Bab 33

Romance Series 548166

Kasturi memberi isyarat pada Kira supaya dia ke kiri pintu dapur manakala dia pula ke sebelah kanan. Kepala diangguk sekali sebelum perlahan Kira memulas tombol pintu dan ditolak. Kasturi pantas mengacukan senjata ke luar. Kepala perlahan ditoleh ke kanan dan kiri bagi memastikan ianya selamat sebelum Kira turut keluar bersama. Tiba-tiba terdengar bunyi orang menjerit dan juga bunyi seperti orang sedang bergasak. Pantas Kasturi dan Kira mengatur langkah bersama senjata yang masih di tangan ke bahagian tepi rumah. Sebaik sampai, dapati Hud telah berjaya menahan seorang lelaki yang wajahnya bertutup manakala tangannya pula diikat dengan cable tie di belakang.

"Mr. K, Mrs. K." Sapa Hud bersama seorang lelaki yang sudah tersungkur di tanah. Terus Kasturi turunkan senjata di tangan begitu juga Kira. Tajam matanya memandang lelaki yang ditangkap Hud.

"Who is he?." Soal Kasturi. Sarung yang menutup kepala lelaki itu ditarik. Berpeluh wajahnya. Kepala didongak bersama senyuman sinis.

"Ada seorang lagi, Reno uruskan." Kata Hud sambil menoleh ke arah pintu pagar belakang yang terbuka. Kasturi juga turut memandang ke arah yang sama. Tidak lama Reno kembali.

"Seorang lagi yang tunggu dalam kereta sempat larikan diri, butiran kenderaan saya dah serah pada Burn." Kata Reno. Kasturi angguk. Pandangan di hala pada lelaki tadi.

"Who are you?." Soal Kasturi. Lelaki itu tidak menjawab sebaliknya dia memandang Kira sambil tersenyum.

"Aku datang untuk dia!." Kata lelaki itu sambil tersengih dengan memandang Kira dari atas ke bawah bersama wajah yang menyakitkan hati.

'Buk!'

Terteleng kepala lelaki tersebut ke sisi dengan tumbukan Reno. Lelaki itu ketawa.

"Korang nak simpan dia kat mana? Kalau bukan aku yang dapat, orang pula yang akan datang nanti." Kata lelaki tadi dengan mata yang masih memandang ke arah Kira. Kasturi sudah rasa tidak sedap hati.

"Who send you to come here?." Soal Kasturi lagi. Lelaki itu ketawa tanpa menjawab soalan Kasturi.

"Just answer the question!." Marah Hud pula bersama sentakan rambut lelaki tadi hingga terdongak ke atas. Lelaki itu ketawa lagi. Terkepal-kepal penumbuk Kasturi kerana geram.

"Call police." Kata Kasturi. Reno dan Hud saling memandang. Lelaki tadi pula sudah cuak.

"Hey, takkan nak bagi aku pada polis?." Soal lelaki tadi.

"Call now!." Kata Kasturi lagi. Tanpa lengah Reno keluarkan telefon bimbit dan nombor bilik gerakan IPD dihubungi.

"Hey! Hey!." Panggil lelaki itu pada Reno.

"Hey!. Aku tak nak masuk lokap la! Dah la aku baru keluar penjara! Hey!." Lelaki itu menjerit lagi. Sakit telinganya dengan bebelan lelaki itu lalu Kasturi mahu membuka langkah ke arah lelaki tadi tetapi tidak jadi apabila Kira dahulu yang sampai.

Kira yang tadi hanya menjadi pemerhati terus meranduk lelaki tadi dengan lutut kanannya hingga lelaki tadi terlentang ke belakang. Leher lelaki tadi ditekan dengan lutut manakala muncung pistol pula disumbat ke dalam mulut. Terdiam ketiga-tiga lelaki tadi apabila melihat tindakan Kira.

"Eh, kau dengar sini baik-baik!." Kata Kira sambil muncung pistok ditekan-tekan ke dalam mulut lelaki tadi. Terbelalak matanya memandang Kira yang sudah macam harimau lapar.

"Aku bukan penyabar macam diaorang! Sebelum hancur kepala kau, aku tembak, baik bagitau. Siapa yang hantar kau, hah!?." Keras suara Kira, terketap-ketap gigi belaga. Besar mata lelaki tersebut bersama peluh yang merenek. Kepala diangguk. Kira tekan muncung pistol makin dalam. Laju kepala diangguk lagi. Pistol dikeluarkan dari mulut lelaki itu lalu dikesat ke pipi lelaki itu dan Kira bangun berdiri. Reno tarik lelaki tadi supaya duduk melutut semula.

"Aku tak kenal siapa lelaki tu, aku jumpa dia di kelab. Dia offer aku job. Upah lumayan." Terang lelaki itu. Kira memandangnya tidak berkelip.

"Sungguh.. Lelaki tu minta aku.. Er.. Minta aku.." Sangkut-sangkut ayatnya apabila Kira pandangnya tidak berkelip.

"Minta apa?." Soal Hud lalu wajah lelaki tadi ditampar kuat.

"Minta aku rogol perempuan ni!." Laju ayat keluar dari bibir.

"What?." Jerit Kira tidak percaya.

"Ya.. Lelaki tu minta aku rogol lepas tu ambil gambar bogel." Tambah lelaki itu lagi. Kasturi sudah tergeleng. Wajah Kira dipandang.

"What?." Soal Kira. Terpapar riak bimbang di wajah Kasturi. Tidak sanggup dia mahu bayangkan andai perkara itu berlaku. Cukuplah sekali Kira hampir-hampir menjadi mangsa Jeff dahulu.

"Er.. Tapi.. Tapi.. Aku rasa lelaki yang upah aku tu bukan ketua sebab dia pun terima arahan dari seorang lagi lelaki. Ha! Tak silap aku leher dia ada tatu tapi tak cam gambar apa sebab dalam kelab tu gelap." Tambah lelaki itu lagi.

"Bukan tatu tapi tanda lahir." Kata Kasturi.

"Farish." Kata Kira pula. Reno dan Hud pandang wajah Kira dan Kasturi saling berganti. Tidak lama terdengar bunyi siren polis yang semakin hampir.

"You get in." Kata Kasturi sambil menyerahkan pistolnya pada Reno. Pistol Kira juga diambil lalu diserahkan pada Reno.

"Let me handle this." Kata Kasturi. Reno angguk lalu pantas masuk ke dalam rumah. Tidak lama dua buah kereta peronda sampai di pintu belakang. Pintu pagar yang sudah sedia terbuka ditolak salah seorang anggota polis beruniform dan masuk dua orang anggota polis terus ke arah Kasturi.

"Tuan." Kata salah seorang dari anggota yang datang.

"Ini ke suspeknya?." Soal anggota polis yang tertera nama Abbas pada uniformnya.

"Ya, dia menceroboh masuk kawasan rumah." Balas Kasturi. Lelaki tadi pandang Kasturi dan mulutnya terbuka seakan mahu berkata sesuatu tetapi sebalik melihat wajah garang Kira, terus rapat bibirnya. Tidak jadi mahu berkata-kata.

"Kalau macam tu, Tuan nak ke balai buat laporan atau saya ambil laporan Tuan di sini saja? Pol 55 ada saya bawa." Kata Abbas.

"It's okay. Saya ke balai lebih mudah." Kata Kasturi.

"Baik Tuan. Kalau macam tu, saya gerak dulu." Kata Abbas. Kasturi angguk.

"Rizal, gari suspek. Kita bawa ke balai." Kata Abbas.

"Baik Cik." Balas Rizal lalu tangan lelaki tadi digari sebelum cable tie dipotong.

"Kenapa Sir serah lelaki tu pada polis?." Soal Hud pada Reno sebaik polis beredar dari kawasan belakang rumah. Reno angkat kening.

"Mana aku tahu. Kenapa tak tanya Sir tadi?." Soal Reno. Terdiam Hud. Gila dia nak tanya Mr.K. Dia siapa? Silap haribulan dia pula yang kena sembur..!

"Dah, siap kereta. Sekejap lagi kau ke balai bawa Sir dengan Madam. Aku nak uruskan CCTV dan install alarm dengan Am." Kata Reno. Hud angguk.

Hampir satu jam berada di Balai Polis, urusan laporan dan rakaman percakapan selesai dibuat. Lebih kurang jam sembilan malam mereka sampai semula di rumah. Waktu itu kerja-kerja pemasangan CCTV dan penggera baru sahaja siap dan peralatan sedang dikemas untuk pulang. Beberapa orang pekerja yang ada angguk hormat pada Kasturi dan Kira. Kasturi terus melangkah ke bilik hujung manakala Kira pula ke dapur.

"Am." Sapa Kasturi pada Am yang sedang membuat pemeriksaan akhir pada CCTV dan penggera. Kasturi ditoleh sekilas yang sedang melangkah masuk ke bilik.

"Tu la, awal-awal lagi aku dah cakapkan pasang CCTV dengan alarm tapi tak nak." Marah Am.

"Who says there is no CCTV?." Soal Kasturi sambil melabuhkan duduk di kerusi. Bilik hujung bersebelahan dengan mini gym dijadikan bilik CCTV memandangkan bilik ini yang paling sesuai.

"Memang la ada tapi setakat pintu depan dengan dua tiga biji sahaja buat apa?." Marah Am. Am hela nafas sambil kepala digeleng.

"Kau kena fikirkan keselamatan El, Edan. Kalau sebelum ini kau seorang mungkin tak perlu semua ni tapi sekarang dah lain. Kau pun tahukan El sekarang dah jadi target." Kata Am.

"Ya, I know.. Thanks Am." Ucap Kasturi.

"This my job, you're my boss right." Balas Am sambil tersenyum. Kasturi kemudian turut sama memeriksa sistem keselamatan yang baru dipasang di rumahnya. Dia tahu, keselamatan Kira sekarang yang lebih utama.

'Tok tok tok'

Kasturi dan Am menoleh ke arah pintu.

"Sayang. Come here." Kata Kasturi.

"Encik Am." Sapa Kira sambil melangkah ke arah Kasturi bersama dulang berisi air. Tadi dia bancuhkan air untuk mereka yang berada di luar, ini dibawakan ke dalam pula. Am senyum.

"Minumlah dulu." Kata Kira sambil meletakkan dulang di meja kopi. Jus oren dituangkan ke dalam gelas lalu dihulurkan pada Kasturi dan kemudian pada Am. Air diteguk. Sejuk masuk ke dada.

"Okay. Semua dah settle. Cuma password pada pintu belum setting. Hanya ada password sementara. Nombor satu hingga enam. Lepas ni kena setting sendiri. Alarm system dah aku setkan terus ke phone kau dan juga ke agensi." Kata Am sambil menghabiskan air dalam gelas lalu gelas kosong diletakkan di dalam dulang. Kasturi angguk.

"Kalau tak ada apa-apa, aku balik dulu. Macam biasa, Reno dengan Hud standby." Kata Am.

"Bilik belakang aku dah minta Mak Leha kemaskan. They can use that room to rest." Kata Kasturi pula. Am angguk.

"El, saya balik dulu. Take care." Kata Am pada Kira sambil melangkah keluar dari bilik diekori Kasturi dan Kira.

"Thanks Encik Am." Balas Kira.

"Just Am. Tak payah Encik-encik. You are the wife of my boss." Kata Am pula. Kira tersenyum. Pipi tidak gatal digaru.

"Dah biasa panggil macam tu." Balas Kira. Am hanya tersenyum.

"Anything, call me." Kata Am pada Kasturi sambil memakai kasut. Kasturi dan Kira pula sudah berdiri di muka pintu. Selepas kesemua mereka beredar, Kasturi menutup pintu.

"Sayang." Panggil Kasturi pada Kira. Kira menoleh ke arah Kasturi yang masih berdiri di pintu.

"Password." Kata Kasturi sepatah. Kira kerut kening.

"Password?." Soal Kira sambil melangkah ke arah Kasturi semula.

"Yup. Password. Kena setting yang baru." Kata Kasturi.

"Oo.. Ye la. Hm.. Abang masukkanlah." Kata Kira.

"Me?." Soal Kasturi sambil jari ditunding ke arah diri sendiri.

"Yup. Sayang okay je." Balas Kira. Kasturi angguk dan tidak lama password baru disetkan.

"Apa passwordnya?." Soal Kira.

"EdanEl." Balas Kasturi. Kira kerut kening.

"E dan L?." Soal Kira tidak faham. Kasturi ketawa.

"EdanEl." Ulang Kasturi. Kira tayang wajah blur. Kasturi ketawa lagi. Alahai..

"3326 for Edan and.. 35 for El.. So, the password is 332635" Kata Kasturi. Bulat bibir Kira sambil angguk.

"Oo.. Edan El.. Like you and me." Kata Kira pula. Sudahnya kedua-dua mereka ketawa. Sudah macam budak tadika baru belajar mengeja pula. Hai la..

"Abang nak makan atau nak mandi dahulu?." Soal Kira sambil kedua mereka melangkah ke arah ruang tamu rumah.

"Hurm.. Sayang masak?." Soal Kasturi.

"Sayang masak nasi goreng, okay tak?." Soal Kira pada Kasturi yang berjalan di sisinya.

"Sayang masak apa pun abang makan." Balas Kasturi.

"Kalau macam tu, abang mandi dululah. Sementara tu sayang boleh masak." Kata Kira. Kasturi capai jemari Kira.

"Sayang lupa.. My arm still hurt." Kasturi tayang wajah sedih.

"Oh, ye la. Sayang lupa." Balas Kira lalu membuka langkah ke arah tangga. Jemari Kasturi ditarik bersama hingga ke dalam bilik.

"Okay, sini sayang tolong. Abang dah boleh mandi sendirikan." Kata Kira sambil membantu Kasturi menanggalkan bajunya. Kalau nak diikutkan, boleh saja Kasturi uruskan sendiri tetapi sengaja mahu bermanja dengan isterinya itu.

"Abang, cepatlah. Kata nak mandi. Sekejap lagi sayang nak masak." Kata Kira pada Kasturi yang masih tercegat di depan pintu bilik air. Kasturi senyum senget lalu kaki diatur ke dalam bilik air dan pintu ditutup.

"How about we shower together. Cepat sikit." Bisik Kasturi di telinga Kira. Kira toleh ke sisi bersama senyum senget.

"Hm.. Iya la tu.. Bukan cepat, lagi lambat ada la." Kata Kira sambil menepuk perlahan lengan Kasturi yang sudah melilit pinggangnya. Leher Kira yang terdedah itu dicium lembut bersama tangannya yang sudah merayap di bawah baju Kira. Dari leher sudah naik ke telinga, terketap bibir Kira menikmati rasa. Tanpa lengah tubuhnya terus dipusing mengadap Kasturi lalu bibir lelaki itu disapanya. Sudahnya hampir satu jam mereka berada di dalam bilik air sebelum keduanya keluar. Malam itu, mereka alas perut dengan sandwic tuna sahaja memandangkan sudah lewat malam untuk makan makanan berat.

+++

Pagi itu selepas bersarapan, Kasturi bersama Kira ke hospital Sany bersama Reno dan Hud. Lebih kurang empat puluh minit, mereka tiba di hospital. Sany telah dimaklumkan lebih awal sebelum mereka datang pada hari ini. Kasturi dan Kira melangkah masuk ke lobby hospital bersama Reno manakala Hud pula berada di luar.

"Edan." Panggil satu suara dari belakang. Kasturi dan Kira menoleh ke arah suara yang memanggil.

"Here." Panggil Sany. Kasturi dan Kira melangkah kearah Sany. Kasturi hulur salam pada Sany dan pantas salam disambut. Kira pula hanya memberikan senyum pada Sany. Kedua-dua mereka mengekori Sany dari belakang hinggalah sampai ke pejabatnya.

"Have a seat." Kata Sany sebaik mereka melangkah masuk ke pejabat Sany.

"Sayang, kenalkan Dr. Sany." Kata Kasturi sebelum dilabuhkan duduk.

"Doktor." Kata Kira sambil melabuhkan duduk.

"What about your injuries?." Soal Sany pada Kira.

"Sakit dah kurang cuma kesan lebam masih ada." Kata Kira. Sany angguk sambil fail di tangan diteliti.

"Ada makan dan sapu ubat yang saya beri?." Soal Sany lagi. Kira angguk.

"Boleh saya periksa?." Soal Sany. Kira angguk. Sany kemudian memanggil seorang jururawat untuk membantunya membuat pemeriksaan pada Kira. Setelah hampir empat puluh minit pemeriksaan termasuk xray dan scan selesai dilakukan tetapi tiada kecederaan serius. Hanya bengkak sahaja begitu juga dengan luka pada lengan Kasturi.

"Sany, thanks." Ucap Kasturi bersama salam dihulur.

"That's small matter." Balas Sany.

"Thanks Doc." Ucap Kira pula. Sany angguk.

"Take care." Balas Sany sambil pintu pejabatnya dibukakan. Kasturi dan Kira kemudian melangkah keluar meninggalkan pejabat Sany menuju ke lobby.

"Sir, Madam." Sapa Reno pada Kasturi dan Kira.

"Let's go." Kata Kasturi sambil melangkah ke arah pintu keluar hospital bersama jemari Kira dalam genggamannya. Hud pula sudah bersedia dengan kereta di luar. Sebaik Kasturi dan Kira meloloskan masuk, pantas Hud menutup pintu dan melompat masuk ke bahagian penumpang hadapan. Reno menekan pedal dan kereta laju meluncur keluar dari perkarangan hospital.

"Sir." Kata Hud sambil menoleh sekilas pada Kasturi.

"I know." Balas Kasturi.

"Just drive." Kata Kasturi. Kira toleh ke belakang. Ada sebuah kereta mengekori mereka. Sejak keluar dari hospital lagi kereta tersebut mengekori mereka. Tiba-tiba kereta tadi memecut laju lalu menghentam belakang kereta.

'Bum!'

(14/03/2021 @ 2155hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience