Bab 19

Romance Series 548166

“Ini fail yang saya minta?” soal Encik Am pada Dell setelah Kira keluar dari pejabatnya.

“Ya, Encik Am” balas Dell. Encik Am meneliti butiran di dalam fail dan kemudian Dell di hadapannya dipandang seketika.

“Are you sure?” soal Am tanpa memandang pada Dell.

“Ya, Encik Am. Ini yang client kita minta” balas Dell.

Fail di tangan diletakkan di hadapannya dan Dell dipandang.

“You know who the target is, right?” soal Am. Dell anggukkan kepala sambil membalas.

“Ya, saya tau and that is why I need confirmation from you immediately. Saya tak mahu nanti akan timbul masalah pada agensi kita pula nanti” terang Dell.

“Selain dari awak, siapa lagi yang tahu mengenai target baru ni?” soal Encik Am. Bingkai gambar yang ada di atas meja dipandang.

“Hanya saya dan Encik Am” balas Dell.

“Okay, do not tell anyone about this because we are not sure whether to do this task or not but i'm very sure we can't” balas Encik Am. Dell angguk tanda faham.

“Awak boleh keluar and thank you dan kalau ada sesiapa yang bertanya mengenai fail ni, let me know immediately” kata Am.

“Baik Encik Am” kata Dell lalu berdiri dan terus melangkah keluar dari pejabat Encik Am.

Am mengambil bingkai gambar yang ada di atas meja kerjanya lalu gambar mereka berempat diusap.

+++

Kasturi meletakkan motorsikalnya di tempat parking lalu dia turun dari motorsikalnya sambil menanggalkan glove dan disimpan di dalam poket jaketnya. Kemudian helmet fullface pula ditanggalkan dan disangkut pada lengan. Mata melilau mencari kelibat orang yang ingin dijumpanya. Dari sebalik cermin restoran dapat dia lihat seorang lelaki sedang memerhatikannya, lalu tangan diangkat tanda menyapa.

“Lama tunggu?” soal Kasturi sambil salam dihulur. Sesudah itu helmet diletakkan di atas kerusi bersebelahannya dan dia labuhkan duduk.

“Baru lagi” balas Burn.

“Apa hal kau nak jumpa aku? Bukan kes hari tu dah settle?” soal Burn.

“Kes hari tu dah settle” balas Kasturi lalu pekerja kedai dipanggil dan pesanan dibuat.

"Kalau dah settle, ada masalah baru ke?" soal Burn.

“No, aku ada perkara lain nak tanya kau” kata Kasturi lalu sampul yang berada di dalam jaketnya dikeluarkan lalu diserahkan pada Burn. Burn sambut huluran sampul dengan riak tidak mengerti.

“Apa ni?” soal Burn. Isi dalam sampul dikeluarkan.

“Kau tengoklah” kata Kasturi pula.

Burn keluarkan beberapa helai kertas yang ada di dalam sampul dan butiran dibaca dan diteliti. Kasturi di hadapannya dipandang.

“Siapa ni? Perempuan pula tu” soal Burn.

“Itu yang aku nak tanya kau” kata Kasturi. Tidak lama pekerja kedai datang menghantar minuman. Air sejuk disisip perlahan menuruni tekak. Hilang hausnya.

“Takkan kau tak kenal, cuba tengok nama agensi tu” kata Kasturi lagi. Burn membaca nama agensi tempat wanita ini bekerja. Berubah wajahnya lalu dipandang Kasturi di depan.

“Agensi kau kan” kata Kasturi.

“Memang agensi aku tapi ownernya kau..” balas Burn. Kasturi hela nafas panjang sebelum air disisip lagi.

“Kau pun tahukan aku tak pernah ambil tahu pasal agensi tu, itu semua arwah ayah punya. Itu semua hasil titik peluh dia.” balas Kasturi.

“Memang arwah ayah kau punya tapi selepas dia meninggal, agensi tu jadi milik kau Edan lagipun kau bukan ada adik beradik lain untuk uruskan apa yang ditinggalkan arwah ayah kau tu” kata Burn.

“Lagi satu, kalau kau tanya aku memang aku tak tahulah siapa perempuan cantik ni sebab pejabat aku tak ada orang nama ni. Cuba kau tanya HQ. Lagipun aku dah lama kot tak masuk pejabat” kata Burn lagi. Kasturi sandar tubuh ke belakang.

“Yang kau beriya tanya pasal perempuan ni kenapa? Eh, tapikan aku rasa macam pernah nampak la perempuan ni” kata Burn sambil berkerut-kerut dahinya berfikir.

“Macam muka wife kau pun ada ni, tapi wife kau pakai tudungkan? Ni free hair. Macam gambar lama pun ya juga” kata Burn. Kasturi tegakkan tubuhnya kembali. Wajah Burn dipandang lama.

“Yes, that's her” balas Kasturi.

“Erk, biar betul kau ni?” soal Burn terkejut lalu gambar Kira diteliti tetapi tidak sempat dipandang lama, kertas tersebut ditarik Kasturi.

“Tak payah la nak tengok lama-lama” marah Kasturi. Burn senyum senget.

“Alah aku tengok gambar je kan, itu pun nak jealous” usik Burn. Kasturi jelling tajam.

“Selepas arwah ayah kau meninggal, kau tak ke HQ ke?” soal Burn.

“Nak buat apa? Kau dengan Am kan ada. Bukan kau orang tak biasa buat kerja. Lagipun arwah ayah aku memang percaya kau orang berdua” kata Kasturi. Burn senyum senget.

“Dia percaya aku dengan Am pun disebabkan kau Edan. Kalau kau tak kenalkan kitaorang pada arwah ayah kau dulu, rasanya sekarang ni aku dah jadi bouncer kelab kot” balas Burn sambil tertawa.

“Itu cerita lama Burn. Lagipun apa yang aku buat tak sepadan dengan apa yang kau dan Am dah lakukan untuk aku” balas Kasturi.

“We bro right” kata Burn lalu air di hadapannya disedut. Kemudian telefon bimbitnya berbunyi. Tangan menyeluk poket dan nama pada skrin dipandang.

“Panjang umur, baru sebut” kata Burn lalu ditunjukkan skrin pada Kasturi. Icon hijau digesek.

“What’s up, macam tau-tau je aku tengah sebut pasal kau kan..” kata Burn.

“Huh, tak ada kerja lain la tu. Kutuk aku!” marah Am di sebelah sana.

“Kau dengan siapa tu?” soal Am lagi.

“Aku dengan Edan” balas Burn. Kasturi yang berada di depanya dipandang.

“Bila dia balik? Tak call aku pun. Bertuah betul!” marah Am. Burn sudah ketawa lalu telefon diserahkan pada Kasturi. Kasturi sambut huluran telefon dari Burn lalu didekatkan ke telinganya.

“Hello” Kasturi bersuara.

“Edan, kau ni.. dah balik sini tak bagitau aku pun” kata Am. Merajuk sahaja bunyinya. Kasturi sudah ketawa perlahan.

“Tak ada masa la Am” balas Kasturi.

“Iya lah, jumpa Burn ada masa pula” balas Am. Kasturi ketawa.

“Dah la kau, jangan nak buat-buat merajuk sangatlah. Tak ada siapa yang pujuk pun” usik Kasturi. Terdengar ketawa dari Am di sebelah sana.

“Dah alang-alang aku bercakap dengan kau ni. Aku ada hal sikit nak jumpa kau boleh?” soal Kasturi.

“Aku pun ada hal juga nak bincang dengan kau ni” kata Am pula.

“Kalau macam tu, kau datang pejabat aku la. Safety sikit lagi pun apa yang aku nak bagitau kau ni agak confidential” balas Am. Kasturi kerut kening.

“Confidential?” soal Kasturi. Burn yang sedang memandangnya pamer riak tidak mengerti.

"Yup, very confidential" balas Am.

“Okay, kalau macam tu..Tomorrow?” soal Kasturi.

"Great" balas Am sepatah.

“What time?” soal Kasturi.

“After lunch. Bagitau Burn sekali” kata Am.

“Okay, see you tomorrow” kata Kasturi lalu talian dimatikan.

"Esok kita ke pejabat Am, tapi kau datang ambil aku boleh?" kata Kasturi.

"No hal. Pukul berapa?" soal Burn.

"Kau datang awal sikit, kita pergi lunch dulu lepas tu baru gerak ke sana" balas Kasturi.

+++

Lebih kurang jam enam petang Kira sampai di rumah dan waktu itu Kasturi masih lagi belum pulang. Setelah enjin dimatikan, Kira keluar dari perut kereta setelah beg kerjanya diambil di tempat duduk penumpang hadapan.

"Assalamualaikum Puan" sapa Pak Mail sewaktu melihat Kira yang sedang melangkah ke arah pintu masuk. Kira toleh ke kanan, dilihat Pak Mail sedang berjalan ke arahnya.

"Waalaikumsalam Pak Mail" balas Kira sambil tersenyum.

"Baru sampai?" soal Pak Mail.

"Haah, baru sampai. Pak Mail nak balik dah ke?" soal Kira pula.

"Sekejap lagi pukul tujuh Pak Mail balik la. Tunggu Mak Leha siap kemaskan dapur tu dulu. Nanti Puan bolehlah makan, Mak Leha dah siap masakkan" kata Pak Mail. Kira toleh ke arah pintu.

"Oh, ye ke.. susahkan Mak Leha saja. Saya boleh masakkan. Bukan susah sangat pun. Dah biasa" balas Kira.

"Memang biasa macam tu Puan. Lepas masak. Pak Mail dan Mak Leha balik la. Setiap hari waktu bekerja, Mak Leha yang masakkan" tambah Pak Mail. Tidak lama terdengar bunyi enjin motorsikal.

"Tuan dah balik pun" kata Pak Mail sambil menoleh pada Kasturi yang sedang menunggang motorsikalnya masuk ke bawah porch rumah. Kasturi yang sudah turun dari motorsikal terus berjalan ke arah Kira dan Pak Mail sambil menanggalkan helmet lalu membetulkan rambutnya yang kusut.

"Sayang, dah lama sampai?" soal Kasturi pada Kira.

"Baru lagi" balas Kira.

"Tuan" sapa Pak Mail.

"Pak Mail tunggu Mak Leha ke?" soal Kasturi sambil glove disimpan di dalam helmet yang berada di tangan.

"Ha'ah, sambil-sambil tu berbual dengan Puan" kata Pak Mail. Kasturi angguk.

"Saya masuk dulu Pak Mail, nak mandi. Melekit badan" kata Kasturi lalu melangkah ke arah pintu.

"Saya pun nak masuk dulu ya Pak Mail" kata Kira pula.

"Ye lah" balas Pak Mail. Kira terus mengekori langkah Kasturi hingga ke dalam rumah.

"Mak Leha" panggil Kasturi pada Mak Leha yang sedang mengeringkan pinggan.

"Ya Tuan" sahut Mak Leha. Terkedek-kedek wanita itu berjalan ke arah Kasturi.

"Mak Leha baliklah, Pak Mail dah tunggu di luar" kata Kasturi.

"Eh, belum pukul tujuh lagi Tuan" balas Mak Leha sambil memandang pada jam di dinding.

"Tak apa, Mak Leha dah siap masak kan?" soal Kasturi. Mak Leha angguk.

"Kalau macam tu Mak Leha baliklah. Mata Pak Mail pun tak nampak sangat tu kalau balik malam-malam." kata Kasturi.

"Betul ke ni Tuan?" soal Mak Leha lagi.

"Iya. Baliklah" balas Kasturi.

"Kalau macam tu Mak Leha balik dulu ya. Terima kasih Tuan, Puan" kata Mak Leha. Kasturi angguk dan Kira pula hanya pamerkan senyum. Laju Mak Leha berlalu ke dapur dan tidak lama dia keluar semula bersama beg di tangan.

"Mak Leha balik ya. Assalamualaikum" kata Mak Leha lalu menghilang di sebalik pintu.

"Kita naik mandi dulu. Lepas tu makan. Mak Leha dah siap masakkan makan malam" kata Kasturi. Helmet yang ada di tangan diletakkan di dalam pigeon hole di tepi tangga lalu dia menghampiri anak tangga untuk ke bilik di tingkat atas. Kira hanya angguk sambil mengekori Kasturi mendaki anak tangga ke bilik.

"Saya mandi dulu ya" kata Kira sebaik kedua mereka melangkah masuk ke dalam bilik pakaian di dalam bilik tidur. Kasturi yang sedang menggantungkan jaketnya menoleh pandang pada Kira sambil senyum senget. Kira dah cuak.

"How about we shower together, that's better than alone.." kata Kasturi yang sudah berjalan menghampiri Kira yang sedang menanggalkan tudung di hadapan cermin besar. Kira toleh ke belakang, sebaik melihat Kasturi yang sudah berjalan menghampirinya. Laju Kira tanggalkan tudung dan terus dia berlari masuk ke bilik air. Nasib baik tuala sempat dicapainya. Kasturi yang melihat tingkah Kira tertawa kecil sambil tergeleng kepala.

+++

"Kalau dah mengantuk, sayang naik tidur dulu. Abang ada kerja sikit" kata Kasturi pada Kira yang sedang menyimpan air di dalam peti ais.

"Awak nak buat kat bilik kerja ke?" soal Kira. Pintu peti ais ditutup dan dia berjalan ke arah Kasturi.

"Yup, why?" soal Kasturi.

"Saya nak tumpang boleh, nak siapkan kerja sikit" kata Kira yang sudah berdiri di sisi Kasturi di meja makan. Kasturi buat-buat seperti sedang berfikir dengan permintaan Kira.

"Tak boleh ke? saya tak ganggu awak.. saya buat kerja diam-diam je.." kata Kira.

"Upah" kata Kasturi sambil ketuk bibir dengan jari terlunjuknya. Kira kerut kening dan kemudian baru dia faham.

"Ee.. tak payah la kalau macam tu. Saya buat kat ruang tamu je" balas Kira lalu memusingkan tubuh untuk meninggalkan meja makan tetapi pantas lengannya ditarik Kasturi. Memuncung bibir Kira. Kasturi bangun berdiri lalu bibir memuncung itu disapa sekilas. Terkebil-kebil kata Kira.

"Okay, done" balas Kasturi lalu dia terus berlalu ke bilik kerja.

"Ish! dia ni tau.." marah Kira tapi.. dalam hati suka. Eheh!

Kira kemudian berlari naik ke bilik lalu mengambil beg kerjanya tadi dan dibawa ke bilik kerja Kasturi di tingkat bawah. Pintu bilik yang tertutup diketuk lalu pemegang pintu dipegang dan ditolak perlahan. Kepala dijenguk lalu terus dia melolos masuk dan daun pintu ditutup rapat. Beg kerjanya di bawa ke sofa yang bertentangan dengan meja kerja Kasturi. Note book dikeluarkan bersama fail. Butang power ditekan dan tidak lama skrin bercahaya dan tertera gambar dia bersama arwah Pak Chaq dan Mak Chaq. Kabel hard dics disambungkan pada note booknya dan password dimasukkan lalu butiran mengenai tasknya tertera di skrin.

(11/02/2021 @ 2130hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience