Bab 22

Romance Series 548166

Sara melihat Kira muram sahaja selepas keluar dari pejabat Encik Am. Apa yang tak kena? Sara berjalan ke arah meja Shah.

"Shah." Panggil Sara. Shah yang sedang sibuk meneliti fail terus dongak memandang Sara yang sudah berdiri tegak di tepi mejanya.

"Ada apa?." Soal Shah.

"Cuba kau tengok tu." Kata Sara sambil bibir dimuncungkan ke arah Kira. Shah buang pandang ke tempat yang sama.

"Kenapa tu?." Soal Shah.

"Entah. Tapi aku rasa ada kena-mengena dengan Encik Am la." Kata Sara. Bimbang sahaja bunyinya.

"Encik Am. Maksud kau?." Soal Shah.

"Iya lah, takkan kau tak perasan. Tadikan Encik Am panggil El jumpa dia. Lepas tu El keluar dan kemudian masuk semula dengan fail task dia tu. Kau rasa?." Soal Sara sambil mata masih lagi memandang Kira yang termenung di meja kerjanya.

"Shah." Panggil Sara.

"Apa?." Soal Shah.

"Kau pergi la tanyakan El tu.. Kau kan rapat dengan dia.." Kata Sara. Shah hanya pandang El dari jauh tanpa memperdulikan kata-kata Sara.

"Shah.." Panggil Sara lagi. Lengan Shah digoyang-goyangkan.

"Pergi lah tanya.." Pinta Sara. Lengan Shah digoyang-goyangkan lagi.

"Ish.. Ya.. Ya.." Kata Shah lalu dia bangun berdiri, pen di tangan diletakkan di atas meja dan perlahan melangkah ke arah tempat duduk Kira.

'Tok tok tok'

Meja Kira diketuk Shah. Kira dongak.

"Eh, Shah. Ada apa?." Soal Kira. Shah labuhkan duduk di kerusi di hadapan meja Kira.

"Kau okay ke?." Soal Shah. Wajah El dipandangnya.

"Kau tak payah la tengok aku macam tu. Aku okay la." Kata Kira lalu dipamerkan senyuman yang tampak tiada manisnya. Shah hela nafas panjang.

"Aku rasa kau balik la El daripada kau termenung macam ni. Susah hati aku tengok. Paling tak, kalau balik boleh kau rehat-rehat.. tenangkan diri." Kata Shah. Kira hela nafas panjang lalu disandarkan tubuhnya ke belakang. Mata tegak memandang ke depan menembusi dinding lagaknya.

"Aku cuma tak faham Shah, why did he take back the task that was left to me. Why?." Soal Kira. Terdiam Shah. Patutlah El macam ni..

"Am I not good enough to do it?." Soal Kira tanpa menoleh pada Shah.

"El.. Aku rasa ada sebab dia buat macam tu. Mungkin dia nak beri task lain pada kau." Shah cuba tenangkan Kira. Kira hela nafas panjang lalu dia bangun berdiri. Beg diambil dan disangkutkan ke bahunya.

"Aku balik dulu Shah, kau tolong bagitahu Encik Am." Kata Kira lalu dia terus melangkah menuju ke pintu.

Hari itu awal Kira sampai di rumah. Waktu itu Mak Leha sedang menyiapkan bahan-bahan untuk memasak makan malam. Kira menyapa Mak Leha dari belakang.

"Mak Leha" sapa Kira. Beg di bahu diletakkan di atas meja lalu dia ke kabinet mengambil gelas dan daun pintu peti ais dibuka. Botol jus oren diambil dan dituangkan jus ke dalam gelas. Habis segelas diminumnya.

"Puan dah lapar ke?." Soal Mak Leha apabila melihat Kira yang laju meneguk jus oren tadi.

"Eh tak.. Saya dahaga je. Mak Leha nak masak apa?." Soal Kira sambil membawa gelas ke sinki dan dicucinya.

"Mak Leha ingat nak masak siakap stim dengan sayur campur. Okay tak?." Soal Mak Leha sambil menoleh sekilas pada Kira yang berada di sinki.

"Saya tak kisah, semua saya makan. Jangan masak ikan keli sudah." Kata Kira.

"Oh, Puan tak makan ikan keli ke?." Soal Mak Leha. Laju Kira geleng.

"Ee.. Kepala licin macam tu.. Saya geli." Kata Kira sambil buat muka. Mak Leha ketawa.

"Sama macam Tuan Edan.. Tak makan ikan keli juga." Kata Mak Leha.

"Ye ke.." Kata Kira. Ingatkan lelaki itu tidak memilih makannya. Ada juga yang tidak dimakan rupanya..

"Mak Leha." Panggil Kira.

"Saya ingat nak keluar sekejap lagi." Kata Kira yang sudah melangkah ke arah meja makan. Begnya diambil dan disangkut ke bahu.

"Puan nak ke mana?." Soal Mak Leha.

"Nak ke gym. Lama tak work-out. Rasa berat pula badan ni." Balas Kira. Mak Leha yang sedang menyiang ikan menoleh pandang pada Kira.

"Buat apa keluar, dalam rumah ni pun ada gym." Kata Mak Leha. Kira yang baru mengatur langkah terus terhenti.

"Eh, ada gym ke dalam rumah ni?." Soal Kira. Mak Leha tayang senyum. Manalah dia tau.. Iyalah, dia tinggal di sini tak sampai seminggu pun lagi. Kawasan rumah pun tak sempat nak teroka.

"Ada.. Bilik hujung sekali. Semua lengkap dalam tu." Kata Mak Leha sambil tangannya naik menunjukkan arah hujung. Kira turut sama pandang ke arah yang ditunjukkannya.

"Oh ye ke.. Kalau macam tu saya nak tengok-tengok dulu la." Kata Kira lalu laju dia melangkah ke bilik gym. Daun pintu ditarik.

"Wow.. Boleh tahan besar juga.." Kata Kira sendiri. Remote air cond dicapai lalu diswitch on. Beg di letakkan di atas meja. Diperhatikan peralatan yang ada dan dipandang pula pada pakaian yang tersarung di tubuh. Slack dengan kemeja. Ish.. Koyak juga nanti. Fikir punya fikir, Kira terus tanggalkan tudung, seluar slack dan kemeja hanya tinggal short tight dan singlet sahaja yang tersarung pada tubuh.

"Hurm.. Baru selesa." Kata Kira. Pakaiannya itu diletakkan elok di atas arm rest sofa.

Kira mulakan dengan memanaskan badan yang kemudian dia terus ke treadmill. Setelah disetkan seperti yang diperlukan, Kira mulakan larian. Hampir tiga puluh minit dia berlari. Berpeluh-peluh tubuhnya. Meminyak wajah dan leher. Kira turun dari trademill dan dia terpandangkan punching bag di bahagian tepi bilik.

"Macam menarik.." Kata Kira sendiri lalu dia ke rak mengambil boxing glove dan dipakai pada tangannya. Sebelum itu wraps punch dibalut pada kedua-dua tangan sebelum disarungkan glove. Sesudah itu dia menghampiri punching bag lalu dilayangkan tumbukan yang pertama. Bergema bilik gym dengan penangan Kira. Geram dan sakit hati pada Mr. K dilepaskan pada punching tersebut. Sambil melepaskan tumbukan dan tendangan, bibirnya tak habis-habis membebel marahkan Mr. K.

Tanpa Kira sedari, Kasturi sudah memerhatikannya sejak dari tadi lagi. Tersenyum sendiri Kasturi apabila mendengar Kira membebel dengan menyebut nama Mr. K. Hm.. Mengata suami sendiri ya..

"Sayang" panggil Kasturi yang datang menghampiri Kira. Kira tidak membalas kerana dia tidak mendengar dengan panggilan Kasturi disebabkan fikirannya tertumpu pada punching bag di hadapan dengan bibir yang tidak habis-habis marahkan Mr. K.

"Sayang" panggil Kasturi dan kali ini bahu Kira disentuhnya dan disebabkan tindakan refleks, tangan kanan Kira laju naik menuju ke wajah Kasturi. Mujur juga Kasturi sempat mengelak dan lengan Kira dipegangnya. Kalau tidak, tak pasal-pasal lebam wajahnya itu.

"Awak!." Jerit Kira lalu tangannya yang berada dalam pegangan Kasturi ditarik.

"Nasib baik tak kena muka tu." Marah Kira. Kasturi senyum senget. Kira menjeling tajam lalu kedua tangan yang masih bersarung glove dihulurkan pada Kasturi.

"Buka." Pinta Kira.

"Tadi pandai pakai sendiri, kenapa buka tak pandai pula?." Gurau Kasturi. Terus Kira menarik semula kedua tangannya dan dia mahu melangkah pergi tetapi pantas tangannya ditarik Kasturi. Kira pandang Kasturi.

"Sini, abang bukakan." Kata Kasturi lalu menarik tangan Kira supaya mengekorinya ke sofa. Kedua mereka melabuhkan duduk di sofa di dalam bilik gym. Kasturi tanpa lengah terus membuka glove di kedua-dua tangan Kira dan wraps punch pula ditanggalkan. Kira menggoyang-goyangkan kedua tangannya. Lenguh pula rasa.

Kasturi meletakkan glove dan wraps punch di atas meja. Wajah Kira yang berpeluh dipandang.

"Marahkan siapa?." Soal Kasturi. Padahal dia sudah tahu siapa yang dimarahkan Kira. Memuncung Kira apabila ditanya soalan begitu.

"Mr. K." Jawab Kira sepatah.

"Siapa? Boss?." Sengaja Kasturi bertanya.

"Ha'ah.. Mr. K ni anak kepada Tuan Smith. Lepas ayah dia meninggal, Mr. K la yang ambil alih agensi tapi sebelum ni tak ada masalah pun.. Tapi bila dia balik je sini habis semua!." Luah Kira.

"Apa yang habis?." Soal Kasturi.

"Task saya la!." Marah Kira dan apabila menyedari yang dia sudah terlajak cakap terus terdiam jadinya. Tertegak pandangannya ke hadapan. Dari hujung mata, Kira memandang Kasturi yang berada di sisinya.

"What task?." Soal Kasturi. Walhal dia sudah tahu. Wajah Kira dipandang tepat. Kira tarik nafas panjang. Hatinya berbelah bahagi sama ada mahu berterus terang atau pun tidak. Sudahnya dia hanya diam tanpa suara.

"Saya nak naik bilik dulu la." Kata Kira lalu dia bangun berdiri dan waktu itu baru dia terperasankan yang pakaiannya agak seksi. Memerah wajah Kira. Mana tidaknya, tight yang pendek itu menampakkan paha Kira yang putih dan licin. Singlet pula usah dikatalah, sudah tentu hanya bertali halus dan nipis, warna putih pulak tu. Bila dah berpeluh, basahlah bajunya hingga menampakkan pakaian dalamnya. Kira mahu buka langkah meninggalkan bilik gym tetapi belum sempat berbuat demikian pinggangnya disauk Kasturi dan dia dibawa ke ribaannya. Terjerit Kira.

"Sayang nak ke mana?." Soal Kasturi.

"Nak naik mandi.. Peluh la.." Kata Kira yang sedang mencuba untuk bangun dari ribaan Kasturi.

"Naik bilik dengan pakaian macam ni?." Soal Kasturi. Kira pandang tubuh sendiri. Iya juga.. Itulah, tadi tak fikir.

"No one is allowed to see you like this, Sayang. Including Mak Leha" Kata Kasturi sambil jari telunjuknya dimain-mainkan pada dada Kira yang terdedah dan basah dengan peluh. Laju tangan kiri Kira naik menutup dada. Kasturi ketawa lalu perlahan dia merapati wajahnya pada wajah Kira dan bibir merah yang sejak tadi mencuri perhatiannya dipaut. Lama dan asyik sekali hingga kedua tangan Kira naik memaut leher Kasturi.

"Mandi, busuk." Kata Kasturi sebaik pautan dilepaskan sambil hidung Kira dicuit. Laju Kira bangun dan bahu Kasturi dipukul.

"Ee.. Dia yang sibuk peluk kita tadi, ni kata kita busuk pula" Marah Kira. Kasturi ketawa suka.

"Come. Mandi" Kata Kasturi yang sudah berdiri dan bersedia untuk melangkah keluar.

"Mak Leha?." Soal Kira sambil mengambil pakaiannya yang diletakkan di atas sofa.

"Mak Leha dah balik lepas siap masak tadi." Balas Kasturi selamba. Tangan yang sedang mengambil beg terus terhenti tindakannya. Kepala ditoleh pada Kasturi. Kecil sahaja matanya memandang Kasturi.

"What?." Soal Kasturi. Kira menjeling tajam.

"Ambil kesempatankan." Kata Kira. Kasturi senyum senget. Beg yang berada di tangan Kira diambil dan dibawa ke bilik kerja lalu diletakkan di atas meja dan dia kembali pada Kira.

"Sini.." Panggil Kasturi sambil tangan dihulurkan pada Kira. Huluran tangan Kasturi disambut Kira lalu keduanya berjalan keluar dari gym. Kira hanya mengekori langkah Kasturi hingga ke bilik rehatnya yang bersebelahan dengan bilik kerja.

"Sayang mandi, nanti kita makan sama-sama." Kata Kasturi pada Kira sebaik keduanya sudah melangkah masuk ke dalam bilik kerja. Dia kemudian terus memusingkan tubuh untuk keluar semula. Tiba-tiba langkah kakinya terhenti apabila hujung baju ditarik Kira.

"Awak nak pergi mana?." Soal Kira. Kasturi pandang bajunya yang berada di dalam pegangan Kira.

"Abang nak naik mandi." Balas Kasturi. Kira tarik baju Kasturi hingga dia terdorong ke arah Kira.

"Kenapa nak mandi di atas sedangkan di sini pun ada bilik air?." Soal Kira bersama usapan pada dada bidang Kasturi. Dagu Kasturi dicium sekilas.

"Sayang.." Panggil Kasturi bersama nafas ditarik panjang.

"What..?" Soal Kira. Kedua tangannya sudah naik membuka butang kemeja di tubuh Kasturi hingga terdedah dada yang bidang dan berotot itu.

"What are you doing.?" Soal Kasturi. Tajam dipandang wajah Kira bersama rasa yang semakin memuncak.

"Saya nak tolong bukakan baju.. Awak nak mandikan.." Lambat-lambat sahaja suara Kira berbunyi. Pandangan Kasturi yang tajam dan penuh rasa itu tidak dipeduli padahal dadanya seakan mahu pecah dengan tindakan sendiri.

"You started it, Sayang." Bisik Kasturi di telingan Kira dan bersama itu tubuh Kira dicempung lalu dibawa ke bilik air.

"I am ready to accept it. Abang." Balas Kira bersama senyuman manis. Terus bibir Kira disapanya sekilas.

"Don't tease me too much, Sayang." Kata Kasturi. Kira hanya tertawa suka.

+++

"Sayang, can I ask you something?." Soal Kasturi pada Kira sambil pelukan dieratkan dan dilabuhkan cium pada bahu Kira yang terdedah.

"Tanya apa.?" Soal Kira. Kepala ditolehkan ke kiri.

"Hm.. What happened today? You seem disturbed by something?." Soal Kasturi. Air suam di dalam bathtub membuatkan keduanya selesa untuk berendam. Kira tarik nafas panjang.

"Hurm.. Abang tau sayang kerja apa?." Soal Kira. Rasanya dia tidak mahu berselindung lagi. Rasa tidak tenang apabila terpaksa berahsia sesuatu yang tidak sepatutnya.

Kasturi kerut dahi. Sebelum dia menjawab soalan Kira, dapat dia rasakan arah tujunya cerita Kira selepas ini.

"Hm.. Syarikat Security?." Balas Kasturi hati-hati. Kira tarik nafas panjang lalu dia memusingkan tubuh mengadap Kasturi.

"Sebelum tu.. I want to say sorry." Kata Kira. Wajah Kasturi dipandang tepat.

"For what?." Soal Kasturi.

"Because I'm not honest with you." Balas Kira. Kasturi senyum lalu Kira ditarik ke dalam pelukannya. Me too sayang..

"It's okay. So.. Apa pekerjaan sayang sebenarnya?." Soal Kasturi.

(14/02/2021 @ 1855hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience