Bab 45

Romance Series 548166

"Saya hantarkan Tuan." Kata Syamill pada Kasturi. Kepala diangguk tanda setuju.

Tanpa lengah Kasturi dan Syamill melangkah laju menuju ke lift. Butang ke bawah ditekan, tidak lama pintu lift terbuka. Pantas kedua-dua lelaki itu melangkah masuk.

'Ting'

Pintu lift terbuka. Besar langkah kaki diatur menuju ke tempat parking.

"Sir." Satu suara menegur dari belakang. Kasturi dan Syamill sama-sama menoleh ke belakang.

"Reno! What are you doing here?." Soal Kasturi sebaik melihat Reno yang berdiri tegak di hadapannya.

"I came to bring you back, Sir." Balas Reno. Tergambar riak terkejut pada wajah Kasturi. Syamill pula hanya memerhati tanpa ada niat mahu menyampuk.

"I have a task here but it's done early and Mr.  Am asked me to take you back to the agency." Tambah Reno lagi. Kasturi angguk. Syamill di sisi dipandang.

"Mill, awak boleh naik atas semula. Saya balik sendiri." Kata Kasturi pada Syamill.

"Tapi Tuan Aniq.." Tidak sempat Syamill habiskan ayatnya, Kasturi menyampuk.

"It's okay, I'll call him and told him about this." Kata Kasturi lagi. Syamill angguk sambil memandang sekilas pada Reno yang tegak berdiri di sisi Kasturi lagaknya seperti bodyguard pula. Reno senyum nipis pada Syamill.

"Kalau macam tu saya naik dulu. Hati-hati Tuan." Kata Syamill lalu dia bergerak menuju ke lift semula.

"Sir." Panggil Reno. Kasturi yang memerhatikan Syamill terus memandang Reno.

"Let's go." Kata Kasturi. Reno angguk lalu dia mendahului langkah menuju ke tempat parking. Sebaik sampai di kereta, Reno terus melolos masuk ke bahagian pemandu manakala Kasturi pula di bahagian penumpang belakang. Tidak menunggu lama, laju kereta meluncur pergi tetapi bukan ke arah lebuhraya.

"Where are we going?." Soal Kasturi apabila melihat kereta dipandu Reno tidak menghala ke arah lebuhraya untuk pulang ke Kuala Lumpur. Reno memandang Kasturi melalui cermin pandang belakang.

"Mr. Am asked me to bring you back immediately, so this is the only way and it can also prevent any other possibility of injuring you, Sir." Balas Reno lalu kereta yang dipandu memasuki ke kawasan penerbangan persendirian. Kasturi memandang sekeliling.

"Mr. Albert place." Kata Kasturi. Reno angguk lalu kereta dipandunya berhenti di tepi sebuah bangunan dan tidak lama keluar seorang lelaki Cina memakai jaket kelabu bercermin mata hitam. Dari jauh sudah diangkat tangan melambai ke arah Kasturi dan Reno.

"Mr. Edan." Panggil Albert sambil menanggalkan cermin mata hitam yang tersangkut di batang hidungnya. Sebaik merapat kedua-dua lelaki itu berpelukan seketika. Pada Reno anggukan kepala diberikan tanda menyapa.

"Mr. Edan, long time no see." Kata Albert. Kasturi senyum senget.

"I know you're in a hurry and I think you should leave now. Next time we can have a drink together." Kata Albert pada Kasturi sambil menepuk perlahan belakang lelaki itu. Kasturi angguk.

"Thanks Albert." Ucap Kasturi.

"No, it's has nothing compares what have you done for me before." Laju Albert membalas.

"Now, go." Kata Albert lalu dia memberi isyarat dengan tangannya pada juruterbang helikopter yang sudah bersedia untuk berlepas.

"Thanks." Ucap Kasturi pada Albert. Albert angguk.

"Take good care of him." Pesan Albert pada Reno.

"I will." Balas Reno lalu dia pantas mengekori langkah Kasturi berjalan menuju ke arah sebuah helikopter yang sudah bersedia. Kedua-kedua mereka memanjat naik dan mengambil tempat masing-masing lalu headsets dipakai dan pintu ditutup. Tidak lama perlahan helikopter tersebut naik ke udara. Jauh Kasturi memandang seakan mahu segera sampai.

+++

Tangan kanan Kira naik memicit kepalanya yang terasa berdenyut. Perlahan tubuh dibawa duduk dan mata dikerlipkan beberapa kali. Sebaik pandangannya jelas, terus Kira melompat turun dari katil. Pakaian pada tubuh diperhatikan, masih sama dengan apa yang dipakai tadi. Pandangan dibuang ke sekeliling.

"Bilik tidur? Aku kat mana pula ni?." Kira bersoal jawab sendiri. Kira melihat tingkap di bahagian tepi bilik. Laju kaki melangkah ke arahnya. Langsir diselak. Sejuk pemandangan hijau hutan tetapi tidak dapat menyejukkan hatinya waktu itu. Tiba-tiba terdengar pintu bilik dibuka. Pantas ditoleh ke belakang.

"Hello sister." Ucap seorang lelaki berkulit putih tetapi raut wajah ada iras-iras orang melayu dan bila diteliti seperti pernah dia lihat wajah lelaki ini tetapi tidak ingat di mana.

"Don't look at me like that." Kata lelaki tadi bersama senyuman manis. Kira berdiri tegak di tepi tingkap dan sudah bersedia jika berlaku sesuatu yang tidak dijangka selepas ini.

"Elvaretta Kirana Binti Mirwan right?." Soal lelaki itu lalu melabuhkan duduk di sofa di dalam bilik tersebut.

"How do you know my name and who are you?." Soal Kira keras. Tajam dipandang lelaki berwajah kacukan tersebut. Lelaki itu tersenyum lagi.

"My name Azuma Mikael Bin Mirwan." Balas lelaki itu tanpa rasa bersalah.

"And I'm twenty eight years old." Tambah Mikael lagi. Tiba-tiba Kira rasa seperti bilik tersebut berputar dengan laju, kepalanya rasa berat dan seakan segala isi perut mahu memuntahkan semuanya.

'Bedebuk'

"El!." Jerit Mikael kuat lalu laju dia bangun berlari ke arah Kira yang sudah terjelepuk jatuh di tepi tingkap.

"Oh, shit! Kata agen yang hebat. Baru sikit dah pengsan?." Kata Mikael lalu tubuh Kira dicempungnya dan diletakkan perlahan di atas katil. Kemudian terburu-buru dia berlari ke arah pintu.

"Cik Ma!." Jerit Mikael.

"Cik Ma!." Jerit Mikael lagi.

"Ya Tuan." Sahut seorang perempuan pertengahan usia yang penat berlari dari tingkat bawah. Kepala dijenguk ke dalam bilik.

"Tuan buat apa ni?." Marah Mariam lalu menolak tubuh Mikael di celah pintu dan berlari ke arah katil untuk melihat Kira yang sudah terbaring.

"Mana ada buat apa. Dia yang pengsan sendiri." Balas Mikael lalu dia turut berjalan ke arah katil melihat Kira. Mariam menjeling tajam.

"Okay... Okay... my fault." Kata Mikael.

"Tunggu sini, Cik Ma ambilkan tuala." Marah Mariam lalu dia bangun ke arah almari dan tuala kecil diambil dari laci. Dia kemudian masuk ke bilik air dan tidak lama keluar semula bersama tuala basah di tangan. Perlahan dilabuhkan duduk di birai katil lalu tuala basah dilapkan pada wajah Kira dan diulang beberapa kali lagi.

"Dah, tunggu sini. Cik Ma nak buatkan air dan masakkan makanan." Kata Mariam pada Mikael.

"Ya.. I'm waiting here." Balas Mikael lalu melabuhkan duduk di birai katil. Tuala basah yang berada di dahi Kira diambil dan dibawa ke bilik air dan dicuci. Kemudian dia meletakkan kembali di dahi Kira.

Kira perlahan membuka mata dan sebaik melihat wajah Mikael yang hampir dengan wajahnya, laju tangan kanan naik melayang ke wajah lelaki itu.

"Auch!." Ucap Mikael yang sudah jatuh terduduk di lantai. Kira pula terburu-buru bangun dari katil.

"Auch.." Kata Mikael lagi sambil tangan kanannya naik memegang pipi. Merasa juga dia dengan penangan Kira. Tuala basah di tangan dibawa ke pipi yang sakit. Mikael pandang Kira yang seakan terkejut dengan tindakan sendiri. Mikael bangun lalu berjalan ke arah sofa dan dihempas tubuhnya ke sofa bersama wajah yang berkerut.

"Senget muka handsome aku ni, siap!." Kata Mikael pada Kira yang masih lagi memandangnya tanpa kelip dan apabila mendengar kata-kata lelaki itu, bulat mata Kira. Laju kakinya melanglah ke arah Mikael. Mikael yang melihat Kira berjalan ke arahnya, laju bangun berdiri. Wajah garang Kira dipandang.

"Eh, kau orang apa ha!." Soal Kira pada Mikael. Mikael kerut dahi.

"Orang apa?." Soal Mikael kembali. Apa pelik sangat soalan dia ni?

"Iya la! Kau orang apa?." Ulang Kira. Mikael tambah tidak faham.

"Ish! Kau ni, orang Malaysia ke, orang mana?." Soal Kira.

"Itu pun payah nak faham!." Marah Kira lagi.

"Orang Malaysia la. Ingat pendatang asing ke apa?." Marah Mikael lalu dilabuhkan kembali duduknya. Tuala basah di tangan diletakkan di meja kopi dan tangannya naik memegang pipi. Kira dalam teragak-agak melabuhkan duduk di berhadapan dengan Mikael. Wajah Mikael dipandang dan diteliti lagi. Mikael menghela nafas panjang lalu dibawa tubuh berdiri dan dia melabuhkan duduk rapat di sisi Kira. Terperanjat Kira dan mahu bangun tetapi tangannya pantas dicapai Mikael.

"Nak pergi mana? Tadi nak tengok sangat. Dah datang dekat ni, tengok la puas-puas." Kata Mikael tanpa melepaskan pergelangan tangan Kira. Kembang kempis hidung Kira bila dia disentuh tanpa rela. Apalagi tangan kiri Mikael dikilas ke belakang dan tubuh Mikael ditolak dan tertiarap di atas sofa. Terjerit lelaki tersebut kerana terkejut dengan tindakan Kira.

"Once again I ask, who are you?!." Soal Kira kasar. Mikael senyum senget lalu dengan sekali pergerakan pegangan Kira pada tangannya terlepas dan Kira pula terjelepuk jatuh di atas lantai.

"Auww.!" Kata Kira. Sakit punggungnya terhempas begitu. Mikael pula senyum senget.

"I told you my name earlier. Takkan itu pun tak boleh nak fikir. Siap bagitau umur lagi." Kata Mikael yang sudah melabuhkan kembali duduknya.

Kira mendengus kuat. Tidak puas hati dengan jawapan Mikael.

"Your father is my father and I am younger than you. So.." Kata Mikael sambil buat muka. Kira yang masih berdiri seakan masih menghadam apa yang dikatakan Mikael.

"Eh.. Eh.. Duduk dulu. Nanti pengsan lagi, aku juga yang susah, dah la berat!." Kata Mikael apabila melihat Kira yang terdiam kaku di situ.

"Kau cakap apa? Berat?." Marah Kira bersama kedua tangannya naik mencekak pinggang.

"Oppss!." Kata Mikael bersama tangannya dibawa menutup mulut.

Ee.. Kecik je aku tengok kau ni.. Kata Kira dalam hati. Ikutkan rasa geram ni, nak dipenyet-penyet saja lelaki ni.

"Apa nama kau tadi?." Soal Kira sambil melabuhkan duduk. Mikael senyum.

"Azuma Mikael. Panggil saja Mika." Kata Mikael.

"Mak kau orang Jepun ke?." Soal Kira. Wajah Mikael dipandang serius. Mikael hela nafas panjang lalu tubuh dibawa duduk tegak.

"Atuk saya orang Jepun berkahwin dengan nenek orang eropah." Balas Mikael. Lama kedua mereka diam. Kira sudah tertunduk ke lantai.

"Dia masih hidup?." Soal Kira tanpa mendongak. Rasa lekat tekaknya mahu menyebut panggilan 'ayah'.

"Daddy?." Soal Mikael. Kira diam tanpa jawapan.

"Daddy ada di sini tetapi daddy tak berapa sihat. Sudah tiga kali buat pembedahan jantung." Balas Mikael.

"Apa tujuan kau buat semua ni, hah?." Soal Kira. Wajah Mikael ditentang.

"Kau jangan salah faham El, aku buat semua ni sebab bimbangkan keselamatan kau." Kata Mikael. Kira ketawa sinis.

"Keselamatan. Kau kenal aku pun tak nak cakap pasal keselamatan!." Marah Kira lalu bingkas bangun.

"El, dengar dulu cakap aku." Kata Mikael pada Kira yang sudah berdiri di tepi tingkap.

"El, daddy tak tahu pun yang selama ini dia ada anak dengan isteri pertamanya dan dia juga tak ada niat nak tinggalkan auntie Beth dan El macam tu saja." Kata Mikael.

"Jangan kau sebut nama mak aku la!." Marah Kira. Besar matanya memandang Mikael di hadapan. Terdiam Mikael. Dia tahu, dia tak ada hak untuk bercakap bagi pihak ayahnya tetapi dia tidak mahu kakaknya itu menyalahkan ayahnya selamanya.

"Aku nak balik!." Kata Kira tiba-tiba.

"Puan El dah bangun." Sapa Mariam yang muncul di pintu bilik bersama dulang makanan. Kira yang terkejut disapa begitu terus kaku berdiri. Hanya kepala ditoleh ke arah pintu. Dahinya berkerut. Siapa pula perempuan ni? Takkan ibu Mikael? Macam tak sesuai je..

"Cik Ma bukan mummy Tuan Mika." Kata Mariam pada Kira sambil meletak dulang di atas meja. Terkelip-kelip mata Kira memandang wanita itu, macam dia tahu pula apa yang ada dalam fikirannya. Mikael sudah menjeling Mariam yang berada di sisinya.

"Apa? Betullah. Cik Ma bukan mummy Tuan." Balas Mariam pada Mikael.

"Memang bukan mummy Mika tapi Cik Ma yang besarkan Mika, jaga Mika bukan mummy." Balas Mikael sambil melabuhkan duduk dan kedua tangan naik memeluk tubuh.

"Tuan, Cik Ma hanya jalankan tugas Cik Ma sebagai pekerja kepada majikannya, itu saja." Balas Mariam walaupun dalam hatinya Mikael dan adiknya sudah dianggap seperti anak sendiri hingga sanggup dia tidak berkahwin demi untuk menjaga mereka. Tubir mata yang basah diseka dengan hujung jari.

"Ha! Nangis la tu." Tegur Mikael pada Mariam. Kira pula hanya diam sambil memerhati mereka berdua.

"Ish, mana ada. Tadi Cik Ma kupas bawang, pedih tangan ni tak habis lagi." Kata Mariam bersungguh. Mikael buat muka.

"Iyalah.. Cik Ma.." Kata Mikael seakan mengajuk. Kira tersenyum nipis. Teringat pula dia pada arwah Mak Chaq. Rindu pada wanita itu. Tanpa sedar laju air matanya mengalir. Mariam menggelengkan kepala dengan ulah Mikael dan memandang Kira di hadapan.

"Eh, Puan El kenapa menangis pula ni?." Soal Mariam kalut. Mikael yang melihat Kira yang berjurai air mata kelam kabut mencapai kotak tisu dan disuakan pada Kira. Mariam tarik Kira duduk kembali di sofa. Tisu yang dihulur Mikael dicapai dan air mata yang membasahi pipi dikesat. Lama Kira dalam keadaan begitu. Mikael dan Mariam pula seakan beri masa pada Kira untuk tenangkan diri.

"Sorry, bila tengok Cik Ma saya teringat pada arwah Mak Chaq." Kata Kira setelah sedihnya reda. Mariam pamer senyum lalu kekura tangan Kira yang berada di atas ribanya ditepuk perlahan sambil kepala dianggukkan.

"Dah, minum ni dulu. Sekejap lagi kita makan malam sama-sama." Kata Mariam.

"Eh, makan malam?." Soal Kira yang seakan baru tersedar.

"Saya kena balik lagipun saya nak cari Edan." Kata Kira bimbang. Terlupa pula dia pada tujuan asalnya berlari keluar dari pasaraya tadi. Tiba-tiba baru dia teringat. Mikael yang sejak tadi diam di hadapannya dipandang.

"Eh, kau jangan nak buat senyap ya!. Apa tujuan kau culik aku, hah?!." Soal Kira. Tajam matanya memandang Mikael. Mikael tarik nafas panjang.

"Aku dah bagitahu awal-awal tadikan, aku buat semua ni untuk keselamatan kau El. Bukan sebab lain." Kata Mikael.

"Daddy kita.."

"Itu daddy kau bukan daddy aku!." Pantas Kira memotong. Mikael geleng perlahan. Ish, payah bercakap dengan orang keras kepala macam ni.

"Okay.. Okay.. Daddy 'aku'.." Sengaja Mikael tekankan perkataan 'aku' dalam kata-katanya tapi Kira buat tidak peduli.

"Dah kenapa dengan dia? Bukan ada kena mengena dengan aku pun!." Balas Kira. Keras sahaja bunyinya.

"Daddy baru dapat tahu yang auntie Beth meninggal sewaktu melahirkan kau dan anak yang dilahirkan itu masih hidup hingga sekarang." Kata Mikael. Kira buat dengar tidak dengar sahaja kata-kata Mikael sambil meneguk air di cawan.

"Daddy dah hantar orang untuk cari kau." Kata Mikael.

"Nak buat apa cari aku?." Soal Kira marah. Cawan diletakkan kembali di atas piring.

"Mungkin hayatnya tak panjang dan dia nak kembalikan semula semua hak milik arwah auntie Beth dan kau." Kata Mikael. Kira pandang Mikael tepat.

"Hak milik?." Soal Kira tidak mengerti.

"Daddy bina empayarnya dengan bantuan dan hasil titik peluhnya bersama arwah auntie Beth cuma disebabkan khilafnya, arwah auntie Beth dan kau diabaikan. Daddy nak tebus kembali semuanya sebelum dia tutup mata.. Tapi.." Ayat Mikael terhenti. Mariam yang diam mendengar sejak tadi dipandang.

"Mummy tak setuju dan dalam diam mummy hantar orang untuk bunuh kau El. Itu sebab aku cari kau dulu sebelum orang-orang mummy dapat kau." Kata Mikael. Kira terdiam mendengar kata-kata Mikael. Nafas dihela kasar. Baru dia mahu membuka mulut telefon bimbit Mikael berbunyi. Tertera nama Akata pada skrin telefonnya. Icon hijau disentuh.

"Ya." Kata Mikael.

"Dia dah balik." Kata suara di sebelah sana. Mikael pandang Kira.

(22/05/2021 @ 1340hrs)

Share this novel

Akma Hanisah
2021-05-22 18:26:27 

vs, g B j ,g ,g v,vs B , a g. ,


NovelPlus Premium

The best ads free experience