Bab 21

Romance Series 548166

*WARNING* apa yang terkandung dalam cerita ini hanyalah imaginasi penulis sahaja. Tiada kena-mengena dengan mana-mana orang atau organisasi!
××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××××

"El your wife?" soal Am.

"Yup, she's my wife" balas Kasturi.

"But when? angin tak ada, ribut tak ada. Macam mana boleh tiba-tiba kahwin?" soal Am. Tubuh disandar ke belakang. Susah untuk dia percaya.

"That's a long story, Am" balas Kasturi. Am geleng perlahan.

"Aku dan dia kahwin baru lagi, tak sampai dua minggu pun" kata Kasturi lagi.

"Bukan rezeki aku nampaknya" kata Am perlahan. Walaupun kecewa dia tetap pamer senyum.

"Tahniah Edan" ucap Am lalu helaian kertas tadi dimasukkan semula lalu diserahkan pada Kasturi.

"Take good care of her and if after this you no longer want her anymore, I am willing to make her mine" tambah Am lagi. Kasturi tegak memandang Am di hadapannya.

"Aku gurau la. Kau ni.." kata Am sambil ketawa, Kasturi balas dengan jelingan. Burn pandang Am tidak berkelip. Dia dapat rasakan akan getaran pada suara Am.

"So.. ini sebabnya kau datang jumpa aku hari ni?" soal Am. Dia akan tanamkan rasa yang sudah lama mekar di hatinya untuk El. Dia tidak sesekali akan merampas milik orang lain terutama sahabat baiknya sendiri. Don't worry Edan, I'm not a man like that.

"Yup.. but one more thing" kata Kasturi. Tubuhnya dibawa rapat ke hadapan.

"What?" soal Am.

"Erm.. about the task you give to her. Can you withdraw it back?" pinta Kasturi. Am senyum nipis.

"You the boss Edan. Ofcourse you can" balas Am.

"Thanks Am" ucap Kasturi. Tiba-tiba Am tarik nafas panjang dan wajahnya serius.

"Kau dah kenapa tiba-tiba tayang wajah macam tu?" soal Burn yang sedari tadi hanya diam dan memerhati.

"Kan aku cakap, ada perkara yang aku nak bincangkan and.. this is very serious matter" kata Am lalu dia menarik lacinya dan mengeluarkan satu fail coklat dan dihadapannya tertera tulisan 'confidential' berwarna merah.

"Ini butiran terget yang diminta dari client kita" kata Am lalu diserahkan pada Kasturi.

Kasturi sambut huluran fail. Burn yang melihat terus mendekat dengan Kasturi untuk turut sama melihat siapa orang yang menjadi target. Mereka merupakan kontraktor yang bekerjasama dengan pihak kerajaan dan ada juga orang persendirian tetapi target yang diminta itu akan diselidik dari pelbagai sudut serta kelulusan dari kerajaan sebelum mereka menerima task itu.

+++

"Weh, korang ada dengar news tak?" soal Sara semasa berada di dalam lift pada rakan-rakannya yang ada bersama.

"News apa kau ni Sara?" soal Shah. Sara yang berdiri di sisi Kira menoleh pandang pada Shah di belakang.

"Aku dengar dari Yanty, anak Tuan Smith datang jumpa Encik Am hari ni. Encik Burn pun datang sekali" kata Sara bersungguh.

"Yanty? si nerd tu?" soal Dell pula. Laju Sara angguk.

"Pandai juga dia bergosip ya. Aku ingat hidup mati dia dengan gadget dan tech dia tu aje" sampuk Shah pula.

"Ee..tak baik cakap macam tu, kalau bukan dia.. korang ingat siapa yang bantu kita buat kerja?" marah Sara. Kira hanya diam tidak menyampuk. Ingatkan dah makan mulut tu kuranglah bunyi tapi.. lepas makan, perut dah kenyang makin banyak pula cakapnya mereka ni.. Hurm..

"El.. kau ni senyap je.. kenapa?" soal Sara pada Kira yang berdiri di sebelahnya.

'Ting'

Pintu lift terbuka dan keempat-empat mereka melangkah keluar lalu berjalan ke arah pintu pejabat mereka.

"Excited nak jumpa anak Tuan Smith ke?" usik Sara. Kasturi juling mata ke atas.

"Kau ni Sara.. cakap macam pernah jumpa dengan Tuan Smith je bunyinya" kata Dell yang berjalan di belakang.

"Ntah, usahkan orang, bayang pun tak nampak sampailah dia meninggal dan anak dia pula ambil alih sekarang ni. Kau ingat dia nak jumpa kita-kita ni?" soal Shah pula.

"Eh.. korang ni.. dari tadi bercakap tak berhenti. Tak penat ke?" soal Kira.

"Kau ni macam la tak kenal dengan kitaorang ni El.." kata Sara pula sambil melangkah ke arah mejanya. Kira geleng perlahan sambil melabuhkan duduk di tempatnya.

"Kau rasa anak Tuan Smith ada tak kat dalam tu?" soal Sara di telinga Kira. Kira tahan sabar. Kepala ditoleh pada Sara.

"Okay.. okay.. aku bukan apa, curious je.. nak juga tengok wajah anak Tuan Smith tu, handsome ke tak?" kata Sara lalu dia berlalu ke tempatnya semula.Kata-kata Sara dibiarkan tanpa balasan.

Kira pandang bilik Encik Am. Tangan kanannya naik memegang dada. Kenapa dia rasa berdebar-debar ni dan degup jantungnya sedikit laju dari biasa. Kira duduk tegak lalu dia tarik nafas panjang dan dihembus perlahan. Dia lakukan beberapa kali. Agaknya stamina dah kurang ni, lama sangat tak work-out. Kata Kira dalam dalam hati. Tetapi.. dia terasa seperti dirinya diperhatikan pula.. Kira geleng perlahan. Imaginasi kau je Kira..

"El" panggil Shah.

"Kau kenapa? tak sihat ke?" soal Shah lalu dia datang menghampiri Kira. Kira geleng.

"Aku okay je" balas Kira lalu mata yang memandang ke arah pejabat Encik Am tadi dialih ke monitor di hadapannya.

"Okay? dah tu kenapa lain macam aku tengok" kata Shah.

"Lain macam?" soal Kira.

"Ha'ah. Macam orang tak keruan" kata Shah. Kira kerut kening.

"Tak keruan?" soal Kira semula.

"Ha'ah, macam orang.. erm.. ha! macam orang di amuk rindu, cinta" kata Shah sambil menggayakan dengan tangan juga riak wajah. Kira tertawa.

"Apa yang kau merepek ni Shah.. dah la" kata Kira yang masih lagi ketawa. Shah angkat bahu lalu dia berjalan kembali ke mejanya.

Kira toleh lagi ke arah pejabat Encik Am kemudian kepala digelengkan.

*Dalam masa yang sama..*

"Sudah-sudah la Edan.. daripada kau mengintai El dari dalam ni, baik kau pergi jumpa dia kat luar tu" usik Am. Kasturi hanya senyum senget tetapi tubuhnya masih lagi tegak memandang ke arah Kira yang berada di meja kerjanya.

"Belum masanya Am.." kata Kasturi lalu dia kembali ke kerusi dan melabuhkan duduknya semula.

"So.. apa yang kau nak buat lepas ni?" soal Am pada Kasturi.

"Task tadi?" soal Kasturi. Am angguk.

"Aku kenal siapa client tu" balas Kasturi. Tegang sahaja wajahnya. Kalau dia tahu begini jadinya, awal-awal lagi dia dah hapuskan!

"Don't worry.. Let me take care of it" tambah Kasturi lagi.

"He chose the wrong person" kata Kasturi bersama senyum senget.

"That's mean we proceed this task?" soal Am tidak percaya. Edan ni fikir guna otak ke tak ni?. Burn tegak memandang Kasturi yang sudah bangun berdiri semula di tepi cermin pejabat Am. Dibuang pandang pada Kira di luar agar hatinya sedikit tenang.

"Kau biar betul?" soal Burn.

"We give what they want" balas Kasturi tanpa menoleh.

"Kau ingat, kalau kita proceed. Diaorang akan luluskan ke?" marah Am.

"Hey..! yang menjadi target tu kau! Kau Edan. Edan Kasturi!" marah Am. Tinggi suaranya.

"So what?" soal Kasturi lalu memusingkan tubuhnya. Kedua tangan naik memeluk tubuh.

"Aku takkan submit fail ni" kata Am menggeleng. Fail di tangan dihempas ke meja.

"Kerja sia-sia tau tak?" marah Am.

"Tapi.. kalau kita tak terima task ni, dia akan serah pada kontraktor lain pula Am. Lagi bahaya pada Edan dan El. Biar orang-orang kita dari orang lain yang kita tak kenal dan tak tahu cara kerja mereka" sampuk Burn.

Am terdiam. Ada benarnya juga kata Burn tapi takkan dia nak submit fail ni yang targetnya pemilik syarikat ni sendiri dan yang lebih penting Edan sahabat dia! Aduh.. tangan naik memicit kepala. Tiba-tiba pula berdenyut.

"Aku rasa macam ni la. Apa kata, aku hantar budak-budak jaga rumah kau. Bukan apa, aku takut bukan pada kita je dia hantar untuk task ni. Ntah-ntah pada kontraktor lain pun ada. Bahaya Edan" cadang Burn.

"Aku pun rasa macam tu juga. Biar kita bersedia lebih awal. Kalau legal, kita dulu akan dapat tahu sebab diaorang akan maklumkan tapi kalau illegal.. susah Edan, silap haribulan nanti melayang nyawa" Am juga turut setuju.

"Hal ni biar aku dan Am uruskan" kata Burn.

"Thanks bro" kata Kasturi lalu dia memusing tubuh mengadap kedua sahabatnya itu.

"Aku rasa, dah lama sangat aku kat sini. Tolong hantar aku balik office Burn. Lagipun petang ni aku ada metting" kata Kasturi.

"Let's go" kata Burn lalu dia bangun berdiri.

"Aku balik dulu Am" kata Kasturi pada Am yang sedang melangkah merapatinya. Tubuh sahabatnya itu dipeluk erat.

Setelah Kasturi dan Burn pulang, Am memanggil Kira masuk ke pejabatnya. Sara yang mendengar nama Kira dipanggil laju dia berlari ke arah Kira.

"El" bahu Kira dicuit. Kira yang baru bangun dari kerusinya menoleh pada Sara.

"Apa?" Soal Kira.

"Kenapa Encik Am panggil kau?" Soal Sara.

"Mana la aku tahu Sara.. Belum masuk pun lagi." Balas Kira yang sudah bersedia untuk melangkah.

"Eh, tah-tah anak Tuan Smith nak jumpa kau tak?." Sara sudah mula mengarut. Kira pandang Sara.

"Mana kau tau anak Tuan Smith tu masih ada di dalam?." Soal Kira. Tapi kalau betul, kiranya bertuahlah dia. Belum ada lagi di kalangan mereka yang bekerja di syarikat ini pernah melihat wajah anak Tuan Smith. Bukan sahaja anak Tuan Smith, wajah Tuan Smith pun sama. Hanya Encik Am dan Encik Burn yang pernah berjumpa dengan mereka. Tapi apa yang dia dengar, anak Tuan Smith ni baru balik dari luar negara.

"Eh, apa nama anak Tuan Smith tu?." Soal Kira pada Sara yang masih lagi berdiri di sisinya.

"Entah, tak silap aku Mr. K." Jawab Sara.

"Mr. K?." Soal Kira semula.

"Haah.. Lagi satu diaorang cakapkan, muka dia ni berparut tapi.. handsome!." Tambah Sara sambil digayakan ala-ala orang mabuk kepayang. Kira geleng kepala.

"Berparut tapi handsome?." Ulang Kira.

"Kalau dah berparut mana datang handsomenya Sara oi." Kata Kira sambil melangkah ke arah pejabat Encik Am. Tiba-tiba langkah kakinya terhenti. Hurm.. Siapa cakap tak ada? Edan tu.. handsome walaupun berparut. Kira pamer senyum. Kembang rasa hatinya bila teringatkan Edan.

'Tok tok tok'

Pintu pejabat Am diketuk Kira.

"Masuk." Suara Am berbunyi dari dalam. Dengan hati yang berdebar, Kira memegang pemegang pintu lalu daun pintu ditolaknya. Mana ada orang lain.. Encik Am je.. Ceh!

"Duduk El." Kata Am.

"Terima kasih." Ucap Kira lalu dia labuhkan duduk.

"Ada apa ya Encik Am panggil saya?." Soal Kira. Am pandang wajah Kira tanpa menjawab soalannya. Kira sudah tidak selesa apabila dia menjadi tatapan mata Am.

"Ehem." Kira berdeham.

"Encik Am." Panggil Kira.

"Sorry, El." Am mohon maaf. Dia tidak sepatutnya memandang El begitu setelah mengetahui siapa El. Am tarik nafas panjang untuk tenangkan diri.

"El.. Sebelum saya teruskan dengan apa yang akan saya katakan nanti. Arahan ini bukan dari saya tetapi ianya terus dari su.. I mean, this order came directly from Mr.K." Kata Am. Kira kerut kening, dah kenapa pula. Takkan aku kena terminate. Kira dah cuak. Kalau dia diberhentikan, kerja apa la yang dia nak buat nanti..

"El, about the task I gave you before. I want you to give that file back to me." Kata Am. Nampak riak terkejut pada wajah Kira.

"Apa maksud Encik Am?." Soal Kira.

"Am I fired?." Soal Kira lagi. Am geleng sambil senyum senget.

"No. You are still an employee here. Cuma task tu akan diserahkan pada orang lain." Kata Am serba salah.

"Tapi kenapa? Ada masalah dengan tugas saya sebelum ni ke Encik Am?." Soal Kira bimbang.

"No.. Awak antara agent terbaik syarikat ni El.." Laju Am membalas.

"Kalau dah macam tu, why do you want to take it back from me?." Soal Kira tidak puas hati. Am serba salah. Nafas ditarik panjang. Edan.. Kenapa la kau buat aku serba salah macam ni.. Am tarik nafas panjang.

"I'm very-very sorry El.. I can't let you do it." Kata Am. Kira tunduk memandang jemari. Tidak lama dia dongak.

"It's okay. I understand, you just follow the order. Don't worry, I'm not mad at you." Balas Kira tenang.

"Kalau tak ada apa-apa, saya keluar dulu. Sekejap lagi saya kembalikan fail pada Encik Am." Kata Kira lalu tubuhnya dibawa berdiri dan dia terus melangkah ke arah pintu. Am tersandar ke belakang, simpati dia pada Kira tapi kalau dia jadi Edan mungkin dia juga akan lakukan perkara yang sama walaupun dia tahu kemampuan Kira untuk selesaikan task tersebut.

'Tok tok tok'

"Masuk." Am bersuara lalu tubuh ditegakkan.

"El" kata Am.

"Ini fail dan hard disc." Kata Kira sambil dihulurkan fail pada Am. Am sambur huluran Kira.

"Sorry again El." Ucap Am. Kira hanya angguk dan kemudian dia terus keluar tanpa menoleh lagi.

(12/02/2021 @ 2035hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience