Bab 6

Romance Series 548166

"Pak Chaq, Mak Chaq. Izinkan saya memperisterikan Elvaretta Kirana sebagai isteri yang sah" kata Kasturi senafas. Kira yang berdiri di sisi Kasturi laju menoleh pandang pada Kasturi.

Terdiam Pak Chaq apabila mendengar ayat yang dituturkan Kasturi. Mak Chaq pula sudah ternganga. Sunyi sepi seketika. Kasturi sudah tidak senang duduk. Dia berdeham.

"Pak Chaq" panggil Kasturi.

"Ah, ya ya ya" balas Pak Chaq yang seakan baru tersedar.

"Hah Kira, hang lagu mana?" soal Pak Chaq direct. Kira yang sudah tertegak berdiri membalas pandang dengan Pak Chaq dan bersilih ganti memandang Mak Chaq dengan mata yang bulat apabila ditanya terus begitu.

"Cheq?" soal Kira sambil jari telunjuk naik menunding ke arah diri sendiri.

"Lah, hang la takkan Mak Chaq pulak" kata Pak Chaq. Mak Chaq yang mendengar terus menoleh pandang pada Pak Chaq yang berada di sebelahnya. Pak Chaq tersengih memandang Mak Chaq.

"Aih, lekaih la. Mau dak?" soal Pak Chaq lagi. Memerah wajah Kira apabila tiga pasang mata memandang ke arahnya.

"Hm.. kena jawab la ka?" soal Kira yang sudah tidak tentu arah.

"Eh, dak eh. Esok pun buleh dak pun minggu depan" balas Mak Chaq sambil menjeling tajam pada Kira. Terus memuncung bibir Kira dengan kata-kata Mak Chaq. Tapi bila difikir-fikir balik daripada dikejar Jeff tu baik dia kahwin dengan Edan tapi Edan ni pun dia tidak kenal sangat. Aduh.. nanti karang keluar mulut harimau masuk mulut buaya. Naya oi..

Kasturi pula sudah tidak senang duduk. Kalau dia ditolak, malam ni juga dia balik Kuala Lumpur. Tak sanggup menanggung malu. Sudahlah keputusan yang dibuat ini tanpa difikir panjang. Betul ke apa yang kau buat ni Edan Kasturi.. nak undur pun dah tak boleh, ikutkan sajalah.

"Er.. Cheq masuk dalam dulu la" kata Kira lalu terus menonong masuk. Mak Chaq sudah tersenyum.

"Hm.. dia malu la tu" kata Mak Chaq.

"Masuk lagu tu ja? jawapannya mana?" soal Pak Chaq dengan mata masih lagi memandang ke arah pintu dapur.

"Abang ni pun.. tu jawapan la tu.." kata Mak Chaq sambil tersenyum lagi. Pak Chaq garu kepala tidak gatal. Tak faham dia dengan bahasa orang perempuan ni.

"Ish abang ni. Tu tanda setuju la. Takkan Kira nak habaq mau pulak.. segan la dia" kata Mak Chaq. Terangguk-angguk Pak Chaq. Baru dia faham.

"Ri" panggil Pak Chaq.

"Ya, Pak Chaq" jawab Kasturi.

"Mai duduk sini" panggil Pak Chaq pada Kasturi yang sedari tadi tegak berdiri. Kasturi perlahan melangkah menghampiri Pak Chaq lalu dilabuhkan duduk.

"Sungguh ka hang nak menikah dengan Kira ni?" soal Pak Chaq sebaik Kasturi melabuhkan duduk.

"Ya, Pak Chaq" jawab Kasturi yakin walaupun dalam hati ada sedikit goyah.

"Hang tau kan, Kira tak dak sapa-sapa lagi?" soal Pak Chaq ingin tahu. Kasturi angguk sambil memandang Pak Chaq.

"Kami ni pun tak kenai hang sangat tapi kami kenai sapa pak hang dan kami tau hang anak yang baik" kata Pak Chaq.

"Jadi macam ni lah, kalau hang betui nak menikah dengan Kira, kita buat ikut cara yang betui" kata Pak Chaq. Bahu Kasturi ditepuk perlahan.

"Terima kasih Pak Chaq, Mak Chaq" kata Kasturi. Nampak sedikit lega pada wajahnya. Walaupun tiada rasa cinta pada Kira, dia akan cuba untuk sayangkan Kira demi tanggungjawab.

"Cuma Pak Chaq nak tanya" kata Pak Chaq sambil menggulung rokok daun.

"Macam mana buleh timbui yang hang dah kahwin dengan Kira?" soal Pak Chaq tidak mengerti.

"Hm.. saya pun tak pasti nak terangkan macam mana" balas Kasturi serba salah.

"Tak pa lah.. nanti-nantilah Pak Chaq tanya Kira" kata Pak Chaq pula. Rokok daun dinyalakan dan disedut perlahan lalu dihembus.

"Pak Chaq, Mak Chaq. Kalau saya nak buat satu permintaan boleh" soal Kasturi. Wajah Pak Chaq dan Mak Chaq dipandang bergilir.

"Apa dia?" soal Pak Chaq dan Mak Chaq hampir serentak.

"Saya nak Kira dan saya berkahwin dalam tempoh terdekat ni" kata Kasturi. Terpapar riak terkejut pada wajah Pak Chaq.

"Awat nak cepat sangat?" soal Pak Chaq pelik.

"Tak sabaq ka?" usik Mak Chaq pula. Kasturi tersenyum nipis.

+++

Laju Kira membuka langkah dari parkin hingga ke pintu. Kuat jantungnya berdegup. Masuk sahaja dalam rumah terus dia ke tingkap. Langsir diselak sedikit mahu mengintai ke arah parkin. Dari jauh Kira melihat Kasturi sudah melabuhkan duduk di sebelah Pak Chaq.

"Apa yang Pak Chaq cakap pada Edan?" soal Kira sendiri. Ish, jauh sangat. Tak dengar. Diintai lagi ke arah parkin.

"Hm.. Pak Chaq ni tadi pun, boleh pula tanya face to face macam tu. Takkan lah aku nak jawab. Malu la.." kata Kira lagi.

"Tapi.. macam mana dia boleh nak kahwin dengan aku pula? kenal pun tak sampai seminggu" Kira sudah bersoal jawab.

"Tah-tah dia nak jual aku kat Siam tak!" Kira sudah berfikir yang bukan-bukan.

"Eh tak tak tak" sudah tergeleng-geleng kepala Kira. Takkan lah, Edan bukan macam tu walaupun mata berparut dan muka garang macam tu, dia tidak rasa Edan sanggup lakukan begitu pada dirinya. Kira meletak tapak tangan kanan di dada. Kasturi dipandang dari jauh lalu bibir menyebut nama lelaki itu.

"Edan.." tiba-tiba jantungnya berdegup laju. Kira tarik nafas panjang. Mungkin ini jodohnya. Kira kemudian melangkah ke arah tangga dan terus ke tingkat atas lalu terus ke biliknya. Tubuh dibantingkan ke atas katil. Mata dipejam. Petang-petang begini mudah pula matanya terpejam. Bagai dibelai-belai sahaja.

"Sayang.." bisik satu suara di tepi telinga Kira.

"Sayang.." suara itu memanggil lagi. Terus Kira membuka mata apabila sepasang bibir melekap di pipinya. Pantas ditoleh ke sisi.

"Jeff!" jerit Kira lalu terus dia bangun duduk di atas katil.

"Kau buat apa dalam bilik aku?" soal Kira dan sudah berkira-kira mahu bangun tetapi kedudukan Jeff yang sangat rapat padanya menyebabkan dia mengesot ke belakang.

"Like I said. I want you honey.." kata Jeff yang seakan mahu menerkam Kira. Kira memandang ke kirinya dan sebaik dapat peluang, terus dia terjun dari katil dan tegak berdiri.

"Kau berambus!" marah Kira. Mencerlung matanya memandang Jeff yang juga sudah turut berdiri. Susuk tubuh Jeff yang tinggi menyebabkan Kira terpaksa mendongak untuk memandang Jeff.

"Kau nak apa ni Jeff!" marah Kira bersama langkah kaki yang sudah terundur ke belakang disebabkan Jeff semakin merapatinya. Tangan kanan Jeff naik mahu menyentuh pipi Kira tetapi pantas Kira mengelak tetapi tiba-tiba belakang Kira sudah melanggar dinding. Pucat wajah Kira.

"Sayang.. you nak lari ke mana?" soal Jeff yang sudah berdiri rapat di hadapan Kira. Pipi Kira diusap dan rambut panjang Kira dibelai.

"Baik kau pergi Jeff sebelum aku hilang sabar!" kata Kira dengan suara yang tersekat-sekat. Terketar-ketar tangannya kerana menahan marah. Jeff hanya ketawa.

"Kau jangan menyesal!" kata Kira dan bersama itu lututnya dinaikkan tinggi hingga kena pada celah kelangkang Jeff.

'Arghh!'

Terduduk Jeff bersama kedua tangan naik memegang di celah itu.

"Aku dah cakapkan" kata Kira dan apa lagi Kira terus menindih tubuh Jeff dan dilepaskan tumbukan bertalu di wajah kacak lelaki itu tetapi tiba-tiba kedua tangan Kira dipegang Jeff lalu posisi bertukar. Kira di bawah dan Jeff di atas.

'Pang'

Pipi Kira ditampar. Meleleh cairan merah di hujung bibir.

"Eh, perempuan. Kau ingat kau siapa hah!" marah Jeff lalu leher Kira dicekik hingga susah untuk dia bernafas. Dalam cuba untuk melepaskan cekikkan di leher, Kira terpandangkan seterika di bawah katil. Puas tangan kanannya cuba mencapai dan apabila berjaya memegangnya laju dilayangkan ke kepala Jeff. Terlentang Jeff ke belakang. Pantas Kira menolak tubuh Jeff dan terus dia berdiri dan berlari ke arah pintu bilik. Tombol pintu dipulas dan daun pintu dibuka.

Tanpa menoleh Kira terus berlari ke arah pintu rumah dan dengan kasar daun pintu di tarik. Panjang langkah ke beranda dan terus menuruni tangga tetapi dirasakan lambat lalu dia terjun dari anak tangga ke tiga ke atas tanah. Pak Chaq, Mak Chaq dan Kasturi yang sedang berbual terkejut dengan kehadiran Kira yang berlari dalam keadaan kusut dan berdarah pada bibirnya serta pipi yang merah.

"Kira!" pantas Kasturi mendapatkan Kira yang sudah tidak cukup nafas. Pak Chaq juga sudah bangun berdiri mendapat Kira.

"Jeff.. Jeff.." kata Kira dengan nafas tersekat sambil tangan naik menunding ke atas rumah. Mendengar sahaja nama itu tanpa lengah terus Kasturi berlari naik ke rumah tingkat atas untuk mencari Jeff. Sebaik sampai di atas rumah, dia lihat pintu bilik terbuka dan laju Kasturi membuka langkah ke arah bilik itu tetapi Jeff sudah tiada. Hanya keadaan bilik yang agak bersepah dan ada kesan darah pada lantai dan pintu. Pasti darah milik Jeff.

"Tak guna!" marah Kasturi bersama tumbukan dilepaskan ke dinding. Mengingatkan Kira masih di bawah dia terus berpusing untuk turun tetapi sebelum turun, sempat dia mencapai tuala yang tergantung di penyangkut. Kemudian pantas dia berlari ke parkin semula.

"Ri, mana Jeff?" soal Pak Chaq sebaik melihat Kasturi turun semula ke parkin. Mak Chaq juga menoleh pada Kasturi sambil dia cuba menenangkan Kira yang berada di atas parkin. Kasturi geleng dan kemudian tuala di tangan dibukakan dan ditutup rambut Kira yang terdedah. Dapat dilihat dengan jelas tangan Kira yang menggeletar. Kuat Kasturi menggenggam tangan.

"Kita masuk dalam dulu" kata Pak Chaq. Mak Chaq angguk sambil memimpin Kira ke pintu dan terus dibawa ke bilik air untuk mencuci kaki dan wajah. Kasturi hanya memandang Kira dari belakang.

"Hish! macam mana Jeff boleh naik rumah?" marah Pak Chaq sambil melabuhkan duduk. Kasturi masih lagi berdiri di tengah dapur melihat pintu bilik air. Macam mana keadaan Kira agaknya.

"Ri" panggil Pak Chaq. Kasturi menoleh dan kemudian melangkah ke arah meja makan. Kerusi ditarik dan kemudian terus dilabuhkan duduk.

"Macam mana kita buleh tak sedaq?" soal Pak Chaq. Nampak riak bimbang pada wajah tuanya.

"Dia masuk ikut pintu belakang agaknya" kata Kasturi.

'Bang'

Meja ditepuk kuat.

"Kalau dapat budak Jeff ni memang aku sembelih!" kata Pak Chaq geram. Kasturi hanya diam menahan marah. Mujur Jeff tiada tadi, jika tidak memang ada yang mati. Bergerak-gerak rahang Kasturi menahan rasa.

"Esok kita pi pejabat agama. Hang pa dua nikah" kata Pak Chaq. Tertegak Kasturi memandang Pak Chaq. Memang la aku nak percepatkan perkahwinan ni tapi tak adalah secepat ni.

"Esok?" sampuk Kira yang baru keluar dari bilik air. Mak Chaq juga terkejut dengan keputusan suaminya itu.

"Abang biaq betui" kata Mak Chaq pula.

"Esok pagi-pagi kita pi pejabat agama. Pasai borang ka apa ka, yang tu nanti-nanti. Tau la Pak Chaq nak buat lagu mana" kata Pak Chaq. Kira sudah terdiam tidak tahu mahu berkata apa.

"Kira, hang pi naik bilik. Sat ni turun balik. Bilik biaq Mak Chaq kemaih" kata Mak Chaq. Kira toleh pandang pada Mak Chaq.

"Awat?" soal Mak Chaq.

"Teman cheq buleh..?" pinta Kira. Mak Chaq hela nafas perlahan. Kesian anak buahnya ini. Kenapalah begini pula jadinya.

"Hurm.. jom Mak Chaq teman" kata Mak Chaq lalu mendahului langkah ke arah tangga. Kira memandang sekilas pada Kasturi sebelun dia mengekori Mak Chaq ke tingkat atas.

"Macam mana?" soal Pak Chaq pada Kasturi. Kasturi toleh pada Pak Chaq.

"Macam mana, macam mana?" soal Kasturi tidak mengerti.

"Nikah esok la" kata Pak Chaq.

"Pak Chaq bukan apa, Pak Chaq ni dah tua. Kalau jadi apa-apa pada Kira lagu mana? Kalau hang pa dah menikah, buleh hang tengok-tengokkan Kira" kata Pak Chaq. Kasturi hanya diam dan dalam masa yang sama mengiyakan kata-kata Pak Chaq.

"Baik Pak Chaq" kata Kasturi.

"Hm.. malam ni tidoq sini" kata Pak Chaq.

"Hah?" kata Kasturi terkejut.

"Malam ni tidoq sini" ulang Pak Chaq.

"Boleh ke?" soal Kasturi lurus.

"Buleh. Kita tidoq ruang tamu malam ni. Mak Chaq biaq dia teman Kira dalam bilik" kata Pak Chaq. Kasturi hanya angguk. Nafas ditarik panjang.

(01/02/2021 @ 1955hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience