Bab 55

Romance Series 548166

Burn : Where are you?

Reno : Cafe, with Madam.

Burn : Come back here as soon as it's done. Edan done with MRI.

Reno : Okay.

Reno menyimpan kembali telefon bimbit di dalam poketnya. Makanan di dalam pinggan Kira dipandang, hanya sedikit sahaja yang terusik.

"Madam. Kenapa makan sikit sangat?." Soal Reno.

"Siapa yang mesej?." Soalan Reno tidak dibalas sebaliknya lelaki itu pula disoalnya.

"Encik Burn." Balas Reno sepatah.

"Dia nak apa?." Soal Kira. Sudu diletakkan di dalam pinggan. Jus oren diteguk hingga habis lalu gelas diletakkan kembali.

"Er.. Mr.K is done with MRI. Encik Burn minta Madam kembali ke wad." Kata Reno. Kira tarik nafas panjang.

"Let's go." Kata Kira sambil mengesat bibir dengan napkin lalu dia bangun berdiri. Tanpa lengah Reno juga turut bangun mengekori langkah Kira yang terus menuju ke luar cafr. Setelah bayaran selesai dibuat, Reno berjalan ke arah Kira yang menunggunya di luar cafe. Sebaik Reno tiba di sisinya, Kira terus melangkah ke tepi jalan untuk melintas. Tanpa soal, Kira diekorinya.

+++

Pintu wad ditolak perlahan. Terjenggul wajah Reno. Waktu itu Kasturi sedang makan tengah hari ditemani Am dan Burn.

"Sir." Sapa Reno pada Kasturi yang sedang menikmati makan tengah harinya. Kasturi menoleh sekilas pada Reno bersama anggukan kecil.

"Mana El?." Soal Burn apabila melihat hanya Reno yang melangkah masuk. Reno menoleh ke belakang. Aik! Mana El. Laju Reno menarik daun pintu dan waktu itu Kira berdiri tegak di hadapan pintu dengan wajahnya menunduk ke bawah.

"El. Masuklah." Suara Am yang datang dari belakang Reno. Kira mendongak memandang Reno di hadapannya. Kira angguk lalu perlahan langkah dibuka. Kasturi yang telah selesai makan tengah hari memandang Kira yang berdiri agak jauh dari katilnya. Am beri isyarat mata pada Reno dan Burn lalu ketiga-tiga lelaki itu berjalan ke arah pintu.

"El, pergilah. Edan nak berbual dengan awak tu." Kata Am pada Kira sebelum ketiga-tiga mereka melangkah keluar. Kira masih keras berdiri di tepi dinding.

"Kira." Panggil Kasturi. Kira mendongak memandang Kasturi yang tegak memandang ke arahnya.

"Come here." Panggil Kasturi sambil dia bersandar selesa di kepala katil. Kira tarik nafas panjang sebelum langkah kaki dibuka menuju ke arah Kasturi dan langkah kaki berhenti sebaik dia menghampiri katil.

"Kenapa jauh sangat." Tegur Kasturi pada Kira. Kira dongak memandang Kasturi. Lelaki itu anggukkan sedikit kepalanya. Kira berjalan lagi hingga sampai betul-betul di tepi katil.

"Sit here." Kata Kasturi sambil tangannya menunjukkan ke arah kerusi yang berada di sisi katil. Kira perlahan melabuhkan duduk.

Senyap.

"Kira." Panggil Kasturi. Kira mendongak memandang Kasturi yang sedang memandang ke arahnya. Kedua tangannya saling bermain sesama sendiri.

"Kenapa dengan tangan tu?." Soal Kasturi apabila melihat tangan kanan Kira berbalut. Pantas Kira sembunyikan tangan kanan di bawah tangan kirinya.

"Er.. Tak ada apa." Balas Kira bersama gelengan kepala. Disebabkan Kira tidak mahu buka mulut mengenai kecederaan tangannya, Kasturi hanya diam tanpa menyoal lebih lanjut. Dia tidak mahu Kira bertambah tidak selesa dengan dirinya.

"I'm sorry.." Kata Kasturi tiba-tiba. Kira pandang wajah Kasturi.

"Saya betul-betul tak ingat." Tambah Kasturi lagi.

"Perkara terakhir yang saya ingat hanyalah kejadian di TESCO. Selepas dari itu, saya.." Kasturi tidak meneruskan kata-katanya.

"It's okay. Bukan salah abang." Kata Kira. Terus berubah raut wajah Kasturi apabila Kira membahasakan dirinya 'abang'.

"Sorry.. Sayang.. Er.. Saya terlupa. Awak mesti tak selesakan." Pantas Kira membetulkan kata ganti diri. Dia terlupa Kasturi sekarang bukan Kasturi yang sama seperti sebelum ini. Lama Kira terdiam sebelum dia meneruskan kata-katanya semula.

"Bukan salah awak." Kata Kira bersama rasa sebal di hati.

"Ini semua berpunca dari Tatoo. Kalau bukan disebabkan dia, abang.. Er.. Awak tak jadi macam ni." Tersangkut-sangkut ayat Kira kerana tersasul.

"Tatoo abang Jeff." Kata Kasturi sendiri.

"Awak ingat Jeff?." Soal Kira. Kasturi angguk.

"Dia dah matikan?." Soal Kasturi. Kira kerut kening.

"Awak ingat?." Soal Kira dengan ceria.

"Nope. Burn and Am told me earlier." Kata Kasturi.

"Oh.." Malap rasanya hari Kira. Sangkanya Kasturi dapat mengingatinya. Kira menunduk sambil bermain-main dengan cincin di jari.

"Is that your ring?." Soal Kasturi pada Kira. Terus terhenti gerakan tangan Kira. Wajah Kasturi dipandang.

"Ini cincin arwah ibu awak. Awak sarungkan pada saya selepas akad nikah." Kata Kira lalu cincin ditanggalkan dari jari manisnya dan diserahkan pada Kasturi.

"Ambil lah." Kata Kira lalu cincin itu diletakkan di atas tapak tangan kirinya dan dihulurkan pada Kasturi.

"That ring is yours." Balas Kasturi.

"But.." Tergantung ayat Kira apabila Kasturi menutup jemari kiri Kira yang terbuka tadi lalu ditolak perlahan ke arahnya semula. Terdiam Kira apabila jemarinya disentuh Kasturi.

"Tuan Edan." Sapa Doktor Bani sebaik pintu wad ditolak.

"Doktor." Sapa Kira lalu dia bangun berdiri.

"Er.. Laporan MRI dah saya terima." Kata Doktor Bani sambil meneliti fail yang dibawanya bersama.

"Apa keputusannya Doktor?." Soal Kira tidak sabar.

"Dari apa yang saya lihat, tiada kecederaan pada otak cuma pembengkakan sahaja." Kata Doktor Bani. Namun begitu riak wajahnya seakan ada yang tidak kena.

"Does that mean there is no problem with my brain?." Soal Kasturi pula.

"I guess so. But.." Kata Doktor Bani.

"But what?." Soal Kira bimbang.

"I just want to make sure of a few more things before a full diagnosis." Kata Doktor Bani.

"A few more things?." Soal Kira ingin tahu.

"We will know tomorrow." Kata Doktor Bani bersama senyuman di bibir. Fail di tangan dicatit sesuatu sebelum diletakkan bersama fail yang ada di hujung katil.

"Kalau tak ada apa-apa saya keluar dulu. Kita jumpa esok." Kata Doktor Bani lalu dia terus beredar ke pintu wad.

"Thanks Doc." Ucap Kasturi. Kira yang melihat Doktor Bani yang sudah berjalan ke arah pintu dipanggilnya.

"Doktor." Panggil Kira.

"Ya." Doktor Bani menoleh sebelum daun pintu wad ditarik.

"Can I ask you something?." Soal Kira pada Doktor Bani.

"Sure. Kita ke pejabat saya." Kata Doktor Bani. Kira menoleh pada Kasturi seketika sebelum kedua mereka hilang di sebalik pintu.

"Have a seat." Kata Doktor Bani pada Kira sambil dia sendiri melabuhkan duduk di kerusi kerjanya.

"Thank you Doktor." Ucap Kira lalu kerusi ditarik dan perlahan dia labuhkan duduk.

"Apa yang Puan nak tau?." Soal Doktor Bani. Kira pandang wajah Doktor Bani.

"I think there is something wrong with my husband. Can you tell me, what it is?." Soal Kira. Doktor Bani sandarkan tubuhnya ke kerusi.

+++

Kira menolak daun pintu wad, pandangan dibuang ke arah katil dan dapati Kasturi sedang berbaring. Daun pintu ditutup perlahan kerana tidak mahu nanti lena Kasturi terganggu. Kaki melangkah merapati katil. Nafas dihela panjang. Selepas berjumpa Doktor Bani tadi, Kira ke cafe dan kemudian ke surau. Lama juga dia berteleku di atas sejadah tadi hingga tidak sedar masa sudah berlalu.

Parut pada mata Kasturi dipandang, perlahan tangan kanannya naik menyentuh. Dari mata turun ke hidung yang mancung dan terus ke bawah, bibir yang agak tebal dan merah itu. Telunjuknya mengusap lembut bibir bawah Kasturi, tajam matanya memanah di situ. Perlahan Kira menunduk dan semakin lama semakin rapat bibirnya pada ulas bibir Kasturi. Mata dipejam rapat sebelum kedua ulas bibir mereka bersatu. Lama. Kira buka mata dan dalam waktu yang sama sepasang mata milik Kasturi juga berbuat perkara yang sama. Terlompat ke belakang Kira bersama deru nafas yang laju.

"What are you doing?." Soal Kasturi bersama tubuh dibawa duduk bersandar ke kepala katil.

"Er.. Er.. So.. Sorry. I'm so sorry." Ucap Kira kalut bersama wajah yang memerah. Kasturi hanya diam. Kira yang berada tidak jauh dari katilnya dipandang tepat. Kira sudah tidak keruan apabila tiada sepatah kata yang keluar dari bibir Kasturi.

"Bibir?." Kata Kira perlahan pada dirinya sendiri.

Terus bulat mata Kira lalu kotak tisu di atas meja dicapai. Ditarik tiga empat helai tisu dan dibawa ke bilik air. Tidak lama Kira keluar semula dan dia kembali ke sisi Kasturi. Dalam teragak-agak tisu yang dibasahkan tadi dikesat pada bibir Kasturi. Pantas pergelangan tangan kanan Kira dipegangnya. Terkejut Kira dengan tindakan Kasturi. Tajam pandangan mata Kasturi pada Kira.

"Sorry.. Saya.. Saya.. Nak kesat dengan tisu basah. Mesti awak tak suka sebab.." Kata Kira tanpa menunggu kata-kata dari Kasturi.

"Who says I don't like it?." Soal Kasturi. Anak mata Kira yang tadi asyik bergerak ke kiri dan kanan terus tertegak pada wajah Kasturi apabila mendengar kata-kata lelaki itu bersama dahi yang berkerut.

"Pardon?." Kata Kira.

"I said, who said I didn't like it?." Ulang Kasturi dengan nada yang agak perlahan dan bergetar. Pergelangan tangan Kira ditarik hingga wajah mereka begitu hampir sekali hingga nafas panas Kasturi dapat dirasai pada pipi kanan Kira. Bibir bawah digigit kuat bersama mata yang terpejam. Agak lama kemudian Kira membuka matanya perlahan-lahan. Waktu itu pandangan mata Kasturi lain sekali. Jantungnya berdegup laju.

"Why close your eyes? Are you're expecting a kiss?." Soal Kasturi. Terus terbuka luas mata Kira.

"What ar.. urm.." Terus terdiam Kira apabila bibirnya ditutup dengan bibir milik Kasturi. Pegangan di pergelangan tangan perlahan dilepaskan lalu turun ke pinggang ramping Kira dan tubuh Kira ditarik ke birai katil. Kira yang sudah asyik pantas menyangkutkan kedua tangannya di leher Kasturi. Sungguh dia rindukan saat ini. Sedang asyik dibuai rasa, tiba-tiba tubuhnya ditolak perlahan.

"I'm sorry." Ucap Kasturi. Wajahnya dilarikan ke sisi.

Apa yang kau dah buat ni Kasturi? Kau cakap tak ingat siapa Kira tapi boleh pula bibir dia kau sapa? Kasturi rasa seperti mahu dihantukkan sahaja kepalanya ke dinding. Sungguh dia tidak tahu, bagaimana dia boleh bertindak begitu. Reaksinya itu dirasakan seakan sudah sebati dengan dirinya hingga dia tidak mampu untuk menolaknya. Tidak sanggup untuk dia memandang wajah Kira, rasa bersalah pula pada wanita itu sungguhpun mereka suami isteri tetapi dia tidak ingat akan semua itu.

Lama keduanya terdiam. Kira pula sudah terkaku di birai katil.

"Sorry?." Soal Kira apabila hatinya sudah sedikit tenang. Wajah Kasturi yang menoleh ke sisi dipandang.

"Why are you saying like that?." Soal Kira lagi.

"I.." Kata-kata Kasturi terhenti apabila daun pintu wad ditolak dari luar.

"Maaf, saya nak hantar makanan.." Ucap seorang pekerja hospital pada Kasturi dan Kira apabila merasakan ada aura tegang di dalam bilik itu. Tanpa lengah, sebaik sahaja makanan diletakkan di atas meja, pekerja tersebut terus menghilangkan diri di sebalik pintu.

"Sorry.. I want to go to the bathroom." Ucap Kasturi dan bergerak mahu turun dari katil.

"Biar saya tolong." Kata Kira dan tanpa menunggu jawapan, Kasturi dipapah hingga ke pintu bilik air.

"Enough here." Kata Kasturi.

"I can handle it myself." Kata Kasturi lalu lengannya yang dipegang Kira ditarik perlahan untuk melonggarkan pegangan. Melihat pada tindakan Kasturi, Kira akur.

"Okay.. Saya tunggu di luar." Kata Kira. Kasturi tidak membalas sebaliknya dia terus melangkah masuk dan pintu bilik air ditutup rapat. Kira memandang pintu bilik air dengan penuh persoalan. Apa sebenarnya yang difikirkan Kasturi agaknya?

Kasturi bediri di hadapan cermin. Wajah sendiri ditilik. Tiba-tiba jemarinya naik menyentuh bibir. Teringat kembali kelembutan ulas bibir Kira yang disapa tadi. Terpejam matanya apabila mengingatnya kembali dan.. Ah..! Sesuatu di bawah sana sibuk memberi reaksi. Shit! Kau dah kenapa?

Lama Kira menunggu Kasturi di luar hingga dia terlena di sofa. Apabila terdengar bunyi selak pintu bilik air dibuka, terus Kira bukakan mata. Tubuh Kasturi dituju dan waktu itu seluar dan bajunya basah. Dia mandi ke?. Berkerut wajah Kira sambil matanya melirik pada wajah Kasturi, telinganya nampak sedikit merah. Takkan demam pula..

Sebaik sampai di birai katil. Kira membantu Kasturi untuk naik di atas katil. Sebaik melihat Kasturi sudah agak selesa, Kira pandang Kasturi.

"Er.. Baju dengan seluar awak basah ni." Tegur Kira. Kasturi yang sedang membetulkan duduk terus terbatuk dan wajah dipaling ke sisi. Kalut Kira menuang air kosong di dalam gelas dan diberikan pada Kasturi. Laju air diteguk hingga habis dan gelas di tangan Kasturi diambil semula. Memerah wajah Kasturi.

'Please don't look at me like that..' Kata Kasturi dalam hati.

"Saya ambil pakaian baru untuk awak ya, basah ni. Nanti takut selsema pula." Kata Kira pada Kasturi lalu Kira terus hilang di sebalik pintu. Kasturi tersandar ke belakang. Nafas ditarik panjang bersama lengan tangan kanan diletakkan di atas wajahnya. Tiba-tiba rasa panas pula biliknya itu.

"Awak.." Kata Kira sebaik dia melangkah masuk bersama pakaian yang bersih. Kasturi betulkan duduk apabila mendengar namanya dipanggil.

"Let me help you." Kata Kira pada Kasturi apabila Kasturi mencapai baju yang diletakkan di atas katil. Kasturi pandang Kira dan apabila Kira membalas pandangannya, Kasturi menoleh ke sisi.

"It's okay. Saya boleh buat sendiri." Kata Kasturi.

"Are you sure?." Soal Kira pada Kasturi. Akhirnya kepala dianggukkan dalam keterpaksaan. Butang baju ditanggalkan satu-satu hingga semuanya terbuka dan baju ditanggalkan dan diletakkan di atas kerusi.

"Awak dah mandi ke tadi?." Soal Kira pada Kasturi. Kasturi hanya anggukkan kepalanya.

"Patutlah habis basah pakaian awak ni.." Kata Kira. Baju yang basah ditanggalkan dan sebelum baju bersih disarungkan, tubuh Kasturi yang luka dan berparut dipandang. Ringan sahaja tangannya mahu naik menyentuh tetapi ditahankan sahaja. Baju disarung dan dibutangkan. Baru sahaja Kira mahu menyentuh seluar yang dipakainya, Kasturi menengah.

"I'll do it myself." Kata Kasturi bersama tubuh dibawa turun dari katil.

"Okay." Ucap Kira lalu dia berpusing dan membelakangkan Kasturi. Dia tahu lelaki itu tidak selesa. Pesanan Doktor Bani tadi diingatnya semula.

"Give him some time." Pesan Doktor Bani.

"It's done." Kata Kasturi pada Kira. Kira memusingkan kembali tubuhnya ke arah Kasturi lalu pakaian kotor diambil dan diletakkan di atas sofa.

"Awak makan dulu, saya nak ke luar sekejap. Nanti saya datang semula." Kata Kira pada Kasturi sambil menolak adjustable over bed table pada Kasturi dan makanan tadi dibuka penutupnya.

Malam itu Reno dan Am datang. Entah apa yang dibualkan pun tidak pasti. Hampir satu jam mereka berbincang, akhirnya selesai.

"Edan. Aku balik dulu. Esok pagi aku datang bersama dokumen yang kau minta." Kata Am pada Kasturi.

"Thanks Am." Ucap Kasturi lalu salam dihulur.

"El, saya balik dulu. Anything, call me. Okay." Pesan Am. Kira hanya angguk bersama senyuman. Malam itu Kira menemani Kasturi dengan berbaring di sofa, jururawat ada menawarkan katil lipat tetapi Kira enggan. Jadinya, sofa panjang menjadi tempat tidurnya. Kasturi juga ada minta supaya Kira pulang sahaja ke rumah tetapi wanita itu tidak mahu. Ingin diajak berbaring bersama di atas katil, rasa tidak manis pula. Hm..

+++

Kasturi tersedar dari lena apabila terasa pipinya dicium seseorang. Dalam samar-samar cahaya, Kasturi membuka mata. Tidak sempat untuk Kasturi melihat wajah siapa kerana gerangan orangnya sudah melangkah masuk ke bilik air. Lebih kurang dua puluh minit bunyi selak pintu bilik air dibuka. Kasturi pura-pura pejamkan mata. Tubuh seseorang yang baru keluar dari bilik air diperhati dari hujung matanya.

"Kira? Apa dia buat di sini?." Soal Kasturi sendiri. Kira yang baru siap mandi dan berpakaian terus keluar dari wad, dia mahu ke surau. Sebaik tubuh Kira hilang di sebalik pintu. Kasturi bingkas bangun dari katil. Sekeliling bilik dipandang.

"Where am I? Hospital?" Soal Kasturi sendiri apabila melihat pada pakaian yang dipakainya ada cetakan nama hospital. Meja sisi dipandang dan sebaik melihat telefon bimbitnya berada di situ, pantas gajet itu dicapai. Nombor Am didail.

"Am!." Suara Kasturi berbunyi.

"Edan! What happened?." Soal Am yang mamai baru bangun dari tidur.

"How can I be in the hospital?." Soal Kasturi. Tinggi suaranya berbunyi.

Tiba-tiba pintu wad terbuka. Terjenggul wajah Kira bersama senyuman.

"Awak dah bangun?." Soal Kira lalu suis lampu wad ditekan. Bilik yang kelam terus cerah. Kasturi terkaku memang Kira.

"Why are you here?." Soal Kasturi pada Kira. Kira yang sedang melangkah menghampiri katil terus terhenti langkahnya.

"Dari kelmarikan saya temankan awak di sini." Balas Kira pelik.

"Kelmarin?." Soal Kasturi.

"No, that's was impossible!." Balas Kasturi.

"Yesterday I was not here." Tambah Kasturi lagi.

(26/06/2021 @ 1255hrs)

Share this novel

Nor Azlina
2021-07-01 22:53:57 

fifi next chapter please.......

ZUISYAH_P'QA@HDYARUZ
2021-06-27 01:29:44 

Tq dear sb dh update..x sabar utk next chapter pla..bgaimana dgn Edan nnt adakh ingatan nya akan pulih dgn cpt? Kira masih dlm keadaan bahayakn sb masih ada musuh yg berdendam..Adakh Kira akan selamat? dlm keadaan Edan lg mcm tu..please dear jgn update lama sgt ye..

Hawani Hashim66
2021-06-26 13:37:46 

tq Fifi ..update ...moga boleh update tiap hari


NovelPlus Premium

The best ads free experience