Bab 61

Romance Series 548166

"Kira.. Kira.." Kasturi memanggil Kira yang sudah terlena di tempat duduk penumpang. Kira masih lagi pulas dengan lenanya. Kasturi menepuk perlahan lengan Kira. Terpisat-pisat Kira membuka mata bersama rasa mengantuk yang masih bersisa.

"Ada apa?." Soal Kira sambil jari menggosok perlahan matanya.

"Access card." Kata Kasturi pada Kira.

"Hah?." Soal Kira dengan wajah blur. Kasturi garu kening yang tidak gatal. Aduh.. Mamai lagi la ni.

"Where your access card? I want to touch the scanner." Ulang Kasturi.

"Oh.. Kad.. Sekejap." Kata Kira yang seakan baru sedar lalu zip pouch bag di atas riba dibuka dan sekeping kad berwarna putih diserahkan pada Kasturi. Lelaki itu mengambil kad yang dihulurkan Kira lalu dilayangkan dihadapan alat pengimbas. Kad itu kemudian diletakkan di ruang di tepi pintu lalu pedal minyak ditekan dan kereta terus meluncur hingga sampai di tempat parking. Kasturi menoleh ke sisi. Kira sudah terpejam semula menyambung tidurnya.

+++

Kira membuka matanya perlahan-lahan dan memandang sekeliling dengan dahi berkerut.

"Bila masa pula aku boleh tidur atas katil?." Soal Kira sendiri sambil tubuh dibawa bangun dan duduk di birai katil. Belakang tangan menutup mulut yang menguap, berair hujung matanya. Tiba-tiba Kira teringat..

"Edan!." Laju Kira bangun berdiri apabila teringatkan Kasturi. Laju kaki diatur ke luar bilik dan dapati Kasturi elok terbaring di sofa di ruang tamu. Tenang sahaja nampak lenanya. Kira mengatur langkah menghampiri Kasturi lalu dilabuhkan duduk di atas lantai di tepi sofa. Wajah Kasturi dipandang. Ringan sahaja tangannya mahu menyentuh wajah itu. Pasti dia penat. Plaster pada dahi direnungnya. Tiba-tiba hatinya rasa sakit apabila teringatkan gerangan orang yang menjadi punca semua ini. Kasihan pada Kasturi yang menjadi mangsa.

Kira menjeling jam di dinding, sudah jam enam pagi rupanya. Sebelum Kira bangun untuk membersihkan diri, wajah Kasturi diusap perlahan dan pipi Kasturi dicium sekilas bersama senyuman di bibir. Setelah itu Kira melangkah masuk semula ke bilik untuk membersihkan diri.

Kasturi membuka mata perlahan-lahan. Belakang tubuh Kira dipandang hingga hilang di sebalik pintu biliknya. Kasturi bangun duduk. Wajah diraup bersama helaan nafas kasar.

Pagi itu selepas siap berpakaian, Kira keluar dari bilik dan terus ke dapur. Waktu itu Kasturi sedang berdiri tegak di hadapan sliding door yang menghala ke arah pemandangan ibu kota Kuala Lumpur. Matahari semakin menunjukkan cahaya. Tenang rasa jiwanya walaupun ibu kota itu tidak pernah sunyi dari hiruk piruk penghuninya.

"Awak." Panggil Kira pada Kasturi yang dilihat ralit memandang ke luar. Entah apa yang difikirkan lelaki itu.

"Ya." Jawab Kasturi sambil menoleh ke kanan memandang ke arah Kira yang sedang berjalan ke arahnya.

"Kita sarapan." Kata Kira. Kasturi angguk lalu langkah dibuka membuntuti Kira dari belakang hingga ke meja makan. Bar stool ditarik lalu dilabuhkan duduk. Kira pula terus ke dapur. Dulang mengandungi dua mug dibawa ke meja makan. Sebiji mug berisi coklat panas diletakkan di hadapan Kasturi dan satu lagi diletakkan di hadapannya. Bar stool ditarik lalu dilabuhkan duduk.

"Awak okay ke? Ada sosej dan red bean je. Saya dah lama tak balik sini, barang dapur tak ada. Lepas sarapan, saya ke kedai." Kata Kira sambil mug diangkat dan dibawa ke bibir lalu dihirup perlahan, begitu juga dengan Kasturi.

"It's okay. We'll go to the store after this." Balas Kasturi. Kira angguk lalu memulakan sarapan. Wajah Kasturi dipandang dengan ekor mata sebelum garfu di tangan di letakkan di dalam pinggan.

"Er.. Can I ask you something?." Soal Kira. Kasturi memandang seketika wajah Kira sebelum kepala dianggukkan.

"Siapa yang bukakan pintu malam tadi?." Soal Kira. Apa yang dia ingat cuma sehingga mereka berdua masuk ke dalam escalator sahaja. Selepas dari itu, ingatannya hanya kabur-kabur. Mungkin disebabkan terlalu mengantuk dan letih.

Terhenti tangan Kasturi yang mahu menyuap baki sosej ke mulut. Garfu diletakkan kembali ke dalam piring. Tisu dicapai lalu bibir dikesat. Wajah Kira yang menanti jawapan dipandang bersama nafas yang ditarik dalam.

"Maybe what I'm trying to say is hard for you to believe but it's up to you to accept it." Kata Kasturi.

"I'm listening." Balas Kira.

"I don't know how, but.. I just know." Balas Kasturi.

"What do you mean by you just know?." Soal Kira pula. Kasturi hela nafas. Wajah Kira dipandang lama sebelum bibirnya menuturkan kata.

"I still don’t remember but when I got here, it seemed I know it myself... and it all came like flash." Balas Kasturi.

"Maksud awak?." Soal Kira yang masih lagi tidak mengerti maksud Kasturi.

"Maksud saya, jari saya dengan sendirinya naik menekan password pada pintu awak tanpa sempat saya berfikir." Kata Kasturi.

"Do you understand what I mean?." Soal Kasturi pula. Kira hanya terdiam tanpa kata.

"Aah.. Let's forget about it." Kata Kasturi lalu tubuh dibawa berdiri. Rambut diraup kasar sebelum mug dan pinggan dibawa bersama ke sinki untuk dibersihkan. Kira pula masih lagi kaku di tempatnya tadi. Mungkin memori Kasturi masih samar-samar dan dia sangat berharap agar memori itu kembali dengan segera.

"Awak cakap nak temankan saya ke kedai." Kata Kira sebaik dia hampiri Kasturi yang sedang mengesat tangan. Wajah Kira dipandang bersama anggukan.

"Awak tunggu sekejap, saya nak siap." Kata Kira bersama tangan yang pantas membersihkan pinggan dan mug.

"It's okay. Take your time." Balas Kasturi.

Hampir dua puluh minit, Kira keluar dari bilik tidur dan mendapatkan Kasturi yang sudah lengkap berpakaian di ruang tamu.

"Jom." Ajak Kira pada Kasturi. Kasturi angguk lalu bangun dari sofa dan mengekori langkah Kira dari belakang. Sedang Kira berjalan ke arah pintu keluar, tiba-tiba Kira menghentikan langkah kaki lalu tubuhnya berpusing ke belakang. Terus terhenti langkah kaki Kasturi dengan tindakan Kira, mujur juga tidak terlanggar.

"Kenapa?." Soal Kasturi bersama kerutan di dahi. Kira tersenyum nipis sambil dia merapati Kasturi lalu hujung kakinya dijingkitkan sedikit sebelum bibir lelaki itu disapa sekilas. Bulat kata mata Kasturi kerana terkejut dan tidak sangka.

"Done." Balas Kira lalu dia kembali melangkah ke arah pintu lalu kasut disarung. Kasturi pula masih keras berdiri di tempat tadi. Kira menoleh ke belakang apabila menyedari Kasturi masih tidak berganjak.

"Awak.. Cepatlah. Dah lambat ni." Panggil Kira tanpa rasa bersalah. Kasturi tergeleng perlahan menahan ulah Kira yang semakin menguji hatinya. Langkah kaki diatur ke arah Kira yang masih berada di pintu. Pemegang pintu dipegang sementara menunggu Kasturi menyarung kasut.

Selesai kasut disarung Kasturi menghampiri pintu dan sebelum dia melangkah keluar, bibir Kira disapa sekilas sebelum tubuhnya dibawa keluar. Terkebil-kebil Kira menerima kejutan tersebut tetapi hanya sementara apabila bibirnya mengukir senyum nipis. Kaki diatur ke arah kereta bersama hati yang berbunga. Kasturi pula waktu itu sudah sedia di tempat pemandu.

"Where are we going?." Soal Kasturi sebaik Kira melolos masuk ke bahagian penumpang hadapan. Kira menoleh seketika pada Kasturi sebelum membalas.

"Pasaraya dekat-dekat sini je. Nanti saya tunjukkan." Kata Kira sambil menarik seatbelt.

"Okay, show me the way." Balas Kasturi lalu pedal ditekan.

Sebaik keluar dari pagar pengawal keselamatan, Kira sedari ada sebuah kereta mengekori mereka di belakang. Kira menoleh ke belakang sebelum wajah Kasturi yang sedang memandu dipandang.

"Is that Reno?." Soal Kira. Kasturi memandang cermin pandang belakang dan bibirnya tersungging apabila menyedari itu memang Reno.

"Who else if not him." Balas Kasturi. Kira angguk sebelum dia menoleh sekali lagi ke belakang.

Tak banyak barang yang Kira beli memandangkan dia tidak pasti berapa lama dia dan Kasturi akan berada di rumahnya itu. Beli banyak nanti bimbang rosak pula kalau tidak dimasak. Tapi.. Banyak tak banyak pun, penuh juga kiri kanan beg plastik.

"Petang ni, awak ada temujanji dengan Doktor Bani, kan?." Soal Kira pada Kasturi selepas barang yang dibeli dimasukkan ke dalam kereta. Daun pintu ditutup dan dia berjalan ke arah pintu penumpang hadapan. Daun pintu ditarik dan dia melolos masuk, begitu juga dengan Kasturi.

"Yes, at three o'clock in the afternoon." Balas Kasturi pada Kira yang sudah sedia di sebelah sebelum pedal minyak ditekan.

"Can i accompany you?." Soal Kira. Kasturi menoleh pada Kira seketika sebelum kepala diangguk.

"Awak, nanti berhenti di kedai Seven Eleven boleh tak? Saya terlupa nak beli sesuatu." Pinta Kira.

"Okay." Balas Kasturi. Setelah memandu hampir lima belas minit, Kasturi memberi singnal ke kiri sebelum kereta diberhentikan di petak parking di tepi jalan.

"Awak nak ikut sekali atau tunggu dalam kereta?." Soal Kira pada Kasturi.

"I'm follow you." Balas Kasturi sambil klip seatbelt ditekan. Kira angguk sebelum daun pintu ditolak. Kedua mereka melangkah masuk ke dalam kedai Seven Eleven. Sewaktu masuk tiada pelanggan yang lain hanya ada Kira dan Kasturi sahaja. Kasturi melangkah masuk dan dia terus ke bahagian belakang kedai, manakala Kira pula di bahagian rak berhampiran kaunter. Sedang Kira memilih barang, bell pintu berbunyi. Kira menoleh ke arah pintu dan ada seorang lelaki yang melangkah masuk, di luar kedai pula ada seorang lagi lelaki sedang menanti di atas motorsikal. Dengan jaket berhud yang menutup kepala dan tangan kanan yang berada di dalam jaket, Kira dapat rasakan seperti ada yang tidak kena pada lelaki yang sedang melangkah masuk tersebut. Tiba-tiba lelaki tadi mengeluarkan tangan kanannya bersama parang di tangan dan parang tersebut diacukan pada perempuan penjaga kaunter. Terjerit perempuan tersebut kerana terkejut.

Huh! dia sudah agak ada yang tidak kena dengan lelaki tadi. Kira menoleh ke arah bahagian belakang kedai tetapi kelibat Kasturi tidak kelihatan.

"Cepat! Buka mesin tu, ambil duit tu cepat. Masuk dalam beg ni!." Arah lelaki tadi pada penjaga kaunter sambil menyerahkan sebuah beg galas berwarna hitam.

"Rokok tu pun sama.!." Tambah lelaki itu lagi sambil parang digoyang-goyangkan di hadapan muka perempuan penjaga kaunter tersebut.

"Hey!." Panggil Kira. Lelaki yang sedang mengacukan parang pada penjaga kaunter memandang ke arah Kira.

"Kau! Sini. Bagi aku dompet kau!." Pinta lelaki tadi bersama parang yang diacu pada Kira. Perempuan penjaga kaunter tadi terhenti pergerakan tangannya.

"Eh! Ada aku cakap berhenti ke?." Marah lelaki tadi bersama hentakan parang di atas kaunter. Kelam kabut perempuan tersebut memasukkan wang dan rokok ke dalam beg galas sambil tangan yang terketar.

"Aku cakap sini dompet kau!." Pinta lelaki itu lagi sambil mengacukan para pada Kira.

"Nah.." Kata perempuan penjaga kaunter pada lelaki tadi sambil menyerahkan beg galas pada lelaki tadi dan pantas beg digalas ke bahu. Belum sempat perempuan tersebut menarik tangannya semula, lelaki tadi telah dahulu mencapai tangan perempuan tersebut dan bertindak mahu mencederakan tangan perempuan tersebut. Perempuan tadi sudah terjerit sambil menangis sambil cuba melepaskan tangannya. Kira pula sudah serba salah samada mahu bertindak atau pun tidak, bimbang nanti tangan perempuan tersebut akan cedera.

"Okay.. Okay.. Aku bagi." Balas kira sambil tangan kanannya mengambil dompet dari pouch beg yang dipakai di pinggang. Perlahan dompet dikeluarkan dan dihulur pada lelaki tadi. Lengan Kira ditarik dan belum sempat Kira bertindak, terdengar suara seseorang dari belakang.

"Let her go!." Keras suara Kasturi berbunyi. Pada awal tadi, Kasturi tidak mahu bertindak kerana dia sudahpun menghantar mesej pada Reno supaya hubungi polis tetapi apabila Kira sudah terlibat sama, dia terpaksa bertindak dahulu.

Lelaki tadi sudah ketawa sambil Kira ditarik rapat padanya dan parang diletakkan di leher Kira. Tiba-tiba Kasturi rasa dadanya sempit dan pandangannya berputar apabila dia melihat keadaan tersebut. Matanya dikerdipkan beberapa kali bersama nafas yang ditarik panjang. Pandangannya di hadapan tiba-tiba menjadi bertindih dengan satu lagi keadaan yang hampir serupa cuma keadaan berbeza. Hutan! Ya, dalam hutan.

"Awak! Awak!." Jerit Kira apabila dia melihat Kasturi hanya diam terkaku tanpa berbuat apa-apa. Kuat Kira mendengus sebelum tangan kanan lelaki tadi yang memegang parang ditarik ke depan dan sikunya dihentak ke rusuk bersama belakang kepala dihantuk ke hidung. Terundur ke belakang lelaki tadi dengan tindakan Kira. Kuat dia mendengus apabila dihentak begitu oleh seorang perempuan. Laju dia meluru ke arah Kira dan pantas Kira menahan dengan kedua tanggannya yang disilangkan di hadapan. Kalaulah lambat sesaat, pasti kepalanya sudah terbelah dibenam parang lelaki itu. Melihat keadaan yang sudah kecoh di dalam, rakannya yang berada di luar sudah turun dari motorsikal mahu membantu tetapi belum sempat langkah diatur, sayup-sayup terdengar bunyi siren polis. Kepala ditoleh ke arah bunyi siren dan demi untuk menyelamatkan diri, motorsikal dipanjat semula tetapi tidak sempat jauh, motorsikalnya dihentam sebuah kenderaan polis dan dia berjaya diberkas.

Kira pula sedang sibuk bergasak dengan lelaki tadi manakala perempuan penjaga kaunter pula sudah terduduk di bawah kaunter bersama tubuh yang menggeletar. Kasturi yang seakan baru tersedar dari lamunan terus menyerbu ke arah lelaki tadi bersama hentakan lutut di rusuk. Terperosok lelaki tadi di rak hujung berhampiran mesin slurpee. Tanpa lengah tubuh lelaki tadi ditindih dan wajahnya dilepaskan tumbukan bertubi.

"Polis! Angkat tangan!." Bunyi suara lantang yang datang dari arah pintu. Kira terus bangun dan bergerak ke arah Kasturi.

"Awak." Panggil Kira. Terhenti tindakan Kasturi apabila bahunya disentuh Kira.

"Angkat tangan!." Ulang suara itu lagi. Kasturi dan Kira menoleh ke arah pintu dan dapati ada beberapa anggota polis berpakaian pereman bersarung vest polis di tubuh berada di celah pintu bersama pistol di tangan yang diacu ke arah mereka.

"Er.. Cik.. Perompak yang dah kena pukul tu, bukan kakak dan abang ni.." Sampuk perempuan penjaga kaunter tadi yang baru keluar dari persembunyiannya. Polis yang berpakaian biasa tadi menyimpan semula senjatapinya. Lalu menghampiri Kasturi dan Kira.

"White, Ray. Gari suspek!." Arah Qais.

"Baik Tuan." Balas White dan Ray serentak lalu bergerak ke arah Kasturi yang masih memegang baju lelaki tadi. Sebaik White dan Ray sampai, baju lelaki tadi dilepas kasar sebelum dia dan Kira bangun berdiri untuk memberi ruang pada dua anggota polis tadi bagi melakukan tugas mereka. Kasturi seluk poket. Dompet dikeluarkan lalu kad kuasa polisnya ditarik keluar sebelum ditunjukkan pada Qais.

"Saya ASP Edan, Bukit Aman." Kata Kasturi bersama salam dihulur pada Qais.

"Maaf Tuan, saya tak kenal. Saya Insp Qais. Bahagian Siasatan Jenayah IPD Ampang Jaya." Balas Qais bersama salam disambut.

"It's okay. This my wife." Tambah Kasturi lagi apabila dapat dia lihat mata Qais yang memandang Kira di sisinya. Kad kuasanya disimpan kembali ke dalam dompet sebelum dompet disimpan semula ke dalam poket.

"Puan." Sapa Qais. Kira hanya membalas dengan senyuman nipis.

"Kalau macam tu, kita ke IPD." Kata Qais. Kasturi angguk dan semasa mahu melangkah tiba-tiba dia dapat rasakan kakinya seperti tidak berpijak di atas lantai, seakan tergantung di awangan-awangan. Kepalanya pula rasa berdenyut dan pandangannya menjadi kabur sebelum tubuh terjelepuk jatuh.

"Abang!." Jerit Kira.

+++

"Are you okay?." Soal Doktor Sany apabila melihat Kasturi yang sudah tersedar. Lelaki itu perlahan bangun duduk dan bersandar di kepala katil. Diperhatikan sekeliling. Oh, dia di rumah Kira.

"How can I be here?." Soal Kasturi. Pelipis kepala dipicit perlahan.

"Reno and your wife." Balas Doktor Sany.

"Kira? where is she?." Soal Kasturi apabila dia tidak melihat kelibat Kira di dalam bilik itu.

"Dia di luar." Balas Doktor Sany. Kasturi hela nafas perlahan. Lama dia termenung.

"Sany.. I.." Terhenti kata-kata Kasturi apabila Kira melangkah masuk bersama dulang makanan.

"Awak.. Awak okay?." Soal Kira sebaik melihat Kasturi yang sudah sedar. Dulang diletakkan di atas meja sisi katil.

"Yup. I'm okay." Balas Kasturi. Wajah Kira dipandang tidak berkelip. Kira kerut kening.

"Kenapa?." Soal Kira pelik.

"Nothing." Balas Kasturi bersama senyum nipis.

"Kira." Panggil Doktor Sany. Kira menoleh pada Doktor Sany.

"Saya dah maklumkan perkara ni pada Doktor Bani. Jadi, awak tak perlu bimbang. Cuma esok, mesti bawa Kasturi ke hospital untuk pemeriksaan penuh dengan Doktor Bani." Pesan Doktor Sany sambil tubuh dibawa bangun dari kerusi. Beg perubatannya ditutup dan dibimbit.

"Edan, aku balik dulu. Anything, call me." Pesan Doktor Sany.

"Thanks Sany." Ucap Kasturi sebelum Doktor Sany menghilang di sebalik pintu.

"Saya hantar Doktor Sany keluar sekejap ya." Balas Kira.

"Okay sayang." Balas Kasturi. Kira yang mahu melangkah menoleh pada Kasturi dengan dahi berkerut.

"Aku salah dengar ke?." Soal Kira sendiri sebelum dia melangkah keluar dari bilik tidur.

(11/08/2021 @ 0005hrs)

Share this novel

Syakira Ieyra
2021-08-13 15:26:24 

bila nk updte

Syakira Ieyra
2021-08-12 23:16:57 

cpat lh update


NovelPlus Premium

The best ads free experience