BAB 46

Romance Completed 64209

PINTU WAD ZINNIRAH dia tutup perlahan sambil menggalas beg di bahu kirinya. Jam yang sudah menunjukkan pukul 9 pagi itu dia kerling sekali lalu. Absyar masih lengkap berpakaian scrub kerana dia baru saja selesai shift sejam yang lalu. Tanpa pulang ke rumah, dia terus ke wad isterinya. Matanya terus disajikan dengan gerangan Zinnirah yang sudah khusyuk melakar di atas kertas yang dia bawa semalam. Rambut wanita itu juga disanggul dengan sedikit serabai membuat Absyar menahan senyumnya sendiri. Dia sungguh fokus dengan kerjanya sehingga sedikit pun tidak sedar akan kewujudan suaminya di situ. "Assalamualaikum sayang," tegur Absyar lalu terus menarik kerusi di sebelah katil wanita itu. Zinnirah terus menoleh ke arahnya dengan wajah yang terkejut. Mungkin baru sedar kewujudan makhluk kacak di situ. "Waalaikumussalam abiy," jawab Zinnirah lalu melepaskan penselnya. Tangannya dihulurkan untuk mencium kekura tangan Absyar. Pada masa yang sama, ubun-ubunnya terasa diusap penuh lembut. "Baru habis shift ke?" soal Zinnirah lembut apabila dia kembali memerhatikan wajah Absyar yang tergaris raut letih. Baju pun suaminya itu tidak sempat tukar. "Tak adalah baru sangat... About one hour ago?" jawab Absyar sambil tersenyum kecil memandang wajah isterinya yang sentiasa cantik dan comel. "Barulah jugak tu... Abiy dah breakfast?" Ramah pula Zinnirah pada pagi itu menanyakan soalan bertubi-tubi pada suaminya. Absyar hanya menggeleng sebagai jawapan kepada soalan itu. Bahkan, makanan terakhir yang dia jamah adalah pada tengah hari semalam iaitu ketika makan bersama Zinnirah. "Kenapa tak makan lagi? Nanti perut tu dah masuk angin," bebel Zinnirah. "Kejap lagi abiy makan. Sayang dah makan?" Kali ini giliran Absyar pula untuk beramah mesra. Baju hospital yang lengannya hanya tiga suku sahaja membuatkan Absyar dapat melihat kulit lengan Zinnirah buat pertama kali dalam usia perkahwinan mereka. Scars. Too many scars. "Ji dah makan lepas doktor masukkan ubat cecair apa entah dalam badan Ji tadi. Dan untuk Ji consume ubat-ubat Ji jugak," balas Zinnirah lalu menarik beg dari belakangnya untuk menghalang lengan sendiri yang sudah menjadi pusat perhatian Absyar. "Tapi kan abiy, kali ni tak perlu IV drip pulak eh? Kalau macam tu, selamatlah tangan Ji." Zinnirah terus tersengih dengan persoalannya. Absyar terus tersenyum kecil dengan soalan comel isterinya. "You don't need that sodium chloride, sebab tu tangan awak tak dicucuk. So apa perasaan lepas dapat ubat tu, ada apa-apa perubahan?" soal Absyar lalu bersandar pada kerusi itu. Pinggangnya terasa lenguh apabila berjam-jam dia hanya berdiri dan dapat duduk sesekali sahaja. "Rasa biasa macam sebelum masuk wad. Masih sihat dan bila kencing masih sakit," tutur Zinnirah lalu menaikkan kedua-dua belah bahunya dengan bibir yang dijuihkan. Absyar terus tersenyum kecil dengan jawapan isterinya itu. "Insya-Allah, abiy doakan semoga setiap ubat yang masuk ke dalam awak akan menjadi salah satu asbab untuk awak kembali sihat. Bila awak sihat, dapatlah saya makan masakan sayang yang sentiasa sedap tu," seloroh Absyar membuatkan Zinnirah langsung berdecit perlahan. Tawa perlahan terus terhambur daripada bibirnya. Zinnirah kembali memegang penselnya dan mula fokus pada lakaran yang masih belum siap itu apabila Absyar hanya diam tanpa bicara selepas dia berseloroh. Sesekali ikatan rambutnya dia perketatkan. "Zinnirah," panggil Absyar lalu berdiri di samping katil. "Ya?" jawab Zinnirah dan terus menoleh untuk melihat wajah Absyar. "Abiy nak tumpang mandi dan solat kat sini tau," maklum jejaka itu sambil membuka zip beg yang dia bawa sedari tadi. Zinnirah hanya terkebil-kebil mendengar pernyataan itu. Solat? Sekarang dah pukul 9 pagi? Takkan dia subuh gajah kot? Tak mungkin, suaminya bukan seperti itu. "Abiy baru nak subuh ke?" soal Zinnirah polos apabila soalan itu daripada tadi bermain di mindanya. Absyar terus mengusap kepala Zinnirah dengan sengihan yang melebar. Alaaa, comel betul soalan dia. "Solat dhuha sayang. Abiy dah solat subuh kat surau hospital tadi." Walaupun geli hati, dia tetap menjawab juga persoalan itu. "Oh... Manalah Ji tahu..." Pipi Zinnirah mula merah dek rasa malu yang mula menjengah disebabkan soalan bodohnya itu. "Sebab sayang tak tahulah abiy bagitahu ni," balas Absyar lembut sebelum mencubit perlahan pipi tembam Zinnirah. "Abiy mandi dulu tau." Absyar terus berjalan meninggalkan Zinnirah yang masih terkedu dengan tindakannya tadi. Wanita itu terus membawa tangan ke pipi, bekas cubitan Absyar dia pegang. Bibir yang sudah mahu tersungging senyuman, dia tahan lalu menundukkan kepalanya ke bawah. Bibir atas digigit sebelum kertas putih itu dilihat dengan perasaan yang pertama kali dia rasakan. Bahagia kerana dilayan sebegitu rupa walaupun pipinya menjadi mangsa cubitan Absyar? Atau rasa sayang itu betul-betul mula bercambah dalam diri ini? ZINNIRAH mengeluh untuk kali ke berapa apabila dia mendapat teks daripada ketuanya... Tarikh submission lakaran yang tengah dia siapkan sekarang dicepatkan pada lusa hari. Aduh peningnya kepala dia mahu menyiapkan lakaran itu secepat mungkin sebelum meminta Kak Aida untuk datang mengambil lakaran itu di hospital. Ini lagi satu hal... Disebabkan dia ditahan di hospital ini, dia telah menyusahkan banyak orang termasuklah rakan sekerjanya. Tak boleh ke dia duduk di rumah je? Dia ada Dr. Absyar dan Dr. Mustaqim yang boleh tengok-tengokkan dia di sana. Lagipun dia sihat-sihat aje, masih boleh berlari kalau disuruh. Cuma jaraknya hanya 100m sahajalah yang dia mampu... kut. "Sayang? Berangan apa ni?" Terasa bahunya disentuh membuatkan Zinnirah terjaga daripada fikirannya itu. "Eh, abiy dah sampai... Ji tak dengar pun?" soal Zinnirah dengan matanya tidak lepas memandang Absyar yang sedang meletakkan bungkusan makanan yang dia beli di kafe tadi seusai saja dia menunaikan solat dhuha. "Mana nak dengar kalau awak tenung dinding tu macam nak tembus, sayang..." balas Absyar perlahan. "Taklah, Ji tengah berfikir sebab sketch ni Ji kena submit lusa. Ji baru je siapkan 70%, agak-agak sempat siap ke sebelum deadline?" Matanya terkebil memandang Absyar yang mula melabuhkan duduk di sebelah di atas katil itu. "Insya-Allah sempat, abiy tahu awak boleh. Tapi sayang jangan terlalu pressure diri kalau tak mampu, buat setakat yang mampu pastu rehat. Ke abiy boleh tolong lakarkan kerja sayang?" tawar Absyar sambil tersengih. Lehernya juga dipanjangkan untuk melihat hasil kerja sang isteri. "Tak payahlah abiy, Ji risau jadi benda lain nanti." Muka Absyar dia tolak untuk menjauhinya. Eh tahulah nak tengok sketch, tapi janganlah dekat sangat bang. Absyar langsung tertawa halus dengan respons isterinya itu. "Awak tak percaya abiy ke?" "Bukan tak percaya, Ji hanya berhati-hati..." Keningnya dijungkitkan berkali-kali. "Yalah. Kalau sayang nak abiy tolong, sila roger." Absyar memesan sebelum tangannya menggapai bungkusan polisterin nasi goreng tomyam yang dia order tadi. "Abiy beli satu je ke?" Tanpa malu, Zinnirah bertanya. Absyar terus memandang wajah wanita itu tanpa reaksi. Aik, tadi cakap dah makan? "Haah sebab sayang cakap sayang dah makan tadi," jawab Absyar senada. "Takpelah kalau macam tu. Makanlah... Nanti perut abiy masuk angin," ujar Zinnirah sebelum berpaling dari suaminya dan kembali menatap kertas putih itu. Dia lapar... Tapi lagi kasihan bila ternampak wajah Absyar yang letih itu... Takpelah, dia tunggu ajelah waktu makan tengah hari nanti. Lagi beberapa jam je. "Abiy gurau je sayang, jangan merajuk. Abiy memang beli satu bungkus tapi nasi ekstra tau. Meh sini abiy suap, kita makan sama-sama okey?" pujuk Absyar setelah melihat wajah muram tadi. Bahu isterinya ditarik lembut agar kembali melihatnya. Zinnirah yang mendengar terus berpaling pada Absyar dengan mata yang bersinar. "Betul ke?" "Betul sayang... Ni abiy beli nasi goreng tomyum yang awak suka tau," tutur Absyar dengan senyuman yang sudah terhias di bibir. "Terima kasih, abiy!" ucap Zinnirah ceria. Wajah yang muram tadi sudah hilang apabila matanya tertancap nasi goreng tomyum yang dibeli oleh suaminya itu. "Sekarang tadah tangan cepat, abiy nak baca doa makan." Dan-dan wanita itu menadah tangannya dan terus meraup wajah dalam keadaan teruja. Food! She loves food! "Bismillah, nganga mulut," arah Absyar dengan tangan sudah menghulurkan sudu yang dipenuhi nasi goreng di hadapan bibir. "Abiy makanlah dulu." Zinnirah menolak suapan pertama itu. Mana mungkin dia makan terlebih dahulu sebelum Absyar? "It's okay, sayang jamah dulu. Cepat, tangan abiy dah lenguh ni..." kata Absyar walaupun tangannya langsung tidak lenguh. Hati sudah mula mendendangkan lagu romantis apabila isterinya hanya pasrah dan makan apa yang dia suapkan. New achievement unlocked : Absyar berjaya suap Zinnirah! "Macam tu lah kesayangan abiy," puji Absyar sebelum menyuap nasi itu ke dalam mulutnya pulut. Zinnirah hanya tersenyum lalu tertawa kecil dengan mulutnya yang masih penuh dengan makanan. Tidak dia sangka, berkongsi makanan seperti ini saja dapat menghilangkan rasa serabutnya yang sempat bertandang sebentar tadi. Terima kasih, Ya Allah untuk makanan ini... Dan terima kasih, Ya Allah kerana mengurniakan dirinya Absyar... Not so short update. Sempat jugak saya update dalam fasa tengah sibuk ni hehe. Sorry, nampaknya saya akan kembali ke era jarang update sebab next two week saya dah mula sem baru. Doakan saya tau! Doakan semoga apa yang saya belajar sem depan, saya akan faham dan ingat dan dapat jawab exam dengan mudah dan betul!! (Banyak betul dan>

komen

Share this novel

Guest User
 

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience