Bab 50

Romance Series 548166

"Apa yang berlaku sebenarnya? Can you tell me?." Pinta Kira pada Miran. Selepas mendengar apa yang dikatakan Miran tadi, Kira terus mengheret Miran keluar mengikutnya ke sebuah kedai makan berhampiran dengan agensi.

Miran pandang wajah Kira yang nyata nampak kusut. Nafas dihela perlahan.

"El.. Saya rasa awak patut tanya Mr.K sendiri mengenai perkara ni. Biar dia terangkan apa yang berlaku sebenarnya tapi apa yang penting, muka saya jadi macam ni bukan disebabkan dia." Kata Miran. Kira yang tadi menunduk perlahan mendongak memandang Miran.

"Kenapa kau tak bagitau masa aku tanya pagi semalam, hah?." Soal Kira pada Miran.

"El.. Saya minta maaf, bukan saya tak nak bagitau masa tu tapi masa yang tidak mengizinkan. Tambahan pula waktu itu saya perlu mengikut Encik Am untuk berjumpa high client. El pun tau kan, macam mana caranya kalau kita berurusan dengan mereka?." Terang Miran. Kira terdiam. Ya, dia faham. Mereka perlu mengikut S.O.P yang tinggi semasa berurusan dengan high client. Mereka bukan dari kalangan orang biasa, itulah sebabnya S.O.P yang ketat perlu dipatuhi. Sudahnya Kira hanya mampu menundukkan kepalanya di meja. Salah faham ini berpunca dari dirinya sendiri bukan orang lain. Abang... Sayang dah silap menilai abang.. Rintih Kira di dalam hati.

+++

"Selamat kembali Tuan Kent." Kata Syamill sebaik Kent tiba di lobi HUKM. Syamill bersama dua lagi anggota mengiringi Kent ke wadnya di tingkat tujuh.

"Tuan macam mana?." Soal Syamill sambil menolak kerusi roda.

"Saya dah sihat.. Ikutkan saya nak berjalan sendiri saja ke wad, tapi tengoklah tadi. Tak pasal-pasal kena bebel." Balas Kent bersama ketawa kecil. Syamill juga begitu.

Setelah sampai di wad, Syamill membantu Kent untuk naik berehat di atas katil. Tidak lama masuk seorang perempuan yang memakai tanda nama Dr. Aina datang menghampiri katil Kent. Syamill waktu itu menerima panggilan telefon terus meminta diri untuk menjawab panggilan tersebut.

"Tuan Kent. Saya Dr. Aina yang akan merawat dan memantau kesihatan Tuan di sini." Kata Dr. Aina. Kent yang tadi berbaring terus duduk bersandar ke kepala katil. Rasa kurang sopan pula kalau dia berbaring.

"Doktor, macam mana dengan keadaan saya?." Soal Kent pada Dr. Aina yang sedang meneliti fail kesihatannya. Dr. Aina terangguk perlahan.

"Hm.. It's quite good. Nampak perubahan positif cuma Tuan perlukan beberapa lagi pemeriksaan lanjut sebelum saya dapat benarkan Tuan pulang." Balas Dr. Aina. Fail di tangan ditutup dan diletakkan di atas meja di hujung katil. Nampak ceria wajah Kent mendengar kata-kata doktor wanita itu.

"Baiklah, saya keluar dulu. Jangan lupa makan ubat ni. Kalau ada apa-apa boleh panggil jururawat yang bertugas." Kata Dr. Aina.

"Terima kasih doktor." Ucap Kent. Dr. Aina angguk bersama senyuman lalu dia berlalu keluar dari wad. Syamill pula terburu-buru melangkah masuk selepas Dr. Aina keluar dari wad Kent.

"Er.. Tuan, saya rasa.. saya kena gerak dulu la. Kalau ada apa-apa, Tuan boleh panggil anggota yang bertugas di luar, ya. Manan dengan Daim." Kata Syamill. Nampak resah sahaja tingkahnya.

"Kenapa perlu ada anggota di luar pula?." Soal Kent pelik.

"Tuan Farokh bimbang keselamatan Tuan selagi Tatoo belum ditangkap." Balas Syamill. Kent hela nafas panjang.

"Buat penat anggota saja nak tunggu saya. Tak ada apa-apalah.. Saya bukan budak-budak." Kata Kent. Syamill hanya jungkit bahu.

"Saya dah lambat ni. Saya keluar dulu ya Tuan." Kata Syamill.

"Eh.. Eh.. Sekejap. Kenapa ni Mill? Ada yang tak kena ke?." Soal Kent apabila melihat Syamill yang nampak kelam kabut dengan riak bimbang pada wajahnya.

"Hah? Mana ada apa." Pantas Syamill membalas.

"Syamill..." Panjang Kent menyeru nama Syamill.

"Ish! Saya serba salah nak bagitau pada Tuan ni. Sebab.. Tuan Saiful pesan jangan bagitau pada Tuan." Balas Syamill sangkut-sangkut. Terus terbangun duduk tegak Kent apabila mendengar kata-kata Syamill.

"Ada apa ni? Tak payah nak sembunyi. Biar saya jawab dengan Tuan Saiful nanti. Bagitau saja." Pinta Kent. Hatinya sudah rasa tidak sedap.

"Aduh.. Tuan ni.." Kata Syamill sambil tangan naik menggaru kepala tidak gatal.

"Nanti Tuan Saiful marah saya macam mana?." Soal Syamill bimbang. Kent ketap gigi.

"Tuan ni, buat saya serba salah betul lah.." Kata Syamill.

"Tak, yang saya tak faham, kenapa Tuan Saiful tak benarkan awak bagitau saya?." Soal Kent tidak mengerti.

"Tuan Saiful cakap, kalau Tuan tau. Nanti Tuan mesti nak lari dari hospital." Balas Syamill. Kent ketawa perlahan sebelum diberi pandangan tajam pada Syamill. Serba tak kena jadinya Syamill dibuat Kent. Nasib baik la kau pegawai aku..

"Ops Merah. Awal pagi tadi Tuan Edan terlibat dengan Ops Merah untuk memberkas Tatoo dan pengikutnya di Hutan Simpan Hulu Langat.." Terang Syamill sepatah-sepatah. Kent sudah ketap bibir.

"Cakap biar habis terus tak boleh ke?!." Marah Kent. Geram punya pasal, dia terus terjun dari katil dan tubuh Syamill ditolak ke dinding. Mencerlung matanya memandang Syamill.

"Okay.. Okay.. Tuan Edan jatuh gaung curam semasa mengejar Tatoo dan sampai sekarang keduanya masih belum dijumpai lagi." Terang Syamill senafas. Terkedu Kent mendengarnya. Edan!

Kent mencekak kolar baju Syamill. Rapat wajahnya dibawa ke wajah Syamill.

"Aku tak kira macam mana kau nak buat tapi apa yang aku tau, aku nak keluar dari hospital ni. Sekarang!." Kata Kent di telinga Syamill lalu baju Syamill dilepaskan kasar. Buntang mata Syamill mendengar permintaan Kent. Betullah macam Tuan Saiful cakap.. Ish!

"Tapi Tuan mana boleh keluar. Tuan tak sihat lagi ni.. Aduh.." Syamill sudah serabut. Dia pandang Kent yang sedang berpeluk tubuh memandangnya.

"Tik tok tik tok!." Kata Kent sambil jari telunjuknya mengetuk permukaan jam di pergelangan tangannya.

"Mati la saya macam ni.." Bebel Syamill sambil menanggalkan jaket yang dipakainya lalu diserahkan pada Kent.

"Tuan pakai ni. Maaflah, bau peluh." Kata Syamill. Kent tidak peduli, terus dicapai jaket tersebut dan disarung ke tubuh dan cap yang dipakai Syamill dicapai lalu diletakkan ke kepalanya.

"Awak tak payah risau, biar saya yang jawab." Kata Kent tegas. Syamill sudah tergeleng-geleng. Tidak pasti samada apa yang dia lakukan ini patut atau pun tidak. Mahu tidak mahu terpaksa juga dia turutkan. Pintu wad dibuka lalu Syamill keluar dan tidak lama dia masuk semula bersama salah seorang anggota yang berada di luar.

"Kau tidur atas katil ni. Jangan bangun-bangun!." Kata Syamill.

"Kau agak-agak la Mill.. Kalau aku nak kencing macam mana?." Soal Manan yang sudah serba salah.

"Kau nak aku bagitau bini kau ke, yang kau ada girlfriend?." Ugut Syamill. Laju Manan angkat tangan tanda surrender.

"Ya.. Ya.. Aku cuba bertahan selama yang boleh tapi kalau lepas ni.. aku kena batu karang, kau tanggung!." Balas Manan pula.

"Lama lagi ke?." Sampuk Kent sambil menyimpan telefon bimbit ke dalam pouch beg yang dipakai di pinggang.

"Eh, tak. Dah siap dah." Kata Syamill.

"Kau naik atas katil ni sekarang!. Selimut sampai kepala!." Pesan Syamill. Mujurlah wad tersebut untuk single bed kalau tidak payah juga.

"Tuan, kita gerak." Kata Syamill pada Kent. Kent angguk. Sebelum dia melangkah ke arah pintu, nama Manan dipanggil.

"Thanks Manan." Ucap Kent.

"Sama-sama Tuan. Semoga Tuan Edan ditemui dengan cepat dan selamat hendaknya." Kata Manan. Kent angguk perlahan.

Syamill menarik nafas panjang sebelum daun pintu wad ditolak dan dia melangkah keluar. Di kanannya Kent turut melangkah bersama.

"Daim, Manan ada di dalam temankan Tuan Kent. Kalau ada apa-apa nanti, Manan panggil." Kata Syamill pada Daim yang sedang duduk di kerusi di sebelah kiri pintu wad. Daim yang sedang bercakap dengan telefon menoleh sekilas pada Syamill sambil menunjukkan tanda O.K pada jarinya lalu dia menyambung semula perbualan tersebut. Tiba-tiba Daim bangun berdiri dan memanggil Syamill.

"Mill!." Panggil Daim. Terkaku Syamill dan Kent yang sudah sedikit jauh dari Daim. Syamill menoleh pada Daim.

"Apa? Aku nak cepat ni!." Balas Syamill.

"Hurm.. Tak pe lah. Aku dah lupa nak tanya apa." Kata Daim. Tangan Syamill naik mengurut dada lalu pantas dia menoleh ke hadapan bersama langkah besar, begitu juga Kent. Sampai sahaja di tempat parking laju Kent dan Syamill melolos masuk ke dalam kereta. Jaket dan topi Syamill diserahkan kembali pada Syamill. Mujur juga dia tidak sempat lagi menukar pakaian hospital, kalau tidak payah juga untuk dia selinap keluar.

"Kita nak ke mana Tuan?." Soal Syamill pada Kent yang berada di tempat duduk penumpang hadapan.

"Sebelum apa-apa, saya nak awak terangkan pada saya tanpa meninggalkan satu butiran pun mengenai kejadian ini, sekarang!." Kata Kent pada Syamill. Tanpa lengah Syamill terangkan segala maklumat yang dia ada pada Kent. Operasi Mencari dan Menyelamat Kasturi dan juga memburu Tatoo telah dimulakan sejurus kehilangan mereka dilaporkan. Subtek telah didirikan di jalan masuk Hutan Simpan Hulu Langat yang bertindak sebagai Bilik Gerakan. Pegawai dan anggota dari IPD Kajang dan IPD Ampang Jaya juga turut terlibat dalam operasi ini. Apa yang menjadi masalah, gaung tersebut terlalu curam untuk dituruni dan memerlukan alatan khas untuk turun ke sana. Ditambah pula dengan keadaan tanah yang agak basah dan lembab melambatkan pergerakan untuk mencari.

Setelah mendengar penerangan Syamill, Kent diam seketika memikirkan apa yang perlu dia lakukan. Tidak lama Kent bersuara.

"Kita ke subtek." Putus Kent. Tertoleh Syamill ke kiri.

"Hah! Subtek? Aduh. Dah sah-sah la Tuan Saiful ada di sana. Itu belum lagi Tuan Farokh dengan Tuan Mazlan. Tuan Aniq.." Bebel Syamill.

"Nak pergi ke tak nak?." Marah Kent.

"Okay.. Okay.." Sudahnya Syamill mengalah. Laju kereta meluncur ke subtek di Hutan Simpan Hulu Langat. Sebaik tiba, Kent terus melolos keluar mendapatkan Aniq.

"Aniq." Sapa Kent pada Aniq yang sedang berbual dengan Syam di luar subtek menoleh pada empunya suara.

"Kent! Kau buat apa di sini?." Soal Aniq terkejut.

"Syam." Sapa Kent bersama huluran salam diberi.

"Bukan sepatutnya ada di wad ke?." Soal Syam pada Kent sebaik melihat lelaki itu turut berada di subtek.

"Kau orang ingat aku boleh duduk diam dalam wad bila dapat tahu yang Edan dah hilang?." Soal Kent dengan riak bimbang. Aniq pandang Syamill yang berdiri rapat di belakang Kent.

"Aku yang paksa dia bawa aku ke sini." Kata Kent. Tergeleng kepala Aniq.

"Kent, you buat apa di sini?." Soal satu suara di belakang.

"Tuan Farokh, Tuan Mazlan." Sapa Kent.

"Tuan, saya mohon untuk turut serta dalam operasi ini." Pinta Kent yang tegak berdiri hormat di hadapan Tuan Farokh.

"Hurm.. Awak ni Kent." Tiada kata yang mampu Tuan Farokh ucapkan.

"Baik. Tapi dengan syarat awak hanya pantau di subtek sahaja. Jangan pandai-pandai nak turun ke lokasi." Pesan Tuan Farokh.

"Terima kasih Tuan." Balas Kent dengan lapang hati.

Setelah Tuan Farokh dan Tuan Mazlan masuk ke dalam khemah subtek, Kent menghampiri Aniq dan Syam semula.

"Di mana lokasi Edan yang terakhir?." Soal Kent.

"Cenuram menghala ke timur Hutan Seputih." Kata Aniq.

"Tapi aku rasa Edan mungkin dah bergerak sekarang. Orang seperti Edan tak mudah mengalah dan curam tu terlalu tinggi untuk didaki, hanya ada satu cara sahaja. Dia perlu menyusuri curam hingga sampai ke bukitan yang agak landai dan mampu didaki." Sampuk Syam. Aniq dan Kent mengiyakan kata-kata Syam. Kent kemudian terdiam seketika.

"Kira dah tau mengenai perkara ni?." Soal Kent pada Aniq.

"Aku rasa belum." Kata Aniq. Kent angguk dan dalam waktu yang sama Aniq dan Syam dipanggil Tuan Mazlan ke bawah khemah subtek.

Kent keluarkan telefon bimbit dan nombor seseorang dihubungi.

+++

"Reno, is there any problem?." Soal Am pada Reno yang terus berubah wajahnya selepas menjawab panggilan telefon tadi.

"Mr.K. He fell into a ravine while chasing a suspect in an operation early this morning." Terang Reno.

"What?." Soal Am tidak percaya. Burn yang waktu itu baru masuk ke pejabat Am terus terdiam.

"When?." Soal Burn lalu melabuhkan duduk di kerusi di hadapan Am.

"Awal pagi tadi dan masih belum dijumpai hingga sekarang bersama Tatoo." Kata Reno.

"Jahanam punya Tatoo! Adik dengan abang, sama je." Marah Burn. Jam di pergelangan tangan dipandang. Sudah hampir lapan jam mereka terputus hubungan dengan Kasturi. Dalam tempoh tersebut, macam-macam perkara boleh berlaku.

"GPS." Kata Reno. Am dan Burn angguk lalu ketiga-tiga mereka terus bergegas keluar dari pejabat Am untuk ke bilik operasi lalu terserempak dengan Kira dan Miran yang kebetulan baru keluar dari lift.

"Eh, kenapa ni? Ada apa-apa ke?." Soal Kira sambil memandang Reno yang berada di hadapannya. Reno menoleh ke belakang memandang Am dan Burn bersilih ganti. Am angguk tanda benarkan.

"Mr.K. He fell into a ravine while chasing Tatoo in an operation early this morning." Kata Reno. Terus terkaku Kira, pucat wajahnya.

"El.. El.." Panggil Am apabila melihat Kira yang sudah terkaku di situ.

"Miran, take El to rest in the office." Arah Am lalu dia bersama Reno dan Burn melangkah ke arah pintu lift.

"Tatoo? Abang Jeff? Tak guna!." Marah Kira.

"I want you all to track where he is, now. Please.." Pinta Kira bersama air mata yang sudah mula bergenang di tubir mata. Terus teringat kembali pada mimpinya pagi tadi. Ya Allah.. Kau selamatkanlah suamiku.. Doa Kira di dalam hati.

"Let's go to operating room." Kata Am. Sebaik sampai di bilik operasi, Reno terus mengambil tempat di kerusi. Nombor kod GPS pada jam Kasturi dimasukkan, hampir lima minit tetapi lokasi masih tidak dapat dikesan. Reno mencuba sekali lagi dan kali ini lampu merah berkelip-kelip di skrin besar di hadapan mereka bersama nombor kod GPS jam Kasturi tertera bersama. Setelah lokasi diperolehi, Reno terus hubungi Kent untuk maklumkannya.

"So, what should we do now? Kes ni dah jadi kes polis?." Soal Reno pada Am dan Burn. Am menoleh ke belakang untuk bertanyakan pada Kira tetapi sebaik sahaja dipandang ke belakang, kelibat Kira dan Miran sudah tiada. Sangkanya Kira mungkin telah kembali ke pejabatnya.

Dalam masa yang sama...

"Kau ikut aku!." Kata Kira pada Miran sambil berlari ke arah weapon room. Password dimasukkan pada panel pintu dan pintu besi bilik tersebut terus terbuka. Kira pantas mencapai sebuah beg galas hitam lalu beberapa perlatan yang perlu untuk operasi menyelamat termasuk dan juga peralatan perhubungan dimasukkan ke dalam beg, tidak ketinggalan senjata api yang disisipkan di badan bersama pisau spring. Miran yang melihat tingkah Kira turut melakukan perkara yang sama. Takkan dia mahu biarkan kakaknya itu sendirian mencari Kasturi. Setelah pasti peralatan cukup dimasukkan ke dalam beg, kedua mereka dengan pantas keluar dari bilik senjata dan terus ke lift untuk turun ke basement.

Am bersama Burn dan Reno kembali semula ke pejabat Am sementara mereka merangka operasi untuk menyelamatkan Kasturi. Mereka tidak mahu hanya berharap pada pihak polis semata, mereka juga perlu melakukan sesuatu.

"Shah, mana El?." Soal Am sebaik dia kembali ke pejabat. Shah yang berada di mejanya menoleh pada Am.

"El? Tak ada masuk ke sini pun." Balas Shah. Am dan Burn saling memandang.

"Shit!." Marah Am lalu dia terus bergegas ke meja kerjanya dan rakaman CCTV bilik senjata lima belas minit yang lepas dimainkan semula. Sah! Kira bersama Miran sudah dahulu bertindak.

"Kita tak boleh biar Kira dan Miran sendirian." Kata Am pada Burn dan Reno. Kedua mereka anggukkan kepala.

"Am, biar aku dengan Reno uruskan. Kau stay di pejabat. If any news, call us A.S.A.P." Kata Burn. Am angguk. Seseorang perlu ada di agensi untuk memantau.

"Reno, let's go." Kata Burn pada Reno.

(12/05/2021 @ 2310hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience