Bab 54

Romance Series 548166

"Er.. Kira.. We're not married yet, it's not suitable for you to hug me like this." Kata Kasturi pada Kira. Terus terlepas pelukan Kira pada tubuh Kasturi.

"What??." Kuat suara Kira berbunyi.

"Apa abang cakap?." Soal Kira. Terdapat getar dalam suaranya itu.

"Arrghh!!." Jerit Kasturi. Tiba-tiba sahaja sakit mencengkam kepalanya. Waktu yang sama Doktor Bani bersama dua jururawat melangkah masuk diikuti Miran di belakang. Laju Doktor Bani menghampiri katil.

"Puan, saya rasa Puan keluar dahulu. Saya nak periksa pesakit." Kata Doktor Bani pada Kira. Kasturi pula sudah terjerit-jerit sambil memegang kepala.

"El.. Kita keluar dulu. Biar Doktor tengokkan Edan." Pujuk Am. Mahu tak mahu terpaksa juga Kira menurut apabila salah seorang dari jururawat tadi sudah bukakan pintu wad untuk mereka keluar. Dalam juraian air mata, Kira melangkah keluar dengan hati yang bimbang. Miran menarik Kira agar melabuhkan duduk di bangku yang ada di tepi dinding. Kira bagaikan orang dipukau hanya menurut sahaja. Perlahan Kira labuhkan duduk. Am yang sedang berdiri tidak jauh darinya dipanggil.

"Am.." Panggil Kira.

"Ya, El." Pantas Am menjawab bersama langkah yang diatur menghampiri Kira.

"Kenapa Edan cakap macam tu?." Soal Kira.

"Why he say, we're not married yet?" Soal Kira lagi.

"Saya kan dah kahwin dengan Edan. Kenapa dia cakap belum kahwin pula.." Ngongoi Kira. Miran menggosok lembut bahu Kira. Am pula sudah hilang kata. Dia juga tidak pasti kenapa Edan berkata begitu. Kalau hilang ingatan, sudah tentu Kira pun dia lupa tetapi Edan kenal siapa Kira cuma dia tidak ingat yang mereka sudah berkahwin. Pening kepalanya. Tidak lama pintu bilik wad terbuka. Doktor Bani melangkah keluar bersama dua orang jururawat tadi. Kira pantas bangun mendapatkan Doktor Bani.

"Doktor, macam mana dengan suami saya?." Soal Kira. Doktor Bani tarik nafas panjang.

"I already guessed this thing would happen to him." Balas Doktor Bani. Bulat mata Kira apabila mendengar kata-kata Doktor Bani.

"What? You already guessed, but you didn't tell me?." Tinggi suara Kira berbunyi hingga beberapa orang pelawat dan pesakit yang melalui kawasan tersebut menoleh ke arah mereka.

"Bukan saya tak mahu beritahu but, I'm not sure about this because your husband not yet conscious." Balas Doktor Bani.

"Macam ni lah, Puan ikut saya ke pejabat. Saya akan terangkan pada Puan kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku." Kata Doktor Bani. Dengan wajah tidak puas hati, Kira hanya mampu menganggukkan kepala lalu mengekori langkah Doktor Bani ke pejabatnya. Hampir dua puluh minit Doktor Bani menerangkan mengenai kecederaan Kasturi dan kemungkinan yang akan berlaku.

"Saya tak cakap, perkara itu akan berlaku tetapi saya bimbang ianya akan berlaku. Jadi, sebaik suami Puan sedar, saya akan jalankan ujian MRI untuk mengesan samada terdapat kecederaan lain pada otak suami Puan. If there is, I will find a way to take care of it. You don't worry, okay." Pujuk Doktor Bani.

"I really hope that my husband come back like before, Doktor." Luah Kira.

"In Sha Allah. Kita sama-sama berdoa, cuma saya tidak sangka suami Puan akan sedar dalam masa yang singkat begini, kebiasaannya pesakit akan mengambil masa yang agak lama untuk sedar sekurang-kurangnya dua hari." Kata Doktor Bani.

"Maksud Doktor apa yang berlaku pada suami saya tak pernah berlaku sebelum ni?." Soal Kira.

"Bukan tak pernah berlaku tetapi kes seperti ini jarang dijumpai." Doktor Bani membetulkan ayat Kira.

"Jadi apa rawatan yang suami saya perlukan?." Soal Kira.

"Masih awal untuk saya bercakap mengenai rawatan, saya perlu pastikan terlebih dahulu apa masalah yang suami Puan hadapi." Balas Doktor Bani.

Setelah selesai berbincang, Kira bersama Am dan Miran kembali ke wad Kasturi. Kasturi terpaksa diberi ubat tidur supaya dia dapat berehat. Kira memandang tubuh kaku Kasturi yang tenang, hanya dadanya sahaja yang turun naik mengepam oksigen.

"Am, Miran. Awak berdua balik lah. Biar saya temankan Edan." Kata Kira pada Am dan Miran.
Am pandang Kira dengan penuh simpati.

"Tak apa, saya okay. Awak dengan Miran balik dulu." Kata Kira lagi.

"Macam ni lah, saya minta Reno dan Burn untuk temankan awak. Saya dan Miran akan balik setelah mereka sampai, okay." Putus Am. Kira hanya angguk tanda setuju. Am kemudian terus menghubungi Burn untuk datang bersama Reno bagi menemani Kira.

Tidak sampai setengah jam, Burn bersama Reno sampai di wad.

"El, saya balik dulu. Kalau awak perlukan apa-apa, call saya." Pesan Miran pada Kira yang nampak lesu di tepi katil.

"El. Jangan lupa makan, awak perlukan tenaga untuk bantu Edan kembali pulih." Kata Am.

"Awak rehatlah dulu. Biar saya dan Reno tengokkan Edan. Awak mesti penatkan." Kata Burn pada Kira. Kira geleng kepala.

"Tak apa, saya nak lap badan Edan. Mesti dia tak selesa." Kata Kira lalu tuala kecil yang dibawa dari rumah tadi diambil lalu dibawa ke bilik air. Kira kemudian kembali bersama sebuah besen yang mengandungi air suam. Tubuh Kasturi perlahan dilap dengan kain basah. Berhati-hati Kira melakukannya kerana dia tidak mahu Kasturi terjaga. Diulang beberapa kali hingga tubuh Kasturi bersih cuma di bahagian luka sahaja yang tidak dapat dicuci. Hari itu seharian Kira berada di dalam wad bersama Burn dan Reno. Malam itu Kira terlentuk di tepi katil sambil tangannya memaut jemari Kasturi bersama lelehan air mata yang tidak henti-henti mengalir. Apa yang harus dia lakukan andai Kasturi terus-terusan tidak mengingati dirinya.

+++

Kasturi tersedar dari tidur yang lena, kepalanya rasa berdenyut. Tangan kiri menyentuh dahi yang bertampal dan apabila dia menoleh ke kanan, dia lihat ada wanita yang memegang erat jemarinya. Bila ditilik, wanita itu adalah Kira. Perlahan jemarinya ditarik. Diperhatikan sekeliling bersama dahi yang berkerut. Tiba-tiba pintu wad terbuka, terjengul wajah Burn.

"Burn." Sapa Kasturi. Burn yang baru melangkah masuk terus berjalan ke arah katil apabila melihat Kasturi sudah tersedar.

"Abang dah bangun." Sapa Kira sebaik dia menyedari Kasturi sudah pun bangun duduk dengan bersandar di kepala katil. Reno yang baru terjaga terus bangun menghampiri katil.

"Macam mana aku boleh ada di sini?." Soal Kasturi pada Burn.

"Kau tak ingat?." Soal Burn. Kasturi geleng perlahan. Mata Kira kembali bergenang.

"Semalam kan kau masuk hospital selepas dijumpai semula di dalam hutan." Kata Burn.

"Semalam?." Kasturi menyoal kembali.

"Semalam aku ada di rumah arwah ayah aku. Macam mana pula aku boleh masuk hutan?." Soal Kasturi kembali. Burn dan Reno saling membalas pandangan. Kira yang berada di sisi ditoleh.

"And you Kira, macam mana awak boleh ada di sini sekali? Mak Chaq dengan Pak Chaq mana?." Soal Kasturi. Kira sudah terdiam, begitu juga dengan Burn dan Reno. Hilang kata-kata yang mahu diucapkan mereka.

"Edan, kau rehat dulu. Aku panggilkan doktor sekejap." Kata Burn lalu pantas dia keluar mencari Doktor yang bertugas. Kasturi memandang Kira yang hanya diam dan menunduk.

"Semalam saya masih ada di kampung, saya ke TESCO dan terjumpa awak di sana dengan.. Jeff!." Kata Kasturi bersama riak wajah yang terus berubah. Kira geleng perlahan. Ya Allah.. Kenapa boleh jadi begini?

"Kira, kenapa ni? Ada masalah ke?." Soal Kasturi. Kira tidak membalas, hanya esakan tangisan sahaja yang kedengaran.

"Eh, awak menangis?." Soal Kasturi cuak. Ah, sudah. Aku silap soalan ke? Soal Kasturi sendiri. Kira menggeleng perlahan.

"Saya tak apa-apa." Balas Kira lalu dia terus bangun menuju ke pintu bilik wad untuk keluar seketika bagi menenangkan fikiran. Kasturi kerut dahi kerana tidak mengerti. Reno yang berada di hujung kaki dipandang.

"Who are you?." Soal Kasturi. Reno hanya terkebil-kebil memandang Kasturi. Sudah, Mr.K tak kenal dia pulak!

Pintu wad ditolak dari luar, masuk Doktor Bani. Kebetulan Doktor tersebut baru memulakan tugasnya hari ini.

"Tuan Edan. How do you feel today?." Soal Doktor Bani. Kasturi kerut kening.

"I'm good but why I'm here?." Soal Kasturi kembali.

"Tuan tak ingat semalam?." Soal Doktor Bani.

"Yesterday?." Soal Kasturi.

"Yes. Yesterday." Ulang Doktor Bani yang sudah berdiri di sisi katil Kasturi.

"What's going on with yesterday?." Soal Kasturi yang seakan sudah hilang sabar.

"Can anybody tell me, what's going on here?." Soal Kasturi geram. Doktor Bani pamerkan senyum.

"It's okay if you don't remember anything. But let me check you first." Balas Doktor Bani. Setelah hampir lima belas minit. Pemeriksaan ke atas Kasturi selesai.

"Okay, that's all. Lagi satu jam kita akan ke tingkat tiga untuk ujian MRI." Kata Doktor Bani pada Kasturi.

"MRI? For what?." Soal Kasturi pada Doktor Bani yang sedang mencatat sesuatu pada fail yang berada di katilnya.

"Amnesia." Kata Doktor Bani sambil memandang Kasturi sekilas.

"Amnesia?." Soal Kasturi.

"Ya, Tuan mengalami amnesia tetapi setakat mana keadaannya saya masih belum pasti, jadi ujian MRI adalah sangat diperlukan." Kata Doktor Bani sambil menyimpan kembali pen ke dalam poket bajunya. Kasturi terdiam mendengar kata-kata Doktor Bani.

"Malam kelmarin Tuan dibawa dengan helikopter ke hospital ni. Tuan dijumpai di hutan bersama-sama isteri Tuan dan juga penjenayah yang Tuan buru." Kata Doktor Bani.

"Isteri?." Soal Kasturi.

"Ya, Puan El. Isteri Tuan yang turut sama-sama masuk ke hutan untuk mencari Tuan." Jawab Doktor Bani.

"But I'm not married yet." Balas Kasturi perlahan. Burn sudah memandang Doktor Bani dengan riak bimbang.

"Macam ni lah, Tuan boleh tanya En. Burn mungkin dia boleh ceritakan lebih detail sebab saya cuma tahu setakat itu sahaja ceritanya." Kata Doktor Bani.

"Hm.. Saya keluar dahulu, lagi satu jam jururawat akan datang untuk siapkan Tuan ke bilik MRI." Kata Doktor Bani lalu dia terus melangkah ke arah pintu wad dan tubuhnya hilang di sebalik pintu. Kasturi pandang Burn.

"Burn, what's going on here?." Soal Kasturi pada Burn. Burn tarik nafas panjang.

"Er, Sir. Saya keluar dulu, looking for something to eat." Kata Reno pada Kasturi dan Burn. Tanpa menunggu balasan, Reno terus melangkah keluar dari wad. Dia tidak mahu mengganggu perbualan mereka berdua. Burn hampiri Kasturi lalu dia labuhkan duduk di kerusi di sisi katil.

"Edan.." Burn mulakan kata..

+++

Lama Kira berada di dalam bilik air di luar. Ikutkan ada sahaja bilik air di dalam wad tadi tetapi dia tidak mahu Kasturi melihat dia lemah begitu tambahan pula pada mata Kasturi sekarang, dia adalah Kira dan bukan isterinya. Kira buka pili air dan air sejuk yang mengalir ditadah di dalam tapak tangan lalu disapu ke wajah. Nampak sembab matanya yang asyik menangis. Luka pada pipi disentuh, terketap giginya apabila teringatkan Tatoo. Ini semua berpunca dari Tatoo! Kalau Tatoo tak pukul kepala Kasturi dengan batu, sudah tentu perkara ini tidak akan berlaku. Tak guna kau Tatoo!

"Arrgghhh!!!" Jerit Kira dan bersama itu tumbukan dilepaskan pada cermin di hadapannya.

"Cik! Cik!." Jerit seseorang dari luar dan apabila seorang Jururawat masuk ke tandas, terjerit kecil dia kerana terkejut dengan tangan Kira yang berdarah dan cermin yang pecah.

"Cik! Kenapa ni. Sini saya rawat." Kata Jururawat tadi lalu menarik Kira keluar dari tandas dan dia memanggil rakannya untuk membantu merawat luka di buku lima Kira. Kira didudukkan di bilik rawatan dan luka pada belakang tangan dibersihkan lalu ubat disapu. Mujur juga tiada koyakan teruk hanya luka sahaja dan balutan bersama ubat sudah memadai.

"Cik ada masalah ke?." Soal Jururawat tadi. Kira geleng perlahan lalu dia bangun dari kerusi lalu menuju ke pintu keluar.

"Terima kasih." Ucap Kira sebelum tombol pintu ditarik dan dia hilang di sebalik pintu.

Kira mengatur langkah perlahan menuju ke wad Kasturi. Sebaik kakinya berhenti di hadapan pintu wad, tangannya teragak-agak untuk menolak daun pintu. Nafas ditarik panjang sebelum daun pintu ditolak perlahan. Sebaik Kira melangkah masuk, perbualan Kasturi dan Burn terhenti. Dua pasang mata memandangnya. Gugup seketika terutama apabila mata Kasturi seakan tajam menikam wajahnya.

"Are you really my wife?." Soal Kasturi. Tegak matanya memandang Kira tanpa kelip. Kira tertelan liur. Lekat rasa tekak mahu menjawab.

"Answer my question, are you really my wife?." Soal Kasturi lagi.

"Edan.." Tegur Burn. Kasturi hela nafas.

"How can we get married?." Soal Kasturi lagi.

"Edan.. Takkan aku nak tipu kau." Kata Burn pada Kasturi yang nyata nampak keliru.

"Aku tak cakap kau tipu aku tapi aku tak pasti macam mana aku boleh berkahwin dengan dia!." Kata Kasturi. Berjurai airmata Kira mendengar kata-kata Kasturi. Tidak menunggu lama Kira capai beg tangannya yang berada di atas sofa lalu dia terus berlari keluar. Waktu itu Reno yang baru tiba hanya terpinga-pinga.

"Follow her!." Arah Burn pada Reno. Reno angguk, lalu plastik makanan diletakkan di atas meja dan dia terus berlari mengejar Kira.

"Kau tak sepatutnya cakap macam tu pada El, Edan. She's your wife!." Tinggi suara Burn menegur Kasturi.

"Arggh!!." Jerit Kasturi.

"I don't remember anything, Burn. Nothing.! what do you expect from me? Love her?." Soal Kasturi. Fikirannya kosong. Apa yang dia ingat, dia berada di TESCO dan berjumpa dengan Kira yang sedang bertekak dengan Jeff. Sampai di situ sahaja ingatannya. Dia akui memang dia ada menaruh hati terhadap Kira tetapi dia belum terfikir untuk berkahwin dengan wanita itu!

"Tuan Edan." Sapa Doktor Bani yang baru muncul dari pintu wad bersama dua orang jururawat.

"Nurse, siapkan patient." Kata Doktor Bani pada jururawat tadi.

+++

"Madam!." Jerit Reno pada Kira yang laju berlari mahu melintas jalan raya. Mujur tangan Kira sempat ditarik Reno, jika tidak sudah tentu tubuh Kira melayang dilanggar kereta yang laju menyusur jalanraya.

"Let me go!." Marah Kira pada Reno sambil dia meronta untuk melepaskan diri. Seakan baru tersedar, pantas Reno melepaskan Kira yang berada di dalam pelukannya.

"I'm sorry Madam." Kata Reno. Kira hanya membatu di tepi jalan bersama wajah yang basah dengan air mata.

"Madam, I know you very upset now but, here not the right place to talk. Kita ke kedai depan tu." Pujuk Reno pada Kira.

"Please ma'am.." Pinta Reno. Akhirnya Kira mengalah lalu dia mengekori langkah Reno ke cafe di seberang jalan. Reno mengambil meja di belakang berhampiran dinding kaca. Dia tidak mahu mereka menjadi perhatian pada pelanggan yang lain.

"Encik, order?." Soal pekerja cafe pada Reno.

"Give me two set A." Kata Reno selepas Buku Menu dibelek. Kira tidak membuat sebarang pesanan, dia hanya membuang pandang keluar cafe sahaja sambil sesekali mengesat tubir mata.

"Nak tambah apa-apa?." Soal pekerja cafe itu lagi.

"Nope, that's all." Balas Reno. Selepas mengambil pesanan, pekerja cafe terus beredar dari meja Kira dan Reno.

"Apa salah saya Reno hingga saya diuji begini?." Soal Kira. Wajah dipalingkan pada Reno yang sedang memandangnya.

"Itu semua rahsia Tuhan, Madam. Tiada siapa yang tahu." Balas Reno.

"I'm not sure if I can face it or not." Kata Kira lalu pandangan dibuang semula ke luar cafe.

"I believe on you, Madam." Balas Reno yakin.

(22/06/2021 @ 1705hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience