Bab 41

Romance Series 548166

"I know it's you." Kata Kasturi pada lelaki yang sedang menoleh ke arahnya bersama senyuman. Kasturi hulurkan salam lalu disambutnya bersama tubuh yang dibawa berdiri.

"Do you know each other?." Soal Tuan Farokh apabila melihat Kasturi berjabat tangan dengan lelaki di hadapannya.

"Yes Sir, I know him. Siapa tidak kenal dengan ASP Aniq dari IPK Selangor, a great officer." Kata Kasturi sebaik genggaman tangan dilepaskan.

"It's not like that, I'm just like everyone else." Balas Aniq bersama senyum nipis. Dia kemudian menghulurkan pula salam pada Kent yang sejak tadi hanya memerhatikannya sahaja.

"Have a seat." Kata Tuan Farokh sambil tertawa kecil.

"Kalau dah kenal, mudahlah tugas yang akan dijalankan nanti." Kata Tuan Farokh sambil dia mengambil fail dan diserahkan kepada mereka tiap satu.

"Saya terangkan secara ringkas dahulu, after this I will explain in more detail with the other team members." Tuan Farokh memulakan bicara. Ketiga-tiga mereka angguk faham. Hampir lima belas minit taklimat awal disampaikan oleh Tuan Farokh kepada mereka bertiga sebelum kesemua mereka bergerak ke Bilik Taklimat. Aniq dikenalkan pada anggota-anggota yang lain oleh Tuan Farokh. Lebih kurang tiga puluh minit, sesi taklimat selesai.

"Selepas ini, pastikan kelengkapan dan alat komunikasi berfungsi dengan baik. Peluru yang dibawa mencukupi jangan nanti ada masalah dikemudiannya. Saya doakan semuanya berjalan dengan lancar dan seandainya berlaku situasi yang tidak dijangka, ikut S.O.P yang telah ditetapkan dan hubungi pusat kawalan dengan segera untuk bantuan. Jaga keselamatan diri dan senjatapi. Apa juga tindakan jangan belakangkan undang-undang." Panjang pesanan Tuan Farokh pada semua yang ada.

"Baik Tuan." Balas mereka hampir serentak.

"Kalau tak ada soalan, semua boleh bergerak dalam sepuluh minit lagi." Kata Tuan Farokh sambil menilik jam di pergelangan tangannya. Semua yang ada angguk faham.

"Semoga semuanya selamat pergi dan selamat kembali." Tambah Tuan Farokh lagi.

"Terima kasih Tuan." Ucap semua yang ada lalu masing-masing bangun dari kerusi dan berjalan keluar dari Bilik Taklimat menuju ke lift untuk turun ke basement.

Kesemua mereka yang terlibat seramai tujuh orang, iaitu tiga orang pegawai kanan dan empat anggota lain-lain pangkat. Barang-barang serta peralatan telah awal-awal lagi telah dimasukkan ke dalam kenderaan. Keadaan kenderaan juga sudah diperiksa dan dipastikan keselamatan penggunaannya.

Kenderaan untuk membawa dan mengiringi tahanan sebayak tiga buah. Dua sebagai pengiring, masing-masing satu di hadapan dan di belakang kenderaan utama. Bhadif pula sudah sedia di dalam kenderaan utama di bahagian penumpang belakang. Turut berada bersamanya adalah Syamill sebagai pemandu, Aniq di bahagian penumpang hadapan manakala Kasturi bersama Bhadif di bahagian penumpang belakang. Kent pula berada di kenderaan hadapan bersama seorang anggota yang bertindak sebagai pemandu dan lagi dua orang anggota berada di kenderaan di belakang.

Ketiga-tiga kenderaan jenis SUV berwarna hitam perlahan keluar dari basement bangunan Bukit Aman menuju ke pintu pagar keluar dan terus bergerak ke arah destinasi yang telah ditetapkan seperti dalam taklimat tadi.

Perjalanan selama lebih kurang satu jam tenang tanpa sebarang masalah. Tiba-tiba Bhadif bersuara.

"Tuan." Panggil Bhadif pada Kasturi yang berada di sisinya. Aniq memandang Bhadif melalui cermin pandang belakang. Kasturi tidak menoleh, dia hanya diam sambil mata tajam memerhatikan di luar kenderaan di kanan dan kiri.

"Kita nak ke mana?." Soal Bhadif tetapi tiada jawapan dari Kasturi. Bhadif berdecit tidak puas hati kerana dia tidak dilayan.

"Ish, Tuan. Kita nak ke mana ni?." Soal Bhadif sedikit tinggi apabila soalannya sepi tanpa jawapan. Syamill yang memandu pula rasa sakit hati. Tajam dijeling Bhadif yang asyik memandang wajah Kasturi.

"Tuan nak bawa saya ke mana? Macam nak pergi jauh je.." Kata Bhadif lagi.

"Tuan bukan nak bunuh saya kan?." Soal Bhadif sambil dia memandang Kasturi yang berada di sisinya. Kasturi buat tidak peduli.

"Eh, kau diam boleh tak?." Marah Syamil sambil menjeling pada Bhadif melalui cermin pandang belakang.

"Aku tanya je. Janganlah marah." Balas Bhadif sambil menyandarkan tubuhnya ke tempat duduk.

"Tak payah tanya kalau nak selamat." Balas Syamill keras.

"Mill.." Kasturi menegur.

"Maaf Tuan." Kata Syamill perlahan.

"Saya bukan apa, sakit telinga dengan dia ni. Mulut tak reti diam. Plaster mulut tu baru tau." Kata Syamill yang sedang memandu.

"Gari aku ni ketat sangat, kalau longgarkan sikit boleh tak?." Bhadif menukar soalan sambil mengangkat tangannya yang bergari ke atas. Syamill sudah tarik nafas panjang. Gigi diketap kuat. Mau hilang sabar dia nanti.

"Sakit ni ha, tangan aku tersepit.." Tambah Bhadif lagi tetapi tiada yang peduli. Tangan yang bergari ditunjukkan ke celah kerusi antara pemandu dan penumpang hadapan tetapi tiada yang ambil tindakan. Bhadif merengus kuat  kerana tidak puas hati bersama tubuh dihempas ke tempat duduk belakang.

"Aku nak kencing!." Kata Bhadif tiba-tiba.

'Zup'

Kasturi toleh memandang Bhadif bersama renungan tajam. Serentak dengan itu juga muncung senjatanya ditolak di bawah dagu Bhadif hingga terdongak.

"Okay.. Okay.. Aku tahan." Kata Bhadif perlahan. Syamill sudah tergeleng di hadapan.

"Kau ni kan.. Nasib baik aku tengah bawa kereta, kalau tak.. memang makan stoking mulut kau tu!." Marah Syamill. Tidak tahan dia dengan mulut becok si Bhadif. Ikutkan hati baik dibiarkan sahaja Bhadif di dalam penjara tu, biar dia jadi 'lauk'. Baru ada akai sikit! Bebel Syamill sendiri. Tak kenang dek untung.

+++

"Madam." Sapa Reno pada Kira yang sedang berdiri di sisi pintu kereta sambil mencari sesuatu dari beg tangannya. Kira dongak ke depan.

"Madam cari apa?." Soal Reno apabila nampak Kira masih tercegat berdiri di luar kereta.

"Oh, saya cari pendrive. Saya rasa ada bawa balik tapi cari dalam beg tak ada pula." Balas Kira.

"Hm.. Tak apalah, kita gerak sekarang. Nanti saya cari di office je." Balas Kira lalu daun pintu penumpang bahagian belakang ditarik dan tubuh dilolos masuk.

"Baik Madam." Balas Reno lalu dia kembali ke bahagian pemandu. Tidak lama kenderaan perlahan bergerak keluar dari perkarangan rumah.

Kira masih rasa tidak puas hati lalu dicari lagi sekali tetapi lain yang dicari lain pula yang dia jumpa.

"Eh, gambar?." Kata Kira sendiri apabila sekeping gambar terkeluar dari beg tangannya.

"Gambar siapa pula?." Soal Kira lalu gambar dibelek.

"Oh, ini gambar arwah ayah Edan." Kata Kira perlahan. Dalam gambar tersebut, ayah Kasturi bergambar bersama seorang lelaki. Gambar ini diambil semasa dia singgah di rumah arwah ayah Kasturi dahulu. Terlupa dia dengan gambar ini. Lelaki yang berdiri di samping arwah ayah Kasturi diperhati. Nampak wajah seakan seiras tetapi siapa? Kasturi tidak pernah pula ceritakan apa-apa mengenai lelaki ini.

"Siapa ya?." Soal Kira. Reno yang sedang memandu memandang Kira melalui cermin pandang belakang.

"Madam panggil saya?." Soal Reno. Kira yang seakan baru tersedar terus menggeleng.

"Eh, tak." Balas Kira lalu gambar tadi disimpan semula. Nantilah dia akan bertanya pada Kasturi apabila lelaki itu pulang nanti.

+++

"El." Panggil Am di celah pintu pejabatnya. Kira yang sedang menyemak fail mendongak ke depan.

"El, kejap." Panggil Am. Kira kemudian bangun dari kerusi di mejanya lalu berjalan ke arah pejabat Am yang waktu itu Am sudahpun kembali duduk di tempatnya.

"Ada apa?." Soal Kira sebaik dia melabuhkan duduk.

"Kau okay?." Soal Am pada Kira. Kira kerut kening.

"Okay.. Kenapa tanya?." Soal Kira.

"Edan minta aku dengan Burn tengok-tengokkan kau sepanjang dia out station." Balas Am.

"Tak ada apalah. Kalau ada apa-apa aku bagitau" kata Kira.

"Tak keluar lunch ke?." Soal Am apabila menyedari jam sudahpun hampir ke pukul satu tengah hari. Kira pandang jam di pergelangan tangan.

"Nak keluar la ni. Nak pesan apa-apa ke?." Soal Kira sambil tubuh dibawa bangun. Am menggeleng perlahan.

"It's okay. Nanti aku nak keluar lunch dengan client." Balas Am. Kira angguk lalu pemegang pintu ditarik.

"Oh, El. Lupa pula. Aku dah minta Sean temankan kau keluar lunch. Dia tunggu kau di lobi." Kata Am. Kira hanya tunjukkan tanda O.K dengan jarinya sebelum dia hilang disebalik pintu.

"Madam." Sapa seorang lelaki yang berpakaian casual pada Kira sebaik dia melangkah keluar dari lift. Kira angkat kening tanda bertanya.

"Oh, I'm Sean." Kata lelaki itu kenalkan diri.

"Hm.. Tak pernah nampak pun sebelum ni." Kata Kira pada lelaki yang berdiri tegak di hadapannya.

"Saya baru balik dari tugasan luar." Balas Sean. Handsome, hidung mancung!.

"Madam nak ke mana?." Soal Sean.

"Saya nak ke shopping mall. Nak beli barang sikit dan lepas tu nak lunch." Kata Kira lalu langkah kaki dibuka ke arah pintu.

"Baik Madam." Balas Sean sambil mengikut langkah Kira dari belakang.

Sampai sahaja di dalam pasaraya Kira berjalan ke arah bahagian beg tangan. Di belek beg tangan yang dijual. Cantik. Sambil mencari-cari barang, sempat juga dia 'cuci mata'. Mula dari kawasan beg tangan kemudian ke bahagian kasut dan sekarang di bahagian pakaian wanita. Sean masih setia mengekori dari belakang tetapi apabila Kira masuk ke lorong pakaian tidur yang seksi, terhenti kaki Sean. Kira yang menyedari Sean sudah terkaku di tepi lorong, terus dia memusing dan kembali melangkah mendapatkan Sean.

"Why did you stop here?." Soal Kira. Nampak wajah Sean seperti serba salah.

"Err... Are you sure you want me to follow you?." Soal Sean teragak-agak. Kira tayang wajah tidak mengerti.

"Why do you ask like that?." Soal Kira pula.

"This area.." Kata Sean sambil matanya memandang ke belakang Kira. Kira toleh belakang. Hm.. Barulah dia faham.

"Are you.. uncomfortable?." Soal Kira pada Sean.

"Er.. Not me but you, Madam." Balas Sean pula. Kira ketawa kecil.

"Me?." Soal Kira bersama jari ditundingkan ke arah diri sendiri.

"Then you don't have to come." Balas Kira lalu dia berjalan dan kembali ke tempat tadi. Sean hanya angguk tetapi matanya tidak berkalih sedikit pun dari Kira. Ikutkan hatinya dia tidak kisahpun, cuma bimbang isteri majikannya itu tidak selesa ketika hendak memilih. Dari jauh Kira memandang ke arah Sean yang setia memerhatikan pergerakannya. Kira senyum senget.

Cantik-cantik pakaian yang dijual, harga pun berpatutan. Kira ambil sehelai gaun tidur yang dia rasakan sangat cantik dan kena dengan matanya. Setelah itu dia berjalan ke arah pakaian dalam dan turut diambil beberapa helai. Kira memandang kelibat Sean dari jauh. Masih setia seperti tadi, tidak berkalih matanya dari Kira. Selesai memilih barang yang berkenan di mata Kira terus ke kaunter bayaran. Semasa beratur bersama-sama pelanggan yang lain dapat dia rasakan ada mata yang memerhatikannya dari sebalik deretan pakaian berhampiran dengan kaunter. Dipandang pada Sean yang berada tidak jauh dari tempat dia berdiri, lelaki itu masih sama memandang ke arahnya. Kira toleh ke arah deretan pakaian tadi, sudah tiada!. Dia salah pandang atau cuma perasaannya sahaja?

"Selamat datang. Bayar tunai atau kad kredit?." Soal juruwang pada Kira.

"Oh, tunai." Balas Kira lalu meletakkan pakaian di atas kaunter. Kira masih dapat rasakan ada yang memerhati. Dari hujung mata dia pandang ke arah deretan pakaian yang bergantung. Ada seorang lelaki yang Kira yakin sedang memerhatikannya tetapi wajahnya terlindung dengan bucket hat yang dipakai. Setelah selesai membayar Kira pandang ke arah Sean tetapi lelaki itu sedang membantu seorang wanita tua mengutip barangnya yang berterabur di atas lantai pasaraya.

Kira pandang ke bahagian kanan di hujung deretan barang terdapat bahagian perhiasan rumah. Kira perlahan mengatur langkah ke arah tersebut. Jika betul telahannya, lelaki itu akan mengekorinya ke sana tambahan pula di kawasan tersebut kurang pelanggan. Kira jungkit bibir. Tidak syak lagi lelaki tadi memang mengekorinya.

Kira teruskan langkah kaki hingga sampai di tempat tersebut lalu dia masuk ke salah satu lorong. Dari hujung mata Kira tahu lelaki tadi sedang menghampirinya. Kira sudah bersedia dengan self defense keychain berbentuk kepala kucing yang berlubang dibahagian mata. Jari tengah dan jari manis dimasukkan ke bahagian mata yang berlubang lalu tangan yang masih berada di dalam beg itu digenggam erat, tunggu masa sahaja mahu dibenamkan ke sasaran.

Sebaik sampai di hujung lorong, bahu kanan Kira disentuh seseorang. Beg plastik yang dipegang pada tangan kiri dilepas ke bawah lalu tangannya pantas naik menarik tangan yang memegang bahunya tadi dan mengilasnya ke belakang badan lalu ditolak ke dinding hingga pipi tertekan rapat. Jari tangan kanan yang tersarung self defense keychain berbentuk kucing bertelinga tajam ditekan ke leher lelaki tadi dan disebabkan pergelutan tersebut bucket hat yang dipakai lelaki itu terjatuh ke bawah. Dari sisi Kira dapat melihat wajah orang yang berada di hadapannya. Berkerut dahi Kira.

"Siapa kau hah?!." Soal Kira pada lelaki di hadapannya. Lelaki itu tidak menjawab sebaliknya lelaki tadi menarik tubuhnya ke bawah hingga tangannya dan tangan Kira bersilang di hadapan tubuh dan kini Kira pula yang terkunci di dalam pelukannya. Baru Kira mahu meneruskan tindakan tiba-tiba terdengar bunyi langkah kaki menuju ke arah mereka. Terkaku seketika tingkah kedua mereka apabila ada seorang wanita yang bulat matanya memandang ke arah mereka berdua dengan riak terkejut. Tanpa kata, terus wanita itu berlalu pergi. Kira hela nafas kasar, sah-sah wanita itu salah faham jika melihat pada kedudukan mereka waktu itu. Kira ambil peluang yang ada lalu dihentak kepalanya pada hidung lelaki di belakangnya. Automatik pegangannya dilepaskan. Terus Kira ambil jarak.

"Auch!." Lelaki itu bersuara. Tajam Kira memandang lelaki di hadapannya yang sedang memegang hidungnya yang sudah merah dihentak kepala Kira.

"Who are you? why are you following me?." Soal Kira bertalu. Lelaki tadi senyum senget lalu menunduk ke bawah untuk mengutip bucket hat yang terjatuh tadi. Sebaik topi dipakai, wajah Kira dipandang waktu itu Kira memandangnya dengan tajam, tegang sahaja wajahnya.

"Kau dalam bahaya, just becareful. Aku bukan sengaja nak ikut tapi ada orang lain yang sedang memerhatikan kau, El." Kata lelaki itu.

"Mana kau tau nama aku!?." Soal Kira pelik. Lelaki itu senyum senget.

"Do I know you?." Soal Kira lagi. Dia rasa seperti pernah lihat lelaki ini, tidak pasti di mana. Diperhatikan lagi wajah lelaki itu tanpa kelip. Lelaki itu hanya diam tidak membalas.

"You will know me." Balas lelaki itu sambil membetulkan bucket hat di kepala. Tiba-tiba Kira teringatkan gambar yang dilihat pagi tadi. Pantas tangan menggagau mencarinya di dalam beg tangan sambil menyebut nama lelaki itu.

"Qalif!." Katanya sepatah.

"Madam!." Panggil Sean dari belakang Kira. Kira toleh. Pantas Sean berlari mendapatkan Kira.

"Madam buat apa di sini?." Soal Sean bimbang.

"Saya.." Ayat Kira tergantung sambil memandang ke hadapannya.

"Eh, mana dia?." Soal Kira sambil mencari-cari kelibat Qalif.

"Dia?." Soal Sean tidak mengerti sambil turut menoleh kiri dan kanan mencari kelibat 'dia' yang disebut Kira sebentar tadi. Kira hela nafas bersama gelengan kepala. Dia perlu tahu siapa 'Qalif'.

(23/04/2021 @ 0925hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience