Bab 29

Romance Series 548166

Setelah mendapat arahan dari Kasturi Reno terus memandu mengikut lokasi yang telah diberikan iaitu di Tasik Titiwangsa. Kereta dipandu laju kerana bimbang sesuatu yang tidak dingini berlaku. Tidak lama memandu, Reno sampai di Tasik Titiwangsa. Dari jauh lagi kereta Honda Kira sudah dapat dilihat elok diparking di dalam petak. Reno kemudian meletakkan kereta di tepi jalan lalu. Tubuh dilolos keluar untuk mencari Kira di kawasan sekitar tetapi tidak berjumpa. Tiba-tiba matanya terpandangkan pouchbag peach yang selalu Kira guna sudah terjatuh di atas tanah di tepi bangku batu. Pouch bag dicapai lalu isi dalam diselongkar. Sah, pouch bag ini milik Kira apabila dokumen pengenalan diri Kira yang dijumpainya. Telefon dicapai dan nombor Kasturi didail. Tidak lama panggilan disambut.

"Sir, Madam is not here." Kata Reno.

"What?!." Soal Kasturi.

"I found Madam pouch bag under the bench." Kata Reno.

"Shit!." Kuat suara Kasturi berbunyi.

"Bring her stuff and meet at agency." Arah Kasturi.

"Yes Sir." Kata Reno.

"Kenapa Sir?." Soal Hud yang baru melabuhkan duduk di bangku di bawah rumah.

"Kira." Kata Kasturi sepatah.

"She's missing." Tambah Kasturi lagi.

"Huh?." Terbangun Hud dari kerusi.

"Take me to agency now." Kata Kasturi lalu laju kaki melangkah ke arah kereta. Hud pula pantas melompat masuk ke bahagian pemandu. Kasturi capai telefon bimbit, nombor telefon Burn dihubungi. Tidak lama panggilan disambut.

"Hello Burn. Where are you?." Soal Kasturi.

"Aku di pejabat Am. Ada apa ni? Lain macam suara kau." Kata Burn. Kasturi hela nafas panjang.

"Something has happened. Kau tunggu, I'm on my way." Kata Kasturi.

"Okay." Balas Burn lalu talian dimatikan. Am pandang Burn.

"Kenapa?." Soal Am.

"Edan. Macam cemas je, dia dah on the way ke sini." Kata Burn. Am kerut kening.

'Tok tok tok'

"Masuk." Kata Am.

"Encik Am, Encik Burn." Kata Shah sebaik dia melangkah masuk ke pejabat Am.

"Hurm, dah jumpa El?." Soal Am. Shah angguk.

"El okay?." Soal Am lagi.

"Okay, cuma mungkin dia runsing sikit." Balas Shah. Am angguk.

"Okay, we continue what was discussed earlier." Kata Am pada Shah. Shah dan Burn angguk lalu fail di tangan dibuka kembali.

'Beep beep beep'

Bunyi pintu pejabat Am di bahagian tepi berbunyi. Ketiga-tiga pasang mata memandang ke arah pintu yang terbuka.

"Edan." Sapa Am dan Burn. Shah terus berdiri tegak apabila mendengar nama yang disebut Am dan Burn. Dia sedari itu adalah Mr. K a.k.a suami Kira iaitu pemilik agensi ini. Kasturi tegak memandang ke arah Shah.

"Er, saya keluar dulu." Kata Shah lalu fail di atas meja dicapai dan dia terus melangkah ke arah pintu. Daun pintu ditarik dan tubuh dilolos keluar. Kasturi melangkah masuk bersama Reno dan Hud. Kasturi labuhkan duduk di kerusi di hadapan Am manakala Reno dan Hud berdiri tegak di hadapan pintu.

"Macam serius je." Kata Burn. Kasturi pandang Burn. Pouch bag Kira diletakkan di atas meja Am. Burn dan Am pandang pada beg berwarna peach itu.

"Ini bukan beg El ke?." Soal Am.

"Mana El?." Soal Burn pula.

"She's missing." Balas Kasturi pendek.

"Missing? Bukan tadi dia keluar berjumpa dengan shah ke?." Soal Am pelik. Bulat mata Kasturi. Burn dah tepuk dahi. Am ni..

"What? Jumpa siapa?." Soal Kasturi pada Am. Tegak dipandang wajah lelaki di hadapannya.

"Tak, tadi masa aku berbincang mengenai projek baru, El call Shah. Dia nak jumpa Shah. So, aku benarkanlah Shah keluar berjumpa dengan El." Kata Am. Bergerak-gerak rahang Kasturi mendengar penjelasan Am. Kira keluar rumah jumpa Shah?

"Call Shah now!." Tinggi suara Kasturi. Burn dah gosok pipi. Aduh.. Am tekan button pada telefon di atas mejanya.

"Shah, masuk." Panggil Am.

"Baik Encik Am." Balas Shah.

'Tok tok tok'

"Masuk." Am bersuara. Shah melangkah masuk ke dalam pejabat dan berdiri tegak di sisi meja Am.

"Where are you taking my wife?" Soal Kasturi tanpa menoleh pada Shah. Shah pandang Kasturi. Dapat dia rasakan ada sesuatu yang buruk telah berlaku.

"Ada apa-apa yang berlaku pada El ke?." Soal Shah bimbang tambahan pula matanya sempat melihat pouch bag Kira di atas meja Am. Lagilah hatinya rasa tidak sedap.

'Bum!'

Meja ditepuk kuat. Tajam pandangan Kasturi pada Shah.

"Answer my question!." Tinggi suaranya berbunyi.

"El call nak jumpa saya di Light Cafe. Saya jumpa El tak lama pun. Selepas tu El minta saya balik dulu sebab dia masih nak berada di cafe tu lagi. Itu saja." Terang Shah. Tak berkelip mata Kasturi memandang Shah.

"El tak ada bagitau dia nak ke mana?." Soal Am. Shah toleh ke arah Am.

"Tak ada Encik Am." Balas Shah.

"Er.. Ada apa-apa yang berlaku pada El ke?." Soal Shah pada Am.

"She's missing." Balas Am. Terkejut Shah mendengar jawapan Am.

"Hilang?." Ulang Shah tidak percaya.

"That'a all. Awak boleh keluar." Kata Am. Shah angguk.

"Saya keluar dulu." Kata Shah lalu dia terus melangkah keluar dari pejabat Am dengan hati yang bimbang.

"Am, kau semak CCTV cafe yang dia cakap tadi." Kata Kasturi. Am pandang Kasturi.

"Nak buat apa semak CCTV di situ?" Soal Am pelik. Kira hilang di Tasik Titiwangsa, dah kenapa nak semak di cafe tu pulak. Hurm.. Tak lain jealous la ni.

"Edan, El dengan Shah tu tak ada apa-apa, dia memang rapat dengan Shah sejak dari join agensi ni lagi. Diaorang pun selalu terlibat bersama." Kata Am. Menjeling tajam Kasturi pada Am apabila dia di'tembak' begitu. Tergeleng Am.

"Edan, aku dah minta budak-budak aku semak CCTV kawasan tasik tu." Burn bersuara. Kasturi pandang Burn yang berada di sisinya.

"Apa yang diaorang dapat, El dibawa masuk ke sebuah kereta putih. Nombor plat tak lengkap." Kata Burn.

"El tak melawan sebab aku rasa kain yang digunakan untuk menutup mulut El tu dah diletakkan ubat." Tambah Burn lagi.

"Aku tak rasa kerja orang lain." Kata Kasturi.

"Maksud kau?." Soal Burn. Wajah Kasturi dipandang, begitu juga Am.

"Jeff." Kata Kasturi.

"Jeff yang buat hal di kampung El?." Soal Burn. Terus tegak duduknya.

+++

Kira kelip-kelipkan matanya. Rasa pening kepala dan tangannya mahu naik memicit kepala yang berdenyut tetapi tidak boleh. Dah kenapa tangan tersangkut pula ni? Bila mata dicelikkan betul-betul, rupa-rupanya dia bukan lagi berada di tepi tasik sebaliknya berada di dalam sebuah rumah bersama tangan dan kaki yang berikat di sebuah kerusi. Melingas mata Kira memandang ke sekeliling. Di tepinya ada sebuah katil, di bahagian kiri bilik terdapat bilik air yang terbuka pintunya. Rumah siapa pula. Dalam terfikir-fikir, daun pintu bilik di tolak dan melangkah masuk seorang lelaki bersama seorang lagi lelaki di belakangnya yang cukup Kira kenali. Jeff! Tak guna!

"Hai honey. Are you awake?." Soal Jeff yang tersenyum lebar. Kakinya melangkah menghampiri Kira yang terikat di kerusi. Jeff tarik kerusi di tepi dinding lalu di bawa ke hadapan Kira dan dilabuhkan duduk. Tangannya naik ke wajah Kira dan pipi itu mahu diusapnya. Laju Kira mengelak dari disentuh Jeff. Terteleng ke sisi wajah Kira.

"Kau nak apa lagi Jeff, hah?!." Tinggi suara Kira. Jeff ketawa suka. Tubuh disandarkan ke belakang.

"Honey.. Don't be angry." Kata Jeff bersama senyuman yang dipamerkan.

"You lapar tak? I ada belikan nasi goreng kampung, your favorite. Teh o ais pun ada." Kata Jeff. Kemudian dia menoleh ke arah lelaki tadi dan isyarat diberi. Lelaki tadi terus keluar dari bilik.

"Kau tak payah nak buat baik dengan aku la, Jeff! Kau nak apa?." Marah Kira. Memerah wajahnya menahan marah.

"You sengajakan.. Dah tau, still tanya. I nak you la honey. Kita kahwin ya." Kata Jeff. Bulat mata Kira.

"Kau dah gila ke apa? Aku dah kahwin la!." Marah Kira. Tergoyang-goyang kerusi kerana dia cuba melepaskan ikatan tangan dan kaki yang berikat. Jeff ketawa.

"I tau, you tipu.. Sengaja nak buat I jealous. Nakal you kan." Balas Jeff bersama kenyitan mata. Ternganga mulut Kira. Dia ni kenapa?

"Ee.. Kau memang dah gila la Jeff. Baik kau lepaskan aku sekarang. Kalau tak!."

"Kalau tak apa honey? Dah you jangan marah-marah. You makan okay." Kata Jeff apabila lelaki tadi masuk semula bersama dulang berisi nasi goreng di dalam pinggan dan teh o ais di dalam gelas. Makanan di letakkan di atas meja di tepi Jeff.

"I suap ya." Kata Jeff. Kira sudah geleng kepala. Apa masalah dia ni! Jeff ambil gelas lalu dia menyuakan straw pada bibir Kira. Kuat Kira ketap bibir.

"Honey.. Kalau you tutup mulut, macam mana nak minum? Ke you nak I suap guna ni." Kata Jeff sambil jarinya naik menunding ke arah bibir sendiri. Kira masih diam. Bibir ditutup rapat. Ee.. Memang tak lah!

"Honey.." Panggil Jeff lagi.

'Ptuih'

Kira meludah pada wajah Jeff. Memerah telinga lelaki itu. Ludah yang melekat di pipi disapu dengan belakang tangan. Tiba-tiba Jeff bangun berdiri dan tanpa amaran tangan kanan diayun dan

'Pang'

Pipi kiri Kira ditampar. Berdengung rasa telinga. Hujung bibir yang berdarah dijilat dengan lidah. Tajam Kira memandang Jeff.

"Aku layan kau baik-baik, macam ni kau balas pada aku?." Marah Jeff.

"Dasar perempuan tak guna!." Jerit Jeff. Makanan di atas meja habis diterbalikkannya. Kerusi meja semua disepak bersama jeritan.

"Kau kan perempuan, memang tak sedar diri!." Marah Jeff dan bersama itu rambut Kira yang dilapisi tudung ditarik kasar. Terangkat Kira dari kerusi. Wajahnya didekatkan pada Kira. Mendengus Kira kerana geram dengan Jeff.

"Apa? Tak puas hati?." Soal Jeff sambil bibirnya dilarikan di wajah Kira. Terpejam mata Kira dengan perbuatan Jeff. Jeff ketawa suka. Kira buka mata dan kebetulan waktu itu telinga Jeff betul-betul berada di hadapan bibirnya, tanpa menunggu lama..

"Arhhh!." Jerit Jeff. Pantas Kira dilepaskan dan tangannya naik memegang telinga kanannya yang sudah berdarah. Kira dipandang geram.

'Ptuih'

Kira meludah darah dari mulutnya bersama sengihan besar.

"Tak guna! Kau gigit telinga aku!." Jerit Jeff.

'Bang'

Kira ditendang hingga terjatuh dari kerusi. Walaupun sakit kerana ditendang begitu, Kira masih lagi ketawa.

"Arghh!." Jerit Jeff bersama tendangan di perut Kira. Tersentak Kira apabila ditendang kuat begitu. Baju Kira ditarik hingga Kira kembali duduk di atas kerusi.

"Kau dengan suami kau sama je kan! Menyusahkan aku!." Jerit Jeff. Tiba-tiba Kira ketawa lagi. Kali ini lebih kuat dan agak mengerikan kerana bibir dan gigi Kira waktu itu masih lagi ada kesan darah padanya. Jeff yang sedang membelakangi Kira terus memusing ke belakang apabila mendengar Kira ketawa. Kira ketawa lagi sambil kepala digelengkan.

"Kau kan Jeff, tadi kau cakap aku belum kahwin, ni kau cakap suami aku menyusahkan kau pula. Apa masalah kau sebenarnya hah?!." Kata Kira dalam nada mengejek.

"Memang sah kau dah gila." Kata Kira dengan kepala yang digeleng. Mencerlung wajah Kira dipandang lalu Kira dihampiri dan leher Kira dicekak.

"Kau tau tak? Disebabkan suami tak guna kau tu, aku dah rugi berpuluh ribu! Tempat aku kena serbu, habis semua kena tangkap, kena rampas!." Marah Jeff bersama cekikan yang semakin kuat di leher Kira. Kira sudah berair matanya apabila dia tidak dapat bernafas.

"Kenapa tak ketawa lagi? Ketawa la kuat-kuat macam tadi!." Marah Jeff bersama cekikan di leher Kira.

"Biar kau mati! Baru puas hati aku!." Kata Jeff, lalu kedua tangannya naik mencekik leher Kira. Mata Kira sudah terkelip-kelip bersama air mata yang berjurai. Kira pasrah andai sampai di sini sahaja hayatnya.

"Boss." Panggil lelaki tadi bersama tepukan di lengan Jeff.

"Boss!." Panggil lelaki itu lagi.

"Kau nak apa?!." Marah Jeff.

"Abang boss call." Kata lelaki tadi bersama telefon bimbit di tangannya.

"Huh!. Kau bernasib baik El!." Kata Jeff lalu dia melepaskan leher Kira dengan kasar. Lembik Kira dan terus tubuh itu melurut jatuh ke lantai bilik.

"Kau tengok perempuan ni, jangan sampai lepas. Ni, kemas!" Marah Jeff lalu telefon bimbit di tangan lelaki tadi dirampas. Telinga yang masih berdarah dipegang lagi.

Lama Kira terjelepuk di atas lantai. Perlahan dadanya naik turun. Lelaki tadi kemudian keluar dari bilik dan masuk semula bersama seorang lagi lelaki. Lelaki kedua tersebut masuk lalu mengemas makanan dan minuman yang tumpah.

Kira buka mata. Rasa sempit tekaknya. Sangkanya tadi, dia sudah sampai di hujung nyawa. Dipandang sekeliling. Atas katil? Laju Kira bingkas bangun. Kaki dan tangan yang masih berikat cuba dilepaskan.

"Honey.. Dah bangun?." Soal Jeff yang entah bila masuk pun tidak Kira sedari. Tajam Jeff dipandang.

"Lena honey tidur. Tak sampai hati I nak kejut." Kata Jeff. Lena? Lena apa! Aku nyaris nak mati, kau cakap lena! Memang gila la dia ni. Kata Kira dalam hati.

"Kenapa, tak puas tidur lagi? Lama juga tau you tidur." Kata Jeff yang sudah duduk di birai katil.

"Jam." Kata Kira tiba-tiba.

"Jam?." Soal Jeff tidak mengerti. Kira diam tidak membalas. Tangannya dibelakang meraba-raba mencari button pada jam di tangan. Sebaik jari menyentuhnya, terus ditekan. Moga-moga ada yang perasan dengan alarm S.O.S yang dia hidupkan tu.

"Aku nak ke tandas." Kata Kira tiba-tiba.

"Tandas? Boleh, sini I tolong." Kata Jeff sambil membantu Kira bangun dari katil. Pinggang Kira dipegang Jeff.

"Eh eh eh.. Tak payah nak pegang-pegang. Aku boleh bangun sendiri." Marah Kira. Jeff tersenyum.

"You marah-marah macam ni pun tetap cantik El." Kata Jeff. Gila! Memang gila! Kata Kira dalam hati.

(06/03/2021 @ 2050hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience