Bab 47

Romance Series 548166

Hampir jam tiga pagi baru Kasturi sampai di rumah. Setelah meminta Reno pulang, Kasturi terus melangkah masuk. Kaki memanjat tangga dan terus ke bilik. Daun pintu ditolak perlahan, mata memandang ke arah katil. Kosong? Mana Kira?

Suis lampu ditekan dan waktu itu dia lihat sekujur tubuh Kira merengkot di tepi tingkap dan masih lagi memakai pakaian yang sama. Luluh rasa hatinya. Kira dihampiri dan dapat dilihat ada kesan air mata di hujung mata isterinya itu yang sudah kering. Tanpa lengah, tubuh Kira dicempung dan diletakkan perlahan di atas katil.

Lampu tidur dinyalakan dan lampu bilik dipadam. Kasturi dengan perlahan menanggalkan tudung yang dipakai Kira kemudian pakaiannya pula. Satu-satu ditanggalkan hingga tiada yang tinggal. Tubuh itu ditutup dengan selimut sebelum dia kembali dengan tuala basah. Tubuh Kira dilap dengan tuala basah berulang kali dan setelah pastikan tubuh itu bersih, disarungkan pula dengan baju tidur. Pulas sekali tidurnya hinggakan tidak sedar apa yang Kasturi lakukan pada dirinya. Dahi Kira dicium sekilas sebelum dia ke bilik air untuk membersihkan tubuhnya pula.

+++

Nyenyaknya Kira tidur di dalam pelukan Kasturi. Mata dibuka perlahan apabila terdengar bunyi alarm telefon, tangannya naik mencapai telefon dan skrin disentuh. Rasanya telefon tersebut bukan miliknya tetapi disentuh juga skrin untuk mematikan alarm dan Kira kembali membaringkan diri. Seketika kemudian baru Kira tersedar, dahinya berkerut. Bila masa pula dia naik tidur atas katil? Tubuh badan ditilik, siap tukar baju lagi. Suis lampu tidur ditekan, sedikit bercahaya bilik tidur itu. Kepala didongak memandang wajah Kasturi yang lena tidurnya. Terukir senyuman di ulas bibirnya lalu dada Kasturi yang tidak berbaju dicium lama.

"Hm.. Morning sayang." Sapa Kasturi bersama mata yang masih terpejam. Tubuh Kira dipeluk semakin erat. Kira mendongak memandang Kasturi.

"Morning abang." Kira pamer senyum.

"Thanks." Ucap Kira dan bersama itu dilabuhkan sekali lagi ciuman di dada bidang Kasturi.

"Thanks? For what?." Sengaja Kasturi bertanya sedangkan dia dapat mengagak apa yang Kira maksudkan.

"You know for what.." Balas Kira. Kasturi geleng perlahan.

"Uhuh.. I don't know.." Balas Kasturi dengan mata yang masih lagi terpejam rapat.

"Kalau tak tau, sudah! Sayang nak bangun." Kata Kira lalu dia berura-ura mahu bangun tetapi tubuhnya ditarik hingga terjatuh di atas dada Kasturi yang sudahpun terlentang. Pantas tangan Kasturi naik melilit pinggang Kira.

"Hei!." Kata Kira sambil kedua tangannya menekan dada Kasturi supaya dia tidak terus ditarik rapat ke dada itu. Kasturi ketawa suka. Mata Kira dipandang lama.

"I miss you so much, sayang." Ucap Kasturi tiba-tiba. Kira pamer senyum.

"I miss you too abang.." Balas Kira lalu bibir Kasturi ditindih seketika.

"Sayang nak mandi." Kata Kira lalu dia bangun dari dada Kasturi.

"Let's shower together." Kata Kasturi lalu laju dia turun dari katil. Tanpa sempat Kira berbuat apa-apa tubuh itu dicempungnya dan dibawa ke bilik air. Terjerit-jerit Kira, Kasturi pula ketawa suka.

+++

"Tuan, Puan." Sapa Mak Leha sebaik melihat pasangan itu turun dari tingkat atas. Kedua mereka pamer senyum sebelum melabuhkan duduk.

"Mak Leha tak sarapan sekali?." Soal Kira pada Mak Leha yang sedang menatang dulang air.

"Tak apa, Mak Leha makan dengan Pak Mail sekejap lagi." Balas Mak Leha. Kira hanya angguk dan tersenyum.

"Abang hantarkan sayang ke pejabat." Kata Kasturi. Kira yang sedang menyuap nasi goreng memandang Kasturi.

"Eh, abang tak ke pejabat ke?." Soal Kira pula.

"After sending you, I went to the office." Balas Kasturi. Kira hanya angguk. Sejak dari bangun pagi tadi, dia tertunggu juga kalau-kalau Kasturi akan bertanya mengenai hal semalam tetapi tidak nampak pula bayang-bayang ke arah itu. Jadinya Kira hanya diam dan tidak menyebut langsung mengenai perkara itu. Teringat pula dia pada Miran, agaknya ada tak Kasturi cari Miran dan tanyakan mengenai hal ini. Bimbang pula dia pada lelaki itu.

"Hey, sayang. Fikir apa ni?." Soal Kasturi sambil menepuk perlahan lengan Kira.

"Huh? Abang cakap apa?." Soal Kira. Kasturi geleng kepala.

"Sayang fikir apa sampai tak dengar abang panggil." Kata Kasturi. Kopi hitam dalam cawan disisip perlahan.

"Mana ada fikir apa." Laju Kira membalas menutup gugup.

"Er.. Abang.." Panggil Kira. Bibir yang berminyak dikesat dengan tisu. Kasturi pandang Kira tidak berkelip.

"Abang jangan pandang sayang macam tu." Tegur Kira. Kasturi senyum senget.

"What do you want to ask?." Soal Kasturi. Lama Kira terdiam sambil sudu menguis nasi di dalam pinggan.

"Hm.. Tak apalah, dah lupa soalannya." Kata Kira lalu air dalam cawan diteguk. Tidak jadi Kira mahu bertanya, bimbang nanti Kasturi salah faham pula. Buku lima Kasturi yang masih merah dijeling pandang. Pagi tadi ringan sahaja mulutnya mahu bertanya tetapi ditahankan sahaja. Dia bimbang andai Miran yang menjadi mangsa dengan penangan Kasturi.

Tau pun risau, tapi kau yang minta Miran rahsiakan. Kira.. Kira.. Panjang nafas dihela.

"Sayang.. is there any problem?." Soal Kasturi apabila mendengar keluhan panjang Kira.

"It's okay. Tak ada apa. Jomlah kita ke pejabat." Kata Kira pada Kasturi. Kasturi angguk lalu berdiri dan melangkah ke arah pintu utama. Kira yang sudah selesai sarapan turut sama berdiri dan mengekori langkah Kasturi dari belakang.

"Er.. What about Kent? Is he okay?." Soal Kira, tiba-tiba teringat pula dia pada lelaki itu. Terhenti langkah Kasturi. Kira yang sedang mengekori langkah Kasturi turut sama berhenti. Wajah Kira di sisi dipandang.

"The surgery was successful but he was still unconscious. Masih dalam I.C.U." Balas Kasturi perlahan. Kira hanya angguk. Dia turut bersimpati dengan Kent tetapi dalam waktu yang sama dia bersyukur kerana Kasturi selamat.

"Morning Sir, Madam." Sapa Reno sebaik melihat Kasturi dan Kira di muka pintu.

"Morning." Balas Kira, Kasturi pula sekadar angguk. Kira tertoleh-toleh mencari kelibat Miran, biasanya waktu-waktu begini, dia ada bersama. Hati Kira jadi tidak enak, dijeling sekilas pada buku lima Kasturi. Ah! Jangan cakap yang Miran..

"Sayang, who are you looking for?." Soal Kasturi apabila melihat Kira seakan mencari seseorang. Kira toleh pada Kasturi.

"Hah? Mana ada cari sesiapa." Laju Kira membalas kemudian kasut disarung dan langkah dibuka ke arah kereta yang sudah sedia menanti.

"Let's go. Send Kira to the agency first." Kata Kasturi pada Reno sebaik Kira masuk ke bahagian penumpang belakang.

"Yes, Sir." Balas Reno lalu laju dia melolos masuk ke bahagian pemandu.

Kasturi tahu Kira asyik menjeling pada buku limanya itu tetapi tidak sekalipun Kira bertanya mengenainya. Jadi selagi Kira tidak menegur Kasturi akan berlagak seperti tiada apa-apa, walaupun dalam hatinya terdetik rasa.

+++

"El." Sapa Am apabila melihat Kira melangkah masuk ke pejabat.

"Am. Morning." Balas Kira lalu dia meletakkan begnya di atas meja.

"El, sekejap." Panggil Am yang berdiri di celah pintu pejabatnya. Kira toleh pada Am.

"Okay, sekejap." Balas Kira sambil jarinya menekan butang power pada komputernya. Sesudah itu note book bersama pen dicapai dan kaki melangkah ke arah pintu pejabat Am. Daun pintu diketuk sebelum pemegang pintu dipegang dan daun pintu ditolak.

"El, have a seat." Kata Am.

"Thanks." Ucap Kira lalu dilabuhkan duduk. Am pandang wajah Kira. Kira kerut kening, ada yang tak kena ke pada muka dia sampai Am pandang dia begitu.

"Awak ke mana El? Kecoh tau tak cari awak tak jumpa, call pula tak dapat." Soal Am tidak berlapik.

"Saya ke mana?." Kira buat-buat bertanya kembali. Am hela nafas. Nak marah lebih-lebih tak boleh.

"El.. please be serious." Kata Am yang sudah pun duduk tegak, itu tandanya perbincangan mereka memang sesuatu yang penting.

"Burn bagitau, lepas awak tonton berita mengenai kejadian tembak-menembak di telefon Sean, awak terus berlari keluar dan bila Sean cari di luar, awak terus hilang, lenyap." Kata Am lagi. Kira hanya diam sambil bermain-main pen di tangan.

"Tell me what happened. You know right, your life is in danger. Kalau jadi apa-apa pada awak, macam mana?." Soal Am bimbang. Wajah Kira dipandang tidak berkelip.

"Sorry.. Saya janji lepas ni saya tak buat lagi." Kata Kira tanpa mahu terangkan apa yang berlaku. Am tarik nafas panjang, tubuh disandarkan ke belakang. Dia tidak boleh memaksa andai Kira enggan ceritakan apa yang berlaku sebenarnya, cukuplah Kira sudah pulang dengan selamat.

"Bukan pada saya yang patut awak berjanji El, but Edan." Kata Am. Kira terdiam, dia tahu tetapi rasanya dia juga masih terkejut dengan berita tersebut dan tidak menyangka yang Miran itu adalah adiknya dan ayahnya yang disangka sudah mati rupanya masih hidup. Sebut pasal Miran, kenapa tidak nampak kelibat lelaki itu hari ini. Di rumah tiada, di agensi pun tiada. Kira tertanya-tanya.

"Er.. Am. Nak tanya sikit boleh?." Soal Kira teragak-agak.

"Tanya apa?." Soal Am sambil menyemak fail client di tangan.

"Mana Miran? Tak nampak dia hari ni. Di rumah tak ada, di pejabat pun tak ada." Soal Kira berbaur bimbang. Am yang sedang menyemak fail terus mendongak memandang Kira dengan dahi berkerut.

"Pelik ni, tak pernah-pernah tanya pasal Miran. Tiba-tiba pula tanya. Ada apa-apa ke?." Soal Am sambil fail di tangan diletakkan kembali di atas meja. Kira buat-buat terkejut.

"Eh, mana ada apa-apa!. Saya tanya je sebab tak nampak dia pagi ni. Tak pe lah Am, kalau tak ada apa-apa saya keluar dulu la ya." Kata Kira dan kemudian tanpa pamitan terus Kira keluar dari pejabat Am. Am pandang Kira keluar dari pejabatnya hinggalah Kira duduk di kerusi mejanya. Kepala digeleng perlahan.

"Ish, macam-macam lah kau ni El.. Jangan cari pasal El.. Edan tu bukan boleh dijangka." Kata Am sendiri.

+++

'Tok tok tok'

"Masuk." Suara Tuan Farokh berbunyi dari dalam. Kasturi menolak daun pintu pejabat Tuan Farokh lalu dia melangkah masuk.

"Edan, have a seat." Kata Tuan Farokh.

"Terima kasih Tuan." Balas Kasturi sambil melabuhkan duduk di kerusi di hadapan Tuan Farokh.

"Macam mana dengan keadaan Kent?." Soal Tuan Farokh.

"Pembedahan berjaya cuma Kent masih belum sedarkan diri dan dia masih dalam unit rawatan rapi, Tuan." Kata Kasturi. Tuan Farokh anggukan kepalanya.

"Semoga Kent kuat semangat dan kembali pulih seperti biasa." Kata Tuan Farokh.

"In sha Allah, Tuan." Kata Kasturi pula.

"Tuan, ini laporan yang Tuan perlukan." Kata Kasturi sambil menghulurkan fail putih pada Tuan Farokh. Fail disambut dan diteliti dan diletakkan di atas meja.

"Black sudah berjaya diberkas, jadi sekarang kita perlu tumpukan perhatian untuk mengesan kedudukan Tatoo pula. Dia dipercayai sedang menyembunyikan diri setelah Black berjaya ditangkap. Saya mahu awak dapatkan seberapa banyak maklumat yang ada supaya Tatoo dapat ditangkap dengan segera sebelum senjata api yang dia miliki diedar ke pasaran gelap." Kata Tuan Farokh panjang lebar.

"Baik Tuan." Kata Kasturi.

"Oh, hampir terlupa pula saya." Kata Tuan Farokh.

"Seperti yang sudah saya jangka, orang yang menjadi dalang dalam operasi awak dan team sebelum ini bukanlah orang yang seperti disyaki selama ini." Kata Tuan Farokh sambil menyerahkan fail coklat bertulisan merah pada Kasturi. Kasturi sambut fail tersebut.

"Cuba awak baca." Kata Tuan Farokh. Kasturi membuka helaian fail di tangan. Senyum senget dipamer.

"Ya, Tuan Mazlan bukanlah orangnya. He has been trapped." Kata Tuan Farokh lagi.

"But, by who?." Soal Kasturi tidak percaya. Fail di tangan diselak lagi.

"Suzy?." Soal Kasturi tidak sangka.

"Yup, Suzy. Wartawan bebas yang selalu mendapatkan berita-berita sensasi dari pihak polis." Kata Tuan Farokh. Tergambar riak terkejut di wajah Kasturi.

"Tapi kenapa? Bukankah dia dan Tuan Mazlan berhubung baik?." Soal Kasturi pelik. Tuan Farokh tarik nafas panjang.

"Saya pun susah nak percaya tetapi orang perempuan ni kalau dah cinta ditolak, macam-macam mereka boleh buat. Kadang-kadang yang tidak terjangkau oleh fikiran kita yang lelaki ni." Kata Tuan Farokh bersama gelengan kepala. Kasturi masih samar-samar dengan kata-kata Tuan Farokh. Fail di tangan diletak di atas meja.

"Maksud Tuan?." Soal Kasturi inginkan kepastian.

"Selama ini Suzy menaruh hati pada Tuan Mazlan tetapi Tuan Mazlan hanya anggap Suzy tidak lebih daripada rakan. Jadi.." Tuan Farokh tidak habiskan ayatnya. Kasturi kerut kening.

"Tapi macam mana Suzy boleh bertindak sejauh ni? Dan yang menjadi mangsa saya dan team?!." Soal Kasturi tidak puas hati. Tuan Farokh angguk walaupun perit untuk akui kenyataan tersebut.

"Jadi di mana Suzy sekarang?." Soal Kasturi.

"D9 IPK Perlis sudah dapat menahan Suzy yang cuba untuk melarikan diri ke sempadan." Balas Tuan Farokh.

+++

Kasturi melabuhkan duduk di kerusi di dalam pejabatnya. Fail yang diserahkan oleh Tuan Farokh diteliti, alangkah baiknya kalau Kent ada bersama dengannya pada waktu ini. Baru sebentar tadi dia mendapat panggilan telefon dari Aniq yang sudah pun dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Kent sudah sedarkan diri cuma masih lemah. Ingin sahaja dia ke sana waktu ini untuk berjumpa sahabatnya itu. Batang hidung dipicit, tiba-tiba pula kepala rasa pening. Tubuh dibawa menyandar ke belakang. Tiba-tiba telefon talian tetap di atas meja berdering. Ganggang diangkat.

"Assalamualaikum Tuan." Suara anggota di sebelah sana menyapa.

"Ya, waalaikumsalam." Balas Kasturi.

"Tuan, ada seorang perempuan mahu berjumpa dengan Tuan." Kata anggota tersebut.

"Perempuan? Siapa?." Soal Kasturi pelik.

"Dia tak nak bagitahu nama jadi saya tak benarkan dia masuk tapi dia masih ada di luar Tuan, di taman tempat menunggu di luar bangunan." Kata anggota tersebut. Kasturi kerut kening.

"Tapi macam mana dia boleh masuk sampai dalam sini?." Soal Kasturi pelik.

"Yang tu saya tak pasti Tuan sebab dia ada pakai tag pintu utama." Kata anggota itu lagi.

"It's okay. Bagi detail perempuan tu." Pinta Kasturi. Setelah anggota tersebut beri butiran fizikal dan warna serta jenis pakaian dipakai perempuan tersebut, Kasturi meletakkan panggilan. Walaupun hati rasa tidak sedap, dia perlu berjumpa juga dengan perempuan tersebut. Jika tidak penting, sudah tentu dia tidak akan datang mencarinya di tempat kerja dan bukan semua orang boleh sampai ke dalam sini.

Setelah sampai di tingkat bawah, kaki diatur ke bahagian tepi bangunan berhampiran taman. Dari jauh, orang yang dicari sudah berjumpa. Kasturi perlahan hampiri seorang perempuan yang sedang berdiri membelakanginya. Sekali pandang seperti kenal.

"Cik." Sapa Kasturi. Perempuan yang berdiri di hadapan Kasturi menoleh dan tanpa beragak.

'Pang!'

Terteleng pipi Kasturi menerima tamparan tidak diduga. Terdiam dia seketika kerana terkejut.

(23/05/2021 @ 2215hrs)

Share this novel

eida chezam
2021-06-11 00:43:24 

dh lama fifi x update .

Nor Azlina
2021-06-04 13:27:20 

haaa sapa perempuan tuu.update pless


NovelPlus Premium

The best ads free experience