Bab 13

Romance Series 548166

Kasturi memandu memasuki lebuhraya menghala ke Kuala Lumpur. Tenang sahaja pemanduannya, kereta yang ada juga tidak banyak. Tekak Kira terasa dahaga, teringat pula dia pada makanan dan minuman yang dibeli Kasturi tadi. Kira capai plastik yang disangkut di belakang tempat duduk Kasturi. Air epal twister, oren twister, milo kotak, nescafe botol, kaya bun, coklat. Banyaknya dia beli. Jagung cup pun ada. Jagung cup kemudian dikeluarkan dan diletakkan pada holder.

"Awak nak air?" soal Kira. Rasa tak sopanlah pula kalau dia minum tanpa memperlawa Kasturi.

"Boleh juga" balas Kasturi sambil menoleh sekilas pada Kira.

"Nak air apa?" soal Kira sambil menunjukkan air yang ada di dalam plastik.

"Nescafe la" kata Kasturi. Kira kemudian mengambil air nescafe dan epal twister lalu diletakkan di atas ribaannya. Plastik tadi disangkut semula di belakang. Kira ambil nescafe botol lalu dibukakan penutup dan diserahkan pada Kasturi.

"Nah" kata Kira. Kasturi sambut huluran dan dipandang pada mulut botol.

"Kira bukakan?" soal Kasturi.

"Haah. Kenapa? awak tak suka orang bukakan ke?" soal Kira bimbang. Ah, sudah. Dia pun lupa mahu bertanya sebelum dibukakan penutup botol tadi

"Eh tak. Biasanya saya bukakan sendiri sebab tak ada orang yang nak tolong bukakan untuk saya" balas Kasturi lalu perlahan diteguk dan diserah kembali pada Kira.

"Awak ni.. buat suspen je la. Tak apa, lepas ni biar saya tolong bukakan untuk awak. Okay" balas Kira sambil tersenyum.

'Zupp!'

Terus menikam ke jantungnya. Kasturi menahan rasa.

Botol air nescafe Kira letakkan pada holder bersebelahan jagung cup. Kemudian epal twister diambil lalu dibukakan penutupnya dan perlahan diteguk. Setelah itu botol ditutupkan kembali dan botol diletakkan di atas ribaannya semula. Jagung cup dicapai lalu penutup dibuka dan dibalut dengan tisu lalu diletakkan kembali di tempat tadi.

"Awak nak jagung?" soal Kira sambil menunjukkan jagung yang ada di tangannya. Kasturi pandang Kira.

"Awak makanlah. Sejuk tak sedap nanti" kata Kasturi. Kira pandang cup jagung, takkan aku nak makan seorang tapi disuap juga ke mulutnya sesuap. Kasturi dipandang dan kemudian jagung disudukan dan disua di hadapan bibir Kasturi. Terkejut Kasturi lalu ditoleh seketika pada Kira.

"Kita share" kata Kira. Kasturi pandang sudu plastik yang ada kesan lipstik dari bibir Kira. Kalau aku makan ni.. sama macam aku cium dia la kan. Kata Kasturi dalam hati lalu dipandang Kira. Kira pandang sudu di tangannya. Alamak lipstik lekat. Kalut Kira menariknya semula dan waktu itu Kasturi sudah membukakan mulutnya untuk makan.

"Awak.. sorry.." kalut Kira mengesat sudu yang comot dengan lipstik menggunakan tisu. Kasturi terkelip-kelip memandang Kira sekilas. Ish, dia ni.. main-main. Memerah telinga Kasturi.

"Jap, saya kesat kesan lipstik ni. Sudu ada satu je" kata Kira lagi. Kau ni Kira, takkan dia nak makan bekas mulut engkau tu.. Kira.. Kira..

"Tak perlu" kata Kasturi lalu mengangakan mulutnya. Kira sudah serba salah. Tak pe ke dia makan bekas sudu aku ni?

"Lama saya tunggu, nanti tak pasal-pasal masuk lalat pula" kata Kasturi bergurau.

"Okay.. okay.." balas Kira lalu disudukan jagung dan disuapkan pada Kasturi. Kira pandang Kasturi tidak berkelip.

"Kenapa pandang saya macam tu" soal Kasturi yang nasih tekun memandu sambil mengunyah jagung. Eh, dia perasan la aku tengok dia. Kalut Kira sudukan jagung dan disuapkan ke mulut sendiri dan kemudian disuapkan pada Kasturi pula. Kasturi senyum nipis. Macam best pulak makan ada orang suap.

"Kenapa awak senyum?" soal Kira apabila melihat Kasturi tiba-tiba tersenyum sendiri.

"Nothing" balas Kasturi selamba padahal dia sudah termalu kerana ditangkap Kira yang dia sedang tersenyum sendiri. Sudahnya habis satu bekas dikongsi bersama. Sesudah itu diserahkan air nescafe pada Kasturi. Tiba-tiba mata Kira menangkap kesan lipstik pada bibir Kasturi. Lama dipandang bibir Kasturi hingga menimbulkan rasa tidak selesa pada lelaki itu.

"There is something wrong?" soal Kasturi tanpa menoleh.

"Er.. bibir awak comot.." kata Kira. Kasturi senyum lalu ditoleh sekilas pada Kira.

"Dah nama pun makan, tak sah kalau tak comot. Kan?" balas Kasturi.

"Tapi.. ni bukan comot sebab jagung" kata Kita serba salah.

"Dah tu? takkan lipstik pula? bukan saya cium awak pun" balas Kasturi selamba. Tiba-tiba

'krik krik krik'

Terdiam seketika kedua mereka waktu itu. Kasturi rasa mahu ditampar-tampar sahaja bibir sendiri kerana keceloparannya tadi. Hujung matanya memandang Kira. Kira terkebil-kebil memandang Kasturi. Dia ni.. ayat makan dalam betul!

"Jangan cakap memang ada kesan lipstik pula" kata Kasturi. Kira diam sambil kepala dianggukkan.

Pantas Kasturi memandang bibirnya pada cermin pandang belakang. Lipstik? panas rasa wajahnya. Hendak minta tisu, jauh pula kotak tisunya berada. Sudahnya jarinya digunakan untuk mengesat bibir tetapi belum sempat dia berbuat apa-apa, tangan Kira dahulu yang naik mengesat bibir Kasturi. Tertoleh ke kiri Kasturi memandang Kira. Tidak terjangka olehnya dengan tindakan Kira itu.

'Ppiinnn...!'

Bunyi hon menyedarkan Kasturi yang terhayal tadi. Stereng dibetulkan semula, mujurlah tidak kemalangan. Kuat stereng digenggam.

"Sorry" kata Kira sepatah.

"It's okay" balas Kasturi. Jadi tidak keruan dia.. Terus terdiam dan kaku kedua mereka seketika.

Setelah agak reda, Kira mengambil cup jagung tadi lalu ditutup semula dan dimasukkan ke dalam plastik. Air epal di atas ribanya dicapai lalu dibuka penutup dan diteguk perlahan sebelum ditutup kembali dan diletakkan pada holder. Tubuh kemudian disandarkan tegak ke kerusi dan pandangan dibuang ke luar kereta. Berdebar-debar jantungnya. Laju jantungnya bekerja mengepam darah. Nafas panjang ditarik beberapa kali untuk menenangkan persaan. Entah bila dia terlena pun tidak pasti. Sedar-sedar sahaja kereta sudah berhenti bergerak. Ditoleh pada Kasturi di sisi yang sedang membuka seatbelt.

"Kat mana ni, dah sampai ke?" soal Kira sambil memandang ke luar.

"Belum lagi, kita berhenti di RnR sekejap. Dah maghrib. Kira boleh solat tak?" soal Kasturi. Kira angguk.

"Kira nak makan tak lepas ni?" soal Kasturi lagi.

"Boleh juga, macam lapar la pula" kata Kira.

"Kalau macam tu kita solat dulu lepas tu kita makan." kata Kasturi. Kira angguk lalu laju tangannya naik memegang pemegang pintu untuk keluar tetapi tidak jadi apabila Kasturi menadah tangan kanannya. Kira pandang tapak tangan Kasturi dengan wajah tidak faham. Dia ni nak apa? takkan nak pergi surau pun kena salam kot. Hurm.. salam je lah Kira oi.. bukan rugi apa pun. Kata Kira dalam hati lalu tangan Kasturi dicapai lalu dicium kekuranya. Kasturi sudah pelik. Dah kenapa pula Kira ni. Aku bukan minta nak bersalam.

Kira lepaskan tangan Kasturi tetapi Kasturi masih lagi memandang Kira.

"Awak nak apa?" akhirnya keluar juga soalan dari Kira.

"Saya nak telefon awak, Kira" balas Kasturi.

"Telefon saya? nak buat apa?" soal Kira tetapi telefon di dalam begnya dicapai juga dan diserahkan pada Kasturi.

"Saya tak ada nombor telefon awak. Hilang nanti mana saya nak cari, dalam ramai-ramai orang macam ni" kata Kasturi sambil menyambut telefon milik Kira.

"Oo.. nak telefon.. ingatkan nak salam" balas Kira sambil tersengih. Kasturi tahan sahaja senyumnya. Skrin telefon dipandang seketika sebelum diserah kembali pada Kira.

"Kenapa?" soal Kira.

"Password" balas Kasturi sepatah.

"Oh, jap" balas Kira lalu telefonnya diambil semula sebelum password dimasukkan. Sesudah itu diserah kembali pada Kasturi. Kasturi kemudian mendail nombor telefon sendiri hingga berdering.

"Okay. Save nombor saya. Nanti dah siap. Call" kata Kasturi. Kedua-dua mereka meninggalkan kereta di tempat parking dan berjalan menuju ke surau. Hampir dua puluh lima minit Kira keluar dari surau ruang wanita. Tangannya mencari telefon bimbit di dalam beg tangan sambil kaki melangkah ke hadapan. Telefon dikeluarkan dan baru hendak didail nombor telefon Kasturi, di hadapan sudah dapat dilihat Kasturi sudah tegak berdiri memandang ke arahnya. Telefon terus disimpan semula ke dalam beg dan laju langkah kaki diatur mendapatkan Kasturi yang menantinya di tepi lorong laluan pejalan kaki.

"Lama awak tunggu? sorry. Ramai orang tadi" kata Kira sambil berjalan beriringan dengan Kasturi.

"Tak juga, baru lagi" balas Kasturi. Kedua mereka melangkah ke arah medan selera dan dapati tempat duduk penuh dengan pelanggan. Kira berhenti melangkah. Kasturi juga begitu.

"Macam mana ni? orang ramai. Tempat duduk pun tak ada" kata Kira sambil mata memerhatikan sekeliling mana tau ada tempat duduk yang kosong.

Kalau ikutkan Kasturi dia tidak kisah kalau tidak makan, dapat air pun sudah memadai tetapi bimbang pula pada Kira. Takut perut masuk angin pula nanti.

"Beli bungkus, makan di kereta saja lah" kata Kasturi. Kira toleh pada Kasturi.

"Awak tak apa ke tak selesa? saya dah biasa makan macam tu" kata Kira.

"It's okay" balas Kasturi. Makan di kereta tu kira okay lah kalau nak diikutkan, dia pernah makan di tempat yang lebih teruk dan tidak selesa daripada itu tapi mengenangkan demi tugas, diikutkan juga.

"Kalau macam tu kita makan simple-simple je la. Kuih ke roti ke. Okay tak?" soal Kira. Kasturi hanya angguk. Kira kemudian membuka langkah mendahului. Setelah makanan dibeli kedua mereka kembali ke kereta. Enjin kereta dihidupkan dan Kasturi bersedia untuk teruskan pemanduan.

"Eh, awak tak nak makan ke?" soal Kasturi.

"Saya kenyang lagi. Tak apa. Kira makanlah" kata Kasturi lalu perjalanan diteruskan. Kira buka bekas kuih yang dibeli tadi, ada kuih karipap, pulut udang dengan cucur badak. Karipap dipatahkan separuh lalu disuakan ke mulut Kasturi.

"Nah, kita makan sama-sama" kata Kira. Kasturi toleh pada Kira di sisi.

"Makanlah. Kalau awak tak nak makan, saya pun tak nak makan. Takkan saya nak makan seorang" kata Kira yang sudah memuncung bibirnya. Alolo.. comel je.. Kasturi senyum lalu mengambil karipap dari tangan Kira tapi pantas ditegah.

"Aip! kotor la tangan tu nanti. Biar saya suap" kata Kira lalu disuapkan ke mulut Kasturi. Terdiam Kasturi apabila dilayan begitu. Sungguh dia tidak biasa, rasa di dada ditahan.

Habis kuih yang dibeli tadi dikongsi bersama. Kira keluarkan tisu basah untuk mengesat tangannya yang berminyak. Kali ini Kasturi minta tisu dari Kira untuk mengesat bibir sendiri. Hatinya tidak kuat untuk menghadapi situasi seperti tadi.

Hampir satu jam memandu, kereta dipandu Kasturi sampai di hadapan rumahnya. Waktu itu Pak Mail sudah berada di atas motorsikalnya dan bersedia untuk pulang. Tetapi sebaik melihat Kasturi yang memandu kereta pantas pintu pagar dibuka. Mujurlah Pak Mail masih belum balik, jika tidak jenuh pula Pak Mail mahu datang kembali.

Sebaik pintu pagar terbuka, Kasturi terus memandu perlahan memasuki kawasan rumah. Kira yang masih terlelap dipandang. Daun pintu ditolak dan dia melangkah keluar. Pak Mail datang menghampiri Kasturi.

"Tuan" sapa Pak Mail. Kasturi toleh ke kanan.

"Mana remote Tuan?" soal Pak Mail.

"Rosak" balas Kasturi pendek.

"Rosak?" soal Pak Mail kembali.

"Panjang ceritanya Pak Mail. Tak apalah. Pak Mail balik dulu. Dah lewat ni" kata Kasturi.

"Iyalah" balas Pak Mail. Kira di dalam kereta dipandang.

"Isteri saya. Kira" kata Kasturi. Laju Pak Mail pandang Kasturi dengan riak terkejut.

"Tuan balik kampung sebab berkahwin ke?" soal Pak Mail. Kasturi tidak membalas, sebaliknya hanya tersenyum. Pak Mail angguk.

"Kalau macam tu Pak Mail balik dulu la" kata Pak Mail. Kasturi hanya angguk dan memandang Pak Mail yang melangkah ke arah keluar dan tidak lama meninggalkan perkarangan rumah dengan motorsikalnya. Kasturi pandang Kira yang masih terlena. Tiba-tiba nampak Kira sudah terjaga. Terpisat-pisat matanya. Seatbelt ditanggalkan dan daun pintu ditolak. Waktu itu dia lihat Kasturi sedang mengangkat beg dan barang-barang lain ke hadapan pintu rumah. Kira mahu membantu tetapi ditegah Kasturi.

"Dah tak ada apa pun. Jom kita masuk" kata Kasturi lalu mendahului Kira ke muka pintu. Daun pintu ditolak dan diberikan ruang pada Kira untuk melangkah masuk.

"Awak, rumah siapa ni?" soal Kira.

"Rumah saya" balas Kasturi lalu suis lampu di dinding ditekan. Cerah nampak keadaan di dalam rumah. Cantik dan kemas. Kasturi yang sibuk mengangkat beg dipandang.

"Rumah awak?" soal Kira. Kasturi tersenyum.

"Jom, kita naik bilik" kata Kasturi lalu terus melangkah ke tingkat atas bersama beg di kiri kanannya.

"Naik bilik? bilik siapa?" soal Kira. Kasturi yang sedang mendaki anak tangga terhenti kakinya lalu dia menoleh ke belakang.

"Naik bilik la, bilik saya. Nak mandi, salin pakaian. Solat" kata Kasturi.

"Oh.. ya lah. Dah malam kan.." kata Kira sambil tangan naik menggaru kepala tidak gatal.

"Saya kena tidur bilik awak ke?" soal Kira. Kasturi yang baru mahu melangkah terhenti lagi langkah kakinya. Beg diletakkan di anak tangga lalu dia menoleh pada Kira.

"Bilik saya la sebab bilik lain semua dah penuh" balas Kasturi selamba.

"Penuh? awak tinggal berapa orang dalam rumah ni?" soal Kira ingin tahu.

"Tak nampak macam ramai orang pun.." kata Kira lagi. Nampak macam dia je dalam rumah ni.

"Saya seorang" balas Kasturi lalu kakinya meneruskan langkah.

"Kalau awak tinggal seorang, maknanya banyak la bilik kosongkan? tapi kenapa saya kena tinggal sebilik dengan awak pula?" soal Kira. Rasa macam tak selamat je nak tinggal sebilik dengan si Edan ni. Tangannya sudah seram sejuk. Kasturi yang tegak di tengah tangga di pandang.

"Because you are my wife. Full stop! If you ask me more, I will cover your lips with mine!" balas Kasturi lalu dia terus melangkah hingga ke atas tanpa menoleh lagi. Kira yang berada di bawah terus naik kedua tangannya menutup mulut.

(07/02/2021 @ 1759hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience