Bab 26

Romance Series 548166

Besar Kira buka langkah hingga ke tangga. Laju anak tangga didaki hingga ke bilik. Daun pintu bilik ditarik kasar lalu dilolos masuk dan daun pintu ditutup semula. Tubuh dihempas ke katil bersama hati yang panas.

"Sengajakan, nak sorok. Seronok tengok aku kena main macam tu. Task aku kena withdraw, mesti dia punya kerja!." Marah Kira. Berkerut-kerut wajah menahan marah.

"Ish! Memang nak kena. Tunggu la." Bebel Kira lalu tubuh dibawa bangun menuju ke bilik closet. Tuala di penyidai dicapai lalu dibawa ke hadapan bilik air. Tudung yang tersarung di kepala ditarik kasar lalu dicampak ke dalam beg laundry. Kemudian pakaian pada tubuh pula. Sesudah itu tuala disarung ke tubuh dan terus dia melangkah masuk ke bilik air untuk membersihkan tubuh. Mudah-mudahan dapat menyejukkan hatinya yang panas. Hampir satu jam Kira berada di dalam bilik air. Lega rasa tubuh setelah tubuh disiram air.

Kaki melangkah keluar dari bilik air sambil tangan mengeringkan rambut yang basah. Telefon bimbit yang berada di atas meja solek dipandang. Skrin yang gelap disentuh.

"Hm.. Dah buat salah, tak ada rasa langsung nak hantar mesejkan." Bebel Kira sendiri. Telefon dibiarkan tanpa peduli. Dia kemudian melangkah ke arah bilik closet untuk mengambil pakaian. Setelah siap berpakaian, Kira keluar semula lalu dia melabuhkan duduk di birai katil. Tangan meneruskan semula tugasnya yang terhenti tadi. Sedang ralit mengeringkan rambut. Terdengar bunyi ketukan.

'Tok Tok Tok'

Kira menoleh ke arah pintu apabila terdengar pintu bilik diketuk.

"Siapa pula? Takkan dah balik." Kata Kira lalu tuala diletakkan di atas katil. Dia kemudian terus mengatur langkah ke arah pintu. Daun pintu ditarik. Terjengul wajah Mak Leha.

"Mak Leha." Kata Kira apabila melihat Mak Leha yang berada di luar bilik.

"Er.. Puan tak nak turun makan? Mak Leha dah siap masak." Kata Mak Leha.

"Ke Puan nak Mak Leha bawa naik ke bilik?." Soal Mak Leha lagi.

"Tak apa la Mak Leha. Lapar nanti saya turun. Saya kenyang lagi." Kata Kira.

"Mak Leha baliklah, tak apa. Nak makan nanti pandai-pandai la saya ambil sendiri. Bukan tak biasa" Kata Kira.

"Betul ke ni Puan?." Soal Mak Leha bimbang.

"Ya, Mak Leha balik la." Kata Kira lagi.

"Puan jangan tak makan ya." Pesan Mak Leha.

"Iya.. Mak Leha janganlah risau. Lapar nanti saya turun." Kata Kira sambil diangguk kepala beberapa kali.

"Kalau macam tu Mak Leha balik dulu la." Kata Mak Leha lalu mengatur langkah menuju ke arah tangga. Kira pula terus merapatkan daun pintu dan melangkah ke arah katil. Tuala dicapai dan dibawa ke bilik closet. Tuala disidai di penyidai lalu sejadah dan telekung dicapai untuk solat maghrib.

+++

Kira tersedar dari lena, rasa lenguh tubuhnya. Kira bangun duduk dan kaki dilunjurkan ke hadapan. Patutlah, terlena di atas sejadah rupanya, jam di dinding dipandang. Sudah hampir sebelas malam. Lama juga dia terlena selepas solat isyak tadi. Telekung dibuka dan dilipat bersama sejadah. Tau-tau pula perutnya berbunyi waktu itu. Setelah rambut disisir Kira melangkah ke arah pintu. Daun pintu ditarik dan dia melangkah menuju ke arah tangga. Sebaik sampai di tingkat bawah, kaki Kira terhenti. Kepala ditoleh ke kanan dan kaki di atur langkah ke arah bilik kerja Kasturi. Daun pintu ditolak perlahan dan dijenguk sedikit. Sunyi.

"Belum balik lagi." Kata Kira sendiri. Dia kemudian melangkah masuk dan menuju ke meja kerja Kasturi. Sewaktu menghampiri meja kerja Kasturi, Kira terpandangkan topi baseball yang elok terletak di rak belakang.

"Hm.. Patutlah macam pernah tengok." Kata Kira sambil mencapai dan dibeleknya topi itu. Topi baseball inilah yang dipakai Kasturi sewaktu datang ke pejabat Encik Am tempoh hari. Rasa marah yang sudah reda tadi kembali semula. Menyirap rasa darah naik ke muka.

Ditarik laci meja Kasturi satu persatu hinggalah laci paling bawah. Ada satu bingkai gambar berwarna coklat. Kira labuhkan duduk di kerusi kerja Kasturi dan bingkai gambar tadi dicapai. Bulat matanya apabila melihat gambar empat lelaki berpakaian celoreng yang lengkap bersenjata berat. Tiga daripada lelaki tersebut memang dikenalinya iaitu Kasturi, Encik Am dan Encik Burn cuma seorang lagi lelaki itu tidak pernah dia lihat sebelum ini. Siapa pula lelaki ini? Setelah puas ditilik gambar itu, bingkai gambar disimpan semula. Tubuh dibawa bangun dan dia melangkah keluar dari bilik kerja lalu terus dapur. Perut yang sudah berbunyi perlu diisi.

Hampir jam dua belas setengah malam, Kira melangkah naik ke bilik semula. Tubuh dibaringkan di atas katil. Mata cuba dipejamkan tetapi tidak mahu juga lena menyapa. Puas dipusing kanan dan kiri. Nak kata bilik panas tak juga, air cond sudah di switch on. Hatinya rasa tidak sedap. Tangan kanan naik melekap di dada, berdebar-debar sahaja. Kenapa pula dia rasa tidak tentu arah malam ini. Dalam gelisah menanti mata terpejam, akhirnya Kira terlena juga.

'Klik'

Bunyi pintu bilik dibuka. Kira yang tidur-tidur ayam terbuka besar matanya. Dari hujung mata dapat dia lihat Kasturi yang melangkah masuk. Nampak kusut sahaja wajahnya. Kira membukakan matanya sedikit sahaja, dia tidak mahu Kasturi sedar yang dia sudah terjaga.

Kasturi yang sedang melangkah masuk terus sahaja ke bilik closet lalu tuala dicapai dan dia keluar semula. Jaket pada tubuh ditanggalkan lalu dimasukkan ke dalam beg laundry. Kemudian tuala diikat ke pinggang sebelum seluar ditanggalkan dan dimasukkan ke dalam beg laundry untuk dicuci. Sewaktu mahu menanggalkan t-shirt pada tubuh, bahagian lengan yang ketat menyukarkan baju untuk ditanggalkan. Berkerut wajah menahan perit. Terkial-kial dia di situ.

Kira melihat aksi Kasturi yang sedikit susah menanggalkan t-shirt dipandang pelik.

"Dah kenapa susah sangat?." Soal Kira sendiri. Kemudian Kira terpandang pada bandage yang bertampal di lengan kiri Kasturi.

"Dia luka?." Soal Kira sendiri. Terus dibawa tubuh turun dari katil dan laju tubuh Kasturi dihampiri lalu dibantu lelaki itu menanggalkan baju. Kasturi yang terkejut dengan kehadiran Kira hanya dibiarkan sahaja dia dibantu Kira hinggalah baju berjaya ditanggalkan.

"Lengan ni kenapa?." Soal Kira. Walaupun masih ada rasa marah, perasaan bimbang tidak boleh dibuang. Kasturi pandang Kira yang sedang memegang lengan kirinya.

"Luka sikit je." Balas Kasturi lalu perlahan lengannya ditarik dari pegangan Kira dan dia mahu mengatur langkah ke bilik air.

"Sikit?." Soal Kira tidak puas hati. Tangan Kasturi disambar lagi. Kuat gigi diketap menahan rasa.

"Kalau sikit kenapa bandage besar ditampal macam ni?." Soal Kira tidak puas hati.

"Tak ada apa, cedera masa ops tadi." Balas Kasturi tanpa memandang Kira. Kira mendengus kuat. Lengan Kasturi ditarik apabila lelaki itu mahu masuk ke bilik air.

"Sini, saya tolong." Kasar sahaja bunyinya. Kasturi masih tidak berganjak. Kira pandang Kasturi.

"Abang tak minta sayang tolong." Kata Kasturi perlahan. Terasa hatinya dengan tindakan kasar Kira. Sudahlah tangannya sakit. Ditarik-tarik begitu pula.

"Orang kesian kan dia tapi sombong." Balas Kira yang masih lagi memegang lengan Kasturi.

"Nak tolong biar ikhlas. Bukan kasar macam ni." Balas Kasturi mendatar. Berdesit bibirnya apabila bahagian luka dipegang kasar begitu. Dia tidak mahu bertekak dengan perkara begini tambahan pula tubuh yang penat dan fikiran yang bercelaru dengan macam-macam perkara yang difikirkan. Berkerut juga wajahnya menahan sakit kerana lengannya ditarik begitu. Kira hela nafas panjang. Lengan Kasturi dilepaskan.

"Sorry." Kata Kira sepatah seakan tersedar dengan tindakannya yang agak kasar dan tidak patut tadi. Sudahlah tangan sakit, dikasari begitu pula. Kira.. Suami kau tu.. Kalau arwah Mak Chaq ada, sudah tentu panjang bebelnya.

"It's okay. Abang masih boleh urus diri sendiri." Kata Kasturi lalu dia terus melangkah masuk ke dalam bilik air. Kira pantas mengekori langkah Kasturi. Rasa bersalah pula. Iyalah, sudahlah lengannya sakit. Dipegang kuat begitu pula. Kasturi buat tidak peduli pada Kira yang turut sama berada di dalam bilik air. Tanpa rasa bersalah, tuala di tubuh ditanggalkan. Merah padam wajah Kira melihat keadaan Kasturi.

"Sini lah.. saya tolong." Kata Kira seakan memujuk.

"Bandage tu mana boleh kena air." Kata Kira. Sudahnya Kasturi akur juga apabila Kira mahu membantunya untuk mandi.

Setelah hampir empat puluh minit, kedua-dua mereka keluar dari bilik air.

"Awak tunggu di katil sana. Saya ambil baju dengan tuala nak keringkan rambut." Kata Kira lalu laju kaki diatur ke bilik closet. Kasturi pula melangkah ke arah katil lalu dilabuhkan duduk di birai katil. Sementara menantikan Kira, lengan yang berbalut disentuh. Agak panjang juga lukanya. Baru sekarang terasa pedih dan sakit.

"Kenapa dengan lengan ni? Macam mana boleh cedera? Takkan kena pisau pula?." Soal Kira bertali arus sewaktu melangkah keluar dari bilik closet. Pakaian Kasturi diserahkan pada lelaki itu. Sebetulnya hanya seluar sahaja. Lelaki itu tidak biasa tidur berbaju. Kasturi sambut huluran Kira lalu disarungkan seluar dan tuala dipinggang ditanggalkan. Laju Kira mengambilnya dari tangan Kasturi dan tuala diletakkan di arm rest sofa.

"Duduklah, saya nak keringkan rambut." Kata Kira dengan suara yang mendatar. Kasturi melabuhkan semula duduknya di birai katil. Kira capai tuala kecil yang disangkutkan di bahu lalu dia melangkah menghampiri Kasturi dan dibawa tubuh berdiri di celah kaki Kasturi. Tuala tadi diletakkan di atas kepala Kasturi dan perlahan rambut lelaki itu dikeringkan. Kasturi kemudian memaut pinggang Kira dengan kedua tangannya. Tersentak Kira dengan tindakan Kasturi tetapi dibiarkan sahaja. Selepas rambut Kasturi dikeringkan, rambut lelaki itu disikat dengan menggunakan jemarinya.

"Saya nak sangkut tuala." Kata Kira. Perlahan Kasturi melepaskan pelukan di pinggang. Kira kemudian capai tuala di arm rest lalu dibawa ke bilik closet.

"Hospital tak bagi ubat ke?." Soal Kira yang baru melangkah keluar. Kasturi yang masih berada di birai katil menoleh pada Kira.

"Mana tau abang ke hospital?." Soal Kasturi. Kira hela nafas panjang.

"Kalau dah bertampal bandage besar macam tu, dah tentulah hospital yang buat.." Balas Kira.

"Ubat ada dalam beg di bawah." Kata Kasturi dan dia mahu bangun berdiri untuk ke bawah bagi mengambil ubat.

"Awak duduk, saya ambilkan." Kata Kira lalu dia terus melangkah ke arah pintu bilik. Daun pintu ditarik dan tubuhnya hilang disebalik pintu. Kasturi yang rasa selesa selepas mandi terus membaringkan tubuh. Mata dipejam rapat. Masih terbayang susuk tubuh lelaki yang menyerangnya tadi. Hatinya kuat mengatakan lelaki itu buka suspek yang terlibat sama dengan aktiviti pelacuran tersebut. Sedang asyik berfikir, pintu bilik ditolak. Kasturi menoleh dan dia lihat Kira melangkah masuh bersama dulang di tangan. Terus tubuhnya dibawa duduk.

Kira yang menatang dulang terus meletakkannya di meja sisi. Ada air kosong, milo panas, biskut dan juga plastik ubat.

"Nah, minum milo ni. Lepas tu makan biskut sikit. Nanti nak makan ubat. Kalau perut kosong terus makan ubat takut sakit pula." Kata Kira sambil menyerahkan mug milo pada Kasturi. Tanpa banyak soal, milo diteguk sedikit dan diserahkan kembali. Biskut yang ada di dalam piring dicapai sekeping dan habis dimakan lalu diselesaikan dengan milo.

"Makan ubat ni." Kata Kira sambil menghulurkan ubat yang telah dibuka bersama gelas air kosong. Kasturi capai ubat dan air kosong lalu dimakan tanpa banyak bicara.

"Thanks." Ucap Kasturi bersama gelas diserahkan kembali pada Kira. Huluran Kasturi disambut lalu diletakkan ke dalam dulang dan dulang diangkat untuk dibawa ke dapur tetapi belum sempat pemegang dulang dipegang, lengannya dicapai Kasturi.

"Tak payah la turun. Letak saja di sana." Kata Kasturi. Kira menoleh pada Kasturi yang memandangnya. Belas pula rasa hatinya bila melihat keadaan Kasturi begitu. Kepala diangguk lalu dulang diangkat dan diletakkan di meja sofa. Setelah itu dia kembali di birai katil. Wajah Kasturi diperhatikan. Bengkak akibat penangannya siang tadi masih berbekas.

"Pipi ni nak saya tuamkan tak?." Soal Kira sambil tangan kirinya naik memegang pipi Kasturi yang sudah mula menampakkan kesan.

"It's okay, sikit saja." Balas Kasturi. Berdecit bunyi bibir Kira.

"Tadi pun cakap sikit juga." Kata Kira. Laju tangannya ditarik semula.

"Betul, sikit saja. Abang okay." Kata Kasturi lalu dia naik ke atas katil dan tubuhnya dibawa bersandar di kepala katil.

"Sini." Panggil Kasturi pada Kira. Dalam teragak-agak Kira memanjat naik ke atas katil dan dia juga turut bersandar di kepala katil. Kasturi capai jemari Kira lalu dibawa ke bibir dan dikucup lama. Terkaku Kira dengan tindakan Kasturi.

"I'm sorry sayang. I know, I should not keep that a secret but how should I explain to you?." Kata Kasturi. Jemari Kira digenggam erat seakan tidak mahu dilepaskan.

"Abang bukan sengaja nak sorokkan tetapi belum jumpa masa yang sesuai. Takkan tiba-tiba nak bagitau yang abang adalah Mr. K." Sambung Kasturi lagi. Kira hanya diam mendengar.

"Lagi pula sebelum arwah ayah meninggal, abang tak pernah ambil tahu mengenai syarikat ni hinggalah arwah ayah meninggal dan abang perlu ambil alih. Abang pun tak sangka yang sayang merupakan salah seorang agen di syarikat ni." Kata Kasturi lagi.

Kira tarik nafas panjang. Bila difikirkan kembali ada betulnya juga. Takkanlah tiba-tiba Kasturi datang padanya dan beritahu yang dia adalah Mr. K tetapi walaubagaimana pun, hati Kira tetap terasa dengan apa yang Kasturi lakukan.

"Sayang.. Say something please." Kasturi rasa tidak senang hati apabila Kira masih diam tanpa sebarang kata.

"Lengan ni, macam mana boleh luka?." Soal Kira cuba mengubah tajuk. Kasturi hela nafas, dia tahu Kira masih terasa hati. Jemari Kira dilepaskan perlahan lalu tubuh dibaringkan dengan selesa di atas katil. Selimut ditarik menutup tubuh. Tersentak Kira dengan tindakan Kasturi.

"Kena pisau semasa bergelut dengan suspek." Jawapan yang sama Kasturi beri dengan mata yang terpejam. Kira terus turun dari katil apabila melihat pada Kasturi yang seakan tidak berminat untuk menceritakan apa yang berlaku semasa operasi tadi. Kaki diatur menuju ke meja lalu dulang tadi diambil dan dibawa turun ke dapur. Sebelum melangkah keluar dari bilik, Kasturi dipandang seketika. Sebaik Kira keluar dari bilik tidur, Kasturi buka mata. Tangan kanan naik meraup wajah bersama keluhan panjang. Lampu tidur di meja sisi ditutup dan mata dipejam kembali.

Kira kembali dari dapur, dia lihat lampu tidur di meja sisi Kasturi sudah gelap. Tanpa banyak bicara, katil terus dipanjat dan tubuh diselinap masuk di bawah selimut. Sebelum dia juga turut berbaring, bibir Kasturi disapa sekilas.

"Abang.. I'm sorry too." Bisik Kira di telinga Kasturi. Terus bulat mata Kasturi terbuka. Kira di sisi ditoleh. Terperanjat Kira apabila Kasturi dengan tiba-tiba membuka mata.

"Come here." Kata Kasturi sambil bangun dari pembaringan. Kira tayang wajah tidak mengerti.

"Come here." Kata Kasturi lagi sambil menepuk ruang di sebelah kanannya.

"My arm hurts. Here, I want to hug you." Kata Kasturi. Bulat bibir Kira apabila seakan baru memahami maksud Kasturi. Kira pantas beralih ke kanan katil dan Kasturi pula bergerak sedikit ke kiri memberi ruang pada Kira. Sesudah itu Kasturi membaringkan semula tubuhnya bersama Kira dalam pelukan. Ubun-ubun Kira dicium lama sebelum mata dipejam erat.

(03/03/2021 @ 1845hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience