Bab 8

Romance Series 548166

"Alhamdulillah.. dah selamat hang pa jadi suami isteri" kata Pak Chaq sebaik dia melolos masuk ke dalam kereta di bahagian penumpang hadapan. Kasturi yang berada di tempat pemandu menoleh pada Pak Chaq.

"Alhamdulillah Pak Chaq" balas Kasturi sambil mata memandang Kira melalui cermin pandang belakang. Kira hanya diam memandang keluar kereta.

"Pak Chaq dah bagitau orang masjid mai rumah malam ni lepas isyak. Kita buat makan-makan sikit. Bukan apa, nak bagi orang kampung tau hang pa dah nikah. Kalau nak buat kenduri besaq, lepas ni kita buat. Mak Chaq dah order makan dengan Limah, jadi tak payah dok kalut nak masak dah. Nanti depa mai hantaq semua sekali dengan pinggan mangkuk" kata Pak Chaq. Kasturi hanya angguk lalu terus memandu pulang.

Sedang elok berbual telefon bimbit Pak Chaq berbunyi. Laju panggilan disambut.

"Assalamualaikum" Pak Chaq memberi salam.

"Hah, ya ka? bila?" soal Pak Chaq.

"Tak pa, sat lagi kami pi" kata Pak Chaq lalu talian dimatikan.

"Awat abang?" soal Mak Chaq yang duduk di kerusi belakang.

"Anak Midah cucu Tok Ngah Kelabu meninggai" kata Pak Chaq.

"Innalillah.. bila?" soal Mak Chaq.

"Baru sat ni. Lemaih sungai" kata Pak Chaq sambil menoleh sekilas pada Mak Chaq yang berada di bahagian penumpang belakang.

"Kita pi ziarah la" kata Mak Chaq.

"Nak saya hantarkan ke Pak Chaq" soal Kasturi yang sedang memandu.

"Eh, tak pa. Kita balik rumah. Pak Chaq pi dengan Mak Chaq nek motor ja. Hang pa tunggu rumah. Petang sikit kami balik lagi pun sat ni ada orang nak mai pasang khemah" kata Pak Chaq.

"Tu dia.. dalam kata dok buat makan sikit-sikit, pasang khemah juga" sampuk Mak Chaq. Tersenyum Kasturi dengan kata-kata Mak Chaq.

"Dak la, nanti tak payah dok gaduh nak kemaih rumah" balas Pak Chaq.

"Ya.. saja ja abang ni pun.." balas Mak Chaq.

Setelah sampai di rumah, Pak Chaq dan Mak Chaq terus menaiki motorsikal untuk ke rumah Tok Ngah Kelabu di hujung kampung. Kasturi memandang Kira yang masih lagi berada di tempat duduk belakang.

"Kira" panggil Kasturi.

"Ya" balas Kira sambil menoleh pandang pada Kasturi di hadapan.

"Tak nak turun ke? Pak Chaq dengan Mak Chaq dah pergi dah tu" kata Kasturi.

"Oh, dah sampai. Tak perasan" kata Kira lalu pantas dia melolos keluar. Laju Kira melangkah masuk ke dalam rumah. Kasturi pula mengekori Kira dari belakang.

"Erm.. awak dah lapar ke?" soal Kira pada Kasturi yang sedang melangkah masuk.

"Belum lagi. Kenapa?" soal Kasturi.

"Tak, saya ingat nak masak. Takut lambat siap pula" kata Kira.

"Tak apa, saya tunggu" kata Kasturi lalu songkok di kepala ditanggalkan dan diletakkan di atas meja. Kira kemudian terus naik ke bilik untuk menyalin pakaian. Bimbang kotor atau rosak pakaian yang dipakainya tadi. Tidak lama Kira turun semula bersama kain batik dan tshirt di tubuh serta tudung. Waktu itu Kasturi sedang berdiri di muka pintu dan membuang pandang ke luar rumah.

"Awak naik la bilik, salin baju" kata Kira yang berdiri di hadapan peti ais. Kasturi menoleh ke belakang memandang Kira. Nampak comel Kira berkain batik begitu. Selama ini dia hanya nampak Kira berseluar sukan dan tshirt lengan panjang tetapi hari ini lain pula yang dipakainya.

"Kenapa tengok saya macam tu?" soal Kira. Ini mesti dia nampak aku macam orang tua sebab pakai kain batik kan. Tu sebab dia malas nak menyarung kain batik ni.

"Nampak macam orang tua ke?" soal Kira lagi. Kasturi yang masih lagi memerhati Kira kerut dahi.

"Tua?" soal Kasturi tidak faham.

"Ye la, biasanya kain batik ni orang-orang tu je pakai.." balas Kira lalu berjalan ke arah peti ais. Dia mahu keluarkan bahan-bahan untuk memasak makan tengah hari.

"Nope, awak nampak comel sangat" balas Kasturi. Kira pandang Kasturi lalu lelaki itu kenyit mata padanya. Tertegak tubuh Kira. Dia kenyit mata!

"Ish, dah la. Awak pergilah salin baju tu. Kotor nanti susah nak cuci. Dah la warna cerah macam tu" kata Kira cuba mengawal getaran di hati.

Kasturi tersenyum nipis lalu dia mengatur langkah ke tingkat atas. Tidak lama Kasturi turun semula ke dapur setelah siap menukar pakaian, seluar sukan dan juga t-shirt slim fit warna putih. Kira yang sedang mengeluarkan bahan-bahan terus menoleh ke belakang. Amboi.. awat seksi sangat ni! nampak dada yang hat berketui-ketui tu. Takkan nak goda aku kot. Sudah Kira, masak!

"Ada yang tak kena ke?" soal Kasturi pada Kira. Dah kenapa Kira pandang dia begitu. Dia tunduk memandang tubuh sendiri. Rasanya baju dengan seluar tak dipakai terbalik.

"Kira" panggil Kasturi lagi.

"Hah? tak, tak ada apa" balas Kira kalut lalu dia terus ke sinki untuk mencuci sayuran. Kasturi melangkah menghampiri Kira.

"Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" soal Kasturi yang sudah berdiri di sisi Kira. Kira toleh ke sisi.

"Eh, tak apa, tak apa. Tak ada apa pun. Awak duduk dulu ya" kata Kira. Bukan apa, dia jadi tidak selesa jika Edan turut berada di dapur bersamanya.

"Kalau berdua cepat sikit" kata Kasturi lagi. Dia bukan apa, tidak mahu Kira rasa dia seperti orang asing.

"Tak apa.. awak duduk. Saya masak sekejap je. Ke awak dah lapar?" soal Kira. Manalah tau, entah-entah Edan dah lapar, dia nak bagitau aku, segan. Kira sudah berfikir sendiri.

"Belum lapar lagi" balas Kasturi.

"Kalau macam tu, awak duduk sana dulu ya" kata Kira sambil menolak tubuh Kasturi tapi tak bergerak mana pun.. sudahnya Kasturi ikutkan kata Kira. Dia meninggalkan Kira di dapur dan melangkah ke arah meja makan. Kerusi meja makan ditarik dan terus melabuhkan duduk sambil memerhatikan Kira memasak. Lebih kurang satu jam, makan tengah hari siap dimasak Kira. Kasturi masih lagi setia menanti Kira di meja makan.

"Awak, saya hidang nasi ya. Dah dekat pukul satu dah" kata Kira sambil apron pada tubuh ditanggalkan.

"Okay. Saya tolong ya" kata Kasturi. Mahu tak mahu Kira angguk juga kepala. Setelah makanan dihidang, Kasturi dan Kira mengambil tempat masing-masing. Doa dibaca Kasturi dan kedua mereka berselera menikmati makan tengah hari. Tiba-tiba telefon bimbit Kira di atas meja berbunyi. Skrin di pandang. Nombor yang tiada dalam senarai tetapi menunggu lama tangan kiri Kira gesek icon hijau dan telefon dibawa ke telinga.

"Assalamualaikum" suara seorang lelaki di sebelah sana memberi salam.

"Maaf ganggu. Ni Kira ka?" soal suara itu.

"Ya saya tapi boleh saya tau siapa yang bercakap ni?" soal Kira sambil memandang wajah Kasturi yang turut memandang kearahnya.

"Saya Rosli. Ni saya nak habaq tapi Kira jangan terkejut" kata Rosli. Kira sudah rasa tidak sedap hati.

"Apa dia?" soal Kira.

"Pak Chaq dengan Mak Chaq, depa eksiden. Teruk jugak. Jumpak depa kat bawah bukit nu. Tak tau lagu mana depa buleh sampai bawah tapi motor hancoq" kata Rosli. Pucat wajah Kira. Terlepas telefon dari tangannya. Kasturi yang memandang terus bangun mendapatkan Kira. Telefon yang sudah terjatuh ke lantai, diambil.

"Hello" Kasturi bersuara.

"Siapa ni?" soal Rosli.

"Saya suami Kira" balas Kasturi. Kira waktu itu sudah tertunduk di meja.

"Oh Ri, ka. Saya Rosli cuma nak bagitau, Pak Chaq dengan Mak Chaq eksiden tapi ambulan dah bawa depa pi hospital" kata Rosli.

"Kalau Ri dengan Kira nak pi, boleh pi hospital Tepen sebab tak silap tadi depa bawak pi sana. Pak Ndak ada ikut sekali tu dengan kereta dia" kata Rosli.

"Okay. Terima kasih" balas Kasturi lalu talian dimatikan. Kasturi terus ke sinki mencuci tangan dan dia kembali semula ke meja makan.

"Kira" panggil Kasturi. Kira yang tertunduk di meja mendongak memandang Kasturi.

"Jom siap, kita ke hospital" kata Kasturi.

Kira angguk lemah lalu dia bangun dan menuju ke sinki lalu tangan dicuci. Kemudian dia terus ke bilik di tingkat atas untuk menukar pakaian. Kasturi pula mengemas meja makan. Pinggan dan gelas kotor dibawa ke sinki dan makanan ditutup dengan tudung. Setelah selesai Kasturi naik ke bilik untuk menukar seluar di bilik.

"Bawa kereta saya la" kata Kira. Kasturi hanya angguk. Dalam perjalanan ke hospital Kira hanya diam tidak bersuara.

"Macam mana boleh jadi macam tu?" soal Kira yang sedari tadi diam. Kasturi toleh ke sisi.

"Saya pun tak pasti. Nanti kita tanya Pak Ndak. Rosli bagitau Pak Ndak ada ikut sekali dari belakang dengan kereta" kata Kasturi dan bagai tahu-tahu sahaja telefon Kira berbunyi lagi dan kali ini tanpa lengah icon hijau digesek apabila nama Pak Ndak yang tertera. Hatinya kuat berdegup.

"Kira. Pak Ndak ni" kata Pak Ndak.

"Ya Pak Ndak" balas Kira.

"Hang ada mana?" soal Pak Ndak.

"Kira dengan Edan nak pi hospital la ni" kata Kira.

"Hm.. Pak Ndak rasa hang tak payah mai la kot" kata Pak Ndak berlapik.

"Awat pulak" soal Kira. Waktu itu dia rasa apa yang ada difikirannya bakal disebut Pak Ndak.

"Pak Chaq dengan Mak Chaq hang dah tak dak.." kata Pak Ndak. Meleleh air mata Kira. Kasturi yang melihat keadaan Kira begitu terus memberi lampu isyarat ke kiri dan kereta dihentikan. Telefon yang ada di tangan Kira diambil.

"Hello" Kasturi bersuara.

"Ri ka? Pak Ndak ni" kata Pak Ndak.

"Ya Pak Ndak" balas Kasturi.

"Pak Chaq dengan Mak Chaq hang dah tak dak" ulang Pak Ndak.

"Innalillah.." ucap Kasturi.

"Hang tak payah mai la, biaq Pak Ndak uruskan hal kat sini. Hang tunggu rumah. Pak Chaq dengan Mak Chaq pun bukan oghang len, sepupu Pak Ndak. Sat lagi Rosli mai tulong hang" kata Pak Ndak. Kasturi hela nafas panjang.

"Baik Pak Ndak" balas Kasturi lalu talian dimatikan. Telefon Kira disimpan di dalam pouchbagnya.

"Kira.." panggil Kasturi.

Kira mendongak lalu terhambur tangisan yang ditahan-tahan tadi. Terus tubuh Kira ditarik ke dalam pelukannya. Belakang Kira diusap perlahan. Hampir lima belas minit juga Kasturi menenangkan Kira sebelum memandu pulang. Sampai sahaja di rumah, sudah ramai yang menunggu di halaman rumah dan kebetulan pula orang yang memasang khemah juga sampai. Macam tahu-tahu sahaja Pak Chaq dan Mak Chaq yang hayat mereka tidak lama.

Kasturi meletakkan kereta di hujung halaman. Sebaik dia dan Kira turun dari kereta, datang seorang lelaki ke arahnya sambil menghulur salam.

"Ri ka? Abang Rosli ni" kata Rosli memperkenalkan diri.

"Ya saya" balas Kasturi sambil menyambut huluran.

"Pak Ndak dah telefon abang tadi. Ri dengan Kira tak payah risau. Semua dah diuruskan. Kalau tak dak apa-apa, lepas asaq kita kebumi" kata Rosli pada Kasturi dan Kira.

"Terima kasih Abang Rosli" ucap Kasturi. Kira yang masih lagi dengan tangisannya hanya angguk.

"Tak dak apa. Ni masa depa, esok-esok masa kita pulak" Kata Rosli.

"Kalau macam tu kita masuk dululah" kata Kasturi lalu dia mendahului langkah ke arah pintu rumah.

Kasturi kemudian melangkah ke arah tangga untuk ke tingkat atas lalu terus ke dalam bilik. Telefon di dalam pouch bag diambil dan mesej dihantar. Dia dapat rasakan ada sesuatu yang terjadi menyebabkan perkara ini berlaku kepada Pak Chaq dan Mak Chaq. Kejadian ini perlu disiasat tetapi gerak hatinya kuat mengatakan ini adalah kerja dia!

Urusan pengkembumian Pak Chaq dan Mak Chaq berjalan lancar dengan bantuan dari penduduk kampung hinggalah majlis yang sepatutnya untuk meraikan mereka sebagai suami isteri bertukar kepada majlis tahlil pada Pak Chaq dan Mak Chaq. Hampir jam sebelas malam, semua yang datang sudah pulang ke rumah masing-masing.

"Ri, Kira. Pak Ndak dengan Mak Ndak balik dulu no. Tahlil esok tak payah dok gaduh la. Kita buat kat masjid. AJK masjid akan uruskan tapi hang pa mai la jugak" kata Pak Ndak.

"Baik Pak Ndak. Terima kasih banyak-banyak pada Pak Ndak dan orang kampung yang banyak bantu uruskan majlis ni" kata Kasturi. Kira yang berada di sisi Kasturi hanya diam sahaja.

"Tak dak apa aih. Depa bukan orang len. Okaylah. Pak Ndak balik dulu na. Mak Ndak hang pun penat dah tu" kata Pak Ndak sambil memandang ke arah keretanya yang ada di tepi jalan.

"Ya lah. Hati-hati Pak Ndak" kata Kasturi lalu salam dihulur.

"Kira, kita masuk" kata Kasturi. Kira hanya angguk lalu melangkah ke arah pintu rumah.

"Awak mandi ya" kata Kasturi sambil mengunci pintu.

Kira angguk lagi lalu kakinya terus melangkah ke tingkat atas. Sejak dari tadi, tiada sepatah kata pun yang keluar dari bibir Kira. Bertimpa-timpa dugaan pada melanda. Kasturi pandang Kira yang sedang melangkah ke tingkat atas. Tanpa lengah dia terus mengekori Kira. Bimbang jika Kira hilang arah. Kira tolak daun pintu biliknya dan Kasturi turut sama masuk. Tanpa isyarat pakaian pada tubuhnya ditanggalkan. Kasturi yang pada mulanya mahu mengikut sekali tidak jadi melangkah. Terhenti langkah kakinya di celah pintu dan terus dipusing tubuhnya mengadap ke luar bilik. Dia tahu Kira masih belum stabil emosinya dan dia tidak mahu mengambil kesempatan walaupun Kira adalah isterinya.

Tiba-tiba ada tangan yang menarik lengannya supaya ke tepi. Apabila Kasturi beralih ke tepi. Kira yang berkemban dengan kain batik terus melangkah keluar. Kalut Kasturi mengekori Kira hingga sampai ke bilik air.

"Jangan kunci pintu" kata Kasturi apabila Kira mahu menolak daun pintu bilik air. Kira tidak membalas sebaliknya dibiarkan pintu bilik air terbuka. Kasturi tarik nafas panjang. Dia melangkah ke arah meja lalu kerusi ditarik dan dilabuhkan duduk. Tidak lama kemudian bunyi air mencurah dan senyap. Tiba-tiba

'Buk!'

Bunyi seperti orang terjatuh.

"Kira" jerit Kasturi.

(02/02/2021 @ 2010hrs)

Share this novel

liyana
2021-02-09 08:30:03 

mesti keje jeff ni


NovelPlus Premium

The best ads free experience