Bab 28

Romance Series 548166

"Kau dah kahwin El?." Soal Shah seakan tidak percaya. Memang payah untuk dia terima kenyataan tersebut.

"Ya.. Aku dah kahwin." Balas Kira perlahan.

"Siapa suami kau?." Soal Shah. Kira pandang Shah. Nafas ditarik panjang. Ini yang payah untuk dia katakan.

"Mr. K." Balas Kira pendek.

"Mr. K?." Soal Shah terkejut. Bulat matanya memandang Kira.

"Yup, Mr. K." Balas Kira sambil kepala diangguk.

"Mr. K? Ish, takkan Mr. K, Mr. K yang tu pulak, kan." Kata Shah sambil ketawa yang tak macam ketawa. Kira pandang Shah tanpa riak. Terhenti ketawa di bibir Shah.

"Kau biar betul El. Takkan Mr. K tu suami kau?." Soal Shah. Kira angguk. Terkelu lidah Shah untuk berkata. Lama kedua mereka terdiam.

"Maknanya kau memang dah tahulah selama ini syarikat tu milik suami kau, Mr. K?." Soal Shah. Ada rasa terpinggir di situ. Mereka bukan baru kenal, sampai hati Kira buat dia begitu.

"Aku tak tahu." Balas Kira sambil kepala digeleng. Shah kerut dahi.

"Tak tahu? Macam mana pula boleh tak tahu?." Soal Shah pelik. Kata suami, macam mana boleh tak tahu pulak.

"Berapa lama kau kenal dia. Takkan selama bercinta dia tak pernah ceritakan semua tu?." Soal Shah. Kira geleng.

"Tak pernah cerita?." Soal Shah.

"Bukan dia tak pernah cerita tapi kami tak pernah bercinta." Kira betulkan ayat Shah.

"Hah?." Shah sudah pening. Tak bercinta, dah tu macam mana boleh kahwin. Aduh.. Kepala tak gatal digaru.

"Pening la aku dengan cerita kau ni El." Kata Shah.

"Aku kenal dia sebagai Edan Kasturi bukan Mr. K. Aku dan dia berkahwin bukan atas dasar cinta." Kata Kira. Shah termanggu. Takkan Kira tak bahagia? Tapi.. Iyalah tiada cintakan. Shah tarik nafas. Berserabut kepalanya dengan masalah Kira.

"Kau kena paksa kahwin ke?." Soal Shah. Kira geleng.

"Dah tu? Aduh.. Pening la aku Kira." Luah Shah. Tersandar dia ke belakang.

"Sekarang ni apa masalahnya?." Soal Shah ingin tahu.

"Kau ingat Jeff?." Soal Kira. Shah angguk.

"Aku tak tau macam mana dia boleh jumpa aku di kampung. Kalau kau nak tahu, rumah Mak Chaq aku terbakar, dialah puncanya dan.. Mak Chaq, Pak Chaq meninggal dalam kemalangan pun kerja dia juga!." Suara Kira sudah bertukar nada. Geram dan marah pada Jeff. Terus tertegak tubuh Shah.

"Tak guna!." Marah Shah.

"Tapi, mana kau tahu Jeff yang lakukan semua tu?." Soal Shah ingin tahu.

"Edan. Dia yang bantu cari siapa dalang disebalik semua kejadian tu." Balas Kira. Cuma tidak diceritakan mengenai dia diserang Jeff sahaja kerana kejadian itu dirasakan agak sensitif baginya.

"Macam mana pula Edan boleh ada di kampung kau pulak?." Soal Shah.

"Waktu itu kebetulan Edan ada di kampung, dia anak kepada jiran Pak Chaq. Dia balik bercuti untuk bersihkan kawasan rumah arwah ayah dia." Kata Kira. Wajah Kira dipandang tidak berkelip.

"Jadi, kau kahwin sebab nak mengelak dari Jeff? Macam tu?." Soal Shah ingin kepastian. Kira angguk.

"Tapi kenapa dengan dia?." Soal Shah. Kira tegak memandang Shah.

"Apa maksud kau ni Shah?." Soal Kira. Shah tarik nafas.

"Aku cintakan kau El. Dah lama aku simpan perasaan ni." Luah Shah. Terkedu Kira dengan luahan Shah. Tidak tahu apa yang harus dia katakan.

"Tapi Shah.. Aku tak pernah anggap kau lebih dari seorang sahabat baik." Kata Kira perlahan.

"Aku tahu.. Itu sebab aku simpan rasa ini. Kalau aku tahu, aku rela berkahwin dengan kau El demi untuk selamatkan kau dari Jeff." Kata Shah. Kira terdiam dengan kata-kata Shah.

"Sorry El.. Aku tak patut cakap macam tu pada kau. Kau dah jadi isteri orang. Isteri boss pulak tu." Gurau Shah mahu ceriakan suasana yang agak suram. Kira geleng perlahan.

"It's okay.." Balas Kira. Dia tahu Shah bukan bermaksud apa-apa dengan kata-katanya itu.

"Erm.. Bila kau dapat tahu siapa sebenarnya Mr. K?." Soal Shah.

"Semalam." Kata Kira.

"Semalam?." Soal Shah. Laju Kira angguk.

"So.. Sekarang apa masalahnya. Dia marahkan kau?." Soal Shah.

"Tak.." Balas Kira.

"Dah tu kau marah dia sebab tak puas hati?." Soal Shah lagi

"Memang aku tak puas hati tapi tak reda sikit sebab masa aku dapat tahu tu, aku.." Ayat Kira tergantung.

"Kau apa? Mengamuk?." Soal Shah. Kira kemam bibir. Tergeleng Shah. Faham sangat dengan perangai Kira.

"Teruk ke dia kena?." Soal Shah. Kira pandang Shah.

"Sikit je. Tak teruk pun." Balas Kira serba salah.

"Kau ni El.. Sama saja dari dulu sampai sekarang." Tergeleng Shah.

"Jadinya apa masalahnya lagi?." Soal Shah. Macam-macam hal la kau El..

"Tadi ada seorang perempuan nama Liona datang ke rumah dan lagak perempuan tu macam dia dah biasa dengan keadaan rumah tu." Adu Kira.

"Perempuan?." Soal Shah. Kira angguk. Hai lah.. Lepas satu, satu masalahnya.

"Siapa perempuan tu?." Soal Shah. Kira geleng.

"Jadi sekarang ni kau nak aku buat apa? Siasat Liona tu?" Soal Shah. Kira angkat bahu.

"Aku tak tahu.. Cuma yang aku tahu sekarang ni, aku rasa macam satu kesilapan pula apabila aku berkahwin dengan dia, Shah." Luah Kira.

"Aku tak tahu siapa dia sebenarnya, kehidupan dia sebelum ini, siapa orang di sekeliling dia.. Aku rasa.. lost, kosong, zero." Kata Kira. Shah hanya diam tanpa membalas. Tiba-tiba telefon bimbit Kira berbunyi. Telefon dari pouch bag diambil dan skrin dipandang. Tertera nama 'Abang'. Kira telangkupkan telefon di atas meja tanpa menjawabnya. Kemudian berbunyi lagi. Kira hanya pandang belakang telefon bimbitnya tanpa rasa mahu menjawabnya.

Shah hanya memerhatikan tingkah Kira. Dia tahu Kira terasa hati tapi apa boleh buat, mereka sudah pun menjadi suami isteri. Mereka yang patut selesaikan masalah yang timbul kerana orang luar tidak tahu apa masalah yang sebenarnya.

Lama juga telefon Kira berdering tanpa jawapan. Tidak lama bunyi mesej masuk. Kira buka mesej whatsapp lalu dibacanya.

Abang : Sayang.. I'm sorry. Abang tahu sayang marahkan abang but please, answer my call sayang..

Mesej Kasturi tidak dibalas. Telefon diletakkan kembali di atas meja.

"Sorry Shah aku dah buang masa kau." Kata Kira. Air di dalam gelas disedut sehingga habis. Kering rasa tekak kerana banyak bercakap. Shah geleng perlahan.

"Tak ada apalah. Benda kecil je." Balas Shah.

"Hm.. Kau baliklah dulu. Aku ingat nak lepak sini sekejap. Nanti aku balik." Kata Kira.

"Aku tahu kau sibuk." Tambah Kira lagi. Shah angguk dan senyum.

"Er.. Shah. Tapi tolong ya, kau jangan beritahu pada sesiapa mengenai apa yang aku ceritakan tadi." Pinta Kira.

"Don't worry." Balas Shah sambil bangun berdiri. Topi keledar dicapai.

"Aku balik dulu. Ada apa-apa, call aku." Pesan Shah. Kira angguk.

"Thanks Shah." Ucap Kira. Shah hanya angguk dan dia terus melangkah pergi ke arah kaunter. Setelah bayaran dibuat, Shah meninggalkan kaunter dan terus melangkah keluar dari cafe.

Kira tertunduk di meja. Serabut apabila dia memikirkan mengenai masalahnya itu. Nafas ditarik dalam. Telefon bimbit dicapai lalu disimpan di dalam pouch bag. Tubuh dibawa berdiri lalu kaki diayun ke arah pintu.

Kira memandu perlahan keretanya tanpa tahu arah tuju, hanya mengikut arus jalan raya yang sudahnya berakhir di Tasik Titiwangsa. Kereta diletakkan di tempat parking dan dia melangkah keluar. Bangku batu di tepi tasik dituju lalu dilabuhkan duduk, pouch bag diletakkan di atas ribanya. Bermacam perkara berlaku pada dirinya sejak akhir-akhir ini. Sungguh tidak dia sangka perkara begini boleh berlaku. Nafas ditarik panjang. Tegak mata ke hadapan, jauh ke tengah tasik dibuang pandang. Macam-macam kenangan yang timbul hingga dia lupa pada sekeliling. Tiba-tiba terasa bahu kanannya dicuit orang. Kira toleh ke sisi dan tanpa amaran mulutnya ditutup dengan kain yang berbau seperti chemical. Mulanya Kira meronta tetapi lama kelamaan matanya menjadi layu dan dia terus terpejam.

+++

"Kenapa tak gerak lagi?." Soal Liona. Kasturi yang berada di tempat pemandu memandang Liona dengan pandangan tajam.

"Give me your address." Pinta Kasturi kasar.

"Nak buat apa?." Soal Liona pelik tetapi tiba-tiba dia tersenyum suka.

"Oo.. You nak ikut I balik rumah? Kenapa tak cakap awal-awal." Kata Liona. Kasturi tidak membalas. Pandangan dihala ke hadapan.

"I tinggal di Kondo yang sama. Tak pindah pun.." Balas Liona suka. Tanpa lengah, pedal minyak ditekan. Menderum kereta meluncur pergi.

Pak Mail yang sedang menyiram pokok hanya memandang kereta hitam Kasturi berlalu pergi. Ini semua salah dirinya. Kepala digeleng perlahan dan kerja yang terhenti tadi disambung semula.

"Abang." Panggil Mak Leha pada Pak Mail. Pak Mail menutup pili air dan dia kemudian melangkah ke arah pintu rumah. Topi buluh di kepala ditanggalkan dan dikipas ke wajah. Merenek peluh meleleh.

"Abang ke yang bukakan pagar tadi?." Soal Mak Leha pada Pak Mail yang sudah melabuhkan duduk di bangku. Pak Mail angguk.

"Kenapa abang buka?." Marah Mak Leha sambil bercekak pinggang.

"Dah tu, takkan abang nak biarkan Miss Liona tu di luar lagi pun dia yang panggil abang tadi." Balas Pak Mail.

"Ish, abang ni.. Kesian dengan Puan." Kata Mak Leha.

"Kita tak boleh nak buat apa Leha.. Lagipun kita tak patut masuk campur." Balas Pak Mail. Mak Leha hela nafas panjang.

"Saya tahu.. Cuma saya kesiankan Puan tu.." Balas Mak Leha.

"Dah, tak payah nak fikir. Ambilkan abang air. Dahaga pula rasanya." Kata Pak Mail.

"Iya lah." Kata Mak Leha lalu dia berlalu ke dalam rumah.

"Eh, Puan. Nak pergi kerja ke?." Soal Pak Mail apabila melihat Kira yang sedang melangkah keluar dari pintu.

"Tak, saya nak keluar. Ada hal." Balas Kira sambil menyarung kasut sportnya. Pak Mail angguk.

"Saya pergi dulu Pak Mail." Kata Kira lalu laju dia melolos masuk ke dalam keretanya. Pak Mail capai telefon bimbit di dalam poket lalu mesej dihantar pada Kasturi.

+++

"Eh, kenapa you berhenti di sini. Entrance di sana." Kata Liona. Kasturi tidak membalas. Dia hanya diam sambil mata memandang ke hadapan.

"Kata nak ikut I naik rumah." Kata Liona lagi. Kasturi pandang Liona. Bergerak-gerak rahang dia menahan sabar. Tiba-tiba telefon bimbit Kasturi berbunyi menandakan ada mesej yang masuk. Dia mahu membaca mesej tersebut tetapi keadaan tidak mengizinkan.

"Bila I cakap nak ikut you?." Soal Kasturi.

"Now, you turun!." Marah Kasturi. Berubah wajah Liona.

"I cakap turun!." Ulang Kasturi. Liona memusingkan tubuh mengadap Kasturi. Wajah Kasturi ditentang.

"Hey!" Bahu Kasturi ditolak.

"You jangan nak kurang ajar dengan I, Edan! You lupa apa yang you dah buat, hah?." Marah Liona. Kasturi diam tidak membalas. Panas rasa telinganya. Kalau tidak disebabkan perkara tersebut, Liona sudah lama dihumban ke luar! Dia masih bertahan kerana perkara itu sahaja.

"Tau pun diam. Sekarang I nak you ikut I sampai atas!." Kata Liona yang sudah memusingkan tubuhnya ke depan. Kedua tangan naik memeluk tubuh.

"Arghh!." Kuat stereng ditumbuk. Liona senyum mengejek.

"Kau jangan ingat aku boleh lupa apa yang kau dah buat Edan. Sampai mati aku takkan lupa dan selagi aku hidup, selagi itu aku akan menyusahkan kau!." Kata Liona dalam hati.

Kasturi memandu masuk ke kondo bersama hati yang sebal. Kereta diparking di lot parking rumah Liona. Liona pantas membuka daun pintu dan tubuh dibawa keluar. Kasturi pula tiada tanda-tanda mahu turut sama turun. Dia masih keras di tempat pemandu. Liona sudah naik darah.

"Eh, you buat apa lagi. Turunlah. Takkan I nak bentang carpet merah baru nak turun!." Marah Liona.

Kasturi tidak pedulikan kata-kata Liona. Mesej dari Pak Mail yang diterima tadi dibaca.

Pak Mail : Tuan, maaf ganggu. Pak Mail nak bagitau, Puan dah keluar tadi tapi tak diberitahu ke mana.

'Dup'

Hatinya rasa tidak sedap. Kira keluar? Enjin dihidupkan semula lalu pedal ditekan dan tanpa mempedulikan Liona yang sudah terjerit macam orang histeria di tempat parking. Dia terus memandu pergi.

"You tunggu Edan! You tunggu!." Jerit Liona.

Sebaik keluar dari kawasan kondo, Kasturi memberhentikan kereta di tepi jalan. Nombor telefon Kira didail. Tiada jawapan. Diulang lagi beberapa kali tetapi masih tiada jawapan. Mesej pula dihantar pada Kira. Berdebar rasa hati menunggu tetapi tiada balasan. Nombor Pak Mail didail. Tidak lama panggilan disambut.

"Assalamualaikum Pak Mail." Kasturi bersuara.

"Ya Tuan." Balas Pak Mail.

"Kira keluar dengan apa, kereta atau motorsikal?" Soal Kasturi.

"Puan naik kereta Honda. Kenapa Tuan?." Soal Pak Mail.

"Tak ada apa." Balas Kasturi.

"Terima kasih Pak Mail." Balas Kasturi lalu talian dimatikan. Dia kemudian onkan GPS untuk dapatkan lokasi kereta Kira. Mujur juga tracker GPS tempoh hari tidak ditanggalkan. Lega hatinya apabila di peta menunjukkan kereta Kira sedang bergerak dan tidak lama berhenti di Tasik Titiwangsa.

Kasturi pandang pada kereta hitam yang dipandu Hud dan Reno di seberang jalan. Nombor telefon Reno didail dan tidak lama panggilan bersambut.

"Reno, I want you to go to Tasik Titiwangsa to make sure Kira is safe and Hud, follow me back." Kata Kasturi. Tidak lama Hud keluar dari kereta hitam dan melangkah ke arah kereta Kasturi. Kasturi pula keluar dari kereta dan masuk semula ke bahagian penumpang belakang.

"Hud, let's go." Kata Kasturi. Hud kemudian memandu pergi manakala Reno pula perlu ke Tasik Titiwangsa untuk lihat keadaan Kira. Bimbang jika sesuatu buruk yang berlaku.

"I want you to stay here tonight." Kata Kasturi pada Hud sebaik sampai di perkarangan rumah. Hud angguk.

"Okay Sir." Balas Hud.

Kasturi melangkah masuk ke dalam rumah dan waktu itu telefon bimbitnya berbunyi. Tertera nama 'Reno'. Hatinya tidak sedap.

"Sir, Madam is not here." Kata Reno.

"What?!." Soal Kasturi.

(06/03/2021 @ 1215hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience