HARI INI. SAAT INI. Zinnirah sudah ada di ruangan Doktor Liza yang bersama Doktor Windy sebagai konsultannya pada bahagian nefrology. Oh tidak dilupakan juga, Doktor Absyar Abid yang sentiasa menemani sang isterinya sedari tadi. Sungguh romantis sekali!
Setelah beberapa ujian dilakukan dan hampir berjam-jam menunggu keputusannya, kini mereka bakal mendengarkannya.
"Radang awak tak terlalu tinggi tapi awak kena sentiasa berjaga-jaga, Zinnirah. Jangan makan sembarangan, jangan terdedah sangat dengan cahaya matahari. The dose of your medicine will remain the same, don't worry," kata Doktor Liza sambil memandang wajah pesakit yang sudah dia pantau sejak 11 tahun lepas. Sudah lama tapi entah kenapa dia tidak mampu melepaskan gadis ini pada doktor lain.
Absyar yang mendengar ucapan Doktor Liza itu terus menghela nafas lega. Syukurlah jika isterinya tidak apa-apa. Sungguh dia risau memikirkan apa yang Zinnirah tanya beberapa hari lepas.
"Tapi doktor..." Absyar terus berpaling apabila terdengar suara isterinya mencelah. Ada apa?
"Kenapa Zinnirah?" soal Doktor Liza lembut. Doktor Windy turut memerhati tanpa kata sementara menunggu wanita itu membuka bicara.
"Doktor ingat tak dulu saya pernah bagitahu yang setiap kali saya buang air kecil, saya rasa sakit. Tapi waktu tu, sakit dia biasa-biasa je dan doktor dah bagi antibiotik untuk saya consume." Zinnirah berhenti seketika dan memandang wajah Doktor Windy.
Doktor separuh abad itu angguk tanda ingat. "It's been months ago, right? If I am not mistaken," jawab Doktor Windy.
"Yes. Kalau ikutkan, dah masuk tujuh bulan. Selama tujuh bulan ini, saya consume antibiotik tu dan langsung tak ada perubahan buat saya. Setiap kali kencing, saya rasa sakit. But these few days, rasa sakit tu lagi menyengat. I think the antibiotic was giving no effect on me, doc." Zinnirah menerangkan dengan tenang. Sesekali wajah Doktor Liza dan Doktor Windy dilihat berulang kali. Namun, wajah Absyar langsung tidak dia pandang.
Dia takut akan ekspresi suaminya itu kerana dia sudah merahsiakan hal besar ini sepanjang lima bulan berkahwin. Bahkan, Mustaqim juga tidak tahu walhal dia sudah merasakan sakit itu sebelum mereka melangsungkan pernikahan ataupun lebih tepat lagi sewaktu tempoh pertunangan mereka.
Absyar diam tidak berkutik dan hanya memandang wajah Zinnirah tanpa berkerdip.
Dah makan antibiotik tapi tak ada effect? Hati lelaki semakin berasa tidak enak.
"Are you sure you dah habiskan setiap antibiotik yang I kasi?" soal Doktor Windy untuk kepastian. Dahi mula berkerut pelik dengan apa yang disampaikan oleh pesakitnya itu.
"Doktor, saya siap togak botol tu sebab tak nak tinggalkan setitik pun antibiotik dalam botol tu. So yes, saya tak pernah skip langsung ubat antibiotik yang doktor kasi saya," jujur Zinnirah menjawab.
"Doc, my wife is not in a good condition, right? Please do a full check-up, doc." Absyar yang sedari tadi diam mula bersuara dalam nada yang tenang. Dia tidak akan sesekali membiarkan emosi menakluki diri walaupun dirinya benar-benar risau dengan situasi sekarang.
"I guess we should do some ultrasound scan now, Zinnirah. Follow me," arah Doktor Windy lalu bergerak pantas ke katil di hujung biliknya. Zinnirah disuruh berbaring sebelum dia meletakkan sedikit gel pada alat ultrasound itu. Baju wanita itu diselak ke atas sehingga menyebabkan pipi Zinnirah berona merah.
Dia malu dengan Absyar....
Berbaju tangan pendek di rumah mereka saja tidak pernah, tiba-tiba hari ini dia menayangkan perut berlemaknya itu pada pandangan Absyar.
Ei, malu!
Wajahnya bertambah merah apabila lelaki itu mendekat. Tanpa menunggu lama, Zinnirah menutup muka sendiri dengan kedua-dua tangannya.
Ya Allah, rasa nak nangis... Malunya...
"Oh my god..." Dia dengar keluhan Doktor Windy itu namun tangannya masih tidak dialihkan. Benda sejuk itu masih lagi berada di bahagian kiri pinggangnya.
Absyar yang sedari tadi melihat skrin itu terkedu setelah mendengar keluhan Doktor Windy. Doktor Liza pula hanya diam tanpa bicara namun dia juga turut terkejut.
Ya Allah... isteriku, Ya Allah...
Doktor Windy berpaling dan memandang wajah Absyar yang sudah terkulat di belakangnya. Dia tahu lelaki itu sudah maklum dengan apa yang terpampang di skrin mesin itu ada. Lelaki itu juga seorang doktor, mana mungkin dia tidak mengerti maksud di sana tadi.
"Sayang..." panggil Absyar secara tiba-tiba setelah Doktor Windy mematikan mesin ultrasound itu. Absyar mendekati isterinya yang masih menutup wajahnya, baju yang masih tersingkap dia tarik untuk menutupi perut yang terdedah.
"Sayang, kita turun ya. Dah selesai scan ni," ajak Absyar penuh lembut sambil memegang kedua-dua lengan isterinya. Bibir cuba menarik senyum tipis apabila Zinnirah sudah menunjukkan mukanya. Lantas, wanita itu bangun daripada terus berbaring dengan laju. Dia terus bergerak ke arah meja doktor meninggalkan suaminya di belakang.
"Saya okey ke doktor?" soal Zinnirah dengan mata beningnya menatap Doktor Windy.
Doktor itu kelihatan melepas nafas berat sebelum wajah pesakitnya dilihat.
"Sorry to say this but..."
Kenapa kena ada sorry?!
"...ada nanah dalam kidney kiri you, Zinnirah. You kena masuk wad hari ni juga untuk rawatan."
Zinnirah rasa dunia menjadi gelap dalam sekelip mata setelah mendengarkan keputusan itu. Dia terdiam seribu bahasa. Telinganya seakan berdesing dan tidak mampu untuk mendengar apa-apa.
Dia tidak pengsan namun dia merasakan dunianya seakan-akan tidak berputar. Kenyataan itu amat tiba-tiba dan sangat mengejutkan untuknya.
Terasa ada satu tangan hangat yang menggenggam tangannya bagai memberi kekuatan membuatkan Zinnirah menoleh ke kiri. Wajah Absyar yang memberikan senyuman padanya menjadikan Zinnirah semakin tidak percaya.
Dia... tidak tahu mahu menjawab apa. Dia tidak tahu mahu bereaksi apa sekarang.
Tetapi kenapa Absyar perlu mendengar tentang keputusannya yang langsung tidak akan membuat lelaki itu tenang?
Dan...
Kenapa sekali lagi dia menjadi insan yang terpilih?
Dah start tulis based on true story. It's going to be a little bit hurt :)
The person that encourage me to write this and upcoming scenes is the same person that endure the pains like Zinnirah.
Bolehlah drop sedikit kata-kata untuk gadis kuat saya >3
Share this novel