Bab 9

Romance Series 548166

"Kira" jerit Kasturi.

Laju dia berlari ke arah bilik air dan daun pintu bilik air ditolak. Tanpa lengah terus dia melangkah masuk. Terkaku Kasturi apabila melihat Kira yang sudah terduduk di atas lantai dengan kepala penuh syampu dan badan pula dengan buih sabun.

"Kira" kata Kasturi. Kira menoleh pada Kasturi yang tertegak di tengah bilik air, nampak tak nampak sahaja pandangannya. Huhuhu.. macam mana boleh jatuh pulak ni..

"Pedih.." kata Kira sepatah dengan mata yang sudah terkelip-kelip kerana pedih air sabun masuk mata.

"Macam mana boleh jadi macam ni?" soal Kasturi lalu mengambil air dengan gayung di dalam kolah lalu dijirus perlahan di kepala Kira untuk membersihkan air sabun yang sudah masuk mata. Setelah wajah Kira bersih dari air sabun baru dia tersedar keadaan Kira waktu itu yang tidak bertutup dengan pakaian. Tertelan liur Kasturi apabila melihat keindahan di hadapan matanya. Rasa yang kuat menghentam dada cuba ditenangkan. Nafas ditarik panjang namun jantung tetap dup dap dup dap! kuatlah wahai hati..

"Boleh bangun tak?" soal Kasturi sambil menahan rasa di dada. Sabar Edan.. sabar.. tarik nafas panjang-panjang.. bangku pendek yang ada di dalam bilik air diambil lalu disorongkan berhampiran Kira.

Kira yang sudah memerah wajahnya hanya menunduk dan menggeleng perlahan. Kenapa la malang sangat nasib aku ni..

"Dah gosok gigi dan cuci muka?" soal Kasturi sambil membantu Kira untuk duduk di atas bangku pendek. Kira angguk dan kedua kaki terus dirapatkan ke dadanya.

"Nak bilas badan je belum" kata Kira perlahan. Malu!

"Awak lunjur kaki, saya nak jirus air. Sabun ada lagi ni" kata Kasturi lalu dia bangun untuk mengambil gayung.

"Eh, tak apalah. Saya buat sendiri" kata Kira bersama malu yang menebal. Kasturi hela nafas panjang.

"Awak boleh bangun berdiri ke?" soal Kasturi. Laju Kira menggelengkan kepala.

"Kaki sakit" kata Kira yang masih menunduk.

"Kalau dah bangun pun tak boleh, nak ceduk air macam mana?" suara Kasturi sudah sedikit meninggi. Kira diam tidak berbunyi.

"Aduh.." keluh Kasturi perlahan.

"Jangan degil boleh tak?" soal Kasturi yang sudah bercekak pinggang. Kira masih diam tidak membalas. Akhirnya Kasturi tarik perlahan kedua kaki Kira hingga melunjur. Tercabar betul rasanya. Matanya cuba dikawal tetapi tetap juga mahu memandang ke arah 'situ'. Kira pula hanya mengikut tidak membantah. Kasturi kemudian menceduk air dan dijirus air untuk membilas sabun. Kira pula menggosok tubuhnya. Beberapa kali diulang hingga bersih. Tangan kanan Kasturi naik mengesat peluh di dahi. Jalankan operasi pun tak sesukar ini.

Kira dongak memandang Kasturi. Tebal wajahnya dirasakan waktu ini. Kalau boleh disimpan mukanya di dalam baldi, sudah lama dia lakukannya.

"Kenapa" soal Kasturi.

"Saya nak bangun" kata Kira.

"Sekejap, saya ambil tuala" kata Kasturi lalu gayung diletakkan di tebing kolah.

"Eh, kejap" kata Kira. Kasturi yang baru hendak mencapai tuala di penyangkut memandang Kira semula.

"Kenapa?" soal Kasturi.

"Er.. saya nak cuci.. er cuci.." kata Kira sangkut-sangkut.

"Cuci apa? bukan dan bersih?" soal Kasturi tidak faham. Kira sudah memerah wajahnya. Baru nak reda, jantungnya berdegup lagi.

"Saya nak cuci.. er.. cuci ni.." kata Kira sambil jarinya menunding ke arah celahannya. Iyalah, takkan dia nak cuci di hadapan Kasturi. Memang tak lah!

"Oh.." bulat bibir Kasturi terbentuk. Tangan naik menggaru kepala yang tidak gatal.

"Saya bantu awak bangun. Tapi kena pegang kuat pada tebing ni. Kejap saya keluarkan getah paip" kata Kasturi.

Iyalah.. kenapa tak guna je getah paip ni dari awal tadi Kira.. aduh.. manalah nak ingat. Macam-macam yang ada dalam fikiran ni..

"Nah" kata Kasturi sambil menyerahkan hujung getah paip pada Kira yang sudah disambungkan ke kepala paip.

"Saya tunggu di luar, dah siap panggil ya" pesan Kasturi lalu melangkah keluar dari bilik air. Sebaik berada di luar, tangan kanannya naik memegang dada. Huh!.. boleh semput macam ni. Tidak lama Kira memanggil Kasturi. Pantas Kasturi melangkah masuk dan waktu itu Kira sudah elok duduk di atas bangku pendek. Kasturi capai tuala di penyangkut lalu dibalut tubuh Kira sambil membantunya untuk bangun. Kira kemudian memakai tuala di dadanya. Mujur juga tualanya panjang. Bila dipakai iaiya sampai ke betis. Sesudah itu dengan bantuan Kasturi Kira mula berjalan ke luar. Terjengkut-jengkut Kira berjalan hingga sampai di tangga, mungkin buku lalinya terseliuh.

"Tak apa, saya naik sendiri" kata Kira. Kasturi melepaskan Kira sebaik dia sudah berpaut di pemegang tangga. Nampak kepayahan Kira untuk melangkah satu-satu anak tangga. Sudahnya tanpa bertanya, Kasturi terus menyauk Kira ke dalam dukungannya. Terjerit kecil Kira kerana terkejut.

"Lambat sangat. Biar saya tolong" kata Kasturi lalu dia mencempung Kira mendaki tangga. Kira pula mahu tak mahu terpaksa juga memaut leher Kasturi untuk mengelak dari terjatuh. Sampai di dalam bilik tidur, Kira diletakkan di birai katil.

"Nak saya ambilkan apa-apa ke?" soal Kasturi. Laju Kira geleng.

"Kalau macam tu saya keluar dulu, saya nak mandi" kata Kasturi lalu melangkah ke arah pintu dan daun pintu ditutup rapat. Kasturi mengatur langkah ke arah bilik bertentangan bilik Kira lalu membuka pakaian dan membalut pinggangnya dengan tuala.

Kira bangun perlahan dan dengan terjingkit-jingkit dia melangkah ke arah almari pakaian lalu seluar panjang dan t-shirt diambil bersama pakaian dalam. Selesai berpakaian dan menyidai tuala Kira melangkah ke arah katil dan dilabuhkan duduk. Telefon bimbitnya yang berada di atas meja sisi diambil lalu nombor Shah didail. Tidak lama panggilan disambut.

"Hello" Shah menyapa.

"Shah.. Mak Chaq dengan Pak Chaq dah tak ada.." adu Kira.

"Kau cakap apa?" soal Shah.

"Mak Chaq dengan Pak Chaq dah tak ada. Diaorang baru meninggal dunia tengah hari tadi.." kata Kira bersama juraian air mata. Terdiam Shah apabila mendengar kata-kata Kira. Bukan dia tidak tahu betapa pentingnya kedua orang tua tersebut pada Kira. Merekalah yang menjaga Kira sejak dari dilahirkan lagi.

"Dah tu kau macam mana? Ni kau duduk rumah siapa? Pak Ndak kau ke?" soal Shah bimbang.

"Tak.. aku masih ada di rumah arwah Pak Chaq" balas Kira. Air mata yang meleleh diseka dengan hujung jari.

"Eh, bahaya la tinggal seorang macam tu" kata Shah bimbang. Kira hela nafas. Serba salah dia.

"Kau nak aku datang ke?" soal Shah.

"Tak apalah. Aku pun mungkin tak lama. Lepas majlis tahlil cukup tiga hari aku balik KL" kata Kira. Kepalanya tiba-tiba rasa berdenyut membuatkan dia terus membaringkan diri.

"Takziah Kira" ucap Shah.

"Kalau kau perlu apa-apa, bagitau aku. Pasal boss kau jangan bimbang, nanti aku bagitau dia" kata Shah lagi.

"Thanks Shah" ucap Kira lalu talian dimatikan.

Kasturi yang telah siap mandi dan berpakaian terus melangkah ke arah bilik Kira bersama minyak angin di tangan dan sewaktu tangannya mahu naik mengetuk pintu, dia terdengar perbualan Kira di telefon. Tidak jadi dia mahu mengetuk terus dipusing semula langkahnya ke ruang tamu. Dilabuhkan duduk di kerusi rotan dan minyak diletakkan di atas meja. Nafas ditarik panjang dan tubuh disandarkan ke belakang. Niatnya mahu mengurut kaki Kira yang mungkin terseliuh tetapi lain pula jadinya. Mungkin kerana penat, mudah sahaja matanya terlena.

Kasturi terjaga apabila rasa lenguh lehernya kerana keadaan tubuhnya yang terlena di atas kerusi rotan. Kasturi duduk tegak dan leher diurut. Tekak terasa haus lalu dia bangun mahu ke dapur. Semasa melangkah di hadapan bilik Kira terdengar bunyi seperti Kira bercakap sesuatu dan tiba-tiba suara Kira menjerit kuat. Terus daun pintu ditolak dan waktu itu Kira sudah terbangun duduk. Laju Kasturi dapatkan Kira.

"Kira, kenapa ni?" soal Kasturi sebaik dilabuhkan duduk di birai katil. Kira pandang Kasturi.

"Kenapa ni, sampai berpeluh-peluh" soal Kasturi lagi. Kira geleng perlahan.

"Awak tunggu, saya ambil air" kata Kasturi lalu dia berlalu ke dapur mengambil botol air kosong dan gelas. Sebaik sampai, air dituang dan diserahkan kepada Kira. Gelas disambut dan air diteguk hingga habis.

"Dah lega?" soal Kasturi. Kira angguk. Kasturi kemudian mahu bangun.

"Awak nak ke mana?" soal Kira.

"Saya nak ke dapur. Simpan air dan ambil minyak. Nak urutkan kaki ni" kata Kasturi.

"Okay" balas Kira. Kasturi bangun bersama gelas dan botol air di tangan. Sampai di dapur, air dituang ke dalam gelas yang berada di tangan lalu diteguk. Gelas kemudian di cuci dan dia melangkah ke tingkat atas semula. Botol minyak angin dicapai lalu kaki terus melangkah masuk ke dalam bilik Kira. Waktu dia masuk, Kira masih lagi duduk tegak di atas katil.

"Boleh saya urutkan?" pinta Kasturi. Kira angguk. Kasturi kemudian melabuhkan duduk di hujung kaki Kira. Minyak dalam botol dituang ke tangan dan kaki kanan Kira diurut perlahan. Tidak lama urutan kaki selesai dan botol minyak ditutup rapat lalu tubuh dibawa bangun.

"Esok kita ke klinik. Malam ni saya dah urut dan letak minyak" kata Kasturi.

"Terima kasih" kata Kira. Kasturi hanya angguk.

"Saya ke dapur sekejap. Nak cuci tangan" kata Kasturi. Setelah tangan dicuci, Kasturi kembali ke bilik Kira.

"Kenapa tak tidur lagi?" soal Kasturi.

"Awak.." panggil Kira tanpa menjawab soalan Kasturi.

"Ya" jawab Kasturi sambil melabuhkan duduk di birai katil.

"Er.. temankan saya boleh" pinta Kira. Kasturi angguk. Teringat pula dia dengan perbualan arwah Pak Chaq dan Mak Chaq pagi tadi. Mungkin Kira masih lagi teringatkan kejadian tempoh hari.

"Tidurlah" kata Kasturi. Kira angguk lalu di bergerak sedikit ke kiri katil dan tubuh dibaringkan dengan selesa. Kasturi yang masih duduk di birai katil dipandang.

"Kenapa?" soal Kasturi. Kira tidak membalas sebaliknya ruang kosong di atas katil ditepuk perlahan. Kasturi tarik nafas panjang lalu dia bangun menuju ke arah pintu. Dia mahu mengambil telefon bimbitnya yang diletakkan di atas meja di luar. Setelah mengambilnya dia masuk semula ke dalam bilik. Daun pintu ditutup rapat dan dia terus melangkah menghampiri katil. Waktu itu Kira masih lagi memandangnya. Kasturi melabuhkan duduk di birai katil lalu tubuh Kira diselimutkannya. Kemudian dia turut berbaring di sisi Kira. Kepala ditoleh ke sisi dapati Kira sudahpun memejamkan mata. Dia juga turut melakukan perkara yang sama.

Baru setengah jam melelapkan mata, Kasturi terjaga kerana Kira meracau lagi. Tergawang-gawang tangannya seperti sedang bergelut.

"Kira.. Kira.." kejut Kasturi. Tidak lama Kira terjaga. Berpeluh-peluh wajahnya.

"Awak!" kata Kira apabila dia dapati Kasturi yang berada di sisinya. Terus dipeluk tubuh Kasturi. Terkaku Kasturi dengan tindakan Kira. Dapat dia rasakan tubuh Kira yang menggigil. Sudahnya, Kira ditarik ke dalam pelukannya. Belakang Kira digosok perlahan. Tidak lama Kira kembali terlelap, begitu juga dirinya.

'Tenet tenet tenet'

Alarm telefon Kasturi berbunyi. Tangan mencapai telefon yang berada di meja di tepi katil. Icon digesek. Hm.. rasa macam sekejap sangat sudah jam enam pagi. Dipandang ke sisi, dapati Kira tidur dengan nyenyak dalam pelukannya. Wajah Kira diusap sebelum Kira dikejut.

"Kira.. Kira.." panggil Kasturi. Kira yang mendengar namanya dipanggil dengan perlahan mata dicelikkan.

"Awak" kata Kira lalu bangun dan menggosok mata serta membetulkan rambut yang sedikit kusut. Kasturi yang berada di sebelah juga turut bangun duduk.

"Nak mandi?" soal Kasturi. Kira angguk dia turun dari katil. Tuala di penyangkut dicapai. Kasturi memapah Kira hingga ke tangga. Perlahan Kira melangkah turun. Mungkin disebabkan urutan Kasturi malam tadi, rasa sakit sedikit berkurang. Perlahan Kira berjalan hingga ke bilik air. Setelah memastikan Kira masuk dengan selamat ke bilik air dia kembali keluar. Tidak lama Kira selesai mandi dan sewaktu Kasturi mahu membantunya, Kira menggeleng.

"Tak apalah. Awak mandi. Saya tunggu di atas" kata Kira sambil perlahan dia melangkah ke arah tangga dan mendaki anak tangga. Kasturi pula terus masuk ke bilik air untuk membersihkan diri. Tidak lama Kasturi keluar dari bilik air bersama tuala di tubuh dia terus ke biliknya dan memakai baju melayu bersama kain pelikat yang diberi oleh Pak Chaq. Kira waktu itu yang berada di ruang tamu yang sudah lengkap bertelekung memandang Kasturi dengan wajah sayu. Dia kenal kain pelekat tersebut adalah milik arwah Pak Chaq.

"Assalamualaikum warah matullah.."

"Assalamualaikum warah matullah.."

Salam diberi, doa dibacakan dan doa diaminkan..

Kasturi mengadap ke belakang lalu dihulurkan salam pada Kira. Kira sambut huluran dan ubun-ubun Kira dilabuhkan cium.

"Lepas sarapan kita ke klinik" kata Kasturi.

+++

"Eh, awak nak buat apa ni?" soal Kira apabila melihat Kasturi sibuk di dapur. Dia yang masih berjalan terincut-incut terus menghampiri Kasturi.

"Sarapan" balas Kasturi sepatah.

"Tak apa, saya boleh masakkan" kata Kira.

"It's okay. Awak duduk. Saya masakkan" kata Kasturi sambil memimpin Kira ke meja makan. Kerusi ditarik dan didudukkan Kira di situ. Nampak risau di wajah Kira. Boleh ke dia masak? Hampir tiga puluh minit siap nasi goreng bersama milo panas. Kira memandang nasi goreng di dalam pinggan di hadapannya. Nampak sedap.

"Makanlah" kata Kasturi lalu dia turut melabuhkan duduk di sisi Kira. Kira capai sudu, disudukan sedikit dan dihembus seketika lalu disuap ke mulut.

"Sedap.." kata Kira. Kasturi senyum.

"Makanlah" kata Kasturi.

"Thanks awak" kata Kira.

(03/02/2021 @ 2118hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience