Bab 53

Romance Series 548166

Tatoo sudah tertawa suka sambil tangan kirinya naik melilit leher Kira manakala tangan kanan yang memegang pisau pula menekan kuat pipi kanan Kira. Kira yang tidak sempat berbuat apa-apa hanya terkaku berdiri seketika. Di belakang Tatoo muncul lagi tiga orang lelaki bersama senjata M16 di tangan masing-masing sambil mengacunya pada Kasturi dan Miran. Terketap-ketap gigi Kasturi menahan marah.

"Tak guna kau Tatoo!." Marah Kasturi. Tatoo ketawa suka, pengikutnya pula sudah tersengih-sengih pada Kasturi seakan mengejek lelaki itu.

"Liat sungguh nyawa kau Edan. Aku ingat kau dah mati kecut dalam sungai tu!." Kata Tatoo bersama gelengan kepala.

"Kau lepaskan Kira!." Kata Kasturi kasar. Tatoo hanya tersengih.

"He has nothing to do with this!." Marah Kasturi lagi. Tatoo tarik bibir bersama raut wajah yang nyata meyimpan dendam.

"Siapa cakap dia tak ada kena mengena? Hah! Siapa cakap?!." Jerit Tatoo sambil pisau ditekan pada pipi Kira hingga mengalir cairan merah. Kira menahan rasa pedih yang menghiris pipinya.

"Kalau tak kerana bini kau ni! Adik aku tak mati! Tak mati! Tau tak!." Tatoo dah menjerit macam orang hilang akal.

"Sekarang ni.. kau buang senjata tu! Kalau tak, aku carik-carik muka cantik bini kau ni." Kata Tatoo sambil wajahnya merapati wajah Kira dan pipi mulus itu mahu diciumnya. Terteleng ke tepi Kira mengelak. Kira hanya menahan rasa dan menunggu masa sahaja. Kasturi yang tangannya sudah bersedia di side arm terpaksa diangkat ke atas apabila melihat tindakan Tatoo.

"Kau pun sama!." Jerit Tatoo pada Miran. Miran teragak-agak, dia bimbangkan keselamatan Kira. Pandangannya dibuang pada Kasturi. Lelaki itu anggukkan kepala.

"But Sir.." Kata Miran perlahan pada Kasturi.

"Just do what he says." Kata Kasturi pada Miran. Walaupun berat hati, Miran terpaksa lepaskan juga senjata yang ada di tangannya ke tanah.

"Yang korang tercegat kat situ lagi dah kenapa? Pergi la ikat. Itu pun nak kena cakap ke?!." Marah Tatoo pada pengikut-pengikutnya. Terkocoh-kocoh pengikutnya berjalan ke arah Kasturi dan Miran. Dalam masa yang sama, Kira pandang Kasturi bersama isyarat mata tetapi Kasturi menggeleng perlahan. Kasturi tahu apa yang ada dalam fikiran isterinya itu. Walaupun dia tidak setuju, Kira pasti akan bertindak juga. Kira kenyit mata pada Kasturi bersama senyum senget.

'I.. Will.. Knock.. Him.. Down..'

Sepatah-sepatah perkataan dituturkan tanpa suara pada Kasturi, hanya bibir sahaja yang bergerak. Kasturi simpan senyum. Nasib kaulah Tatoo..

Berkerut kening Miran apabila melihat kelakuan Kira dan Kasturi.

"Dah-dah.. Tak payah nak main mata!" Marah Tatoo pada Kasturi yang matanya tertegak pada Kira yang berada dalam pegangannya.

"Buat kerja cepat! Ikat ketat-ketat. Eh! Cepatlah! Tengok apa lagi!" Marah Tatoo pada pengikutnya sambil hujung pisau ditekan lagi pada pipi Kira.

Dalam sibuk Tatoo memarahi pengikutnya yang terhegeh-hegeh mahu bertindak, Kira mengambil peluang yang ada dengan menghentak hidung Tatoo dengan belakang kepalanya hingga Tatoo terundur ke belakang. Meleleh darah dari hidungnya. Kira dengan pantas melayangkan tendangan belakang pada dada Tatoo. Terus terlentang Tatoo sambil terbatuk-batuk hingga terlepas pisau di tangan. Pisau yang berada di atas tanah, pantas dicapai Kira lalu dibaling hingga ke kaki Miran.

Waktu yang sama pengikut Tatoo yang sedang mengikat tangan Kasturi dan Miran tertoleh ke belakang apabila mendengar suara Tatoo menjerit. Seorang pengikutnya terus datang menyerang Kira yang sudah terlepas dari pegangan Tatoo. Kasturi dan Miran pula terus mengambil peluang yang ada untuk melepaskan diri. Mujur juga tali belum diikat kuat. Kasturi menghentak dagu lelaki yang sedang mengikat tangannya di belakang dengan sikunya hingga lelaki itu terlentang di atas tanah dan tali yang mengikat tangannya terlucut. Kasturi terus mengambil peluang untuk menyerang lelaki tadi manakala Miran pula sedang bergasak dengan lelaki yang mengikatnya.

"Tak guna kau perempuan!!." Jerit Tatoo lalu dia bingkas bangun. Hidung yang berdarah dikesat dengan belakang tangan. Kira yang waktu itu sudahpun berjaya menjatuhkan pengikut Tatoo tadi bingkas bangun apabila Tatoo sudah berdiri mengadapnya. Manakala kedua pengikutnya tadi pula sudah ditumpaskan Kasturi dengan Miran dan mereka sedang diikat Miran pada pangkal pokok berhampiran mereka. Senjatapi pula sudah dirampas dan diletak di tepi.

Waktu itu Kira sedang berhadapan satu lawan satu dengan Tatoo. Miran yang melihat situasi tersebut laju mahu membantu tetapi dihalang Kasturi.

"Don't!." Kata Kasturi pada Miran bersama tangan kanannya menghalang laluan Miran.

"Sir?." Soal Miran tidak percaya.

"No need. You just wait here." Kata Kasturi sambil kedua tangannya naik memeluk tubuh.

"Wait here?." Soal Miran pelik.

"Yup. Wait here." Balas Kasturi selamba.

"Let she 'play' for a while." Tambah Kasturi lagi tanpa sedikitpun pandangannya dialihkan dari Kira dan Tatoo yang sedang beraksi di hadapan mereka.

"What? Play?!." Soal Miran pada Kasturi. Kira yang sedang bergasak dengan Tatoo dipandang.

"Uhuh. Let she 'play' before we catch him after this." Balas Kasturi tanpa rasa bimbang. Miran sudah kerut kening. Biar betul Mr.K ni?

Kira pula dilihat seakan 'enjoy' menentang Tatoo walaupun ada sesekali sasaran Tatoo mengena padanya. Setelah penat 'bermain', Tatoo diberi serangan penamat dengan hentakan lutut pada kepalanya hingga lelaki itu terperosok di akar pokok. Tanpa buang masa, Tatoo di tumbuk bertubi-tubi hingga berdarah wajahnya yang sudah hilang rupa bentuk. Kasturi yang melihat keadaan tersebut terus meminta Miran menarik Kira, jika dibiarkan. Mau mati Tatoo dikerjakannya.

"Miran, go!. Take Kira." Kata Kasturi. Miran yang mendengarnya terus berlari mendapatkan Kira. Terkejut Miran melihat wajah Tatoo, lunyai lelaki itu dibelasah Kira. Hai lah.. Lepas ni jangan sesekali cari pasal dengan kakaknya ini, jika tidak.. Mau leper jadi lempeng jawabnya.

"Enough El! Enough!." Kata Miran. Kira masih meronta mahu dilepaskan. Tatoo pula sudah lembik di tepi pokok. Kasturi tidak berkata apa, dia hanya hampiri Tatoo lalu dagu Tatoo dicengkam kuat.

"You're lucky because I need you to be brought to the justice. Kalau ikutkan hati aku yang panas, tadi lagi nyawa kau dah melayang!." Bisik Kasturi pada Tatoo sebelum dagu Tatoo ditolak kasar. Terbatuk-batuk Tatoo bersama darah yang keluar dari celahan bibirnya kerana dikerjakan Kira.

"Miran, tie them up." Kata Kasturi pada Miran. Miran angguk lalu Tatoo dan seorang lagi pengikutnya tadi diikat pada pangkal pokok secara berasingan.

"Satisfied?." Soal Kasturi pada Kira yang laju nafasnya naik turun.

"No yet!." Balas Kira sambil pipinya yang calar disentuh. Mencerlung matanya memandang Tatoo.

"Dia ingat pipi sayang ni apa yang dia nak buat macam tu!." Marah Kira. Tajam dipandang Tatoo yang sedang diikat Miran. Nasib baik Miran datang tepat pada waktunya, jika tidak tadi. Mungkin hanya mayat Tatoo sahaja yang akan diusung keluar nanti. Tangannya yang sakit tidak dipeduli asalkan hatinya puas!

Tidak lama Miran kembali ke sisi Kasturi dan Kira.

"How do you know Sir?." Soal Miran pada Kasturi. Kasturi senyum senget sambil memandang Kira.

"I know my wife very well." Balas Kasturi yakin. Kira hanya tersenyum simpul.

Baru sahaja deru nafas mahu stabil, mereka terdengar bunyi pergerakan dari arah hadapan. Ketiga mereka saling berpandangan. Aduh! Siapa pula yang datang, takkan pengikut Tatoo?

Masing-masing mengambil tempat di sebalik pokok. Tajam matanya memandang ke arah bunyi yang semakin hampir. Miran yang berada paling hampir dengan bunyi tersebut sudah bersedia untuk menyerang, pisau spring sudah tersedia di tangan kanannya yang hanya menunggu masa untuk dibenamkan. Dari sebalik pokok, nampak kelibat seseorang yang semakin hampir dan..

'Zuppp!'

"Encik Burn?!." Suara Miran berbunyi. Terkejut dia dengan kehadiran Burn.

"Sir!." Reno yang datang dari arah belakang Burn terus meluru ke arah Kasturi.

"Edan!." Kata Burn pula.

Terkejut Kasturi dan Kira dengan kehadiran Burn dan Reno. Mujur juga Burn pantas menahan lengannya dengan serangan Miran tadi, jika tidak mau putus urat lehernya yang menjadi mangsa pisau spring lelaki itu. Kasturi dan Kira hela nafas lega, masing-masing menyimpan kembali senjata pada hoster.

"What do you guys doing here?." Soal Kasturi pada Burn dan Reno.

"I received an alarm that your GPS is off." Kata Burn. Sungguh dia bimbangkan Kasturi tetapi sebaik sahaja melihat lelaki itu tidak apa-apa, lega dan lapang rasa dadanya.

"Oh, cermin jam retak. Mungkin terkena batu masa aku jatuh dalam sungai." Balas Kasturi sambil menayangkan jam di pergelangan tangannya yang sudah retak. Burn dan Reno hanya anggukkan kepala. Tiba-tiba dari jauh sayup-sayup terdengar bunyi salakan anjing. Pasti itu adalah pasukan mencari dan menyelamat yang datang. Kasturi senyum senget.

"They are here." Kata Kasturi pada mereka yang ada.

Kasturi yang tadi rasa sihat tiba-tiba terasa kepalanya berdenyut kuat.

"Abang, kenapa ni?." Soal Kira yang waktu itu berada di sisi Kasturi. Pantas lelaki itu dipapah dan dibantu Burn. Tangan kanan Kasturi naik memegang kepalanya, tiba-tiba dia rasakan pokok-pokok yang ada disekelilingnya berputar-putar dan semakin lama semakin laju dan akhirnya gelap.

"Abang!." Jerit Kira.

+++

Kasturi membuka mata dan dapat dia rasakan yang dia berada di atas katil dan sedang ditolak laju tetapi tidak pasti ke mana. Di atasnya dia lihat siling berwarna putih bersama lampu yang terang. Di kiri dan kanan ada beberapa orang yang wajah mereka tidak dapat dikenalpasti kerana matanya kelabu dan kepalanya yang kuat berdenyut. Akhirnya matanya tertutup lagi.

+++

"El." Panggil Am lalu menghulur cup air panas. Kira mendongak dan huluran Am disambut.

"Minumlah. Biar panas sikit badan tu." Kata Am. Kira menyisip sedikit air coklat panas, perlahan masuk ke kerongkong. Panas rasa dadanya. Tiba-tiba air mata menitis lagi. Entah kali ke berapa dia tidak ingat. Am yang melihat keadaan Kira meletak cup kopi panasnya di atas bangku. Nafas ditarik panjang.

"El.. Saya rasa awak balik dulu. Bersihkan badan, nanti awak datang semula. Kalau ada apa-apa, saya call." Pujuk Am. Lama Kira berteleku tanpa membalas. Hud dan Miran yang berdiri tidak jauh dari bangku Kira hanya mampu memandang wanita itu. Miran merasa belas pada kakaknya itu. Perlahan dia melangkah menghampiri Kira lalu dilabuhkan duduk di sisi Kira.

"El, saya hantar awak balik. Lepas awak mandi dan tukar baju, saya hantar awak ke sini semula. Takkan awak nak jumpa Mr.K dalam keadaan macam ni.." Pujuk Miran. Kira menoleh Miran di sisi. Merah mata dan hidungnya.

"Kau janji, lepas aku mandi dan tukar baju, kau hantar aku balik ke sini semula?." Soal Kira pada Mira. Laju Miran angguk.

"Ya, aku janji." Kata Miran.

"Okay.. Kita balik." Kata Kira dan sebelum dia bangun berdiri Am di sisi di pandang.

"Kalau ada apa-apa, call me A.S.A.P." kata Kira pada Am.

"I will." Kata Am. Kira angguk lalu dia bangun dan berjalan beriringan bersama Miran keluar dari tempat menunggu di bilik O.T.

Dalam kereta Kira hanya diam sambil membuang pandang ke luar kereta. Takut untuk dia fikirkan andai terjadi apa-apa pada Kasturi. Tanpa dapat dikawal, air matanya meleleh lagi. Miran yang sedang memandu di sebelah hanya mampu memandang sahaja. Tidak lama kereta yang dipandu Miran sampai di perkarangan rumah. Kira pantas masuk ke dalam rumah dan terus ke tingkat atas. Miran pula selepas mengambil pakaiannya di bonet belakang, terus ke bilik rehat di bahagian belakang rumah. Dia juga mahu bersihkan badan dan menukar pakaian yang dipakai sewaktu masuk ke hutan untuk mencari Kasturi.

Lebih kurang dua puluh minit, Miran kembali ke kereta dan tidak lama Kira keluar semula dari pintu rumah dengan wajah yang nampak sedikit segar bersama pakaian yang sudah berganti. Tanpa lengah, kedua mereka terus melompat masuk ke dalam kereta. Kira tidak mahu dia berlama-lama meninggalkan Kasturi.

Lebih kurang tiga puluh minit, Kira dan Miran kembali semula ke hospital dan waktu itu hanya ada Am sahaja.

"Am." Sapa Kira pada Am. Am menoleh pada Kira.

"El." Balas Am lalu dia bangun berdiri.

"Macam mana?." Soal Kira. Am geleng perlahan. Kira hela nafas panjang.

Am kemudian berjalan menghampiri Miran, entah apa yang dikatakan pun Kira tidak pasti. Kira yang sudah melabuhkan duduk hanya memandang pintu bilik O.T yang masih tertutup rapat sambil menyandarkan kepalanya ke dinding. Entah bila dia terlena pun tidak pasti. Sedar-sedar sahaja, Am mengejutkannya bangun.

"El.. El.." Panggil Am. Kira terpisat-pisat membuka mata sambil dia duduk tegak dan mata digosokkan beberapa kali.

"Am. Ada apa?." Soal Kira pada Am yang berada di sisinya.

"Ni, makan sikit. Saya mintak Miran belikan roti bakar dengan air coklat panas. Awak kena makan sikit, nanti perut masuk angin." Kata Am lalu menghulurkan bungkusan makanan pada Kira. Teragak-agak Kira menyambutnya.

"Makan sikit. Dari tadi, apa pun awak tak makan El." Pujuk Am. Akhirnya Kira sambut huluran makanan. Air coklat yang masih panas diteguk perlahan dan roti bakar dicubit sedikit sebelum dimasukkan ke mulut. Baru Kira mahu ulang makan, tiba-tiba pintu bilik O.T terbuka. Pantas makanan diletakkan di atas bangku dan dia bingkas bangun.

"Doktor." Sapa Kira sambil kaki melangkah menghampiri seorang lelaki yang keluar dari bilik O.T itu tadi.

"Puan waris pesakit ke?." Soal lelaki tadi.

"Ya, saya isteri pesakit." Laju Kira membalas.

"Saya Doktor Bani. Suami Puan sudah stabil tetapi dia masih perlu dirawat di bilik rawatan rapi untuk pemantauan sepenuhnya kerana saya perlu membuat pemeriksaan lebih lanjut pada suami Puan. Terdapat pembengkakkan pada otak di sebelah kanan, disyaki berlaku gegaran yang agak kuat pada kepala suami Puan mungkin disebabkan hentakan oleh objek tumpul tetapi jangan bimbang, kerana tiada keretakan atau darah beku pada otak. Luka pada kepala hanya pada kulit sahaja walaupun agak dalam dan mendapat sepuluh jahitan. Tak ada apa yang perlu dibimbangkan." Terang Doktor Bani.

"Macam mana dengan luka pada pahanya, Doktor?." Soal Kira lagi.

"Oh, kecederaan pada paha sudah dirawat dengan enam jahitan. Jangan bimbang, luka tidak dalam cuma jahitan perlu dijahit agak rapat." Kata Doktor Bani.

"Nanti, Puan boleh ikut sekali ke wad apabila katil pesakit ditolak keluar." Kata Doktor Bani.

"Terima kasih Doktor." Kata Kira.

"Thanks Doktor." Kata Am pula yang sejak tadi hanya menjadi pendengar. Tidak lama Kasturi ditolak keluar dari bilik O.T. Pantas Kira, Am dan Miran mengekori hingga sampai ke wad.

Am dan Miran melabuhkan duduk di sofa di dalam wad manakala Kira pula duduk di kerusi di tepi katil. Disebabkan tubuh yang penat, mudah sahaja Kira terlelap sambil tangan kanan Kasturi berada dalam genggamannya.

+++

Kasturi terjaga, kepala yang bertampal disentuh dengan tangan kirinya kerana tangan kanannya seperti dipegang seseorang. Kasturi menoleh ke kanan dan dilihat seorang wanita bertudung elok menggenggam tangannya bersama mata yang terpejam.

"Kira?." Kasturi bersuara. Walaupun sedikit serak, suaranya itu telah mengejutkan Kira dan juga Am bersama Miran yang berada di sofa. Kalut Am bangun menghampiri katil manakala Miran pula terus berlari keluar memanggil doktor.

"Abang!." Kata Kira dan bersama itu tubuh Kasturi terus dipeluknya. Buntang mata Kasturi kerana terkejut.

"Er.. Kira.. We're not married yet, it's not suitable for you to hug me like this." Kata Kasturi pada Kira. Terus terlepas pelukan Kira pada tubuh Kasturi.

"What??." Kuat suara Kira berbunyi.

(22/06/2021 @ 1220hrs)

Share this novel

Hawani Hashim66
2021-06-22 14:32:21 

ayokkkk. edan hilang ingatan tqvm update


NovelPlus Premium

The best ads free experience