Bab 58

Romance Series 548166

"Morning Sir, Madam." Ucap Reno pada Kasturi dan Kira yang berada di luar pintu rumah sebaik dia keluar dari kereta. Kasturi angguk sekali tanda membalas.

"Morning Reno." Kata Kira pula.

"Edan." Panggil Am yang muncul dari bahagian penumpang hadapan.

"Am pun ada?." Soal Kira.

"Morning El." Sapa Am sambil berjalan merapati Kasturi dan Kira. Reno pula masih tegak berdiri di sisi kereta.

"Of course saya kena ada sekali." Balas Am sambil tersenyum.

"Kau okay?." Soal Am pada Kasturi. Kasturi hanya diam tanpa balasan.

"Kalau semua dah siap, kita gerak sekarang." Kata Am.

"Kira, you get in the car first." Kata Kasturi pada Kira.

"You too Reno." Tambah Kasturi. Reno angguk lalu dia melolos masuk ke bahagian pemandu.

"Okay." Balas Kira pula dan dia terus melolos masuk di bahagian penumpang belakang. Dari dalam Kira dapat lihat dua lelaki itu serius berbincang sesuatu.

"Reno." Panggil Kira yang berada di belakang.

"Yes, madam." Balas Reno lalu menoleh seketika sebelum dia memandang ke hadapan semula.

"Apa yang diaorang bincangkan tu?." Soal Kira sambil muncung bibirnya menunjuk ke luar.

"Macam serius.. je.." Tambah Kira lagi.

"I'm not sure, Madam." Balas Reno.

"Takkan awak tak tahu, awak kan orang kuat Mr.K." Kata Kira. Reno senyum senget.

"That was before, but now.. He doesn't remember me." Balas Reno. Ada nada sedih dalam kata-katanya itu.

"Are you sure?." Soal Kira.

"Tapi kan.. Saya rasa Tuan Edan tu macam dah ingat semula la." Kata Kira pada Reno. Reno hanya jungkitkan bahunya. Kira pandang pada Kasturi yang masih lagi berbual dengan Am. Pasti perkara yang dibicarakan itu sesuatu yang sulit. Jika tidak pasti mereka berbincang di dalam kereta. Tidak lama Kasturi dan Am masuk ke dalam kereta.

"Reno, let's go." Kata Am. Reno tanpa lengah terus masukkan gear dan pedal minyak ditekan. Menderum kereta meluncur pergi. Kira membuang pandang ke luar kereta. Ringan sahaja mulutnya mahu bertanya samada ingatannya sudah kembali atau belum. Kasturi yang berada di sebelah yang sedang menggunakan telefon bimbit dijeling dengan hujung mata. Entah apalah yang dibuat, laju sahaja jarinya menaip. Takkan whatsapp perempuan lain kot?

"I have no other woman besides you." Kata Kasturi tiba-tiba. Terus Kira tertoleh pada Kasturi yang jarinya masih lincah berlari di atas skrin telefon. Kira sudah terkebil-kebil mata memandang Kasturi.

"Eh, rasanya aku cakap dalam hati je tadi, takkan dia dengar." Kata Kita perlahan.

"Saya tak cakap pun awak ada perempuan lain!." Balas Kira menutup rasa gugup. Kasturi senyum nipis. Tertegun Kira, rindu dia dengan senyuman ni.. Kasturi meletakkan telefonnya di atas tempat duduk dan dia menoleh pada Kira lalu dirapatkan bibirnya ke telingan Kira yang bertutup tudung. Dapat Kira rasakan nafas panas Kasturi di pipinya.

"Do you miss this smile?." Soal Kasturi perlahan dan kemudian dia kembali duduk tegak. Kira sudah keras di tempat duduk sebelah. Terus terdiam Kira bersama pandangan yang dibuang ke luar kereta. Laju jantungnya mengepam darah. Takut untuk dia memandang Kasturi, nanti entah apa lagi yang lelaki itu akan katakan. Takkan lepas kepala kena ketuk dia boleh dengar apa yang orang cakap dalam hati? No.. No.. No.. No.. Macam superhero pulak.

"I'm a normal human, not a superhero." Kata Kasturi lagi.

"Arrgghh!!!." Jerit Kira sekuat hati.

"Kira! Kira!." Satu suara memanggil Kira.

"Kira, open your eyes!." Kata suara itu lagi sambil menepuk perlahan pipinya. Kira buka mata.

"Awak?." Soal Kira. Dipandang sekeliling, dia masih berada di dalam kereta. Dijenguk ke bahagian hadapan, tiada orang. Diintai ke luar. Oh, Am dengan Reno ada di luar. Tapi..

"Eh, tempat parking?." Soal Kira. Kasturi yang sejak tadi memerhatikan gelagat Kira hanya menggelengkan kepala.

"Dah lama ke kita sampai?." Soal Kira yang baru yakin dia kini bukan lagi sedang bermimpi.

"Almost fifteen minutes." Balas Kasturi dan sudah berkira-kira mahu keluar dari kereta tetapi lengannya dipegang Kira. Terhenti pergerakan Kasturi. Tangan Kira yang memegang lengannya dipandang dan kemudian wajah cuak wanita itu pula. Pantas Kira menarik semula tangannya yang memegang lengan Kasturi apabila dia menyedari yang Kasturi mungkin tidak selesa dengan sentuhan tersebut.

"Sorry." Kata Kira dan apabila Kasturi mahu melangkah keluar, laju Kira menghalang.

"Wait!." Suara Kira berbunyi. Kasturi menoleh pada Kira dengan riak tidak mengerti.

"Er.. Do you know what I'm thinking right now?." Soal Kira pada Kasturi sambil wajah lelaki itu ditenungnya.

"I'm not a superhero." Balas Kasturi selamba. Ternganga mulut Kira bersama mata yang besar tetapi pantas mulut ditutup dengan tangan kanan.

"What's wrong with you, Kira?." Soal Kasturi apabila Kira bertanya soalan yang pelik-pelik. Siapa yang kena hantuk kepala ni? Aku ke dia? Tergeleng kepala Kasturi dengan karenah Kira. Tanpa mahu membuang masa, Kasturi terus melolos keluar. Melihat Kasturi yang telah keluar dari kereta dan meninggalkannya keseorangan, laju Kira juga mengekori dan waktu itu Reno sudah kembali menghampiri kereta manakala Am pula masih menunggu di luar. Terkocoh-kocoh Kira bersaing langkah bersama Kasturi dan Am yang sudah dahulu berjalan ke arah lobi hospital.

+++

'Tok tok tok'

"Masuk." Bunyi suara menyahut dari dalam.

"Morning Doktor Bani." Ucap Kasturi apabila daun pintu ditolak.

"Morning Tuan Edan. Have a seat." Balas Doktor Bani dan dia juga turut sama melabuhkan duduk di kerusi kerjanya.

"Macam mana hari ni, any progress?." Soal Doktor Bani sambil jemarinya menaip di papan kekunci di hadapannya.

"My memory is still stuck like before." Balas Kasturi.

"Stuck?." Soal Doktor Bani sambil memandang sekilas pada wajah Kasturi sebelum matanya kembali pada skrin komputer di hadapannya.

"Yes, still stuck at the same memory tetapi saya mempunyai cara saya sendiri untuk mengingati perkara yang berlaku semalam." Akui Kasturi.

"Oh, that's good." Puji Doktor Bani.

"But.. When I try to sharpen my memory, surely a stinging pain will come. Why Doc?." Soal Kasturi inginkan kepastian. Doktor Bani berhenti menaip. Wajah Kasturi dipandang.

"Perkara seperti ini kebiasaannya akan berlaku kerana otak Tuan terpaksa bekerja lebih keras dari biasa. But don't try too hard. I'm worried there will be another problem." Pesan Doktor Bani.

"Ubat yang saya beri pastikan makan ikut waktu dan kurangkan pengambilan minuman berkafien." Tambah Doktor Bani lagi dan bersama itu jemarinya kembali berlari di atas papan kekunci.

"Do you smoke?." Soal Doktor Bani bersama pandangan sekilas pada Kasturi.

"I have quit smoking." Balas Kasturi.

"Oh.. Berhenti sendiri atau ada sebab?." Soal Doktor Bani.

"I quit smoking after marriage." Balas Kasturi. Tiba-tiba Kasturi terdiam, terkelip-kelip matanya selepas bibirnya menuturkan ayat tadi. Doktor Bani yang sedang menaip juga terhenti pergerakan tangannya.

"You told me before, you don't remember you're married." Kata Doktor Bani. Kasturi sudah terkaku. Seakan tidak percaya bahawa ayat itu keluar dari bibirnya.

"I.. really don't remember.." Balas Kasturi bersama gelengan kepala. Doktor Bani tersenyum.

"Can you tell me what you did to make sure your past memories are remembered today?." Soal Doktor Bani ingin tahu. Mungkin apa yang dilakukan oleh Kasturi punca ingatannya tadi muncul tanpa disangka.

Sudah satu jam lebih Kasturi berada di dalam pejabat Doktor Bani tetapi lelaki itu masih belum keluar. Kira yang berada di luar sudah tertoleh pada pintu pejabat yang tertutup rapat.

"Hm.. Ada masalah ke? Macam lama je.." Kata Kira sendiri. Kepala disandarkan ke dinding sementara menunggu Kasturi keluar dan entah bila masa dia terlelap pun tidak pasti. Sedar-sedar sahaja ada tangan yang mengejutkannya bangun. Itulah padahnya tidak dapat tidur malam tadi.

"Kira.. Hey wake up." Kejut Kasturi. Kira terpisat-pisat mata apabila memandang Kasturi yang sudah berada di sisinya di atas bangku.

"Eh, awak. Dah siap?." Soal Kira. Kasturi angguk lalu bangun berdiri dan waktu itu Doktor Bani turut ada bersama.

"Puan El." Sapa Doktor Bani.

"Eh, Doktor." Balas Kira. Kalut dia bangun berdiri membetulkan pakaiannya.

"Macam mana dengan Edan?." Soal Kira. Doktor Bani tersenyum.

"Esok tak perlu datang temujanji." Kata Doktor Bani.

"Hah, why? Is there a problem?." Soal Kira sambil wajah Kasturi dan Doktor Bani dipandang bergilir.

"No, tak ada masalah. Cuma Puan El kena pastikan Tuan Edan makan ubat ikut masa dan jangan biarkan Tuan Edan terlalu fokus untuk kembalikan ingatannya." Pesan Doktor Bani.

"And it's good if can you do any exercise to improve your health, Tuan Edan." Tambah Doktor Bani lagi sambil memandang pada Kasturi.

"Okay Doc and thanks." Ucap Kasturi.

"Baik Doktor." Kata Kira pula. Doktor Bani angguk sambil tersenyum.

"Kalau tak ada apa-apa, saya minta diri dulu." Kata Doktor Bani lalu terus melangkah meninggalkan Kira dan Kasturi.

"Mana Am?." Soal Kasturi sambil matanya memandang kiri dan kanan.

"Am ada di luar, dia jawab call." Balas Kira. Tidak lama Am muncul di sebalik pintu.

"Edan." Panggil Am dengan wajah yang sedikit cemas.

"Aku kena balik office. Ada masalah dengan client. Dia hanya nak berurusan jika aku ada bersama dengan Burn." Kata Am pada Kasturi.

"Siapa client tu?." Soal Kasturi. Am hampiri Kasturi lalu membisikkan sesuatu. Kasturi angguk.

"It's okay. Kau uruskan dengan Burn." Kata Kasturi.

"Edan, aku pergi dululah. Takut lambat pula sampai sana nanti." Kata Am.

"El, saya pergi dulu. Kalau ada apa-apa, call saya okay. Saya dah beritahu pada Reno." Tambah Am lagi.

"Okay Am." Balas Kira. Tanpa lengah, Am terus beredar. Besar langkahnya dibuka. Kira pandang Kasturi.

"What?." Soal Kasturi sambil langkah dibuka.

"Nothing." Balas Kira. Langkah Kasturi diekorinya hingga ke lift. Butang ke bawah ditekan.

Apabila sampai di lobi, kereta yang dipandu Reno belum muncul. Kira pandang jam di pergelangan tangan, kemudian ditoleh kiri dan kanan. Nampak resah sahaja.

"Are you okay?." Soal Kasturi apabila melihat Kira seperti ada yang tidak kena.

"Er.. Saya tak tahan, nak ke tandas sekejap. Boleh tak?." Soal Kira.

"Pergilah, Reno belum sampai lagi." Balas Kasturi.

"Okay. Saya pergi sekejap ya. Ada apa-apa call saya tau." Pesan Kira. Kasturi pandang Kira.

"Do you think I'm a little kid?." Kata Kasturi. Kira pamer senyum lalu laju kakinya melangkah ke arah tandas di sebelah kiri lobi manakala Kasturi pula membuka langkah ke arah pintu keluar.

"I never thought we could meet here." Sapa seorang wanita pada Kasturi. Kasturi menoleh wanita anggun yang berdiri di sisinya.

"Are you talking to me?." Soal Kasturi pelik. Wanita itu ketawa kecil.

"You are still as arrogant as before." Kata wanita itu. Kasturi kerut kening.

"Do I know you?." Soal Kasturi apabila dia rasakan yang dia tidak kenal dengan wanita itu.

"How rude you ask me that's question!." Balas wanita itu bersama gigi yang terketap. Tiba-tiba satu lelaki yang berada di sisi membisikkan sesuatu di telinga wanita itu. Terus berubah wajahnya tetapi hanya seketika sebelum senyuman sinis terukir di bibir.

"I'm sorry.. I got a wrong person." Kata wanita itu tiba-tiba. Kasturi kerut kening. Silap orang? Biar betul!

"Oh! That's my driver. I pergi dulu. See you next time." Tambah perempuan itu lagi sebelum dia melangkah pergi dan terus melolos masuk ke dalam kereta. Kasturi menghantar wanita itu pergi dengan pandangan pelik.

***Dalam masa yang sama***

"How do you know about that?." Soal wanita itu pada lelaki yang berada di bahagian penumpang hadapan.

"Saya ada kawan yang bekerja di hospital ni. Dia yang beritahu, yang lelaki tadi hilang ingatan." Balas lelaki itu. Tersungging senyuman di bibir merah wanita itu.

"Patutlah dia tak kenal.." Kata wanita itu.

"But, that's good.. This means I can continue what stopped before." Kata wanita itu sendiri bersama ketawa kecil.

"Kau tunggu El.. Tak lama lagi, semua harta ayah kau akan jadi milik aku!." Tambah wanita itu bersama senyuman besar di bibir.

+++

"Awak! Awak!." Panggil Kira pada Kasturi.

"Awak.." Panggil Kira lagi. Kasturi yang menyedari kehadiran Kira di sisi terus menoleh.

"Awak tengok apa?." Soal Kira sambil dia juga turut memandang ke arah yang dipandang Kasturi tadi.

"Nothing." Balas Kasturi.

"Are you done?." Soal Kasturi pada Kira pula.

"Dah.. Sorry awak tunggu lama. Ramai pula orang dalam tandas tadi." Balas Kira.

"No worries." Balas Kasturi.

"Tu, Reno dah sampai." Kata Kira sambil jarinya menunding ke arah kereta hitam yang berhenti berhampiran mereka. Kasturi dan Kira terus melolos masuk ke bahagian penumpang belakang.

"Sorry Sir, I'm late." Ucap Reno sebaik Kasturi melabuhkan duduk.

"It's okay." Balas Kasturi.

"Let's go home." Kata Kasturi. Reno angguk lalu pedal ditekan. Di dalam kereta Kasturi hanya diam sambil pandangan dibuang ke luar kereta. Wajah wanita tadi masih bermain di fikiran. Puas dia cuba mengingati wajah tersebut tetapi gagal. Dia yakin wanita itu tidak salah orang. Kira yang berada di sisi memandang Kasturi yang wajahnya nampak berkerut seperti memikirkan sesuatu.

"Awak fikir apa?." Soal Kira pada Kasturi.

"Nothing." Balas Kasturi tanpa menoleh pada Kira. Kira hela nafas panjang sambil memandang sisi wajah Kasturi. Apa agaknya yang sedang difikirkan. Kasturi yang terasa seperti ada mata yang memandang padanya terus menoleh ke sisi.

"Really, it's nothing. Don't worry, okay?." Kata Kasturi. Dia tahu Kira bimbangkan dirinya. Kasturi hela nafas panjang.

"Come here." Kata Kasturi pada Kira lalu tubuh Kira ditarik rapat ke sisinya dan bahu Kira digosok. Kira perlahan bersandar ke dada Kasturi, dapat dia dengar dengan jelas degupan jantung lelaki itu. Kira mendongak memandang Kasturi dan dalam waktu yang sama Kasturi juga turut memandang Kira.

'Cup'

Tanpa sedar Kira berikan ciuman sekilas pada bibir Kasturi. Terkaku Kasturi dengan tindakan pantas Kira. Kira juga sama, dia tidak sangka yang dirinya akan bertidak sedemikian. Terus ditundukkan wajahnya bersama ketapan gigi pada bibir. Memerah wajah menahan malu. Harap-haraplah Reno tak nampak.

(10/07/2021 @ 2300hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience