Bab 1

Romance Series 548166

"Assalamualaikum.. Oo.. assalamualaikum.." jerit Kira dari bawah rumah sambil terjenguk-jenguk melalui pintu.

"Mana Mak Chaq ni, aku pi kedai sat ja. Takkan dah hilang kot?" kata Kira sendiri.

"Assalamualaikum..." jerit Kira makin kuat.

"Ish, hang ni, Kira. Dok jerit-jerit. Satu kampung boleh dengaq sora tu. Tak malu ka?" tegur Mak Chaq yang datang dari belakang dapur.

"Mana ada jerit, tu sora cheq paling low la tu.." balas Kira sambil tersengih. Langkah Mak Chaq dibuntuti dari belakang hingga sampai ke parkin bawah pokok jambu. Tanpa dipelawa laju dilabuhkan duduk.

"Mak Chaq buat apa kat belakang? patut cheq panggil tak dengaq" kata Kira sambil duduk bersila.

"Ish, duduk tu sopan sikit buleh dak? cuba la duduk bersimpuh macam perempuan, ni dok bersila macam jantan" marah Mak Chaq. Muncung bibir Kira bila ditegur begitu.

"Ha, muncung-muncung! tarik sat gi, mau?" tegur Mak Chaq.

"Mak Chaq ni apa garang sangat nih, datang bulan ka apa?" usik Kira sambil tersengih. Laju tangan Mak Chaq naik menampar paha Kira. Terkekeh Kira ketawa.

"Hang ni kan. Sehari tak usik Mak Chaq tak sah no!" marah Mak Chaq sambil mengelap daun pisang yang baru diambil di belakang rumah tadi. Kira hanya tersenyum sumbing.

"Alah Mak Chaq ni.. Cheq nak usik sapa lagi, Mak Chaq dengan Pak Chaq ja yang cheq ada.." balas Kira sambil menjuihkan bibirnya dengan raut wajah yang sedih.

"Ha! buat dah.. tak payah nak sedih sangat la Kira oi, Mak Chaq lepuk sat gi" Mak Chaq sudah mengangkat batang daun pisang yang ada di sebelahnya. Kira ketawa suka.

"Mak Chaq, sapa tu?" soal Kira sambil bibirnya menjuih ke arah tepi telaga di hujung halaman rumah.

"Sapa?" soal Mak Chaq kembali sambil mata memandang ke arah yang di tunjukkan Kira.

"Tu la.. hat dok sembang dengan Pak Chaq tepi telaga tu. Sapa dia?" balas Kira.

"Oh.. tu ka?" soal Mak Chaq sambil tangan ligat mengesat daun pisang.

"Tu anak arwah Pak Lah" balas Mak Chaq.

"Oh, Pak Lah ada anak ka?" soal Kira.

"Ada la, kalau tak mai mana dia tu?" kata Mak Chaq.

"Tak besa nampak pun" kata Kira lagi sambil menjeling ke arah telaga.

"Dia gheja tak buleh nak balik selalu. Pasai la tu jarang nampak kat kampung ni. Lagipun Pak Lah kan dah lama tak dak" terang Mak Chaq.

"Ya ka gheja, tah-tah baru kluaq penjara. Mata berparut lagu tu boleh percaya ka?" kata Kira sambil tangan menguis-nguis daun pisang di dalam raga.

"Ish" Mak Chaq menepuk tangan Kira. Mengaduh sakit gadis itu.

"Hang ni kan, dari dok merapu ja, baik pi masuk buat ayaq. Sat gi Pak Chaq hang siap merumput, dia nak minum. Dah pi. Merapu bukan-bukan" kata Mak Chaq sambil menepuk paha Kira yang asyik memerhatikan lelaki yang sedang berbual dengan Pak Chaq.

"Ish, lekaih la" marah Mak Chaq lagi.

"Ya.. ya.. nak masuk buat la ni" Kira sudah bangun sambil menyarungkan selipar ke kakinya. Sebelum melangkah sempat lagi dia menoleh pada lelaki tadi.

"Segak, tapi awat mata berparut pulak.. parut-parut pun nampak seksi!" kata Kira sendiri sambil tersengih.

Tidak lama Kira keluar semula bersama air sirap dan agar-agar yang dibuat pagi tadi. Elok pula jadinya. Manis sangat pun tidak. Dulang diletak elok di atas parking lalu dilabuhkan duduk.

"Eh.. tak payah nak duduk. Hang pi panggil Pak Chaq" kata Mak Chaq apabila Kira mahu melabuhkan duduk di parkin.

"Segan la cheq, Mak Chaq la pi panggil. Sat gi kata cheq nak mengorat pulak" usik Kira sambil tersengih.

"Hang tak payah nak buat loqlaq la Kira. Pi panggil sat" marah Mak Chaq sambil menolak badan Kira yang mahu duduk di parkin. Nak tak nak, terpaksa juga Kira memanggil Pak Chaq. Perlahan kaki diatur ke arah telaga yang tidak jauh dari parkin.

"Pak Chaq" panggil Kira tetapi tiada sahutan cuma lelaki berparut yang menoleh ke arah Kira.

"Pak Chaq" panggil Kira agak kuat. Tertoleh Pak Chaq ke belakang.

"Ha, nak apa?" balas Pak Chaq.

"Mak Chaq panggil minum ayaq sirap" kata Kira. Merah padam wajahnya apabila lelaki berparut masih memandang ke arahnya.

"Aduh.. awat dia tengok aku. Malu la.. kata" kata Kira sendiri.

"Eh, hang buat apa lagi kat situ. Tak mau minum sekali ka?" soal Pak Chaq yang sudah pun berjalan ke arah parkin.

"Eh, bila pula depa pi sana ni?" kata Kira lagi. Mana hang nak nampak kalau dah dok perasan tersengih-sengih kat situ Kira oi..! Laju langkah kaki diatur ke arah parking. Pak Chaq dan lelaki tadi sudah turut sama melabuhkan sila di atas parkin.

"Tuang la ayaq tu, hang dok tercegat kat situ buat apa?" tegur Mak Chaq. Kalut Kira naik ke parkin dan menuang air ke dalam gelas. Kemudian dia labuhkan duduk bersimpuh di sisi Mak Chaq. Menjeling Mak Chaq apabila melihat Kira yang duduk bersimpuh. Pandai pula duduk bersopan.

"Minum la Ri, jangan segan-segan" kata Pak Chaq.

"Ri? Shukri?" laju Kira menyampuk. Bulat mata Mak Chaq memandang Kira. Tertunduk Kira sambil mencapai gelas untuk minum.

"Eh, bukan. Nama saya Kasturi" balas lelaki tadi.

'Ppuurr' tersembur air sirap dari bibir Kira. Mujur ke tepi, kalau ke depan. Memang tepat ke wajah lelaki tadi.

"Ish, hang ni, awat tak senonoh" marah Mak Chaq sambil menghulur tisu yang dibawa Kira tadi. Laju tangan naik mengesat bibir.

"Dak, nama macam bunyi buah limau" kata Kira selamba sambil tersengih.

"Maaf la Ri, Kira ni memang lagu ni" Mak Chaq meminta maaf sambil tangan naik mencubit kaki Kira. Mengaduh Kira kerana sepitan berbisa Mak Chaq.

"Kira? Shakira?" soal Kasturi.

"Dak aih, Kirana" balas Mak Chaq. Tersenyum Kasturi mendengar nama Kira.

"Ha, gelak!" marah Kira. Tegak dipandang Kasturi.

"Tadi dia gelak nama orang tak pa" kata Mak Chaq. Laju Kira mengalihkan pandangan sambil mengetap bibir. Segan jadinya.

"Cheq masuk dulula" kata Kira lalu laju dia turun dari parkin. Selipar pun tidak sempat disarung dengan elok. Kalut dia berjalan ke arah pintu dapur.

"Ish.. awat la hang ni Kira oi.." kata Kira sendiri.

(25/01/2021 @ 2018hrs)

Share this novel

ina zarina
2021-07-31 14:34:16 

aku shak Fifi ni kne kobid lah

hasliA
2021-07-29 13:29:51 

x da sambungan lagi ke?

ina zarina
2021-06-22 15:06:35 

alahai


NovelPlus Premium

The best ads free experience