PERASAAN TERUJA BERGANTI dengan perasaan gemuruh yang menggila dalam jiwa. Samar-samar, telinganya menangkap suara manusia yang mula melangkah masuk ke ruang tengah masjid. Sesekali, Absyar membetulkan songkok yang terletak elok di atas kepalanya.
Kaki mula melangkah keluar ke arah beranda masjid lalu anak matanya mula merenung langit yang cerah dengan awan yang menggebu. Namun, gusar dalam hati tetap tidak dapat ditutup. Tangan kanan dibawa ke dada kiri dan ditepuk perlahan.
"Relaks Acad..." tuturnya perlahan. Cukup untuk pendengarannya saja.
Mustaqim yang tersengih melihat kelakuan Absyar terus mendekat. Bahu Absyar yang tegap elok memakai baju melayu putih itu dia tepuk sehingga mengejutkan sahabatnya.
Absyar terus menoleh ke kanan dengan wajah yang terkejut. Mustaqim yang tidak mengawal rasa terus menghamburkan tawanya yang agak terkawal.
"Muka macam tengah tahan berak! Buat muka elok-elok sikit tak boleh ke?" tegur Mustaqim dengan perut yang sudah mengeras menahan tawa kuat yang ingin dia lepaskan. Mujur saja mereka berada di kawasan masjid, kalau tidak memang dah pecah cermin dia ketawa melihat wajah pucat Absyar itu.
"Aku takutlah... Kau ni tak payahlah gelak-gelak!" decit Absyar lalu menyiku Mustaqim yang menyakitkan hatinya. Bukannya nak membantu...
"Sorrylah, muka kau lawak kot..." kata Mustaqim lagi.
Absyar hanya buat tak tahu dan kembali melihat pepohon hijau di masjid itu untuk menenangkan diri. Malas layan Mustaqim yang kuat membuli itu. Ergh!
"Nasiblah aku ni teman kau bersiap kat rumah tadi. Elok jugak aku touch up bedak dengan lipbalm yang aku curi dari bilik Ji, kalau tak memang dah macam zombie muka kau sekarang ni. Tah-tah pakai samping pun terbalik," usik Mustaqim lagi sambil tersengih.
Dia turut bergerak ke sebelah Absyar dan memandang ke arah yang sama sementara menunggu rombongan adiknya tiba di masjid itu.
Ya dia sudah bersama dengan Absyar sejak beberapa hari sebelum dan melepaskan semua hal Zinnirah kepada keluarganya yang lain. Absyar ini betul-betul tidak punya sesiapa, takkan dia mahu biarkan sahabatnya ini terkontang-kanting di hari bahagianya sendiri?
Mata mereka berdua terhenti pada dua buah kereta yang sudah membelok masuk ke dalam perkarangan masjid. Dan-dan air liur yang Absyar telan berasa sangat kelat. Terasa tangannya semakin menggeletar apabila melihat satu persatu gerangan di sana mula keluar dari perut kereta.
Oh, damn... Acad takut!
"Bro relaks! Kau punya menggigil ni nampak sangat," tegur Mustaqim sambil memusingkan badan Absyar supaya berhadapan dengannya. Tanpa menunggu lama, Mustaqim memerhatikan pakaian Absyar dari hujung kepala hingga ke hujung kaki.
Samping lelaki itu dibetulkan lalu songkok yang sudah senget turut dibuka oleh Mustaqim. Rambut yang entah jadi apa, Mustaqim sikat menggunakan sikat kecil yang dia bawa di dalam poket baju.
"Kau lah Acad... Apa yang caca merba sangat ni?" bebel Mustaqim dengan tangan yang laju memakaikan songkok dengan cermat di kepala Absyar yang hanya berdiri tegak seperti patung cendana.
Kedua-dua bahu Absyar dia tepuk untuk memberi semangat.
"You got this bro! Kau selawat banyak-banyak kalau menggigil lagi, okey? Aku dah tak sabar nak dapat adik ipar ni," usik Mustaqim dengan senyuman yang semakin lebar. Absyar hanya mampu menggigit dalam pipi sebelum mengepal kedua-dua belah tangannya. Berpeluh oi...
"Doakan aku..." kata Absyar perlahan.
"Of course lah, jom masuk," ajak Mustaqim dan terus berpaling ke belakang tanpa menunggu Absyar. Namun langkahnya terhenti apabila melihat Zinnirah yang cantik berpakaian serba putih sedang memanjat anak tangga masjid.
"Cad, pusing belakang sekarang," arah Mustaqim dengan senyuman melebar.
Tanpa banyak bunyi, Absyar mengikut saja arahan Mustaqim itu sebelum kakinya benar-benar terpaku pada lantai marmar masjid itu sebaik saja memanggungkan kepala. Matanya terus bertembung dengan anak mata Zinnirah yang turut terkaku di hadapan pintu masjid. Rahang turut jatuh tanpa Absyar sedar.
Ya Allah, cantik sungguh tunangnya itu...
Jantung Absyar sudah jatuh tergolek-golek sehingga sampai ke hujung kaki bakal isterinya. Bibir yang sejak tadi hanya menarik senyuman kelat kini sudah menjadi senyuman semanis gula. Damn, she's so pretty for what?
"Udah-udahlah tu senyum, Ji dah masuk dalam dah pun," kata Mustaqim memecahkan lamunan Absyar yang agak lama itu. Parah sungguh tahap angau lelaki itu, patutlah tak sabar-sabar nak menikah!
"Oh." Absyar terus menggaru pipi untuk membuangkan rasa malunya. Aduh Acad, cuba jangan kantoikan diri yang angau tu depan Mus!
Dia terus berjalan masuk ke ruang nikah dengan dada yang kembali berdebar hebat. Gerangan Zinnirah yang sudah duduk di kusyen itu dikerling seketika lalu dia memandang ke tempatnya. Ya Allah, gerunnya!
"Bismillah..." ucapnya dan melabuhkan duduk di hadapan tok kadi.
'Mudahkanlah urusan kami Ya Allah. Lancarkanlah pertuturanku dalam melafazkan qabul untuk menghalalkan Zinnirah.' Doa Absyar dalam hati.
"SEDIA?" soal Tok Kadi sambil memandang Absyar dan juga Zhafran berulang kali. Khutbah nikah baru saja selesai dia sampaikan dan ini merupakan masa yang sesuai untuk acara akad nikah.
"Sedia," jawab Zhafran yang sudah berada di hadapan Absyar. Dia memandang wajah yang bakal dia ijabkan sekejap saja lagi.
"Pengantin lelaki dah bersedia ke?" soal Tok Kadi sekali lagi apabila Absyar diam tidak menjawab.
"Sedia. Ehem insya-Allah saya sedia," jawab Absyar lalu menghembuskan nafas secara tidak langsung. Mustaqim yang berada berdekatan dengannya hanya mengusap belakang lelaki itu untuk menenangkannya.
"Okey kalau macam tu kita boleh mula. Silakan abangnya."
"Aku nikah dan kahwinkan engkau dengan adik perempuanku, Zinnirah binti Alwie dengan mas kahwinnya RM2,500 dibayar tunai." Lancar Zhafran melafazkan ijab dengan tangannya menggenggam kejap tangan Absyar.
Absyar menarik nafas dalam dan terus dia memandang ke dalam anak mata Zhafran. Gigilan yang dia rasakan tika itu dia abaikan.
"Aku terima nikahnya Zinnirah binti Alwie dengan mas kahwinnya RM2,500 dibayar tunai," tutur Absyar dengan sekali lafaz. Nafasnya bagai tertahan apabila mendengar Tok Kadi menyoal para saksi yang berada di situ.
"Alhamdulillah, sah!"
Serentak itu, Absyar terus meraup wajahnya dengan perasaan lega yang mula memenuhi ruang hati. Alhamdulillah Ya Allah, alhamdulillah.
Doa mula dibaca dan mereka yang berada di situ menadahkan dan mengaminkan setiap butir doa agar pernikahan Absyar dan Zinnirah akan memperoleh bahagia sehingga ke syurga.
"Tahniah adik ipar kesayangan aku!" ujar Mustaqim dan terus memeluk bahu Absyar sesudah saja lelaki itu melafazkan taklik nikah. Jatuh juga dua titis air mata jantannya sebelum dia sedut semula apabila dikejutkan dengan suara nyaring Mustaqim di tepi telinganya.
Senyuman kecil diberikan sebelum dia menumbuk lembut bahu Mustaqim.
"Thank you, Mus," ucap Absyar sebelum menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan sahabat baiknya yakni abang iparnya kini.
"Salam aku buat apa?" Dahi Mustaqim berkerut hebat.
"Kau kan dah jadi abang ipar aku," Absyar tertawa kecil.
"Ergh, kau pergilah batalkan air sembahyang dengan adik aku. Tak payah pelik-pelik kau nak batalkan wuduk dengan aku ya, Absyar Abid!" Dengus Mustaqim sebelum mengesot sedikit ke belakang untuk menjauhi Absyar. Gila punya jantan!
Absyar hanya tergelak dengan telatah Mustaqim sebelum menjatuhkan tangannya semula. "Terima kasih sebab banyak bantu aku. Terima kasih sebab terima aku sebagai adik ipar kau. Aku janji Mus, aku akan jaga Zinnirah melebihi nyawa aku sendiri. Aku akan berikan layanan yang lebih baik daripada yang pernah kau berikan pada Zinnirah. Aku akan beri segala-galanya lebih buat dia, insya-Allah. Doakan pernikahan aku dan juga Zinnirah akan bahagia, abang ipar," kata Absyar secara tiba-tiba membuatkan Mustaqim terkedu buat seketika.
Absyar ni salah pengantin ke? Kenapa dia confess pada Mustaqim ni?
"Ya baiklah..." jawab Mustaqim dengan muka yang sudah berubah. "Kau pergilah solat sunat nikah dulu, kejap lagi acara pembatalan air sembahyang..." cadang Mustaqim untuk menghalau Absyar daripada melakukan tingkah yang luar jangka pada dirinya sendiri.
Absyar bangun. Begitu juga Mustaqim. Namun kedua-duanya bergerak ke arah berbeza. Absyar bergerak ke sudut masjid untuk menunaikan solat sunat manakala Mustaqim bergerak ke arah Zinnirah yang masih mengelap air mata menggunakan tisu di tangan.
Dia terus mengambil duduk di sebelah Zinnirah lalu mengambil tisu yang dipegang adiknya itu tanpa banyak bicara.
"Sini, pusing tengok Mus," arah Mustaqim yang sudah duduk bersila. Zinnirah hanya menurut tanpa banyak soal. Tanpa Zinnirah jangka, abangnya itu menghapuskan air matanya yang tersisa menggunakan tisu tadi dengan penuh lemah lembut untuk mengelakkan make upnya rosak.
"Adik Mus sekarang dah jadi isteri orang. Jaga diri, jaga hati dan jaga iman." Tangan diturunkan daripada terus mengelap sisa air mata Zinnirah.
"Walaupun Ji dah jadi isteri Acad, Mus tetap akan ada untuk Ji. Mus sayang sangat pada Ji dan Acad sebagai kawan baik Mus sendiri. Mus doakan perkahwinan korang berdua akan bahagia sehingga ke syurga. Toleransi dan komunikasi itu penting, jangan lupa tu." Ayat terakhir itu saja Mustaqim pesan pada Zinnirah kerana gadis itu sangat kurang untuk berkomunikasi jika ada sesuatu. Dia lebih suka memendam rasa dan sakit sendiri... Hal itu sudah berlaku sedari kecil dan dia harap adiknya itu dapat membuang perangai yang satu itu.
Zinnirah merasa matanya mula basah kembali sementelah mendengar ucapan tulus kembarnya itu. Sebak mula memenuhi dada yang terasa ketat.
"Dan Ji... Mus dah tunaikan janji Mus pada Ji tujuh tahun lepas. Mus pernah berjanji yang Mus akan jaga Ji sehinggalah Ji berkahwin. Mus tak akan berkahwin selagi Ji tak diikat orang yang Mus percaya dan here I am, being a gentleman again by keeping my promise to you." Mustaqim tersenyum dalam usikannya pada Zinnirah. Gadis itu yang baru saja berura-ura mahu menangis terus menampar lengan Mustaqim. Kuat sangat masuk bakul angkat sendiri.
"Thank you, Mus... sebab selalu jaga Ji. Ji sayang Mus..." kata Zinnirah dengan suara yang terketar menahan sebak.
"Mus sayang Ji jugak tapi sekarang sayang Ji yang betul dah sampai. Pour a lot of loves to him okay," pesan Mustaqim. Usai ayatnya itu, Absyar terus melabuhkan duduknya di atas tumit kaki sendiri dan berhadapan dengan Zinnirah, isterinya.
"Assalamualaikum, isteri Absyar..."
Zinnirah yang terkejut hanya mampu menelan liur apabila terasa kedudukan mereka sangat dekat sehingga lutut hampir bertemu. Wajah bersih Absyar dikerling seketika dengan jantung yang berdegup bagai mahu meletup. Tangan sudah menggeletar apabila terdengar suara Zulaikha yang menyuruh mereka terus melangsungkan acara pembatalan air sembahyang.
"Wa-waalaikumsalam." Zinnirah tergagap kerana sungguh dia katakan, dia gugup!
"Boleh kita sarungkan cincin?" soal Absyar penuh lembut dengan mata yang tidak lepas memandang wajah yang sudah merah kerana takut dan malu itu.
"Sa-saya... saya..."
"Kalau awak tak mampu tak apa, kita tak perlu pun buat acara pembatalan air sembahyang ni," kata Absyar dengan penuh rasional kerana dia tahu perasaan gementar dan trauma gadis itu bukanlah main-main. Anxiety gadis itu boleh datang menyerang bila-bila masa sahaja dan dia tidak mahu hal itu berlaku di hari bahagia mereka.
"Saya boleh." Potong Zinnirah lalu memandang terus ke anak mata Absyar yang sentiasa tersenyum memandangnya. Tangannya mula menggengam bajunya sendiri lalu dia cuba untuk mengawal pernafasannya sendiri.
Kau mesti boleh Zinnirah. Ini hari pernikahan kau. Kau mesti boleh, kau mesti boleh! Mindanya sudah mula memberikan kata-kata semangat buat diri sendiri.
Tangan kiri terus dihulurkan dengan terketar-ketar. Ya dia juga untuk lawan perasaan trauma itu walaupun sesungguhnya dia sangat takut dengan sentuhan Absyar yang bakal menyentuh kulitnya nanti.
"Awak betul ke ni?" soal Absyar dan Zinnirah menggangguk laju.
"Saya minta maaf, saya minta izin untuk pegang awak sekejap ya," kata Absyar dan terus memegang pergelangan tangan Zinnirah yang menggigil dan ajaibnya jemarinya sudah tidak menggeletar. Tanpa menunggu lama Absyar terus menyarungkan cincin dengan perlahan-lahan pada jari manis gadis itu. Detik itu, flash camera dan telefon mula membanjiri diri mereka. Senyuman manis cuba ditayangkan oleh Absyar dan juga Zinnirah.
"Okey, turn pengantin perempuan pulak." Arahan jurukamera itu kembali mendebarkan Zinnirah.
Sebentuk cincin Zinnirah ambil dari bekas baldu merah itu lalu tangan Absyar disentuh dan ya, kali ini jemari menggeletar lebih hebat dari tadi.
"It's okay Zinnirah, slowly," pujuk Absyar perlahan lalu menghadiahkan senyuman manis untuk menenangkan isterinya itu.
Nafas ditarik dan dihembus lalu Zinnirah terus menyarungkan cincin pada jari manis Absyar. Rasa takut cuba dilempar jauh-jauh. Dia tidak mahu merosakkan hari bahagia mereka.
Dia langsung mencium tangan Absyar setelah disuruh oleh mereka yang berada di sana. Mata dipejamkan rapat kerana gementar. Secara tiba-tiba dia merasa ada tangan yang menyentuh ubunnya dan dia tahu siapakah gerangan itu. Tidak lain dan tidak bukan ialah Absyar, gerangan yang sudah bergelar suaminya sekarang.
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ خَيْرَهَا وَخَيْرَ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْهِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّهَا وَشَرِّ مَا جَبَلْتَهَا عَلَيْه"
Ya Allah! Aku memohon kepada-Mu kebaikan isteriku ini yang Engkau telah ciptakan atasnya, dan aku berlindung dengan-Mu daripada keburukan yang Engkau telah ciptakan atasnya." Doa itu Absyar ulang tiga kali di ubun isterinya dengan perasaan penuh kasih dan sayang yang semakin mencurah-curah terhadap Zinnirah.
Zinnirah terkedu dan hanya diam serta terpaku dengan situasi yang berlaku tadi. Semakin meremang bulu romanya apabila terdengar bisikan akhir Absyar sebelum mereka melepaskan pegangan masing-masing apabila disuruh jurukamera. Absyar hanya tersenyum lebar dengan ulahnya.
Namun minda Zinnirah terngiang-ngiang dengan bisikan suaminya itu.
"Ana uhibbuki fillah, Zinnirah. My qalbi, my life, my love. I love you so much, Mrs. Absyar Abid."
FATIN SEDANG MENYEPAK ANGIN ASDFHAAKAHK
SELAMAT PENGANTIN BARU MY BABY BOO, ACAD AND JI!
20/8/2024, SAH!
I'M SALTINGGGG
Share this novel