Bab 75

Romance Series 548166

"El.. Tolonglah.." Rayu Miran pada Kira yang sedang menikmati potongan buah tembikai. Merah dan manis buahnya.

"El.. Dengar tak ni.. Tolong la. Saya tak pernah dan tak biasa dengan semua ni." Tambah Miran lagi sambil lengan kiri Kira digoyang-goyangnya.

'Pap!' Tangan Miran ditampar Kira perlahan. Garfu yang ada di tangan diletakkan di tepi piring. Wajah Miran yang monyok dipandang kasihan bersama nafas yang ditarik panjang.

"Tak payah nak mengada-ngada!" Marah Kira. Kacau betul. Baru nak santai-santai menikmati angin petang, ada pulak yang datang mengganggu.

"Miran.. Saya bukan tak nak tolong tapi arwah daddy dah serah pada Miran dan Mika.. lagi pulak saya pun tak biasa dengan pengurusan syarikat ni." Kata Kira pada Miran.

"Hey! El apa pulak pada saya dengan Mika, El pun ada hak di syarikat tu. Itu syarikat milik kita bersama." Marah Miran. Kira ketawa suka.

"Ye.. Tapi saya kan mengandung ni, mana boleh buat kerja berat-berat.." Usik Kira sambil perut yang masih belum nampak bentuknya diusap. Tajam Miran menjeling.

"Tolonglah El.. Saya tak boleh. Sebelum ni Mika yang banyak bantu daddy tapi Mika.." Lama Miran terdiam, begitu juga dengan Kira.

"El, saya tak nak nanti bila Mika sedar, keadaan syarikat tak seperti yang diharapkan. Saya perlukan bantuan El." Perlahan suara Miran berbunyi bersama pandangan yang dibuang jauh ke depan.

"Macam ni lah.. Esok teman saya ke hospital, lepas balik tu nanti, kita bincang. Okay?." Putus Kira. Miran toleh pandang pada Kira dengan wajah tidak percaya.

"Betul ke?." Soal Miran. Kira angguk sambil kepala dianggukkan. Mujur juga ada adik untuk menumpang kasih.

"Tapi.. Mr.K bagi ke isteri kesayangan dia ni pergi hospital dengan saya?." Soal Miran.

"Kenapa pula tak boleh?." Soal Kira kembali. Mulanya Miran mahu membalas tetapi sebaik melihat Kasturi yang sedang berjalan menghampiri mereka di gazebo ini, bibirnya kembali ditutup rapat. Bimbang tersalah kata. Sebaik Kasturi sampai, Miran terus berdiri dan salam dihulur.

"Eh, abang.." Sapa Kira apabila melihat Miran yang sudah sambil bersalam dengan Miran.

"Esok sayang nak Miran temankan ke hospital ke?." Soal Kasturi sambil melabuhkan duduk di sisi Kira manakala Miran kembali di tempatnya tadi.

"Erm.. Boleh ke?." Soal Kira. Dia tahu sejak dari kejadian tersebut, ke mana Kira pergi, di situ ada Kasturi.

"Boleh.. tapi dengan syarat Reno ikut sama lagipun esok abang ada metting dengan Dato' PJSJ. But.. what is most important.. Balik rumah sebaik sahaja selesai." Keras bunyi pesanan Kasturi. Pada mulanya memang dia yang mahu hantarkan Kira ke hospital seperti temujanji sebelum ini tetapi dia perlu hadiri mesyuarat penting bersama Majlis Tertinggi PDRM.

"Thank you abang.. Sayang balik rumah lepas selesai jumpa doktor." Janji Kira bersama senyum manis. Miran pula hanya angguk kecil pada Kasturi.

+++

"Aik, datang pula metting." Sapa Kent yang datang dari belakang. Kasturi yang mendengar suara Kent terus memperlahankan langkah untuk bersaing berjalan bersama.

"Kau cakap nak temankan Kira ke hospital." Tambah Kent yang berjalan di sisi Kasturi.

"Miran dan Reno temankan." Balas Kasturi. Kent hanya angguk sambil langkah kaki dilajukan menuju ke Bilik Mesyuarat. Daun pintu ditolak dan apabila melangkah masuk, hanya ada beberapa orang sahaja yang ada, yang lain-lain masih belum sampai kerana mungkin masih awal.

"Tapi kalau metting habis awal, aku singgah hospital sebelum kita ke IPK Selangor." Tambah Kasturi sambil kerusi ditarik lalu dilabuhkan duduk. Begitu juga dengan Kent.

"Tiga hari lepas, team Alpha serbu tempat persembunyian Chakan tapi dah kosong. Aku rasa dia dah semakin sembuh, itu sebab langkah semakin panjang." Kata Kent. Kasturi yang berada di sebelah menoleh ke sisi.

"Ya, I know. Sungguh licik. Pandai cari tempat bersembunyi. Seminggu juga tempat tu diperhatikan tapi bila sampai masa.. empty." Tambah Kasturi pula. Kent hanya angguk mengiyakan. Dalam masa yang sama, Kasturi ada rasa tidak enak di hatinya. Telefon di dalam poket dicapai tetapi belum sempat untuk dikeluarkan, daun pintu bilik mesyuarat dibuka dan Dato' PJSJ melangkah masuk bersama pegawai-pegawai kanan yang lain. Terhenti pergerakan tangan Kasturi lalu tubuh dibawa berdiri tegak untuk memberi hormat.

+++

"El, sekejap." Panggil Miran pada Kira apabila Kira laju sahaja langkahnya sebaik keluar dari kereta.

"Kenapa?." Soal Kira bersama langkah kaki dihentikan dan tubuh dipusing ke belakang. Waktu itu kereta yang dipandu Reno sudah bergerak meninggalkan kawasan lobi hospital.

"Sabar.. Saya ikut sekali. Laju sangat nak ke mana?." Marah Miran sebaik menghampiri Kira.

"Cepat sampai, cepat siap, cepat la boleh balik." Kata Kira sambil tersengih dan seraya itu langkah kaki diatur semula menuju ke lif. Miran hanya mampu menggeleng kepala dengan ulah kakaknya itu.

Butang lif ditekan dan tidak lama pintu lif terbuka, Miran memberi laluan kepada Kira untuk masuk dahulu dan kemudian dia akan masuk lalu berdiri di hadapan Kira. Walaupun keadaan agak tenang hampir dua minggu selepas kejadian tersebut, Miran tetap berjaga-jaga kerana bimbangkan keselamatan Kira memandangkan Chakan masih lagi bebas.

'Ting'

Miran melangkah keluar dan diikuti Kira. Mujurlah waktu itu tidak ramai yang berada di dalam lif tersebut.

Temujanji Kira bersama Doktor Bani berjalan lancar setelah hampir satu jam juga menunggu. Miran terus mendapatkan Kira sebaik Kira melangkah keluar dari pejabat Doktor Bani.

"So, macam mana?." Soal Miran pada Kira.

"Minggu depan dah tak perlu datang, nanti datang ikut jadual rutin seperti biasa bagi ibu mengandung." Balas Kira. Miran hanya angguk dan mengatur langkah bersama Kira untuk pulang.

"Kita pergi makan dulu nak tak? Lapar la pulak.." Kata Kira pada Miran. Miran yang sedang menekan butang lif menoleh pandang pada Kira.

"Makan?." Soal Miran pelik.

"Bukan pagi tadi dah sarapan nasi goreng Mak Leha masak ke? Ni baru pukul berapa, awal lagi.." Miran pelik. Iyalah, pagi tadi mereka bertiga sempat bersarapan bersama-sama sebelum ke hospital. Kasturi pula awal-awal lagi sudah ke pejabat.

'Ting'

Pintu lif terbuka lalu Kira melangkah masuk diikuti Miran dan seorang lelaki dengan kaki berbalut dengan memakai tongkat.

"Tapi tadi bukan abang dah pesan, selepas siap terus balik ke rumah ke?." Soal Miran. Iyalah, keselamatan Kira adalah keutamaan bagi dia. Bimbang sesuatu yang tidak diingini berlaku, bukannya dia meminta tetapi baik fikir buruk dahulu sebelum apa-apa terjadi. Kira menjeling tajam bersama wajah masam.

"Kita makan kat restoran depan ni je.. Bukan jauh pun." Balas Kira tidak mahu mengalah. Miran sudah menggaru kepala yang tidak gatal. Aduh.. Payahnya la nak layan orang mengandung ni.

"Ye.. Baik. Tapi call abang dulu. Kalau abang tak benarkan, saya bawa El balik terus. No compromises." Putus Miran. Kira tersenyum suka kerana dia tahu yang Kasturi pasti akan benarkan. Sebaik keluar dari lif, Kira mencapai telefon bimbit dari dalam begnya sambil berjalan menuju ke pintu keluar lobi.

"Kita tunggu sini, sekejap lagi Reno sampai." Kata Miran pada Kira sebaik mereka berada di luar lobi. Dari jauh Miran nampak kereta dipandu Reno sedang bergerak perlahan mengikut aliran kereta yang sama bergerak ke jalan di hadapan lobi.

Tiba-tiba..

'Skreettt...!!'

Bunyi kereta berhenti mengejut di hadapan Kira. Tidak sempat berbuat apa-apa, Kira terus ditolak masuk ke bahagian penumpang belakang. Kira meronta-ronta ingin melepaskan diri tetapi gagal kerana pintu bahagian belakang dikunci dengan tetapan child-lock.

'Bang!'

Pintu kereta ditutup dan terus meluncur pergi.

"Oit! Berhenti! Berhentilah! Berhenti aku cakap!!." Jerit Kira sambil meronta dan cuba melepaskan diri.

'Pang!.'

Berdesing telinga Kira apabila ditampar dengan kuat begitu. Berpinar mata. Tangan kanan Kira naik mengusap pipi. Mencerlung matanya memandang lelaki yang sudah menindihnya itu.

"Swasdi.. Cex kan xik laew.." (Jumpa lagi kita..) Sapa lelaki yang menolak Kira masuk ke dalam kereta tadi sambil pelitup muka ditanggalkan.

"Celaka! Kau rupanya.!" Balas Kira dan bersama itu siku kanan dihayun laju mengenai muka Chakan. Buntang mata Chakan dengan tindakan pantas Kira dan kemudian Chakan pula yang membalas.

'Buk'

Wajah Kira ditumbuk Chakan. Terlentang Kira ke belakang. Chakan mengesat darah yang mengalir pada hidungnya sebelum kedua tangan Kira ditolak ke atas dan lelaki yang sedang memandu menghulurkan handcuff cable-tie dan..

'Zrraapp!'

Kedua-dua tangan Kira sudah diikat. Chakan ketawa suka. Padan muka kau perempuan!

'Ptuih!'

Wajah Chakan diludah Kira bersama mata yang memerah.

'Buk!'

Perut Kira pula ditumbuk kuat.

"Erkkk!!" Terketap gigi Kira menahan sakit. Chakan ketawa lagi sambil darah yang mengalir dari hidung dikesat dengan lengan.

"Phuhting ri prayochn!." (Betina tak guna!.) Marah Chakan.

Kira ketawa mengejek.

"Kau memang macam ni kan, cuma berani bila tangan aku diikat.." Kata Kira sambil merenung tajam pada Chakan seperti mahu dimakan hidup-hidup.

'Buk!.'

"Eerrkkkk!" Kira menahan perit pada perutnya. Sungguh dia terlupa bahawa ada nyawa yang perlu dia lindungi bersama.

Chakan ketawa suka kerana akhirnya dapat juga dia membalas dendamnya pada Kira tetapi ketawanya tidak lama apabila kereta yang dipandu Dang sudah ke kanan dan ke kiri seperti ular dipalu.

"Keid xari khun kab khun! Dang?" (Kau dah kenapa! Dang?) Marah Chakan apabila kereta yang dinaiki seperti sudah hilang kawalan.

"Mi khn kalang li la real!." (Ada orang kejar kita!.) Balas Dang sambil sesekali memandang cermin pandang belakang.

"Ri prayochn!." (Tak guna!.) Marah Chakan sambil balutan pada kakinya dibuka dengan kasar lalu pistol yang diselit di belakang pinggang ditarik keluar.

+++

Miran berjalan di sisi Kira sambil mata mencari kereta yang dipandu Reno. Sebentar tadi, sebaik sahaja Kira selesai pemeriksaan bersama Doktor Bani, Miran terus memaklumkan pada Reno supaya mengambil dia dan Kira di lobi.

Sedang Miran memerhati sekeliling, tiba-tiba sebuah kereta berhenti di hadapan dia dan Kira dengan mengejut. Tanpa sempat berbuat apa-apa, Kira ditolak dan dihumban ke bahagian penumpang belakang oleh seorang lelaki dengan kaki berbalut dan bertongkat yang sama-sama berada di dalam lif tadi!. Bulat mata Miran. Sial! Macam mana dia boleh tak sedar!

"El!!. El!." Jerit Miran sambil mengejar kereta yang telah membawa Kira pergi dan dalam masa yang sama Reno sampai. Tanpa berlengah Miran menarik pintu kereta di bahagian penumpang hadapan dan terus melompat masuk. Laju kereta meluncur pergi, berdecit bunyi tayar bergesel dengan permukaan jalan.

"Tak guna! Tak guna! Tak guna!!!!." Jerit Miran sambil tangan menumbuk-numbuk dashbord. Terketap giginya menahan marah. Reno yang fokus memandu sesekali memandang Miran yang menahan marah di sisinya dengan riak bimbang.

Miran mencapai telefon bimbit dari bahagian dalam poket jaketnya kerana mahu menghubungi Kasturi tetapi belum sempat nombor Kasturi didail..

'Thud! Thud! Thud!'

Tembakan dilepaskan ke arah cermin kereta. Tertunduk Miran dan Reno menyelamatkan diri dari peluru yang dimuntahkan oleh Chakan.

+++

"Nasib baik juga metting habis awal. Tepu dah kepala aku ni, macam-macam arahan yang kita dapat dari Dato' PJSJ baru kita tu." Luah Kent sambil memandu.

"Ni, kita ke hospital kan.?" Soal Kent sambil memandu perlahan mengikut arus trafik.

"Yup, hospital." Balas Kasturi sambil mata memerhati skrin telefonnya yang gelap. Kent yang sesekali memandang pada Kasturi berkerut kening.

"Kenapa?." Soal Kent pelik.

Belum sempat Kasturi hendak menjawab, tiba-tiba keadaan trafik di hadapan menjadi sesak seperti ada sesuatu yang berlaku.

"Apahal ni?." Soal Kent yang sudah mula memperlahankan kenderaan sambil memandang kenderaan yang sudah semakin perlahan.

"Pelik pulak, dah kenapa jem.?" Ngumam Kent sendiri.

Sedang Kasturi dan Kent meninjau keadaan di hadapan, sebuah kereta warna kelabu meluncur laju dan di belakangnya diekori oleh sebuah SUV berwarna hitam dan Kasturi amat mengenali dengan kenderaan tersebut. Dalam waktu yang sama kedengaran bunyi beberapa tembakan dilepaskan.

"Kira!." Jerit Kasturi.

Kent pantas menoleh pada Kasturi. Seperti dapat mengagak apa yang berlaku, tanpa lengah stereng dipulas dan pedal minyak ditekan. Berdecit bunyi tayar bergesel. Kasturi pula dengan pantas mengeluarkan police beacon alarm dan meletakkannya di atas bumbung kereta. Habis semua kenderaan terpaksa ke tepi. Keadaan menjadi bingit dengan siren dan juga bunyi hon dari kenderaan yang terpaksa mengentikan kenderaan dengan mengejut.

19/05/2023 @ 1700hrs

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience