BAB 54

Romance Series 33949

"JI, MARI SINI KEJAP," panggil ibu yang berada di meja dapur bersama-sama Zulaikha, Atiya dan juga Lashira; isteri Mustaqim. Zinnirah yang sedari tadi menyusun makanan sarapan di meja makan, terus melangkah ke arah suara itu. Hari ini, mereka semua berkumpul di rumah baru abang Zhafran setelah sekian lama tidak bertemu akibat sibuk. Kali terakhir mereka berkumpul seperti ini adalah pada kenduri kahwin Atiya dan Khairil, berbulan yang lepas.

"Kenapa ibu?" soal Zinnirah sebelum melabuhkan duduknya di sebelah sang adik yang tersengih-sengih memandang dirinya. Dahi sudah mula berkerut pelik. Dah kenapa jadi kerang busuk pulak ni?

"Adik kamu ni... mengidam nak makan tauhu bergedil air tangan Ji. Ji boleh buat ke? Kalau tak larat, kita beli aje nanti." Permintaan ibu membuatkan dia semakin mengerutkan dahi sehingga terteleng sedikit kepalanya ke arah kiri.

"Alaa ibu... Ati nak yang Kak Ji buat... Tak nak yang lain..." Atiya mula mencebikkan bibirnya apabila sang ibu berkata seperti itu. Zulaikha dan Lashira yang sedang menggendong anaknya yang berusia lima bulan turut tersenyum dengan tindakan Atiya.

"Ati mengidam?" soal Zinnirah untuk kepastian. Dan-dan Atiya mengangguk laju dengan senyuman yang semakin lebar di bibir. Tangan Zinnirah dia tarik dan diletakkan pada perutnya yang rata.

"Ati bawa anak buah akak dalam ni! Jadi please please please akak! Ati nak tauhu bergedil akak. Bolehlah pleaseee!" Atiya mengerdipkan matanya berkali-kali gaya memujuk kakaknya itu.

Zinnirah mula tersentak dengan kenyataan itu. Atiya mengandung?

"Ati mengandung?" Kali ini, suara Zinnirah mengendur sebelum anak matanya menikam lembut iris Atiya lembut.

"Yes!"

"Dah berapa bulan?" Zinnirah mula mengusap perlahan perut leper adiknya itu. Senyuman kelat mula terukir di bibir. Adiknya yang baru beberapa bulan bernikah sudah dikurniakan zuriat. Sedangkan dia? Empat tahun perkahwinan, tiga tahun Trying To Conceive (TTC) dan masih tiada hasil.

"Dah dua bulan, akak." Senyuman itu tidak lekang daripada bibirnya.

"Alhamdulillah tahniah ya, Ati. Semoga pregnancy journey Ati Allah mudahkan sehingga ke hari bersalin. Doakan akak juga ya? Akak pun nak ada anak macam Ati... macam Kak Zu... macam Shira... Doakan akak tau?" Suasana di situ secara tiba-tiba menjadi hiba dengan ujaran Zinnirah sehingga membuatkan wanita itu melepaskan tawa kecil.

"Kenapa semua orang diam membisu ni? Janganlah serius sangat," tegur Zinnirah dengan tawa yang masih tersisa. Semua yang berada di meja itu sudah memasang wajah kasihan. Ah, dia benci pandangan itu. Pandangan yang membuatkan dirinya kelihatan sungguh menyedihkan.

"Tak apa, Ati doakan akak akan dapat zuriat yang ramai dan subur macam Abang Mus!" Terus tersedak Lashira apabila mendengar ayat tidak bertapis Atiya itu. Kurang asam punya adik ipar...

"Kau ni kan, Khai tak bayarkan insurans ke mulut kau ni?" Mustaqim yang entah datang dari mana terus mencekup mulut adik bongsunya dek geram dengan ayat Atiya tadi. Apa kebendanya cakap macam itu?

Atiya terus menampar lengan Mustaqim berkali-kali apabila merasakan nafasnya semakin berkurang.

"Abang ni kasarlah!" Wajah cemberut ditayangkan sesudah Mustaqim melepaskan tangannya daripada wajah Atiya.

"Mulut kau yang macam tak ada insurans, itulah makan dia. Sedap? Aku baru lepas berak tadi," usik Mustaqim dengan tawa yang terkekeh-kekeh.

"Eii pengotorlah abang ni! Hubby, tengok ni abang ipar awak buli baby!" jerit Atiya kuat sambil menonyoh bibir sendiri dengan wajah tersebik menahan tangis. Mustaqim terus ketawa terbahak-bahak apabila terpandang wajah Khairil yang gelabah datang ke dapur.

"Kenapa baby?"

"Abang Mus buli baby..." Mata sudah berkaca seraya mengadu pada sang suami.

"Gelilah, dah tua pun nak baby baby. Eii nak muntah!" tambah Mustaqim lagi. Dan-dan Lashira menampar lembut lengan suaminya yang begitu lantang mengusik si bongsu.

Zinnirah hanya melepaskan tawanya melihat suasana itu. Nyaman. Itu yang dia rasakan sekarang. Gerangan Khairil yang sedang memujuk sangat isteri itu, dia perhati seketika. Siapa sangka Khairil Rizqin; mamat yang selalu mengganggu ketika zaman universiti sudah menjadi adik iparnya. Kecilkan dunia? Entah bagaimana mereka berkenalan dan bercinta, dia malas mahu ambil pusing.

"Khai," panggil Zinnirah.

"Ya?" Wajah wanita itu dipandang tanpa perasaan. Jujur dia katakan, apabila dia tahu Atiya ialah adik kepada Zinnirah; wanita yang pernah bertakhta di hatinya walaupun sekejap cuma, Khairil agak terkejut dan membeku di situ juga. Dan apabila dia mengetahui kisah Zinnirah, dia mulai faham kenapa wanita itu bertindak sedemikian rupa sepanjang berada di universiti dulu.

"Bawa Ati pergi beli barang. Dia mengidam nak makan tauhu bergedil. Nanti aku mesej Ati senarai barang yang diperlukan," arah Zinnirah sebelum mula menaip pada skrin telefonnya.

"Oh.. Okey..." balas Khairil pendek.

"Nak gerak sekarang ke baby?" tanya Khairil penuh lembut pada Atiya yang masih berwajah cemberut.

"Boleh jugak hubby, nak tenangkan hati daripada tengok muka buruk Abang Mus." Dia terus menjeling abangnya yang sedang bermain dengan anak sendiri.

"Khai, alang-alang tu kau pergi beli insurans premium untuk bini kau ni. Makin lama makin longkang jadinya," kata Mustaqim selamber sebelum mencium pipi bulat anak keduanya.

Orang-orang di situ terus menghamburkan tawa apabila Atiya terus menarik lengan Khairil untuk beransur dari situ. Ibu hanya mampu tersenyum dan menggelengkan kepala dengan kerenah masing-masing yang seakan kebudak-budakkan.

Butang hantar dia tekan sebelum Zinnirah kembali memanggungkan kepala ke arah orang-orang di dapur itu. "Ada apa-apa barang lagi tak yang nak pesan? Kejap lagi kita nak mula masak kan?"

"Minta Ati belikan aiskrim dengan kon sekali untuk budak-budak ni nanti. Pastu suruh dia beli bahan untuk buat buko jugak. Ha, serbuk jeli sekali," tambah ibu.

"Nak buat buko apa ibu?" soal Zinnirah dengan mata yang sesekali ke arah ibu dan kembali ke arah skrin telefon.

"Ibu cadang nak buat buko pandan tapi boleh je beli perisa lain sekali."

"Baik, Ji bagitahu Ati teruslah ya."

"Terima kasih sayang ibu." Zinnirah terus tersenyum lebar mendengarkan ayat itu. 'Sayang ibu.' Betapa seronoknya telinga dan hati dia tika itu.

"Sama-sama ibu. Ji beransur dulu eh, Ji nak cari Absyar sekejap," permisi Zinnirah sambil menyorong kerusi masuk ke bawah meja.

"Kirim salam abiy kesayangan!" usik Mustaqim dengan sengihan lebar.

"Diamlah Mus!" jerit Zinnirah yang sudah jauh ke hadapan. Telinganya dapat menangkap gelak tawa jahat Mustaqim sebelum terdengar lelaki itu mengaduh kesakitan. Bibir Zinnirah tertarik senyuman senget, mesti dah terkena sengatan tebuan Puan Lashira. Padan muka!

Zinnirah mula berjalan ke seluruh rumah untuk mencari jejak suaminya yang entah di mana dia berada. Kaki mula melangkah ke tempat terakhir iaitu laman rumah yang mempunyai air terjun buatan yang terdapat ikan koi di dalamnya. Mata mula terlirik pada gerangan Absyar dan Zhafran yang sedang berbual di meja kopi di bawah pohon rendang.

Dia mula melangkah secara perlahan-lahan, tidak mahu kehadirannya disedari oleh mereka berdua. Senyuman bahagia mula terukir di bibir. Namun, ukiran itu tidak bertahan lama apabila dia terdengar perbualan mereka berdua. Atau lebih tepat lagi, pertanyaan sensitif Zhafran terhadap suaminya.

"Kau orang merancang ke?" Kaki Zinnirah terus terpaku di sebalik pokok.

"Merancang apa, bang?" Kali ini suara Absyar yang menjawab sopan masuk ke gegendang telinganya.

"Kau dengan Ji buat family planning ke? Dah berapa tahun kau orang nikah?" Wajah serius Zhafran, Zinnirah jeling seketika.

"Baru empat tahun. Saya dan Zinnirah tak pernah buat family planning sepanjang perkahwinan kita orang. We just go with the flow, alhamdulillah we are happy." Absyar tersenyum kecil dengan jawapannya.

"Glad to know that both of you are happy with your marriage. Tapi kau orang memang tak nak ada anak ke? Dah empat tahun, Acad. You should have two children already. Mus yang baru dua tahun lebih bernikah pun dah ada dua orang anak. Atiya yang baru nikah pun dah lekat. Cuma tinggal Ji aje. Betul ke kau orang tak merancang ni?" Zhafran memandang tajam wajah tenang Absyar di hadapannya.

"Belum ada rezeki kami, bang. Mungkin Allah nak banyakkan masa saya dan Zinnirah untuk berdua-duaan sebelum dikurniakan zuriat. Bab zuriat ni, kami dah buat macam-macam sepanjang journey TTC ni. Zinnirah pun ada konsult dengan pakar dan dia ada ambil supplements yang disarankan oleh doktor. Dia sanggup nak tambah lagi ubat baru demi usaha dapatkan zuriat walaupun abang tahu, jumlah ubat SLE dan depression dia sangat banyak. I really respect her for that," jawab Absyar tenang. Zinnirah pula berasa terharu dengan ayat suaminya itu.

"Atau kau yang bermasalah, Acad? Ji tak mungkin mandul sebab dia pernah mengandung dulu. So, kau yang mandul?" Kening Zhafran mula terjungkit sebelah dengan kenyataan itu. Absyar hanya tersenyum dengan persoalan abang iparnya itu.

"Saya dan Zinnirah dah buat fertility test and we both normal. Subur. Yang membuatkan kami belum dikurniakan anak ialah Allah belum mengizinkan perkara itu terjadi. Kun fayakun, bang. Allah kata jadi, maka jadilah ia. Dan kalau takdir kami berkata sebaliknya, apa yang mampu kami lakukan selain berserah dan reda?"

Suasana menjadi senyap sunyi dengan jawapan Absyar itu. Zinnirah mula mengesat air mata yang mulai jatuh.

"Andai kata Ji memang tak boleh nak beri zuriat pada kau... Kau tak nak cari yang kedua? Orang yang mampu beri keturunan pada kau? Kau lebih daripada mampu untuk beristeri lebih daripada satu." Zhafran terus meletakkan kedua-dua belah lengannya pada meja.

"Kami akan ambil anak angkat dan jadikan bayi itu sebagai anak susuan. Tak pernah terlintas dalam fikiran saya untuk menduakan Zinnirah, bang. Dia satu-satunya isteri saya di dunia ini dan insya-Allah sampai syurga. Saya mungkin mampu dari segi kewangan tapi saya takkan mampu untuk berlaku adil jika saya memilih poligami sebagai solusi. Saya akan sakitkan Zinnirah jika saya bernikah lagi. Saya tak akan menduakan Zinnirah demi kepentingan saya sendiri. Saya tak nak bahagia seorang diri tanpa dia. Jadi saya harap abang faham dan jangan sesekali ungkit lagi hal berkaitan poligami ini di hadapan Zinnirah. Dia akan terluka bila dia tahu tentang hal ini. Cukuplah dia sudah banyak menanggung sakit selama ini, izinkan dia bahagia bang. Jangan diganggu mentalnya, biarkan kami bahagia dengan cara kami sendiri walaupun kami tidak mampu untuk mempunyai anak seperti kebanyakan orang. Saya minta maaf kalau abang rasa saya seperti kurang ajar tapi untuk kali ini, tolong faham Zinnirah."

Kali ini, wajahnya sudah tidak mengukir senyuman. Dia benar-benar serius dengan kata-katanya itu. Dia tidak akan mengizinkan sesiapa pun memberikan tekanan kepada isterinya walaupun orang itu adalah ahli keluarganya sendiri.

Zhafran hanya terdiam dengan jawapan adik iparnya itu dan melihat jejaka itu bangkit daripada duduknya. Baru sahaja Absyar berpusing ke belakang, mereka berdua tergamam apabila melihat gerangan Zinnirah yang tersenyum kelat dengan wajah yang sudah basah dengan air mata.

"Sayang..." Absyar langsung melangkah ke arah sang isteri dengan wajah cuak.

"Ya abiy..."

"Kenapa Ji ada kat sini?" potong Zhafran yang turut sama bangun mendekati pasangan suami isteri itu.

"Ji nak ajak abang dengan Absyar sarapan. Kak Zu dan ibu dan goreng bihun..." balas Zinnirah dengan suara yang cuba diceriakan.

"Okey, abang masuk dulu." Zhafran terus melangkah laju meninggalkan mereka berdua.

"Abiy tak nak makan?" soal Zinnirah sambil mendongak untuk melihat wajah suaminya. Senyuman manis dia cuba ukir.

"Macam mana abiy nak makan kalau isteri abiy tak okey?" balas Absyar lalu mengesat lembut air mata Zinnirah yang masih tersisa di pipi.

"Ji okey abiy... Jangan risau..."

"Sayang dengar semuanya?"

Zinnirah terus menggeleng laju. "Dari family planning je."

"I really meant it tau. Abiy tak akan menduakan sayang walau apa pun yang berlaku," terang Absyar lagi.

"Janji?" Zinnirah terus menghulurkan jari kelingkingnya ke arah Absyar.

Lelaki itu terus tersenyum sebelum menyambut tautan jari isterinya. "Abiy janji and I will seal it with a kiss." Tanpa aba-aba, pipi Zinnirah terasa hangat dengan ciuman tiba-tiba lelaki itu. Wajahnya mula diserbu warna merah dan panas apabila Zinnirah mula menyedari hal yang berlaku tadi. Terus dada Absyar ditampar lembut.

"Thank you, abiy."

"For the kiss?" usik Absyar dengan sengihan yang melebar.

"For defending me in front of abang dan Ji minta maaf dengan perangai abang. Sampai hati dia tuduh abiy mandul sedangkan dia tak tahu jerih payah rumah tangga kita. Ji minta maaf tau, abiy." Kekura tangan Absyar dia cium lama sebelum melawan panahan mata jejaka itu.

"Ini yang membuatkan rasa cinta abiy bertambah-tambah ni... I love you, sayang," luah Absyar secara tiba-tiba lalu memeluk tubuh genit isterinya.

"I love you more my Abiy-syar."

cumils-cumils je ><

Share this novel

Mythic 20 Ronaldojr7
2024-12-13 16:18:24 

tq update seronok baca


NovelPlus Premium

The best ads free experience