Bab 59

Romance Series 548166

"Reno, you can go back. No need to wait." Kata Kasturi pada Reno. Reno pandang Kasturi melalui cermin pandang belakang.

"Okay Sir." Balas Reno. Kasturi kemudian terus melolos keluar dari bahagian penumpang belakang.

"Thanks Reno." Ucap Kira pula sebelum dia juga turut keluar dari kereta.

"Most welcome Madam." Balas Reno pula.

Kasturi menolak daun pintu rumah lalu dia melangkah masuk dan diikuti Kira di belakang. Mak Leha yang menyedari kepulangan Kasturi dan Kira pantas mendapatkan mereka berdua.

"Tuan, Puan." Sapa Mak Leha yang terkocoh-kocoh datang dari arah dapur.

"Tuan dengan Puan nak minum? Mak Leha boleh buatkan." Kata Mak Leha.

"It's okay. Kalau saya nak, nanti saya ambil sendiri." Kata Kasturi lalu dia memanjat anak tangga untuk naik ke bilik tidur. Kira hanya menghantar pandangan pada Kasturi yang sedang melangkah.

"Puan, nak apa-apa? Makan tengah hari belum siap lagi. Tinggal sayur dan sambal sahaja, yang lain dah siap." Kata Mak Leha pada Kira yang sudah melabuhkan duduk di sofa ruang tamu.

"Tak apalah Mak Leha. Saya kenyang lagi, saya cuma mengantuk sangat. Malam tadi saya tak boleh nak tidur sampai ke pagi." Balas Kira sambil bersandar di sofa dengan mata yang terpejam.

"Kenapa? Puan tak sihat ke?." Soal Mak Leha yang sudah menghampiri Kira.

"Tak.. Saya sihat. Cuma.. Entahlah Mak Leha, susah pula mata nak lena sejak akhir-akhir ni." Balas Kira dengan nada yang sedikit lemah.

"Kalau Puan nak apa-apa, panggil Mak Leha ya." Pesan Mak Leha. Kira hanya anggukkan kepala dengan matanya yang sudah terpejam. Tiba-tiba pula rasa kantuk menyerang mata, sudahnya Kira capai bantal kecil lalu diletakkan dihujung sofa dan dia terus baringkan tubuhnya di situ. Tidak menunggu lama, Kira terus dibuai lena. Tudung pun tidak sempat ditangglkan. Mak Leha tergeleng perlahan melihat Kira yang mudah pula terlena. Tidak mahu mengganggu Kira, Mak Leha mengatur langkah ke dapur semula untuk menyiapkan makan tengah hari.

Kasturi yang sudah siap menukar pakaian terus mengambil lap top, fail serta dokumen di atas katil untuk dibawa turun ke bilik kerja. Semasa dia melangkah turun, dapat dia lihat Kira yang pulas terlena di sofa ruang tamu. Kasturi hampiri Kira. Dilihat wajah wanita itu yang nampak lesu tetapi ada rasa tenang apabila wajah itu dipandangnya. Pasti malam tadi dia tidak tidur lena, kalau tidak tak adalah sampai termimpi di dalam kereta tadi. Kira.. Kira.. Kasturi kemudian meletakkan lap top serta fail yang dibawa tadi di atas meja kopi. Dia kemudian mencempung tubuh Kira dan dibawanya ke bilik tetamu. Sakit badan kalau dibiarkan Kira tidur di atas sofa itu nanti.

Kira dibaringkan perlahan di atas katil. Selimut ditarik hingga pinggang dan penyaman udara dihidupkan. Pipi mulus Kira diusap sebelum dilabuhkan cium di situ. Kemudian Kasturi melangkah keluar dari bilik tersebut. Dia kembali ke ruang tamu untuk mengambil lap top dan fail yang dibawa tadi lalu dibawa ke bilik kerjanya.

Kasturi melabuhkan duduk di kerusi kerjanya. Lap top dihidupkan. Lama dia termenung di hadapan lap topnya itu. Wajah wanita yang menyapanya di hospital tadi masih lagi terbayang-bayang. Puas cuba diingatinya tetapi tidak ada satu pun ingatan mengenai wanita itu.

Sedang asyik berfikir, telefon bimbitnya berbunyi. Skrin dipandang, tertera nama Kent.

"Edan." Sapa Kent di sebelah sana.

"Kau macam mana?." Soal Kent. Kasturi bersandar ke belakang.

"Masih sama." Balas Kasturi. Terdiam Kent.

"Aku ingat nak jumpa kau." Kata Kent.

"Lama kita tak berbual." Tambah Kent lagi.

"Aku pun ada perkara nak bincang dengan kau." Kata Kasturi pula.

"Kalau macam tu lepas lunch aku datang." Kata Kent.

"Okay." Balas Kasturi.

Selepas talian dimatikan, Kasturi kembali dengan lap topnya. Fail-fail yang ada disemak. Mana tahu sikit sebanyak ingatannya akan pulih. Hampir satu jam mengadap lap top, mata sudah naik berpinar jadinya. Tubuh disandarkan ke belakang bersama mata yang terpejam. Batang hidung dipicit dengan jari bagi menghilangkan rasa senak.

+++

Kira tersedar dari tidur yang nyenyak. Dibawa tubuhnya duduk lalu dia bersandar ke kepala katil sambil menggeliat. Mulut yang ternganga menguap ditutup dengan belakang tangan. Sedang asyik menggeliat, tiba-tiba gerakannya terhenti.

"Eh, bila masa aku masuk bilik? Bukan aku tidur kat sofa ke tadi?." Soal Kira sendiri dan waktu itu baru dia sedar yang tudung masih elok tersarung di kepala. Terus bulat matanya. Pasti Kasturi yang mengangkatnya. Macam tak percaya pula Kasturi yang mengangkatnya masuk ke bilik. Tapi.. Betul ke Kasturi yang angkat? Dah tu takkan Pak Mail pula..? Kira tergeleng-gelengkan kepala. Sedang dia sibuk berkira-kira siapa yang mengangkatnya masuk ke sini, pintu bilik diketuk. Laju Kira melompat turun. Daun pintu ditarik.

"Eh, Mak Leha." Sapa Kira.

"Puan, makan tengah hari dah siap. Puan nak makan sekarang ke?." Soal Mak Leha pada Kira.

"Er.. Mak Leha dah tanya Tuan Edan?." Soal Kira.

"Dah, Tuan cakap tanya Puan." Balas Mak Leha.

"Oo..." Muncung bibir Kira bersama kepala teranguk-angguk. Mak Leha pula masih tercengat menunggu jawapan Kira.

"Puan. Puan nak makan tak? Kalau nak makan, Mak Leha nak hidangkan." Soal Mak Leha.

"Okay tapi bagi saya masa nak mandi sekejap ya." Kata Kira.

"Baik Puan." Balas Mak Leha lalu mahu berlalu ke dapur.

"Mak Leha." Panggil Kira. Mak Leha yang baru melangkah kembali semula pada Kira.

"Ya, ada apa Puan?." Soal Mak Leha.

"Mak Leha tahu tak macam mana saya boleh tidur dalam bilik ni?." Soal Kira seakan berbisik.

"Tuan yang angkatkan tadi." Balas Mak Leha selamba. Tersenyum suka Kira. Mak Leha hanya gelengkan kepala.

"Mak Leha ke dapur dulu lah ya." Kata Mak Leha lalu wanita itu terus berlalu pergi. Kira sudah tersengih-sengih di celah pintu.

"Betul lah abang yang angkat.. Rugi pula sebab tak sedar.." Kata Kira bersama senyum besar di bibir bersama kedua tangannya memeluk tubuh sendiri. Tanpa Kira sedari aksinya diperhatikan Kasturi yang kebetulan mahu keluar dari bilik kerja. Tersungging senyuman di bibirnya.

Selepas membersihkan diri Kira terus ke meja makan, waktu itu Kasturi sudahpun berada di meja manakala Mak Leha pula sedang menuangkan minuman ke dalam gelas. Tanpa lengah Kira terus melabuhkan duduk.

"Sorry, saya mandi sekejap tadi." Kata Kira pada Kasturi. Kasturi hanya angguk sekali.

"Mak Leha, nanti tolong siapkan minum petang. Kent nak datang sekejap lagi." Kata Kasturi pada Mak Leha. Kira yang sedang menyenduk nasi menoleh pada Kasturi.

"Kent nak datang?." Soal Kira sambil menghulur pinggan nasi pada Kasturi.

"Ada apa-apa ke?." Tambah Kira lagi.

"Nothing. I just haven't seen him in a long time." Balas Kasturi.

"Oh.. Ingatkan ada apa-apa." Balas Kira. Mangkuk nasi di tangan diletak semula di atas meja.

Selepas selesai makan tengah hari, Kira membantu Mak Leha mengemas meja makan dan kemudian dia terus masuk ke bilik manakala Kasturi pula sejak tadi lagi sudah menghilang ke bilik kerjanya.

Seperti yang dikatakan Kasturi tadi, lebih kurang jam dua setengah petang Kent sampai di rumah mereka. Waktu itu Kira sedang menonton tv dan apabila Kent sampai, lelaki itu terus dibawa Mak Leha ke bilik kerja Kasturi. Lama juga kedua mereka berada di dalam sana. Entah apa dibualkan pun tidak pasti.

"Mak Leha nak masakkan minum petang ke?." Soal Kira pada Mak Leha yang nampak sibuk di dapur.

"Ha'ah. Puan nak minum apa? Mak Leha buatkan." Kata Mak Leha sambil ligat tangannya menyiapkan karipap pusing inti sardin.

"Tak apa, sekejap lagi lah. Biar saya tolong Mak Leha gorengkan karipap pusing ni dulu." Kata Kira lalu perlahan karipap yang telah siap dimasukkan ke dalam kuali yang panas bersama daun kari. Harum semerbak dapur dengan wangian aroma daun kari bersama karipap. Setelah siap karipap digoreng, Kira mengambil teko lalu teh o panas dibancuhnya lalu disiapkan dan dihidangkan di dalam dulang.

"Eh, Puan nak ke mana?." Soal Mak Leha yang sedang mencuci pinggan di sinki menegur Kira.

"Saya nak hantarkan pada Tuan Edan." Kata Kira lalu dulang diangkat. Terkocoh-kocoh Mak Leha mengeringkan tangan dan mengekori Kira dari belakang.

'Tok tok tok'

Pintu bilik kerja Kasturi diketuk Mak Leha yang berada di belakang Kira. Tidak lama daun pintu dibuka dari dalam. Terjengul wajah Kasturi.

"Kira." Sapa Kasturi apabila melihat Kira yang menatang dulang manakala Mak Leha hanya berdiri di belakang Kira. Kira melangkah masuk bersama dulang di tangan dan dulang diletakkan di meja kopi.

"Kenapa Kira yang bawakan?." Soal Kasturi pada Mak Leha yang masih berdiri di celah pintu.

"Maaf Tuan. Puan yang nak tolong bawakan." Balas Mak Leha sangkut-sangkut. Bimbang Kasturi memarahinya.

"It's okay. Mak Leha boleh sambung buat kerja." Kata Kasturi pada Mak Leha yang masih berada di luar pintu.

"Baik Tuan. Mak Leha pergi dapur dulu ya." Kata Mak Leha pada Kasturi. Kasturi hanya angguk sambil tangannya menarik rapat daun pintu. Kira pula waktu itu sedang menuang air ke dalam cawan sambil berbual bersama Kent di sofa. Setelah menutup pintu, Kasturi terus menghampiri Kent dan Kira lalu dilabuhkan duduk di single sofa.

"Wangi bau karipap ni. Kira yang buat ke?." Soal Kent pada Kira.

"Taklah, saya tolong gorengkan je. Mak Leha yang buatkan karipap ni." Kata Kira sambil melabuhkan duduk.

"Makanlah, sejuk tak sedap." Kata Kira pada Kent lalu piring kuih diangkat dan disuakan pada Kent. Selepas Kent mengambil seketul, piring tadi disuakan pula pada Kasturi. Kasturi mengambil seketul lalu disuap ke mulut.

"Saya keluar dulu ya." Kata Kira pada Kent. Asalnya dia masih mahu berlama-lama di dalam sana tetapi melihat pada tingkah Kasturi yang seakan tidak selesa dengan kehadirannya, Kira terus meminta diri.

"Minumlah sekali." Kata Kent pada Kira yang sudah bangun berdiri. Kira pandang Kent dan kemudian pada Kasturi.

"Eh, tak apa. Saya minum dengan Mak Leha." Balas Kira apabila dia memandang Kent semula. Kent pandang Kasturi, kuih yang sudah mahu sampai di mulut, Kasturi tarik semula.

"Stay, kita minum sama-sama." Kata Kasturi pada Kira. Kira pandang Kent lalu dikenyitkan matanya pada Kira. Kira kemudian melabuhkan kembali duduknya di sofa bersama senyuman nipis.

Semasa minum petang tersebut hanya Kent dan Kira yang banyak berbual, Kasturi pula hanya sesekali sahaja menyampuk perbualan mereka. Ada kalanya, Kasturi terdiam seakan cuba mengingati apa yang dibualkan Kira dan Kent tetapi tiada satu pun yang dapat mengembalikan memori singkatnya yang hilang itu. Walaupun singkat tetapi amat bermakna buat dirinya.

"Edan." Panggil Kent sambil mengesat bibir dengan tisu.

"Edan." Panggil Kent lagi. Kira yang sedang mengemas dulang memandang Kasturi yang berada di sisi kanannya.

"Awak." Panggil Kira bersama sentuhan di lengan Kasturi. Terus tersentak Kasturi apabila disentuh begitu.

"Kau kenapa?." Soal Kent bimbang apabila melihat Kasturi seakan hilang dalam dunianya sendiri.

"Kenapa?." Soal Kasturi pula.

"Tak, kau macam badan je di sini tapi fikiran entah ke mana. Kau fikir apa?." Soal Kent.

"Tak ada apa." Balas Kasturi.

"Aku nak gerak ni." Kata Kent sambil bangun berdiri.

"Pasal statement kau mengenai kes Tatoo tu aku hold dulu. Nanti aku maklum pada Tuan Mazlan. Lagi pun turn kau untuk beri keterangan di Mahkamah belum sampai lagi. Cuma.. Aku harap bila sampai masanya nanti, your memory has returned so that Tatoo can receive his just punishment." Kata Kent.

"I also expect the same thing." Balas Kasturi yang juga sudah turut sama berdiri.

"Okay Edan, anything call aku." Kata Kent bersama salam yang dihulur. Kasturi tidak menyambut huluran Kent sebaliknya tubuh sahabatnya itu dipeluk erat.

"I'm really sorry Kent for what happened to you." Kata Kasturi. Belakang Kent ditepuk perlahan.

"Edan.. Berapa kali kau nak minta maaf ni.. Aku okay kan. Lagi pun kalau kau tak dermakan darah pada aku hari tu, aku pun tak tau apa yang jadi pada aku. Maybe I'm not here anymore." Kata Kent. Bahu Kasturi ditepuknya. Kasturi angguk lalu kaki melangkah keluar dari bilik kerja bersama Kent dan diikuti Kira di belakang.

"Saya balik dulu Kira. Tolong jaga sahabat saya ni. Dia memang nampak macam ni tapi saya tahu dalam hati dia, hanya ada nama awak." Kata Kent pada Kira. Kira sudah tersenyum malu.

"Dah, tadi cakap dah lambat." Marah Kasturi menutup gugup. Kent hanya tersenyum sebelum dia melangkah ke arah keretanya. Sebelum beredar, hon ditekan dan tangan dilambai.

Petang itu selepas Kent balik, Kira masuk ke biliknya dan dia bersiap mahu ke gym. Dia mahu kembalikan workout sebagai rutinnya sebelum ini. Disebabkan hari masih siang, Kira memakai full black legging bersama sport bra dan tshirt di bahagian luar. Rambut panjangnya pula diikat kuda. Setelah berpuashati dengan penampilannya, Kira memegang pemegang pintu dan daun pintu ditarik. Elok sahaja dia melangkah keluar dari bilik, Kasturi yang sedang melintas di hadapan bilik tetamu berhenti melangkah. Kira yang terkaku berdiri di depan pintu di sapa Kasturi.

"Gym?." Soal Kasturi. Kira hanya angguk.

"Awak pun nak workout?." Soal Kira sambil memandang Kasturi yang sudah siap berpakaian sukan bersama tuala kecil yang disangkut di lehernya.

"Let's go together." Kata Kasturi lalu mendahului langkah.

"Okay." Kata Kira lalu menarik daun pintu biliknya rapat dan dia mengekori langkah Kasturi hingga ke gym. Masuk sahaja di dalam sana, Kira berasa sedikit kekok apabila dapat dia rasakan pandangan Kasturi asyik mengekorinya. Bermula dari treadmill hinggalah sekarang ni dia berada di gym bench.

"Do you have anything to ask?." Soal Kira pada Kasturi yang sedang melakukan senaman bersama dumbbell di tangannya. Kasturi meletakkan dumbbell di atas lantai lalu Kira dipandangnya.

"Do we always workout together?." Soal Kasturi. Kira pandang Kasturi.

"Tak juga tapi kalau ada masa, we will workout together." Balas Kira sambil memandang Kasturi dan waktu itu Kasturi seakan berminat untuk mendengar apa yang disampaikan Kira. Kira kemudian menghentikan aktivitinya lalu mencapai botol air yang berada di sisinya lalu diteguk bagi menghilang dahaga hingga meleleh di leher. Kasturi yang melihat keadaan itu sudah terkelip-kelip matanya apabila ada gambaran lain yang terlayar di matanya. Dia seperti pernah melihatnya sebelum ini. Tergeleng-geleng kepala Kasturi apabila dia nampak tubuh Kira dari satu menjadi dua dan kemudian semakin bertambah. Kepalanya rasa berpusing-pusing ditambah dengan telinga yang berdengung.

Selesai meneguk air, Kira meletak kembali botol air dan waktu itu dia nampak seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan Kasturi. Pandangannya nampak kosong tetapi mata terkelip-kelip dan tubuhnya pula hanya kaku di situ. Berlari Kira mendapatkan Kasturi.

"Edan! Edan!." Panggil Kira bersama tangannya yang digoyangkan di hadapan muka Kasturi tetapi Kasturi tetap sama seperti tadi. Kira goyangkan pula tubuh Kasturi tetapi Kasturi seakan 'blank' di situ dan tiba-tiba.

'Bump'

Tubuh Kasturi jatuh.

"Abang!." Jerit Kira.

(12/07/2021 @ 2305hrs)

Share this novel

Hawani Hashim66
2021-07-29 10:33:04 

xda update baru ke....lama dah xupdate next siries

Syakira Ieyra
2021-07-28 19:39:16 

update plss

RohaniHussin
2021-07-25 18:55:16 

Update please..


NovelPlus Premium

The best ads free experience