Bab 23

Romance Series 548166

*WARNING* apa yang terkandung dalam cerita ini hanyalah imaginasi penulis sahaja. Tiada kena-mengena dengan mana-mana orang atau organisasi!

"Tempat sayang kerja bukan syarikat security tapi sebenarnya sebuah syarikat yang merupakan kontraktor yang dilantik untuk melaksanakan tugas yang berkepentingan pada kerajaan termasuk juga orang perseorangan tetapi memerlukan kelulusan dari pihak tertentu." Terang Kira.

"Like what?." Soal Kasturi. Kira pandang wajah Kasturi. Payah untuk dia terangkan.

"You mean, like mercenaries?." Kata Kasturi.

"Hm.. Sort of.." Balas Kira.

"So.. That's mean Mr. K the boss to this agency?." Soal Kasturi lagi. Kira angguk. Tiba-tiba raut wajahnya berubah beku.

"And that man also withdraw the task that they give to me." Kata Kira geram.

"Why?." Soal Kasturi pura-pura.

"Ish, mana sayang tau! Suka hati dia je nak tarik balik." Marah Kira lalu dilentukkan kepalanya di dada Kasturi. Kasturi simpan senyum lalu dilabuhkan cium pada dahi Kira.

"There must be a reason why he did that." Kata Kasturi. Kira tidak membalas, dia hanya diam sambil jemarinya bermain-main di dada Kasturi.

"Sayang pernah berjumpa dengan Mr. K? Or.. his late father?." Soal Kasturi inginkan kepastian. Kira geleng.

"Hanya Encik Am dan Encik Burn saja yang berurusan dengan mereka." Balas Kira.

"Are you happy with your current job?" Soal Kasturi lagi. Kira angguk bersama senyuman besar terukir di wajah. Kasturi angguk lalu tubuh Kira dibawa ke dalam pelukannya.

"Tapi.. Sayang tak rasa kerja ni bahaya dan berisiko?." Soal Kasturi. Belakang Kira diusap lembut.

"Kerja apa pun ada risiko.. Tapi sayang suka dengan apa yang sayang lakukan sekarang." Balas Kira lalu dia duduk tegak dan pipi kanan dan kiri Kasturi dicium sekilas.

+++

"Abang hantar sayang ke pejabat." Kata Kasturi sebaik cawan kopi panas diletakkan kembali di atas piring. Kira yang sedang menikmati sarapan pagi dipandang.

"Tak susah ke?." Soal Kira.

"Nope." Balas Kasturi sepatah lalu dia bangun membawa cawan ke sinki. Kemudian keduanya terus melangkah keluar untuk ke tempat kerja.

Kasturi melolos masuk ke keretanya dan enjin dihidupkan. Kemudia dia keluar semula dari perut kereta. Sewaktu Kira menarik daun pintu kereta tiba-tiba datang dua lelaki tinggi lampai berkemeja dan berjaket datang menyapa Kasturi. Kira tidak jadi untuk masuk ke dalam kereta. Dua lelaki tadi diperhatikan. Tidak nampak seperti polis kerana yang seorang tu rambut panjang tetapi rambutnya diikat ekor kuda manakala seorang lagi potongan rambutnya tidak menampakkan seperti anggota atau pegawai polis walaupun pendek. Kedua lelaki itu hanya angguk hormat pada Kira sebelum menyapa Kasturi.

Kira hanya membalasnya dengan senyuman nipis dan sewaktu lelaki bertocang itu sedikit tunduk tadi, dia terpandangkan 'button clip' yang melekat pada bahagian tengah antara butang baju kemejanya. Kira seperti pernah melihatnya sebelum ini. Jika tidak salah pada pandangan matanya 'button clip' tersebut seakan sama dengan yang digunakan oleh agensinya. 'Button clip' tersebut hanya digunakan jika seseorang agent itu dalam misi. Ini adalah sebagai pengenalan diri kerana pada 'button clip' tersebut mengandungi cip personel agent yang memakainya dan juga GPS tracker. Takkanlah..

"Sir." Sapa dua lelaki tadi pada Kasturi yang berada di sisi pintu pemandu.

"Sayang masuk dulu." Kata Kasturi. Walaupun teragak-agak, Kira melolos masuk juga di dalam kereta. Dari dalam kereta dia tidak dapat mendengar apa yang dibualkan oleh Kasturi bersama dua orang tadi. Berkerut-kerut dahi Kira kerana cuba memikirkan siapa dua lelaki itu.

"Mr. K, Encik Burn send us to you." Kata lelaki yang bertocang itu.

"I'm Reno and this Hud." Kata Reno bersama salam dihulur. Kasturi sambut salam kedua mereka.

"Now, we are assigned directly under you." Kata Hud pula.

"Let me call Burn first." Kata Kasturi lalu telefon dalam poket dikeluarkan dan nombor Burn didail bersama kaki melangkah menjauhi sedikit dari kedua mereka. Tidak lama panggilan dijawab.

"Hello Burn." Kata Kasturi.

"Yup, Edan. Reno dengan Hud dah sampai?." Soal Burn.

"Dah." Balas Kasturi sambil mata memandang ke arah kedua lelaki tadi.

"Mereka tu antara ejen terbaik agensi. Kau boleh arahkan apa saja. They under your control." Kata Burn.

"Hm.. Kau rasa aku perlu ke semua ni?." Soal Kasturi.

"Memang perlu dan aku rasa, aku kena jumpa kau." Kata Burn, terselit nada bimbang pada suara itu.

"Lunch?." Soal Kasturi.

"Aku datang ambil kau." Kata Burn.

"Okay." Balas Kasturi lalu talian dimatikan. Kasturi kemudian berjalan menghampiri kedua lelaki tadi.

"Let's go." Kata Kasturi lalu pemegang pintu dicapai dan dia terus melolos masuk. Kira toleh pandang pada Kasturi.

"Siapa tu?." Soal Kira. Kedua lelaki yang berjalan ke arah kereta hitam berhampiran pagar dipandang.

"My friends." Balas Kasturi pendek. Kira kerut dahi. Tak macam kawan pun.. Kira pandang Kasturi lagi. Kasturi pandang Kira sekilas sebelum dia memulakan pemanduan hingga keluar dari perkarangan rumah. Kira pandang ke belakang dan dapati kereta yang dipandu lelaki tadi mengekori mereka dari belakang. Kira pandang Kasturi.

"Why they following us?." Soal Kira. Dia toleh lagi ke belakang.

"Nothing, you just do not worry." Balas Kasturi yang masih menumpukan perhatiannya pada jalanraya di hadapan. Tidak berapa lama, kereta dipandu Kasturi sampai di hadapan bangunan tempat kerja Kira.

"You want me to send you upstairs?." Soal Kasturi sambil tubuh dipusingkan mengadap Kira. Laju Kira geleng bersama beg disangkut di bahu. Pipi Kasturi disapa sekilas.

"Eh, tak apa. Sayang boleh naik sendiri." Balas Kira sambil daun pintu ditolak dan dia melolos keluar. Daun pintu ditutup dan dia terus melangkah masuk ke dalam bangunan. Apabila Kasturi melihat Kira sudah masuk ke dalam bangunan, barulah dia meninggalkan kewasan tersebut.

+++

"Edan." Sapa Kent sebaik pintu pejabat Kasturi ditolak. Kasturi yang baru melabuhkan duduk di atas kerusi kerjanya memandang Kent tajam.

"Okay.. Okay.. Sorry." Kata Kent lalu dia keluar semula dan pintu pejabat Kasturi ditutup rapat.

'Tok tok tok'

Tidak lama pintu pejabat ditolak. Tegak Kasturi memandang Kent.

"Aku dah ketuk kan?." Kata Kent sambil dilabuhkan duduk di kerusi di hadapan Kasturi.

"Ada aku cakap 'masuk' ke?." Soal Kasturi. Kent sudah buat muka. Biar betul dia ni..!

"Takkan kau nak aku keluar balik kot?." Soal Kent cuak. Kasturi buat tidak peduli. Tangannya terus mengambil fail yang dibawa dari rumah tadi.

"Ish.. Tak kisahlah. Ni aku nak tanya. Kereta adik aku bila kau nak hantar? Kalau dah susah sangat, balik nanti aku ikut kau balik sekali ambil kereta." Kata Kent. Kasturi yang tadi sibuk dengan fail di tangan terus tertegak memandang Kent. Tangan naik garu dahi tidak gatal. Aduh.. Macam mana boleh lupa pasal kereta adik Kent ni..

"Yang kau senyap je ni kenapa?." Soal Kent. Wajah Kasturi dipandang.

"Kereta adik kau tak ada." Balas Kasturi.

"Tak ada? Macam mana boleh tak ada?." Soal Kent pelik.

"Terbakar." Balas Kasturi sepatah. Bulat mata Kent memandang Kasturi.

"Kau jangan main-main." Kata Kent sambil ketawa perlahan dan tubuh disandarkan ke belakang. Kasturi tidak membalas. Kent duduk tegak semula. Rambut diraup kasar.

"Kau biar betul ni?!." Soal Kent tidak percaya.

"I'm not kidding." Balas Kasturi. Terkebil-kebil mata Kent seakan tidak percaya. Terdiam dia seketika.

"Kebakaran di rumah Kira?." Soal Kent. Kasturi angguk lalu tangannya kembali menyemak fail.

"Nanti aku uruskan. Sorry.." Kata Kasturi.

"It's okay, nak buat macam mana. Benda dah nak jadi" Kata Kent. Nafas panjang dihela.

"Yang kau ni, pagi-pagi dah datang pejabat aku ada apa?." Soal Kasturi.

"Hah, lupa pula aku. Jam sepuluh ni ada metting pasal operasi bersepadu tu." Kata Kent. Kasturi angguk.

"Okay. Thanks Kent and sorry again." Kata Kasturi.

"Dah la, perkara dan nak jadi. Aku balik pejabat dulu. Jumpa jam sepuluh nanti." Kata Kent lalu dia bangun dan berjalan menuju ke arah pintu pejabat. Daun pintu ditarik dan tubuhnya hilang di sebalik pintu. Kasturi sandar tubuh ke belakang. Sungguh dia lupa pasal kereta adik Kent. Telefon dicapai lalu nombor Burn dihubungi.

+++

"Malam ini jam dua puluh hours semua dikehendaki berada di sini untuk taklimat akhir sebelum ke lokasi dan semua mesti sudah siap sedia lengkap bersenjata. Operasi kali ini akan dibantu oleh anggota dan pegawai dari IPK Selangor. Saya harap, semuanya berjalan lancar." Kata Tuan Azlan yang berada di hujung meja mengakhiri mesyuarat.

"Baik Tuan." Balas semuanya hampir serentak.

"Kalau tak ada soalan, boleh bersurai." Kata Tuan Azlan.

"Terima kasih Tuan." Balas pegawai dan anggota yang berada di dalam bilik mesyuarat sambil bangun mahu meninggalkan kerusi masing-masing. Kasturi dan Kent yang berada di kanan Tuan Azlan turut berbuat demikian.

"Edan, Kent." Panggil Tuan Azlan. Kasturi dan Kent yang baru mahu melangkah meninggalkan bilik mesyuarat berhenti melangkah dan memusing kembali ke arah Tuan Azlan.

"Ya, Tuan." Kata Kasturi dan Kent.

"Saya harapkan semoga operasi malam ni berjalan lancar dan berjaya." Kata Tuan Azlan.

"In Sha Allah Tuan." Balas Kasturi.

"Lagi satu. Macam mana dengan tawaran tu?." Soal Tuan Azlan. Kent pandang Kasturi. Kent dapat agak apa jawapan Kasturi.

"Maaf Tuan, saya terpaksa tolak tawaran tu." Kata Kasturi. Tuan Azlan pandang lama wajah Kasturi.

"Awak Kent?." Soal Tuan Azlan pada Kent pula. Kent senyum senget. Tuan Azlan geleng kepala perlahan sambil dia bangun dari kerusi.

"Saya faham." Balas Tuan Azlan sambil kepala diangguk.

+++

"Kent." Panggil Kasturi pada Kent yang sedang berjalan di sisinya. Kent toleh.

"Kenapa?." Soal Kasturi. Kent berhenti melangkah.

"Kau tau kan kenapa." Balas Kent.

"Tapi kau boleh je terima tawaran tu." Kata Kasturi. Rasa bersalah pula pada Kent.

"Aku selesa dengan kau Edan. Lagipun aku sekarang tinggal dua beradik je, kalau jadi apa-apa pada aku di sana nanti. Siapa nak tengok-tengokkan adik aku di sini. Ayah aku dah lama meninggal, mak aku pula baru meninggal tahun lepas. Itu pun aku tak sempat nak balik." Luah Kent.

"Biarlah aku tumpukan pada adik aku. Kalau dia dah kahwin tak apa. Suami boleh jaga." Tambah Kent lagi. Kasturi hanya diam tidak membalas.

"Dah la, tak payah fikir sangat. Bagi peluang pada orang baru. Biar diaorang ambil pengalaman pula." Kata Kent. Bahu Kasturi ditepuk perlahan sebelum dia meninggalkan Kasturi di hadapan pejabatnya.

"Kent." Panggil Kasturi. Kent toleh.

"Thanks bro." Ucap Kasturi.

"Kau hutang aku lunch seminggu." Balas Kent sambil ketawa. Kasturi angkat tangan tunjuk tanda OK sebelum dia melangkah masuk ke dalam pejabatnya.

Baru sahaja Kasturi mahu labuhkan duduk, telefonnya yang berada di atas meja berbunyi. Skrin dipandang, Burn. Icon hijau digesek.

"Burn." Sapa Kasturi.

"Aku kat bawah ni. Lunch." Kata Burn. Kasturi tidak jadi duduk. Terus tegak tubuhnya. Jam di pergelangan tangan ditilik. Dah pukul satu?

"Okay. Aku turun." Kata Kasturi lalu talian dimatikan.

+++

"El." Panggil Sara pada Kira. Kira yang masih ralit memandang pada monitor komputernya tidak membalas. Entah apa dipandang pun tidak pasti, skrin monitornya gelap sahaja.

"El.." Panggil Sara lagi. Sudahnya Sara bangun menghampiri meja Kira.

"El." Panggil Sara bersama petikan jari di depan muka Kira. Terkelip-kelip mata Kira memandang Sara.

"Kau menung apa? Aku panggil pun tak dengar." Kata Sara. Kira tarik tangan Sara supaya duduk di hadapannya.

"Eh, office kita ni ada CCTV kan?." Soal Kira.

"Kau ni.. Macam baru kerja pula. Takkan tak tau, CCTV penuh luar dalam." Kata Sara dengan wajah pelik.

"Kita boleh akses kan?." Soal Kira dengan wajah teruja.

"Boleh.. cuma yang tak boleh laluan terus dari basement ke pejabat Encik Am dengan CCTV dalam pejabat dia. Lain semua boleh akses." Balas Sara. Terus berubah wajah Kira.

"Eh, yang kau tiba-tiba cakap pasal CCTV ni dah kenapa?." Soal Sara pelik.

"Aku nak tengok muka Mr. K tu.." Balas Kira. Terus bersinar mata Sara.

"Eh.. Aku ingat aku seorang je yang teringin nak tengok." Kata Sara.

"Tapi kita tak de akses untuk CCTV kat laluan ke pejabat Encik Am." Balas Kira muncung.

"Iya la.." Sara mengiyakan. Tiba-tiba terdengar suara Dell dan Shah yang baru melangkah masuk ke pejabat. Kira dan Sara saling pandang memandang. Dell..

(18/02/2021 @ 0040hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience