Bab 38

Romance Series 548166

"Sayang masuk. Mandi, rehat. Abang nak ke pejabat." Kata Kasturi sebaik kereta dipandu Hud berhenti di hadapan pintu rumah.

"Abang nak ke pejabat? Pejabat mana satu?." Soal Kira. Tercetus ketawa kecil dari bibir Kasturi. Iyalah, lupa. Dia ada dua pejabat.

"Bukit Aman. Abang ada kerja nak siapkan." Kata Kasturi.

"Okay." Balas Kira lalu kekura tangan kanan Kasturi diciumnya. Kasturi menarik wajah Kira rapat padanya lalu ubun-ubun Kira dicium lama.

"Reno will stay with you and Miran too." Kata Kasturi pada Kira. Kira angguk lalu daun pintu ditolak dan dia melolos keluar.

"Reno, don't leave Kira alone. Anything, call me A.S.A.P. and call Miran to come here too." Pesan Kasturi.

"Okay, Sir." Balas Reno lalu dia melolos keluar.

"Hud, let's go." Kata Kasturi.

"Yes, Sir." Balas Hud lalu kereta perlahan dipandu keluar dari perkarangan rumah. Kira melambai pada Kasturi hingga kereta dinaiki lelaki itu hilang dalam pandangan.

+++

"Edan." Panggil Kent sebaik melihat Kasturi melangkah masuk ke arah bilik soal siasat lokap Bukit Aman.

"Hm.. Macam mana?." Soal Kasturi.

"OKT satu lelaki Sarawak nama Bhadif, umur tiga puluh tiga tahun, duda tiada anak, sepuluh rekod lampau, jenayah dan dadah." Kata Kent sambil membaca fail yang ada di tangannya.

"OKT tak mahu bercakap selagi tak jumpa kau." Kata Kent sambil fail di tangan ditutup. Kasturi angguk lalu dia melangkah masuk ke dalam bilik soal siasat. Lelaki yang tangannya bergari di meja stainless steel mendongak apabila mendengar pintu dibuka. Kasturi berjalan menghampiri meja tersebut dan terus berdiri tegak memandang lelaki tadi.

"Ada apa kau nak jumpa aku?." Soal Kasturi.

"Tuan Edan Kasturi?." Soalan Kasturi tidak dibalas sebaliknya Kasturi pula disoal.

"Mana kau tau nama aku?." Soal Kasturi.

"Er.. Saya dengar boss kepada boss saya ada sebut nama Tuan." Balas Bhadif. Berkerut dahi Kasturi.

"Boss kepada boss?." Soal Kasturi ingin tahu.

"Boss saya orang panggil Black tapi boss kepada boss, saya tak tau nama tapi boss saya panggil dia.." Tidak sempat habis ayat ditutur Bhadif, Kasturi menyampuk.

"Tatoo?." Soal Kasturi.

"Ya.. Ya.. Ya.." Laju Bhadif angguk. Terketap gigi Kasturi. Tidak silap lagi, memang Farish!

"Ada apa nak jumpa aku?." Soal Kasturi lalu dilabuhkan duduk.

"Saya boleh bagi kerjasama tapi.. tapi.. Saya perlukan bantuan Tuan." Kata Bhadif.

"Apa maksud kau?." Soal Kasturi.

"Nasib saya sama saja Tuan, kalau saya terlepas saya mati kalau saya masuk penjara pun saya mati." Kata Bhadif.

"Orang-orang Tatoo ada di mana-mana saja Tuan. Di luar mati di dalam pun saya mati. Tak ada pun." Tambah Bhadif lagi.

"Saya cuma nak minta Tuan asingkan saya di dalam penjara sahaja, boleh tak?." Soal Bhadif. Kasturi ketawa.

"Besar permintaan tu. Apa aku dapat kalau aku bantu kau?." Soal Kasturi sambil kerusi ditarik dan dilabuhkan duduk.

"Saya ada simpan rakaman video perbualan Black dengan Tatoo tentang arahan untuk tembak isteri Tuan, El." Kata Bhadif. Terus tertegak duduk Kasturi apabila mendengar ayat tersebut.

"Mana kau tahu nama isteri aku hah!?." Soal Kasturi. Kolar baju lokap warna oren dipakai Bhadif dicekak kuat. Tercekik Bhadif bila Kasturi tarik dia begitu.

"Sa..sa..saya dengar Tatoo yang sebut. Dia..dia cakap, El tu girlfriend adik dia dan Tuan yang rampas." Balas Bhadif tergagap.

"Huh! Tak guna kau Farish!." Marah Kasturi bersama baju Bhadif dilepas kasar.

"Mana rakaman tu?." Soal Kasturi. Tinggi suaranya.

"Saya dah send pada satu lagi telefon saya. Telefon yang sekarang saya dah buang sebab saya takut Black atau Tatoo tau." Balas Bhadif sangkut-sangkut.

"Mana kau buang telefon tu?." Soal Kasturi. Wajah Bhadif dipandang tanpa berkelip mata. Penjenayah begini bukan boleh dipercayai sangat!

"Longkang besar, masa kejadian tembak-menembak hari tu." Kata Bhadif. Kasturi pandang Bhadif, kecil sahaja dia nampak. Rasa macam mahu dipicit-picit sahaja.

"Mana kau simpan telefon satu lagi?." Soal Kasturi.

"Saasaaya..." Balas Bhadif tergagap.

"Mana telefon satu lagi tu?!." Tengking Kasturi bersama dengan itu gari ditekan kuat hingga ketat menjerut pergelangan tangan. Kuat Bhadif mengaduh.

"Arghh.. Sakit Tuan." Jerit Bhadif.

"Aku tanya jawab cepat!." Keras suara Kasturi membalas.

"Ada.. Ada.. Ada dalam peti simpan barang dalam satu pasaraya." Balas Bhadif.

"Pasaraya mana? Cakap biar habis boleh tak!." Tengking Kasturi yang sudah berdiri. Hilang sabar dia nanti ada juga yang hilang gigi!

"TESCO, TESCO Extra Ampang." Balas Bhadif pantas. Tanpa balasan Kasturi terus keluar dari bilik soal siasat.

"Tuan! Tuan!." Panggil Bhadif.

"Edan." Sapa Kent sebaik Kasturi melangkah ke arahnya.

"Kau percaya ke apa OKT tu cakap?." Soal Kent. Kasturi tidak membalas sebaliknya dia memandang tepat pada Bhadif yang berada di sebalik cermin pandang sehala. Lelaki itu sedang cuba untuk melonggarkan gari yang ketat pada pergelangan tangannya tetapi tidak berjaya, sebaliknya menjadi semakin ketat.

"Tuan! Tuan!." Jerit Bhadif kuat.

"Tuan! Sakit la tangan ni!." Jerit Bhadif lagi.

"Kau rasa?." Soal Kasturi sambil menoleh pada Kent.

"Aku takut ni perangkap Dan." Kata Kent.

"Kau kena tanya Tuan Farokh dulu, kalau ni kes kita tak apa. Kes ni Tuan Farokh yang ambil alih lagipun nak bawa keluar OKT kes senjatapi macam ni, risiko tinggi Dan." Kata Kent. Kasturi hela nafas kasar. Lama dia berfikir.

"Aku tau cara untuk kita dapatkan telefon tu tanpa perlu bawa keluar OKT." Kata Kasturi. Kent kerut kening.

"Macam mana?." Soal Kent. Kasturi senyum nipis lalu dia melangkah masuk ke dalam bilik soal siasat semula lalu membisikkan sesuatu pada Bhadif dan tidak lama dia keluar semula. Berubah wajah Bhadif, pucat jadinya. Kent hanya memandang pada Kasturi. Entah apa yang dibisikkan pada OKT tidak pula dia tahu kerana tidak dengar.

"Kau cakap apa pada OKT sampai muka dia jadi macam tu?." Soal Kent. Kasturi tidak membalas, dia hanya senyum senget.

+++

"Kau pasti ke dengan apa yang kau buat ni?." Soal Kent pada Kasturi yang sedang memakai baju kalis peluru.

"Try and error." Balas Kasturi. Lengan Kasturi disambar Kent.

"Kalau betul ni perangkap Farish macam mana?." Soal Kent bimbang. Kasturi angkat kening.

"Kau kan ada, lagi pun budak-budak kita pun ikut sama." Balas Kasturi selamba.

"Dah lah, jangan fikir sangat." Kata Kasturi lalu bahu Kent ditepuk perlahan.

"Edan, Kent." Sapa Tuan Farokh. Kasturi dan Kent berdiri tegak tanda hormat pada DSP Farokh.

"Tuan." Balas Kasturi dan Kent serentak pada DSP Farokh.

"Dah ready?." Soal Tuan Farokh.

"In sha Allah Tuan." Balas Kasturi. Kent pula hanya angguk.

"The raid team to the weapons location was also ready. I expect a good news from both of you and good luck." Kata Tuan Farokh lagi.

"Thank you Sir." Balas Kasturi dan Kent serentak lalu kedua mereka terus berjalan ke arah kenderaan yang sudah sedia menanti mereka.

"Edan." Panggil Kent sebaik Kasturi melolos masuk ke dalam kenderaan. Kasturi toleh pada Kent.

"What?." Soal Kasturi. Tergambar riak bimbang pada wajah Kent. Kent hanya diam memandang Kasturi.

"Kita dah dapatkan kunci dengan nombor lokar tu kan, yang penting sekarang kita tengok dalam lokar tu samada betul atau tidak seperti apa yang Bhadif beritahu." Kata Kasturi.

"Tapi kau tak rasa pelik ke, macam mana Bhadif boleh dapat semua rakaman berkaitan kegiatan seludup senjatapi Farish tu? Siap bagi location lagi." Soal Kent. Kasturi buang pandang ke luar kereta. Dia tidak tahu samada betul atau tidak bahawa selain dari rakaman tentang arahan bunuh Kira terdapat juga rakaman mengenai kegiatan seludup senjatapi oleh Farish. Jika benar, Farish akan berdepan dengan hukuman berat dan mustahil untuk dia keluar dari penjara. Jika serbuan mereka berjaya, Farish akan jadi orang buruan selepas ini. Dia tak mungkin dapat melarikan diri lagi. Sebelum ini, tiada bukti kukuh untuk mendakwa Farish, hanya orang bawahannya sahaja yang dihukum. Dengan apa yang ada sekarang, Farish tak akan boleh ke mana-mana lagi.

"Tuan, ada yang follow." Kata Detektif Vasu yang sedang memandu. Terus tertoleh ke belakang Kasturi dan Kent.

"Just drive and be careful." Kata Kasturi. HKMP5 yang bersilang di dada siap dicekah, menanti masa sahaja untuk memuntahkan peluru. Kent juga begitu.

"Alpha empat dari Alpha satu, panggilan." Kasturi berinteraksi dengan pasukannya.

"Alpha satu go ahead berita."

"Alpha empat. Dua suspek menaiki motokar hitam nombor pendaftaran Wisky Charlie tiga enam dua empat Bravo berada dijam sembilan kenderaan alpha satu. Standby untuk bertindak." Kata Kasturi.

"Roger, terima Alpha satu."

'Thud Thud Thud'

"Tak guna! Aku dah agak." Kata Kent sambil cermin tingkapnya diturunkan sedikit dan muncung HKMP5 dikeluarkan untuk membidik sasaran.

Belum sempat Kasturi dan Kent membalas serangan, kereta tadi telah laju memandu pergi apabila kenderaan mereka dihimpit oleh kenderaan dari team Alpha empat hingga memaksa mereka memandu pergi dan kenderaan suspek terus diekori team Alpha empat.

Kasturi dan Kent memandang ke belakang bagi memastikan mereka tidak diekori. Kent pandang Kasturi. Kasturi angguk.

"Vasu, put the siren." Arah Kent.

"Okay Sir." Balas Detektif Vasu lalu siren berwarna biru dikeluarkan dan diletakkan di hadapan dashboard lalu dinyalakan dan siren dibunyikan. Serta merta jalan di hadapan mereka kosong. Tidak sampai sepuluh minit, mereka sampai di pasaraya TESCO Extra Ampang.

Siren dan lampu biru tadi sudah dioffkan sebelum masuk ke kawasan pasaraya. Mereka tidak mahu orang awam panik dengan kehadiran mereka. Pada mulanya, Kasturi hanya mahu dia berdua bersama Kent sahaja yang datang mengambilnya tetapi Tuan Farokh tidak benarkan kerana bimbang akan keselamatan mereka. Jadi terpaksalah menggunakan khidmat eskot dari anggota peronda. Sebaik sampai, Kasturi bersama Kent dengan dieskot oleh beberapa anggota kereta peronda yang memakai uniform terus ke tempat lokar simpanan barang berhampiran tandas. Setelah pasti nombor lokar sama seperti yang tertera pada kunci, Kasturi perlahan memasukkan kunci pada tempatnya dan

'Tap'

Pintu lokar terbuka sedikit. Setiap tindakannya dirakam dengan bodycam yang dipakai pada dada. Dengan berhati-hati daun pintu lokar ditarik. Di dalamnya terdapat sebuah telefon bimbit. Perlahan Kasturi mengambil telefon tersebut dan ternyata jenama, warna dan juga tanda-tanda fizikal pada telefon tersebut sama seperti yang dinyatakan Bhadif. Telefon tersebut terus dimasukkan ke dalam beg berlambang PDRM dan terus dibawa keluar dari pasaraya.

"Alpha satu dari Alpha empat, panggilan."

"Alpha empat go ahead."

"Roger Alpha satu, untuk makluman suspek telah berjaya diberkas dan sedang diproses untuk dibawa balik bersama rampasan."

"Roger Alpha empat, berita terima."

"Vasu, RTB (Return To Base)." Kata Kasturi.

"Okay Sir." Balas Vasu lalu pedal ditekan. Turut sama waktu itu sebuah kereta peronda yang mengiringi kenderaan dinaiki mereka hinggalah sampai ke Bukit Aman kembali.

+++

"Syamill, take this." Kata Kasturi pada Syamill lalu menyerahkan beg yang mengandungi telefon bimbit milik Bhadif pada Syamill untuk diproses.

"Tuan." Sapa Kasturi dan Kent pada Tuan Farokh.

"Dah proses?." Soal Tuan Farokh.

"Baru nak mula Tuan." Balas Kasturi. Syamill pula ligat tangannya berlari di atas keyboard dan tidak berapa lama, tertera di skrin beberapa rakaman termasuk audio.

"Tuan, nak saya mainkan rakaman ni?." Soal Syamill. Tuan Farokh angguk. Apa yang Bhadif katakan semangnya benar, terdapat rakaman arahan bunuh terhadap Kira dan juga rakaman Farish sedang berurus niaga dengan pembeli serta rakaman di gudang senjatanya.

"Good job." Kata Tuan Farokh bersama senyuman di bibir.

"Siapkan laporan mengenai rakaman ni dan hantar pada saya." Tambah Tuan Farokh lagi.

"Kalau tak ada apa-apa, saya gerak dulu." Kata Tuan Farokh. Syamill terus berdiri tegak tanda hormat apabila Tuan Farokh melangkah keluar dari bilik operasi/ teknikal.

"Syamill, awak burn beberapa salinan ke dalam CD dan serah pada saya dua salinan. Satu untuk Tuan Farokh dan satu untuk simpanan saya." Kata Kasturi.

"Baik Tuan." Kata Syamill lalu dia melabuhkan duduk.

"Edan, kau nak tunggu sini ke?." Soal Kent pada Kasturi.

"Yup, aku nak tunggu salinan CD." Balas Kasturi.

"Ala, sekejap lagi Syamill bagilah. Kita serah senjata dengan peralatan ni dulu lepas tu kita minum." Pujuk Kent.

"Aku dahaga ni." Tambah Kent lagi. Kasturi hela nafas panjang. Syamill yang masih meneruskan kerjanya dipandang. Hatinya rasa berat.

"Syamill, saya keluar sekejap. I'll be back in a moment." Kata Kasturi pada Syamill lalu dia beredar bersama Kent. Tidak jauh dia melangkah, Kasturi kembali pada Syamill dan tidak lama dia kembali semula pada Kent.

"Kau buat apa lagi?." Soal Kent apabila melihat Kasturi kembali pada Syamill.

"Nothing." Balas Kasturi lalu kedua mereka melolos masuk ke dalam lift dan button B2 ditekan.

Setelah senjatapi dan peralatan diserah di amra (stor senjatapi). Kasturi dan Kent terus menuju ke arah lift untuk pergi ke cafe di tingkat satu. Hampir dua puluh minit mereka berada di cafe, telefon Kasturi berbunyi. Terpapar nama Tuan Farokh. Laju jari menggesek icon hijau.

"Ya, Tuan." Sapa Kasturi.

(01/04/2021 @ 2305hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience