Bab 37

Romance Series 548166

"Awak lelaki bermata hijau tu kan? I can't forget about it."

"Sayang!." Tegur Kasturi. Terbangun terus dia dari kerusi. Bukan Kasturi sahaja, Am dan Burn juga terkejut dengan kehadiran Kira. Kasturi menjeling pada Reno dan Hud yang berdiri tidak jauh dari mereka.

"You the one in Jeff's place, right?." Soal Kira lagi.

"Betul tak?." Soal Kira dan bersama dengan itu jemarinya semakin menghampir wajah Irwan. Kira mahu menyentuh tahi lalat kecil milik Irwan tetapi belum sempat Kira menyentuhnya, Kasturi telah dahulu menarik tangan Kira.

"Sorry Ir. This is my lovely wife. Kira." Kata Kasturi sambil jemari Kira digenggam dan tubuh Kira ditarik rapat padanya. Berkerut wajah Kira apabila Kasturi menariknya begitu.

"I know who is she." Balas Irwan tanpa memandang ke arah Kira, gelas di hadapannya dimain-mainkan dan kemudian tubuh disandarkan ke belakang.

"See.. He know me." Kata Kira sambil wajah Kasturi dipandangnya. Kasturi pandang Irwan.

"You have a lot to explain Ir." Kata Kasturi. Irwan senyum nipis.

"But, I don't think this is the right place." Sampuk Am. Burn angguk tanda setuju.

"I know where should we go." Kata Kasturi.

"Okay, let's go there." Kata Am lalu bangun dari kerusi.

"Next time kita datang lagi. Dah lama tak datang ke sini." Kata Burn yang juga turut bangun.

+++

"Hotel Indah Kasturi?." Soal Irwan pada Kasturi semasa beriringan masuk ke restoran hotel tersebut. Kasturi angguk.

"I think this is the safest place." Balas Kasturi.

"Caden's Hotel. I agreed with that." Sampuk Burn pula.

"Isteri dia polis kan?." Soal Am pula.

"Enough, stop talk about other people." Kata Kasturi pada sahabat-sahabatnya bersama helaan nafas panjang.

"Have a seat." Kata Kasturi lalu dilabuhkan duduk dan Kira ditarik supaya duduk di sisinya. Tidak senang dia dengan Kira. Sejak dari tadi lagi, wajah Irwan menjadi perhatiannya.

"Stop staring at me El." Kata Irwan sebaik dia melabuhkan duduk bersama ketawa kecil.

"Takut nanti ada yang makan hati pula." Tambah Burn bersama kenyitan mata pada Kira. Kira kerut kening. Am beri isyarat supaya memandang Kasturi di sisinya. Kira menoleh pada Kasturi, kelatnya wajah lelaki itu. Kira capai tangan Kasturi di bawah meja lalu disulamnya. Kasturi menoleh pada Kira lalu dia pamerkan senyum manis pada suaminya itu.

"Aku dengan Burn ke sana sekejap." Kata Am pada Kasturi. Dia memberi ruang pada Kasturi dan Irwan serta Kira selesaikan kekustan yang ada. Bukan dia tidak mahu ambil tahu tetapi rasanya biarlah perkara tersebut diselesaikan tanpa kehadiran dia dan Burn.

"Thanks Am." Ucap Kasturi lalu menoleh semula ke arah Kira. Kira pula waktu itu masih memandang Irwan selagi lelaki itu tidak menjawab soalannya sebelum ini.

"What's your answer?." Soal Kira pada Irwan. Irwan pandang Kasturi sekilas. Tangan naik meraup rambut.

"Yup, it was me." Kata Irwan pada Kira. Tegak pandangannya pada Kira. Kira senyum senget. Kan betul, aku tak pernah silap.

"Why did you do like that?." Soal Kira.

"And how you got being there?." Tambah Kira lagi. Empat pasang mata tunak memandang Irwan. Irwan sandarkan tubuh ke belakang.

"Answer her question Ir!." Keras suara Kasturi berbunyi.

"Huh!." Kuat Irwan mendengus.

"Kau nak tau kenapa?." Merah mata Irwan memandang Kasturi.

"You should ask yourself that question, Edan!." Balas Irwan. Kasturi kerut kening, Kira pula pantas menoleh pandang pada Kasturi.

"Kau cakap apa ni?." Soal Kasturi tidak mengerti. Irwan senyum sinis.

"Kalau kau jadi aku, who do you think is the cause of all this?." Soal Irwan lagi. Kasturi masih tidak mengerti.

"Edan.. Edan.." Kata Irwan bersama gelengan kepala.

"Selepas letupan yang berlaku, hanya kau yang kekal dalam pasukan. Siapa lagi yang sabotaj team kita kalau bukan kau, Edan!." Tengking Irwan. Berubah wajah Kasturi dengan kenyataan Irwan.

"Kau ingat aku punca semua ni, Ir?." Soal Kasturi tidak percaya. Irwan jungkit kening.

"Who's know.. Lagipu  siapa lagi kalau bukan kau?." Tinggi suara Irwan membalas bersama tubuh dibawa berdiri. Kira sudah tegak duduknya apabila melihat keadaan semakin panas di dalam bilik ini.

"Hey! Aku belum gila la nak korbankan sahabat sendiri!." Balas Kasturi. Laju dia bingkas bangun.

"Kalau bukan kau kenapa Tuan Mazlan masih simpan kau dalam unit tu?!." Marah Irwan.

"Tuan Mazlan?." Soal Kasturi. Irwan senyum sinis.

"Kau tak payah nak berpura Edan." Kata Irwan bersama cekakan pada baju Kasturi. Menggeletar tangan kanan Irwan memegang baju Kasturi.

"Kau cakap apa ni?." Soal Kasturi. Lengan Irwan yang memegang bajunya dipegang kuat. Kira sudah bangun berdiri apabila melihat kedua sahabat itu bertekak. Tegang kedua wajah mereka. Masing-masing melawan pandangan mata tanpa ada yang mahu mengalah.

"Hey, bincang baik-baik tak boleh ke?!." Kira bersuara bersama tubuh dibawa berdiri bersama tepukan di meja tetapi kedua-dua lelaki tersebut masih dalam keadaan tadi. Kira ketap bibir lalu direntap pada kedua lengan lelaki yang sedang berpaut.

"Argghh..!" Bergabung suara Kasturi dan Irwan apabila kepala mereka terhantuk kuat akibat dari tindakan Kira. Terlepas tangan yang saling memegang tadi. Berpinar sekejap mata.

"Sedap?!." Marah Kira bersama tangan cekak di pinggang. Am dan Burn yang baru masuk ke bilik tersebut terkebil-kebil melihat keadaan mereka bertiga.

"Eh, apahal ni?." Soal Am. Kasturi mendengus kuat bersama tubuh dihenyak kasar pada kerusi. Begitu juga Irwan.

"Bergaduh macam budak-budak! Tak boleh bincang elok-elok?!." Marah Kira.

"El, kenapa ni?." Soal Burn pula sambil melabuhkan duduk.

"Tanya la sendiri." Balas Kira bersama tubuh dibawa duduk dan tangan naik memeluk tubuh. Tajam dijeling pada kedua lelaki tadi.

"Perkara boleh bincang elok-elok kan?." Tambah Kira lagi.

"Korang ni dah kenapa? Aku tinggal sekejap pun dah bercakar. Apa ni, Edan? Wan?." Soal Am. Tiada yang menjawab, rapat bibir kedua-dua lelaki itu.

"Jawablah! Terkebil-kebil kenapa? Diam macam ni bila nak settle! Tadi nak bercakap sangat, orang dah suruh bercakap, tak nak pula!" Marah Kira sambil pandang Irwan dan Kasturi. Terkedu keempat-empat mereka apabila melihat Kira sudah naik angin.

"You, Irwan, dah kenapa cakap Edan nak sabotaj team korang pula? dan Tuan Mazlan tu, dia tu siapa?" Soal Kira kasar.

"What?." Serentak Am dan Burn menyoal. Wajah Irwan dipandang tidak berkelip.

"Eh! kau dah kenapa ni Wan? Apa bukti kau tuduh Edan macam tu?." Soal Am. Memerah wajahnya apabila Irwan menuduh kejadian yang berlaku adalah kerja Kasturi.

"Hey! Jawablah. Aku tanya!." Am sudah rapat menghimpit Irwan di tempat duduknya.

"Am, sabar." Kata Burn pada Am. Bahu Am ditepuk perlahan.

"Wan, aku tahu kau bukan macam tu dan aku juga tahu yang kau dah siasat pasal kes ni kan? Kalau betul Edan yang salah, kau takkan bantu El waktu dia dalam tahanan Jeff tu." Kata Burn. Am dan Kasturi pandang Burn. Burn garu kening.

"What? Betul la aku cakap, kalau Edan yang bersalah, dia takkan bantu El punya, kan?" Ulang Burn.

"Ya, pada mulanya memang itu yang aku fikirkan apabila operasi kita disabotaj kerana hanya beberapa orang sahaja yang tahu mengenai operasi tersebut dan sekarang ni, hanya Edan yang masih kekal dalam pasukan." Kata Irwan.

"Pada mulanya?." Soal Kasturi. Wajah Irwan dipandang tepat.

"Ya, pada mulanya.. dan setelah aku siasat memang kau tak terlibat cuma aku nak dengar dari mulut kau sendiri, Edan." Kata Irwan. Mendatar sahaja suaranya. Kasturi hela nafas kasar. Tubuh disandar ke belakang.

"Why don't you just ask me, Ir?.. Kenapa sampai perlu bertekak." Soal Kasturi. Irwan senyum.

"Aku rindu nak bergaduh dengan kau." Balas Irwan selamba.

'Pap'

Bahu Irwan ditumbuk Am.

"Gila la kau!." Marah Burn pula.

"Sorry.. Aku tahu, kau bukan orang yang macam tu." Balas Irwan sambil salam dihulur pada Kasturi. Kasturi pandang tangan Irwan yang dihulur. Dia terus bangun lalu tubuh Irwan ditarik ke dalam pelukan. Belakang sahabatnya itu ditepuk dan rambut digosok. Irwan turut sama bangun dan membalas pelukan.

"Kau ni, memangkan..!" Marah Kasturi. Irwan senyum besar.

"Eh, tapi.. Mana kau kenal Tuan Mazlan?." Soal Kasturi apabila pelukan dilepaskan. Irwan hela nafas.

"I do not admit what I will say after this." Kata Irwan. Ketiga-tiga mereka angguk.

"Tuan Azam serahkan aku satu senarai nama dan dalam senarai nama tu ada nama Tuan Mazlan." Kata Irwan. Kasturi pandang Irwan dengan dahi berkerut.

"Aku masih lagi siasat perkara ini, tapi Tuan Mazlan adalah orang dalam yang disyaki terlibat dengan kejadian letupan tersebut." Tambah Irwan lagi.

"Kau biar betul?." Soal Kasturi tidak percaya.

"Ya, aku pun macam kau, susah nak percaya. Takkan Tuan Mazlan tetapi apa-apa pun bukti jelas masih belum ada cuma mesej antara Tuan Mazlan dan suspek sahaja yang ada sekarang ini dan suspek telah dikenalpasti dan sedang diburu." Kata Irwan lagi.

"Suspek orang Malaysia?." Soal Burn. Irwan angguk. Terdiam mereka. Masing-masing sedang berfikir.

"Aku rasa ada yang tak kena la, kita kenalkan Tuan Mazlan tu macam mana." Kata Burn. Am angguk tanda setuju.

"Jeff." Kata Kira sepatah. Empat pasang mata toleh pada Kira.

"Jeff?." Soal Am.

"Ya, macam mana awak boleh ada di tempat Jeff dan macam mana awak boleh kenal saya?." Soal Kira pada Irwan. Sejak tadi lagi dia menunggu jawapan Irwan.

Irwan keluarkan satu sampul dari dalam jaketnya lalu diletakkan di atas meja. Kira pandang Irwan.

"Buka." Kata Irwan pada Kira. Kasturi pandang Kira. Dalam teragak-agak Kira capai sampul tersebut lalu isi dalamnya dikeluarkan. Berkerut dahi Kira. Irwan yang berada di hadapannya dipandang. Kasturi ambil kertas yang berada di tangan Kira.

"Isn't this contract already terminated?." Soal Kasturi.

"Ya, memang dah ditamatkan. Our superiors did not approve." Kata Irwan.

"Habis tu macam mana boleh timbul nama El pula?." Sampuk Am sebaik dia selesai meneliti kertas tadi.

"I'm not sure.  That's why Tuan Azam minta aku follow El tambahan pula dia tau El ni wife kau Edan." Kata Irwan. Bulat mata Kasturi.

"How does he know Kira is my wife?." Soal Kasturi.

"Itu aku tak pasti." Balas Irwan. Kira sudah terdiam. Siapa lagi yang mahu dia mati? Jeff? Jeff dah tiada. Takkan abang dia? Sebab tarikh dokumen tu adalah sebelum Jeff dibunuh. Tak silap, pada awal mereka berkahwin.

"I'm sorry El." Ucap Irwan pada Kira. Kira pandang Irwan.

"For what?." Soal Kira pelik.

"I hit you during that incident." Balas Irwan.

"Oh, it's okay. Anyway, thanks." Ucap Kira pula.

"Eh, tapikan kenapa awak tak selamatkan saya terus waktu tu?." Soal Kira. Irwan senyum senget.

"Tak sempat sebab Edan dah sampai." Balas Irwan.

Panjang perbualan mereka hari itu hingga lewat tengah hari. Hampir jam dua setengah petang, selepas selesai makan semuanya mahu beransur pulang.

"Aku rasa, aku kena gerak dulu." Kata Irwan yang sudah bangun berdiri.

"Iyalah, aku dengan Burn pun nak balik office. Edan tak apa la, dia boss." Usik Am. Kasturi hanya senyum.

"El, be careful." Pesan Irwan.

"Aku akan cuba siasat siapa yang mahu El mati, yang nyata bukan Farish abang Jeff tetapi dengan Farish pun kena siap sedia." Kata Irwan.

"I'm sorry angain El, you be in Farish target." Ucap Irwan.

"It's okay, kalau awak tak selamatkan saya hari tu, mungkin saya tak berada di sini sekarang lagipun Jeff memang layak terima dengan apa yang dia dah buat." Keras suara Kira berbunyi. Terbayang wajah Mak Chaq dan Pak Chaq. Kasturi mengusap lembut bahu Kira.

"Ir, keep in touch." Kata Kasturi pula. Irwan angguk lalu dia dahulu melangkah keluar dari bilik tersebut.

"Am, Burn. Aku dengan Kira balik dulu. Anything, call me." Kata Kasturi. Am dan Burn angguk lalu salam dihulur sebelum masing-masing melangkah pergi.

"Hud, let's go." Kata Kasturi sebalik melintas di hadapan Hud dan Reno.

Dalam kereta Kira hanya diam sambil memandang ke luar kereta. Puas dia berfikir, siapa yang sanggup mahu menghapuskan dia. Rasanya bukan dari kalangan tasknya yang lepas. Puas dia fikir. Adakah orang itu adalah orang yang sama yang menyerangnya dan Edan semasa di pasaraya dahulu. Ikutkan lelaki yang ditikam di leher dengan pen oleh Edan, masih hidup kalau dirawat cepat.

"Sayang fikir apa?." Soal Kasturi pada Kira. Kira toleh memandang Kasturi di sisi.

"Abang rasa.. were they the same people who attacked us semasa di pasaraya dulu tu?." Soal Kira. Wajah Kasturi dipandang. Kasturi tarik nafas panjang. Dia juga ada terfikirkan perkara yang sama.

"I guess so too, they are the same person but why?." Soal Kasturi. Kira jungkit bahu. Dia juga bingung. Sudahnya kedua mereka hanya terdiam.

Kasturi menepuk belakang tangan Kira yang berada di ribaannya. Kira pamer senyum nipis. Tiba-tiba telefon Kasturi berbunyi tanda mesej masuk. Kasturi capai telefon yang disimpan di dalam poket dan whatsapp dari Kent di baca. Berkerut keningnya. Kira di sisi di toleh. Kira angkat kening bersama sedikit anggukan.

"Nothing." Kata Kasturi lalu telefon disimpan semula.

(01/04/2021 @ 1700hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience