Bab 18

Romance Series 548166

Password pada pintu ditekan.

'Beep..'

Bunyi itu menandakan pintu sudah unlock. Kira menolak daun pintu lalu dia terus melangkah masuk. Carrie yang berada di meja penyambut tetamu menyapa Kira sambil tersenyum.

"Morning El" kata Carrie.

"Morning Carrie, Encik Am dah sampai ke?" soal Kira.

"Belum.. sekejap lagi sampai la tu" balas Carrie. Kira angguk lalu dia terus melangkah ke bahagian tepi kaunter dan berhenti di hadapan sebuah cermin bersaiz pintu. Kira kemudian menyentuh ibu jarinya pada bahagian kanan cermin lalu timbul panel bercahaya biru. Password dimasukkan sekali lagi dan..

'Klak'

Cermin besar tadi terbuka dan di sebaliknya ada sebuah lift yang sudah tersedia terbuka pintunya. Kira terus melangkah masuk. Tingkat 10 ditekan. Pintu lift terus tertutup dan laju naik ke atas.

Sebaik sampai, Kira mencapai pemegang pintu lalu ditolak dan dia melangkah masuk.

"El!" jerit satu suara dari belakang. Kira toleh.

"Apa kau ni Shah pagi-pagi dah terjerit-jerit macam ni?" marah Kira sambil kaki terus berjalan ke tempatnya. Shah sudah tertawa lalu dia melabuhkan duduk di bucu meja Kira. Laju Kira menepuk Shah dengan beg di tangan.

"Eh, bangun-bangun. Jangan nak cemarkan meja aku ya" marah Kira. Shah ketawa lagi dan dia terus berdiri sambil memeluk tubuh. Kira dipandang lama.

"Kau dah kenapa pandang aku macam tu?" soal Kira. Beg diletakkan di tepi meja dan kemudian jarinya naik menekan butang power pada komputer. Shah senyum.

"Aku lega tengok kau happy macam ni" kata Shah. Kira yang tadi memandang pada skrin monitor terus mengalihkan pandangan pada Shah.

"Aku okay.." balas Kira lambat. Walaupun dia masih terasa dengan kehilangan Pak Chaq dan Mak Chaq, hidupnya mesti diteruskan. Hm.. sampai bila dia nak buat kerja ni, Mak Chaq sudah banyak kali minta dia berhenti dan cari kerja lain. Walaupun dia berkulusan tinggi tetapi mahu cari kerja yang sesuai pada waktu sekarang bukannya mudah.

"Shah" nama Shah dipanggil. Shah dan Kira pantas menoleh ke belakang.

"Apa Dell?" soal Shah. Dell yang sedang memegang satu fail berjalan menghampiri meja Kira.

"Ada target baru VVIP, tapi kali ni lain sikit" kata Dell sambil fail ditangannya digoyang-goyangkan.

"Apa yang lainnya, bukan kita tak biasa dapat target VVIP macam ni" balas Shah dan dia cuba mencapai fail di tangan Dell.

"Kali ni bukan VVIP yang biasa" balas Dell bersungguh.

"Eh, kalau dah namanya VVIP dah tentu lah bukan biasa. Apa benda kau ni?" sampuk Kira yang sedang menaip sesuatu di keyboard komputernya.

"Tak.. kalau aku cakap mesti korang tak percaya" tambah Dell lagi. Shah dan Kira tayang wajah tak kisah.

"Ish.. maksud aku target baru ni dia.." kata Dell.

"Hm.. pagi-pagi dah membawang?" tegur Encik Am yang baru sampai. Terus berdiri tegak ketiga-tiga mereka.

"Morning Encik Am" sapa mereka hampir serentak.

"Hurm.. morning. Dell, mana fail yang saya minta semalam?" soal Encik Am.

"Ni, saya dah siapkan Encik Am" balas Dell lalu mengekori langkah Encik Am masuk ke pejabatnya. Dell toleh ke belakang seketika sebelum tubuhnya menghilang di sebalik pintu pejabat Encik Am. Tidak lama setelah Dell masuk ke dalam, Kira pula dipanggil masuk.

"El" panggil Dell dari pintu pejabat Encik Am.

"Yup" jawab Kira lalu dipandang ke arah Dell.

"Encik Am panggil" kata Dell lalu dia menghilang semula di sebalik pintu. Kira pandang Shah sambil dibawa tubuh berdiri.

"Kenapa Encik Am panggil aku?" soal Kira pada Shah. Shah jungkit bahu.

"Mana aku tahu" balas Shah sambil melangkah ke mejanya. Kira betulkan pakaian dan dia melangkah masuk ke arah pejabat Encik Am. Daun pintu diketuk.

"Masuk" Encik Am menyahut dari dalam. Pemegang pintu dipegang lalu ditolak daun pintu.

"Encik Am panggil saya" kata Kira.

"Duduk El" kata Encik Am.

"Terima kasih" ucap Kira lalu dia melabuhkan duduk di kerusi kosong di sebelah Dell.

"This your task" kata Encik Am lalu menyerahkan sebuah fail pada Kira. Kira sambut huluran fail tersebut lalu isi kandungannya dibaca satu persatu. Kemudia dia pandang wajah Encik Am.

"Ni targetnya?" soal Kira.

"Yup, dia akan kembali ke Malaysia dalam tiga empat hari lagi. Saya nak awak bersedia dan pastikan bila sampai waktunya, it's done" kata Encik Am. Kira angguk.

"Baik, Encik Am" balas Kira.

"Okay, that's all" kata Encik Am. Kira kemudian terus bangun berdiri dan fail tadi turut dipegang bersamanya.

"Saya keluar dulu Encik Am" kata Kira yang sudah mengatur langkah ke arah pintu.

"El" panggil Encik Am. Kira toleh semula ke belakang memandang lelaki berkumis nipis itu.

"Takziah, El" ucap Encik Am. Kira angguk.

"Terima kasih Encik Am" balas Kira lalu dia melangkah keluar dari pejabat Encik Am. Shah yang melihat Kira melangkah keluar bersama fail di tangan terus dihampiri wanita itu.

"New task?" soal Shah. Kira angguk dan fail di tangan Kira cuba diambil tetapi pantas tangannya ditepuk dengan fail tersebut.

"Siapa?" soal Shah ingin tahu. Kira menjeling tajam sambil dilabuhkan duduk lalu laci berkunci di bahagian paling bawah ditarik dan fail tadi di simpan.

"Jangan nak mengada, confidential kan!" marah Kira.

"Alah.. confidential la sangat.. esok-esok aku tau jugak" usik Shah. Menjeling Kira dengan kata-kata Shah.

"Dah la kau, pergi sana. Aku nak buat kerja. Banyak kerja tak siap lagi ni. Syuh! syuh!" kata Kira pada Shah sambil menggayakan tangannya.

"Ha.. itu lah dia nya.. bila tak nak, dihalau-halaunya, nanti bila time nak.. tak menyempat-nyempat.. tak kira waktu aku kau cari.." balas Shah yang sudah melangkah ke arah mejanya. Kira sudah tergeleng.

"Meraju.. merajuk.. eh, buruklah lelaki merajuk" usik Kira lagi.

"Kau memangkan.. tak ada langsung rasa nak pujuk aku.." balas Shah dengan suara seakan orang merajuk saja bunyinya. Kira ketawa lalu kertas yang ada di atas mejanya digumpal-gumpal dan dibaling pada Shah. Ketawa mengekek Shah.

"Oit! jangan main-main boleh tak!" marah Sara yang baru sampai sambil bercekak pinggang.

"Mak tiri dah sampai!" usik Shah pada Sara. Kira sudah tertawa di mejanya. Terhibur sekejap dia dengan karenah mereka. Sara mengutip bebola kertas yang dibaling Kira tadi sambil bising mulutnya membebel.

Hari itu seharian Kira habiskan masa di pejabat menyiapkan repot untuk diserahkan pada Dell dan Dell akan hantar laporan pada Encik Am. Sedang asyik menaip, mejanya diketuk. Kira dongak.

"Eh, Encik Am" tegur Kira dan mahu bangun berdiri.

"No need to get up" kata Encik Am lalu dia labuhkan duduk di kerusi di hadapan meja Kira.

"This for you" kata Encik Am lalu menghulurkan bungkusan nasi pada Kira. Kira pandang Encik Am dengan dahi berkerut.

"Kerja tu kerja juga, kesihatan kena jaga. Makan ni, kalau awak sakit siapa yang susah" kata Encik Am.

"Eh, tak apa lah Encik Am. Saya dah makan di rumah pagi tadi" kata Kira serba salah.

"Itu pagi tadi.. now, dah dekat jam tiga petang, El" kata Encik Am sambil jari telunjuknya mengetuk jam tangannya. Kira pandang jam tangan di pergelangan tangannya. Mak oi! lamanya aku buat kerja, patutlah lehernya lenguh, mata pun dah naik berpinar.

"Tak apalah. Encik Am makanlah" Kira menolak. Bukan dia tidak mahu tetapi segan apabila dia dilayan begitu.

"Saya dah makan El. Ni saya belikan untuk awak. Sekarang makan dulu, lepas ni sambung semula" kata Encik Am sambil tangannya menutup fail yang berada di hadapan Kira. Kemudian dia terus bangun dan melangkah ke arah pintu pejabatnya lalu meninggalkan Kira di meja kerjanya yang masih terkebil-kebil memandang bungkusan nasi tadi.

"Psstt! Psstt!" Kira juling mata ke atas. Ish.. tak ada benda lain la ni.. nak gosipkan aku la tu.

"Ada apa kau ni?" marah Kira lalu dipusingkan kerusinya ke belakang ke arah meja Sara.

"Wei! kan aku dah cakap Encik Am tu ada hati kat kau.." kata Sara sebaik kerusi kerja berodanya yang digerakkan dengan kaki sampai di tepi meja Kira.

"Kau merepek apa ni?" soal Kira lalu bungkusan nasi diletakkan di tepi begnya.

"Eleh.. mengaku je la.. Kau sendiri pun boleh nampak kan. Mana pernah dia beli makan untuk orang lain" giat Sara lagi.

"Ha'ah kan.. asyik Kira Kira Kira" sampuk Shah yang baru keluar dari pantry bersama dua buah mug di tangan. Satu diletakkan di atas meja Kira dan satu lagi disisipnya.

"Aku punya tak de?" soal Sara pada Shah.

"Kau nak buat sendiri la" balas Shah lalu disisip lagi coklat panas di dalam mug.

"Kau pun sama macam Encik Am. Aku tengok kau layan Kira special dari orang lain kenapa? kau suka Kira ek.." usik Sara sambil lengan Shah dicucuknya. Terbatuk Shah dengan usikan Sara.

"Minum tu cuba duduk, kan dan tersedak" sampuk Kira lalu dihulurkan tisu pada Shah.

"Kau orang ni kan daripada bercakap benda yang bukan-bukan, baik balik ke tempat masing-masing. Aku nak makan. Tengok muka kau orang ni, hilang selera aku" kata Kira sambil menyimpan fail yang berada di hadapannya di atas tray lalu bungkusan nasi tadi diambil.

"Sombong.." kata Sara lalu dia bergerak semula ke mejanya.

"Kejap lagi panggil aku juga.. minta tolong habiskan nasi tu" kata Sara lagi. Kira sudah tergeleng.

"Kau Shah, tak nak balik tempat ke?" soal Kira. Shah yang tertegak di tepi meja Kira tersengih-sengih sebelum berjalan kembali ke tempatnya.

"Eh, tapi betul.. Encik Am tu suka kau" bisik Sara di tepi telinga Kira. Tak jadi Kira mahu menyuap nasi goreng ke mulut. Sara di sisi dipandang.

"Okay.. okay.. jemput makan Tuan Puteri" usik Sara lalu dia kembali ke tempatnya. Sakit kepala dapat kawan-kawan yang masuk air macam ni tapi jangan salah sangka. Nampak sahaja mereka begitu tetapi cekap dalam melaksanakan task yang diberi dan masing-masing ada kelebihan tersendiri. Sara tu nampak sahaja begitu tetapi hebat dalam tempur jarak dekat. Belum ada lagi yang berjaya lepas dari dia.

+++

"Saya tak paksa Edan, tapi saya berharap sangat awak buat keputusan yang tepat" kata Tuan Mazlan pada Kasturi.

"And I believe you two are a great partner for this mission" tambah Tuan Mazlan lagi. Kasturi dan Kent dipandang bergilir.

"Saya dah lewat, saya kena gerak dulu" kata Tuan Mazlan yang sudah bersedia untuk beredar. Kasturi dan Kent pula terus bangun berdiri.

"Terima kasih Tuan" kata Kasturi dan Kent yang sudah berdiri tegak lalu kedua mereka bergerak keluar dari pejabat Tuan Mazlan.

"Edan, kau rasa macam mana?" soal Kent semasa sedang berjalan keluar dari lift menuju ke pejabat. Kasturi toleh ke sisi.

"Aku tak pasti lagi Kent" balas Kasturi. Dia serba salah. Kalau dia terima bermakna Kira perlu ditinggalkan tetapi kalau ditolak bimbang Tuan Mazlan pula yang akan kecewa. Serba salah jadinya. Nafas ditarik panjang. Sewaktu di melintas pejabat operasi kakinya terhenti dan kemudian terus dia melangkah masuk. Kent yang melihat Kasturi masuk ke pejabat tersebut, juga turut sama mengekori dari belakang.

"Syamill" panggil Kasturi pada Detektif Syamill yang berada di meja kerjanya.

"Tuan Edan, Tuan Kent" sapa Syamill yang berdiri tegak. Kasturi dan Kent angguk.

"Saya nak mintak tolong awak semak background satu penama, boleh?" kata Kasturi.

"Boleh, sini saya tolong semakkan" kata Syamill lalu dia melabuhkan duduk di kerusinya semula. Kasturi capai pen dan kertas yang ada di atas meja Syamill lalu dicatitkan nombor kad pengenalan dan diserahkan kertas tersebut pada Syamill dan pen diletakkan di atas meja semula.

"Tuan nak saya running full background ke?" soal Syamill sambil jarinya lincah menaip di keyboard.

"Yup, termasuk financial" kata Kasturi. Kent yang berdiri di sisi Kasturi menoleh.

"Thanks Mill" ucap Kasturi.

"Siapa ni? suspek ke?" soal Kent. Kasturi hanya diam tidak membalas tidak lama keluar gambar salinan kad pengenalan pada skrin di pertama di sebelah kiri Syamill. Kent membaca nama yang tertera.

"Elvaretta Kirana Binti Mirwan? eh, ini bukan.." tergantung ayat Kent apabila Kasturi sudah tajam memandangnya. Rapat bibirnya dikunci.

"Ni Tuan, saya dah printkan butiran penama yang Tuan minta" kata Syamill lalu menyerahkan beberapa helai kertas yang dicetak pada Kasturi. Kasturi membaca butiran yang tertera. Memang benar seperti yang Kasturi agak, ada sesuatu mengenai Kira yang dia terlepas pandang.

"Skill, great at handling weapons" sebut Kasturi. Kent mengintai kertas yang dipegang Kasturi.

"Special Agent? Eh, ini syarikat swasta" tambah Kent lagi. Berkerut dahi Kasturi apabila membaca nama syarikat yang menjadi majikan pada Kasturi.

"Apasal macam pernah dengar nama syarikat ni?" soal Kasturi sendiri sambil melangkah keluar dari pejabat operasi bersama kertas tadi yang masih dalam tangannya.

"Kau biar betul.. ni bukan wife kau ke?" soal Kent pada Kasturi yang seakan berfikir sesuatu.

"Kalau betul la ini sebenarnya kerja wife kau, macam mana aku nak daftarkan dalam HRMIS? confirm tak lulus Dann.." kata Kent pada Kasturi yang sudah berhenti di hadapan pejabatnya. Wajah Kent dipandang.

"Kau hold dulu" pinta Kasturi lalu dia melangkah masuk ke pejabatnya dan pintu ditutup. Dilabuhkan duduk di kerusi kerja lalu nombor seseorang dihubungi. Kertas di tangan diperhatikan lagi.

"Hello" Kasturi bersuara.

"Aku nak jumpa kau boleh?" soal Kasturi.

(10/02/2021 @ 2218hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience