Bab 34

Romance Series 548166

'Bump'

Belakang kereta dihentam lagi.

"Reno, drive through the highway, now." Arah Kasturi pada Reno yang cuba mengelak dari melanggar kenderaan lain.

"Yes Sir." Kata Reno lalu memecut laju mencari jalan masuk ke highway. Tidak jauh di depan, ada susur masuk ke highway MRR2 lalu pedal ditekan rapat dan meluncur laju kereta memasuki lebuhraya. Kereta yang mengekori tadi juga turut memecut dari belakang dan semakin hampir.

'Thud thud thud'

Tembakan dilepaskan. Kasturi kemudian menekan panel pada kerusi belakang dan drawer terbuka. Sepucuk pistol siap dengan silencer terus dicapai.

"You keep down and do nothing.!" Pesan Kasturi pada Kira. Dia kemudian memberi isyarat pada Hud. Hud menurunkan cermin tingkap di kirinya manakala Kasturi pula menurunkan cermin tingkap di kanannya. Kedua-dua mereka melepaskan tembakan dan saling berbalas. Kira menoleh ke arah belakang ada sebuah lagi kereta yang datang menghimpit kereta mereka di sebelah kiri.

Reno pandang sekilas melalui cermin sisi pada kereta yang sedang menghimpit mereka, itu adalah kereta yang sama dinaiki oleh lelaki yang berjaya melarikan diri semasa menceroboh rumah Kasturi malam tadi. Tak guna!

"Sir." Panggil Reno.

"What?." Balas Kasturi tanpa menoleh.

"The car on the right was driven by a man who managed to escape yesterday." Kata Reno. Kasturi pandang sekilas.

'Bump!'

Kereta dihimpit bersama peluru yang berterbangan. Bergegar kereta. Pantas Kira menunduk untuk melindungi diri dari terkena peluru. Hud yang berada di depan pula terus berbalas tembakan dengan penumpang kereta tersebut dan salah satu pelurunya mengenai pada lelaki itu. Kira toleh ke depan dan badannya dirapatkan ke celah seat pemandu dan penumpang hadapan. Takkan dia hanya mahu berdiam diri menyaksikan suami dan pembantunya bergelut dalam keadaan genting begitu. Itu bukan cara dia!.

"Gun!." Kata Kira pada Reno. Reno toleh sekilas pada Kira dengan dahi berkerut.

"I said, gun! Give me you gun!." Jerit Kira.

"No!." Sampuk Kasturi yang sedang berbalas tembakan dengan sebuah lagi kereta di sebelah sana.

Ah! Kira tidak peduli, dijulurkan tangan kirinya pada tubuh Reno untuk mencapai senjatapi yang terselit di pinggang kanan lelaki itu. Tersentak Reno, mujur stereng dipegang kuat, kalau tidak. Tak pasal-pasal kemalangan pula. Reno pandang Kira sekilas. Memerah telinganya apabila tangan Kira bergerak di tubuhnya untuk mencapai senjata. Melihat tindakan Kira begitu, tanpa lengah terus dia mencapai senjatanya dan diserah pada Kira. Pantas Kira merampas senjatapi di tangan kiri Reno lalu cermin tingkap kirinya diturunkan lalu tembakan dilepaskan pada pemandu yang kereta yang sedang menghimpit kereta mereka dan menyebabkan kereta tersebut terus terbabas ke bahagian tepi jalan lalu terhenti di situ.

Kasturi pula sibuk membalas tembakan dari kereta di sebelah sana dan tiba-tiba..

'Skrreettt!'

Bunyi tayar kereta bergesel dengan jalanraya.

'Bump!'

Kuat kereta tersebut melanggar pembahagi jalan hingga terbalik di belakang. Menjerit bunyi hon. Beberapa kenderaan lain juga turut berhenti tidak jauh dari kereta tersebut. Siren polis pula sayup-sayup berbunyi. Pasti ada yang melaporkan kejadian ini.

Kasturi toleh ke belakang, begitu juga Kira. Reno tidak berhentikan kenderaan sebaliknya dia teruskan pemanduan. Laju jantung Kira berdegup.

"Are you okay?." Soal Kasturi pada Kira.

"I'm okay." Balas Kira. Kasturi angguk lalu pistol tadi diselit ke pinggangnya.

"Hud, how about you?." Soal Kasturi pula.

"I'm okay Sir." Balas Hud sambil cermin tingkap dinaikkan semula.

Panjang nafas dihela Kira. Sungguh dia tidak menyangka perkara begini akan berlaku. Dia yakin, mereka pasti diupah oleh orang yang sama dengan kejadian semalam. Kasturi di sisi dipandang. Nampak tegang wajah lelaki itu.

"Reno." Panggil Kira. Reno pandang sekilas.

"Your gun." Kata Kira sambil menyerahkan kembali senjata pada Reno. Pantas senjata di tangan Kira dicapai lalu diselit pada holster semula. Tajam Kasturi memandang Reno melalui cermin pandang belakang. Tertelan liur Reno bila dia dipandang begitu.

"Er.. Sir." Panggil Reno.

"Hurm." Balas Kasturi tanpa memandang Reno. Pandangan dibuang ke luar tingkap.

"Where should we go?." Soal Reno.

"Home." Balas Kasturi pendek. Tubuh disandarkan ke belakang sambil telefon bimbit dikeluarkan. Belum sempat nombor Kent didail, lelaki itu telah dahulu menghubungi Kasturi. Tidak menunggu lama icon hijau digesek.

"Edan!." Suara Kent berbunyi cemas di sebelah sana.

"Kau macam mana?." Soal Kent bimbang.

"Don't worry, I'm okay." Balas Kasturi.

"Huh lega aku." Kata Kent.

"Why do you ask?." Soal Kasturi. Kent mendengus kuat.

"Why did I ask?." Tinggi suara Kent menyoal.

"Kau lupa, kalau ada kejadian tembak-menembak area KL ni, siapa yang akan tahu dulu?." Soal Kent. Kasturi diam tidak membalas.

"How do you know, that's me?." Soal Kasturi.

"Hm.. MCC terima banyak panggilan mengenai kejadian tembak-menembak dan nombor kereta kau muncul dalam beberapa maklumat yang diberi pemanggil dan kebetulan aku dengan Tuan Mazlan baru balik dari IPK Selangor tersempak dengan kejadian ni." Kata Kent.

"Kau di mana sekarang?." Soal Kent.

"On the way home." Kata Kasturi.

"Aku rasa kau kena datang jumpa aku sekarang." Kata Kent.

"Why?." Soal Kasturi sambil memandang Kira di sisi.

"Aku ada di tempat kejdian dengan Tuan Mazlan. Dua orang suspek masih hidup, tapi cedera." Kata Kent.

"Okay." Balas Kasturi.

"Ada masalah ke?." Soal Kira sebaik Kasturi mematikan panggilan.

"No. I have something to deal with. You rest at home. If anything, call me. Okay sayang." Kata Kasturi. Kira tidak membalas. Wajah Kasturi dipandang tidak berkelip. Hatinya rasa tidak tenang.

+++

"Reno, call Burn and ask him to send anyone else to replace you for a while at my house." Kata Kasturi.

"After that, you and Hud, follow me." Kata Kasturi.

"Yes Sir." Balas Reno dan Hud serentak lalu kedua mereka keluar seketika dari kereta.

"Sayang masuk rehat, nanti Burn akan hantar orang." Kata Kasturi pada Kira pula.

"Are you okay, abang?." Soal Kira bimbang. Kasturi mengusap pipi kiri Kira dengan jemarinya.

"I'm okay. Don't worry." Kata Kasturi lalu dilabuhkan cium sekilas pada ulas bibir Kira. Kira pamer senyum.

"Okay abang. Anything, call sayang ya." Kata Kira. Kasturi angguk. Daun pintu dibuka lalu Kira melolos keluar dan Hud bersama Reno pula melompat masuk. Kira berdiri di tepi pintu rumah sambil memerhatikan kereta dinaiki Kasturi bergerak keluar semula dari kawasan rumah.

Tidak lama, masuk sebuah kereta dan kereta tersebut berselisih dan berhenti seketika di sisi kereta Kasturi sebelum kereta tadi terus masuk ke kawasan rumah dan kereta dipandu Reno pula terus pergi.

"Madam." Kira toleh pada lelaki yang baru turun dari kereta tadi.

"Saya Miran." Kata lelaki berambut perang tersebut. Kira angguk.

"Are you okay?." Soal Miran. Kira angguk.

"Yup, I'm okay. Awak boleh rehat." Kata Kira lalu dia terus masuk ke dalam rumah. Miran angguk.

+++

"Tuan." Sapa Kasturi pada Tuan Mazlan.

"Hurm, Edan." Kata Tuan Mazlan.

"Can you explain all this?." Soal Tuan Mazlan. Kent yang turut berada di tempat kejadian hanya diam memandang Kasturi. Kasturi tarik nafas dalam.

"Tuan, saya tak pasti siapa mereka tetapi apa yang saya tahu, salah satu kereta yang terlibat dalam kejadian ni adalah kereta yang dinaiki oleh suspek yang menceroboh rumah saya semalam, Tuan." Kata Kasturi.

"Maksud awak, suspek yang berjaya melarikan diri tu?." Soal Tuan Mazlan.

"Ya, Tuan." Balas Kasturi. Lama Tuan Mazlan diam. Tempat kejadian diperhatikan.

"Banyak juga kesan peluru pada badan kereta suspek." Kata Tuan Mazlan tiba-tiba.

"Apa maksud Tuan?." Soal Kasturi. Tuan Mazlan pandang wajah Kasturi.

"Don't say you were the only one involved in the shooting, Edan.!" Kata Tuan Mazlan tegas. Kasturi diam sambil matanya juga memandang ke arah kereta suspek.

"We talked at my office. I want to know everything." Kata Tuan Mazlan.

"Kent. Let's go." Kata Tuan Mazlan lagi lalu lelaki itu terus berjalan ke arah kereta yang dinaiki bersama Kent tadi.

"Aku gerak dulu." Kata Kent.

+++

'Tok tok tok'

"Masuk." Tuan Mazlan bersuara dari dalam pejabatnya.

"Tuan." Sapa Kasturi sebaik daun pintu ditolak.

"Edan. Duduk." Kata Tuan Mazlan.

"Terima kasih Tuan." Kata Kasturi lalu dia melabuhkan duduk di hadapan Tuan Mazlan.

"So.. How many person?." Soal Tuan Mazlan sebaik Kasturi melabuhkan duduk.

"Pardon." Kata Kasturi.

"How many people were involved during the shooting earlier?." Soal Tuan Mazlan.

"Maksud Tuan?." Soal Kasturi. Tuan Mazlan duduk tegak sambil pen dimain-mainkan di jari.

"Berapa orang yang membantu awak semasa kejadian tadi?." Soal Tuan Mazlan.

"Three, Sir." Balas Kasturi.

"Are you sure?." Soal Tuan Mazlan tidak percaya.

"Yes, Sir. Only three termasuk saya." Balas Kasturi. Tuan Mazlan angguk walaupun dia rasa ada yang tidak kena.

"Okay. Saya percaya." Balas Tuan Mazlan bersama anggukan kecil. Tidak lama kemudian..

'Pap'

Satu fail dicampak perlahan di hadapan Kasturi. Kasturi kerut kening dan wajah Tuan Mazlan dipandang tidak mengerti.

"Look it yourself." Kata Tuan Mazlan. Fail berpalang dengan tulisan 'SULIT' berwarna merah diambil. Fail diselak. Terhenti seketika tangan Kasturi apabila gambarnya sebagai target yang tertera di dalam fail tersebut. Kasturi selak lagi. Kira! Berubah wajahnya tetapi cuba dikawal riak. Nafas ditarik panjang.

"So.. Can I know, how you can be one of the targets?." Soal Tuan Mazlan.

"And that woman, she is one of the contract executing agents. Do you know her?." Tambah Tuan Mazlan. Kasturi yang sedang meneliti fail di hadapannya dipandang. Kasturi pandang ke arahnya.

"Tuan, saya tak pasti kenapa dan mengapa saya menjadi terget and how can I know her?." Balas Kasturi yakin. Tuan Mazlan pandang Kasturi tidak berkelip. Kasturi juga begitu. Lama mata mereka saling berpandang.

"Okay. Kalau macam tu jawapan awak." Balas Tuan Mazlan.

"Awak boleh keluar dan jangan lupa untuk ke pejabat D9 untuk rakaman percakapan with your two friends. Itu saja." Kata Tuan Mazlan.

"Baik Tuan." Kata Kasturi lalu bangun dari kerusi.

"Oh, one more thing." Kata Tuan Mazlan. Kasturi yang memegang tombol pintu menoleh ke arah Tuan Mazlan.

"Saya rasa CCTV majlis perbandaran berfungsi dengan baik." Kata Tuan Mazlan penuh makna.

"I think so, Sir." Balas Kasturi pula.

"Saya keluar dahulu. Terima kasih Tuan." Kata Kasturi lalu tubuhnya menghilang disebalik pintu.

"Edan." Sapa Kent sebaik melihat Kasturi keluar dari pejabat Tuan Mazlan. Kasturi toleh pada Kent.

"Tuan Mazlan cakap apa?." Soal Kent sambil mengekori langkah Kasturi.

"Soalan biasa." Balas Kasturi acuh tak acuh. Kent tarik lengan Kasturi.

"Hey! Dengan aku tak payah nak sorok!." Marah Kent. Kasturi hentikan langkah kaki.

"Aku nak ke D9, ambil percakapan dengan 'dua' lagi 'kawan' aku." Balas Kasturi.

"Dua?." Soal Kent. Kasturi tarik lengannya yang masih dalam pegangan Kent.

"Yup, two and plus me only three shooter." Kata Kasturi lalu dia terus melangkah ke arah lift. Kent pantas mengejar Kasturi lalu dia turut melolos masuk ke dalam perut lift.

"Aku tahu, Tuan Mazlan dan tunjuk kau fail tu kan?." Soal Kent yang berdiri di sisinya. Pantas Kasturi menoleh pada Kent.

"You know about that!?." Soal Kasturi. Tegang wajahnya.

"Sorry.. Aku memang nak bagitau kau tapi aku dapat tahu pun sebab terdengar perbualan Tuan Mazlan dengan Tuan Badrul." Kata Kent.

"They not agree with that and they already reject that application." Kata Kent.

"But.. Kira still in danger!." Kata Kasturi. Kent terdiam.

"So, kau nak aku buat apa?." Soal Kent. Kasturi pandang Kent.

"Traces of gunpowder." Kata Kasturi.

"Maksud kau?." Soal Kent.

"Kau tahukan siapa tiga orang penembak yang sebenarnya? So that mean, one of us certainly had no trace of gunpowder from the shot, if any it was just a transfer from his shooter." Kata Kasturi.

"Jadi kau nak aku yang jalankan ujian tu?." Soal Kent. Kasturi tidak membalas sebaliknya dia hanya diam.

"Okay.. I'll do it." Balas Kent.

Setelah selesai semua urusan di pejabat D9 selesai, Kasturi terus melolos masuk ke dalam perut kereta. Lemau rasa tubuhnya. Tiba-tiba telefon berbunyi. Nama Kent yang terpapar.

"Kent." Kata Kasturi.

"Ada masalah." Kata Kent.

(17/03/2021 @ 2013hrs)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience