Bab 56

Romance Series 548166

"Kelmarin?." Soal Kasturi.

"No, that's was impossible!." Balas Kasturi.

"Yesterday I was not here." Tambah Kasturi lagi.

Kira sudah terkedu, tidak tahu apa yang patut dia katakan.

Kasturi masih tegak memandang Kira. Tegang sahaja raut wajahnya. Telefon di tangan dicampak di atas katil. Kepala yang tiba-tiba sakit dipegang dengan kedua-dua tangannya.

"Awak!." Panggil Kira bersama kaki yang laju berlari mendapatkan Kasturi yang sudah tertunduk di atas katil.

"Argghh!!!." Terketap gigi Kasturi menahan rasa sakit yang mencengkam. Rambutnya ditarik kuat dengan harapan dapat mengurangkan sakit.

"Awak tunggu sekejap, saya pergi panggilkan Doktor." Kata Kira. Tetapi belum sempat Kira berpusing, tangan kirinya disambar Kasturi.

"Don't!." Kata Kasturi yang masih tertunduk. Terhenti langkah Kira. Tangannya yang berada dalam pegangan Kasturi dipandang. Kuat pergelangan tangannya digenggam lelaki itu. Kasturi menarik nafas panjang. Pergelangan tangan Kira dilepaskan perlahan-lahan.

"Don't go anywhere! Just.. stay here." Pinta Kasturi.

"Please.." Ucap Kasturi lagi. Dalam berat hati Kira turutkan juga dan bersedia untuk melabuhkan duduk di birai katil.

"Not here." Belum sempat duduknya mencecah katil, Kasturi menegah. Terus tertegak Kira berdiri.

"There." Tunjuk Kasturi pada kerusi di sisi katil. Kira hela nafas. Permintaan Kasturi dituruti. Kerusi ditolak rapat pada katil lalu Kira labuhkan duduk. Kasturi pula sudah bersandar di kepala katil dengan mata yang terpejam. Lama dia berkeadaan begitu. Kira pula hanya diam sambil memerhati, tidak tahu apa yang patut dia lakukan. Tidak lama Kasturi membuka matanya semula. Wajah Kira dipandang tanpa kata. Kira sudah tidak tentu arah apabila Kasturi memandangnya begitu. Sudahnya dia hanya menunduk memandang tangannya sendiri.

"Awak cakap, dari kelmarin awak temankan saya di sini." Kasturi memulakan kata. Kira dongak memandang Kasturi.

"Ya. Dari kelmarin sejak kita berjaya keluar dari hutan." Kata Kira. Kasturi kerut kening.

"Hutan?." Soal Kasturi.

"Ya, hutan. Awak dah lupa? Semalamkan Am dan Burn dah bagitau pada awak." Kata Kira. Kasturi terdiam sambil pandangan dibuang ke luar tingkap wad.

"What happened to me?." Soal Kasturi pada Kira setelah agak lama dia bertenang.

"Beberapa hari yang lepas awak terlibat dengan operasi dan dalam operasi tu, suspek utama iaitu Tatoo terlepas.."

"Tatoo? Abang Jeff?." Sampuk Kasturi.

"Ya, abang arwah Jeff." Kira mengiyakannya.

"Jeff dah mati?." Soal Kasturi yang nampak riak terkejut pada wajahnya.

"Edan!." Tiba-tiba daun pintu wad ditolak kasar dan muncul Am bersama Burn. Terpapar riak bimbang pada dua sahabat itu.

"Am, Burn." Sapa Kasturi. Kira pula terus memberi ruang pada Am dan Burn apabila melihat mereka berjalan menghampiri katil. Kira bergerak sedikit ke hujung katil kerana tidak mahu mengganggu perbualan mereka.

"El. Nak ke mana. Sini." Kata Am. Kira pandang Kasturi tetapi lelaki itu tidak memberikan sebarang reaksi.

"Eh, it's okay. Saya duduk di sofa je." Balas Kira.

"Have you forgotten what I said earlier?." Soal Kasturi tanpa memandang wajah Kira. Kira tarik nafas sebelum tubuhnya tegak berdiri di sisi katil. Am dan Burn pula hanya saling memandang.

"I'm sorry, I bothered you guys in the morning." Kata Kasturi pada Am dan Burn.

"No, it's okay. Pagi-pagi lagi dah call aku, ada masalah ke?." Soal Am pada Kasturi.

"Nah, fail yang kau minta semalam." Kata Am lalu menyerahkan fail yang turut dibawanya bersama. Kasturi capai fail yang diserahkan Am padanya dengan penuh tanda tanya.

"Aku minta kau bawa fail ni semalam?." Soal Kasturi sambil matanya memandang wajah Am.

"Iyalah. Takkan lupa pula." Kata Am.

"Dah berapa hari aku ada di sini?." Soal Kasturi bersama fail di tangan diletakkan di atas katil. Wajah diraup kasar. Apa yang tak kena dengan aku ni? Belum sempat Am membalas, satu suara menyapa dari pintu.

"Selamat pagi Tuan Edan." Sapa Doktor Bani sambil melangkah masuk bersama seorang jururawat di belakangnya.

"Hari ni macam mana, ada apa-apa perubahan?." Soal Doktor Bani yang sudah berdiri di sisi kiri katil Kasturi. Kasturi geleng perlahan.

"Apa perkara terakhir yang Tuan Edan ingat?." Soal Doktor Bani sambil mencapai fail yang berada di hujung katil.

"The last thing?." Soal Kasturi kembali.

"Ya, perkara terakhir yang Tuan Edan ingat." Ulang Doktor Bani bersama anggukkan kepala.

"Saya di kampung. Ada urusan." Kata Kasturi sambil matanya menjeling Kira yang berada di hujung katil.

"Selepas dari itu?." Soal Doktor Bani lagi sambil mencatit sesuatu di fail sebelum fail tersebut diletak di atas meja.

"After that I was here with this injury without knowing how I got it." Luah Kasturi.

"Do you remember what happened yesterday?." Soal Doktor Bani. Kasturi diam bersama mata yang terpejam. Cuba untuk mengingati apa yang berlaku semalam tetapi gagal, sebaliknya kepalanya pula rasa sakit kuat berdenyut. Kedua tangan Kasturi naik memegang kepala yang sakit bersama erangan. Terketap-ketap gigi menahan sakit. Doktor Bani bersama jururawat pantas menenangkan Kasturi.

"Breathe.. breathe.." Kata Doktor Bani yang berada di sisi Kasturi manakala jururawat tadi sudah sedia dengan picagari di tangan. Andai keadaan tidak terkawal, Kasturi terpaksa disuntik. Hampir lima minit Kasturi kembali tenang, perlahan tubuh bersandar ke kepala katil. Jururawat menyerahkan air suam pada Kasturi. Gelas dicapai dan air diteguk hingga habis lalu diserah semula pada jururawat tadi.

"What happened to me, Doktor? I can feel something is wrong with me." Soal Kasturi. Doktor Bani tarik nafas panjang.

"Short-term memory loss." Kata Doktor Bani.

"Short-term memory loss?." Ulang Kasturi. Terdiam seketika Kira, Am dan Burn yang waktu itu sudah berdiri rapat di sisi katil. Nampak jelas riak terkejut pada wajah mereka dan yang paling terkesan adalah Kasturi.

"Yes." Balas Doktor Bani bersama anggukan kepala.

"Short-term memory loss is when you forget things you heard, saw, or did recently. It’s a normal part of getting older for many people. But it can also be a sign of a deeper problem, such as dementia, a brain injury, or a mental health issue." Terang Doktor Bani.

"You mean, this problem is due to his previous injuries?." Soal Kira. Doktor Bani menoleh pada Kira bersama anggukkan. Kasturi nyata keliru mendengar kata-kata yang dituturkan Kira.

"Berdasarkan di atas pemerhatian saya, ya. Itu mungkin penyebabnya, apa pun saya perlu lakukan pemeriksaan lebih lanjut untuk mengetahui keadaan Tuan Edan." Balas Doktor Bani.

"How long will this situation last?." Soal Kira bersama wajah yang muram. Doktor Bani pandang Kira.

+++

"Edan." Panggil Am. Kasturi yang sedang berdiri di tepi tingkap wad hanya diam tanpa membalas panggilan Am. Am tarik nafas panjang.

"Edan.." Panggil Am lagi.

"I need to get out of here." Kata Kasturi tanpa menoleh pada Am. Am terus merapati Kasturi yang sedang berpeluk tubuh.

"Kau masih belum sembuh, tambahan pula dengan keadaan kau yang macam ni. Aku tak rasa keluar dari sini satu tindakan yang bijak, Edan." Pujuk Am yang berdiri di sisi Kasturi. Sisi wajah lelaki itu dipandang.

"I don't care. I need to get out of here, now!." Kasturi sudah meninggi suara. Am tarik nafas panjang. Bukan boleh dikira, kalau dah itu yang dia mahu, nak tak nak kena turutkan juga sebelum dibuat kerja gila pula nanti.

"Okay. Aku bincang dengan Burn." Kata Am dan waktu itu Burn menolak daun pintu sambil melangkah masuk. Kasturi pula terus bergerak ke katil untuk menukar pakaian.

"Burn. Ikut aku." Kata Am pada Burn yang baru masuk ke dalam bilik. Tidak tunggu lama kedua mereka hilang disebalik pintu. Kira yang baru keluar dari bilik air terkelip-kelip mata apabila melihat Kasturi yang sudah siap menukar seluar dan sedang memakai baju. Kalut Kira menghampiri Kasturi.

"Awak nak ke mana ni? Kenapa tukar baju?." Soal Kira pada Kasturi yang sedang memakai jaket.

"I want to get out from here." Balas Kasturi sambil memakai jam tangannya. Kira kerut kening.

"Awak belum sihat lagi, mana boleh keluar dari sini." Bantah Kira. Tertegak wajah Kasturi memandang Kira. Kecil sahaja matanya.

"Huh, luka macam ni apalah sangat. I have been injured worse than this before." Balas Kasturi perlahan tetapi masih dapat didengari Kira. Terdiam wanita itu. Tidak lama Am kembali.

"Edan." Am memanggil Kasturi. Kasturi menoleh pada Am.

"Doktor Bani setuju untuk discharge but with one condition." Kata Am pada Kasturi yang sudah sedia untuk keluar. Kasturi tidak membalas sebaliknya wajah Am dipandangnya.

"You must come for checkups every day." Kata Am.

"What?." Soal Kasturi.

"Yes, checkups. Tak boleh tidak." Kata Am.

"Edan." Panggil Burn yang baru melangkah masuk. Kasturi, Am dan Kira menoleh arah pintu wad.

"Semua dah settle. Lima minit lagi tunggu di lobi." Kata Burn lalu lelaki itu keluar semula. Kasturi angguk lalu langkah dibuka ke arah pintu.

"El." Panggil Am.

"Ya." Balas Kira yang tadi hanya senyap tanpa sepatah kata.

"Beg dah siap? Kalau belum saya tolong." Kata Am.

"Er.. Saya boleh ikut sekali ke?." Soal Kira sambil memandang belakang Kasturi yang sudah berdiri di hadapan pintu. Tidak jadi Kasturi mahu melangkah keluar. Nafas ditarik panjang sebelum tubuh dipusing semula ke belakang.

"You are my wife. So you should come with me." Kata Kasturi. Kira pandang Kasturi tidak berkelip. Kasturi angguk sekali.

"Saya ambil barang sekejap." Kata Kira pada Kasturi.

"Okay." Balas Am bagi pihak Kasturi. Kasturi raup rambut dengan kasar. Hampir terlupa dia dengan Kira.

Tidak lama Kira hampiri Kasturi dan Am bersama beg di tangan. Am mengambil beg Kira lalu dibimbitnya. Kira hanya biarkan sahaja. Kasturi mendahului langkah diikuti Kira dan kemudian Am. Sampai sahaja di lobi, Burn sudah pun sedia menunggu mereka dengan kereta.

Dalam perjalanan tiada sesiapa pun bersuara, hanya radio sahaja yang memutarkan lagu bersama suara DJ yang berkumandang. Am yang berada di tempat duduk penumpang hadapan sesekali menjeling pandang pada Kasturi melalui cermin pandang belakang. Ada riak bimbang di hatinya. Tidak lama kereta dipandu Burn memasuki perkarangan rumah Kasturi. Sudah hampir senja, keadaan rumah juga sudah disinari cahaya lampu. Mak Leha dan Pak Mail sedia menunggu di pintu rumah. Sebelum bertolak tadi, Am sudah maklumkan pada Mak Leha dan juga Pak Mail.

"Tuan, Puan." Sapa Mak Leha dan Mak Mail pada Kasturi dan Kira sebaik kedua mereka melolos keluar dari kereta.

"Edan, aku dengan Burn balik dulu. Anything, call me." Pesan Am sambil menepuk bahu sahabatnya itu.

"Thanks." Ucap Kasturi sambil salam dihulur pada Am dan Burn.

"El, kalau ada apa-apa. Call saya tak pun Burn. Okay." Pesan Am pada Kira pula. Kira hanya angguk bersama senyuman nipis. Bibir terukir senyuman tetapi dalam hatinya hanya Dia yang tahu betapa bimbang dan risaunya pada keadaan Kasturi.

Am dan Burn melolos masuk ke dalam kereta. Tidak lama kereta dipandu Burn hilang dari pandangan.

"Tuan, dah senja ni. Tak nak masuk lagi ke?." Soal Pak Mail. Kasturi tanpa membalas terus membuka langkah ke arah pintu rumah. Kasut ditanggalkan dan kaki diatur ke tingkat atas. Kira pantas mengekori langkah Kasturi, belum sempat anak kakinya memijak anak tangga pertama. Kasturi berhenti melangkah.

"I think.. you should sleep in the guest room." Kata Kasturi tanpa menoleh dan tidak lama Kasturi teruskan langkah kakinya hingga masuk ke bilik tidur. Terkaku Kira dengan kata-kata Kasturi. Hampir terlepas beg yang berada di tangan.

"Puan." Panggil Mak Leha. Kira menoleh pada Mak Leha.

"Puan beri Tuan masa ya." Pujuk Mak Leha. Perlahan belakang tubuh Kira diusap. Kira yang tadi tertunduk menggeleng perlahan. Tubir mata dikesat dengan hujung jari.

"Tak apa Mak Leha, saya faham." Balas Kira lalu dia melangkah ke arah bilik tetamu di bawah. Dia harus bersabar dan beri Kasturi masa, dalam masa yang sama juga dia perlu bantu Kasturi untuk kembalikan memorinya seperti apa yang diberitahu oleh Doktor Bani.

Kasturi menutup pintu bilik. Jaket di tubuh ditanggalkan dan diletakkan di birai katil. Dia kemudian melangkah masuk ke bilik closet. Sebelum tualanya ditarik, tuala berwarna unggu yang turut ada bersama dicapai. Dihidu wangian yang melekat pada tuala tersebut, terpejam seketika matanya. Dia tahu itu adalah bau Kira. Nafas dilepas kasar lalu tuala tadi disangkut semula dan tualanya diambil. Kemudian pakaian pada tubuh ditanggalkan dan dimasukkan ke dalam bakul di tepi bilik air lalu tuala dililit pada pinggang. Tidak lama Kasturi keluar semula selepas selesai membersihkan tubuh. Kesan jahitan pada paha dan luka pada dada dikesat dengan tuala kecil sebelum kain pelikat dan baju melayunya dicapai lalu disarungkan pada tubuh. Seusai solat maghrib, Kasturi melabuhkan duduk di birai katil bersama first-aid. Dia mahu membersihkan luka di dada dan juga menukar plaster pada jahitan di paha.

'Tok tok tok'

Kasturi menoleh pada pintu biliknya.

"Masuk." Kata Kasturi.

Perlahan daun pintu terbuka, terjengul wajah Kira yang sudah togel kepalanya tanpa tudung. Sangkanya Mak Leha tetapi Kira pula yang datang. Kira yang melihat keadaan Kasturi terus membuka langkah.

"Er.. Biar saya tolong." Kata Kira. Kasturi mahu menegah tetapi tidak sempat apabila Kira laju sahaja mengambil kapas yang berada di tangan Kasturi. Ligat Kira mencuci luka di dada dan juga menukarkan plaster pada paha. Setelah selesai, Kira mengemas semua peralatan dan first aid di bawa ke bilik closet. Tidak lama Kira keluar semula bersama beberapa helai pakaiannya.

"Kira." Panggil Kasturi pada Kira yang sedang melangkah ke arah pintu bilik. Kira menghentikan langkah kaki dan dia menoleh pada Kasturi yang masih berada di birai katil.

"Thanks." Ucap Kasturi.

"Beri saya masa." Tambah Kasturi lagi. Kira hanya angguk sebelum dia melangkah keluar dari bilik bersama pakaian di tangan.

(04/07/2021 @ 2220hrs)

Share this novel

ZUISYAH_P'QA@HDYARUZ
2021-07-05 00:04:36 

Kesian Kira..xpa bg Edan masa,pasti dia akan ingat semula nnt..

ZUISYAH_P'QA@HDYARUZ
2021-07-05 00:04:34 

Kesian Kira..xpa bg Edan masa,pasti dia akan ingat semula nnt..

ZUISYAH_P'QA@HDYARUZ
2021-07-05 00:04:32 

Kesian Kira..xpa bg Edan masa,pasti dia akan ingat semula nnt..


NovelPlus Premium

The best ads free experience