Bab 36

Romance Series 548166

"I know you're there." Kata Kasturi tanpa menoleh pada lelaki yang memakai topi besbol dan pelitup muka di sebalik dinding.

"You got me." Balas lelaki tadi lalu dia melangkah keluar dari persembunyiannya.

Kasturi memusingkan tubuh ke arah seorang lelaki yang sedang berjalan ke arahnya.

"I know it is you.. but how?." Soal Kasturi bersama gelengan perlahan. Tidak percaya dengan apa yang dia lihat di hadapan mata.

"Can we talk somewhere else?." Soal lelaki tadi. Kasturi angguk lalu daun pintu rintangan api ditarik. Kedua mereka melangkah keluar. Kasturi kemudian mengambil telefon bimbit dari poketnya lalu nombor Hud didail. Tidak lama panggilan disambut.

"Hud, you went back to the agency first with Reno. I have some business to take care of and no need to wait for me." Kata Kasturi lalu talian terus dimatikan tanpa sempat Hud berkata apa-apa. Hud yang berada di hadapan mini market memandang air mineral di dalam plastik yang dibelinya tadi.

"Hey, mana Mr.K.?" Soal Reno yang baru sampai. Matanya melilau ke sekeliling untuk mencari kelibat majikannya itu. Hud masih diam sambil menyimpan telefon bimbit ke dalam poket.

"Mr.K baru call. Dia minta kita balik ke agensi dan tunggu dia di sana." Kata Hud lalu membuka langkah ke arah pintu keluar. Reno yang mendengar hanya terkebil-kebil di situ. Melihat Hud yang sudah melangkah pergi, laju dia berlari mengekori dari belakang.

"Mr.K ke mana?." Soal Reno sebaik dia berjalan beriringan dengan Hud.

"Aku tak pasti. Tadi dia minta aku belikan air ni. Bila aku datang semula ke tempat tadi, Mr.K dah tiada. Lepas tu dia call aku. Dia suruh kita balik dan tak perlu tunggu dia." Terang Hud. Reno berhenti melangkah. Hatinya tidak sedap. Lalu telefon bimbit dikeluarkan dan nombor Am didail. Tidak lama talian bersambut.

"Morning Am." Kata Reno.

"Ya, morning. Pagi lagi dah call. Ada apa?." Soal Am di sebelah sana. Beg yang ada di bahu diletakkan di atas meja dan kerusi kerja ditarik untuk dia melabuhkan duduk.

"Mr.K gone!." Kata Reno.

"What?!." Soal Am. Tidak jadi dia mahu duduk apabila mendengar kata-kata Reno di sebelah sana.

"Kau cakap apa?!." Tinggi suara Am bertanya.

"Mr.K gone. Selepas minta Hud belikan air, Mr.K terus hilang tapi sebelum itu, dia ada call Hud dan minta saya dan Hud balik ke agensi. Dia ada perkara yang hendak diuruskan and no need to wait for him." Terang Reno. Hud yang tadi sudah melangkah keluar dari lobi, masuk semula apabila menyedari Reno sedang berbual di telefon.

"Perkara apa?." Soal Am bimbang.

"I don't know. He did not mention what things he wanted to deal with." Balas Reno.

"Oh! My.. Kenapa boleh tinggalkan dia macam tu?!." Marah Am. Reno diam tidak membalas.

"You two come back to the office now!." Arah Am. Lalu talian dimatikan.

"Ah! Shit!." Marah Am sambil tubuh dihempas ke kerusi.

"Kau dah kenapa pagi-pagi mengamuk macam ni?." Soal Burn yang baru masuk ke pejabat Am.

"Edan hilang." Balas Am pendek.

"What?." Soal Burn terkejut.

"Ya.. Edan is gone." Kata Am lagi. Kepala dipicit perlahan.

"Dah tu kau tunggu apa lagi?." Soal Burn yang sudah bangun berdiri semula. Am pandang Burn.

"Kau nak ke mana?." Soal Am pula.

"Find Edan. Apa lagi?." Soal Burn. Am geleng kepala.

"Kita tunggu Reno dan Hud. They are on their way here." Kata Am. Burn angguk lalu dilabuhkan duduk kembali. Burn pandang Kira yang berada di meja Sara di luar.

"El dah tau?." Soal Burn. Am yang tadi menunduk terus mendongak dan pandangan dibuang pada Kira yang berada di luar. Kepala digeleng.

"Kau.. Nak tengok El mengamuk ke?." Soal Burn.

"Kita tunggu Reno dan Hud dulu." Kata Am tanpa mengalih pandang dari Kira. Burn labuhkan duduk kembali sementara menunggu Reno dan Hud. Tidak beberapa lama..

'Tok tok tok'

"Masuk." Am bersuara. Reno dan Hud melangkah masuk.

"Tell me, what happened?." Soal Am. Wajah Reno dan Hud dipandang bergilir.

"I'm sorry Sir." Hud bersuara.

"I don't want to hear your apologies!." Tinggi suara Am.

'Tok tok tok'

"Come in." Am bersuara. Dia tahu siapa yang mengetuk pintu.

"El." Sapa Am. Burn hanya angguk pada Kira.

"Am, what happened?." Soal Kira apabila merasakan ada aura panas di dalam pejabat tersebut. Apabila dia melihat kehadiran Reno dan Hud, dahinya berkerut.

"Where's Edan?." Soal Kira pada Reno. Reno dan Hud pandang Kira.

"Answer that question." Keras Am bersuara.

"Mr.K is gone, Madam." Balas Hud. Bulat mata Kira.

"What?." Soal Kira pada Hud. Mata Hud ditentang. Reno yang berada di sebelah Hud ditolak ke tepi. Am dan Burn yang tadi sedang duduk elok di kerusi terus bangun berdiri apabila melihat reaksi Kira. Leher baju Hud dicekak Kira.

"Kau ulang balik?!." Pinta Kira. Terketap giginya menentang pandangan Hud.

"El.. Sabar, kita tak tahu situasi sekarang ni sebab Edan yang tinggalkan mereka berdua dan dia ada call Hud minta mereka pulang ke agensi. He got something to do but, he didn't mention it." Am cuba tenangkan Kira. Hud hanya diam apabila dia ditolak ke dinding pejabat. Reno tidak mahu campur, cukuplah sekali dia menyaksikan amukan isteri majikannya itu dahulu. Tak sanggup dia.

Pantas Kira menoleh ke arah Am. Tajam pandangannya. Am tertelan liur melihat garangnya wajah Kira waktu itu. Baju Hud dilepas kasar.

"So sekarang ni, apa yang korang buat? Hah! Tunggu macam tu je?." Soal Kira tidak puas hati.

"No, bukan macam tu El." Sampuk Burn. Jari naik menggaru tepi kepala yang tidak gatal.

"You know right, Edan is not an ordinary person. I know there's a reason he's doing like this. So now, we just have to wait for any command or news from Edan. I'm worried our actions will disrupt her plans." Kata Burn. Kira terdiam, mungkin ada benarnya juga kata-kata Burn.

"So, El.. Please calm down." Pinta Burn.

"Tapi.. Korang tak sepatutnya tinggalkan dia seorang diri macam tu.!" Marah Kira pada Reno dan Hud yang berdiri di tepi pintu. Memerah wajah Kira menahan marah.

"We are sorry Madam." Ucap Reno. Hud pula hanya memandang Kira tanpa kata.

"If anything happens to Edan, you're dead!." Kata Kira pada Hud. Mencerlung pandangannya padanya lelaki itu. Daun pintu ditarik dan laju Kira melangkah keluar.

'Bang!'

Pintu ditutup kasar. Keempat-empat lelaki tersebut menarik nafas lega. Rasa semput dada, nak bernafas pun rasa sukar apabila berdepan dengan Kira tadi. Am dan Burn melabuhkan duduk di kerusi. Baru nafas nak kembali reda tiba-tiba telefon bimbit Am di atas meja berdering. Laju Am mencapainya. Skrin dipandang. Edan!.

"Hello Edan. Kau kat mana?." Soal Am bimbang. Tertegak tubuhnya.

"I'm okay." Balas Kasturi di sebelah sana.

"Are you with Burn?." Soal Kasturi.

"Yup, I'm with him." Balas Am sambil mata memandang ke arah Burn.

"Okay, I'll send you the location and you come here with Burn." Kata Kasturi lalu talian dimatikan dan tidak lama mesej masuk ke telefon Am. Dahinya berkerut apabila melihat lokasi yang dihantar Kasturi. Mungkin kebetulan. Kata hati Am. Am membuka laci meja lalu senjatapi miliknya diambil dan dia kemudian bangun dari kerusi. Senjata diselit pada holster bersama magazine.

"Kau nak ke mana?." Soal Burn lalu dia juga turut sama berdiri. Reno dan Hud memandang Am cuak.

"Burn, kau ikut aku. Reno, Hud, you two standby here." Kata Am. Burn kerut kening melihat Am yang sudah siap dengan jaket di tubuh.

"Nak ke mana ni?." Soal Burn pada Am.

"Edan, calling for us." Kata Am. Burn angguk.

"Okay, let's go." Kata Burn tetapi sebaik tangan menolak daun pintu, dia memandang Am di belakang.

"El?." Soal Burn. Am geleng.

"Okay, got it." Balas Burn lalu mereka berdua terus hilang di sebalik pintu.

"Where're they are?." Soal Kira pada Reno sebaik daun pintu pejabat Am ditolak. Reno hanya diam tidak membalas.

"You two, follow me." Kata Kira pada Reno dan Hud lalu daun pintu ditutup.

"Madam, wait!." Panggil Reno lalu mengejar Kira yang sudah melangkah keluar. Hud juga berbuat perkara yang sama.

"Aduh.." Kata Reno sambil menepuk dahi. Pening kepalanya.

"We're going to follow them." Kata Kira pada Reno dan Hud sebaik mereka melolos masuk ke dalam perut lift bersamanya. Mahu tak mahu terpaksa juga dia dan Hud mengikut kata Kira.

+++

"How can it be like this?." Soal Kasturi sebaik telefon disimpan di dalam poket semula. Lelaki tadi memandang Kasturi seketika sebelum pelitup muka ditanggalkan dan disimpan di dalam poket jaketnya.

"I think you've been dead all this time, Irwan." Kata Kasturi. Terhenti langkah Irwan yang sedang berjalan ke arah tempat letak kenderaan di luar bangunan hospital. Irwan toleh bersama senyuman.

"I didn't expect this either, Edan." Balas Irwan lalu tubuh Kasturi dipeluk erat. Lama kedua sahabat itu melepaskan rindu.

"Where do you hiding all this time Ir?." Soal Kasturi selepas pelukan dilepaskan. Irwan pamer senyum.

"Dah lama aku tak dengar nama panggilan tu." Kata Irwan. Kasturi ketawa. Hanya Kasturi yang memanggil Irwan dengan nama itu, rakan-rakan yang lain memanggil Irwan dengan panggilan nama penuh atau pun Wan sahaja.

"Kita minum, sambil tu boleh cerita panjang." Kata Irwan lalu mendahului langkah dan diikuti Kasturi di belakangnya. Alarm kereta ditekan, dan sebuah kereta hitam berbunyi dan lampu signal kiri dan kanan bernyala.

"Tak berubah taste kau ya, still same." Kata Kasturi lalu pemegang pintu sebelah kiri penumpang hadapan ditarik dan dia melolos masuk.

"Where are we?." Soal Kasturi pada Irwan yang berada di sebelahnya.

"Old place." Balas Irwan lalu memandu keluar dari kawasan tempat letak kenderaan.

"Aku dah lama tak datang sini." Kata Kasturi sebaik dilabuhkan duduk di kerusi di sebuah restoran selera kampung. Dahulunya ini ada tempat kegemaran mereka berempat untuk menikmati makanan kampung. Dari sarapan hinggalah minum petang. Pelbagai menu masakan kampung dihidangkan di sini.

"Kau agak-agak, Hanis masih ada lagi tak?." Soal Irwan pada Kasturi. Kasturi senyum senget.

"Manalah aku tahu Ir, dah lama tak datang sini." Balas Kasturi sambil membuang pandang pada sekeliling.

"Cik, order." Irwan memanggil pekerja perempuan yang berada di meja makanan di bahagian tepi kedai.

"Ya, nak order apa?." Soal pekerja perempuan tersebut.

"Bagi saya teh tarik gelas besar kurang manis." Kata Irwan.

"Saya bagi kopi o panas." Kasturi pula memesan.

"Makan?." Soal pekerja itu lagi.

"It's okay, makan nanti ambil sendiri." Balas Kasturi. Pekerja perempuan itu angguk lalu beredar dari meja Kasturi dan Irwan.

"Kau pergilah ambil dulu. I'll stay." Kata Kasturi pada Irwan. Lelaki itu kemudian bangun dan melangkah menuju ke arah deretan makanan. Kasturi keluarkan telefon bimbitnya. Nombor seseorang didail sementara menunggu Irwan kembali ke meja. Tidak lama selelas perbualan di telefon tamat, Irwan kembali semula.

"Ubi rebus ikan masin?." Soal Kasturi. Irwan ketawa.

"Dah lama tak makan makanan ni Edan. Kat sana mana nak jumpa makanan macam ni." Kata Irwan.

"Aku ambil makanan sekejap." Kata Kasturi lalu bangun meninggalkan Irwan dan tidak lama dia kembali semula. Kasturi pandang Irwan yang berselera menikmati sarapan paginya. Irwan tahu dia sedang diperhatikan Kasturi.

"Kenapa kau pandang aku macam tu?." Soal Irwan. Wajah didongak ke hadapan.

"Tak.. Aku macam tak percaya." Balas Kasturi. Irwan kesat bibir dengan tisu.

"Terima kasih." Ucap Irwan dan Kasturi pada pekerja yang datang menghantar air. Irwan menyisip teh tarik perlahan sambil menikmati rasanya.

"Sedap, masih sama macam dulu." Kata Irwan. Gelas air diletakkan kembali di atas meja.

"I didn't think you could survive, Ir. The place exploded completely, shattered. There is nothing left." Kata Kasturi. Seakan terbayang-bayang dengan apa yang berlaku. Masih segar dalam ingatannya.

"Memang tiada apa yang tinggal Edan tapi nyawa aku masih panjang." Kata Irwan.

"During the final briefing before the operation started, no one informed us about the old tunnel that was under the place until the explosion happened and I fell into the tunnel along with the rubble." Terang Irwan.

"What do you mean by 'tunnel'?." Soal Kasturi pelik.

"Yup, tunnel. Di bawah tempat tu ada terowong lama. Kalau terowong tu tiada, aku mungkin tidak bersama kau sekarang Edan." Kata Irwan lagi bersama rasa kecewa.

"You mean, someone sabotaged our mission? Macam tu?." Soal Kasturi seakan tidak percaya.

"Yup and I still investigate about that." Balas Irwan.

"Damn! Kalau aku dapat orang tu memang aku bunuh!." Kata Kasturi. Terketap-ketap giginya. Nafas ditarik panjang bagi meredakan rasa amarah.

"So now, what are you doing?." Soal Kasturi. Kopi o disisip perlahan. Lepat betik disuap ke mulut. Lembut dan sedang elok manisnya.

"I'm still work with gov but but in special forces. Only our superiors knew about my existence." Kata Irwan. Ubi rebus dalam piring disuap habis ke dalam mulut.

"I miss all of you." Kata Irwan.

"Kau tak nak jumpa Am dengan Burn?." Soal Kasturi.

"Of course I want." Laju Irwan membalas.

"But, I don't know how." Tambah Irwan lagi bersama wajah yang menunduk memandang piring yang telah kosong. Kasturi memandang pada dua figura yang berdiri di belakang Irwan. Tiba-tiba Irwan memandang tegak ke arah Kasturi. Kasturi senyum senget. Laju Irwan toleh ke belakang dan sebaik melihat Am dan Burn yang berada di belakangnya, dia terus bingkas bangun dan tubuh kedua sahabatnya itu dipeluk erat.

"How dare you Wan. Kau masih hidup tapi sampai hati tak hubungi kitaorang." Marah Am selepas pelukan dilepaskan. Irwan kesat tubir mata.

"Hey, are you crying tough guy?." Soal Burn sambil melabuhkan duduk di sisi Irwan. Irwan menyiku Burn bersama tawa di bibir. Riuh dengan ketawa lelaki-lelaki tersebut hingga menarik perhatian pelanggan lain. Teringat kembali kenangan lalu.

"Oit, slow sikit. People look at here." Kata Am. Burn hanya geleng kepala. Selalunya begitulah, Am yang macam bapak-bapak, dia yang akan menegur jika ada yang tidak kena pada mereka bertiga. Terletus lagi ketawa.

"Am.. Am.. You still same. Macam bapak-bapak." Usik Irwan. Am menjeling tajam.

"I know it! It's really you." Tiba-tiba satu suara berbunyi.

"I recognized that your cute mole in the corner of your eyes." Kata suara itu lagi. Keempat-empat pasang mata laju menoleh ke arah suara tersebut.

(28/03/2021 @ 1635hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience