jalan. Daun pintu ditarik lalu Kira melolos masuk dan daun pintu ditutup. Kemudian Kasturi terus ke bahagian pemandu. Laju dia melolos masuk. Enjin dihidupkan dan pedal minyak ditekan.

"Awak nak beli apa-apa ke?" soal Kasturi sambil memandang sekilas pada Kira di sisi. Kira geleng perlahan.

"Tak da rasanya" kata Kira.

"Kalau macam tu kita balik rumah" kata Kasturi lalu pedal minyak ditekan lagi, menderum laju kereta meluncur pergi. Hampir tiga puluh minit memandu tiba-tiba terdengar bunyi siren bomba di belakang. Kasturi pandang belakang melalui cermin pandang belakang dan apabila menyedari jentera bomba datang dari arah belakang kereta dipandunya, dia terus memberi laluan kepada kenderaan tersebut.

"Ada terbakar ke?" soal Kira sambil menoleh ke belakang. Mata memandang jentera Bomba yang bergerak hingga kenderaan tersebut melepasi kereta dipandu Kasturi.

"Might be" balas Kasturi. Kemudian dari jauh nampak asap hitam berkepul-kepul. Hati Kira rasa tidak sedap.

"Awak, cepat sikit boleh tak? saya tak sedap hati la" pinta Kira sambil memandang Kasturi di sisi. Kasturi angguk lalu pedal ditekan lagi. Semakin hampir kereta dipandu Kasturi, semakin berdebar hati Kira jadinya dan bagaikan dihempap batu besar Kira rasa apabila dilihat rumah arwah Pak Chaq yang terbakar. Terus Kasturi berhenti di tepi jalan raya. Waktu itu orang kampung sudah ramai berada berhampiran rumah. Kira pula kalut membuka daun pintu dan laju kaki melangkah ke arah rumah tanpa menutup dahulu pintu kereta. Tidak dihiraukan kakinya yang sakit tadi. Kasturi yang melihat tindakan Kira pantas keluar dari kereta dan tubuh Kira dicapai.

"Awak! saya nak masuk. Barang-barang Mak Chaq, Pak Chaq.." kata Kira yang sudah meleleh air matanya. Kasturi geleng perlahan, tubuh Kira ditarik dalam pelukannya.

"Api dah marak. Bahaya" pujuk Kasturi.

"Ri" panggil satu suara.

"Pak Ndak" sapa Kasturi. Kira pula sudah meronta mahu masuk ke kawasan rumah. Waktu itu pihak bomba sedang berhempas pulas memadamkan api. Rumah papan, cuaca panas pula. Mudah sahaja marak apinya. Kereta arwah Pak Chaq dan kereta Myvi Kasturi di tepi rumah juga turut sama terbakar. Kuat Kasturi ketap bibir.

"Mujuq la hang pa tak dak dalam ghumah. Kalau dak, tak tau la.." kata Pak Ndak sambil tergeleng perlahan. Kira pula sudah terduduk di atas rumput di tepi jalan.

"Kira.. bangun nak, kotoq hang duduk sini" kata Mak Ndak yang sudah datang menghampiri Kira.

"Mak Ndak.." Kira sudah terngongoi. Mak Ndak membantu Kira bangun dan dibawa Kira ke kereta, lalu dibantu Kira untuk duduk di bahagian penumpang hadapan. Kasturi toleh pada Kira yang sedang ditenangkan Mak Ndak.

"Siapa yang laporkan kebakaran ni Pak Ndak?" soal Kasturi.

"Rosli.. dia baru balik kebun kutip sekerap, dia la yang nampak ghumah ni terbakaq. Depa len memang ada nampak asap hitam tapi tak tau ghumah sapa yang terbakaq sampai la si Rosli ni yang habaq" kata Pak Ndak. Kasturi hela nafas panjang. Kereta Myvi yang sudah rentung dipandang. Sorry, Kent. Nanti aku ganti. Kata Kasturi dalam hati.

"Sapa la busuk hati pi bakaq rumah ni" kata Pak Ndak sambil memandang pada Kasturi di sisi.

"Saya pun tak pasti Pak Ndak" balas Kasturi walaupun dalam hatinya dapat mengagak kerja siapa. Tiada orang lain, hanya satu nama sahaja. Tiba-tiba telefon bimbit Kasturi berbunyi. Laju tangan Kasturi mengambil telefon dari poket. Skrin dipandang dan icon hijau digesek.

"Hello Burn" kata Kasturi.

"Sorry aku lambat bertindak tapi kau tak perlu bimbang. Aku dah dapat orangnya" kata Burn pada Kasturi. Tangan digenggam kuat.

"Kau simpan, nanti aku datang" kata Kasturi. Kira yang masih berada bersama Mak Ndak dipandang.

"Ri, Pak Ndak ghasa hang pi buat repot dulu. Urusan ghumah ni biaq Pak Ndak yang urus" kata Pak Ndak.

"Terima kasih Pak Ndak" ucap Kasturi sambil salam dihulur.

"Tak dak apa aih. Dah pi" kata Pak Ndak. Kasturi angguk lalu melangkah ke arah Kira dan Mak Ndak di kereta.

"Mak Ndak" sapa Kasturi.

"Ri" kata Mak Ndak pula.

"Kira, kita ke Balai Polis buat laporan" kata Kasturi. Kira yang yang masih lagi meleleh air matanya hanya angguk perlahan. Mak Ndak pula terus berundur dan daun pintu ditutup.

"Kami pergi dulu" kata Kasturi pada Mak Ndak.

(05/02/2021 @ 2139hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience