Bab 17

Romance Series 548166

Semasa dalam perjalanan pulang, lolipop yang dibalut dengan tisu tadi dibuang ke luar dan jatuh di atas jalanraya lalu dilanggar oleh sebuah kenderaan yang berada di belakang mereka. Kasturi hanya memandangnya melalui cermin sisi. Kira pula masih tidak bersuara dan hanya memandang ke luar sehinggalah kereta yang dipandu Kasturi memasuki perkarangan rumahnya. Waktu itu Pak Mail sedang sibuk menyiram pokok bunga. Sebaik melihat kereta Kasturi memasuki halaman, getah paip diletakkan di atas rumput dan paip air ditutup lalu dia terus menghampiri kereta. Kasturi berhenti di hadapan pintu masuk ke rumah dan tidak lama dia dan Kira keluar dari perut kereta.

"Tuan" sapa Pak Mail.

"Sini Pak Mail bantu" kata Pak Mail.

"Tak apa Pak Mail, tak banyak pun" balas Kasturi. Kira pula sudah ke bahagian belakang kereta mengambil beg pakaiannya.

"Betul ke ni?" soal Pak Mail. Kasturi angguk sekali.

"Kalau macam tu, Pak Mail sambung kerja ya" kata Pak Mail lalu dia melangkah ke arah pokok bunga tadi.

Kasturi pula pergi ke pintu rumah lalu daun pintu dibukakan supaya mudah untuk masuk bersama barang. Dia kemudian pergi ke bahagian belakang kereta mengeluarkan barang-barang yang dibeli tadi dan dibawa ke dalam rumah. Manakala Kira sudah pun masuk ke dalam bersama beg pakaianya. Kira pula sudah tingkat atas membawa beg ke dalam bilik dan terus ke bilik pakaian. Tudung ditanggalkan dan dimasukkan ke dalam bakul laundry. Pakaian dikeluarkan dan disusun pada bahagian yang telah dikosongkan oleh Kasturi. Setelah itu dia terus menukar pakaiannya kepada seluar pendek dan t-shirt. Tidak selesa jika mahu memasak dengan memakai blaus begitu.

Sewaktu memusing ke belakang, dia terlanggar sesuatu.

'pap'

"Eh, awak. Bila masuk?" soal Kira pada Kasturi. Pantas dia menjauhkan diri ke belakang. Kasturi capai lengan Kira. Wajah Kira dipandang.

"Kenapa macam nak lari dari abang?" soal Kasturi.

"Mana ada, saya naik atas kemas beg dan salin baju" balas Kira. Kasturi pandang mata Kira tanpa kelip.

"Ish..! apa tengok saya macam tu.." soal Kira tidak selesa. Dia sudah tidak tentu arah.

"Nothing" balas Kasturi lalu lengan Kira dilepaskan dan dia melangkah ke arah bakul laundry. Pakaian pada tubuh ditanggalkan. Waktu itu Kira terpandangkan kesan parut sepanjang hampir sejengkal di belakang tubuh Kasturi. Tertegak matanya memandang. Kasturi yang terasa seperti dia sedang diperhatikan terus memusing ke belakang.

"Kenapa pandang abang macam tu?" soal Kasturi.

"Er.." Kira mahu bertanyakan mengenai parut kelaran tersebut tetapi apabila teringatkan keadaan Kasturi apabila soalan yang sama ditanya pagi tadi berkaitan parut pada mata, terus tidak jadi dia membuka mulut. Bimbang soalannya akan memberi kesan pada Kasturi lagi.

"Tak ada apa.. Saya turun dululah. Nak masak" kata Kira lalu dia membuka langkah menuju ke arah pintu bilik. Daun pintu ditarik dan setelah keluar, daun pintu ditarik rapat. Apalah agaknya yang berlakukan? nak saja dia bertanya..

Kira sibuk memasak di dapur hingga tidak sedar yang Kasturi sudah lama berada di dapur memerhatikannya hinggalah Kasturi menghampirinya dari belakang.

"Sibuknya masak" bisik Kasturi. Hampir terlompat Kira mendengar bisikan Kasturi.

"Awak ni..! nasib baik tak kena ketuk dengan senduk!" marah Kira. Kasturi tertawa lalu disandarkan tubuhnya pada table top di tengah ruang dapur.

"Awak dah lapar ke?" soal Kira sambil menoleh sekilas ke belakang.

"Ha'ah.. lapar.." balas Kasturi sambil berjalan ke arah Kira dengan tangan di perut. Diusap perlahan perutnya seakan lapar sangat. Sengaja mahu mengusik, bukannya dia betul-betul lapar tetapi Kira mendengarnya sudah kalut kerana disangkanya Kasturi memang sedang kelaparan.

"La.. kejap ye. Tinggal sayur je lagi ni" balas Kira kalut. Ligat tangannya mengacau sayur campur di dalam kuali dan tidak lama api dimatikan. Kasturi sudah tersenyum.

"Abang belum lapar lagi.. sengaja usik sayang" kata Kasturi apabila melihat Kira kelam kabut mahu menghidangkan makanan.

"Ish.. mengada tau" marah Kira, tajam dijeling Kasturi.

"Dah macam tu, awak duduk sana. Saya nak sendukkan makanan" kata Kira.

"Biar abang tolong. Cepat sikit" balas Kasturi pula.

"Cakap tadi tak lapar, lepas tu nak cepat-cepat pula. Main-main kan?" kata Kira sambil menghulurkan mangkuk lauk pada Kasturi.

"Bau lauk sayang masak ni jadi lapar pula" balas Kira sambil senyum senget. Kira buat muka.

"Iya lah tu.." kata Kira.

Selepas makanan dihidangkan, Kira minta diri untuk mandi sekejap, tidak selesa apabila badan berpeluh begitu. Setelah selesai mandi, Kira turun semula ke bawah dan mengambil tempat di meja makan bersama Kasturi. Berselera Kasturi makan air tangan Kira, bertambah-tambah nasi dia makan.

"Alhamdulillah.." ucap Kasturi sambil melabuhkan kembali duduknya di kerusi selepas mencuci tangan di sinki.

"Sedap tak?" soal Kira pada Kasturi sambil mengemas pinggan. Bimbang juga dia andai masakannya tidak kena dengan selera Kasturi.

"Kalau tak sedap, tak bertambahlah abang makan tadi" kata Kasturi. Kira senyum suka.

"Lupa nak tanya. Pak Mail tak makan ke?" soal Kira.

"Pak Mail balik makan tengah hari di rumah" balas Kasturi.

"Oo.." kata Kira sambil kepala diangguk.

"Sorry sayang sebab kena masakkan untuk abang" kata Kasturi.

"Eh, tak apalah. Bukan susah pun" laju Kira membalas.

"Nanti esok Mak Leha isteri Pak Mail datang, dia akan masak dan kemas rumah" kata Kasturi sebaik gelas air kosong diletakkan di atas meja.

"Mak Leha yang memasak dan mengemas rumah ni" kata Kasturi. Kira hanya angguk tanda faham. Selepas selesai mengemas meja makan, kedua mereka terus ke ruang tamu untuk berehat seketika. Kira mencapai remote tv dan kemudian dia labuhkan duduk di sisi Kasturi.

"Sayang" panggil Kasturi. Kira toleh ke kanan.

"Ya" sahut Kira.

"Send pada abang gambar tadi" pinta Kasturi sambil tangannya mencapai telefon bimbitnya yang berada di atas meja. Kira tanpa banyak soal terus mengambil telefon bimbitnya yang berada di atas sofa lalu gambar lelaki tadi dihantar pada Kasturi.

"Thanks" ucap Kasturi lalu gambar itu difowardkan pula pada Burn. Tidak lama Burn hubungi Kasturi. Panggilan Burn disambut sambil tubuh dibawa berdiri dan berjalan ke arah ruang rehat.

"Hello" Kasturi menyapa.

"Edan, aku dah buat apa yang kau minta. Semua dah clear" kata Burn.

"Aku dah semak, diaorang ni bukan orang-orang Jeff" kata Burn. Terhenti langkah kaki Kasturi.

"Maksud kau?" soal Kasturi.

"Itu aku belum pasti" balas Burn. Hati Kasturi tidak sedap. Siapa pula kalau itu bukan orang-orang Jeff?

"Any information, I'll let you know later" kata Burn lagi lalu talian dimatikan. Terfikir Kasturi seketika.

"Awak" panggil Kira bersama sentuhan di lengan. Kasturi toleh ke sisi.

"Kenapa?" soal Kira. Nampak riak tegang di wajah Kasturi.

"Sayang dah tengok gambar dua orang lelaki tadi?" soal Kasturi.

"Dah, tapi saya tak kenal siapa mereka tu" balas Kira. Kasturi hela nafas panjang.

"Dia orang tu orang Jeff ke?" soal Kira lagi.

"Bukan" balas Kasturi.

"Habis tu siapa?" soal Kira ingin tahu.

"I'm not sure who they are" balas Kasturi. Kira terdiam.

"Esok sayang dah mula kerja kan?" soal Kasturi.

"Ha'ah. Kenapa?" soal Kira.

"Abang hantar" kata Kasturi. Kira sudah kalut.

"Eh.. tak payahlah. Saya boleh pergi sendiri" balas Kira. Kalau Kasturi hantar, nanti dia tahulah apa pekerjaannya. Bukan dia tak nak beritahu tapi tu lah.. kalau Kasturi tahu tak mustahil dia akan minta aku berhenti kerja.

"Awak tahu ke tempat kerja saya?" soal Kira menguji. Kasturi senyum senget.

"Operation Manager di Task Force Security kan?" soal Kasturi.

"Aaa.. ha'ah, betul la tu" jawab Kira bersama senyum yang tak macam senyum.

"Task Force Sucurity, betul lah tu" kata Kira lagi. Kepala tak gatal digaru.

"Awak.. saya rasa.. tak payah la hantar saya lagipun esok awak pun masuk kerja jugakan?" soal Kira pada Kasturi yang sudah melabuhkan duduk pada sofa di ruang rehat. Kasturi kerut kening.

"Sayang macam tak nak abang hantar ni kenapa?" soal Kasturi. Tegak dipandang Kira yang sedang melangkah ke arahnya.

"Mana ada. Saya cuma tak nak awak susah je. Lagi pun saya kan boleh bawa kereta sendiri" balas Kira. Kasturi pandang Kira tidak berkelip. Aku ada tertinggal apa-apa info pasal Kira ke ni? soal Kasturi dalam hati.

"Awak.." panggil Kira lagi.

"Abang bimbangkan sayang, buatnya lelaki tadi datang cari sayang lagi macam mana?" soal Kasturi. Alah.. kalau diaorang datang maknanya diaorang tempah maut! kata Kira dalam hati tapi takkan dia nak cakap macam tu pulak.. Belum sempat Kira membalas kata-kata Kasturi, telefon Kasturi berdering. Skrin dipandang. Kent. Icon hijau digesek.

"Edan" Kent bersuara.

"Tuan Mazlan nak jumpa jam lapan pagi esok" kata Kent tanpa sempat dia bersuara.

"Bukan jam sepuluh ke?" soal Kasturi kembali.

"Tak, jam lapan sebab lepas jumpa kau dia ada metting dengan Dato' PJSJ pasal kes pemerdagangan manusia tu" kata Kent. Kasturi toleh pandang pada Kira yang sudah melabuhkan duduk di hadapannya. Tangan naik memicit batang hidung.

"Hm.. okay. Sebelum jam lapan aku sampai" kata Kasturi lalu talian dimatikan.

"Ada masalah ke?" soal Kira apabila melihat riak Kasturi yang resah.

"Sayang.. sorry, abang tak dapat hantar sayang" kata Kasturi. Fuh! lega.. kata Kira dalam hati. Bukan apa, banyak tanya pula rakan-rakannya nanti kalau diaorang nampak Kira dihantar Kasturi nanti. Tau sahajalah rakan-rakannya itu, perempuan ke lelaki ke sama sahaja kepohnya.

"Tak pe, saya boleh pergi sendiri" kata Kira lega.

"Okay.. but with one condition" kata Kasturi. Tegak jari telunjuknya di depan.

"Hah! syarat? syarat apa pula?" soal Kira.

"Use my car" kata Kasturi. Bulat mata Kira. Gila aku nak bawa kereta tu? memang tak la..

"Ee.. tak nak la saya. Kereta saya kan ada.." balas Kira.

"Lagipun mana sesuai kereta tu saya bawa pergi kerja" kata Kira. Kasturi garu kening yang tidak gatal. Apa degil sangat isteri aku ni..

"Okay.." mahu tak mahu terpaksa juga dia setuju tapi tak bermakna dia lepaskan begitu sahaja.

Esoknya awal-awal lagi Kasturi sudah siap berpakaian selepas solat subuh. Kira hanya buatkan air kopi o sahaja untuk Kasturi. Masih awal lagi untuk dia bersarapan, katanya.

"Abang pergi dulu" kata Kasturi pada Kira yang berdiri di muka pintu.

"Dah, masuk kunci pintu. Don't forget to let me know when you leave" pesan Kasturi lalu helmet fullfacenya disarung.

"Okay.." balas Kira lalu daun pintu ditutup rapat. Kasturi pula terus melangkah ke arah kereta Kira. Dia kemudian keluarkan tracker dari poket jaketnya lalu dilekatkan pada bawah kereta Kira. Setelah itu dia terus melangkah ke arah motorsikalnya.

+++

"Edan" Kent bersuara sebaik daun pintu pejabat Kasturi ditolak.

"Dah tak reti nak ketuk ke?" soal Kasturi yang sedang menanggalkan jaket di tubuh. Kent hanya tersengih sambil melabuhkan duduk di kerusi di hadapan meja kerja Kasturi.

"Relax la bro, takkan baru balik cuti pun nak emo lagi" kata Kent. Kasturi jeling tajam sambil melabuhkan duduk di kerusi kerjanya. Jam di pergelangan tangan dipandang, masih awal. Baru jam tujuh setengah pagi.

"Kent, aku nak minta tolong kau sikit" kata Kasturi.

"Apa?" soal Kent sambil jarinya bermain-main dengan pen.

"Kau boleh tolong uruskan pasal perkahwinan aku tu tak?" soal Kasturi.

"Hah! itu yang aku nak tanya tadi tu.." laju Kent menyampuk.

"Eh, betul ke kau dah kahwin ni? macam tak percaya je.." soal Kent sambil tubuhnya dibawa ke hadapan sedikit.

"Betul la, takkan aku tipu pulak" marah Kasturi lalu disandarkan tubuhnya ke belakang.

"Kau kena tangkap basah ek?" soal Kent.

'pap'

Kotak tisu dibaling pada Kent. Terkekeh dia ketawa.

"Tak lah.. tiba-tiba je, tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba bagitau dah kahwin. Memang la aku pelik" balas Kent sambil kotak tisu yang jatuh di atas meja diambil dan diletakkan ke tepi.

"Kau tak payah banyak tanya boleh tak?" marah Kasturi. Tajam dipandang rakannya itu.

"Oit, kot ya pun tak payah la tengok aku macam tu.." tegur Kent.

"Ingat aku ni OKT (Orang Kena Tahan) ke apa?" soal Kasturi lagi.

"Sekarang ni kau boleh tolong ke.. tak boleh?" soal Kasturi sambil bangun berdiri. Geram pula dia dengan Kent ni, suka sangat main-main. Buku catatan dan pen diambil lalu dia melangkah ke arah pintu.

"HRMIS?" soal Kent.

"Kau punya pasal no hal lah.." kata Kent yang turut sama bangun dan melangkah keluar.

"Dah, jom aku pun kena jumpa Tuan Mazlan juga" kata Kent.

(09/02/2021 @ 2020hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience