Bab 52

Romance Series 548166

"Ada apa kau ni?." Soal Kira.

"Cuba tengok skrin GPS." Pinta Miran. Pantas Kira memandang skrin GPS di lengannya. Lampu merah yang tadi berkelip-kelip sudah tidak menyala lagi. Pucat wajah Kira bersama nafas yang turun naik dengan laju. Abang!

Laju Kira bingkas bangun. Dia mahu dapatkan Kasturi dengan segera.

"El, sabar!. Jangan terburu-buru." Lengan Kira dicapai Miran. Mencerlung wajah Miran dipandang Kira. Pantas lengan Kira dilepaskan Miran.

"Awak nak ke mana? Selamatkan Mr.K? Tahu di mana nak cari dia? Lokasi dah log?." Soal Miran bertalu-talu. Kira bagaikan baru tersedar apabila disoal Miran bertalu begitu. GPS di lengan terus dipandang dan laju jemarinya menyentuh skrin GPS dan lokasi terakhir GPS Kasturi dikesan dan dilog.

"Sorry Miran. Aku bimbangkan Edan." Kira meminta maaf.

"It's okay. Kita tak boleh bertindak terburu-buru. Bahaya, dalam hutan begini, macam-macam perkara boleh berlaku." Kata Miran. Kira angguk tanda setuju.

"Sekarang kita gerak." Kata Miran setelah dia juga melakukan perkara yang sama pada alat pengesannya. Tanpa lengah kedua mereka terus memulakan perjalanan. Laju langkah diatur menuju ke arah lokasi terakhir Kasturi. Hutan tebal diredah dengan harapan Kasturi sempat diselamatkan. Doa mereka semoga keadaan tidak seteruk yang disangka.

+++

"Kau yakin ke El dan Miran akan jumpa Edan?." Soal Burn pada Reno. Hutan yang menghijau dipandang.

Reno yang sedang mendahului langkah menoleh seketika pada Burn di belakangnya.

"Saya yakin lagipun Miran bukan sembangan agen." Balas Reno.

"So now, what do we need to do? Just wait here or what?." Soal Burn yang sudah bersandar di badan kereta.

"Yup, we wait here. We still have a time." Balas Reno yakin.

"Lagipun Kent bagitau tadi pasukan mencari dan menyelamat juga dah mulakan pencarian. Unit K9 pun ada bersama. Jadi aku rasa, kita hanya tunggu di sini sahaja. Kalau ikut pada peta, di sini adalah jalan keluar yang paling hampir." Kata Reno. Burn angguk. Dia juga bersetuju dengan pendapat Reno. Apa yang dia harapkan sekarang adalah mereka semua kembali dengan selamat.

Sedang Reno dan Burn menanti, tiba-tiba alarm GPS dari Ipad Burn yang diletakkan di dalam kereta berbunyi. Pantas Burn berlari ke arah tempat pemandu, daun pintu kereta ditarik kasar dan Ipad dicapai. Pintu kereta ditutup semula. Sambil kaki melangkah ke arah Reno, skrin Ipad yang berada dalam pegangan dipandang bersama dahinya yang berkerut. Reno yang melihat keadaan Burn, terus datang menghampirinya.

"What's wrong?." Soal Reno sambil menjenguk untuk melihat skrin Ipad di tangan Burn. Burn serahkan Ipad pada Reno sebelum dia berlari ke arah tempat duduk penumpang belakang.

"Edan's GPS light is off?." Soal Reno tanpa mengalihkan pandangannya daripada skrin tersebut. Berderau darahnya.

"I can't wait here!." Kata Burn yang sudah kembali ke sisi Reno bersama peralatannya. Reno juga angguk lalu dia berlari ke arah keretanya dan beg sandangnya dicapai lalu dia bersama Burn turut masuk ke dalam hutan tersebut untuk membantu mencari Kasturi di dalam sana. Edan, please stay strong! Kata Burn dalam hati.

+++

Setelah puas meranduk hutan, akhirnya Kira dan Miran sampai juga di anak sungai. Dari jauh Kira melihat sehelai baju berwarna biru gelap seakan baju operasi milik Kasturi terletak elok di atas batu. Laju langkah kakinya berlari mendapatkan baju tersebut. Baju dicapai dan dibelek, memang betul itu adalah baju milik Kasturi berdasarkan nama yang tertera pada baju tersebut. Kira memandang sekeliling tetapi tiada kelibat Kasturi.

Ingin sahaja Kira menjerit untuk memanggil Kasturi tetapi dia tau, itu bukan tindakan yang bijak.

"Abang.." Panggil Kira perlahan. Melilau matanya memandang sekeliling mencari lelaki itu. Miran pula sudah meredah masuk ke dalam air sungai. Lama dia berdiri di tengah-tengah sungai yang agak cetek itu.

"El!." Jerit Miran pada Kira. Mendengar sahaja namanya dipanggil, laju Kira menoleh dan terus dia berlari ke arah Miran. Sebaik Kira sampai di tengah sungai tersebut. Miran menunjukkan pada Kira terdapat kesan darah pada batu sederhana besar tersebut. Kesan darah masih baru, mungkin kerana batu itu agak tinggi dari permukaan air. Jadi, kesan darah tidak hilang sebaliknya menjadi semakin kering.

"Abang.." Panggil Kira lagi. Kali ini bersama juraian air mata. Baju Kasturi dipeluk rapat. Miran kemudian menarik Kira ke tebing sungai.

"Saya rasa Mr.K masih hidup." Kata Miran pada Kira. Kira yang tadi sudah terduduk di atas tanah di tepi sungai mendongak memandang Miran.

"Kalau dia masih hidup, mana dia? Mana?!." Soal Kira yang sudah bangun berdiri.

"El.. Mr.K is a fighter, he will not give up easily!" Kata Miran. Dia yakin, Kasturi belum mati. Terdiam Kira mendengar kata-kata Miran. Ya! Edan bukan seseorang yang mudah mengalah. Dia mesti yakin pada Kasturi.. Tetapi di mana dia? Melihat pada kesan darah yang ada, pasti kecederaan Kasturi serius.

"Let's go. We will find him. Saya yakin." Kata Miran seakan memberi semangat pada Kira. Kira angguk lalu baju Kasturi tadi diikat di pinggangnya. Kali ini Miran mendahului langkah. Dari pemerhatiannya, Mr.K masih tidak jauh. Keadaan tanah di tepi sungai yang basah dan agak becak menunjukkan ada seseorang yang cuba bangun untuk terus selamatkan diri. Di atas tanah itu juga tadi, masih terdapat kesan darah. Kalau tidak diperhatikan betul-betul, mungkin kesannya tidak nampak ketara kerana darahnya sudah bercampur dengan tanah. Tapi Miran yakin, Mr.K masih hidup. Cuma apa yang dibimbangkannya, adakah Kasturi sendirian atau dia sudah ditawan Tatoo disebabkan kecederaannya? Nafas dihela kasar.

+++

Kasturi tersedar apabila terasa sejuk menyucuk-nyucuk tubuhnya. Silau matahari petang menyuluh mata. Perlahan dia bangun duduk bersama kepala yang masih pening.

"Air?." Soal Kasturi sendiri apabila terasa tubuhnya basah dikelilingi air yang sejuk dan nyaman.

"Oh..!" Baru dia teringat. Dia pengsan setelah kepalanya dihentak dengan batu oleh Tatoo. Tak guna Tatoo! Tangan kanannya naik memegang kepala. Rasa pening dan berdenyut-denyut.

Pasti lukanya masih berdarah. Kata Kasturi sendirian apabila dia melihat ada kesan darah pada tangannya. Dia cuba untuk berdiri lalu tangannya naik memegang batu sungai untuk menampung tubuh dari terjatuh semula. Setelah agak stabil, Kasturi berjalan perlahan ke arah tebing sungai, dia mahu duduk mencangkung di situ sementara mahu mencuci wajahnya tetapi entah silap di mana, dia terus terlentang di tepi sungai tanpa sempat berbuat apa-apa.

Luka di kepalanya yang masih berdarah terasa sakit apabila terhentak ke tanah begitu. Panjang nafas ditarik sebelum kekuatan disimpan. Setelah pasti dirinya sudah sedikit kuat, Kasturi bangun dan dia duduk perlahan-lahan di atas tanah. Singlet yang tersarung di tubuh dipandang. Difikir seketika sebelum singlet yang dipakainya ditanggalkan. Pisau spring yang masih elok tersisip di pinggang dicapai lalu singlet hitamnya itu dicarikkan ditengahnya dan dikoyak menjadikannya lebih panjang. Dengan berhati-hati singlet diikat pada bahagian kepalanya yang luka. Walaupun dia kehilangan darah yang agak banyak tetapi itu tidak melemahkan dirinya. Jam di tangan dipandang. Cerminnya sudah retak, mungkin terhantuk pada batu sungai semasa dia terjatuh tadi. Lampu merah yang sepatutnya berkelip, sudah tidak menyala lagi. Kasturi dapat mengagak apa yang Kira dan rakan-rakannya fikirkan tentangnya sekarang.

Tanpa membuang masa, pisau spring yang berada di atas tanah terus dicapai lalu disisip kembali di pinggangnya. Nafas ditarik panjang sebelum dia kembali berdiri dan bersedia untuk memburu. Mencerlung matanya memandang ke dalam hutan. Dia tahu, Tatoo bukanlah seseorang yang mahir dengan keadaan seperti di dalam hutan yang tebal begini. Berbekalkan semangat yang ada, Kasturi meneruskan langkah kakinya ke dalam hutan itu semula. Kasturi yakin dia akan bertemu dengan Tatoo. Sambil melangkah, Kasturi memerhatikan keadaan pokok-pokok hutan dan kesan pada tanah yang basah. Kesan tapak kasutnya masih baru dan terdapat juga kesan luka pada batang pokok seperti terkena sesuatu yang keras. Ya, senjata yang dirampas Tatoo.

Kasturi meneruskan langkahnya bersama telinganya yang sentiasa peka pada keadaan sekeliling. Kasturi kini sudah berada agak jauh di dalam hutan. Aliran air sungai sudah tidak kedengaran lagi. Kasturi berhenti melangkah apabila dia terdengar bunyi sesuatu yang datang dari arah hadapannya. Pantas Kasturi berselindung di sebalik banir pokok yang agak besar bersama pisau spring di tangan. Bagi tempur jarak dekat begini, pisau spring adalah senjata yang amat sesuai.

***Dalam masa yang sama***

"Miran, kau pasti ke ini laluannya?." Soal Kira pada Miran yang mendahuluinya di hadapan.

"Saya pasti El. Kalau ikutkan pada tanda-tanda ni, memang ada seseorang yang melalui kawasan di sini." Kata Miran sambil sesekali memandang Kira di belakang.

"Kalau orang yang melalui kawasan ni bukan Edan macam mana? Kita perlu cari dia, bukan orang lain!." Suara Kira sudsh sedikit tinggi.

"Ya.. Saya tahu tapi saya yakin, orang yang melalui jalan ini adalah Mr.K." Balas Miran dengan yakin.

"Okay.. Tapi cepat sikit boleh tak? I'm worried about him." Luah Kira. Terhenti kaki Miran yang melangkah. Lalu dipusingkan tubuh mengadap Kira di belakangnya.

"Me too El. Me too." Balas Miran lalu dia meneruskan langkah kakinya bersama Kira di belakang. Sedang kedua mereka meredah hutan, Miran terdengar seperti ada sesuatu.

"Sshhhh..." Kata Miran pada Kira. Miran memberi isyarat pada Kira supaya berhenti melangkah dan bersedia andai ada sesuatu yang tidak dijangka berlaku nanti. Selain dari Kasturi yang berada di dalam hutan ini, mereka yakin Tatoo juga masih bebas dan cuba untuk keluar dari hutan tersebut dan andai, Tatoo yang berada di hadapan mereka ketika ini. Dia tidak akan dilepaskan sama sekali. Perlahan Miran mengatur langkah bersama Kira yang berada di belakangnya. Tiba-tiba..

'Zuppp!'

Pantas Miran mengelak serangan yang tiba-tiba muncul, baru sahaja dia ingin membalas serangan. Wajah orang yang menyerangnya dipandang tidak berkelip hingga kakinya tersadung akar pokok lalu dia terjatuh terlentang dan dengan sekali pandang sesusuk tubuh tadi terus menindihnya bersama pisau di leher. Bulat matanya apabila melihat orang yang dicari-cari muncul di hadapan mata.

"Mr.K?!" Kuat suara Miran berbunyi. Kira yang baru mahu mengatur serangan, terhenti gerakannya apabila mendengar Miran menyebut nama itu.

"Abang?." Kira yang berada di belakang bersuara. Pantas Kasturi menoleh pada suara yang sangat dikenalinya itu. Senjata yang berada di tangan terus Kira sisipkan kembali ke hoster. Kalau tidak kerana jeritan Miran tadi, pasti pelurunya sudah menembusi tubuh Kasturi.

"Sayang?!." Soal Kasturi tidak percaya. Terus dibawa tubuhnya berdiri mengadap ke belakang. Kira pula tanpa buang masa terus melompat ke dalam pelukan Kasturi. Terhambur tangisannya di dada lelaki itu.

"Abang.. I'm sorry.. I'm truly sorry Abang.." Ngongoi Kira pada Kasturi. Lega rasa hatinya apabila dapat bertemu semula dengan suaminya itu.

"Ssshhhh.." Pujuk Kasturi sambil dia menyisip pisau spring ke pinggangnya sebelum tubuh Kira dipeluk rapat. Belakang Kira digosok perlahan bersama ciuman dilabuhkan di kepala isterinya itu. Sungguh tidak disangka yang dia dapat bertemu dengan Kira di dalam hutan begini. Lama mereka berkeadaan begitu hingga tangisan Kira sedikit reda. Seakan baru teringat, tubuh Kasturi ditolak perlahan. Luka pada kepala Kira dibelek.

"Abang luka. Sini sayang tolong tengokkan." Kata Kira lalu tangan Kasturi ditarik dan tubuh Kasturi di dudukkan di atas akar pokok.

"Mr.K." Sapa Miran pada Kasturi. Lelaki itu hanya anggukkan kepalanya. Hari yang semakin gelap menyukarkan Kira untuk merawat luka di kepala Kasturi. Miran yang sejak tadi mengawal keadaan memerhatikan Kira yang sedang membuka ikatan kain hitam di kepala Kasturi. Miran menyerahkan beg sandangnya pada Kira kerana di dalam begnya itu terdapat alatan dan ubatan untuk merawat luka Kasturi yang agak parah. Benar seperti apa yang dia agak, Kasturi bukanlah seseorang yang mudah mengalah.

"El, kita kena cepat. Hari semakin gelap ni." Kata Miran pada Kira sambil beg sandangnya dihulurkan. Kira mengangguk tanda faham. Miran kemudian meneruskan tugasnya mengawal keadaan. Bahaya tidak dijangka, bermacam-macam perkara boleh berlaku jika tidak berhati-hati. Kira pantas menyediakan peralatan dan ubatan untuk merawat kecederaan Kasturi. Luka di kepalanya agak dalam dan teruk. Jika tidak dirawat dengan segera, bimbang akan terkena jangkitan kuman pula. Ligat tangan Kira membersihkan luka di kepala Kasturi. Belas rasa hatinya melihat pada keadaan fizikal Kasturi yang cedera. Miran yang masih mengawal keadaan terasa seperti dirinya diperhatikan. Perlahan kepalanya menoleh ke arah Kasturi. Tajam pandangan lelaki itu padanya. Tertelan liur dia.

"Sorry Mr.K.. I had to follow Madam's order." Kata Miran pada Kasturi. Terus terhenti tangan Kira yang sedang menyapu ubat pada luka Kasturi. Tangan kirinya naik memegang pipi kanan Kasturi supaya memandang ke arahnya.

"Sayang sendiri yang mahu cari abang. Sayang bimbangkan abang. Not his fault." Sampuk Kira. Kasturi geleng perlahan.

"You don't have to do all this, Sayang." Kata Kasturi.

"No! I have to." Pantas Kira membalas. Tangannya terhenti seketika sebelum dia menyambung kembali rawatan pada kecederaan Kasturi. Terdiam lelaki itu, dia tahu apa yang Kira rasa. Sudahnya Kasturi tidak berbunyi lagi, dia hanya memandang wajah Kira yang hampir dengan wajahnya sambil membiarkan lukanya dirawat Kira. Lebih kurang sepuluh minit, luka Kasturi selesai dirawat dan dibalut. Peralatan disimpan semula di dalam beg sandang Miran lalu diserahkan kembali kepada lelaki itu. Miran menyambut huluran Kira dan beg digalas semula.

"Oh, terlupa pula." Kata Kira sambil bangun berdiri. Uniform operasi Kasturi yang dililit dipinggangnya ditanggalkan dan diserah pada Kasturi. Huluran Kira disambut lalu uniform tersebut disarung kembali ke tubuhnya.

"Kita perlu gerak pulang sekarang." Kata Miran sambil memerhatikan langit yang sudah mula gelap seperti mahu hujan. Kasturi pandang Miran sambil kepala digelengnya.

"I can't." Balas Kasturi lalu dia bingkas berdiri. Kira yang sedang berdiri memerhatikan keadaan sekeliling terus memandang Kasturi dengan dahi berkerut.

"Why?." Soal Kira dan Miran hampir serentak.

"I must find him!." Balas Kasturi. Wajah Kira dan Miran dipandang bersilih ganti.

"But.." Miran mahu membalas tetapi tidak kesampaian apabila tapak tangan Kasturi tertegak tanda dia tidak mahu Miran meneruskan kata-katanya. Mahu tidak mahu, terpaksa juga dia turutkan kemahuan Kasturi. Kira pula hanya menurut tanpa bantahan. Dalam hatinya, ingin juga dia bertemua dengan Tatoo, lelaki yang menjadi punca terhadap semua perkara yang berlaku ini. Amarah disimpan di dalam hati. Tunggu kau Tatoo!

"Okay Sir.. I'm agree. But.. after we find him, we hand him over to the police, let them take care of it." Kata Miran seakan-akan dia terlupa yang Kasturi juga seorang pegawai polis. Kira berdeham sebagai isyarat menegur kata-kata Miran. Miran kerut kening. Aku salah cakap ke?

"I'm a police officer too, Miran." Tegur Kasturi. Terus terdiam Miran. Terlupa pula dia pada kenyataan tersebut.

"I'm sorry Sir." Kata Miran serba salah.

"It's okay." Balas Kasturi.

"Wait, sebelum kita teruskan perjalanan. Ambil ni. Abang mesti lapar dan dahagakan." Kata Kira lalu menyerahkan energy bar bersama air mineral pada Kasturi. Huluran Kira disambut lalu penutup botol air mineral dibuka dan air diteguk perlahan. Sesudah itu energy bar dipatahkan dua lalu sebahagiannya diserahkan pada Kira semula. Huluran Kasturi disambut lalu dia melangkah ke arah batang pokok tumbang dan dilabuhkan duduk untuk melepaskan lelah.

Miran juga mengambil peluang untuk menghilangkan dahaganya dengan berbuat perkara yang sama. Air mineral diteguk perlahan sebelum disimpan semula di sisi poket beg sandangnya. Kira yang sudah selesai, bangun berdiri dan mahu membuka langkah ke arah Kasturi.  Belum sempat Kira berjalan ke arah Kasturi yang sudah pun bangun berdiri, tiba-tiba lengannya ditarik seseorang. Terjerit Kira kerana terkejut. Miran yang sedang bangun berdiri juga terkejut dengan jeritan Kira.

"Sayang!." Jerit Kasturi.

"El!." Miran pula berbunyi.

(18/06/2021 @ 2300hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience