Bab 43

Romance Series 548166

"Syamill. Awak bawa Tuan Edan ke hospital. Yang lain-lain biar saya uruskan." Kata Aniq sebaik mereka sampai di lokasi penghantaran.

"Aniq." Panggil Kasturi. Kasturi menoleh pada Aniq yang sedang berjalan menghampirinya. Bahunya ditepuk Aniq perlahan.

"It's okay. Kau pergi dulu. Aku akan menyusul." Kata Aniq pada Kasturi.

Kasturi angguk dan tanpa lengah, dia terus memanjat masuk ke dalam kenderaan manakala Syamill pula yang sudah sedia berada di tempat pemandu terus menekan pedal. Meluncur laju kenderaan bergerak. Dalam kenderaan, kedua mereka hanya diam membisu tanpa suara. Senak rasa dada memikirkan apa yang telah berlaku pada Kent. Tidak sanggup untuk dia fikirkan bagaimana penerimaan Candy, adik perempuan Kent nanti.

Ini semua salahnya, cuai. Kalau tidak Kent takkan..

"Argghhh!!." Jerit Kasturi tiba-tiba. Syamill yang terkejut terus tertoleh ke sisi. Dia tahu apa yang Kasturi rasa. Walaupun perit untuk menerima, itu adalah kenyataannya.

Kasturi melepas nafas kasar sambil membuang pandang ke luar kenderaan dan sesekali jam di pergelangan tangan di tilik. Syamill yang sedang memandu turut terkesan dengan apa yang berlaku, tambahan lagi pula pada Kasturi, pasti berat bagi lelaki itu. Pedal ditekan rapat, laju meluncur kenderaan itu pergi.

"Tuan, dah sampai." Kata Syamill pada Kasturi.

"Tuan pergi dulu. Saya parking kereta. Nanti saya datang." Kata Syamill pada Kasturi sebaik kereta dipandunya berhenti di pintu masuk hospital. Kasturi angguk lalu daun pintu ditolak dan dia terus menuju ke jabatan kecemasan. Besar langkah kaki dibuka.

"ASP Edan Kasturi?." Soal seorang jururawat yang memakai tanda nama Alina pada Kasturi yang nampak tercari-cari.

"Ya, saya." Balas Kasturi dengan dahi berkerut. Macam mana pula boleh cam dirinya. Jururawat tersebut bagaikan tahu apa yang bermain di fikiran Kasturi lalu berkata.

"Baju Tuan." Kata Jururawat tadi sambil jarinya menunding ke arah vest kalis pelurunya yang tertera perkataan 'polis' yang masih tersarung di tubuh.

"Oh." Kalut Kasturi menanggalkan vest kalis peluru yang dipakainya. Dalam kalut-kalut, terlupa terus pada vest yang masih tersarung.

"Tuan, duduk dahulu. Sekejap lagi saya panggil." Kata Jururawat tersebut pada Kasturi. Sebaik tubuh Jururawat itu hilang di sebalik pintu. Kasturi melabuhkan duduk di kerusi yang berhampiran dengannya. Rambut diraup kasar. Tidak lama Jururawat tadi kembali semula bersama sebungkus plastik di tangannya.

"Tuan." Panggil Alina. Kasturi bingkas bangun dan berjalan menghampiri Kasturi. Alina menghulurkan bungkusan plastik di tangannya pada Kasturi. Kasturi sambut huluran sambil memandang bungkusan plastik di tangan.

"Ini barang-barang milik Tuan Kent." Kata Alina.

"Er.. Telefon bimbit Tuan Kent banyak kali berdering tapi saya tak berani nak jawab." Tambah Alina lagi. Kasturi membuka plastik tersebut lalu mengambil telefon bimbit Kent.

"Saya masuk dulu, sekejap lagi saya datang semula." Kata Alina.

"Terima kasih." Kata Kasturi. Alina angguk lalu dia terus meninggalkan Kasturi dan melangkah masuk semula ke dalam. Kasturi melabuhkan duduk bersama plastik di tangan. Plastik yang mengandungi barang-barang milik Kent tadi di letakkan di atas bangku di sisinya. Hanya barang peribadi sahaja, senjatapi dan baju kalis peluru awal-awal lagi telah disimpan. Tiba-tiba telefon bimbit Kent berbunyi. Skrin yang bernyala terpapar nama Candy. Kasturi teragak-agak mahu mengangkatnya tetapi mahu tidak mahu terpaksa juga dia menjawabnya. Icon hijau digesek.

"Abang!!." Jerit Candy di sebelah sana.

"Abang cakap nak call Candy, tapi tak call pun. Lepas tu Candy call abang tak jawab pula." Bebel Candy.

"Sengajakan.. Nak merajuklah macam ni." Suara Candy meleret sahaja bunyinya. Kasturi tarik nafas panjang.

"Candy." Panggil Kasturi sepatah. Candy yang sedang membebel terus terdiam apabila mendengar suara yang bukan milik abangnya.

"Eh, Tuan Edan?." Soal Candy dari sebelah sana. Kasturi telan liur. Kesat terasa tekak.

"Mana abang?." Soal Candy.

"Ish, ini mesti abang minta Tuan yang jawab kan. Sengaja betul. Tunggulah balik sini nanti. Tak nak jumpa abang.." Merajuk sahaja bunyinya.

"Ni, mesti abang ada kat sebelah Tuan kan?." Soal Candy lagi. Kasturi hanya diam mendengar suara Candy yang petah berbunyi.

"Tuan cakap pada abang, kalau abang tak call Candy, nanti Candy merajuk." Pesan Candy pada Kasturi.

"Nanti saya sampaikan." Balas Kasturi serba salah.

"Cakap pada abang, Candy nak abang belanja Candy makan di kedai yang Candy suka tu tau." Tambah Candy lagi. Kasturi sudah tertunduk di kerusi. Lekat rasa tekaknya, perit untuk dia bersuara.

"Okaylah. Tuan kirim salam pada abang ya. Cakap pada abang, Candy miss him. Candy pergi dulu ya." Kata Candy apabila mendengar namanya dipanggil dari belakang.

"Okay Candy. Take care." Pesan Kasturi.

"Okay, bye." Balas Candy riang lalu talian dimatikan. Kasturi tersandar ke belakang. Apa yang patut dia sampaikan pada Candy. Tidak sanggup untuk dia sampai berita tersebut. Pasti hancur luluh hati si adik apabila mendengar berita itu nanti.

"Tuan." Sapa Syamill yang baru tiba. Kasturi dongak memandang Syamill yang baru tiba lalu Syamill melabuhkan duduk di sisi Kasturi.

"Tuan, kenapa ni?." Soal Syamill apabila melihat keadaan Kasturi begitu. Simpati dia pada ketuanya itu.

"Candy." Kata Kasturi. Telefon bimbit Kent disimpan semula ke dalam plastik. Syamill kerut kening.

"Adik Tuan Kent?." Soal Syamill. Kasturi angguk. Syamill hela nafas panjang. Kelu lidahnya mahu membalas.

"Er.. Tuan nak saya buat apa-apa ke?." Soal Syamill. Kasturi hanya geleng perlahan. Syamill memandang ke sekeliling sementara menanti Aniq bersama Vasu dan Dart sampai.

"Tuan, sekarang ni macam mana?." Soal Syamill sambil kepalanya memandang di sekitar kawasan tersebut. Kasturi gelengkan kepalanya.

"Saya pun tak pasti Mill. Apa.." Belum sempat Kasturi berkata lebih lanjut, pintu terbuka dan Jururawat tadi kembali semula. Dia menghampiri Kasturi dan Syamill. Pantas lelaki itu berdiri, Syamill juga berbuat perkara sama.

"Tuan dah sedia?." Soal Alina. Wajah kusut Kasturi dipandang.

"Kalau Tuan dah sedia saya bawakan Tuan ke dalam." Tambah Alina lagi. Kasturi tarik nafas panjang.

"Mill, simpankan barang-barang milik Tuan Kent." Pesan Kasturi sambil menunjukkan plastik barang tadi.

"Baik Tuan." Balas Syamill bersama anggukan kecil.

"Kita masuk sekarang." Kata Kasturi. Alina angguk lalu dia mulakan langkah. Kasturi pandang sekilas pada Syamill sebelum dia mengekori langkah Alina lalu kedua-dua mereka hilang disebalik pintu. Syamill tarik nafas. Baru sahaja dia mahu melabuhkan duduk, Aniq sampai bersama Detektif Vasu dan Dart.

"Syamill." Sapa Aniq pada Syamill yang mahu melabuhkan duduk. Melihat sahaja kelibat Aniq, Syamill kembali berdiri tegak.

"Tuan." Balas Syamill. Pada Vasu dan Dart pula hanya anggukan kecil diberi.

"Mana Tuan Edan?." Soal Aniq apabila melihat hanya Syamill berseorangan sahaja.

"Tuan Edan dah masuk dalam." Balas Syamill sambil menoleh ke arah pintu. Aniq angguk.

"Kalau macam tu kita tunggu." Kata Aniq.

"Tuan, bagaimana dengan suspek yang ditangkap tadi?." Soal Syamill pada Aniq. Aniq melabuhkan duduk di sisi Syamill. Manakala Vasu dan Dart di kerusi di seberang sana.

"Black." Balas Aniq sepatah. Syamill kerut kening.

"Black orang kanan Tatoo?." Bisik Syamill. Aniq angguk.

"We talk later." Kata Aniq. Syamill angguk.

"Cuma saya tak faham, kenapa dia nak bunuh Tuan Edan?." Soal Syamill. Aniq sandarkan tubuh ke belakang.

"Old grudge." Balas Aniq.

"Dendam?." Soal Syamill.

"But I'm not sure, apa yang didendamkan." Balas Aniq.

"Buat masa sekarang, dia ditahan di sini tapi selepas kes di sini selesai, dia akan dibawa ke tempat kita pula dan beberapa tempat lain lagi." Kata Aniq.

"Maksud Tuan?." Soal Syamill tidak mengerti.

"Road show." Balas Aniq pendek. Matanya yang berat dipejam seketika. Penat dan lelah rasanya dengan apa yang berlaku.

+++

"Madam." Panggil Sean pada Kira. Kira yang masih mencari-cari menoleh semula pada Sean.

"Er.." Tidak tahu apa yang patut dia katakan. Sudahnya nafas panjang dihela.

"Nothing." Balas Kira.

"Kita balik." Tambah Kira lagi. Lalu beg plastik yang berada di atas lantai dikutip tetapi pantas Sean mencapainya dan membimbitnya.

"Eh, biarlah saya bawa." Kata Kira. Sean geleng.

"That's my job." Kata Sean.

"Madam nak balik terus atau nak lunch dulu?." Soal Sean yang berjalan beriringan bersama Kira. Kira toleh ke sisi dan kemudian senyum dipamerkan.

"Kita lunch dahulu la." Balas Kira. Sean angguk lalu mereka berjalan menuju ke sebuah restoran. Sebelum masuk Kira berhenti di tepi restoran.

"Awak masuk dulu, sini barang tu saya nak simpan dalam kereta." Kata Kira pada Sean. Sean pandang beg plastik di tangannya.

"It's okay, biar saya yang simpan. Madam masuk dahulu." Kata Sean.

"Eh, tak apa lah, barang-barang saya ni. Biar saya simpankan." Kata Kira sambil cuba mencapai beg plastik dari tangan Sean. Sean angkat tinggi plastik beg di tangan, dengan tujuan tidak mahu Kira mengambilnya. Sekali pandang dah macam boyfriend dengan girlfriend sahaja lagaknya mereka berdua.

"Ish! Okaylah, awak simpankan. Saya masuk dahulu. Nak saya pesankan apa-apa ke?." Soal Kira. Sudahnya Kira mengalah, malas dia mahu melayan Sean.

"Eh, no need." Tolak Sean. Kira buat muka.

"It's okay. Madam masuk, saya nak simpan barang ni dahulu." Kata Sean lalu melangkah pergi meninggalkan Kira di tepi restoran. Kira geleng perlahan.

"Ehem." Bunyi suara seseorang di belakang.

"Dah ada suami pun masih nak pasang lain?." Kata suara itu. Kira menoleh ke belakang.

"Liona?." Tinggi suara Kira berbunyi. Berkerut wajahnya apabila melihat Liona.

"Kalau ya pun tak suka, janganlah tunjuk sangat." Kata Liona. Kira jungkit bibir.

"Kenapa, ada masalah ke?." Soal Kira tidak puas hati, rasa macam nak dipicit-picit sahaja wanita itu. Jangan nanti ada aksi gusti di sini sudahlah.

Liona senyum senget. Kira tarik nafas panjang untuk redakan hati. Aduh.. Kenapa pula boleh jumpa perempuan ni di sini. Tiba-tiba mata Kira buka besar. Eh, tadi dia cakap apa? Suami?

"Mana kau tau aku ada suami?." Soal Kira. Liona tidak membalas sebaliknya dia terus melangkah masuk ke restoran tersebut tetapi lengannya pantas dilelar Kira. Liona pandang lengannya yang berada dalam pegangan Kira. Tajam pandangan Kira padanya.

"Hey, aku tanya mana kau tau?." Soal Kira geram. Liona menarik kasar lengannya yang berada di dalam pegangan Kira lalu laju kaki melangkah masuk ke dalam restoran.

Kira pantas mengekori langkah Liona hingga ke dalam. Tanpa rasa bersalah, Liona labuhkan duduk di meja di bahagian hujung restoran. Kira pula ambil tempat di hadapan Liona. Wajah wanita itu dipandang tidak berkelip.

"Hey, chill okay. Jangan nak pandang aku sampai macam tu sekali." Kata Liona lalu dia memanggil pekerja restoran lalu membuat pesanan.

"Kau tak nak order?." Soal Liona pada Kira. Kira ketap bibir, ish dia ni.. Kecil besar kecil besar je dia tengok!

"Just give me orange juice." Kata Kira pada pekerja restoran tanpa memandangnya. Matanya masih tegak ke wajah Liona. Huh! Terbantut seleranya, sudahlah dia lapar. Pekerja restoran terus beredar setelah pesanan diambil. Liona pandang Kira.

"I'm sorry." Ucap Liona, berubah terus intonasinya kepada lembut. Terkelip-kelip mata Kira apabila mendengar ucapan maaf dari Liona. Aku salah dengar ke?

"I said, I'm sorry." Ulang Liona. Kira peluk tubuh lalu bersandar ke belakang. Wajah Liona dipandang inginkan ketulusan. Liona hela nafas.

"Aku dah tau cerita yang sebenarnya." Liona memulakan kata.

"Maksud kau?." Soal Kira. Berkerut dahinya kerana tidak mengerti.

"I know Edan is innocent." Balas Liona.

"How do you know?." Soal Kira lagi. Liona pamer senyum.

"I know he's alive and I've found him. Now he returns to his workplace there." Terang Liona. Terus tertegak duduk Kira.

"You mean.. him?." Soal Kira inginkan kepastian.

"Yup, him." Balas Liona bersama senyuman yang tidak lekang di bibir.

"You mean 'him' him right?." Soal Kira inginkan kepastian. Liona ketawa kecil.

"Yup, 'him'." Akui Liona. Terdiam Kira.

"Di mana dia sekarang?." Soal Kira ingin tahu.

"Dia dah kembali ke sana." Balas Liona sambil memberi ruang kepada pekerja yang datang menghantar pesanan mereka tadi. Kira capai jus oren lalu menyisip perlahan. Liona juga begitu, gelas jus tembikai dicapai. Straw dikacau-kacau sebelum jus disedut.

"Until now I still can't believe he's alive.." Luah Liona.

"But I'm so.. happy because I'm not alone anymore." Tambah Liona bersama senyuman manis.

"I'm happy for both of you." Kata Kira. Tidak tahu apa yang patut dia ucapkan lagi.

"Aku bertuah kerana dia selamatkan aku tempoh hari." Tambah Kira. Teringat pula kejadian dia diculik tempoh hari.

"He told me about it." Balas Liona.

"Dia cakap, itu salah satu tanggungjawab dia." Kata Liona lagi. Terdiam Kira.

"Oh, one more thing." Tiba-tiba Liona pandang tegak pada Kira. Kira kerut kening. Dah kenapa dia ni?

"Kau jangan risau, aku dengan Edan tak ada apa-apa hubungan. Aku anggap dia dah macam abang aku cuma mungkin tindakan aku agak keterlaluan sebelum ini." Kata Liona.

"Lagipun.. I already have a boyfriend." Kata Liona.

"Boyfriend?." Soal Kira.

"Yup." Balas Liona dengan wajah yang ceria dan dalam waktu yang sama ada satu suara di belakang Kira menyapa Liona.

"Baby." Panggil suara tersebut. Kira rasa seperti kenal dengan pemilik suara tersebut lalu dia menoleh. Bulat matanya kerana terkejut. Terus berdiri tegak Kira jadinya.

"You?!." Soal Kira tidak percaya.

"Eh!."

(09/05/2021 @ 1615hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience