Bab 30

Romance Series 548166

Kasturi, Burn dan Am sibuk memeriksa CCTV di bilik CCTV. Mereka seakan pandai mencari jalan yang tiada liputan CCTV. Ini agak menyukarkan proses mengesan Kira. Jam sudah menunjukkan pukul lapan malam. Pencarian Kira masih buntu. Kasturi raup wajah. Mata dibuang pandang pada monitor kembali.

Sayang.. Mana awak sayang.. Rintih Kasturi dalam hati.

Kasturi yang sedang asyik memandang monitor di hadapan terpandang pada panel di hujung meja yang terkelip-kelip lampu merahnya.

"Am, kenapa lampu merah ni asyik berkelip dari tadi?." Soal Kasturi. Dia kemudian berjalan ke arah hujung meja. Skrin kecil di bawah lampu merah mempamerkan empat nombor. Am yang mendengar terus menoleh.

"Eh, itu alarm S.O.S dari locator watch!." Kata Am lalu dia bingkas bangun dan laju kaki melangkah ke arah Kasturi. Panel yang berkelip diperhatikan.

"El!." Kata Am. Burn yang sedang memeriksa CCTV menoleh pada Am dan Kasturi yang berada di hujung.

"El? Apa maksud kau?." Soal Kasturi.

"Ini nombor El. Dia hantar alarm S.O.S melalui locator watch." Kata Am. Nampak bercahaya wajah Kasturi.

"Burn, find the location of her watch now." Kata Kasturi. Burn pantas menekan-menekan keybord di hadapannya dan tidak lama. Lokasi Kira telah dapat dikesan. Pandangan satelit di papar. Bergerak-gerak rahang Kasturi menahan rasa.

"Bring me to weapon room." Kata Kasturi pada Am. Am angguk lalu ketiga-tiga mereka bergerak ke bilik senjata begitu juga Reno dan Hud. Setelah siap dengan senjata dan alatan. Mereka terus ke lift.

"Kau pasti dengan tindakan kau Edan?." Soal Am yang berdiri di sisi Kasturi. Kasturi pandang Am tanpa membalas.

"Sepatutnya aku yang tanya kau." Kata Kasturi pula.

"She's my agent. Ofcourse." Balas Am. Kasturi toleh pula pada Burn.

"Kau tak payah tanya, macam tak kenal aku macam mana." Balas Burn sambil mengemaskan jaket yang tersarung di tubuh.

"Thanks guys." Ucap Kasturi lalu penutup muka ditarik hingga nampak mata sahaja.

'Ting'

Pintu lift terbuka, kelima-lima mereka yang lengkap bersenjata dan baju kalis peluru melangkah keluar. Masing-masing menutup wajah dengan ski mask. Mereka bergerak dalam tiga buah kereta. Kasturi bersama Hud, Am bersama Reno dan Burn sendiri. Masing-masing tahu peranan masing-masing. Lokasi telah ditetapkan dan tanpa lengah, menderum kereta meluncur pergi.

+++

"Kau tak payah pegang-pegang aku boleh?." Marah Kira pada Jeff.

"Honey.. I nak tolong you, tak salahkan?." Soal Jeff. Kira lepas nafas panjang. Payah kalau bercakap dengan orang yang tak berapa nak betul ni!

"Kalau betul kau nak tolong.. Ni, bukakan ikatan di kaki dengan tangan ni. Sakit.." Kata Kira perlahan. Sengaja wajahnya dipamerkan rasa sakit.

"Sakit ke? Kejap-kejap I bukakan." Kata Jeff kelam kabut, lalu dia bangun dari birai katil dan terus keluar dari bilik. Kira pandang kelibat Jeff yang keluar dari bilik. Pening dia dengan sikap dan perangai Jeff yang berubah-berubah. Tidak lama Jeff masuk semula bersama gunting di tangan.

"Sorry, lama you tunggu." Kata Jeff sebaik dia melabuhkan duduk di birai katil. Kira pamerkan senyum plastik. Kalau dah begini caranya untuk dia lepaskan diri, terpaksalah diikut rentak Jeff selagi tidak melampaui batas.

Jeff tarik perlahan kaki Kira hingga terlunjur lalu tali yang mengikat kaki Kira digunting. Kemudian tali yang mengikat tangan Kira pula dipotongnya. Kira mengusap lengannya yang sakit kerana diikat kuat. Memerah kawasan pergelangannya itu.

"Sakit?." Soal Jeff. Kira angguk juga walaupun hatinya berbulu dengan soalan Jeff. Dia yang ikat kuat macam ni, boleh pula tanya, sakit?. Memang gila la dia ni..!

"Er.. Saya nak ke tandas." Kata Kira dan perlahan kaki dibawa turun dari katil.

"Sini I temankan." Kata Jeff. Kira perhatikan gunting yang berada di atas katil sambil kepala diangguk. Jeff mahu memimpin tangannya tetapi laju dielak dari dipegang Jeff.

"I tunggu di luar ya." Kata Jeff sebaik sampai di hadapan pintu bilik air. Kira angguk tetapi sebaik pintu mahu ditutup rapat, tangan Jeff naik memegang daun pintu sambil kepala digelengkan.

"Tak payah kunci, I tak intai." Kata Jeff. Kira tarik nafas dalam. Kalau bukan disebabkan dia tidak tahan hendak buang air, sudah lama pecah muka Jeff dibelasahnya.

Mahu tak mahu terpaksa juga Kira masuk ke bilik air tanpa mengunci pintu. Tidak tenteram Kira berada di dalam. Bukan boleh dipercaya sangat, buatnya gila dia datang balik, tak pasal-pasal free show pula nanti. Kira pantas melepaskan hajatnya dan tangan dicuci.

Locator watch di pergelangan tangan dipandang dan icon yang menyala pada pemuka jam dipandang. Dia yakin, signal telah dihantar. Mudah-mudahan ada yang menyedari signal yang dihantar itu. Wajah yang bengkak dan bibir yang berdarah dipandang di dalam cermin bersama keluhan di bibir. Sedang Kira mencuci wajah di sinki, daun pintu bilik ditolak dari luar. Terjengul wajah Jeff. Kan betul. Nasib baik dia cepat. Kalau tidak.. Naya!

"Honey.. You buat apa lama sangat?." Soal Jeff yang sudah melangkah masuk.

"Cuci muka." Balas Kira pendek. Setelah dia berkumur dan wajah dibersihkan terus tubuh dilolos keluar. Tidak mahu berlama-lama dengan Jeff di dalam ruang yang sempit begitu. Bibir yang pedih kerana terkena air sewaktu berkumur tadi disentuh dengan jari.

"Sini, I dah bawakan you air dan roti." Kata Jeff bersama senyuman di bibir. Kira tidak membalas sebaliknya mata melingas pandang mencari ruang dan peluang untuk lepaskan diri. Tingkap ada gril, tingkap tandas tadi kecil sangat pula. Nafas ditarik dalam. Langkah Jeff diekori dari belakang dan Kira tahu ada senjatapi yang terselit di belakang pinggang Jeff berdasarkan bajunya yang membonggol di bahagian pinggang.

Kira labuhkan duduk di birai katil. Jeff pula mengambil air mineral dan roti lalu diserahkan pada Kira. Kira sambut huluran Jeff dengan teragak-agak.

"Minumlah." Kata Jeff. Kira bukan tidak mahu minum tapi dia bimbang andai minumannya diletakkan sesuatu. Kalau betul, andai dia minum, lain pula jadinya nanti.

"Minumlah." Kata Jeff lagi. Kira masih diam.

"Minumlah! Apa yang payah sangat!." Suara Jeff sudah meninggi. Jeff tarik nafas panjang. Botol air mineral di tangan Kira dirampas lalu penutup dibuka dan air dituangkan di atas kepala Kira. Lenjun Kira dengan air. Tersentak Kira dengan tindakan Jeff. Gila dia dah datang!

"Aku suruh minum pun susah ke?." Marah Jeff sambil botol mineral dibaling ke lantai. Kira pandang gunting yang berada di atas meja di tepi katil. Jeff yang berdiri cuba mencekak rambut Kira tetapi pantas lengannya pula dipegang Kira. Jeff pandang lengannya yang berada di dalam pegangan Kira. Tanpa membuang masa Kira menggelonsor ke belakang dan tangan Jeff ditarik hingga lelaki itu tertiarap di atas katil. Jeff bingkas bangun. Wajah Kira dipandang tajam.

"Tak guna! Kau mainkan aku El!." Jerit Jeff.

Jeff menyerbu Kira yang berada di sebelah katil. Tumbukan dihayun ke arah Kira. Kira yang sudah bersedia terus menahan serangan Jeff dan dia pula mengatur serangan. Bertubi-tubi Jeff diserang. Tersandar Jeff ke dinding dengan asakan Kira. Bibir yang berdarah kerana tendangan sisi Kira tadi disapu dengan belakang tangan. Senyum sinis dipamer. Tangan naik meraba senjata di belakang pinggang tetapi kosong.

"Kau cari apa? Tu?." Soal Kira sambil bibirnya memuncung ke arah senjata milik Jeff yang sudah terjatuh di tepi dinding. Mencerlung wajah Jeff. Kira lepas tawa.

"Kau tak payah risau, aku tak main kotor. Kau tangan kosong, aku pun sama." Kata Kira lalu kedua tanggannya diangkat ke depan. Hujung jari digerak-gerakkan seperti orang mengajak beradu tenaga. Bibir pamer senyum sinis. Tanpa Jeff sedari, gunting yang digunakan untuk memotong tali tadi telah diambil Kira dan diselitkan di poket seluar di bahagian belakangnya. Orang seperti Jeff bukan boleh dipercayai.

Tanpa lengah Jeff mengatur serangan. Walaupun Kira sempat mengelak dan menangkis serangan dari Jeff, sikit sebanyak wajah dan tubuhnya terkena juga. Bibir yang pecah dikesat dengan hujung jari. Darah diludah ke lantai.

"Boss!." Lelaki yang pertama tadi menyerbu masuk ke dalam bilik. Lelaki itu masuk kerana dia terdengar bunyi bising di dalam bilik seperti orang sedang bergasak.

"Elok sangat kau datang Man." Kata Jeff pada lelaki yang masuk tadi. Besar senyum Jeff.

"Kita tengok, sekuat mana dia boleh bertahan." Kata Jeff sambil ketawa mengejek. Kira pandang Man dengan hujung mata. Dua lawan satu. Kira telan liur.

+++

Sebaik sampai di lokasi kereta diletakkan agak jauh dari rumah tersebut. Keadaan keliling rumah yang agak gelap memudahkan tindakan mereka tambahan pula hanya rumah ini sebiji sahaja yang ada di kawasan ini. Kasturi mendahuli langkah, diikuti Am dan Burn ke arah pintu pagar hadapan manakala Reno dan Hud pula ke arah pintu belakang.

Kasturi, Am dan Burn mengatur langkah, pagar di bahagian tepi rumah dipanjat mereka dengan berhati-hati. Kasturi beri isyarat pada Burn supaya dia ke kanan pintu rumah manakala dia dan Am pula ke kiri. Dari luar dapat didengari suara tv. Tingkap diintai. Pintu kayu yang tidak berkunci ditolak perlahan. Ada tiga orang lelaki sedang menonton tv di ruang tamu manakala seorang lagi sedang berjalan ke arah bahagian belakang. Asyik dengan ketawa sambil menonton tv hingga tidak sedari bahawa mereka dalam bahaya.

Pintu ditolak hingga ketiga mereka berjaya masuk. Dengan senyap ketiga-tiga lelaki tadi berjaya ditumpaskan dengan sekali kelaran di leher. Senjatapi hanya digunakan jika terdesak sahaja, mereka tidak mahu timbul kekecohan yang akan menyebabkan nyawa Kira mungkin dalam bahaya.

"Belakang clear." Suara Reno terdengar di earphone.

"Depan clear." Balas Am pula.

Kasturi dan Am menyusup ke bahagian atas rumah manakala Burn pula ke terus ke bilik belakang. Dengan berhati-hati Kasturi dan Am mendaki tangga.

'Prang'

Bunyi seperti barang jatuh dari bilik hujung dan terdengar bunyi suara orang menjerit. Kasturi dan Am saling berpandangan. Isyarat diberi dan Kasturi mendahului langkah. Satu-satu bilik diperiksa hinggalah bilik paling hujung. Kasturi angguk pada Am dan sekali tendang sahaja pintu terus terbuka luas dan Kasturi pantas menyerbu masuk.

"Sayang!" Tegur Kasturi. Terkaku dia apabila melihat seorang lelaki yang sudah tumbang dengan leher yang berdarah dan Kira pula sedang menindih Jeff yang wajah dan lehernya sudah penuh dengan darah. Kaku sudah tubuh itu tidak bernyawa. Kira pandang Kasturi. Garang sahaja wajahnya. Kasturi telan liur. Kira bangun dan melangkah perlahan ke arah Kasturi bersama gunting di tangan yang penuh dengan darah. Baju dan wajah Kira usah dikata. Sudah basah dengan cairan merah, bau hanyir menusuk hidung.

"El.." Panggil Am sewaktu dia melangkah masuk. Dia juga turut terkelu melihat keadaan Kira waktu itu. Kira yang sedang melangkah ke arah Kasturi pantas menoleh pada Am apabila namanya disebut. Garang dan tegang wajahnya. Mendengus Kira bersama jelingan tajam. Terkelip-kelip mata Am.

Kira meneruskan langkah ke arah Kasturi. Kasturi sudah cuak, apa pula yang Kira mahu lakukan ni? Sebaik sampai di hadapan Kasturi..

'Kelepuk'

Gunting di tangan terlepas dan tubuh Kira lembik melurut. Mujur Kasturi sempat menyambutnya.

"Sayang!." Jerit Kasturi. Pantas tubuh Kira dicempung.

"Kau turun, biar aku urus." Kata Am. Kasturi angguk lalu Kira dibawa turun. Burn yang melihat Kasturi mencempung Kira begitu terus terdiam di atas anak tangga tanpa kata.

"Hud." Panggil Kasturi pada Hud yang turut berada di situ. Pantas Hud mengekori langkah Kasturi.

"Burn. Naik atas." Panggil Am melalui earphone. Sebaik mendengar namanya dipanggil, pantas Burn berlari ke atas.

"Balik rumah. Cepat." Kata Kasturi. Kira dipeluk dalam ribaannya. Wajah Kira yang penuh dengan darah dibelek. Tetapi tidak dapat dia melihat dengan jelas samada terdapat luka ataupun tidak. Hud pantas menghidupkan enjin, pedal ditekan. Laju kereta meluncur pergi.

Kasturi capai telefon bimbit dari poket seluarnya. Nombor seseorang didail dan tidak lama panggilan dijawab.

"Sany, help me." Kata Kasturi.

"Kenapa ni?." Soal Sany di sebelah sana.

"Kau datang rumah aku sekarang." Pinta Kasturi.

"Okay, give me twenty minute." Balas Sany.

"Thanks." Ucap Kasturi lalu talian dimatikan.

Sebaik sampai di rumah, Kira terus dibawa ke dalam bilik di tingkat atas. Kira dibaringkan sementara di atas sofa. Pintu bilik ditutup rapat. Kain selimut diambil dari bilik closet dan dibentangkan di atas katil. Kira diangkat dan dibaringkan di atas katil. Pakaian Kira yang kotor dengan darah ditanggalkan dan dibuang ke dalam bakul sampah. Tubuh dan wajah Kira dilap dengan tuala basah. Setelah selesai, Kira dipakaikan semula dengan pakaian bersih. Tidak lama pintu bilik diketuk. Pantas Kasturi menarik daun pintu.

"Sany." Sapa Kasturi. Sany bersama beg perubatannya di tangan melangkah masuk. Kasturi dipandang dan lelaki itu angguk. Sany melabuhkan duduk di birai katil. Lebih kurang tiga puluh minit, luka Kira selesai dirawat. Sany yang baru keluar dari bilik air dipandang.

"Don't worry. Tak ada apa yang serius. Bengkak dan lebam akan hilang cuma ambil masa. Jangan lupa beri ubat seperti yang aku bagitau tadi." Kata Sany sambil mengesat tangan. Kasturi yang berada di sisi Kira di birai katil angguk tanda faham.

"Who is she?." Soal Sany. Kasturi berdiri dan berjalan menghampiri Sany.

"My wife." Kata Kasturi.

"Kau dah kahwin Edan? Aku tak tau pun." Kata Sany terkejut. Kasturi garu kepala tidak gatal.

"Baru lagi." Balas Kasturi. Sany tepuk bahu Kasturi.

"Aku balik dulu. Ada apa-apa boleh bawa ke hospital aku." Kata Sany. Kasturi angguk lalu menghantar Sany hingga ke pintu bilik.

"Thanks Sany." Kata Kasturi. Sany angguk lalu dia melolos keluar dari bilik.

+++

Kira buka mata. Siling dipandang. Rasa seperti biasa nampak. Tangan naik memegang kepala yang berdenyut. Eh, ada plaster. Mata dikelipkan beberapa kali. Hujung bibir yang pedih disentuh, ada plaster juga. Kira kelipkan mata beberapa kali dan dia cuba bangun duduk. Walaupun payah, berjaya juga dia duduk bersandar di kepala katil.

"Oh, aku dah balik rumah.. Tapi macam mana?." Soal Kira sendiri.

Mata dipejam rapat apabila terasa kepala yang berdenyut. Rusuk yang terasa sakit disentuh. Baju diselak. Lebam rusuk kirinya. Lama dia berfikir, apa yang berlaku kembali terlayar. Mata dipejam rapat bersama tubuh yang disandar ke kepala katil. Kira buka mata apabila terdengar bunyi pintu bilik dibuka. Kepala ditoleh ke kanan. Kasturi yang melangkah masuk bersama dulang di tangan. Sebaik melihat Kira yang sudah terjaga, laju Kasturi membuka langkah. Dulang berisi semangkuk bubur, air suam dan susu beserta ubat diletakkan di meja sisi.

"Sayang." Sapa Kasturi lalu melabuhkan duduk di birai katil. Kira toleh ke kiri. Tidak mahu dia memandang wajah Kasturi. Hatinya masih sakit.

(06/03/2021 @ 2335hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience