Bab 48

Romance Series 548166

"Cik." Sapa Kasturi. Perempuan yang berdiri di hadapan Kasturi menoleh dan tanpa beragak.

'Pang!'

Terteleng pipi Kasturi menerima tamparan tidak diduga. Terdiam dia seketika kerana terkejut.

Kasturi terdiam bukan disebabkan tamparan yang diterima tetapi dia terkejut dengan orang yang melakukannya.

Mujurlah taman di tepi bangunan Bukit Aman ni tiada orang, jika tidak sudah tentu timbul masalah. Kasturi tarik nafas panjang sebelum dia bersuara.

"Candy." Sapa Kasturi. Tajam Candy menjeling pada Kasturi yang berada di hadapannya.

"Sampai hati Tuan Edan buat macam ni!." Marah Candy sudah memeluk tubuh sambil memandang Kasturi. Tubir mata pula sudah bergenang air mata. Tunggu masa mahu menitis sahaja.

"Tuan pun tahukan saya dah tiada sesiapa lagi kecuali abang, tapi disebabkan nak menyelamatkan Tuan, abang sanggup pertaruhkan nyawa sendiri!." Marah Candy. Tertegak Kasturi mendengar ayat yang meluncur laju dari bibir gadis itu. Butiran maklumat tersebut tidak didedahkan pada umum, hanya orang tertentu sahaja yang mengetahui mengenai perkara tersebut.

"What do you mean, Candy?." Soal Kasturi. Candy jungkit bibir dan bersama itu tubir mata dikesat dengan hujung jari.

"Tuan tak payah nak pura-pura. Saya dah tahu macam mana abang boleh cedera. Kalau tidak disebabkan nak selamatkan kawannya yang cuai ni! Abang saya takkan terlantar di katil hospital sekarang ni la!." Jerit Candy yang sudah bercekak pinggang.

"Tuan!." Sapa suara dari belakang. Kasturi menoleh dan dapati ada dua orang anggota polis beruniform lengkap bersenjata datang menghampiri Kasturi.

"Ada masalah ke Tuan?." Soal salah seorang dari mereka yang berpangkat Lans Koperal. Kasturi angkat tangan kanan ke depan.

"No, it's okay. Everything is fine." Balas Kasturi. Candy pula yang tadi bercekak pinggang terus turunkan tangannya ke sisi. Terlupa yang dia kini berada di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, bukan boleh dibawa main. Nanti tak pasal-pasal kena tangkap pula kerana buat kacau ganggu di situ. Itu sebab Kent tidak suka dia datang ke sini jika tiada hal penting.

"Betul ni Tuan?." Soal anggota tadi semula. Dia pandang Candy dari atas ke bawah dan di lehernya tergantung pas lawatan. Candy sudah cuak.

"It's okay. Tak apa, awak berdua boleh teruskan tugas." Kata Kasturi. Walaupun rasa tidak enak, kedua anggota tadi akur juga dengan arahan pegawai mereka. Kasturi dan Candy ditinggalkan di taman. Kasturi tarik nafas panjang.

"Wait here, I'm up for a moment. Kita keluar minum lepas ni." Kata Kasturi pada Candy yang sudah agak reda tetapi mukanya masih lagi ketat. Tanpa menunggu jawapan dari Candy, Kasturi kembali semula ke lift untuk mengambil beg dan jaketnya. Reno dihubungi supaya menunggunya di luar bangunan.

Tidak lama Kasturi turun semula bersama jaket yang tersarung di tubuh dan cap biru. Kasturi laju melangkah ke arah pintu pagar utama, Candy pula yang melihat Kasturi laju berjalan ke arah pintu keluar, terus rapat mengekori langkah Kasturi di belakang.

"Get in." Kata Kasturi pada Candy yang nampak teragak-agak mahu masuk ke dalam SUV hitam.

"Get in!." Ulang Kasturi dengan nada yang sedikit tinggi. Pantas Candy melompat masuk ke bahagian penumpang belakang di sebelah kiri manakala Kasturi pula masuk ke sebelah kanan.

"Where do we want to go, sir?." Soal Reno yang memandang Kasturi melalui cermin pandang belakang.

"Usual place." Kata Kasturi. Reno angguk lalu pedal ditekan dan kereta meluncur pergi. Candy hanya diam tanpa suara. Tadi bukan main lagi garangnya, ini sudah diam tidak berkutik.

Sebaik sampai, Kasturi terus melolos keluar dan Candy turut sama mengekori langkah Kasturi manakala Reno pula menanti di bangku di luar cafe. Kasturi mengambil tempat di meja bersebelahan cermin di hujung cafe. Sedikit lengang waktu ini, mungkin masih awal. Candy mengambil tempat di hadapan Kasturi. Ada sedikit getar di hatinya apabila melihat wajah Kasturi yang serius. Beg tangan di letakkan di atas riba.

"Tell me how do you know about what are you talking earlier." Kata Kasturi tanpa berlapik. Candy yang tadi memandang keluar terus tegak dihalakan pandangannya pada wajah Kasturi yang nyata serius. Candy senyum senget.

"Why? Kalau saya bagitau, Tuan nak buat apa dengan orang tu? Nak bunuh?." Soal Candy seakan mencabar kesabaran Kasturi. Terketap-ketap gigi Kasturi, kuat tangan digenggam di atas meja hingga timbul urat lengannya. Kalau tidak difikirkan Candy adalah adik Kent, sudah lama penumbuknya hinggap di wajah itu.

"Tuan tak perlu tahu semua tu." Kata Candy lagi.

"Saya kecewa dengan Tuan yang ambil mudah dengan nyawa sendiri hingga orang lain pula yang terpaksa menanggungnya." Tambah Candy lagi bersama pandangan di buang keluar cafe memerhatikan orang yang lalu lalang di kaki lima kedai. Kasturi hela nafas panjang.

"I didn't ask him to do that!." Keras balasan Kasturi. Candy pandang Kasturi. Tajam pandangannya.

"Abang dah sedar dan saya mahu Tuan bawa abang saya balik ke Kuala Lumpur, saya tak kira!. Saya tak mahu abang saya tinggal sendirian di sana. Saya tak peduli cara macam mana Tuan nak buat, apa yang saya tahu. Abang saya ada di Kuala Lumpur. A.S.A.P" Kata Candy lalu tanpa pamitan dia terus bangun dan melangkah keluar dari cafe tanpa menoleh sekalipun pada Kasturi yang masih lagi berada di meja. Pelayan cafe yang baru sampai mahu mengambil pesanan hanya memandang Candy yang sudah bangun dan melangkah keluar dan meninggalkan Kasturi sendiri di meja.

"Er.. do you want to make an order, Sir?." Soal pelayan cafe tadi. Kasturi geleng perlahan sambil membawa tubuh berdiri.

"No, it's okay. Thanks." Kata Kasturi lalu dia juga turut melangkah keluar dari cafe.

"Reno, let's go." Kata Kasturi pada Reno yang sudah berdiri dan sedang memandang tubuh Candy hilang di celah orang ramai.

"Okay, Sir." Balas Reno lalu dia mendahului langkah ke arah kereta yang diletakkan di tempat parking di tepi jalan. Setelah kedua-dua mereka masuk ke dalam kereta, Kasturi menyandarkan tubuhnya ke belakang. Batang hidung dipicit dan bersama itu topi di kepala ditanggalkan lalu ditelakkan di atas tempat duduk. Reno yang melihat keadaan Kasturi melalui cermin pandang belakang merasa belas.

"Sir." Tegur Reno sambil menoleh pada Kasturi.

"Is there any problem?." Soal Reno yang sudah kembali memandang ke hadapan. Kasturi yang dilihat masih bersandar ke belakang membuka mata lalu tubuh ditegakkan kembali dan topi disarungkan semula. Pandangan dibuang ke luar kereta yang sudah mulai bergerak perlahan.

"Candy know about Kent." Kata Kasturi. Reno pandang seketika bias wajah Kasturi pada cermin pandang belakang.

"And she wants Kent to be transfer here." Tambah Kasturi.

"So, what do you want to do now, Sir?." Soal Reno. Kasturi hanya diam tanpa membalas. Telefon bimbit di dalam poket dikeluarkan lalu nombor telefon Kent didail, tidak lama talian disambut.

"Hey." Sapa Kent di hujung sana.

"Kent." Balas Kasturi pula. Rasa sebak dadanya apabila dapat mendengar kembali suara sahabatnya itu.

+++

"El, tak keluar lunch ke?." Soal Shah yang sudah berdiri dan bersiap untuk keluar lunch. Kira yang sedang asyik menaip di keyboard menoleh pada Shah.

"Sekejap lagi la, ada sikit lagi nak siap." Balas Kira. Shah angguk lalu mahu melangkah pergi.

"Shah." Panggil Kira. Shah menoleh.

"Kenapa? Nak join ke? Jomlah. Sara dengan yang lain dah ada di bawah." Kata Shah sambil kembali melangkah menghampiri Kira.

"Eh, bukan. Aku nak tanya sikit." Kata El. Wajah Shah yang berdiri di sisi mejanya dipandang.

"Er.. Kau tahu mana Miran pergi?." Soal Kira. Shah kerut kening.

"Miran?." Soal Shah kembali. Laju Kira angguk.

"Entah, tak tahu pula aku. Biasa dia dengan Hud." Kata Shah.

"Tak cuba call ke?." Tambah Shah lagi. Kira hela nafas panjang.

"Dah.. Tapi call tak jawab la.." Balas Kira bimbang. Shah tenung wajah Kira yang sudah menunduk. Kira yang terasa seperti sedang diperhatikan terus mendongak.

"Apasal tengok aku macam tu?." Soal Kira pelik. Shah kecilkan matanya sambil memandang tegak pada Kira.

"Jangan cakap yang kau syok kat si Miran tu pula El!." Kata Shah. Terus bulat mata Kira.

"Oit! Choi! Gila. Mana ada." Laju Kira membalas.

"Kau ni, ada ke situ pula perginya. Eh, dah la. Kalau kau tak tau sudah, jangan nak mengarut yang bukan-bukan." Marah Kira. Shah sudah tersengih-sengih.

"Tak la.. Aku jadi pelik bila kau tanya pasal Miran tu." Balas Shah.

"Dah-dah, kau cakap nak pergi lunch kan? Ha, pergi-pergi, lama diaorang tunggu di bawah tu." Kata Kira sambil tangan kanannya digayakan seakan menghalau keluar, malas dia mahu melayan Shah. Shah hanya tersenyum sambil kepala digelengkan.

"Tak nak kirim apa-apa ke?." Soal Shah. Kira geleng. Shah angguk lalu dia menghilang di sebalik pintu. Kira hela nafas panjang. Telefon di atas meja dicapai, baru dia berura-ura mahu menghubungi Hud bertanyakan mengenai Miran, tiba-tiba Miran muncul di pintu pejabat. Dengan anggukan kepala sebagai tanda menyapa diberi pada Kira sebelum Miran melangkah masuk ke pejabat Am.

Kira terpaku seketika kerana rasanya mata dia tidak silap memandang apabila dia melihat ada kesan bengkak di bibir dan pipi Miran. Tanpa lengah Kira terus bangun dari kerusi kerjanya dan besar langkah kaki dibuka menuju ke arah pejabat Am. Belum sempat tangannya sampai pada pemegang pintu, tiba-tiba pintu pejabat Am terbuka dan muncul Am bersama Miran di belakangnya. Tidak sah lagi, wajah Miran bengkak seakan kesan ditumbuk.

"El, ada apa?." Soal Am apabila melihat Kira tegak berdiri di hadapan pintu pejabatnya. Kira tidak membalas sebaliknya matanya tepat memandang wajah Miran. Ah! Jangan cakap ini kerja suaminya pula!

"Miran." Panggil Kira pada Miran yang berada di belakang Am.

"Yes Madam." Balas Miran formal. Kira berdecit. Miran tayang wajah selamba, Am pula kerut kening.

"Eh, awak berdua ni dah kenapa?." Soal Am sambil memandang Kira di hadapannya dan Miran di belakangnya bergilir. Miran tidak membalas. Dia hanya diam tanpa kata. Kira ketap bibir.

"El, kalau tak ada apa-apa, saya dengan Miran keluar dahulu. If there's anything important, just call me." Kata Am pada Kira.

"Miran, let's go." Kata Am tanpa menunggu balasan dari Kira. Miran pula terus mengekori langkah Am tetapi lengannya sempatnya dicapai Kira. Tajam mata wanita itu memandangnya.

"What happened?." Soal Kira. Miran membalas pandangan Kira dan kemudian dia menoleh seketika pada Am yang tegak berdiri di luar memerhatikannya. Miran angguk perlahan lalu pegangan Kira pada lengannya dilepaskan.

"Saya okay. Kenapa Madam tanya?." Soal Miran pada Kira sambil jam di pergelangan tangan ditilik. Kalau dia berada lebih lama dengan Kira, bimbang akan terlambat pula dia nanti.

"Your face." Kata Kira pendek tanpa melepaskan sedikit pun pandangannya dari wajah Miran.

"Oh, this. Sikit je ni. Sehari dua hilanglah." Balas Miran sambil tangannya naik memegang wajahnya yang sedikit bengkak.

"Who's do that to you?." Keras soalan Kira. Miran serba salah mahu ceritakan.

"Miran, let's go. If we don't move now, we will be late." Sampuk Am yang tiba-tiba muncul di celah pintu. Miran angguk pada Am.

"Saya pergi dulu." Kata Miran lalu terus hilang disebalik pintu.

"Tak guna!." Jerit Kira. Mujurlah tiada yang lain di pejabat waktu itu, kalau tidak tak pasal-pasal terkena tempias amarah Kira. Kuat Kira genggam tangannya.

+++

"Sir." Panggil Reno pada Kasturi yang sudah terlelap di tempat duduk belakang. Masih tiada pergerakan. Terdengar dengkuran halus dari bibir Kasturi. Reno menoleh ke belakang. Kepala digeleng. Kasihan majikannya ini, begitu banyak tanggungjawab yang perlu dipikul. Siang tadi urusan memindahkan Kent ke Kuala Lumpur selesai walaupun banyak juga halangan yang terpaksa ditempuh sebelum kata putus setuju diperolehi dari pelbagai pihak. Kalau tiada apa-apa, tengah hari esok Kent akan sampai dan akan di tempatkan di HUKM.

"Sir." Panggil Reno sekali lagi. Kasturi perlahan membuka mata. Apabila menyedari dia sudah tiba di hadapan rumah. Terus tertegak tubuhnya sambil membetulkan jaket pada tubuh.

"Why don't you wake me up?." Soal Kasturi pada Reno.

"Saya tengok Sir penat sangat. Lagipun saya dah kejut tadi tapi Sir tak dengar." Balas Reno yang sudah memandang ke hadapan semula. Kasturi anggukkan kepala.

"Thanks and you can go home." Ucap Kasturi sebelum dia keluar dari kereta.

"Thank you Sir." Ucap Reno.

"Sir." Sapa Hud sebaik Kasturi melangkah ke arah pintu rumah.

"Where's the other?." Soal Kasturi apabila melihat hanya ada Hud seorang sahaja.

"Mereka ada di belakang." Balas Hud. Kasturi angguk lalu dia terus melangkah ke arah pintu utama. Sebaik pintu di tutup rapat. Telefon bimbitnya yang berada di dalam poket berbunyi. Telefon diambil dan skrin di pandang. Tertera nama Vasu.

"Yes Vasu." Kata Kasturi.

"Maaf Tuan, saya mengganggu." Balas Detektif Vasu di sebelah sana.

"It's okay. Saya baru sampai rumah. Ada apa?." Soal Kasturi.

"Mengenai Ops Merah. Saya dapat info, awal pagi ini dijangka ada pergerakan." Kata Detektif Vasu.

"Good. Buat seperti mana yang telah diarahkan oleh Tuan Farokh and if there any movement, call me immediately." Kata Kasturi.

"Baik Tuan." Kata Detektif Vasu lalu talian dimatikan. Kasturi menyimpan semula telefon bimbit di dalam poket sebelum dia memanjat tangga untuk ke bilik tidur. Penat rasa tubuhnya, tidak sabar untuk membersihkan diri dan tidur di atas katil sambil memeluk isteri kesayangannya itu. Hm.. Sudah lewat begini pasti Kira sudah tidur. Kata Kasturi sendiri.

"Eh, sayang. Tak tidur lagi?." Soal Kasturi apabila buka sahaja pintu bilik, dia lihat Kira sedang duduk di birai katil seakan sedang menantinya pulang. Kasturi tersenyum. Pintu bilik ditutup rapat dan dia melangkah menghampiri Kira di katil.

"Miss me?." Soal Kasturi dan dia menunduk mahu melabuhkan cium pada bibir Kira tetapi dengan pantas Kira mengelak dan tubuh dibawa berdiri dengan kasar. Kira kemudian melangkah ke arah suis lampu dan suis ditekan. Terus terang keadaan di dalam bilik tersebut. Kasturi yang masih terkejut dengan tindakan Kira masih lagi berdiri di sisi katil dengan wajah tidak mengerti.

"Sayang, is there any problem?." Soal Kasturi sambil topi diletakkan di atas katil dan jaket di tubuh ditanggalkan. Kira yang mendengar soalan Kasturi terus melangkah kasar menghampiri lelaki itu. Lengan kanan Kasturi ditarik. Terkejut Kasturi dengan tindakan Kira. Tidak jadi dia mahu tanggalkan jaket.

"Miran." Kata Kira sepatah. Tajam pandangannya pada Kasturi. Kasturi hela nafas panjang.

"What about him?." Soal Kasturi yang sudah berdiri berhadapan dengan Kira. Wajah tegang isterinya itu dipandang.

"You don't have to pretend, abang!." Keras balasan Kira.

"Sayang, what happened. Can you tell me?." Soal Kasturi lembut. Sudahlah dia penat, balik-balik dia diserang Kira begini pula.

"Awak pukul Miran kan?." Soal Kira geram. Panggilan terhadap Kasturi juga sudah bertukar. Berubah wajah Kasturi. Terdiam dia seketika. Tersentak hatinya apabila Kira bertanya begitu.

"Kenapa diam? Betulkan awak pukul dia!." Desak Kira lagi. Kasturi tarik nafas panjang.

"I don't want to talk about this." Balas Kasturi malas dan dia mahu membuka langkah meninggalkan bilik tidur. Dia tidak mahu bergaduh disebabkan perkara tersebut.

"Hey! I'm not done with you!." Marah Kira tetapi Kasturi tidak pedulikannya dan lelaki itu terus melangkah ke arah pintu bilik. Kira genggam tangan lalu tanpa disangka Kasturi, lengan kirinya dicapai Kira dan bersama itu betis kaki kirinya ditendang. Disebabkan keadaan tersebut tidak dijangka, Kasturi hilang imbangan lalu tangannya menarik kain lapik almari hingga pasu hiasan berbunga tajam terjatuh di atas kepalanya. Pening seketika sebelum matanya dikerlipkan beberapa kali.

Terkaku Kira apabila dia melihat ada darah yang mengalir di dahi Kasturi. Kasturi terasa ada lelehan panas di dahi, terus jari kanannya naik menyentuh. Darah! Tanpa menoleh Kasturi terus bangun meninggalkan Kira yang masih terpaku di bilik tidur.

Apa aku dah buat ni?..

(11/05/2021 @ 0835hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience