Bab 62

Romance Series 548166

"Okay sayang." Balas Kasturi. Kira yang mahu melangkah menoleh pada Kasturi dengan dahi berkerut.

"Aku salah dengar ke?." Soal Kira sendiri sebelum dia melangkah keluar dari bilik tidur.

"Er.. Doktor." Panggil Kira pada Doktor Sany yang sudah berada di depan pintu rumah.

"Ya." Balas Doktor Sany sambil menoleh ke arah Kira.

"Macam mana dengan keadaan Edan?." Soal Kira bimbang.

"Untuk masa sekarang, saya nasihatkan supaya Edan kurangkan berfikir terutama bagi perkara yang memerlukan otaknya bekerja lebih." Kata Doktor Sany.

"Ingatkan Edan juga, jangan lupa makan ubat yang dibekalkan dan esok ada temujanji dengan Doktor Bani, kan." Tambah Doktor Sany lagi.

"Baik Doktor, saya akan ingatkan Edan dan terima kasih." Ucap Kira. Doktor Sany hanya angguk sebelum dia melangkah keluar. Setelah menghantar Doktor Sany ke muka pintu, Kira mengatur langkah ke arah bilik tidur. Dia mahu melihat keadaan Kasturi. Sebaik sampai di celah pintu bilik, Kira lihat Kasturi sudah elok berdiri di hadapan cermin almari solek.

"Eh, awak nak ke mana?." Soal Kira pada Kasturi yang dilihat sedang menyarungkan jaket ke tubuh.

"I have something to do." Balas Kasturi. Rambut yang sedikit kusut dirapikan dengan jari sebelum baseball cap hitam dipakainya.

"Kan Doktor Sany minta awak rehat." Kata Kira yang sudah berjalan menghampiri Kasturi. Kasturi menoleh pandang pada Kira di sisi.

"It's okay, just for a moment." Balas Kasturi lalu pipi Kira disapa sekilas sebelum melangkah keluar dari bilik. Terkaku Kira seketika dengan tindakan Kasturi sebelum dia berlari keluar mendapatkan lelaki itu.

"Abang!." Panggil Kira pada Kasturi yang sedang menyarung kasut. Hampir-hampir sahaja Kasturi mahu menoleh, mujur sempat ditahan. Not now sayang..

"Awak." Ulang Kira dengan panggilan lain dan kali ini Kasturi menoleh pandang pada Kira.

"Ya?." Balas Kasturi. Kira hanya tegak memandang Kasturi di hadapannya dengan pandangan keliru. Hatinya dapat rasakan seperti Kasturi sudah mengingati siapa dirinya tetapi apabila dia memanggil dengan panggilan abang, tiada sahutan pula dari Kasturi. Kira bingung sendiri.

"Kira, Kira." Panggil Kasturi pada Kira apabila dia melihat Kira hanya tegak memandangnya tanpa sepatah kata.

"Kira! Hey, what's wrong?." Soal Kasturi bimbang.

"Hah?." Kira yang seakan baru tersedar apabila mendengar namanya dipanggil Kasturi, terus menjawab.

"Are you okay?." Soal Kasturi yang sudah berdiri di hadapan Kira.

"Ya, I'm.. okay." Balas Kira tersangkut-sangkut.

"Er.. Awak balik pukul berapa? Saya nak masakkan makan tengah hari." Soal Kira.

"I'm not sure but I'll be back for lunch with you. Oh, Miran and Sean ada di luar. Anything, you can call them." Balas Kasturi lalu melangkah ke arah pintu semula.

"Sekejap." Panggil Kira. Kasturi menoleh pada Kira.

"Hampir terlupa saya. Insp Qais perlukan kita hadir ke IPD Ampang untuk beri keterangan berkaitan kes samun tadi." Kata Kira.

"Ok. Petang nanti kita ke sana." Balas Kasturi bersama senyuman nipis. Kira terkebil-kebil memandang Kasturi hinggalah lelaki itu hilang di sebalik pintu.

"Reno, let's go." Kata Kasturi sebaik dia keluar dari lif dan menghampiri kereta. Reno yang waktu itu berada di luar kereta terus melolos masuk ke bahagian pemandu manakala Kasturi pula di bahagian penumpang belakang.

Reno yang sedang memandu memandang seketika pada Kasturi melalui cermin pandang belakang.

"Sir." Panggil Reno.

"Hmm.." Balas Kasturi tanpa menoleh.

"Do you okay, Sir?." Soal Reno bersama pandangan sekilas pada Kasturi.

"I'm okay, don't worry. Just drive." Balas Kasturi.

"Okay.. But where are we going, Sir?." Soal Reno lagi.

"To the Agency." Balas Kasturi. Reno pandang Kasturi melalui cermin pandang belakang dengan dahi berkerut.

"What?." Soal Kasturi yang masih lagi memandang ke luar kereta.

"Nothing.. I was just surprised when you called me. Because.. what I know, you are still not feeling well, Sir." Balas Reno.

"I'm fine." Balas Kasturi pendek.

"I need to do something." Tambah Kasturi lagi. Reno angguk lalu dia teruskan pemanduannya ke Agency.

"They said that when a person is dying, their life flashing on their eyes, like a film reel.." Tiba-tiba Kasturi bersuara. Reno yang sedang memandu menoleh seketika pada Kasturi di belakang.

"Pardon, Sir?." Kata Reno.

"But this morning, during the incident at the store, what flashed through my eyes were all the incidents I had almost forgotten." Sambung Kasturi lagi. Rasa sendat dadanya apabila teringatkan apa yang telah dia terlupa.

"You mean.. You remember everything, Sir?." Soal Reno teruja. Kasturi memandang cermin pandang belakang dan pandangan mereka berlaga seketika sebelum Kasturi membuang pandang ke luar semula. Tergambar riak gembira pada wajah Reno bersama rasa lega.

"I'm glad you still remember me, Sir." Kata Reno bersama senyuman di bibir.

"Who says I'm remembering you?." Balas Kasturi. Terhenti senyuman di bibir Reno tetapi tidak lama, senyuman itu kembali semula apabila dia dapat melihat senyuman nipis tersungging di bibir Kasturi melalui cermin pandang belakang.

Selepas memandu hampir tiga puluh minit, kereta dipandu Reno memasuki kawasan parking di tingkat bawah bangunan agensi.

"You wait here, saya tak lama." Kata Kasturi pada Reno sebelum dia melolos keluar dari kereta dan belum sempat kaki melangkah, daun pintu kereta ditarik semula. Kepala ditundukkan sedikit ke dalam kereta.

"Don't tell anyone." Pesan Kasturi pada Reno.

"Yes, Sir." Akui Reno bersama anggukan kepala.

+++

Selepas tubuh Kasturi hilang di sebalik pintu rumah, Kira melabuhkan duduk di sofa. Ingatannya masih bermain-main dengan apa yang berlaku tadi. Tangan kanannya naik memegang dada, kuat jantungnya bekerja. Kalau betul ingatan Kasturi sudah kembali, dialah orang yang paling gembira.

'Ting Tong'

Loceng pintu berbunyi. Kira menoleh ke arah pintu rumah.

"Siapa pula yang datang?." Soal Kira sendiri lalu tubuh dibawa bangun dan dia melangkah ke arah pintu rumah. Doorbell camera dipandang, Miran? Tudung sarung yang berada di sofa armrest dicapai lalu disarung ke kepala. Kemudian dia kembali ke pintu rumah. Pemegang pintu dipegang dan daun pintu ditarik.

"Miran. Macam mana awak boleh sampai ke atas ni?." Soal Kira. Miran hanya senyum senget bersama sekeping kad yang ditunjukkan di tangannya sebelum kad disimpan semula ke dalam poket. Kira menggeleng perlahan.

"Ada apa ni?." Soal Kira apabila dia lihat wajah Miran yang nampak sedikit cemas.

"Er.. Mika call." Kata Miran.

"Mika? You mean Mikael?." Soal Kira. Miran angguk.

"What happened?." Soal Kira lagi.

"Mika bagitau keadaan daddy tak stabil selepas dipindahkan ke Gleneagle Hospital semalam." Terang Miran dengan riak bimbang.

"Kenapa pindahkan ke hospital tu pula?." Soal Kira.

"Mummy yang nak pindahkan." Balas Miran. Kira diam tidak membalas. Tapi.. Ayah kritikal ke? Hatinya berbolak balik samada mahu pergi atau pun tidak kerana selama ini ayahnya itu tidak pernah sekalipun mahu mencarinya. Dia juga tidak pernah kenal siapa ayahnya walaupun selama ini arwah Pak Chaq ada juga mencari ayah.

"Saya tak minta awak ikut saya El, saya cuma nak beritahu yang saya nak ke hospital dan saya akan hubungi Encik Am untuk minta dia carikan orang bagi menggantikan tempat saya. Itu sahaja." Kata Miran.

"Saya ikut." Kata Kira yakin.

"Tapi.." Laju Miran menyampuk hampir serentak dengan Sean.

"But Madam.." Sean yang berada di belakang Miran turut bersuara.

"It's okay. Don't worry, Mr.K is out and you Miran, wait here. I want to change my clothes. Don't you dare to go without me!." Kata Kira lalu dia terus membuka langkah dan masuk kembali ke dalam bilik tanpa sempat kedua lelaki tadi membalas.

"Miran." Panggil Sean yang berada di belakang.

"Kenapa Madam nak ikut? Does she know your father?." Soal Sean pelik. Miran sudah serba salah mahu beritahu perkara sebenar. Wajah Sean dipandang.

"She's my father's acquaintance." Balas Miran dengan jawapan selamat.

"Oh.." Balas Sean perlahan.

"But, she wants to follow you. What should we do? Kalau jadi apa-apa nanti macam mana?." Soal Sean bimbang. Cukuplah sekali Kira hilang sewaktu bersamanya dulu. Miran di sisi nampak serba salah. Niatnya cuma mahu memaklumkan pada Kira dan bukan mahu mengajaknya bersama kerana dia tahu kakaknya itu masih belum dapat terima kehadiran ayah mereka itu. Miran tarik nafas kasar sebelum soalan Sean dijawab.

"Biar aku call Mr.K." kata Miran lalu telefon bimbit dari dalam poket diambil dan belum sempat nombor telefon Kasturi di dail. Kira sudah sampai di muka pintu.

"Tunggu apa lagi?." Soal Kira pada Miran yang sudah besar langkahnya ke depan. Miran terkebil-kebil memandang Kira yang laju berjalan ke arah lif. Kedua-dua lelaki itu saling memandang antara satu sama lain. Sean angguk pada Miran.

"Thanks bro." Ucap Miran lalu kedua mereka laju mengejar Kira yang sudah pun masuk ke dalam perut lif. Miran memandang Kira yang berdiri di sisi kanannya.

"What?." Soal Kira tanpa menoleh pada Miran.

"Kalau Mr.K tau macam mana?." Soal Miran.

"Awak dalam bahaya El. Takkan dah lupa apa yang jadi semalam." Bisik Miran di telinga Kira. Sean yang berdiri di belakang sudah berkerut kening apabila melihat Miran dan Kira berbual rapat begitu.

"I just want to see him for a moment. After all, I have an unfinished business with that women!." Balas Kira. Bulat mata Miran dan waktu itu pintu lif terbuka. Pantas Kira membuka langkah menuju ke arah SUV hitam milik Kasturi. Miran pula masih tercegat di luar lif. Kira yang menyedari Miran masih kaku di luar lif terus menghentikan langkah kakinya. Tubuh dipusing ke belakang mengadap Miran.

"Jangan cakap orang yang nak bunuh awak tu adalah orang-orang mummy.." Kata Miran dengan riak terkejut. Kira berjalan mendapatkan Miran di hadapan pintu lif. Sean pula yang sudah bersedia di tempat pemandu hanya memandang keluar memerhatikan Miran dan Kira dengan penuh persoalan.

"Kita tak payah pergi. Biar saya call Mika!." Kata Miran lalu telefon di dalam poket dikeluarkan untuk menghubungi Mika tetapi dengan pantas dirampas Kira lalu telefon tersebut disimpan di dalam pouch beg di pinggangnya. Selepas itu Kira melangkah semula ke arah kereta yang telah sedia. Daun pintu di bahagian penumpang belakang ditarik dan tubuh dilolos masuk lalu kasar daun pintu kereta ditutup. Mencerlung matanya memandang Miran yang berada di luar. Melihat pada tindakan Kira, Miran terus berlari ke arah kereta dan daun pintu penumpang hadapan ditarik dan tubuh dihempas kasar. Miran menoleh ke belakang.

"What are you doing, El?!." Soal Miran pada Kira. Tinggi suaranya, sudah terlupa dengan kehadiran Sean di sebelah yang nyata nampak terkejut. Miran waktu itu tegang sahaja wajahnya. Kira buat tidak peduli.

"Sean, let's go." Kata Kira pada Sean. Sean pandang Miran.

"Sean, I said let's go!." Tinggi suara Kira berbunyi. Miran hela nafas kasar sambil memandang semula ke hadapan. Tidak guna untuk dia bertekak dengan kakaknya. Sorry Mr.K, your wife is so stubborn.

"Let's go Sean." Kata Miran. Tegak pandangannya dibuang ke hadapan. Masing-masing senyap hinggalah sampai di Hospital Gleneagle Jalan Ampang. Kira dan Miran diturunkan di lobi hospital dan kemudian Sean terus ke tempat parking. Miran berjalan beriringan dengan Kira ke tempat lif untuk ke wad daddynya. Butang lif ditekan dan apabila pintu lif terbuka, kedua mereka melangkah masuk. Miran memandang Kira, tidak beriak wajah kakaknya itu. Entah apa yang difikirkan pun tidak pasti.

'Ting'

Pintu lif terbuka, Miran melangkah keluar diikuti Kira di belakang.

"Are you okay?." Soal Miran pada Kira yang dilihat tenang sahaja berjalan di sisinya. Kira menoleh seketika pada Miran sebelum soalan lelaki itu dijawab.

"Kenapa? Takut mummy awak bunuh saya ke?." Soal Kira pada Miran.

"Don't say like that El!." Marah Miran.

"Or.. You're worried I killed your mom?." Soal Kira yang mahu menguji.

"No! Apa yang awak mengarut ni?!." Laju Miran membalas. Terhenti langkah kaki Kira apabila mendengar jawapan Miran. Miran juga turut sama hentikan langkah kaki.

"Maknanya awak tak kisah kalau saya bunuh mummy awak?." Soal Kira pada Miran.

"El.. Bukan macam tu.." Balas Miran. Kira teruskan semula langkah kaki. Miran menggeleng perlahan lalu mengejar langkah Kira dan mendahuluinya hingga sampai di pintu wad. Di luarnya ada dua orang lelaki sedang duduk di kerusi berhampiran pintu wad. Sebaik melihat Kira terus berdiri tegak kedua lelaki tadi. Miran berhenti melangkah dan tangan kanannya diangkat ke kanan, tanda tidak mahu Kira teruskan langkahnya.

"Aku nak masuk." Kata Miran. Kedua lelaki tadi saling memandang sebelum salah seorangnya berbisik pada rakannya seorang lagi.

"Madam tak benarkan sesiapa pun masuk tanpa kebenaran." Balas salah seorang dari lelaki tadi. Kira yang berada di belakang Miran terus melangkah ke arah pintu wad tanpa memperdulikan kedua lelaki tadi dan pemegang pintu terus dipegang. Sebaik sahaja mereka melihat Kira memegang pemegang pintu, salah seorang darinya terus memegang bahu kanan Kira dan mahu menarik Kira dari membuka pintu. Kira menoleh ke kanan lalu tangan lelaki tadi dipegang dengan tangan kanannya dan dipusingkan pergelangan tangan lelaki itu dan dibawa ke depan hingga lelaki itu terduduk. Tanpa lengah, pangkal lengan lelaki itu dipijak dan tangannya dikilas ke belakang. Menderam sakit lelaki itu dibuat Kira.

Seorang lagi rakannya mahu membantu rakannya yang sudah tertiarap di atas lantai tetapi pantas Miran bertindak. Tumbukan dilepaskan pada muka lelaki itu hingga terteleng dan hentakan lutut yang diberikan pada perut membuatkan lelaki tadi terdorong ke atas kerusi di tepi dinding. Miran tidak memberi peluang apabila tendangan diberikan pada dada lelaki tadi yang cuba untuk bangun.

"What happened here?." Soal satu suara dari belakang. Miran menoleh ke arah suara di belakang, begitu juga dengan Kira.

"Mika." Nama Mikael disebut serentak dan dengan itu juga kedua lelaki tadi dilepaskan. Mendengus kasar kedua lelaki tadi bersama rasa tidak puas hati bersama tubuh dibawa bangun.

Tanpa menunggu, Kira terus memegang pemengang pintu dan daun pintu ditolak tanpa sempat dihalang. Sepasang mata yang sedang bersandar di kepala katil di dalam bilik memandang tepat padanya. Terus terkaku kaki Kira di tengah-tengah bilik.

"El.." Bergetar suara Mirwan menyebut nama Kira. Tegak matanya memandang Kira tanpa berkelip. Cecilia yang sedang duduk di sisi katil sambil memegang mangkuk bubur terus menoleh ke belakang apabila mendengar nama tersebut terluncur dari bibir suaminya. Tepapar wajah terkejut dengan kehadiran Kira bersama Miran dan Mikael di belakang wanita itu. Terketap-ketap gigi menahan rasa, sungguh tidak dia sangka Kira akan muncul pada hari ini. Dua orang pengawal peribadinya yang berada di celah pintu dijeling tajam. Apabila dia menoleh semula ke arah Mirwan, wajah terus dimaniskan sebaiknya.

"Darling.. Who is she?." Soal Cecilia pada Mirwan dengan suara yang lembut. Mirwan menoleh pada Cecilia dengan wajah ceria bersama senyuman di bibir. Dalam hati bermacam-macam sumpah seranah yang Cecilia berikan pada Kira.

"That's my daughter. Elvaretta Kirana." Balas Mirwan.

"Is this the person that you always telling to me?." Cecilia bertanya dengan wajah yang ceria dibuat-buat. Mirwan angguk dengan senyuman yang tidak lekang di bibir.

"Oh.. So beautiful." Kata Cecilia lagi.

"Ya, wajahnya saling tak tumpah macam ibunya." Balas Mirwan bersama wajahnya yang tegak memandang Kira.

"El.. Come here." Panggil Mirwan pada Kira yang masih kaku di tempat tadi.

"El.." Panggil Mirwan lagi, kali ini bersama gamitan tangan kanannya. Miran yang berdiri di sisi kiri Kira menyentuh lengan wanita itu. Kira menoleh pada Miran. Miran angguk.

"We're going with you." Kata Mikael yang berada di sisi kanannya pula. Kira tarik nafas panjang sebelum langkah kaki di atur ke arah katil. Dapat Kira lihat wajah Cecilia yang tegang dan ketat menerima kehadirannya. Mungkin wanita itu tidak sangka dengan kehadirannya pada hari ini. Kira simpan senyum di dalam hati.

(13/08/2021 @ 2030hrs)

Share this novel

Siti Hajar
2021-08-31 16:17:18 

bila nk update,

Hawani Hashim66
2021-08-27 14:58:05 

fifi where are u akak miss Double K ni huaaaa

Hazwanihussain Ninie
2021-08-21 06:16:38 

bila nk update plsss


NovelPlus Premium

The best ads free experience